ARS Newsletter Nov 2020 | Issue 27

Page 1

I S S U E

2 7

|

N O V E M B E R

2 0 2 0

SWIPE TO READ


ISSUE 27 IN THIS ISSUE Fatwa on Friday prayers before zawal (zuhur)

~

Oleh Mufti Ustaz Dr Nazirudin Nasir

Muis Awards 2020 honours 12 outstanding individuals

~ Irsyad: Panduan agama dalam isu vaksin COVID-19

~

Terdapat pelbagai usaha untuk memperkukuhkan kehidupan beragama masyarakat Islam kita, khususnya memastikan bahawa hanya guru yang berkelayakan dan berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) yang mengajar agama.

Notes from the Office: Seminar mandatori Kod Etika dalam talian dilancar

~

Saya bersyukur kerana sekarang ini kita mempunyai sekitar 5000 guru agama yang terdaftar.

Suara #AsatizahSG : Solat Jumaat sebelum zawal (zuhur) dalam situasi wabak di Singapura

~

CONTENT ARS Office ARS Secretariat Office of Mufti

GRAPHIC CONTRIBUTION Redha’ee Azman

GUEST WRITER Ustaz Dr Rizhan Leman

EDITOR Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan Ustazah Sukarti Asmoin

Kami akan terus mendorong dan mengingatkan masyarakat untuk menuntut ilmu dari sumber yang betul kerana adalah amat membimbangkan apabila baru-baru ini, terdapat laporan mengenai ajaran yang salah atau sesat. Masih ada jumlah yang kecil yang memilih untuk belajar dari sumber yang meragukan ataupun salah. Kita perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi masyarakat dari pengaruh sedemikian. Namun, apabila terdapat aduan tentang ajaran sesat, proses penyiasatan perlu dilakukan dengan teliti dan bukti dikumpulkan dengan adil dan telus.


Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang mudah melontarkan tuduhan mahupun menghukum tanpa sebab yang kukuh. Kita juga tidak mahu Mufti, atau Jawatankuasa Fatwa, atau badan rasmi seperti Muis yang mudah sahaja melabelkan seseorang atau kumpulan sebagai "sesat" tanpa bukti atau hujjah yang kukuh. Ia adalah satu langkah merbahaya. Kadangkala, terdapat konflik atau masalah peribadi antara dua pihak, dan implikasi keputusan yang kita ambil akan menjejas reputasi, kehormatan serta keselamatan orang. Namun, dengan bukti yang kukuh, kita tidak akan ragu-ragu untuk mengambil langkah sewajarnya, iaitu menfatwakan sesuatu ajaran sebagai sesat serta memaklumkan masyarakat untuk berwaspada. Muis telah membuat keputusan sedemikian pada masa lalu. Pada masa yang sama, kita juga perlu mengambil pendekatan yang berdasarkan nilai-nilai agama seperti kemaafan, keihsanan dan nasihat yang berterusan bagi mereka yang terbabit, bukan menghukum dengan undang-undang kecuali jika benarbenar perlu. Begitu cara Baginda Nabi s.a.w. yang berjaya merubah musuh yang ketat menjadi penyokong dakwah Baginda s.a.w. dan mereka yang tersesat mendapat hidayah dan menjadi pengikutnya. Kita juga perlu bersikap jujur - tidak mungkin kita dapat melindungi setiap individu daripada segala unsur kesesatan di luar sana, sepertimana walau kita giat menyebarkan mesej keamanan dan keharmonian dan bahawa Islam tidak pernah mengajar kekerasan, masih ada lagi golongan pelampau, radikal dan pengganas. Marilah kita terus melindungi keluarga kita dan memperkuat serta menyokong institusi agama kita agar kita dapat bersama-sama membangunkan masyarakat yang kita cintai.

