ARS Newsletter January 2020 | Issue 17

Page 1

ISSUE

17

JANUARY

2020

ARS NEWSLETTER

IN THIS ISSUE: Apakah ujian dan musibah itu kerana Tuhan cinta dan sayang, ataupun di sebabkan dosa dan kesilapan? Benarkah tiada penyakit yang berjangkit menurut Hadith Nabi?

The source of knowledge on metaphysics in Ibn Rushd’s thought


Kalam Kibar Oleh

Ust Ali Hj Mohamed Pengerusi ARB

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah memberi kita kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 2020 ini. Semoga kedatangan tahun baru ini memberikan keberkatan dan kemudahan dalam kita berdakwah dan membimbing masyarakat ke arah kegemilangan. Seawal menjelangnya tahun baru, banyak perkembangan di peringkat global yang menimbulkan keprihatinan dan kekhuatiran di kalangan kita. Ini termasuk cuaca ekstrim dan bencana alam di beberapa negara dan yang terkini, penularan virus Novel Coronavirus (2019-nCoV) di banyak tempat, termasuk di Singapura. Di tengah-tengah kekhuatiran dan kebingungan, kadang-kala terdengar suarasuara yang mengeruhkan dan mengelirukan lagi suasana, dan yang boleh membangkitkan perasaan benci terhadap orang lain. Saat inilah masyarakat sangat memerlukan panduan yang positif dari para Asatizah sebagai sumber pencerahan dan pembawa ketenangan.

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 2


Oleh itu, saya sangat berharap agar kita semua dapat mengambil sikap lebih bertanggungjawab apabila berkongsi maklumat ataupun ketika menjawab pertanyaan masyarakat, sama ada di dalam kelas, kuliah, mahupun di laman sosial peribadi.  Sebagai contoh, kita tidak seharusnya membuat andaian bahawa sesuatu musibah yang berlaku adalah balasan Tuhan bagi sesuatu kaum atau negara.

Saya sangat berharap agar para Asatizah dapat menjadi contoh yang terbaik di dalam menyebarkan nilai rahmah dan keihsanan, khusus di dalam masa-masa yang getir seperti ini. - Ustaz Ali Hj Mohamed, Pengerusi ARB

Ini adalah kerana kita hanya manusia yang tidak akan mengetahui sebab mahupun hikmah di sebalik aturan Tuhan. Sebaliknya, kita perlu mengajak masyarakat untuk berasa insaf dan memelihara diri dan keluarga dari bahaya. Sebarkanlah pesanan dan nasihat yang berguna. Irsyad yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti di dalam menghadapi penularan virus ini seharusnya dijadikan panduan dalam menyampaikan mesej yang sesuai dan tepat bagi masyarakat. Pautan untuk membaca Irsyad tersebut disediakan menerusi kod QR di bawah.

Saya amat berharap agar para Asatizah dapat menjadi contoh yang terbaik di dalam menyebarkan nilai rahmah dan keihsanan, khusus di dalam masa-masa yang getir seperti ini. Semoga apa yang diungkapkan oleh lisan kita adalah mutiara hikmah yang membangunkan umat manusia dan membawa kebaikan kepada semua. Marilah kita terus memohon kepada Allah S.W.T. agar negara kita ini dijauhkan dari segala ancaman wabak dan bala bencana. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Irsyad berkaitan

Irsyad on managing

mengawal penularan

the coronavirus

virus korona

outbreak

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 3


Memahami hikmah di sebalik ujian Oleh Ustaz Izal Mustafa Kamar, Penolong Pengarah, Pejabat Mufti, Muis

