ARS Newsletter | Issue 35

Page 1

ISSUE 35

SWIPE TO READ


ISSUE 35 IN THIS ISSUE :

‫ﻣﺆﺳﺴﺎت اﻟﻔﺘﻮى ﻓﻲ اﻟﻌﺼﺮ اﻟﺮﻗﻤﻲ‬ ‫آﻓﺎق ﺟﺪﻳﺪة واﺣﺘﻤﺎﻻت ﻣﺘﻮﻗﻌﺔ‬ ~ Encik Sa'at Abdul Rahman Presiden Muis ke-9

~ Thank you Mr Alami Musa

~ Have you utilised the Asatizah Training Credits?

Masyarakat Islam Singapura telah mempamerkan daya ketahanan dan komitmen yang tinggi dalam usaha memajukan kehidupan sosio-agama sejak kemerdakaan negara 56 tahun yang lalu. Dalam menghadapi cabaran yang sangat runcing dan tidak pernah dilalui sebelum ini, kita kekal bersatu dalam mencari jalan penyelesaian dan sentiasa mengutamakan kebaikan dan kemaslahatan bersama, sesuai dengan nilai-nilai agama.

~ Usaha Muis memperbaiki kesejahteraan mental

CONTENT ARS Office ARS Secretariat

Mengambil teladan dari Baginda S.A.W. Inilah contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sepanjang hidupnya. Baginda s.a.w. memilih untuk berunding dan bekerjasama dengan pelbagai pihak demi mencapai perpaduan dan kesepakatan, walaupun ada yang bersikap keras mahupun tegar, dan ada pula yang memusuhi Baginda. Baginda kekal fokus mencari keharmonian dan kesejahteraan kehidupan buat semua.

Office of Mufti

GUEST WRITER Ustaz Ahmad Syaakir Nor Razak

EDITOR Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan Ustazah Dr Sukarti Asmoin

Dalam mengimbangi keperluan, permintaan dan pandangan yang berbeza, Baginda dipandu oleh nilai-nilai kesederhanaan, keihsanan dan keterangkuman. Baginda tegas di dalam urusan agama. Tidak sekali pun Baginda S.A.W. menggadaikan prinsip-prinsip dan perintah Allah S.W.T. Namun, Baginda sentiasa berhemah dan berhati-hati di dalam perlaksanaan hukum, dan prihati terhadap kesan setiap tuntutan agama ke atas masyarakat. ISSUE 35

PAGE 2


Sejak beberapa dekad yang lalu, masyarakat kita telah berjaya mencapai pembangungan yang membanggakan dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, kedudukan ekonomi dan sebagainya. Kita juga meraikan pencapaian golongan wanita yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara. Seiring dengan kemajuan ini adalah pelbagai aspirasi dan harapan baru dan yang lebih mencabar, termasuk dalam kehidupan sosio-agama.

Kedudukan wanita dalam masyarakat Sejak kebelakangan ini, kita mendengar perbincangan berkaitan isu kesaksamaan, kedudukan wanita dalam masyarakat serta saranan pembaharuan dalam undang-undang keluarga Islam. Khususnya, perbincangan ini meliputi isu pemakaian tudung di tempat kerja, undangundang poligami dan juga amalan khitan perempuan. Hakikatnya, isu-isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Beberapa tahun yang lalu, saya bersama delegasi Singapura yang lain, berdiri di hadapan Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, untuk mempertahankan undang-undang keluarga Islam Singapura yang dilihat sebagai bersifat diskriminasi terhadap wanita. Ada yang mungkin berpandangan forum sedemikian adalah pengaruh tidak sihat dan campur tangan ideologi serta norma barat di dalam agama dan cara kehidupan kita. Realitinya, banyak negara bermajoriti Islam yang juga merupakan anggota Konvensyen tersebut, dan mereka juga terus mengkaji dan meneliti perlaksanaan undang-undang mereka sejajar dengan keperluan masing-masing. Di Singapura, kami mengambil pendekatan yang tersendiri. Kami akur bahawa pembangunan wanita dan pengukuhan undang-undang ke arah itu adalah penting. Dari kacamata agama pula, perubahan dan semakan terhadap beberapa aspek hukum, terutama sekali yang terjejas dengan peredaran masa dan perkembangan masyarakat, adalah sesuatu yang tidak asing. Namun perubahan tidak seharusnya berlaku tanpa sebab yang kukuh. ISSUE 35