OCT

2020, ISSUE 26

PAGE 3


All the mosques in Singapore made the prayer call for Friday prayers at 12:50 p.m. beginning from 11 December 2020. The prayer call will be made earlier than normal, just before the sun passes its zenith, which typically marks the time for Zuhur. The implementation of performing Friday prayers before the actual Zuhur time is to ensure that as many congregants as possible will continue to be able to pray their Friday prayers in our mosques, even as Zuhur prayer will gradually commence at a later time in the coming weeks. Given our context, the Fatwa Committee determined that this is permissible, to preserve the interest and welfare of our Muslim community, in line with our Islamic principles. At the same time, we would like to highlight that it is only applicable for those who are praying Friday prayers at the mosques. Others performing the Zuhur prayer at homes or at workplaces will still need to abide by the actual Zuhur timing. May Allah s.w.t. continue to guide us, and grant His blessings for us to continue to be able to pray in His houses.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 4



The Muis Awards ceremony was held at the Istana with President Halimah Yacob as the guestof-honour.

Twelve outstanding individuals were conferred Muis’ highest awards for their significant contributions towards the socio-religious life of the Singapore Muslim community at the Muis Awards ceremony. The recipients of the Muis Awards were honoured in a simple ceremony that was held at the Istana with President Halimah Yacob as the guest-of-honour earlier this evening. Muis Chief Executive Esa Masood, in his opening address, was pleased to note that the community’s spirit of rahmah or compassion stood strong despite the challenges faced during this trying year. He added that this spirit of compassion was also embodied by the award recipients shown through their Character, Competence and Citizenry, exemplifying values reflective of a Community of Success.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 6


This year, the highest accolade of the Jasa Cemerlang Award was presented to Hj Shafawi Ahmad for his key contributions to the community in various capacities across several institutions including Muis, madrasah and mosques. As a well-respected community leader, he was in the Muis Council from 1986 to 2019, thus making him its longest-serving member. He also played a pivotal role in ensuring that the academic standards of the madrasahs are comparable to that of the national benchmark, which he described as one of his most significant contributions. Eleven individuals were also honoured with the Jasa Bakti Award for their exemplary long service. Ustazah Kalthom Muhammad Isa is among this year’s recipients, whose contributions are in various areas of work and diverse segments of the community. On receiving the award she commented, “I was not expecting any nomination, but I am thankful to receive this award, and will continue to work harder. I hope this also serves as an inspiration for others to contribute in any way they can.” As a counsellor for the Religious Rehabilitation Group (RRG), Ustazah Kalthom’s key contribution helped to reintegrate the family members of those who have been influenced by radical teachings.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 7


Irsyad Penularan wabak COVID-19 di peringkat global telah mencetuskan pelbagai cabaran yang genting, termasuk daripada aspek kesihatan, ekonomi dan juga sosial, yang terpaksa dihadapi oleh semua negara dan masyarakat. Banyak negara telah memperkenalkan undangundang yang menyekat pergerakan dan aktiviti seharian untuk mengekang penularan wabak ini. Langkah-langkah sedemikian telah meninggalkan kesan ekonomi yang sangat mendalam, seperti kemerosotan pada sektor perdagangan dan ekonomi, serta meningkatnya kadar pengangguran. Dalam hal ini, penemuan serta penghasilan vaksin menjadi satu keutamaan kritikal untuk menyelamatkan nyawa, memberi jaminan kesihatan serta membantu mengembalikan ekonomi serta kehidupan seharian kepada sediakala sebaik mungkin. Agama Islam sangat menitikberatkan kesucian nyawa dan keselamatan serta melindungi kehidupan pada setiap masa. Oleh itu, setiap usaha untuk melindungi nyawa i.manusia daripada sebarang jenis bahaya dan kemudaratan, seperti penghasilan vaksin di dalam suasana pandemik, adalah sangat digalakkan dalam Islam.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 8


Irsyad Secara amnya, vaksin sebagai salah satu bentuk perlindungan dan pencegahan daripada penyakit dan masalah kesihatan, merupakan perkara yang amat dialualukan oleh agama. Fatwa-fatwa Muis yang lalu, seperti fatwa bagi vaksin Rotavirus (2013), menggalakkan penggunaan vaksin kerana ia merupakan sejenis rawatan pencegahan awal daripada penyakit. Prinsip ini berdasarkan panduan dari Nabi Muhammad s.a.w. di mana kita digalakkan untuk memakan sesuatu yang dapat melindungi diri daripada penyakit. Di dalam menghadapi situasi luar biasa disebabkan oleh penularan wabak di peringkat global, prinsip-prinsip etika Islam menjadi panduan kita. Walaupun terdapat penularan wabak di dalam sejarah Islam, namun hukum-hakam dan pandangan ulama silam adalah khusus bagi keperluan masyarakat mereka berdasarkan konteks dan cabaran mereka tersendiri.

