ARS Newsletter Feb 21 | Issue 30

Page 1

F E B R U A R Y

2 0 2 1

|

I S S U E

3 0

SWIPE TO READ


ISSUE 30 IN THIS ISSUE Mufti shares on vaccine intake

~ Irsyad - Panduan agama dalam

Every one of us has a part to play in the battle to overcome COVID-19.

isu vaksin COVID-19

~ Nurturing character & developing competence: Equipping our Asatizah with

Many in Singapore have taken part in the national vaccination programme in order to keep our community and loved ones safe.

future-ready skills to confidently lead the community

~ Dr Nazirudin berterima kasih atas sokongan setelah setahun sebagai Mufti

~ Research programme in the study of Muslim Communities of Success (RPCS)

We continue to urge those who are medically eligible to go for their vaccination when their turn comes, especially our seniors who may be more vulnerable to the virus. Muis CE, Esa Masood, and Mufti, Dr. Nazirudin Mohd Nasir have also received both doses of the COVID-19 vaccine.

~

CONTENT ARS Office ARS Secretariat Office of Mufti

EDITOR Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan Ustazah Dr Sukarti Asmoin

“Getting vaccinated is a preventive measure that helps us to protect not only ourselves, but also one another. This will make a big difference to our recovery as a society and nation. May Allah continue to protect us from harm and danger, and grant us good health.” Mufti Dr Nazirudin Nasir


Singapore has entered the next phase in the COVID-19 vaccination programme where all seniors can receive their vaccinations. As the country takes the next steps to collectively combat the pandemic, we will continue to provide guidance and assurance to the Muslim community so that we can all be confident in doing our part for our loved ones and the society. We take a look back at this interview where Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir clarifies the religious position of the COVID-19 vaccine. Captions are available for our viewers. You can also watch the English video via this link.

FEB

2021, ISSUE 30

PAGE 3


Kita semua tidak selamat sehingga semuanya selamat. Begitulah ungkapan yang sering kita dengar saban hari oleh ketua-ketua masyarakat kita untuk memastikan kita mengambil vaksin. Baru-baru ini asatizah yang warga emas juga turut diundang oleh Kementerian Kesihatan untuk mengambil vaksin tersebut. Antaranya adalah Ustaz Maarof Mohammad. Ustaz Maarof adalah seorang pendakwah bebas yang mengajar tafsir dan juga merupakan seorang Naib Kadi. Pejabat ARS sempat menemuramah Ustaz dan bertanyakan beberapa soalan.

Kenapa Ustaz memilih untuk mengambil vaksin? Saya terima surat dari Kementerian Kesihatan. Kebetulan juga isteri saya bekerja di barisan hadapan. Jadi, kami merancang untuk mendaftar bersamasama.

Adakah Ustaz berasa ragu untuk mengambilnya lebih-lebih Ustaz sebagai seorang warga emas? Langsung tidak ada keraguan. Saya rasa pemerintah Singapura menjalankan tugas yang baik dalam menawarkan vaksin.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 4


Irsyad Penularan wabak COVID-19 di peringkat global telah mencetuskan pelbagai cabaran yang genting, termasuk daripada aspek kesihatan, ekonomi dan juga sosial, yang terpaksa dihadapi oleh semua negara dan masyarakat. Banyak negara telah memperkenalkan undangundang yang menyekat pergerakan dan aktiviti seharian untuk mengekang penularan wabak ini. Langkah-langkah sedemikian telah meninggalkan kesan ekonomi yang sangat mendalam, seperti kemerosotan pada sektor perdagangan dan ekonomi, serta meningkatnya kadar pengangguran. Dalam hal ini, penemuan serta penghasilan vaksin menjadi satu keutamaan kritikal untuk menyelamatkan nyawa, memberi jaminan kesihatan serta membantu mengembalikan ekonomi serta kehidupan seharian kepada sediakala sebaik mungkin. Agama Islam sangat menitikberatkan kesucian nyawa dan keselamatan serta melindungi kehidupan pada setiap masa. Oleh itu, setiap usaha untuk melindungi nyawa manusia daripada sebarang jenis bahaya dan kemudaratan, seperti penghasilan vaksin di dalam suasana pandemik, adalah sangat digalakkan dalam Islam.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 5


Irsyad Secara amnya, vaksin sebagai salah satu bentuk perlindungan dan pencegahan daripada penyakit dan masalah kesihatan, merupakan perkara yang amat dialualukan oleh agama. Fatwa-fatwa Muis yang lalu, seperti fatwa bagi vaksin Rotavirus (2013), menggalakkan penggunaan vaksin kerana ia merupakan sejenis rawatan pencegahan awal daripada penyakit. Prinsip ini berdasarkan panduan dari Nabi Muhammad SAW di mana kita digalakkan untuk memakan sesuatu yang dapat melindungi diri daripada penyakit. Di dalam menghadapi situasi luar biasa disebabkan oleh penularan wabak di peringkat global, prinsip-prinsip etika Islam menjadi panduan kita. Walaupun terdapat penularan wabak di dalam sejarah Islam, namun hukum-hakam dan pandangan ulama silam adalah khusus bagi keperluan masyarakat mereka berdasarkan konteks dan cabaran mereka tersendiri.

