Slide sulaman issu com

Page 1

SULAMAN ANIS FARIZA BT AHMAD 178007 SUBIARNI BT BASRI 178240 NURUL AINI BT MOHD NOR 176492 SITI NUR HAJAR BT JOHARI 176779 NUR HAZWANIE BT MOHD RIDZWAN 178117


PENGENALAN


ď ąSulam merupakan suatu seni persembahan reka bentuk kreatif dengan menggunakan tangan atau mesin, yang mana telah lama bertapak di dalam kehidupan manusia. ď ąOrang-orang Mesir Purba, Babylon, Phoenix dan Yahudi telah lama mengaplikasi seni sulaman untuk menghias pakaian mereka. ď ąSimbol kepada kemewahan, dimana hanya pedagang dan golongan elit sahaja yang mampu membayar sejumlah wang yang besar keatas pakaian yang bersulam.


ď ą1964, fosil seorang pemburu haiwan reptilia dijumpai di tepi sungai di Vladimir, Rusia.Pakaian pemburu ini penuh dengan dengan jahitan sulaman tangan barisbaris manik warna ivory dalam bentuk melintang. ď ąSiberia, sekitar 5000 SM dan 6000 SM ditemukan kerang yang dilubangi kemudian ditambah dengan hiasan rekaan dekoratif ď ąDi China, ditemukan juga pada 3500 SM pakaian yang disulam dengan benang sutera. ď ąMendapat pengaruh yang amat besar daripada puluhan gaya sulaman serantau yang berbeza-beza mengikut wilayah dari pelbagai negara.


JENIS SULAMAN


Ayak / goyang Biasa Tangan


SULAMAN AYAK / GOYANG Lebih halus berbanding sulaman biasa Sulaman yang paling bagus berbanding yang lain. Lebih tebal sulamannya dan tampak lebih ekslusif serta tahan lama Diperbuat daripada mesin hitam atau mesin goyang tradisional. Kesan lubang sulam ayak dibuat menggunakan jahitan mesin. Untuk menghasilkan sulaman ini, mengambil masa 15-30 hari dan upah sulaman ayak juga mahal.



SULAMAN BIASA • Lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan. • Sulamannya kurang tebal berbanding sulaman ayak. • Diperbuat menggunakan mesin putih atau dikenali sebagai mesin elektrik. • Kesan lubangnya hanya perlu ditebuk menggunakan benda panas.



SULAMAN TANGAN • Tidak menggunakan sebarang mesin dan sepenuhnya menggunakan tangan. • Hasil sulaman kelihatan timbul dan menarik. • Sulaman tangan terdiri daripada beberapa jenis iaitu : a) sulaman benang b) sulaman reben c) sulaman cabut d) sulaman manik


A) SULAMAN BENANG • Sulaman benang disulam menggunakan benang sebagai motif corak pada kain.


B) SULAMAN REBEN • Teknik sulaman yang menggunakan reben sebagai bahan.


C) SULAMAN CABUT • Teknik sulaman yang mengunting kain dan menarik urat benang untuk dijadikan tempat sulaman.


D) SULAMAN MANIK • Menggunakan manik sebagai bahan utama.


FUNGSI SULAMAN



Sebagai hiasan pada pakaian Sulaman dapat memberikan hiasan kepada pakaian kerana corak, bentuk, dan warna yang digunakan dapat menarik perhatian terhadap pakaian tersebut. Sulaman juga dapat memberikan impak yang tinggi terhadap pembeli supaya membeli pakaian tersebut kerana pembeli dapat membuat pilihan jenis-jenis sulaman yang menarik dan cantik yang terdapat di anatara sisi-sisi kain.


