APRIL 2021
VOLUME 3 | ISSUE 15
BZNESS MAJALAH USAHAWAN TERBAIK DI MALAYSIA
10 CI R I U SA H AW AN T ER B AI K
NURUL QAMAR PENGUSAHA
ELQAMAR ENTREPRISE
CIPTA PELUANG DI USIA MUDA BEAUTY DOESN'T FADE WHEN WEARING A HIJAB
ISI KANDUNGAN
01
LATAR BELAKANG PUAN NURUL QAMAR 1
02 ELQAMAR HQ 03 PRODUK
3-4
5-10
04 AGENT DROPSHIP
11
ISI KANDUNGAN
05 PENCAPAIAN
12
06 TEMUBUAL 07
13-24
PENGHARGAAN BUAT PUAN NURUL QAMAR 25
LATAR BELAKANG PUAN NURUL QAMAR Nama Penuh: Nurul Qamar Bt Mohd Zaiddy Negeri Kelahiran: Kuantan Pahang Umur: 30 tahun Status: Berkahwin Bilangan anak: 2 Orang Kelulusan Akademik: Diploma Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) UniSZA Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian (INTAFF) UUM Pekerjaan: Usahawan Jawatan: Pengusaha ELQAMAR ENTERPRISE Tempoh berniaga: 6 tahun
1
'' MASA MUDA JANGAN PERNAH SIASIAKAN, CIPTA PELUANG UBAH KEHIDUPAN ''
2
Elqamar yang
Enterprise
diasaskan
Elqamar
telah
ialah
oleh
sebuah
Puan
dibina
Nurul
sejak
syarikat Qamar.
tahun
2015
selepas Puan Qamar menamatkan pelajaran beliau. Elqamar memfokuskan dalam jualan tudung
labuh
semua
golongan.
platform jualan
yang
media
produk
mampu
Elqamar
sosial
mereka.
untuk Kini,
milik
kepada
menggunakan promosi Elqamar
dan terus
berkembang dengan penambahan beberapa rekaan dan jenis tudung kepada masyarakat
3
Antara platform perniagaan bagi Elqamar Entreprise yang telah bertapak sejak tahun 2015
4
PRODUK ELQAMAR
PRODUK ELQAMAR PENGELUAR TUDUNG LABUH HARGA MAMPU MILIK
5
6
7
8
Hawwa Jubah Design diciptakan sebagai jubah atau cardigan labuh yang sangat cantik jika di mix & match kan dengan baju & seluar/skirt. Menggunakan material cotton viscose yang sangat mudah iron. Lembut, beralun & sejuk bagaikan ditiup angin.
“Nursing & wudhuk friendly
9
Ammara Blouse
Design diciptakan sebagai blouse dan didatangkan dengan pelbagai variasi pilihan warna yang sangat cantik jika di mix & match kan dengan seluar/skirt.Ditambah ropol “flare” di bahagian bawah blouse yang sangat cantik Diperbuat daripada material cotton viscose yang sangat mudah iron. Lembut, beralun & sejuk bagaikan ditiup angin.
“Nursing & wudhuk friendly
10
Selangor BANGI,
KAJANG,
DENGKIL,
SEMENYIH,
BERANANG,
PUTRAJAYA,
NILAI
Kuala Lumpur SELURUH
KUALA
LUMPUR
AGENT/ DROPSHIPS
Melaka BANDAR
MELAKA
Brunei SELURUH
11
BRUNEI
Walaupun sudah berjaya menjadi usahawan, Puan Qamar tidak pernah lupa melaksanakan kebajikan kepada masyarakat. Beliau telah berkongsi rezeki beliau dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan
12
BOLEH PUAN CERITAKAN TENTANG SYARIKAT ELQAMAR HQ YANG DIASASKAN PUAN? Saya mula berbisnes semasa saya di tahun akhir ijazah sarjana saya di Universiti Utara Malaysia. Selalunya pada tahun akhir kita akan sibuk tetapi saya seorang yang tidak ada
Disebabkan saya rasa saya
hobi yang spesifik dan
seorang yang ‘multitasking’,
selalu di bilik. Kebetulan
jadi saya rasa semua perkara
juga pada tahun akhir tersebut saya telah berkahwin.
yang jadi bukan halangan untuk saya buat sesuatu yang berbeza. Jadi dengan RM600 yang saya pinjam daripada suami saya, saya ambil keputusan untuk mula serius berbisnes.
