Makan & Minum Cara Sunnah

Page 1

Makan & Minum Cara Sunnah

Ummu Solihin http://www.AnakkuSoleh.com 12 Rabiul Awal 1433H


Sebelum Makan Pastikan makanan itu halal, tidak haram dan syubhah Basuh tangan sebelum makan dan minum Disunatkan menutup kepala semasa makan Rasulullah saw tidak pernah makan di meja makan. Baginda saw makan di lantai dan menghamparkan alas @ safrah. Disunatkan menunggu makanan yang dihidangkan Doa melihat makanan:

‫اللهم بارك لنا فيما رزقتنا و قنا عذاب النار‬ Ya Allah, berkatilah rezeki yang Kau limpahkan kepada kami. Dan jauhkanlah kami dari azab api neraka Dianjurkan agar makan dalam bekas yang sama dengan berjemaah, kerana ia menambahkan keberkatan dari Allah. Niatkan di dalam hati, semoga dengan makanan ini, Allah swt kurniakan kekuatan untuk beribadah kepadaNya.


Semasa Makan Duduk di atas telapak kaki kiri dan menegakkan betis kaki kanan. Posisi ini dapat memberi keselesaan kepada perut, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air, dan 1/3 untuk udara. Disunatkan makan dengan tangan kanan dan tidak dibolehkan makan sambil bersandar, berjalan dan baring. Bacalah doa ini sebelum menyuap makanan

ِ‫بِسمِ هللا وِعِلِى بِرِكِةِ هللا‬ Ertinya: “Dengan nama Allah dan atas berkat Allah” Sekiranya terlupa membaca Bismillah sebelum makan, hendaklah dibaca doa ini:

ِ‫بِسِمِ هللا أِولِهِ وِ أِخِرِه‬ Zikir yang dianjurkan dibaca semasa makan

ِ‫اللَّهمِ لِكِ الحِمِدِ وِلِكِ الشِكِر‬ Disunatkan memuji makanan, dan tidak boleh mencelanya


Selepas Makan Doa selesai makan:

‫الحمد لِلل الذي أطعمنا و سقانا وجعلنا لمن المسلل لمين‬ Rasulullah saw makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Hendaklah mengutip makanan yang jatuh di atas safrah kerana kemungkinan itu adalah makanan yang mengandungi berkah. Disunatkan membersihkan bekas makanan sehingga betul-betul bersih seperti asal. Dianjurkan untuk menyisip @ menjilat jari-jari tangan sebelum dibasuh dengan air dan sapu tangan. Jika makan dengan berjemaah, sebaiknya janganlah pergi dari tempat makan sebelum orang lain selesai makan.


Makanan yang Disukai Rasulullah saw Tsarit (roti yang dipotong kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam kuah) Khabab (daging bakar) Buah labu air, buah mentimun dimakan dengan kurma atau buah semangka dengan kurma. (Muttafaq’ alaih) Susu, keju, madu, makanan manis, kurma, cuka dan kurma yang direndam di malam hari kemudian diminum pada pagi harinya. (HR.Bukhari dan Muslim) Zaitun (HR.Tirmidzi,Ibnu Majah)


Adab Minum

Adab Minum Hendaklah minum sambil duduk. Tidak dibenarkan minum sambil berdiri.

Dianjurkan agar tidak bernafas selama minum di dalam gelas. Jika ingin bernafas, jauhkan gelas dari mulut. Rasulullah saw tidak membenarkan meniup air yang panas Dianjurkan melihat air minuman sebelum meminumnya.

Dianjurkan meninggalkan minuman dalam keadaan tertutup

Disunatkan memperbanyakkan minum susu

Tidak dibenarkan minum dengan sekali teguk. Digalakkan untuk minum dengan 3 kali teguk. Mulakan minum dengan membaca “Bismillah�, dan mengakhirinya denganmembaca “Alhamdulillah�


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali Imran:ayat 31)

“..Dan jika kamu taat kepadanya (Muhammad) nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk..” (Surah An Nur: ayat 54)

Kelebihan Mengamalkan Sunnah Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah saw juga bersabda: “Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Para sahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku, ia akan masuk ke syurga dan barangsiapa yang tidak mentaatiku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Bukhari)


Marilah berazam untuk mengamalkan amalan sunnah ini. Bacakan naskhah ini buat anak-anak kita dan sebar-sebarkan amalan ini kepada orang lain. Sesungguhnya orang yang menghidupkan sunnah adalah orang yang membantu agama. Dan orang yang membantu agama akan sentiasa berada dalam bantuan dan pertolongan Allah swt. Selamat Menghidupkan Sunnah ď Š www.AnakkuSoleh.com www.facebook.com/anakkusoleh


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.