PAGE 3


Bahkan, ia perlu diteliti dengan sebaik-baiknya, dan kepimpinan agama bersama para pakar perlu dirunding. Menyingkirkan satu-satu amalan hanya kerana kita menganggapnya sebagai tradisi yang ‘kuno’ dan tidak lagi sesuai hari ini bukanlah sebab yang munasabah. Pendekatan ini tidak boleh diterima. Bahkan, banyak aspek identiti keagamaan kita hari ini telah dibentuk dan dipengaruhi oleh tradisi-tradisi ini, sama ada secara langsung atau tidak. Pada masa yang sama, kita juga akur bahawa tradisi keagamaan bukan sesuatu yang statik, jumud dan berseragam. Ia selalu berkembang dan berubah dari masa ke masa atas pelbagai sebab, termasuk lah perubahan kepada keadaan sosial dan norma keagamaan pada sesuatu masa. Di dalam sejarah, kepelbagaian di dalam tradisi dan perbezaan menafsirkan nas-nas agama pernah menyebabkan pergolakan yang hebat, sehingga adakalanya berakhir dengan pertembungan dan pergeseran. Khususnya apabila ada pihak yang memaksakan pandangannya ke atas pihak yang lain, perpaduan akan retak, kepercayaan akan pudar, dan kemajuan berubah menjadi kemunduran. Kita harus mengambil iktibar dari sejarah, dan mengambil pendekatan terbaik dalam usaha kita untuk maju kehadapan. Memang sukar bagi sesetengah orang untuk menerima sudut pandangan yang berbeza.

Meraikan perbezaan pandangan dan kepelbagaian Tetapi dalam realiti kehidupan hari ini di mana masyarakat kini lebih terbuka dan bersikap inklusif, perbezaan pandangan adalah satu norma. Di dalam agama pula, perbezaan pendapat (ikhtilaf) adalah ciri yang penting dalam tradisi keilmuan Islam. Bahkan ia sebenarnya merupakan satu rahmah yang besar kerana kepelbagaian inilah yang memberi kita ruang untuk mengatasi isu-isu yang rumit, di dalam situasi yang memerlukan penyesuaian. Pendekatan yang serupa perlu diambil dalam menangani isu-isu berkaitan wanita Islam di Singapura. Kita seharusnya menyediakan ruang yang selamat bagi membincangkan pengalaman, aspirasi serta cabaran mereka dalam dunia hari ini. ISSUE 35

PAGE 4


Perbincangan sedemikian membolehkan kita untuk mengenalpasti kerencaman pandangan serta perbezaan pendapat yang wujud dalam kalangan masyarakat kita. Perselisihan pandangan tidak boleh menjadi sebab untuk menghalang seorang wanita daripada bersuara. Saya yakin kita dapat terus membina kematangan di dalam berbincang isu-isu rumit, berpandukan nilai serta matlamat agama.