Sejauh ini, proses penghasilan vaksin COVID-19 dan bahan-bahan yang digunakan tidak bertentangan dengan pertimbanganpertimbangan fatwa lalu seperti yang telah digariskan di atas. Oleh itu, vaksin COVID-19 boleh digunakan oleh masyarakat Islam Pejabat Mufti Singapura Bagi situasi kita hari ini, tiada rujukan silam yang secara khusus menyentuh perihal vaksin mahupun yang membincangkan penularan wabak di peringkat global seperti yang kita alami. Justeru itu, kita tidak boleh bergantung mahupun menantikan hukum fiqh yang pernah terakam pada masa silam sebagai rujukan utama. Sebaliknya, apabila kita membincangkan cabaran-cabaran yang baru berkaitan dengan COVID-19, panduan kita adalah dasar-dasar dan prinsip-prinsip agama yang bersifat sempurna lagi luas.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 6


Irsyad Oleh itu, panduan agama mengenai vaksin COVID-19 perlu mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada isu halal atau haram bahan-bahan yang digunakan sahaja. Dalam hal ini, terdapat tiga aspek utama yang diberikan perhatian. Vaksin sebagai keperluan asas Keselamatan dan keberkesanan vaksin Bahan-bahan yang boleh digunakan pada vaksin Tujuan memperkenalkan vaksin COVID-19 dan proses-proses yang terlibat dalam penghasilannya secara dasarnya adalah berlandaskan prinsip-prinsip serta nilainilai Syariat Islam. Kami ingin menasihati dan menganjurkan agar masyarakat Islam mengambil vaksin tersebut apabila ia tersedia ada dan telah diluluskan sebagai selamat dan berkesan. Ia merupakan satu keperluan asas untuk melindungi nyawa manusia dalam konteks penularan wabak yang berlaku di peringkat global. Fatwa-fatwa Muis yang lalu mengenai perubatan dan vaksin-vaksin telah pun menangani keperihatinan yang timbul berkaitan asal usul bahan yang digunakan. Sejauh ini, proses penghasilan vaksin COVID-19 dan bahan-bahan yang digunakan tidak bertentangan dengan pertimbangan-pertimbangan fatwa lalu seperti yang telah digariskan di atas. Oleh itu, vaksin COVID-19 boleh digunakan oleh masyarakat Islam. Sekiranya ada sesuatu vaksin yang menjalani proses yang berbeza dan mengandungi kandungan atau bahan-bahan yang terlarang, lantas tidak menepati prinsip-prinsip yang telah digariskan di atas, Jawatankuasa Fatwa akan meneliti semula dan menilai kesesuaian vaksin tersebut bagi penggunaan masyarakat Islam. Bacaan selanjutnya

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 7


Suara #AsatizahSG

Oleh Ustaz Dr Mohd Rizhan Leman

Dalam isu khutbah atau Solat Jumaat sebelum zawal ini, kita perlu memahami kesepakatan dan perbezaan Ulama dalam hal ini. Para ulama bersepakat bahawa waktu merupakan salah satu syarat yang penting bagi sahnya khutbah dan solat Jumaat. Para ulama juga bersepakat bahawa khutbah dan solat Jumaat yang dilakukan pada waktu Zuhur adalah sah. Walaubagaimanapun,

para

ulama

berbeza

pandangan

mengenai khutbah dan solat Jumaat yang dilakukan sebelum waktu zawal sama ada sah ataupun tidak. Perbezaan pandangan dalam isu ini bukanlah perkara yang baru. Perbincangan tentang isu telah pun wujud di kalangan para ulama silam.