Saya mula berhubung dengan pembekal kain dan ambil stok dari kilang. Pada permulaan saya tidak ada jenama sendiri dan saya ingin menjual tudung labuh. Tetapi hasil sokongan kawan-kawan saya, bisnes saya dapat bertahan semasa di universiti.
13
''
"Saya lihat tudung yang ada di pasaran tidak kena dengan citarasa saya yang cerewet ini.
''
Dari situ saya dapat idea untuk keluarkan tudung jenama saya sendiri."
Mengapa Puan memilih untuk menjual tudung?
Salah satu sebabnya adalah kerana saya seorang yang cerewet. Jadi saya lihat pada diri sendiri dulu, saya lihat tudung yang ada di pasaran tidak kena dengan citarasa saya yang cerewet ini. Dari situ saya dapat idea untuk keluarkan tudung jenama saya sendiri.
Selain itu, pada masa itu saya nampak yang susah untuk kita mencari tudung dengan bidang besar dan labuh yang dijual pada harga mampu milik oleh pelajar. Saya sendiri dulu bukanlah pelajar yang mengambil PTPTN. Maka saya perlu bijak untuk uruskan duit yang diberikan mak dan ayah saya. Jadi saya keluarkan idea untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dipakai harian oleh pelajar pada harga mampu milik.
Pada masa itu, saya ambil masa untuk beli kain dan tengok rekaan. Selepas itu, saya hantar ke kedai jahit kerana masa mula dulu saya belum boleh uruskan semua sendiri
14
B BA AG GA AI IM MA AN NA A P PU UA AN N W WU UJ JU UD DK KA AN N T TE EA AM M E EL LQ QA AM MA AR R H HQ Q? ? Bagi saya perjalanan saya berbisnes agak tidak jelas kerana bagi bisnes yang bermula dari rumah, ia agak ‘problematic’ bagi saya kerana saya tak boleh lantik staff yang spesifik kerana ruang kerja yang kurang selesa dan agak ‘hectic’ dengan ada anak-anak saya.
Perbezaan yang ketara daripada saya mula berbisnes dulu, saya bermula seorang diri dan dalam perniagaan kita tak boleh berjaya jika kita bekerja sendiri. Jadi saya cuba untuk wujudkan kumpulan. Mula-mula sekali saya cuba wujudkan ‘dropship’. Pada masa itu saya masih uruskan sendiri dan saya
Apakah matlamat kerjaya Puan? Bagaimana puan rancang untuk mengembangkan bisnes Elqamar hq ini?
fikir untuk permulaan saya tidak boleh berbelanja besar untuk mulakan semua. Jadi dari ‘dropship’ yang saya
bekalkan tudung harga mampu milik yang
wujudkan, saya simpan keuntungan
sesuai dipakai setiap masa. Sebagai contoh
untuk dijadikan modal semula. Daripada
untuk majlis perkahwinan, untuk pergi kerja
‘dropship’, saya mula wujudkan
atau pelajar nak ke kelas. Pada masa yang
pengurusan dan selepas itu saya buat
sama, impian saya adalah saya sangat ingin
‘production house’ sendiri untuk jenama
bantu pelajar dan suri rumah. Kita sendiri
saya. Akhir sekali, saya rancang untuk
tahu ramai pelajar yang datang daripada
terus menambah ahli ‘dropship’ jenama saya di seluruh Malaysia.
15
Sebenarnya, niat asal saya adalah saya nak
keluarga yang kurang pendapatan.
Adakah Puan berpuas hati dengan bisnes puan sekarang? Sejujurnya untuk bisnes kecil seperti saya, jika dibanding dengan usahawan-usahawan kenamaan yang lain, bisnes saya ni bagai langit dan bumi. Tapi saya mempunyai sasaran untuk menjana 6 angka tahunan dalam keadaan Covid-19 sekarang dan saya juga ingin menambah lebih ramai ‘dropship’ dan agen untuk jenama saya.
Sebagai usahawan, adakah Puan rasa berbaloi masa yang diluangkan puan semasa berbisnes? Sebenarnya, bagi ibu yang menjaga anak sepenuh masa dan pada masa yang sama menjadi usahawan, atau kita kenal sebagai ‘mom-preneur’, sejujur nya masa memang tidak mencukupi. Tetapi kita kena profesional membahagikan masa kerana kita perlu uruskan perniagaan tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur kerana saya dapat mengawasi anak saya dari segi pelajaran dan emosi.
Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan kerja saya. Tetapi jika diikutkan, saya merancang untuk buka kedai sendiri pada januari tahun lepas, cuma saya fikir risiko terlalu besar untuk buka kedai pada musim Covid-19. Kos jika saya ingin mula buka kedai lebih kurang 15 ribu ringgit, jadi saya batalkan niat saya kerana saya fikir perbelanjaan itu mungkin merugikan perniagaan. Maka tidak salah bagi saya untuk seseorang terus menjana keuntungan daripada rumah asalkan tidak malas
16
Pada pendapat puan, apakah kualiti seorang ketua yang baik? Sejujur nya, saya daripada zaman universiti sememangnya selalu dilantik jadi ketua dalam kumpulan kerja. Bagi saya, untuk jadi seorang ketua yang baik, jika kita nak orang jadi baik, kita perlu jadi baik. Perlu ada penambah baikan diri, sebagai contoh kita perlu akui kesilapan diri sebagai ketua jika ada dan buat penambah baikan.
Saya juga suka untuk menggalakkan setiap orang dalam kumpulan untuk memberi pendapat kerana bagi saya tiada pandangan yang salah. Jadi saya buat perkara yang sama pada ‘dropship’ dan agen saya supaya
"Perlu ada penambah baikan diri, sebagai
dibuat.
Elqamar Hq fokus di media sosial seperti
contoh kita perlu akui
‘Instagram’, jadi saya sediakan pautan di
kesilapan diri sebagai
agen beri pandangan sama ada tudung
ketua jika ada dan buat penambah baikan." 17
kita tahu penambah baikan yang perlu
laman elqamar untuk pelanggan ataupun
kurang kualiti atau terlalu mahal. Dari situ saya boleh kaji semula dan buat penambah baikan. Maka sebagai ketua, kita kena berlapang dada menerima kekurangan kita.
Elqamar Hq fokus di media sosial seperti ‘Instagram’, jadi saya sediakan pautan di laman elqamar untuk pelanggan ataupun agen beri pandangan sama ada tudung kurang kualiti atau terlalu mahal. Dari situ saya boleh kaji semula dan buat penambah baikan. Maka sebagai ketua, kita kena berlapang dada menerima kekurangan kita.
Bagaimana Puan takrifkan kejayaan? Sebagai suri rumah dan pada masa yang sama menjadi usahawan, kejayaan itu bagi saya adalah sesuatu yang mencapai kepuasan hati kita. Sebagai contoh jika kita lihat orang lain berkereta mewah, mesti kita rasa nak capai perkara yang sama.
Jadi takrifan kejayaan itu bergantung kepada kepuasan diri kita. Bagi saya sendiri, saya masih belum berpuas hati walaupun saya berjaya capai sasaran yang saya ingin. Sebagai seorang yang mahu lebih berjaya, saya akan letak sasaran lebih tinggi. Pada usia 30, bagi saya, masih banyak perkara yang saya ingin capai. 18
Dalam proses mengasaskan Elqamar Hq, apakah proses kegagalan yang pernah Puan lalui? Bagi saya, perkara yang gagal sepanjang mengasaskan Elqamar adalah apabila saya mula kurang fokus untuk jual tudung. Ketika jualan mula meningkat, timbul rasa untuk tambah barang jualan seperti baju dan skirt panjang.
Apabila mula banyak pilihan pakaian, pelanggan saya yang meminati Elqamar kerana tudung yang saya jual, mereka tidak begitu berminat hendak membeli pakaian kerana mereka boleh cari jenama lain. Pada masa itu, saya rugi kerana stok pakaian saya tidak terjual dan akhirnya menjadi stok beku. Sehingga sekarang saya ambil pengajaran supaya lebih fokus kepada pengeluaran tudung yang lebih baik sahaja.
19
Apakah pengorbanan yang perlu Puan lalui untuk menjadi usahawan? Semasa saya habis praktikal ketika belajar di UUM, saya dapat tawaran kerja di sekolah antarabangsa. Pada masa itu, saya agak kurang berpuas hati kerana saya rasa gaji yang diberi terlalu rendah. Mungkin kerana saya sudah terbiasa berniaga dan dapat merasa pendapatan yang tinggi semasa menjual tudung. Jadi saya kurang berbaloi untuk saya menerima tawaran itu.