Pengubahan dasar pemakaian tudung Di antara contoh yang menandakan kemajuan masyarakat bersama ialah kesediaan pemerintah untuk mengubah dasar pemakaian tudung di kalangan jururawat Islam, seperti yang digambarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong awal tahun ini. Walaupun di peringkat global kita dapati tren yang amat membimbangkan berkaitan isu kaum dan agama, kita amat bersyukur kerana dapat menikmati keharmonian kaum, yang sekaligus membolehkan perubahan sedemikian. Kita harus menghargai kepercayaan di dalam masyarakat Islam dan amalan keagamaan kita, serta terus berusaha untuk mengukuhkan kepercayaan di antara kaum dan agama di Singapura. Walaubagaimanapun, akan terus wujud beberapa situasi di mana kita berhadapan dengan cabaran dan kesukaran, dan tidak dapat melaksanakan beberapa amalan agama secara menyeluruh. Dalam situasi sedemikian, adakah wajar untuk membuat kesimpulan bahawa masyarakat kita ditindas dan kita perlu berkeras untuk memperjuangkan nasib masyarakat? Wajarkah kita menyalahkan wanita beragama Islam mahupun pihak lain kerana mereka memilih pekerjaan yang tidak membolehkan mereka melaksanakan tuntutan agama dengan sempurna? Kita akur bahawa tenaga kerja memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan serta kestabilan negara. Dengan ini, kita seharusnya terus memberi sokongan terhadap wanita Muslim yang berkebolehan serta berkeinginan untuk menyumbang kepada sektor pekerjaan, dan bukanlah meperkecilkan atau memandang remeh akan peranan mereka, apatah lagi dengan melontarkan tuduhan mahupun tohmahan yang mereka memperlekehkan tanggungjawab agama.

ISSUE 35

PAGE 5


Meskipun kita boleh boleh menyampaikan nasihat dengan cara yang berhemah dan membina,janganlah kita lupa akan matlamat dan tujuan yang lebih besar dan utama. Konteks sosial kita yang penuh dengan kepelbagaian ini memerlukan kita untuk terus memelihara keharmonian serta memperkukuhkan kepercayaan antara satu sama lain. Walaupun kita memiliki pendapat peribadi serta pandangan tersendiri, janganlah kita memaksakannya ke atas orang lain. Berkaitan isu-isu yang melibatkan dasar-dasar awam, kita harus terus bekerjasama dengan pihak pemerintah serta agensi-agensi awam untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam tempatan sebaik mungkin. Institusi fatwa juga akan turut memberikan panduan yang diperlukan. Pada hujung tahun ini, Muis akan melanjutkan perbincangan yang telah dimulakan beberapa bulan lalu mengenai usaha memperkasakan masyarakat Islam ke arah kegemilangan. Sememangnya inilah cara dan pendekatan kita – untuk berunding dan mencari huraian melalui perbincangan yang tenang lagi rasional. Dalam menangani isu-isu rumit dan kompleks, tidak wajar untuk kita memenuhi keinginan satu pihak dengan mengabaikan keperluan pihak yang lain. Besar harapan saya agar kita di Singapura dapat mengorak langkah kehadapan dalam keadaan saling menghormati, belas ihsan dan saling mendukung sesama kita, tanpa mengira bangsa dan agama. Rasulullah S.A.W. dan generasi yang terdahulu telah menjiwai kehidupan beragama yang penuh rahmah yang membawa kebaikan untuk semua. Kini, giliran kita pula untuk melakukan yang sama.