Sejauh ini, proses penghasilan vaksin COVID-19 dan bahan-bahan yang digunakan tidak bertentangan dengan pertimbangan-pertimbangan fatwa lalu seperti yang telah digariskan di atas. Oleh itu, vaksin COVID-19 boleh digunakan oleh masyarakat Islam - Pejabat Mufti Singapura Bagi situasi kita hari ini, tiada rujukan silam yang secara khusus menyentuh perihal vaksin mahupun yang membincangkan penularan wabak di peringkat global seperti yang kita alami. Justeru itu, kita tidak boleh bergantung mahupun menantikan hukum fiqh yang pernah terakam pada masa silam sebagai rujukan utama. Sebaliknya, apabila kita membincangkan cabaran-cabaran yang baru berkaitan dengan COVID-19, panduan kita adalah dasar-dasar dan prinsip-prinsip agama yang bersifat syumul lagi luas.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 9


Irsyad Oleh itu, panduan agama mengenai vaksin COVID-19 perlu mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada isu halal atau haram bahan-bahan yang digunakan sahaja. Dalam hal ini, terdapat tiga aspek utama yang diberikan perhatian. 1. Vaksin sebagai keperluan asas 2. Keselamatan dan keberkesanan vaksin 3. Bahan-bahan yang boleh digunakan pada vaksin Tujuan memperkenalkan vaksin COVID-19 dan proses-proses yang terlibat dalam penghasilannya secara dasarnya adalah berlandaskan prinsip-prinsip serta nilainilai Syariat Islam. Kami ingin menasihati dan menganjurkan agar masyarakat Islam mengambil vaksin tersebut apabila ia tersedia ada dan telah diluluskan sebagai selamat dan berkesan. Ia merupakan satu keperluan asas untuk melindungi nyawa manusia dalam konteks penularan wabak yang berlaku di peringkat global. Fatwa-fatwa Muis yang lalu mengenai perubatan dan vaksin-vaksin telah pun menangani keperihatinan yang timbul berkaitan asal usul bahan yang digunakan. Sejauh ini, proses penghasilan vaksin COVID-19 dan bahan-bahan yang digunakan tidak bertentangan dengan pertimbangan-pertimbangan fatwa lalu seperti yang telah digariskan di atas. Oleh itu, vaksin COVID-19 boleh digunakan oleh masyarakat Islam. Sekiranya ada sesuatu vaksin yang menjalani proses yang berbeza dan mengandungi kandungan atau bahan-bahan yang terlarang, lantas tidak menepati prinsip-prinsip yang telah digariskan di atas, Jawatankuasa Fatwa akan meneliti semula dan menilai kesesuaian vaksin tersebut bagi penggunaan masyarakat Islam. Bacaan Selanjutnya

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 10



THE OFFICE Mulai 18 Disember 2020, seminar mandatori Kod Etika dilancar secara dalam talian. Seminar Kod Etika adalah sebuah kursus mandatori yang perlu diambil oleh setiap asatizah yang berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). Seminar mandatori itu telah diwarwarkan oleh Mufti Ustaz Dr Nazirudin Nasir dalam program Asatizah Hari Raya pada Syawal lalu. Kerana beberapa hambatan dek COVID-19 selain perlu melalui ujian keselamatan siber, tarikh pelancarannya tergendala seketika. Pejabat ARS telah menerima sambutan yang amat menggalakkan setelah membuat pengumuman tersebut menerusi saluran khusus Telegram. Mereka yang telah mendaftar menerusi saluran Telegram Pejabat ARS telah dihubungi dan boleh mencuba kursus tersebut bermula 18 Disember 2020. Mereka yang belum menghadiri Seminar Kod Etika pada pusingan Mandatori ARS yang pertama (20172019) boleh menjangkakan emel dari pihak Pejabat ARS dalam masa terdekat. Lebih banyak kursus dalam talian sedang dilakarkan dan diusahakan bagi tahun 2021 mendatang.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 12


