FESTIVAL PENULIS SINGAPURA: PENULIS-PENULIS PERINTIS
“Bukan mungkin lagi, mesti!”: Penulis-penulis Perintis Wanita Melayu Membalas Balik Bagaimanakah wajah penentangan dipaparkan oleh para penulis wanita Melayu merentas generasi? Di serata Nusantara, kaum wanita menjawab balik – sebagaimana yang mereka selalu lakukan. Respons mereka ditenun merentas era kebangkitan kesusasteraan di Riau pada abad ke-19, kepada penentangan anti-kolonial untuk kemerdekaan Malaya, kepada hubungan harian kini dan kerohanian. Raikan para perintis sastera seperti Raja Aisyah Sulaiman, Adibah Amin, Profesor Madya Hadijah Rahmat, Sa’eda Buang, Rasiah Halil dan Kumpulan Bebas Melata, yang berdepan dengan teguran “jangan menjawab!” yang diacukan kepada wanita, dan mereka membalas jawapan mereka melalui penulisan karya sastera. Ia bukan “mungkin” mereka menentang. Gabungan impak kritikan, puisi dan antologi mereka membuktikan bahawa mematuh bukanlah suatu pilihan.
Cara menggunakan panduan ini
Panduan ini direka untuk menggalakkan para pelajar dan pengunjung pameran Penulis Perintis Festival Penulis Singapura untuk meneroka dan mendalami karya-karya yang dihasilkan oleh para penulis perintis Singapura.
Panduan ini dibahagikan kepada 2 bahagian dan disertakan dengan beberapa soalan rangsangan untuk menggalakkan perbincangan, aktiviti saranan dan juga pautan untuk memudahkan pengguna mengakses bahan tambahan dan rujukan bagi isu-isu yang berkaitan dengan tema-tema yang diangkat dalam pameran tersebut.
Kenali Raja Aisyah Sulaiman
Raja Aisyah Sulaiman
Perihal emansipasi ataupun pembebasan wanita sudah dibicarakan sejak dahulu lagi. Anda mungkin tidak pernah dengar nama Raja Aishah Sulaiman? Sebenarnya, Raja Aishah merupakan seorang penulis ulung Melayu.
Mungkin kamu akan tertanya-tanya mengapa namanya dan juga karyanya tidak dikenali seperti penulis wanita zaman ini? Sebenarnya, Raja Aisyah Sulaiman menulis pada zaman kerajaan kerajaan Riau-Lingga sedang diancam oleh penjajah Belanda. Kata orang, karyanya ‘ditenggelamkan’ demi keselamatan dirinya sendiri.
Mari kita selami penulisan Raja Aisyah Sulaiman. Raja Aisyah Sulaiman memilih sastera sebagai cara untuk mengekspresikan diri dengan menyalurkan tema feminis. Feminisme mungkin lebih difahami sebagai satu kecenderungan pada zaman moden tetapi Raja Aisyah Sulaiman sudahpun mempersoalkan isu ketidaksamarataan dan menganjurkan isu kuasa dan hak autonomi bagi golongan wanita.
Dalam Syair Khadamuddin yang ditulis pada tahun 1926, tema kemerdekaan diangkat oleh Raja Aishah Sulamian:
“Kami ini seorang merdeka Daripada kamu itu belaka Kami barang di dalam kawalan Bukan sekali bangsa jualan Atau kececeran sepanjang jalan Boleh diambil masuk pikulan”
We are free and sovereign Away from you in sooth We are not controlled stocks Our people are never for sale Nor discarded wares on streets That you place in your sack
Diterjemah oleh Annaliza BakriNak tahu kisah ini dengan lebih lanjut?
Pada pendapat kamu, apakah yang sedang difikirkan oleh Raja Aishah Sulaiman sewaktu beliau menulis Syair Khadamuddin?
Adakah suara wanita seperti Raja Aishah Sulaiman penting dalam hal-hal pemerintahan?
