Modul Pembelajaran Sains
sebuah kolaborasi bersama: Sekolah Kebangsaan Kundasang & Universiti Malaysia Sabah KITARAN AIR
Modul Kitaran Air Universiti Malaysia Sabah 2022 disediakan untuk: Taman Ekosains Kundasang Senarai Nama Penyedia Modul Darleena Darius Selamah Masar Jurry Foo, Siti Hasnah Tanalol, Azali Saudi, Aslina Baharum, Asni Tahir, Shaliza Hayati Abd Wahab, Nordin Saad.
Apa Itu Kitaran Air? Pergerakan air yang berterusan dari permukaan bumi ke udara dan balik semula ke permukaan bumi sebagai hujan. Proses ini berulang dan dikenali sebagai proses kitaran air semulajadi. Tahukah Anda? Kita harus menjaga bumi kita agar sentiasa bersih. Pencemaran akan menyebabkan proses semulajadi seperti kitaran air akan terjejas. Kualiti dan kuatiti air di bumi akan berkurang.
Proses Kitaran Air air laut dipanaskan oleh matahari air tersejat dan naik menjadi wap air wap air menyejuk menjadi titisan air dan membentuk awan awan menjadi berat dan titisan air turun ke bumi sebagai hujan laut wap air awan hujan pengumpulan air penyejatan kondensasi hujan
Kepentingan Kitaran Air Memastikan kuantiti air di bumi kekal sama. Menyediakan bekalanair yang berterusan. Menyejukkan bumi. Memastikan bekalan sumber air bersih yang berterusan.
Aktiviti AR Buka aplikasi STEM AR dan imbas gambar berikut Tujuan aktiviti ini adalah untuk memahami proses akuaponik
H u j a n d a h T u r u n !
Letakkan bekas kecil lutsinar kosong di dalam bekas besar yang kosong.
Tuangkan sedikit air panas pada bekas besar lutsinar. (Biarkan bekas kecil kosong)
Aktiviti 1
Lakukan ekperimen proses kitaran air. Alat/bahan: bekas lutsinar besar bersama penutup, air panas, bekas lutsinar kecil, kiub ais
Tutup bekas besar dengan penutup dan letakkan sedikit kiub ais ke atas penutup. Perhatikan apa yang berlaku selepas beberapa minit.
Latihan 1 (Tahap 1) Guntingkan label pada lampiran mukasurat 14 dan lekatkan pada rajah berikut. E k s p e r i m e n H u j a n d a h T u r u n !
Wap air menyejuk menjadi titisan air dan membentuk awan.
Susunkan huruf berdasarkan urutan kitaran air yang betul.Kemudian tuliskan semula ayat susunan diruang yang disediakan.
Air hujan mengalir semula ke laut, tasik dan sungai.
Urutan yang betul ialah:
Matahari memanaskan air di bumi dan menyebabkan air menjadi wap air.
Awan menjadi berat dan turun sebagai hujan.
Latihan 2 (Tahap 1)
_____________________________________ _____________________________________ ___________ _____________________________________ ___________ _____________________________________ __________ 1. 2. 3. 4.
M N O P
Modul ini dicipta khas untuk Taman Eko-Sains Kundasang, Sabah, bagi membantu menghasilkan proses pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Sebuah aplikasi mudah alih menggunakan teknologi realiti berperantara atau AR (Augmented Reality) turut direka khas sebagai platform digital disertakan bersama modul ini. Terdapat empat modul yang dibangunkan berdasarkan tajuk pembelajaran Sains secara terfokus; Modul Akuaponik, Modul Biokompos, Modul Kitaran Air dan Modul Rantai Makanan. Dengan pelbagai tema dan topik yang sesuai dengan keperluan masa kini, modul yang dibangunkan oleh guru-guru Sains SK Kundasang dan para penyelidik dari UMS ini diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan ilmu Sains pelajar di dalam kehidupan seharian. Penerbit & Hak Cipta: Kod ISBN ISBN XXX XXXX XX X