Seorang mukmin memandang ujian dan cabaran dalam kehidupan sebagai suatu ketetapan Tuhan. Di sebaliknya terkandung hikmah yang mungkin hanya akan terzahir setelah masa berlalu. Dari itu, Baginda S.A.W. mengajar kepada umatnya untuk sentiasa berkata yang baik ketika sedang diuji, sama ada dengan memuji Tuhan lalu berkata: Bismillah (hadith Qudsi, riwayat Ahmad), ataupun mengucap: "Innalillah wa inna Ilayhi Raji'un" (surah al-Baqarah, ayat 156). Tambahan dari ini, Baginda juga memberi panduan ketika seseorang menziarahi orang yang sedang diuji Tuhan dengan ujian penyakit, untuk memberi kepadanya semangat, kata-kata dorongan yang positif, dengan berkata: "La Ba’s Thuhur Insya Allah." (riwayat al-Bukhari). Segala yang saya nyatakan di sini merupakan suatu petanda bahawa apa yang insan katakan saat diuji Tuhan, merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian. Di sini perlu dijelaskan beberapa pengajaran yang boleh diraih daripada teks agama yang pelbagai berhubungkait dengan ujian dan kehidupan. Walaupun terdapat sebahagian dalil-dalil yang membuktikan bahawa Allah S.W.T. kadangkala menguji kerana cinta dan kasih sayang-Nya, juga sebagai kaffarah bagi dosa yang lalu serta peningkatan darjat di sisi-Nya; terdapat pula nusus yang lain yang membuktikan bahawa kadangkala ujian Allah S.W.T. itu adalah disebabkan kesilapan serta dosa insan ataupun sesuatu kaum.

Maka bagaimana seharusnya kita memahami dalil-dalil ini? Apakah ujian dan musibah itu kerana Tuhan cinta dan sayang, ataupun di sebabkan dosa dan kesilapan? - Ustaz Izal Mustafa Kamar, Penolong Pengarah, Pejabat Mufti

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 4


Sebagai contoh firman Allah S.W.T. berkaitan umat terdahulu yang bermaksud: "Dan Kami hancurkan mereka di sebabkan dosa mereka." surah al-An’am: ayat 6. Maka bagaimana seharusnya kita memahami dalil-dalil ini? Apakah ujian dan musibah itu kerana Tuhan cinta dan sayang, ataupun disebabkan dosa dan kesilapan? Ia membuktikan kepada kita bahawa yang mengetahui hikmah serta rahsia di sebalik ujian itu adalah Tuhan sahaja. Setelah kewafatan Nabi S.A.W., tiada insan yang boleh mengaku bahawa beliau mengetahui -melalui wahyu- secara pasti, sebab dan punca berlakunya sesuatu musibah. Maka antara adab yang diajar agama ketika berlaku sesuatu musibah, sebagai contoh Tsunami ataupun penyakit wabak yang berlaku, adalah untuk tidak berkata: Musibah ini berlaku disebabkan perkara ini, dosa ini dan sebagainya. Kerana yang Maha Mengetahui puncan ujian serta hikmahnya adalah Tuhan satu-satunya. Kerana para Sahabat r.a. juga pernah diuji dengan ujian yang pelbagai, termasuk juga penyakit taun yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. iaitu pada tahun ke-18 Hijrah. Penyakit “Taun Amwas” tersebut telah tersebar di beberapa rantau sehingga mengorbankan 70 ribu nyawa. Ia telah membawa kematian kepada beberapa orang sahabat yang senior, antaranya Muaz bin Jabal r.a., Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a. dan sebagainya. Tentunya kejadian ini merupakan suatu musibah buat umat, memandangkan jumlah nyawa yang telah terkorban terdiri daripada generasi yang mulia. Walaupun demikian, kita akur bahawa ia mengandungi hikmah yang tertentu. Hikmah yang tidak terzahir di mata insan biasa. Imam Al-Ghazali berkata di dalam Ihya’: Sebahagian daripada hikmah itu, hanya para Anbiya’ sahaja yang mampu untuk mengetahuinya. Yang diperintahkan Tuhan tatkala diuji adalah untuk bersangka baik denganNya. Tidak mengeluarkan kata-kata yang menafikan takdir, untuk bersabar dan berusaha mencari huraian. Tidak saling melontarkan kata-kata yang melemahkan semangat. Bahkan memberi semangat dan kata-kata yang positif.

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 5


Benarkah tiada penyakit yang berjangkit menurut Hadith Nabi? Oleh Ustaz Saifullah Ibrahim Universiti Raja Saud, Riyadh

Terdapat sepotong hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim yang berbunyi: :