PENDAPAT PERTAMA KHUTBAH DAN SOLAT JUMAAT SEBELUM WAKTU ZAWAL ADALAH TIDAK SAH Pendapat pertama dalam isu ini adalah khutbah dan solat Jumaat yang dilakukan sebelum waktu zawal adalah tidak sah. Ini merupakan pandangan majoriti di kalangan ulama yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i, dan juga Imam Ibn Hazm. Antara para ulama semasa yang bersetuju dengan pandangan ini adalah Sheikh Nuruddin ‘Itr dan Sheikh Muhammad Mukhtar Shinqithi. Semoga Allah merahmati mereka semua.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 8


PENDAPAT KEDUA KHUTBAH DAN SOLAT JUMAAT SEBELUM WAKTU ZAWAL ADALAH SAH Pendapat kedua dalam isu ini adalah khutbah dan solat Jumaat yang dilakukan sebelum waktu zawal adalah sah. Ini merupakan pandangan sebahagian ulama silam seperti Imam Ishaq bin Rahawayh, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, dan Imam Ibn Qudamah. Antara yang menyokong pandangan ini pada zaman ini adalah Sheikh Abdullah al-Bassam dan Sheikh Abdul Muhsin al-‘Abbad. Semoga Allah merahmati mereka semua. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama yang berpegang dengan pendapat kedua mengenai waktu yang paling awal untuk melakukan khutbah dan solat Jumaat. Segolongan di kalangan mereka berpendapat solat Jumaat boleh dilakukan sama seperti waktu mendirikan solat hari raya. Manakala segolongan yang lain berpendapat bahawa solat Jumaat hanya boleh dilakukan sekitar satu jam sebelum waktu zawal. PENDAPAT KETIGA KHUTBAH JUMAAT SAH DILAKUKAN SEBELUM WAKTU ZAWAL MANAKALA SOLAT JUMAAT TIDAK SAH Pendapat ketiga dalam isu ini adalah khutbah Jumaat sah dilakukan sebelum waktu zawal manakala solat Jumaat tidak sah dilakukan sebelum zawal. Pandangan ini pernah dinukil oleh pengarang kitab Al-Bayan fi Mazhab al-Imam Syafi‘i. Sheikh Wahbah al-Zuhayli pernah menggariskan tiga sebab utama mengapa para ulama berbeza pandangan dalam pengeluaran hukum: 1. Perbezaan ulama dalam menerima dalil 2. Perbezaan ulama dalam memahami dalil 3. Perbezaan ulama dalam isu-isu yang tiada dalil Di antara sebab utama mengapa para ulama berbeza pandangan dalam isu solat Jumaat sebelum zawal adalah perbezaan mereka dalam memahami sebahagian hadis-hadis yang sahih.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 9


HADIS PERTAMA Hadis pertama dalam isu ini adalah hadis Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu dalam Sahih Muslim.

‫ ) ﻛﻨﱠﺎ ﻧُﺼﻠّ ﻣﻊ رﺳﻮلِ اﻟ ﻪ ﺻﻠﱠ اﻟ ﻪ ﻋﻠَﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢ ﺛُﻢ ﻧَﺮﺟﻊ‬: ‫ﻋﻦ ﺟﺎﺑﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟ ﻪ ﻗﺎل‬

‫ زَوال اﻟﺸﱠﻤﺲ‬: ‫ ﻓ ايِ ﺳﺎﻋﺔ ﺗﻠْﻚَ ؟ ﻗَﺎل‬: ٍ‫ ﻓَﻘُﻠْﺖ ﻟﺠﻌﻔَﺮ‬: ‫ﻓَﻨُﺮِﻳﺢ ﻧَﻮاﺿﺤﻨَﺎ ( ﻗَﺎل ﺣﺴﻦ‬

Dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata; Kami pernah mendirikan solat (Jumaat)

bersama Rasulullah ‫ﷺ‬, kemudian kami pulang dan memberi rehat kepada unta kami. Hasan berkata; Saya bertanya kepada Ja’far, "Bilakah waktunya?" Beliau menjawab, "Saat tergelincirnya matahari." Menerusi hadis tersebut kita dapati perbezaan dalam pemahaman hadis tersebut di kalangan ulama serta punca persilisihan mereka. Pemahaman majoriti ulama terhadap hadis ini: Perbuatan mendirikan solat Jumaat dan memberi rehat kepada unta dalam hadis ini berlaku saat tergelincirnya matahari iaitu waktu zawal. Justeru, hadis ini tidak menunjukkan bahawa solat Jumaat dilaksanakan sebelum waktu zawal. Pemahaman sebahagian ulama yang lain terhadap hadis ini: Hadis ini menunjukkan bahawa solat Jumaat dilaksanakan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dan para sahabat sebelum tergelincirnya matahari iaitu sebelum waktu

zawal. Selepas selesai solat Jumaat, mereka memberi rehat kepada unta mereka. Perbuatan mereka memberi rehat kepada unta mereka berlaku pada saat matahari tergelincir iaitu waktu zawal. Itu bermakna solat Jumaat dilaksanakan sebelum waktu tersebut iaitu sebelum waktu zawal. Punca perselisihan: Perbezaan dalam memahami perbuatan apakah yang dilakukan saat tergelincirnya matahari (waktu zawal). Adakah ia merujuk kepada perbuatan memberi rehat kepada unta sahaja atau ianya merujuk kepada perbuatan mendirikan solat Jumaat dan memberi rehat kepada unta?