Pejabat ARS telahpun memulakan inisiatif untuk mendekati asatizah menerusi saluran Telegram oom_ars. Mereka yang melanggan saluran tersebut dapat mengetahui maklumat terkini berkenaan perihal agama, pekerjaan dan banyak lagi. Sempena hujung tahun nanti, Pejabat ARS akan memberikan anda peluang untuk memenangi cenderahati dari Pejabat ARS sekiranya anda melanggan saluran Telegram ARS dan turut serta dalam kuizkuiz kelolaan kami. Jadi, jangan tunggu lagi. Ayuh, sertai saluran kami hari ini dengan mengimbas atau tekan kod QR di sebelah.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 13


NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 14


Muis has collaborated with WSG (Workforce Singapore) for asatizah whose employment is affected by the COVID-19 pandemic to participate in the SGUnited Mid-Career Pathways Programme to provide mid-career individuals to take on attachment with host organisations and gain meaningful industry-relevant experience to boost employability while receiving allowance of up to $3,000 per month. Together with mosques, madrasahs and selected IECPs (Islamic Education Centres & Providers), there are available positions for the religious sector in the www.mycareersfuture.sgwebsite. Some of the currently available positions are below and more positions will be added within the next few weeks. May Allah s.w.t. brings us out from this pandemic and save everyone from harm, amiin.

Assistant Teacher-cum-Curriculum Coordinator Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah

Youth Engagement Masjid Darul Ghufran

Officer

Learning Development Executive Masjid Darul Ghufran

Admin Assistant Masjid Darul Ghufran

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 15


NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 16


Suara #AsatizahSG

Oleh Ustaz Dr Mohd Rizhan Leman

Dalam isu khutbah atau Solat Jumaat sebelum zawal ini, kita perlu memahami kesepakatan dan perbezaan Ulama dalam hal ini. Para ulama bersepakat bahawa waktu merupakan salah satu syarat yang penting bagi sahnya khutbah dan solat Jumaat. Para ulama juga bersepakat bahawa khutbah dan solat Jumaat yang dilakukan pada waktu Zuhur adalah sah. Walaubagaimanapun, para ulama berbeza pandangan mengenai khutbah dan solat Jumaat yang dilakukan sebelum waktu zawal sama ada sah ataupun tidak. Perbezaan pandangan dalam isu ini bukanlah perkara yang baru. Perbincangan tentang isu telah pun wujud di kalangan para ulama silam. PENDAPAT PERTAMA KHUTBAH DAN SOLAT JUMAAT SEBELUM WAKTU ZAWAL ADALAH TIDAK SAH Pendapat pertama dalam isu ini adalah khutbah dan solat Jumaat yang dilakukan sebelum waktu zawal adalah tidak sah. Ini merupakan pandangan majoriti di kalangan ulama yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i, dan juga Imam Ibn Hazm. Antara para ulama semasa yang bersetuju dengan pandangan ini adalah Sheikh Nuruddin ‘Itr dan Sheikh Muhammad Mukhtar Shinqithi. Semoga Allah merahmati mereka semua. NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 17


PENDAPAT KEDUA KHUTBAH DAN SOLAT JUMAAT SEBELUM WAKTU ZAWAL ADALAH SAH Pendapat kedua dalam isu ini adalah khutbah dan solat Jumaat yang dilakukan sebelum waktu zawal adalah sah. Ini merupakan pandangan sebahagian ulama silam seperti Imam Ishaq bin Rahawayh, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, dan Imam Ibn Qudamah. Antara yang menyokong pandangan ini pada zaman ini adalah Sheikh Abdullah al-Bassam dan Sheikh Abdul Muhsin al-‘Abbad. Semoga Allah merahmati mereka semua. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama yang berpegang dengan pendapat kedua mengenai waktu yang paling awal untuk melakukan khutbah dan solat Jumaat. Segolongan di kalangan mereka berpendapat solat Jumaat boleh dilakukan sama seperti waktu mendirikan solat hari raya. Manakala segolongan yang lain berpendapat bahawa solat Jumaat hanya boleh dilakukan sekitar satu jam sebelum waktu zawal. PENDAPAT KETIGA KHUTBAH JUMAAT SAH DILAKUKAN SEBELUM WAKTU ZAWAL MANAKALA SOLAT JUMAAT TIDAK SAH Pendapat ketiga dalam isu ini adalah khutbah Jumaat sah dilakukan sebelum waktu zawal manakala solat Jumaat tidak sah dilakukan sebelum zawal. Pandangan ini pernah dinukil oleh pengarang kitab Al-Bayan fi Mazhab al-Imam Syafi‘i. Sheikh Wahbah al-Zuhayli pernah menggariskan tiga sebab utama mengapa para ulama berbeza pandangan dalam pengeluaran hukum: i. ii. iii.

