A P R I L
2 0 2 1
|
I S S U E
3 2
SWIPE TO READ
ISSUE 32 IN THIS ISSUE aLive, Madrasah and IECP must shift online
~ Mosques congregation reduced
Ustaz Ali Mohamad Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB)
~ Muis issued a statement on the
Assalamualaikum Wr. Wb.,
Palestine issue
~ Pesanan Asatizah kanan dan mapan berkenaan isu Palestin
~
Asatizah yang dimuliakan, Alhamdulillah, Ramadan yang penuh keberkatan telahpun berlalu. Terdahulu, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum solihal a'maal.
CONTENT ARS Office ARS Secretariat
Apalah sangat jika hendak kita bandingkan penularan wabak COVID-19 serta variannya yang baru di sini dengan ujian yang dihadapi saudara kita di Palestin. Ustaz Ali Mohamad
Office of Mufti
GRAPHIC Redhaee Azman
EDITOR Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan Ustazah Dr Sukarti Asmoin
Kita bersyukur, pada Ramadan tahun ini, situasinya lebih baik dari tahun yang lalu. Kita dapat mendirikan Solat Tarawih, Qiyamullail dan Solat Hari Raya di masjid-masjid kita biarpun dengan jumlah yang terhad. Ini adalah usahasama Asatizah kita dan juga masyarakat dalam membendung pandemik ini.
APR
2021, ISSUE 32
PAGE 2
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kes COVID-19 serta variannya yang baru kembali meningkat dan Singapura terpaksa kembali ke Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat). Kelas-kelas agama di madrasah, masjid dan penyedia dan pusat pendidikan Islam (IECP) kini beralih ke wadah dalam talian. Langkah ini perlu diambil demi maslahat penduduk Singapura untuk membendung wabak COVID-19 serta variannya yang baru. Ini sekaligus mengingatkan bahawa kita masih belum lagi bebas sepenuhnya dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar wabak ini tidak terus merebak ke masyarakat yang kita sayangi. Ramai dari kalangan masyarakat kita yang mungkin bersedih kerana langkahlangkah ini kelihatan agak mendadak hingga menjejas semangat menyambut lebaran. Ini hanyalah sekelumit ujian dari Yang Maha Esa. Apalah sangat jika hendak kita bandingkan penularan wabak COVID-19 serta variannya yang baru di sini dengan ujian yang dihadapi saudara kita di Palestin.
Saya yakin, ramai yang bersimpati dan turut terganggu dengan keadaan di sana dan membuat perkongsian menerusi media sosial. Dalam kita membuat perkongsian, suka untuk saya ingatkan diri saya dan asatizah yang dikasihi, agar kita tidak dihanyutkan emosi yang memakan diri. Asatizah dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Lantaran itu, kita harus lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian terutama sekali di media sosial. Sebagai penutup, suka untuk saya kongsikan pesanan Imam Syafi'ie berkenaan anak panah malam dan galakan agar kita terus mendirikan qiyam dan solat tahajud buat negara kita dan juga Palestin agar kembali aman dan damai.
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 3
اﺗَﻬﺰا ﺑِﺎﻟﺪﱡﻋﺎء وﺗَﺰدرِﻳﻪ
وﻣﺎ ﺗَﺪْرِي ﺑِﻤﺎ ﺻﻨَﻊ اﻟﺪﱡﻋﺎء ﺳﻬﺎم اﻟﻠﱠﻴﻞ ﻻ ُﺗﺨْﻄ وﻟَ ﻦ ﻟﻬﺎ أﻣ ٌﺪ وﻟﻸﻣ ِﺪ اﻧﻘﻀﺎء Apa engkau mencemuh doa dan meremehkannya? Kau tidak tahu apa yang mampu dilakukan oleh doa. Anak panah malam (yakni: dua tangan yang menadah pada Allah di malam hari) tak akan pernah kembali dengan sesuatu yang hampa Dia memiliki tujuan, dan setiap tujuan pasti memiliki akhir pemberhentian.”
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 4
Muis is deeply concerned and saddened by the ongoing violence against worshippers at Al-Aqsa mosque in Jerusalem. The Al-Aqsa mosque is the third holiest mosque for Muslims and we are currently in the holy month of Ramadan, a month usually set aside for increased prayer and charity. Muis condemns any acts of violence against unarmed worshippers of any faith and any desecration of places of worship. As people of conscience who believe in the sanctity of human life, we pray for Allah’s mercy and safety for the innocent and hope for calm and a quick de-escalation of the situation. Our mosques will be reciting a prayer calling for peace in these last days of Ramadan. Muis urges the Muslim community to join in this prayer for peace. There are also various aid efforts by credible international humanitarian organisations that the community can contribute to. Moving forward, Muis firmly agrees with Singapore’s position supporting a twostate solution, with Israelis and Palestinians living side by side in peace and security.