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 10


HADIS KEDUA Hadis kedua dalam isu ini adalah hadis Sahl radhiyallahu ‘anhu dalam Sahih Muslim:

( ‫ ) ﻣﺎ ﻛﻨﱠﺎ ﻧَﻘﻴﻞ و ﻧَﺘَﻐَﺪﱠى ا ﺑﻌﺪَ اﻟْﺠﻤﻌﺔ‬: ‫ﻋﻦ ﺳﻬﻞ رﺿ اﻟ ﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎل‬ Dari Sahl radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, "Kami tidak tidur dan tidak pula makan tengahari kecuali setelah menunaikan solat Jumaat." Menerusi hadis ini pula, tersebut kita dapati perbezaan dalam pemahaman hadis tersebut di kalangan ulama serta punca persilisihan mereka seperti berikut: Pemahaman majoriti ulama terhadap hadis ini: Dalam hadis ini, tidur dan makan tengahari dilambatkan selepas waktu zawal. Hadis ini menunjukkan bahawa solat Jumaat dilaksanakan selepas zawal dan kemudiannya mereka tidur dan makan tengahari. Pemahaman sebahagian ulama yang lain terhadap hadis ini: Dalam hadis ini, tidur dan makan tengahari berlaku sebelum waktu zawal. Hadis ini menyatakan bahawa solat Jumaat didirikan sebelum tidur dan makan tengahari. Itu bermakna solat Jumaat dilaksanakan sebelum waktu zawal. Punca perselisihan: Perbezaan dalam menentukan waktu tidur dan makan tengahari dalam hadis ini. Adakah kedua-duanya berlaku sebelum waktu zawal atau selepas waktu zawal?

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 11


HADIS KETIGA Hadis ketiga dalam isu ini adalah hadis Salamah bin al-Akwa’ radhiyallahu ‘anhu dalam Sahih Muslim:

‫ ) ﻛﻨﱠﺎ ﻧُﺼﻠّ ﻣﻊ رﺳﻮلِ اﻟ ﻪ ﺻﻠﱠ اﻟ ﻪ ﻋﻠَﻴﻪ‬: ‫وﻋﻦ ﺳﻠﻤﺔ ﺑﻦ اﻷﻛﻮع رﺿ اﻟ ﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎل‬

.( ‫وﺳﻠﱠﻢ اﻟْﺠﻤﻌﺔَ ﻓَﻨَﺮﺟﻊ وﻣﺎ ﻧَﺠِﺪُ ﻟﻠْﺤﻴﻄَﺎنِ ﻓَﻴﯩﺎ ﻧَﺴﺘَﻈﻞ ﺑِﻪ‬

Dari Salamah bin al-Akwa’ radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, "Kami mendirikan solat Jumaat bersama Rasulullah ‫ﷺ‬, kemudian kami pulang namun kami tidak mendapati bayang-bayang dinding untuk berteduh."

Pemahaman majoriti ulama terhadap hadis ini: Yang dimaksudkan dengan “kami tidak mendapati bayang-bayang” dalam hadis ini bukanlah menafikan secara total kewujudan bayang-bayang pada ketika itu. Bayang-bayang pada ketika itu wujud tetapi hanyalah sedikit. Hadis ini tidak menunjukkan bahawa solat Jumaat yang didirikan oleh Salamah bin al-Akwa’ bersama Rasulullah ‫ ﷺ‬berlaku sebelum waktu zawal kerana bayang-bayang pada ketika itu wujud tetapi hanyalah sedikit. Pemahaman sebahagian ulama yang lain terhadap hadis ini: Yang dimaksudkan dengan “kami tidak mendapati bayang-bayang” dalam hadis ini adalah menafikan secara total kewujudan bayang-bayang pada ketika itu. Hadis ini menunjukkan bahawa solat Jumaat yang didirikan oleh Salamah bin al-Akwa’ bersama Rasulullah ‫ ﷺ‬berlaku sebelum waktu zawal

kerana apabila mereka selesai, mereka tidak mendapati bayang-bayang untuk berteduh pada waktu tersebut. Punca perselisihan: Perbezaan dalam memahami kata-kata sahabat, “kami tidak mendapati bayang-bayang”. Adakah kata-kata ini menafikan secara total kewujudan bayang-bayang pada ketika itu atau ianya menunjukkan bahawa bayangbayang wujud tetapi hanyalah sedikit.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 12