Perbezaan ulama dalam menerima dalil Perbezaan ulama dalam memahami dalil Perbezaan ulama dalam isu-isu yang tiada dalil

Di antara sebab utama mengapa para ulama berbeza pandangan dalam isu solat Jumaat sebelum zawal adalah perbezaan mereka dalam memahami sebahagian hadis-hadis yang sahih.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 18


HADIS PERTAMA Hadis pertama dalam isu ini adalah hadis Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu dalam Sahih Muslim.

‫ ) ﻛﻨﱠﺎ ﻧُﺼﻠّ ﻣﻊ رﺳﻮلِ اﻟ ﻪ ﺻﻠﱠ اﻟ ﻪ ﻋﻠَﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢ ﺛُﻢ ﻧَﺮﺟﻊ‬: ‫ﻋﻦ ﺟﺎﺑﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟ ﻪ ﻗﺎل‬ ‫ زَوال اﻟﺸﱠﻤﺲ‬: ‫ ﻓ ايِ ﺳﺎﻋﺔ ﺗﻠْﻚَ ؟ ﻗَﺎل‬: ٍ‫ ﻓَﻘُﻠْﺖ ﻟﺠﻌﻔَﺮ‬: ‫ﻓَﻨُﺮِﻳﺢ ﻧَﻮاﺿﺤﻨَﺎ ( ﻗَﺎل ﺣﺴﻦ‬ Dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata; Kami pernah mendirikan solat (Jumaat) bersama Rasulullah ‫ﷺ‬, kemudian kami pulang dan memberi rehat kepada unta kami. Hasan berkata; Saya bertanya kepada Ja’far, "Bilakah waktunya?" Beliau menjawab, "Saat tergelincirnya matahari." Menerusi hadis tersebut kita dapati perbezaan dalam pemahaman hadis tersebut di kalangan ulama serta punca persilisihan mereka. Pemahaman majoriti ulama terhadap hadis ini: Perbuatan mendirikan solat Jumaat dan memberi rehat kepada unta dalam hadis ini berlaku saat tergelincirnya matahari iaitu waktu zawal. Justeru, hadis ini tidak menunjukkan bahawa solat Jumaat dilaksanakan sebelum waktu zawal. Pemahaman sebahagian ulama yang lain terhadap hadis ini: Hadis ini menunjukkan bahawa solat Jumaat dilaksanakan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dan para sahabat sebelum tergelincirnya matahari iaitu sebelum waktu zawal. Selepas selesai solat Jumaat, mereka memberi rehat kepada unta mereka. Perbuatan mereka memberi rehat kepada unta mereka berlaku pada saat matahari tergelincir iaitu waktu zawal. Itu bermakna solat Jumaat dilaksanakan sebelum waktu tersebut iaitu sebelum waktu zawal. Punca perselisihan: Perbezaan dalam memahami perbuatan apakah yang dilakukan saat tergelincirnya matahari (waktu zawal). Adakah ia merujuk kepada perbuatan memberi rehat kepada unta sahaja atau ianya merujuk kepada perbuatan mendirikan solat Jumaat dan memberi rehat kepada unta?