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 5
Isu Palestin baru-baru ini tentu sekali menarik perhatian ramai. Ia juga turut menarik perhatian ARB, asatizah mapan dan Pejabat ARS reaksi asatizah ketika membuat perkongsian menerusi wadah media sosial mereka. Kami sempat menemuramah empat asatizah untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan isu ini.
Tiada siapa di antara kita yang menginginkan keadaan yang sedang kita hadapi pada saat ini. Pandemik Covid19 masih berleluasa. Pelbagai usaha dan panduan diperketatkan di dalam negara mahupun di luar negara bagi membendung penularan pandemik ini. Ustaz Haji Ali Haji Mohamed Pengerusi, Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB)
Selain itu, kita juga dikejutkan dengan pengeboman Masjid al-Aqsa serta pencerobohan di sekitar Palestin. Isu ini telah lama berlanjutan, dan keadaan terkini ini tidak membantu keamanan Timur Tengah sedikit pun.
Dalam menghadapai kededua krisis ini yang amat rumit dan membimbangkan, ramai yang menggunakan sosial media untuk meluahkan perasaan serta menunjukkan sokongan mahupun ketidakpuasan. Seperti yang kita maklumi, para asatizah memainkan peranan yang amat penting. Amat penting kerana masyarakat Islam Singapura masih memerlukan panduan dari para asatizah. Di dalam menghadapi keadaan yang rumit kini, ramai yang menggunakan sosial media baik melalui wadah Facebook, Instagram, mesej WhatsApp, Twitter dan yang lainnya. Asatizah juga ramai yang beralih menggunakan sosial media menyampaikan da’wah dan pandangan masing-masing.
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 6
Maka, sebagai ingatan kepada semua Asatizah, marilah kita menjadi contoh kepada masyarakat Islam Singapura di dalam mengemudi emosi dan menyuluh panduan di dalam menggunakan sosial media. Kita galakkanlah cara hidup yang rukun dan damai, saling harga-menghargai, mensyukuri kehidupan yang sedang sama-sama kita bina di negara kita ini, Jangan pula kita menjadikan masyarakat kita yang kecil ini berpecah belah. Tunjukkanlah contoh yang karimah dan nilai yang rahmah di dalam mengutarakan komen mahupun pandangan di sosial media. Marilah kita sebagai asatizah membantu masyarakat agar bersikap aman damai, menjaga kehormatan di kala berinteraksi di dalam sosial media, memelihara kesopanan dan kesantunan. Berhati-hatilah di dalam kita berinteraksi di sosial media khususnya kerana kita hidup di dalam suasana masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, dan dalam keadaan dunia yang bermacam fikrah dan arah tujuan. Jadilah contoh Asatizah yang membawa damai dan kesatuan. Ajaklah masyarakat kita untuk terus berdoa dan sama-sama memohon merayu kepada Allah swt untuk kita dikeluarkan dari pandemik ini, untuk kita dapat kembali ke masjid-masjid kita, dan majlis-majlis ilmu dan ibadah. Moga keadaan di Masjid AlAqsa kembali tenang. Moga dunia kita juga dikurniakan rahmah dan barakah kedamaian.
Ustazah Dr Sukarti Asmoin Anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB)
Bercakap dalam dunia volatile di mana kita ibarat mentimun tidak mudah. Saya hanya mendoakan yang terbaik bagi mereka yang teraniaya. Ulul Absar bercakap dan berfikir dengan mata hati. Kita tidak boleh hanya melakukan yang sedikit tetapi menanggung kerugian yang besar. Jangan buat sesuatu sehingga menyebabkan yang dikejar tidak dapat, yang dikandung keciciran.