ISSUE 35

PAGE 6


‫ﻛﺘﺒﻪ أﺣﻤﺪ ﺷﺎﻛﺮ ﻧﻮر رزاق‬

‫ﻋ‪‬ﻘﺪ اﻟﻤﺆﺗﻤﺮ اﻟﻌﺎﻟﻤﻲ اﻟﺴﺎدس ﻟﻺﻓﺘﺎء ﻓﻲ ‪ ٣‬أﻏﺴﻄﺲ ‪٢٠٢١‬م ﺑﺤﻀﻮر وﻓﻮد ﻣﻦ‬ ‫‪ ٨٥‬دوﻟﺔ ﺗﺤﺖ ﻋﻨﻮان "ﻣﺆﺳﺴﺎت اﻟﻔﺘﻮى ﻓﻲ اﻟﻌﺼﺮ اﻟﺮﻗﻤﻲ‪ :‬آﻓﺎق ﺟﺪﻳﺪة‬ ‫واﺣﺘﻤﺎﻻت ﻣﺘﻮﻗﻌﺔ"‪.‬‬ ‫ﻟﻘﺪ ﺷﺎرك ﻓﻴﻪ ﻣﻔﺘﻲ ﺟﻤﻬﻮرﻳﺔ ﺳﻨﻐﺎﻓﻮرة اﻟﺪﻛﺘﻮر ﻧﺎﻇﺮ اﻟﺪﻳﻦ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﻧﺎﺻﺮ ﻋﻦ‬ ‫ﺑ‪‬ﻌﺪ ﺑﺴﺒﺐ ﻇﺮوف ﺟﺎﺋﺤﺔ ﻛﻮﻓﻴﺪ‪ ١٩-‬اﻟﺘﻲ ﺗﻤﻨﻊ ﻣﻦ اﻟﺴﻔﺮ‪.‬‬ ‫اﻓﺘﺘﺢ ﻣﻔﺘﻲ ﺳﻨﻐﺎﻓﻮرة ﻛﻠﻤﺘﻪ ﻳﺆﻛﺪ دور اﻟﺘﻜﻨﻮﻟﻮﺟﻴﺎ اﻟﺮﻗﻤﻴﺔ اﻟﺤﺪﻳﺜﺔ ﻓﻲ إﺛﺒﺎت‬ ‫اﻟﺘﻮاﺻﻞ ﻗﺎﺋﻼ‪" :‬ﺑﻔﻀﻞ اﻟﺘﻜﻨﻮﻟﻮﺟﻴﺎ اﻟﺮﻗﻤﻴﺔ اﻟﺤﺪﻳﺜﺔ ﻳﻤﻜﻨﻨﺎ اﻵن أن ﻧﺸﺎرك ﻓﻲ‬ ‫اﻟﻤﺆﺗﻤﺮات واﻟﻠﻘﺎءات اﻓﺘﺮاﺿﻴﺎ‪ ،‬وأن ﻧﻌﺰز ﻣﻦ ﺧﻼﻟﻬﺎ أواﺻﺮﻧﺎ اﻟﻄﻴﺒﺔ وﻋﻼﻗﺘﻨﺎ‬ ‫اﻟﻮﻃﻴﺪة‪ ،‬ﻓﺎﻟﺘﺤﺎور واﻟﺘﻌﺎون واﻟﺘﻜﺎﺗﻒ ﺑﻴﻨﻨﺎ ﻻ ﺑﺪ أن ﻳﺴﺘﻤﺮ ﻛﻞ وﻗﺖ‪ ،‬وﻻ ﻳﺠﺐ أن‬ ‫ﻳﺘﻮﻗﻒ ﺑﺴﺒﺐ ﻫﺬه اﻟﺠﺎﺋﺤﺔ‪ ،‬وذﻟﻚ اﺳﺘﻨﺎد‪‬ا ﻟﻘﻮﻟﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ وﺗﻌﺎﻟﻰ‪' :‬وﺗﻌﺎوﻧﻮا ﻋﻠﻰ‬ ‫اﻟﺒﺮ واﻟﺘﻘﻮى'‪".‬‬