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 19


HADIS KEDUA Hadis kedua dalam isu ini adalah hadis Sahl radhiyallahu ‘anhu dalam Sahih Muslim:

( ‫ ) ﻣﺎ ﻛﻨﱠﺎ ﻧَﻘﻴﻞ و ﻧَﺘَﻐَﺪﱠى ا ﺑﻌﺪَ اﻟْﺠﻤﻌﺔ‬: ‫ﻋﻦ ﺳﻬﻞ رﺿ اﻟ ﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎل‬ Dari Sahl radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, "Kami tidak tidur dan tidak pula makan tengahari kecuali setelah menunaikan solat Jumaat." Menerusi hadis ini pula, tersebut kita dapati perbezaan dalam pemahaman hadis tersebut di kalangan ulama serta punca persilisihan mereka seperti berikut: Pemahaman majoriti ulama terhadap hadis ini: Dalam hadis ini, tidur dan makan tengahari dilambatkan selepas waktu zawal. Hadis ini menunjukkan bahawa solat Jumaat dilaksanakan selepas zawal dan kemudiannya mereka tidur dan makan tengahari. Pemahaman sebahagian ulama yang lain terhadap hadis ini: Dalam hadis ini, tidur dan makan tengahari berlaku sebelum waktu zawal. Hadis ini menyatakan bahawa solat Jumaat didirikan sebelum tidur dan makan tengahari. Itu bermakna solat Jumaat dilaksanakan sebelum waktu zawal. Punca perselisihan: Perbezaan dalam menentukan waktu tidur dan makan tengahari dalam hadis ini. Adakah kedua-duanya berlaku sebelum waktu zawal atau selepas waktu zawal?

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 20


HADIS KETIGA Hadis ketiga dalam isu ini adalah hadis Salamah bin al-Akwa’ radhiyallahu ‘anhu dalam Sahih Muslim:

‫ ) ﻛﻨﱠﺎ ﻧُﺼ ّﻠ ﻣﻊ رﺳﻮلِ اﻟ ﻪ ﺻﻠﱠ اﻟ ﻪ ﻋﻠَﻴﻪ‬: ‫وﻋﻦ ﺳﻠﻤﺔ ﺑﻦ اﻷﻛﻮع رﺿ اﻟ ﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎل‬ .( ‫وﺳﻠﱠﻢ اﻟْﺠﻤﻌﺔَ ﻓَﻨَﺮﺟﻊ وﻣﺎ ﻧَﺠِﺪُ ﻟﻠْﺤﻴﻄَﺎنِ ﻓَﻴﯩﺎ ﻧَﺴﺘَﻈﻞ ﺑِﻪ‬ Dari Salamah bin al-Akwa’ radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, "Kami mendirikan solat Jumaat bersama Rasulullah ‫ﷺ‬, kemudian kami pulang namun kami tidak mendapati bayang-bayang dinding untuk berteduh." Pemahaman majoriti ulama terhadap hadis ini: Yang dimaksudkan dengan “kami tidak mendapati bayang-bayang” dalam hadis ini bukanlah menafikan secara total kewujudan bayangbayang pada ketika itu. Bayang-bayang pada ketika itu wujud tetapi hanyalah sedikit. Hadis ini tidak menunjukkan bahawa solat Jumaat yang didirikan oleh Salamah bin al-Akwa’ bersama Rasulullah ‫ﷺ‬ berlaku sebelum waktu zawal kerana bayang-bayang pada ketika itu wujud tetapi hanyalah sedikit. Pemahaman sebahagian ulama yang lain terhadap hadis ini: Yang dimaksudkan dengan “kami tidak mendapati bayang-bayang” dalam hadis ini adalah menafikan secara total kewujudan bayangbayang pada ketika itu. Hadis ini menunjukkan bahawa solat Jumaat yang didirikan oleh Salamah bin al-Akwa’ bersama Rasulullah ‫ﷺ‬ berlaku sebelum waktu zawal kerana apabila mereka selesai, mereka tidak mendapati bayang-bayang untuk berteduh pada waktu tersebut. Punca perselisihan: Perbezaan dalam memahami kata-kata sahabat, “kami tidak mendapati bayang-bayang”. Adakah kata-kata ini menafikan secara total kewujudan bayang-bayang pada ketika itu atau ianya menunjukkan bahawa bayang-bayang wujud tetapi hanyalah sedikit.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 21