Mari Berkarya
Sekiranya kamu hidup dalam zaman yang dilalui oleh Raja Aishah Sulaiman, bagaimana kamu akan menulis tentang hak asasi manusia? Bagaimana kamu dapat pastikan suara kamu akan dipertimbangkan dengan serius? Tulis sebuah cerita tentang kesamaan sosial.
Dunia Melayu
Kita telah ‘mendengar’ suara lantang Raja Aishah Sulaiman. Adakah kamu tahu bahawa semenjak kematian suaminya, Raja Khalid Hitam, Raja Aisyah Sulaiman sering menerima lamaran lelaki-lelaki bangsawan. Beliau sedar bahawa lamaran itu dibuat kerana golongan lelaki bangsawan menganggap perkahwinan dengan balu seorang pejuang (Raja Khalid Hitam berani menentang penjajah) satu pencapaian. Hal ini dikritik oleh Raja Aishah Sulaiman dalam Syair Khadamuddin:
“Cinta kenangan selama terpendam, Kebakaran tidak kalanya padam, Jika seperti orang mengidam, Bila diperoleh habislah dendam”
This old love is buried forever Nothing would put out the flame Unlike men with an unfulfilled desire Once obtained, the longing will wane Diterjemah oleh Annaliza Bakri
Jika kamu ingin membaca dengan lanjut tentang wanita yang berani membalas balik, bacalah kisah Puteri Gunung Ledang dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Apakah 7 permintaan Puteri Gunung Ledang?
Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada Syair Khadamuddin dan kisah Puteri Gunung Ledang? Bagaimana kita boleh meningkatkan status dan hak wanita?
Kit Panduan Penulis-penulis Perintis
Soalan Tambahan
1. Adakah sastera merupakan platform yang sesuai untuk menyalurkan pendapat yang mencerminkan realiti kehidupan?
2. Apakah genre sastera yang sesuai digunakan untuk menyuarakan hak asasi manusia?
3. Fikirkan isu yang anda ingin utarakan untuk mencapai kesamaan sosial.
Kenali Adibah Amin
Adibah Amin
Adibah Amin ialah seorang pendidik, ahli bahasa, wartawan, penulis bahasa Melayu serta bahasa Inggeris, dan pelakon Malaysia. Karya-karyanya termasuk tiga buah novel dalam bahasa MelayuBangsawan Tulen (1950), Seroja Masih Di Kolam (1972) dan Tempat Jatuh Lagi Dikenang (1985). Beliau merupakan anak kepada pejuang kemerdekaan, Tan Sri Zainon Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Tidak hairanlah jika penulisan Adibah juga menjurus kepada isu keharmonian kaum, hak wanita dan pendidikan.
Kita meniti pula zaman selepas Pendudukan Jepun yang mencengkam dan menindas masyarakat. Penulis mapan dan penterjemah wibawa, Adibah Amin merungkai isu kepentingan pendidikan kaum wanita demi mencapai emansipasi dan juga hubungan antara kaum dalam karya beliau. Misalnya, novel Tempat Jatuh Lagi Dikenang membicarakan fahaman budaya yang mendalam (cultural awareness and appreciation) dan perpaduan sosial (social cohesion).
Petikan daripada novel Gadis Sipu (1949):
“Tiga bulan kemudian dengan tiba-tiba muncullah sebuah surat khabar baharu bernama “Melayu Baharu” dengan tulisan Rumi dikeluarkan oleh “Melayu Baharu Press”. Surat khabar itu dipimpin dan diterbitkan oleh “wartawan Zahirah” dengan modalnya sendiri, siap dengan pressnya sekali. Beberapa pujangga-pujangga puteri yang sefahaman bersama-sama masuk syer (share) menerbitkan surat khabat itu.”
Pendidikan merupakan tangga kejayaan. Fikirkan bagaimana Adibah Amin mengaitkan perihal pendidikan dengan pembangunan golongan wanita.