Memberi bentuk pada pakaian Sulaman dapat memberikan bentuk kepada pakaian kerana pada kebiasaannya , sulaman dijahit di antara sisi-sisi pakaian. Ini secara tidak langsung dapat memberikan bentuk kepada pakaian mengikut jenis sulaman yang dijahit dan dapat memberikan tampilan warna serta motif yang mewah bagi penggunaan kain dengan teknik dan keterampilan yang akan membuatnya lebih sempurna.


Memberi kesan kepada motif Sulaman dapat memberi kesan kepada motif kerana sulaman merupakan jahitan timbul yang menggunakan pelbagai jenis warna benang. Oleh itu, sulaman dapat memberikan suatu keindahan warna yang menggunakan pelbagai jenis warna benang diantara sisi-sisi kain.


KAEDAH SULAMAN


KAEDAH SULAMAN

KAEDAH KAEDAH SULAMAN SULAMAN TANGAN TANGAN

KAEDAH KAEDAH SULAMAN SULAMAN MESIN MESIN BERKOMPUTER BERKOMPUTER


KAEDAH SULAMAN TANGAN  Jahitan hiasan juga dikenali sebagai sulaman tangan  Memberi kesan kepada corak dan motif.  Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit.  Hasilnya memberi kesan agar lebih menarik dan cantik.


Tegangkan kain menggunakan pemidang/ram. Laraskan skru pada ram untuk mengetatkan ram.

Lukiskan design yang ingin disulam menggunakan "air eraseable pen".

 Gunakan "Neadle threader" untuk memasukkan benang dalam jarum.


Mulakan sulaman di tengah bunga menggunakan teknik "bullion rose". Ulangi langkah dengan memastikan jumlah lilitan benang pada jarum sesuai dengan jarak setiap kelopak yang disulam. Anggaran 10 – 13 lilitan untuk setiap kelopak.

Teknik "Fern Leaf" untuk daun bunga ros.

Teknik "Lazy Daisy" untuk daun kecil.


Teknik "French Knot" untuk bunga kecil

Teknik-teknik yang diaplikasikan dalam sulaman ini ialah: Â - French Knot - Bullion - Fern leaf - Lazy Daisy


KAEDAH SULAMAN MESIN BERKOMPUTER

Pasang kain kepada hoop

Pastikan garisan selari dengan grid hoop

Pastikan garisan selari dengan grid hoop


Pilih corak yang dingini

Tekan ‘Enter’

Tekan edit untuk memilih corak


Pilih corak yang dingini

Tekan ‘Enter’

Tekan edit untuk memilih corak


Dengan menggunakan anak panah, gerakkan corak ke kiri/ kanan/, atas/ bawah mengikut garisan pada kain

Pindahkan grid plastik

Turunkan tapak


Tekan Start

Jarum akan bergerak ke permulaan jahitan.Tekan STOP. Gunting lebihan benang kemudian tekan START semula

 Semasa mesin bergerak, butang START/STOP akan berwarna merah


Selepas panel pertama siap, untuk sambung panel berikutnya, lakukan langkah yang sama seperti yang pertama tadi,

Nota : Semasa menyulam lapiskan dengan selapisan stabilizer supaya hasil sulaman lebih kemas


JENIS FABRIK YANG SESUAI UNTUK SULAMAN Fabrik yang terlalu nipis atau jarang seperti Sutera, Rayon atau Tshirt yang terlalu nipis kurang sesuai untuk tujuan sulaman. Lubang dari kesan jarum jahitan akan jelas kelihatan diatas fabrik yang halus. Backing atau pelapik juga akan kelihatan dengan ketara diatas fabrik dari jenis ini terutama jika fabrik tersebut adalah berwarna putih atau cerah. Boleh dikatakan hampir kesemua jenis fabrik boleh disulam. Semuanya terletak kepada kemahiran seseorang bagi memastikan fabrik dan backing yang dipilih adalah sesuai dan menghasilkan sulaman yang terbaik untuk sebarang jenis fabrik yang dipilih. Berikut adalah jenis fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat sulaman.