PENDAPAT ULAMA SEMASA Pendapat ulama semasa Di kalangan ulama semasa, ada yang berpendapat bahawa solat Jumaat boleh didirikan sebelum waktu zawal apabila ada keperluan. Antara yang menyokong pandangan ini adalah badan fatwa yang terkenal seperti European Council for Fatwa and Research dan para ulama Shariah yang terkenal seperti Syeikh ‘Attiyah Saqr dan Dr. Yusuf al-Qaradawi. Bukan dalam semua keadaan, mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam pengeluaran fatwa perlu diberikan keutamaan. Dalam sebahagian keadaan, mengambil pendekatan memberikan kemudahan wajar diutamakan terutama sekali dalam keadaan yang sukar selagimana ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Pengeluaran fatwa perlu meraikan keadaan yang berubah. Fatwa yang dikeluarkan dalam keadaan sempit tidak sewajarnya disamakan dengan fatwa yang dikeluarkan dalam keadaan senang. Fatwa yang dikeluarkan dalam keadaan wabak tidak sewajarnya disamakan dengan fatwa yang dikeluarkan dalam keadaan biasa. Ustaz Dr Rizhan Leman KESIMPULAN Akhir kata, isu ini termasuk dalam kategori khilaf (perbezaan pandangan) yang boleh umat Islam berlapang dada. Semoga Allah merahmati kesemua ulama kita. Perbezaan mereka dalam memahami sebahagian nas-nas syarak yang berlaku beratus-ratus tahun yang lalu memberikan jalan keluar bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam yang datang di kemudian hari.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 13


FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 14


Our asatizah play a crucial role in providing the community with sound religious guidance. To meet the community's evolving needs, Muis continues to equip our asatizah with future-ready skills of our religious undergraduates. A Career Map and Competency Framework (CCF) launched in April 2020 supports the career growth and development of asatizah. Since then, Muis has held several engagements including 15 CCF workshops to train supervisors, HR practitioners and employees. Muis has developed an On-the-Job Training (OJT) blueprints for two key asatizah roles, i.e. Madrasah Teacher and Mosque Religious Officer. With these blueprints, Muis will be able to recommend specific OJT practices as part of asatizah's skills development. Muis will share more information on this at the upcoming Muis Work Plan Seminar in April. Since April last year, more than 80 students have registered for the Postgraduate Certificate in Islam in Contemporary Societies (PCICS). Alhamdulillah, despite facing various challenges adapting to new learning norms, 70% of students agreed that the PCICS course is relevant and met learning objectives. Majority of students in the programme have also successfully been placed on either the year-long Work-Experience Programme, work-based projects or internships in social services, education-related services, research, marketing, communications and dakwah in mosques to expand their industry experience.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 15


Ustaz Dr Nazirudin Nasir pada 1 Mac lalu melahir rasa syukur menerusi Instagram miliknya. Menurutnya, "hari ini genap setahun saya mengambil alih tugas ini. Walaupun liku-liku perjalanan ini amat sukar, mencabar dan tidak menentu, saya tetap dapat bergerak kerana timbalan-timbalan saya, teman-teman di Pejabat Mufti dan Muis, para asatizah dan masyarakat bergerak bersama." Mufti juga berterima kasih atas sokongan dan dorongan yang berterusan dari semua. Beliau juga menyifatkan keadaan kita di Singapura telah bertambah baik, berbanding setahun lalu dan berpesan untuk menjadi lebih baik lagi selagimana kita berhati-hati dan terus cekal menghadapi ujian. Menurutnya, masih banyak lagi cabaran yang akan kita hadapi, tetapi beliau yakin semua boleh diatasi selagi kita kekal bersatu, menghadapi cabaran dengan tenang serta menyokong satu sama lain. Di dalam perkongsian tersebut, beliau turut menyebutkan, "saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan mengalu-alukan nasihat, teguran, saranansaranan dan doa anda. Semoga kami dapat terus berkhidmat dengan lebih baik demi maslahat masyarakat, Insya Allah."

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 16


Muis have featured various job opportunities on www.mycareersfuture.sg. These job opportunities are in the form of a Traineeship Scheme, where applicants will be given an allowance while being engaged as a trainee for a few months, as agreed with the organisation. We will feature our very own asatizah who decided to join the traineeship. This issue we have Ustaz Amrullah and Ustazah Maria to share more on it. Why did you apply for this traineeship?