Saya juga bersyukur kerana perkahwinan saya semasa di tahun akhir juga mungkin menjadi faktor saya lebih cenderung untuk bidang keusahawanan ini. Saya juga nampak kebanyakan graduan yang seusia dengan saya masih ada yang menganggur dan masih mencari kerja. Jadi pada masa itu saya ambil keputusan untuk kejar peluang sendiri. Walau bagaimanapun, saya tetap ada impian untuk menyambung pelajaran ke peringkat master dan seterusnya Phd, Inshaallah.
20
APAKAH TIPS YANG PUAN INGIN SAMPAIKAN PADA BELIA YANG INGIN MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN? Pertama sekali, jangan buang masa muda. Cuba
Yang ketiga, kita buat apa yang kita suka.
cabar diri untuk mulakan sesuatu. Kenapa bila kita
Sebagai contoh, kita suka solekan maka kita
jadi pelajar kita tak boleh berjaya, tak boleh cari
boleh jual alat solek. Kalau kita suka tudung atau
duit? Jangan selalu fikir akan sibuk dengan
baju pun boleh kita jual. Bila kita jual apa yang
tugasan. Terkadang masa kita lepak dengan
kita suka, kita juga pakai dan gunakan juga.
kawan-kawan pun kita boleh promosi barang yang
Secara tak langsung boleh jadi ‘marketing’ pada
kita jual.
orang sekeliling kita.
Yang kedua, kita kena tahu kenapa kita mahu
Yang keempat, kita perlu pilih lingkungan yang
berbusiness, kita mesti ada ‘Big Why?’. Ada orang
positif. Kalau kita dapat kawan yang negatif,
dari keluarga senang tetapi lebih suka merasa duit
semua perkara yang kita buat mesti tak kena.
sendiri, ada juga yang dari keluarga yang kurang
Jadi kita kena pilih kawan-kawan yang positif.
mampu. Jadi kita perlu ada sebab untuk kita mula
Semasa saya mula berniaga di UUM, saya
berbisnes. Tetapi untuk kita mulakan bisnes, tidak
bersyukur sangat sebab ramai kawan saya
perlu untuk kita jadi ‘Founder’ atau ‘Brand Owner’,
menyokong jenama saya.
kita bermula dari kecil. Mungkin kita boleh menjadi ‘dropship’ dulu untuk permulaan. ‘Dropship’ tidak
Yang kelima, seimbangkan pelajaran dalam nak
terlalu susah sebab sesetengah jenama tawarkan
berbisnes. Tak boleh jika kita terlalu fokus
secara percuma, untuk jenama Elqamar Hq, saya
berniaga sampai abaikan pelajaran. Kita kena
tawarkan untuk jadi ‘dropship’ dengan bayaran
selalu ingat mak ayah yang mesti nak tengok
RM10 keahlian seumur hidup.
anak-anak berjaya dalam pelajaran.
"Kita kena tahu kenapa kita mahu berbusiness, kita mesti ada ‘Big Why?’"
Yang terakhir sekali, apabila kita nak buat sesuatu, janganlah cuma hangat-hangat tahi ayam. Contohnya sebagai pelajar, kita kena rajin untuk jaga ‘pointer’. Semasa kita bekerja nanti sikap ini penting untuk kekalkan prestasi.
21
Pada pendapat Puan, adakah perkahwinan itu merupakan cabaran dalam membangunkan keusahawanan?
Saya sangat tidak menyangka yang saya akan berkahwin ketika tahun akhir pengajian pada mulanya, kerana saya seorang yang tidak memberi komitmen ke arah apa sahaja hubungan. Akan tetapi dengan takdir Tuhan suami saya sekarang ini pada masa itu berjumpa dengan keluarga saya sendiri dan saya menyuruh keluarga saya sendiri untuk membuat keputusan.
Bagi saya, kesan keusahawanan atau pelajaran terhadap orang yang sudah berkahwin atau belum berkahwin adalah sama sahaja. Ini semua bergantung bagaimana seseorang individu itu merancang dan menguruskan emosi dan setiap keputusan biarlah ditentukan dengan minda sedar. Walaubagaimanapun, kita sendiri perlu akui siapa yang membantu kita selama ini, siapalah saya sekarang ini tanpa bantuan dari suami saya sendiri.