PENDAPAT ULAMA SEMASA Di kalangan ulama semasa, ada yang berpendapat bahawa solat Jumaat boleh didirikan sebelum waktu zawal apabila ada keperluan. Antara yang menyokong pandangan ini adalah badan fatwa yang terkenal seperti European Council for Fatwa and Research dan para ulama Shariah yang terkenal seperti Syeikh ‘Attiyah Saqr dan Dr. Yusuf al-Qaradawi. Bukan dalam semua keadaan, mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam pengeluaran fatwa perlu diberikan keutamaan. Dalam sebahagian keadaan, mengambil pendekatan memberikan kemudahan wajar diutamakan terutama sekali dalam keadaan yang sukar selagimana ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Pengeluaran fatwa perlu meraikan keadaan yang berubah. Fatwa yang dikeluarkan dalam keadaan sempit tidak sewajarnya disamakan dengan fatwa yang dikeluarkan dalam keadaan senang. Fatwa yang dikeluarkan dalam keadaan wabak tidak sewajarnya disamakan dengan fatwa yang dikeluarkan dalam keadaan biasa. Ustaz Dr Rizhan Leman KESIMPULAN Akhir kata, isu ini termasuk dalam kategori khilaf (perbezaan pandangan) yang boleh umat Islam berlapang dada. Semoga Allah merahmati kesemua ulama kita. Perbezaan mereka dalam memahami sebahagian nas-nas syarak yang berlaku beratus-ratus tahun yang lalu memberikan jalan keluar bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam yang datang di kemudian hari.

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 22



by Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan

Many Muslims in Singapore still view working as nurses in this country is impermissible for Muslim women. This view arises because in Singapore, under current practice, the uniform which must be worn by a nurse may not include the hijab (normal tudung without face cover). Thus, a Muslimah may not wear her hijab in the course of her work, making the profession sinful for Muslim women. This view has caused some parents to object to their daughters’ ambitions to enrol in nursing courses and become professional nurses. Some may eventually proceed but only with a heavy heart. Even without parental objection, some young Muslim women think that it would be more righteous to avoid the predicament and to choose other available job options. This article seeks to offer an opposite view and argues that the above view does not represent the true application of shari’ah principles in Singapore’s context. Islam regards nursing as a noble profession. The salary earned from it is halal. HARM VS BENEFIT It is my view that the situation of a Muslim woman in Singapore as a nurse is similar to that of female Muslim children at national schools, as both have to wear uniforms which disallow the donning of hijab. In the case of the female Muslim students’ uniforms, in 2002 the honourable Mufti of Singapore then, Syed Isa Semait, issued a ruling that such conditions (the exclusion of hijab from school uniforms) do not make the enrolment of female Muslim children haram or sinful, and it is permissible for them not to put on hijab while in school. The honourable Mufti opined that, if a choice has to be made, the obligation in seeking knowledge through a good education outweighed the obligation of putting on hijab. This is because the former brings about more benefits to individuals, the Muslim community and Islam itself as compared to the harm of not putting on one’s hijab at school. In addition, the harm caused by not attending school is more detrimental for female Muslim children than the harm of not putting on the hijab. Continue Reading NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 24


https://blog.pergas.org.sg/wasat/

Ustaz Sheikh Mohamed Farouq s/o Abdul Fareez

In 1946, representatives of 61 states came together and agreed on a shared vision that every human being should enjoy the highest attainable standard of health, as it is one of the fundamental rights to ensure human flourishing. The idea of health as a human right would essentially create a legal obligation on states to actualize this ideal. Accordingly, the United Nations adopted it in article 25 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) in 1948. Today, almost every country in the world is committed to one human rights treaty that addresses healthrelated rights. In 2020, there are 50 Muslim majority countries according to Pew Research Centre, such as Indonesia, Pakistan, Nigeria, Saudi Arabia and Uzbekistan. In many of these countries, harmful policies and practices from top to bottom continuously prevent proper access to healthcare that increases vulnerability to ill health, particularly the poor and marginalized in society.

In collaboration with

Bacaan Lanjut

PERGAS NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 25


JOB OPPORTUNITIES

,

NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 26


NOV

2020, ISSUE 27

PAGE 27



ARS NEWSLETTER IS A PUBLICATION OF

Singapore Islamic Hub 273 Braddell Rd Singapore 579702

+65 6359 1199

info@muis.gov.sg


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.