AMRULLAH BIN MOHD ZAIN Special Projects Officer (Trainee) Dept of Corporate Services & Development Masjid Assyakirin

I see this traineeship as an opportunity for me to go beyond the boundaries of an ustaz and ustazah. Especially in the religious sector where the norm of an ustaz and ustazah is to teach and give lectures. This traineeship opening really appealed to me as I feel that being in this role will help me understand the needs of the mosque better especially in the new circumstances that we are living in while also not forgetting to serve the community as an officer of the mosque. I also feel that this traineeship will help further upgrade myself with skills needed for future employment.

What do you hope to gain from this? Through this traineeship, I hope to gain a new set of skills that is beyond the scope of an ustaz. I also hope to gain a perfect understanding of how a mosque operates as well as the community’s perception of a mosque and I hope to use this new found understanding and experiences and apply it in my future employment. What are your plans after the traineeship? My interest is in serving the community and meeting new faces. So I plan to find a full time employment that suits my interest and I hope that this traineeship helps me in achieving that.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 17


1.Why did you apply for this traineeship? I chose to join this traineeship as I want gain experience in a new field and learn from those who are more knowledgeable and experienced. 2.What kind of experience do you hope to gain from this? MARIA BINTE MOHAMED SIDDIQUE Mosque Religious Officer (Trainee) Dept of Religious & Social Services Masjid Assyakirin

I hope to be exposed to all the MRO tasks and duties so that I can utilize and equip myself for the future.

3.What are your plans after the traineeship? I want to serve the community with the knowledge and expertise that has been learned here. At the same time, I hope to implement it in the course of my work.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 18


Imbas kod QR ini untuk alami keajaiban

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 19


THE OFFICE Baru-baru ini, Pejabat ARS menghantar teks pesanan kepada asatizah untuk mereka mengemas kini butiran mereka. Kami juga melakukan tinjauan melalui saluran Telegram untuk memeriksa progres kemas kini tersebut. Alhamdulillah, majoriti dari mereka telah menyelesaikannya. Namun, kami mengambil maklum bahawa ada yang masih kurang pasti caranya. Untuk membimbing anda lebih lanjut, ikutilah enam langkah mudah ini.

Lungsuri www.go.gov.sg/gobizportal menerusi komputer anda. Telefon bimbit tidak dapat menyokong lelaman tersebut. Sila pilih “Login via SingPass”.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 20


Anda akan diarahkan ke papan pemuka (dashboard) ini yang menunjukkan bahawa anda mempunyai “1 Active Licence”.

Klik pada butang “1 Active” dan baris berikut akan muncul. Di bawah “Action”, butang “Amend” akan muncul.

Setelah anda klik “Amend”, ia akan membawa anda ke halaman ini. Klik “Next” untuk memulakan pengemaskinian anda.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 21


Sila tandakan kotak pilihan dan bahagian MyInfo akan muncul secara automatik. Isi semua ruang mandatori dan klik “Next”

Anda akan diarahkan ke halaman ini. Perhatikan perkara berikut: Maklumat yang anda masukkan di bahagian MyInfo sebelumnya akan ditunjukkan setelah kami menyetujui penyerahan anda. Sekiranya anda telah menukar alamat anda dan tidak tertera di sini, sila hantarkan alamat baru anda ke ARS@muis.gov.sg dan pegawai kami akan membetulkannya. Anda boleh terus mengemaskini bahagian seterusnya, iaitu kelayakan dan pekerjaan.

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 22


A. CALL FOR APPLICATIONS – RPCS FELLOWSHIP 2021 The Research Programme in the Study of Muslim Communities of Success (RPCS) is a programme that seeks to develop and create new bodies of knowledge specific to the needs and challenges of Muslim communities living in secular countries and advanced economies. The programme complements the work of PCICS in developing contemporary and contextual content, and religious curricula at tertiary and postgraduate levels, and hopes to develop and elevate critical thought leadership amongst religious scholars and leaders. It will also serve as a platform for potential apex religious leadership to engage with critical research on wider socio-religious/political issues. Successful applicants will receive institutional and funding support of between three (3) months to twelve (12) months depending on the fellowship duration. RPCS invites asatizah with a minimum Masters degree to apply for the Research Programme in the Study of Muslim Communities of Success. Asatizah who have extensive specialized experience on the ground are also invited to apply. B. APPLICATION Application for RPCS will open from now till23 April 2021, 11:59pm. There will be a briefing session on 1 April 2021. Those who are interested to attend the briefing must submit their cover letter and curriculum vitae to the RPCS Secretariat at Nur_Shafiqah_Zainal@muis.gov.sg by 30 March 2021. Following the briefing, interested applicants are required to submit the following documents: 1. A letter of recommendation 2. A description of their proposed project (Please refer to the research areas and research questions in section C)