‫‪PAGE 7‬‬

‫‪ISSUE 35‬‬


‫وأوﺿﺢ أن ﻫﺬه اﻟﺠﺎﺋﺤﺔ وإن ﻛﺎﻧﺖ ﻗﺪ ﻣﻸت اﻷرض ﻇﻼﻣ‪‬ﺎ وﻋﺮﻗﻠﺖ اﻟﺤﻴﺎة‬ ‫اﻹﻧﺴﺎﻧﻴﺔ ﻓﻲ ﻛﺜﻴﺮ ﻣﻦ اﻟﻨﻮاﺣﻲ‪ ،‬ﻟﻜﻨﻬﺎ ﻓﻲ اﻟﻨﻮاﺣﻲ اﻷﺧﺮى ﺗﺤﻤﻞ ﻗﺒﺴﺎت ﻧﻮر‬ ‫ﺗﻀﻲء اﻵﻓﺎق وﺗﺄﺗﻲ ﺑﺎﻟﻔﺮص ﻓﻲ ﺷﻜﻞ أﻧﻤﺎط اﻟﺤﻴﺎة اﻟﺠﺪﻳﺪة‪.‬‬ ‫ﺛﻢ أﻛﺪ أن اﻟﻤﺠﻠﺲ اﻹﺳﻼﻣﻲ اﻟﺴﻨﻐﺎﻓﻮري ﻗﺪ ﺣﺎول اﻟﺘﺄﻗﻠﻢ ﻣﻊ ﻫﺬا اﻟﻘﺪر اﻹﻟﻬﻲ‪.‬‬ ‫ورﻏﻢ اﻹﺟﺮاءات اﻻﺣﺘﺮازﻳﺔ اﻟﺘﻲ ﺗﻢ ﺗﻌﻤﻴﻤﻬﺎ ﻓﻲ ﻛﺎﻓﺔ اﻟﻤﺆﺳﺴﺎت ﻓﺈﻧﻬﺎ ﺗﺴﻌﻰ‬ ‫ﺟﺎﻫﺪة وﺗﻈﻞ ﻧﺸﻴﻄﺔ ﻓﻲ ﺧﺪﻣﺔ اﻟﻤﺠﺘﻤﻊ اﻟﻤﺴﻠﻢ وﻏﻴﺮ اﻟﻤﺴﻠﻢ‪.‬‬ ‫وأﺿﺎف أن اﻷﻧﺸﻄﺔ اﻟﺪﻳﻨﻴﺔ ﺗﻢ إﺟﺮاﺋﻬﺎ ﻋﻦ ﻃﺮﻳﻖ اﺳﺘﺨﺪام اﻟﺘﻜﻨﻮﻟﻮﺟﻴﺎت‬ ‫اﻟﺮﻗﻤﻴﺔ‪ ،‬ﻣﺜﻞ ﻋﻘﺪ ﺣﻠﻘﺎت اﻟﺪروس اﻟﺪﻳﻨﻴﺔ ﻋﻦ ﻃﺮﻳﻖ اﻟﻤﻨﺼﺎت اﻟﺮﻗﻤﻴﺔ ودﻓﻊ اﻟﺰﻛﺎة‬ ‫إﻟﻜﺘﺮوﻧﻴ‪‬ﺎ وﻏﻴﺮﻫﺎ‪ .‬وأن اﻟﺘﻜﻨﻮﻟﻮﺟﻴﺎ ﺗﻌﺰز اﻟﻮﺳﺎﺋﻞ اﻟﺘﻲ ﺗﻤﻜّ‪‬ﻦ اﻟﻤﻔﺘﻴﻦ وﻣﺆﺳﺴﺎت‬ ‫اﻟﻔﺘﻮى ﻣﻦ اﻟﻮﺻﻮل إﻟﻰ ﺟﻤﻬﻮر اﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ وﻣﺠﺘﻤﻌﺎﺗﻬﻢ ﺑﻄﺮق ﻣﺒﺎﺷﺮة ﻣﻦ ﺧﻼل‬ ‫ﺗﺤﻠﻴﻼت وﺣﻠﻮل ﺣﺴﺎﺑﻴﺔ رﻗﻤﻴﺔ ﻣﻌﻘﺪة‪.‬‬ ‫وﻓﻲ اﻟﺨﺘﺎم‪ ،‬أﻇﻬﺮ اﻟﻤﻔﺘﻲ أﻣﻠﻪ ﻧﺤﻮ اﻟﻔﺘﺎوى اﻟﻤﻌﺘﻤﺪة اﻟﻤﻌﺮﺿﺔ ﻓﻲ اﻻﻧﺘﺮﻧﺖ ﻗﺎﺋﻼ‪:‬‬ ‫"ﻧﺄﻣﻞ أن ﺗﻜﻮن اﻟﻔﺘﺎوى واﻟﺘﻮﺟﻴﻬﺎت اﻟﺪﻳﻨﻴﺔ اﻟﺼﺎدرة ﻣﻦ ﻣﺆﺳﺴﺎت اﻟﻔﺘﻮى‬ ‫اﻟﻤﻌﺘﻤﺪة اﻟﻤﺘﺼﻔﺔ ﺑﺎﻟﻮﺳﻄﻴﺔ ﻓﻲ ﻣﻘﺪﻣﺔ اﻟﻘﺎﺋﻤﺔ ﻋﻨﺪ اﻟﺒﺤﺚ واﻟﺘﺼﻔﺢ ﻷي ﻗﺎرئ أو‬ ‫ﺑﺎﺣﺚ ﻋﻠﻰ اﻹﻧﺘﺮﻧﺖ ﺑﺪ‪ ً‬ﻣﻦ اﻟﻤﻮاﻗﻊ اﻷﺧﺮى اﻟﺘﻲ ﻗﺪ ﻳﻜﻮن ﻟﻬﺎ ﺗﻮﺟﻬﺎت ﻣﺘﻄﺮﻓﺔ"‪.‬‬