Tanpa dia setiap kejayaan dalam keusahawanan ini tidak dapatlah saya kecapi kerana setiap perbincangan dan permasalahan dalam perniagaan saya kongsi bersamanya. Kita perlu ingat bahawa kita tidak akan berjaya seorang diri.
22
Pada pendapat Puan, dalam konteks keusahawanan ini adakah ia boleh dipelajari sendiri atau perlu untuk mempunyai orang yang mahir sebagai rujukan?
Oleh itu, pada mulanya saya mempelajari cara perniagaan dengan melihat cara usahawan lain yang menjual produk yang sama dapat mengembangkan perniagaan mereka dan ini menjadi sumber inspirasi dan idea untuk membantu dalam perniagaan saya.
Setelah perniagaan saya mulai stabil, barulah saya menyertai dua seminar yang murah sebagai bekalan ilmu untuk mengembangkan lagi perniagaan ini. Bagi saya, setiap seminar yang disampaikan mempunyai isi yang sama, tidak kira seberapa banyak seminar kita hadiri, yang penting adalah
Secara jujurnya, saya sangatlah tidak berminat dengan perniagaan mahupun keusahawanan. Tetapi dengan izin Allah saya tergerak hati untuk menceburi bidang ini. Sesiapa sahaja ingin memulakan bidang ini perlu ada ilmu dan sumber rujukan.
Walaubagaimanpun, pada pendapat saya untuk sesiapa yang baru sahaja ingin menceburi bidang ini, saya sangatlah tidak menggalakkan untuk menyertai seminar-seminar perniagaan yang selalu diadakan oleh sifu-sifu tertentu kerana mereka mengenakan kadar yuran pendaftaran yang sangat mahal. Dengan berbekalkan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan, kaedah ini sangatlah tidak efektif.
23
cara kita dapat mempraktikkan serta mengolah ilmu tersebut ke dalam perniagaan.
Apa nasihat dan katakata semangat kepada pelajar dan remaja yang ingin memulakan perniagaan?
Zaman kini peluang pekerjaan sangat lah sedikit. Jika tiada peluang dalam pekerjaan, jangan lah membazirkan masa dengan menunggu peluang. Kita perlu tekad untuk mencipta satu peluang. Setiap yang kita lakukan perlu ada kesungguhan dan sentiasa mempersoalkan setiap tindakan yang kita akan ambil kerana satu langkah yang silap adalah satu pembaziran buat kita kerana masa itu emas.
Jika rasa tidak dapat serta tidak mampu untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan banyak halangan dalam menceburi perniagaan, tidak salah untuk ketepikan niat itu dahulu. Jika mempunyai kemampuan, teruskanlah niat itu agar tidak rugi masa kita di usia muda serta ia juga dapat mencipta satu pengalaman ketika belajar untuk digunakan di alam bekerja kelak
"Setiap yang kita lakukan perlu ada kesungguhan dan sentiasa mempersoalkan setiap tindakan yang kita akan ambil kerana satu langkah yang silap adalah satu pembaziran buat kita kerana masa itu emas." 24
Penghargaan buat Puan Nurul Qamar Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurul Qamar selaku pengasas Elqamar Enterprise kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual oleh kami, Pelajar Sarjana Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kami juga sangat bersyukur kerana Puan Qamar sudi menceritakan tentang perusahaan yang dimiliki oleh Puan Qamar serta pengalaman Puan sepanjang membina Elqamar Enterprise. Terima kasih juga di atas segala nasihat dan panduan yang diberikan kepada kami. Semoga segala kata-kata oleh Puan dapat memberi inspirasi kepada semua yang membaca majalah ini. Akhir kata, kami berharap semoga perniagaan milik Puan Qamar iaitu Elqamar Enterprise bertambah maju dan lebih berjaya serta luas empayar nya pada masa akan datang. Sekian Terima Kasih
25
UBSS 1032 INTRODUCTION TO ENTREPRENEURSHIP ASSIGNMENT 2 GROUP
4 1. Nor Hafizah Binti Ghazali (B20EA0013) 2. Norazfarina binti Hairudin (B20EA0014) 3. Nurul Ain Binti Idris
MEMBERS
(B20EA0021)
4. Nurul Ashykin binti Sari Usman (B20EA0022) 5. Mohamad Faris Haziq Bin Mohamad Kamil (B20EA0009) 6. Muhamad Al-Amri Bin Kamarudin (B20EA0011)
SECTION
43
LECTURER
DR SYAMSUL HENDRA