DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS ZON PERANCANGAN PJU1, PJU2, SS & PJS, PETALING JAYA 2020
PENGENALAN Asas Perancangan dan Kawalan Pembangunan digunakan untuk mengawal kegunaan tanah dan intensiti pembangunan. Pelan-pelan berkaitan dan garis panduan adalah seperti berikut :Asas Perancangan dan Kawalan Pembangunan 1. Peta Zon Guna Tanah 2. Peta Kepadatan 3. Peta Nisbah Plot 4. Garis Panduan Kawalan Pembangunan Dokumen ini merupakan terjemahan semua peta yang dinyatakan di atas sebagai tapisan dan ditunjukkan pada skala 1:250 melalui sistem indeks dan grid. Bagi keseluruhan kawasan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Zon Perancangan PJU 1, PJU 2, SS dan PJS, Petaling Jaya 2020 sebanyak 87 grid yang terlibat. Grid ini akan memudahkan pemilik tanah untuk membuat rujukan di mana maklumat asas yang diperlukan untuk membuat permohonan cadangan pembangunan kepada MBPJ diperolehi.
Cara Penggunaan Dokumen Setiap grid mengandungi dua peta yang dilabelkan sebagai Zon Guna Tanah dan Intensiti Pembangunan. Peta Zon Guna Tanah menyatakan maklumat kepada pengguna tentang zon guna tanah bagi setiap lot tanah di dalam grid tersebut. Peta Intensiti Pembangunan pula menyatakan maklumat mengenai jumlah kepadatan yang dibenarkan bagi zon kawasan kediaman dan nisbah plot yang dibenarkan bagi kawasan perdagangan, pembangunan bercampur dan perindustrian.
Zon Guna Tanah
Intensiti Pembangunan
Garis Panduan KawalanPembangunan
Bagaimana Dokumen ini Digunakan
Langkah 1 Rujuk Pelan Indeks untuk menentukan lokasi dan grid kawasan dan nombor indeks yang berkaitan
Langkah 2 Apabila nombor grid telah dikenalpas:, rujuk peta zon guna tanah dan peta intensi: pembangunan yang telah ditentukan.
Pengguna perlu merujuk kepada pelan indeks untuk nombor grid dan dua peta yang dinyatakan. Rajah di bawah menunjukkan langkah-‐langkah bagaimana untuk membuat rujukan peta di dalam dokumen ini