‫‪PAGE 8‬‬

‫‪ISSUE 35‬‬


Kami amat mengalu-alukan Encik Mohamed Sa'at Abdul Rahman sebagai Presiden Muis yang kesembilan, berkuat kuasa 7 Ogos 2021 lalu. Encik Sa'at adalah pemimpin masyarakat berpengalaman yang memahami pelbagai cabaran dan keperluan sosio-agama masyarakat Islam. Beliau berharap dapat memberikan sumbangan kepada Muis dan membantu meneruskan pekerjaan Muis dalam pelbagai bidang, termasuk mempererat hubungan dengan Continue Reading masyarakat dan pihak berkepentingan.

ISSUE 35

PAGE 9


After 18 years of distinguished service at the helm, Muis President Hj Mohammad Alami Musa stepped down after completing his current term of appointment on 6 August 2021. Leaders of the Council past and present, as well as friends of Muis, share more about Hj Mohammad Alami’s transformative leadership and exemplary service to collectively build and connect with the community. To watch the video tribute to Mr Alami, simply click on the image above or visit https://www.facebook.com/MUIS.SG/videos/340902271064353. Once again, we extend our deepest appreciation for his immense contributions to Muis and the Muslim community in Singapore.

Continue Reading

ISSUE 35

PAGE 10



The Asatizah Training Credits (ATC) aim to encourage ARS Asatizah to upskill themselves with competencies deemed critical in light of the COVID-19 outbreak. Each asatizah will be given $200 worth of credits to offset the cost of CPE courses after the SkillsFuture subsidy. Asatizah can use these credits to enroll in courses under the five skill categories that are identified by Muis - Digital Literacy, Digital Marketing, TechnologyEnabled Learning & Delivery, Grit & Resilience, Personal Development and Teamwork and Collaboration. Should you need further clarification, you may contact our officers at CPE_ARS@muis.gov.sg

Continue Reading

ISSUE 35

PAGE 12


Pandemik berpotensi meningkatkan kadar tekanan dan kegelisahan yang melampau terhadap kesejahteraan mental dan emosi seseorang individu. Sejajar dengan lebih banyak kesedaran dan sumber daya masyarakat, Muis telah menyediakan sistem untuk memberikan sokongan yang diperlukan bagi individu yang menderita cabaran kesihatan mental di organisasi dan di madrasah. Di dalam Muis sendiri, kaki tangannya dipantau oleh penyelia dan seminar serta bengkel kesihatan mental secara berkala diadakan untuk berkongsi teknik mengatasi tekanan. Talian bimbingan percuma yang dikendalikan oleh kaunselor profesional yang diiktiraf tersedia untuk semua pegawai awam, termasuk Muis. Muis baru-baru ini melantik empat Duta Kesihatan yang memerhatikan rakan sekerja dalam kesusahan, memberikan sokongan mental dan emosi asas untuk mengecam dan menyampaikan kes-kes yang sukar kepada agensi yang berkaitan. Untuk madrasah, Muis telah menaja guru madrasah untuk program ‘Certificate in Para Counselling’ oleh National Council of Social Service (NCSS), dan ‘PostGraduate Diploma in Islamic Counselling’ dan ‘Situational Counselling’ oleh Pergas. Muis juga mempunyai kerjasama berterusan dengan Club HEAL untuk memberikan khidmat kaunseling dan sokongan kepada madrasah. Sokongan diberikan untuk kes-kes termasuk tekanan (isu yang paling kerap), masalah tingkah laku, motivasi rendah / harga diri, kemurungan, kegelisahan, dan kesukaran belajar. Madrasah juga memastikan bahawa kes-kes kecil dikenal pasti dan ditangani lebih awal, sementara kes-kes yang lebih rumit segera dirujuk ke agensi-agensi nasional yang berkaitan yang menangani hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan mental. Muis ingin mendorong masyarakat untuk lebih peka dan menjaga kesejahteraan mental mereka, dan mencari tanda-tanda yang membimbangkan pada rakan dan keluarga mereka dan memastikan bahawa mereka mendapat sokongan profesional yang diperlukan.