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 7
Nasihat ana kepada asatizah yang ingin berdakwah, hendaklah dengan hikmah, sesuai dengan firman Allah,
ٱدعُ اﻟَ ﺳﺒِﻴﻞ رﺑِﻚَ ﺑِﭑﻟْﺤ ﻤﺔ وٱﻟْﻤﻮﻋﻈَﺔ ٱﻟْﺤﺴﻨَﺔ
Ustaz Sallim Jasman Anggota Lembaga
Yang bermaksud: serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik. Surah An-Nahl: 125
Pengiktirafan Asatizah (ARB)
Tujuannya supaya orang yang mendengar dapat menerima dakwah dengan hati yang terbuka, dakwah yang disampaikan dengan kekerasan, dakwah itu tidak dapat diterima, malah boleh menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya. Hasil dakwah kita akan menjadi sia-sia. Dalam memberi pandangan atau komen di media sosial, hendaklah disampaikan dengan hikmah. Apatah lagi sebagai asatizah, kita berceramah, menasihati dan memberi petunjuk pada masyarakat, tapi apabila kelakuan kita tidak seperti apa yang kita sampaikan, itu bertentangan dengan dakwah dan adab ketika menyampaikan dakwah.
More info
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 8
Ustazah Dr Rohana Ithnin Ahli Jawatankuasa Fatwa
Pertama Berdoa. Doa itu senjata orang mukmin. Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab Sohihnya, dari Ali bin Abi Tolib r.a. bahawasanya suatu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda : وﻧُﻮر اﻟﺴﻤﻮاتِ وا رض، وﻋﻤﺎد اﻟﺪِّﻳﻦ، اﻟﺪﱡﻋﺎء ﺳ َ ح اﻟْﻤﻮﻣﻦ “Doa itu adalah senjata kaum Mukminin dan merupakan tiang agama, serta cahaya langit dan bumi.”
Doa menjangkau batasan sempadan dan masa. Doa dari jauh dan dari hati yang ikhlas bagi mereka-mereka yang dianiayai adalah sunnah yang sudah sewajarnya dilakukan. Kedua Menuntut ilmu. Doa sahaja tanpa usaha, tidak mencukupi. Insiden yang berlaku memberi peluang bagi kita mengisi minda dan jiwa kita dengan ilmu pengetahuan. Allah swt berfirman di dalam surah al-Mujadilah ayat 11 : ۟ ”ﻳﺮﻓَﻊ ٱﻟ ﻪ ٱﻟﱠﺬِﻳﻦ آﻣﻨ “ُﻮا ﻣﻨﻜﻢ وٱﻟﱠﺬِﻳﻦ اوﺗُﻮا ٱﻟْﻌﻠْﻢ درﺟٰﺖٍ ۚ وٱﻟ ﻪ ﺑِﻤﺎ ﺗَﻌﻤﻠُﻮنَ ﺧَﺒِﻴﺮ Maksudnya : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara mu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Ternyata bukan hanya ilmu pengetahuan yang kita dapat perolehi, bahkan darjat kita dinaikkan. Maklumat yang ringkas dari media sosial atau dari informasi berita tidak memberi gambaran yang penuh dan menyeluruh. Gunakan masa Fasa 2 ini, untuk menuntut ilmu. Di antara ilmu yang boleh dipelajari ialah ilmu sejarah Islam, Fiqh Ma’al (fiqh sebab-akibat) dan Fiqh Waqi’i (fiqh realiti). Ketiga Tadabbur. Ambillah pengajaran dari insiden yang berlaku. Sudah tentu, kita tidak mahu insiden sebegini berlaku pada diri dan sekeliling kita. Dari itu, perbaiki diri dan keluarga kita agar kita menjadi insan-insan yang baik dan dapat hidup dalam masyarakat yang saling menjaga keharmonian antara satu sama lain. APR 2021, ISSUE 32
PAGE 9
In line with the advisory by the Ministry of Health and Ministry of Education on tighter measures to minimise spread of COVID-19, full-time madrasahs will shift to full Home-Based Learning (HBL) from Wednesday 19 May 2021 till end of the term on 28 May 2021. During the full HBL, madrasahs will continue to provide support to students and parents on accessing HBL materials. Madrasahs will also remain open for students, especially for parents who are working in essential services or are unable to make alternative care arrangements. aLIVE part-time madrasah classes will continue with online lessons during this period. Meanwhile, Islamic Education Centres and Providers (IECPs) offering religious classes must move all learning programmes online till the end of Phase 2 (Heightened Alert), or until further notice is given, or suspend their activities.
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 10
In line with the Phase 2 (Heightened Alert) guidelines announced by the MultiMinistry Task Force, mosques will only be able to offer 50 spaces per session for daily congregational prayers and Friday prayers. This will take effect from 16 May 2021. Unfortunately, this means all existing bookings for Zone 2 on Friday 21 May 2021 are automatically cancelled. A notification email will be sent to jemaah whose bookings for the Friday prayer on 21 May are affected. We would also like to remind congregants that the Trace Together-only Safe Entry check-ins will commence from 17 May. This is a crucial time for the community, with cases on the rise across the nation everyday. Let us remain vigilant and continue to uphold our social responsibility in keeping everyone safe.