COTTON FABRIC / KAIN KAPAS Kain yang mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim. Pada musim panas kain kapas menyejukkan badan dan menyerap peluh dengan mudah dan ia memberikan rasa hangat jika dipakai pada musim sejuk.

SILK FABRIC / KAIN SUTERA Dikenali sebagai kain semula jadi yang paling kuat di dunia. Terkenal dengan kelembutan, berkilau, cantik dan berpenampilan mewah, kain sutera adalah salah satu gred fabrik yang tinggi memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam semua jenis cuaca.


LINEN FABRIC / KAIN LINEN Dipanggil sebagai raja fabrik semula jadi. Linen digunakan dengan meluas untuk membuat pakaian dan juga kelengkapan rumah. Ia adalah serat semula jadi dianggap selamat untuk semua jenis kulit. Kain linen tidak menyebabkan masalah seperti kegatalan, alahan dan lain-lain. Gentian semulajadi linen menjadikannya kuat dan tahan lama.

RAMIE OR JUTE FABRIC / KAIN RAMI Kain rami yang mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, keboleh telapan udara yang digunakan sebagai kain musim panas yang tidak dirosakkan oleh asid ringan dan tahan alkali. Mempunyai ciri-ciri seperti ketahanan, penyerapan, penebat, kain pakaian menyerap air yang lebih baik maka apa-apa produk tekstil lain. Ia diperolehi daripada batang tumbuhan.


POLIESTER Â Fabrik poliester digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi. Kain ini mempunyai pelbagai kualiti kerana mereka ia begitu terkenal dengan anti kedut dan boleh kembali semula ke dalam bentuk asal. Fabrik poliester adalah sangat kuat dan juga lembut. Fabrik poliester juga boleh dicampur dengan kain lain untuk membuat kain yang kuat dan tahan lama atau bergantung kepada penggunaannya.

SATIN Kain satin juga dikatakan menjadi fabrik yang paling elegan. Sebab ia kelihatan menakjubkan dengan permukaan yang licin. Kain satin digunakan dalam banyak pakaian dan lain-lain perkara. Kain satin digunakan dalam pelbagai pakaian seperti blaus, seluar dalam, gaun, dan banyak pakaian.Kain satin juga sangat halus dan memerlukan banyak penjagaan dan perhatian.


VARIASI SULAMAN


SULAMAN KLASIK Jahit smocking Jahit sulam mesin klasik 1 Jahit sulam mesin klasik 2 Jahit sulam mesin klasik 3 Jahit sulam mesin klasik 4 Jahit sulam mesin klasik 5


JAHIT SMOCKING ď śSmocking ialah cara yang cantik untuk menghilangkan gelembung dan menetapkan kedutan-kedutan fabrik/pakaian. Ia hendaklah dilakukan sebelum bahagian pakaian dicantumkan ď śTerdapat dua jenis smocking iaitu English Smocking (klasik) dan regular Smocking (biasa)


JAHIT SULAM MESIN KLASIK 1 ď śKia kawalan -Penting bagi seseorang yang bahari belajar untuk menjahit di atas sekeping fabrik unutuk memperolehi kecekapan mengendali pemidang. Ia haruslah mempu mengawal kia dengan baik dan tepat, seperti mana yang dilakukan mesin.


ď śCording -Cording melibatkan kerja-kerja menutup benang pengisi yang terdiri dari pelbagai jenis dan saiz. Jahitan yang menutupinya sangat rapat-rapat agar sulaman yang siap kelihatan seperti talikod dengan permukaan yang licin.


JAHIT SULAM MESIN KLASIK 2 ď śRoda-Roda Teneriffe Renda ini sangat popular disebabkan kehalusan dan ketelitian membuatnya serta elegen. Setiap satu bilah roda hendaklah dibuat berasingan dan kemudian boleh dicantumkan dan digunakan untuk membuat sisipan, renda, bulatan dan lain-lain. Sulaman ini dibuat atas fabric organdie atau lain-lain fabric. Pilihan fabric tidaklah mementingkan sangat kualiti, kerana faktor akan dibuang seluruhnya apabila sulaman siap nanti.