ْ َ‫ﻲ ﷲﱠُ ﻋَ ْﻨ ُﻪ ﻋ‬ ْ َ‫ﻋ‬ ‫ﺳﻠﱠ َﻢ َﻗﺎل‬ ِ َ ‫ﻦ أَﻧ‬ ِ ‫ِﻚ َر‬ ٍ ‫ﻦ َﻣﺎﻟ‬ َ ‫ﻲ َﺻ ﱠﲆ ﷲﱠُ ﻋَ ﻠَ ْﻴﻪِ َو‬ ِ ْ‫ﺲ ﺑ‬ ‫ﻦ اﻟ ﱠﻨ ِﺒ ﱢ‬ َ ‫ﺿ‬ ٌ ‫ﺠ ُﺒﻨِﻲ ْاﻟ َﻔﺄْلُ َﻗﺎﻟُﻮا َو َﻣﺎ ْاﻟ َﻔﺄْلُ َﻗﺎلَ َﻛﻠ َِﻤ ٌﺔ َﻃ ﱢﻴ َﺒ‬ "‫ﺔ‬ ِ ‫"ﻻ ﻋَ ْﺪ َوى َوﻻ ﻃِ َﻴﺮَ َة َوﻳُ ْﻌ‬

Daripada Anas Bin Malik r.a., daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda, "Tidak ada penyakit berjangkit dan tidak ada pula nasib buruk; dan aku terpegun dengan al-fa'l.” Maka mereka (para sahabat) pun bertanya, “Apakah itu al-fa'l?” Baginda pun bersabda, “Al-fa'l ialah perkataan yang baik." Secara umumnya, intipati hadith ini membincangkan berkenaan penyakit berjangkit dan kaitannya dengan penjagaan akidah. Ia perlu difahami bahawa baginda S.A.W. ingin menafikan akidah yang dipercayai oleh masyarakat jahiliah bahawa penyakit itu berjangkit dengan sendirinya, sedangkan yang memberi kesakitan dan kesembuhan itu adalah Allah S.W.T. Hadith ini juga menganjurkan kita untuk bercakap tentang perkara yang baikbaik. Terdapat sebuah lagi hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud, "Larilah daripada penyakit kusta sepertimana kamu lari daripada seekor singa." Di sini timbul persoalan: Sekiranya Nabi S.A.W. telah menyatakan bahawa tidak ada penyakit yang berjangkit, mengapakah baginda menyuruh untuk lari daripada penyakit kusta? Hadith yang kedua ini mengajar kita untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah daripada dijangkiti penyakit. Ini juga secara tidak langsung menerangkan kepada kita tentang wujudnya penyakit yang berjangkit.

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 6


Sebagai seorang yang beriman, adalah penting untuk kita beringat bahawa yang memberi penyakit dan kesembuhan itu adalah Allah S.W.T. Pada masa yang sama, kita perlu mengambil sikap berhati-hati daripada dijangkiti virus. Apa yang dapat kita lakukan hari ini, selain daripada mengambil sikap berhatihati dan berwaspada ialah untuk mengamalkan doa-doa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk dijauhkan dari sebarang virus. Langkah ini juga dikira sebagai mengambil sebab pencegahan kerana berdoa ialah salah satu usaha untuk menjauhkan diri dari penyakit. Selain itu, wajar bagi kita untuk memantau berita dan perkembangan terkini daripada sumber yang sahih seperti Kementerian Kesihatan agar penyakit berbahaya dapat dielakkan.

S?? S I I L L U U N EN E M M T T A A N N I I M M A DA ND AN A nda! a gkas n i r a kary kami a m rsa an be k i s g Kon an rkata e p 0 25 150 al, piritu S , i r ora u temp n o n buk k a s a l Isu U ntar, Kome lis .sg/tu v o g . go

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 7


JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 8


Muis advisory on Novel Coronavirus As Muslims, we should always strive to maintain good personal hygiene. With ten confirmed cases of the Novel Coronavirus (nCoV) infection in Singapore so far, it is even more important for us to be cautious and take good care of ourselves and our loved ones. Our madrasahs will continue to take precautionary measures to ensure the safety and well-being of students and staff. Students and staff have also been advised to declare their travel plans over the Chinese New Year weekend. For the rest of us, let us stay calm, care for one another and observe good personal hygiene. Remember to seek medical treatment and avoid crowded places - including mosques - if you are unwell.

Join the #ThankYouMufti campaign Muis is organising a #ThankYouMufti campaign to show our gratitude and appreciation towards Mufti Dr Fatris Bakaram's contributions to the community. Share with us photos or videos of you with Sohibus Samahah on your social media platform (Twitter, Facebook, or Instagram) and simply add the hashtag #ThankYouMufti in the caption or comment section. You may also caption the posting using your favorite quote by Mufti Dr Fatris Bakaram or simply visit www.go.gov.sg/thankyouMufti to send your wishes. You may also click on the QR code below. The best five postings by fellow asatizah will receive a gift from Mufti and will be shared in our upcoming ARS Newsletter from January to March!