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 23


All application forms, supporting materials and confidential letter/s must reach Muis by the closing date at the stipulated time. Late and incomplete applications will not be accepted. C. RESEARCH AREAS Interested applicants may submit a description of their proposed project on one of the three key areas: i) Governance ii) Social and iii) Science and Technology. Below are some sample research questions for applicant’s consideration (Please note that this list is not exhaustive): i.Governance – Islam, secularism and diversity (policymaking and governance in a diverse and secular social context) 1. Are religion and secularism compatible or incompatible particularly in reference to Muslim minorities living in secular countries; 2. How does religion view citizenship particularly when Muslims are subjected to religious/non-religious legal systems ii. Social – Family (marriage, divorce and Muslim law), Social cohesion (interand intra-faith) 1. What are the key considerations in reviewing Muslim Family Law; 2. How can Maqasid as a discipline of study facilitate the review of Muslim Family Law; 3. What is the concept of common good in Islamic thought which relates to a modern and plural society; 4. What are the religious narratives that can act as barriers in promoting social cohesion and how can we address them iii. Science and Technology (Biomedical ethics, new food technologies, digital technologies and ethics, crypto-currencies) 1. What are the Islamic principles that are most relevant in providing continued guidance on emerging technologies; 2. How the concepts of maslahah and mafsadah can be used in assessing the compatibility of emerging technologies and Islamic values

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 24


Please note that the description of your proposed project should not exceed more than 1500 words (Arial font, size 12, Single Space). SELECTION PROCESS & NOTIFICATION OF RESULTS All applications will be assessed, and shortlisted candidates will be notified by the RPCS secretariat. Shortlisted candidates will then be interviewed by the RPCS Fellowship Committee. FURTHER QUERIES If you need further information, please Nur_Shafiqah_Zainal@muis.gov.sg or 6350 5350.

contact

us

FEB 2021, ISSUE 30

at

PAGE 25


Scholarship

Are you passionate to explore academic research methodologies and to contribute to the scholarly study of Islam and its development in Southeast Asia? Muis is pleased to invite all eligible asatizah to apply for the ISEAS-MUIS Master's Scholarship. Established in 2020, the ISEAS-MUIS Master's Scholarship is a collaborative effort between ISEAS – Yusof Ishak Institute and Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) to deepen the pool of local scholars with the capacity and training to conduct rigorous academic research. The scholarship aims to build up academic capability and research knowledge on the development of Islam in Southeast Asia and its long term effect on the Singapore Muslim community. Eligibility: Singapore citizens; Be in possession of a good honours degree (or professional qualifications of equivalent standing) in a relevant subject; Have a consistently good academic record and Be prepared to take up courses and/or carry out research on the political, social, cultural, or economic development of Islam in Southeast Asia. Scholarship details: Scholarship type – Master’s degree Courses – Including but not limited to political science, sociology, anthropology, cultural geography and Islamic studies

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 26


Terms of Awards: The scholarship is tenable for one year at local or overseas reputable universities Tuition and other compulsory fees Monthly maintenance allowance Book allowance Conference/Fieldwork allowance Medical Insurance Return airfare (if applicable) Bond Period Successful candidates will serve a one-year bond with ISEAS following the completion of their studies Candidates who have already obtained university admission for 2021 and meet the above requirements are also eligible to apply. Applicants should submit a cover letter, full CV, two letters of reference, educational certificates and transcripts, a research proposal and a statement of purpose in pursuing the MA degree, and a passport-sized photograph. Please send applications to: Head, Administration ISEAS – Yusof Ishak Institute 30 Heng Mui Keng Terrace Singapore 119614 Tel No: 67780955, Fax No: 67756264