JAHIT SULAM MESIN KLASIK 3 ď śRenda Crochet Sifat utama renda ini ialah kerataannya dan flesibilitinya yang membuatnya sangat bertepatan sebagai trimin unutuk pakain dalam wanita.


JAHIT SULAM MESIN KLASIK 4 ď śRenda Rinvolite Sifat yang nyata bagi renda ini ialah keasliannya. Utuk memperolehi efek yang halus, perhatian sepenuhnya perlu diberi apabila membuat sulaman ini


JAHIT SULAM MESIN KLASIK 5 Kombinasi

Tutup tilam bantal


SULAMAN KLASIK MANIK Kirllarney

Baroque

Mutiara


SULAMAN VARIASI TERKINI Salah satu teknik yang dapat digunakan untuk menghias kain polos maupun kain bercorak adalah dengan teknik sulaman. Jenis sulaman yang dapat digunakan untuk menghias busana sendiri memiliki pelbagai variasi yang bermula daripada sulaman yang diperbuat dengan menggunakan tangan hinggalah ke jenis sulaman yang dihasilkan menggunakan bantuan mesin. Penggunaan mesin sulam komputer yang dikendalikan oleh seorang operator mampu menghasilkan jumlah sulaman yang lebih banyak dalam waktu yang lebih singkat. Namun, jenis sulaman yang menggunakan tangan lebih berharga dan wajar dikenakan harga yang tinggi.


Sulaman Hongkong

Sulaman Fantasi

Sulaman Aplikasi

Sulaman Perancis


SULAMAN MANIK ď śManik Crumble Potensi sulaman manik crumble boleh berkembang dan sangat tinggit kerana terdapat dua faktor yang mendorong potensinya. Harga sulaman manik crumble lebih tinggi berbanding dengan sulaman manik biasa. Hal ini kerana jahitan manik crumble menggunakan material yang pelbagai dan hasil gabungan seperti mutiara, labuci, Kristal dan lainlain. Tambahan pula, kos membuat sulaman manik crumble menjadi tinggi kerana keperluan masa semasa menjahit manik crumble sangat lama berbanding sulaman manik biasa. Faktor yang kedua pula ialah sulaman manik crumble mendapat permintaan yang tinggi mendapat permintaan yang tinggi terutamanya di butik-butik pengantin. Hal ini kerana, butik pengantin menggunakan manik-manik yang bukan biasa kerana setiap maniknya berkilau dan sesuai untuk raja sehari. Manik crumble juga merupakan trend pada masa kini kerana menjadi pilihan terkini di dalam pelbagai fesyen.


Contoh sulaman manik:


ď śSulaman manik 3D


KESIMPULAN


• Sulaman mempunyai tiga jenis iaitu ayak/goyang, tangan dan biasa. Jenis sulaman ini menggunakan teknik yang berbeza dan juga dapatan hasil yang berbeza. Sulaman tangan terdiri daripada 4 jenis iaitu sulaman benang, sulaman reben, sulaman cabut, sulaman manik. • Sulaman berfungsi sebagai hiasan pada pakaian, memberi kesan kepada motif dan memberi bentuk kepada pakaian. • Sulaman juga mempunyai dua kaedah iaitu kaedah sulaman tangan dan sulaman mesin berkomputer. Semua jenis fabrik boleh disulam bergantung kepada kemahiran seseorang untuk memastikan fabrik sesuai dengan jenis sulaman yang dipilih. • Sulaman juga mempunyai banyak variasi yang boleh digunakan. • Sulaman adalah penting dalam industri seni halus kerana ia berfungsi sebagai hiasan kepada pakaian yang dapat menarik minat individu untuk menggayakannya.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.