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 9


Students, teachers and guests took part in the Hijrah Walk from the old compound to the new campus to mark the school's new beginning

Madrasah Al-Arabiah opened its doors Students and teachers of Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) welcomed the new academic year at the school’s new building at Toa Payoh Lorong 6, just next to its old campus. About 400 students and teachers participated in a hijrah (migration) walk from the old campus to the new one, symbolising a new beginningfor MAI. Completed at a cost of $17.5 million, the new five-storey building is equipped with up-todate facilities, complete with science labs and audio-visual classrooms to support MAI’s specialisation in providing a STEM-based curriculum alongside Islamic subjects. The new campus is the latest pride of our community. Muis and MAI would like to thank the community and donors for their support in realising this important milestone.

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 10


Angullia Mosque reopens Angullia Mosque, located along Serangoon Road, has reopened its doors for its first congregational prayer on 10 January. Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram graced the mosque’s new prayer spaces following the completion of upgrading and reconstruction works. The iconic place of worship in Little India was first built in 1890 and last rebuilt in 1970.

Congregants thronged the newly reconstructed Masjid Angullia situated along Serangoon Road in Little India

The reconstruction began in February 2018 and now boasts more prayer spaces and anopen rooftop for mosque activities. The mosque also features new and improved accessibility for all congregants with facilities such as a lift to all levels, a basement carpark, and enhanced natural lighting and ventilation.

Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram delivered the first Friday sermon after the consecration ceremony of the new Masjid Angullia

Meanwhile, the mosque’s gatehouse, a prominent feature of Masjid Angullia that was conserved from the old building, is still undergoing upgrading works and is expected to be completed soon. We thank the mosque’s management board, volunteers, donors, and contributors who have ensured the success of Masjid Angullia’s reconstruction. May this spirit of partnership and gotong-royong between our mosques and the community continue to strengthen as we embark on a new decade of success, In shaa Allah.

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 11


My company is having a lunch retreat at a non-halal establishment. Can I join my colleagues?

Islam permits one to attend or join an invitation from friends of other faiths as long as it does not require participation in any religious rites or involves actions that clearly contradict Islamic teachings. It is important not to exclude ourselves from such gatherings in the spirit of camaraderie and being part of a bigger team. If one is given the choice to choose the venue, then one should always choose the halal- certified options. This advisory is meant for those who do not have such a choice. When dining at non-halal establishments, one can observe the following tips: Choosing either seafood or vegetarian options Request for no alcohol or animal fat to be used in the cooking. If there is fear of the utensils being mixed with utensils used for non-halal dishes, one may consider to follow the opinions of other schools of laws as highlighted in the beginning of this chapter. However, if you are uncomfortable, you may choose to just consume a halal beverage.

Muatturun edisi Bahasa via go.gov.sg/cis-m

Download English Edition via go.gov.sg/cis-e

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 12


JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 13


CPE

CPE courses schedule Date

Title

CPE

Medium

FEBRUARY 6, Thursday

Wealth and Estate Planning

3

English

8, Saturday

Introduction to Cryptocurrency

3

English

11, Tuesday

Learning Journey to RRG

3

English

13, Thursday

Hadith Mengikut Perspektif Fuqaha & Muhaddithun

3

Malay

Introduction to Sciences of the Quran

3

English

Penceraian di kalangan Masyarakat Islam

3

Malay

Understanding Sharia in Context

7

English

Pengenalan Kepada Kewangan Islam

3

Malay

Pengenalan Kepada Ulum Al-Quran

6

Malay

6, Monday

Perancangan Harta Pusaka dan Estet

6

Malay

16, Thursday

Menangani Kemusykilan Agama Dalam Konteks Singapura

6

Malay

17, Monday 20, Thursday MARCH 9, Monday 19, Thursday

APRIL 1, Wednesday

Click below to find out more on updated CPE Programmes

REGISTER NOW

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 14


CPE

Kursus baru: Adab Bersatu Padu Perbezaan pendapat adalah lumrah alam dan sunnah yang tidak boleh dielak oleh sesiapa. Pengalaman hidup, keluasan ilmu, usia, kecenderungan kepada sesuatu perkara adalah beberapa faktor yang membuat seseorang berfikir dengan cara yang berbeza. Namun ia tidak menjadi halangan bagi sesebuah masyarakat untuk bersatu padu. Dengan mengikut prinsip-prinsip tertentu ia mengelakkan persengketaan dan perpecahan di kalangan masyarakat. Kebijaksanaan memberi serta menerima pandangan yang berbeza patut diberi perhatian. Kursus ini membincangkan prinsip, strategi dan pendekatan dalam menangani perbezaan dengan menjaga adab-adab perbezaan.