ISSUE 35

PAGE 13


Terdapat sumber sedia ada yang percuma seperti talian Penjagaan Nasional yang boleh dihubungi menerusi 1800 202 6868. Untuk talian bantuan 24 jam, anda boleh mempertimbangkan Samaritans of Singapore (SOS) menerusi 1800 221 4444 atau Institut Kesihatan Mental (IMH) menerusi 6389 2222. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kesihatan mental, sila lungsuri www.stayprepared.sg

ISSUE 34

PAGE 5


by Ustaz Muhammad Zulkarnain Bin Azman

In Singapore, the word ‘halal’ is very much common to the Malay Muslim community. And when the word comes up, the first few things that come to most people’s minds are food, consumables and dietary rules. As a matter of fact, halal encompasses more than just food. Yet, there is still a persistent misconception of halal being merely a reference to what Muslims can eat. Understand the Definition of Halal Firstly, we need to understand the definition of halal. The word is derived from the Arabic language and it refers to something that is permissible and acceptable. Halal is not only restricted to what we eat, but more broadly refers to every aspect of our lives; how to dress, interact with others, or conduct business affairs, among others. In that sense, it encompasses a holistic lifestyle and helps us maintain our spirituality in everyday activities. Halal does not merely mean not eating Pork Another misconception that is usually tied to the word halal is that halal means never eating any pork. While that is true, halal is actually a broad set of dietary rules and restrictions, far beyond limiting the consumption of a single animal. So, while pork is forbidden entirely, halal governs the preparation of all food. This means that ingredients and utensils used for food preparation must also be halal.

Continue Reading

ISSUE 35

PAGE 15


https://blog.pergas.org.sg/wasat/

By Ustaz Ahmad Ubaidillah Mohamed Khair

The parable of knowledge is like a lamp, benefitting the user and also those around him. However, it is also possible that such a noble act might be corrupted, turning into something damaging to oneself and those around him. History is filled with those who have misused knowledge. Thus, it is important that we tap into Islam’s moral, intellectual and spiritual guidance to show the right way to acquire knowledge. As aforementioned, the saying by Badawi Abdel Latif shows that wasatiyyah is a guiding principle that extends itself to all aspects of Islam, and for an act as important as acquiring knowledge, we should seek out a way to apply such a noble principle. Wasatiyyah has been defined by scholars as just and moderation, among other interpretations. More specifically, Hamka said that moderation is a position in between excessiveness and laxity. Here, this meaning can be applied in the act of acquiring knowledge. By being just, it means to be fair and objective in

In collaboration with

evaluating the knowledge that is before us, thus exercising fairness. By being moderate, it means to be balanced in our acquiring of knowledge, thus enabling ourselves to benefit from the many sources of knowledge in this world.

PERGAS

Continue Reading

ISSUE 35

PAGE 16


JOB OPPORTUNITIES





ARS NEWSLETTER IS A PUBLICATION OF

Singapore Islamic Hub 273 Braddell Rd Singapore 579702

+65 6359 1199

info@muis.gov.sg


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.