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 11
Emerging Stronger: Building Our Resilient Future Let's trust in Allah s.w.t. even in difficult times. What He takes away in one form, He replaces in another. So today, we walk towards the future, Standing apart, yet together at heart, Distant in proximity, inseparable in spirit. Today, we strive as one, For truly, With hardship comes ease, With hardship comes ease.
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 12
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 17
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 16
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 17
Continue Reading
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 18
Continue Reading
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 19
Continue Reading
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 20
Continue Reading
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 22
Hari Raya brings family and loved ones together. If you've considered giving back during this festive period, here's your chance to hear how the spirit of family togetherness is important for fostering. Open up your heart and home to vulnerable children and youths! Join the online information sharing session organised by MSF on 29 May 2021 to learn more about how you can help these children. Get to hear from our foster families, MSF officer and guest speaker Ustazah Dr. Rohana Ithnin, Member of the Fatwa Committee. This session will be conducted in English and Malay. RSVP by: ·
Texting (WhatsApp) 9645 8231;
·
Mailing us at fostering@msf.gov.sg;
Closing date for registration is 28 May 2021.
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 22
Oleh Ustaz Irwan Hadi Shuhaimy
Dalam kita menyambut Aidilfitri dan meraikannya, wujud puasa sunat yang hanya ada pada bulan ini dan kita tidak boleh melepaskannya adalah puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Puasa di bulan Ramadan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal adalah seperti puasa yang berterusan." [Hadis dari Imam Muslim] 1. Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun. “Puasa Ramadan adalah seperti puasa selama sepuluh bulan, dan puasa enam hari [di bulan Syawal] adalah seperti puasa selama dua bulan. Itu adalah seperti puasa setahun penuh.” [Hadith dari Ahmad & Nasai] 2. Digalakkan untuk puasa berturut-turut di bulan Syawal "Puasa enam hari berturut-turut selepas Aidilfitri adalah seperti puasa sepanjang tahun." 3. Dibolehkan untuk menggabungkan puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadan dan puasa sunat enam hari di bulan Syawal Menggabungkan niat untuk melakukan puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadan dan puasa sunat enam hari Syawal adalah sah walaupun melakukan kedua-duanya secara berasingan mempunyai pahala yang lebih besar. Ini seperti yang disebutkan oleh Al-Hafidz Al-Suyuthi dalam Al-Asybah Wa Al-Nazhair, di mana dia menyebutnya dari pandangan al-Bariziy. Namun, anda harus berniat untuk membayar puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadan sebagai tujuan utama puasa anda dan puasa sunat enam hari di bulan Syawal hanyalah niat atau tujuan tambahan .
Bacaan Lanjut
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 23
https://blog.pergas.org.sg/wasat/
Oleh Ustaz Mustazah Bin Bahari
Satu perkara penting yang terkait dengan keluarnya Imam Mahdi adalah bumi Bait Al-Maqdis. Menurut pandangan beberapa ulama, Bait Al-Maqdis pada waktu itu telah pun bebas dari sekatan pihak yang menindas dan menjadi hak mutlak untuk umat Islam.
Gambaran
yang
diberi
dalam
hadis
menunjukkan Imam Mahdi solat bersama dengan umat Islam di Masjid Al-Aqsa ketika Nabi Isa turun ke bumi. Keadaan ketika itu begitu aman dan tenang sekali. Seperti yang diketahui hari ini pula, isu kedaulatan bumi Palestin masih belum selesai dan konflik masih berterusan. Untuk mencapai keamanan di sana memerlukan masa dan proses yang panjang. Mantan mufti Mesir, Syeikh Ali Jum`ah pernah menyebutkan bahawa Imam Mahdi yang disifatkan sebagai Al-Muntazar (yang dinanti-nanti) bukanlah bermaksud umat Islam perlu ternanti-nanti akan munculnya.
Bacaan Lanjut
In collaboration with
PERGAS APR 2021, ISSUE 32
PAGE 24
JOB OPPORTUNITIES
APR 2021, ISSUE 32
PAGE 25
ARS NEWSLETTER IS A PUBLICATION OF
Singapore Islamic Hub 273 Braddell Rd Singapore 579702
+65 6359 1199
info@muis.gov.sg