Pejabat kecil

Mufti

berjudul

telah

menerbitkan

Pembelian

&

sebuah

Pemilikan

buku

Hartanah

dalam dwi bahasa.

Buku utama

kecil yang

ini

akan

ditangani

mengetengahkan dalam

teks

isu-isu

fatwa,

dan

pertanyaan yang sering ditanya daripada fatwa ini.

Imbas atau klik pada kod QR di bawah untuk membaca buku tersebut secara dalam talian.

Edisi Bahasa Inggeris

Edisi Bahasa Melayu

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 15


JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 16


Can Muslims Celebrate Chinese New Year? By Ustaz Muhd Aiman

The answer is quite obvious. After all, Islam does not put a stop for a Muslim to do good to others. In fact, it encourages us to spread goodness to others, regardless of one’s race, belief or social status. The act of giving gifts will enhance our social relations and maintain peaceful co-existence. Prophet Muhammad S.A.W. said, “exchange gifts, as that will lead to increasing your love for one another”.

Continue Reading

Preserving The Sanctity of The Sharia - Why Must We Reject Extremists' Claims? By Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir, Deputy Mufti, Republic of Singapore

Muslim communities have long gone past the debate whether Muslims can live under, and should obey, laws of the modern state, especially where they are free to practice their religion and can prosper and progress alongside other citizens. It comes as a surprise, therefore, that a Singaporean Muslim with plans to support the Islamic State (IS) group recently proclaimed in his court trial that he only recognises the “Sharia” and rejects Singapore laws. To many Muslims, the modern state is not a foe in spite of its laws and political system not containing emblems of Islam, or not explicitly codifying classical Muslim law. Instead, what matters is the outcomes of laws on their socio-religious life and the spirit behind them that resonates with the teachings of the religion. Where Muslims can live and work together with others under the protection of the state to build a functioning and cohesive society, the state is an ally, and its legal structures must be respected.

Continue Reading

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 17


JOBÂ OPPORTUNITIES

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 18


JOBÂ OPPORTUNITIES

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 19


JOBÂ OPPORTUNITIES

JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 20


https://blog.pergas.org.sg/wasat/

The source of knowledge on metaphysics in Ibn Rushd’s thought By Ustaz Mas'udin Syarifuddin

In the contemporary world, information is shared effortlessly through various technological platforms and media. The massive flow of information, in one hand, enables to transform people, on the other hand, spreads the falsehood. The characteristic that pundits describe this period is the post-truth era, where personal subjective opinion becomes a basis of judgement on truth and reality, thus, underrate the established worldview and major institutions that traditionally shaped the world for hundred years, including the commonly accepted knowledge and practices derived from the authority respected and followed by certain epistemic system that includes religious traditions. In that perspective, this article attempts to bring Ibn Rushd’s thought into the contemporary context and shed light to a particular issue, and that is the source of knowledge on metaphysics as understood from reading of his specific works namely Fasl Al-Maqal Fi Ma Bayn Al-Hikmah Wa Al-Shari`ah Min Al-Ittisal and AlKashf `An Manahij Al-Adillah Fī `Aqa’id Al-Millah.

Continue reading In collaboration with

PERGAS JAN 2020, ISSUE 17

PAGE 21


CONTENT ARS Office ARS Secretariat

GUEST WRITER Ustaz Izal Mustafa Kamar Ustaz Saifullah Ibrahim

EDITOR Ustaz Irwan Hadi Ustaz Muhammad Haniff Hassan Ustazah Sukarti Asmoin Ustaz Fauzan A Roslee

ARS NEWSLETTER IS Â A PUBLICATION OF

Singapore Islamic Hub 273 Braddell Rd Singapore 579702

+65 6359 1199

info@muis.gov.sg


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.