Closing Date: 31 March 2021 Only shortlisted candidates will be notified

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 27


CPE Course Name

PENERAPAN MANHAJ WASATIYYAH DI SINGAPURA

Language

Malay

CPE Hours

2 CPE Credit Hours

Date

Monday, 5 April 2021

Time

2.00pm - 3.30pm

Trainer

Ustaz Dr Mohamed Feisal Bin Mohamed Hassan

Registration link

https://go.gov.sg/050421

Course Name

CONTEXTUALIZING WASATIYYAH IN SINGAPORE TODAY

Language

English

CPE Hours

2 CPE Credit Hours

Date

Wednesday, 21 April 2021

Time

2.00pm - 3.30pm

Trainer

Ustaz Dr Mohamed Feisal Bin Mohamed Hassan

Registration link

https://go.gov.sg/210421

Course Name

FAMILY VIOLENCE AWARENESS WORKSHOP

Language

Malay

CPE Hours

6 CPE Credit Hours

Date

Monday & Tuesday, 3 & 4 May 2021

Time

10.00am - 1.00pm

Trainer

Ministry of Social and Family Development

Registration link

https://go.gov.sg/03-040521

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 28


Continuous Professional Education Course Name

FAMILY VIOLENCE AWARENESS WORKSHOP

Language

English

CPE Hours

6 CPE Credit Hours

Date

Monday & Tuesday, 31 May & 1 June 2021

Time

2:00pm - 5:00pm

Trainer

Ministry of Social and Family Development

Registration link

https://go.gov.sg/3105-010621

Course Name

FAMILY VIOLENCE AWARENESS WORKSHOP

Language

English

CPE Hours

6 CPE Credit Hours

Date

Monday & Tuesday, 5 & 6 July 2021

Time

10:00am - 1:00pm

Trainer

Ministry of Social and Family Development

Registration link

https://go.gov.sg/05-060721

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 29


Continue Reading

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 30


Continue Reading

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 31


by Ustazah Zhahirah Mohd Saleh

Rajab is one of the four sacred months, other than Zulkaedah, Zulhijjah and Muharram. Allah SWR mentioned in Surah At-Tawbah, verse 36: ‫انﱠ ﻋﺪﱠةَ اﻟﺸﱡﻬﻮرِ ﻋﻨﺪَ اﻟ ﻪ اﺛﻨﺎ ﻋﺸَﺮ ﺷَﻬﺮا ﻓ ﻛﺘﺎبِ اﻟ ﻪ ﻳﻮم ﺧَﻠَﻖ اﻟﺴﻤﺎواتِ واﻻرض ﻣﻨﻬﺎ ارﺑﻌﺔٌ ﺣﺮم‬ “Indeed, the number of months ordained by Allah is twelve—in Allah’s record since the day He created the heavens and the earth—of which four are sacred.” (Surah At-Tawbah, 9:36) Rajab is also the best time to start preparing for Ramadan.The classical Muslim scholar Ibn Rajab al-Hanbali quoted another scholar, Abu Bakr al-Warraq in his book Lataif al-Ma’arif: “Rajab is a month of cultivation, Shaban is the month of irrigating the fields, and Ramadan is the month of reaping and harvesting.” “I want to do better this year and reap the all the rewards that I can!” are some of the thoughts we often try to achieve as we look into the remaining days before Ramadan. The challenge is to stay motivated and retain consistency. Some of us tend to feel unmotivated as early as the first week of Ramadan. Have you ever gone through that cycle every year and wonder why is it difficult to stay motivated along the way, just to find yourself regretting it at the end? It is nevertheless a good move to want to do something great during Ramadan. However, like any other battle, we have to plan and strategise to enter it fully prepared. There is a saying that goes; “If you fail to plan, you plan to fail”.Thus, in order to achieve the goals you set, preparation has to start now. Continue Reading

Continue Reading

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 32


https://blog.pergas.org.sg/wasat/

Muhammad Redha Bin Mohamed Elyas

Sering kali kita sebagai penganut agama Islam diingatkan dan dianjurkan supaya bersikap wasatiy atau sederhana di dalam kehidupan seharian; baik dalam agama, masyarakat, kehidupan berkeluarga, mahupun secara individu. Barangkali kita juga sudah lali mendengar tentang kesederhanaan yang disyorkan oleh tokoh ilmuan dan institusi agama. Tetapi apakah kita telah memahami dengan baik erti wasatiyah dan garis-pandunya? Adakah wasatiyah yang kita amalkan sesuai dengan ajaran Islam atau ia hanya untuk mempertahankan amalan kita yang tidak dianjurkan dalam agama? Bagaimanakah kita boleh menghayati dan mengamalkan wasatiyah di dalam konteks Singapura secara adil? Untuk menjawab persoalan tersebut, perlu kita fahami terlebih

dahulu

wasatiyah

dan

kesederhanaan

menurut Islam. Di dalam Al-Quran, telah disebutkan Surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud: “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat wasat agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” In collaboration with

Bacaan Lanjut

PERGAS FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 33


JOB OPPORTUNITIES

FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 34


FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 35


FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 36


FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 37


FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 38


FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 39


FEB 2021, ISSUE 30

PAGE 40


ARS NEWSLETTER IS A PUBLICATION OF

Singapore Islamic Hub 273 Braddell Rd Singapore 579702

+65 6359 1199

info@muis.gov.sg


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.