Kit Panduan Penulis-penulis Perintis
Dalam novel This End of the Rainbow (2006), Adibah Amin juga membahaskan isu perpaduan sosial. Adakah isu ini harus dijadikan keutamaan dalam masyarakat berbilang kaum seperti Singapura. Apakah langkah-langkah yang dianjurkan oleh Adibah Amin dalam karya beliau?
Imbas kembali sambutan Hari Keharmonian Kaum yang diadakan di sekolah kamu. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan pemahaman budaya dalam kalangan pelajar?
Nilai Yang Perlu Di Semai
Air pun ada pasang surutnya, dan begitulah kehidupan yang kita lalui. Adibah Amin menggambarkan pelbagai cabaran dalam novelnya This End of the Rainbow. Kita susuri perjalanan mereka yang melalui detik-detik yang penuh liku sewaktu Pendudukan Jepun, pemisahan Singapura dari Malaysia dan keadaan Singapura setelah mencapai kemerdekaan.
Sekiranya kamu hidup pada waktu itu, fikirkan peristiwa yang akan mempengaruhi sikap kamu pada hari ini. Apakah perubahan yang akan kamu lakukan?
Walaupun Singapura berjaya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, gelombang jangkitan COVID terus melanda negara kita. Masyarakat Singapura masih perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang dibuat dalam usaha
Mari, kita meninjau petikan daripada ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Kemboja, Encik Samdech Techo Hun Sen sewaktu majlis perasmian Sidang Puncak Asean ke-40 dan ke-41:
“Dengan ketabahan dan usaha yang utuh, negara-negara anggota secara individu dan Asean secara keseluruhan telah berjaya mengatasi ancaman global ini. Kita kini berada di persimpangan yang tidak menentu; kehidupan berjuta-juta rakyat di rantau ini bergantung pada kebijaksanaan serta pandangan jauh kita, keputusan dan dasar yang betul termasuk pendekatan realistik untuk menangani cabaran strategik yang kita semua hadapi,” katanya.”
Pada pendapat kamu, bagaimana negara ASEAN dapat mengatasi cabaran pandemik ini?
Bagaimana kamu boleh memainkan peranan lebih besar dalam situasi ini?
Bincangkan nilai-nilai yang perlu ada dalam diri untuk berjaya dalam zaman moden ini. Tulis sebuah puisi tentang kejayaan anda mengatasi sebuah cabaran.
Kenali Rasiah
Halil,
Profesor Madya Hadijah Rahmat & Sa’eda Buang
Rasiah Halil
Rasiah Halil mengangkat isu kemiskinan dan cabaran yang dilalui oleh golongan yang kurang berkemampuan. Walaupun negara semakin moden dan banyak pencakar langit yang menghiasi lanskap kehidupan kota, realitinya ialah yang kurang berkemampuan masih lagi rasa tersepit dan sempit.
Teliti petikan berikut:
“Kita orang susah, Cik, mana boleh buat suka-suka. Nak buat tiang lampu pun tak boleh. Sekarang jalan raya sesak, kata lagi dua tahun baru siap, itu pun untuk Sukan Komanwel.
… Macam mana mahu hidup, Cik? Mana dia orang tahu, semua orang senang. Kita yang susah, matilah sekarang. Siapa nak duduk-duduk saja, Cik? Semua mesti bayar. Anak bini nak makan. Siapa nak kasi duit? Takkanlah saya nak tadah tangan. Susah betul, Cik, duit tak ada, langkah pendek, terseksa.”
We are not well off, Miss, we can’t do as we please. We can’t even request for road lamps. Now there’s a traffic jam, they said it will be ready in two years, that is only for the Commonwealth Games.
…
How can we survive, Miss? What do they know, these rich people. We are the ones struggling, we feel like dying. Who would want to just sit around, Miss? Everything needs to be paid for. Our family needs to eat. Who will provide the money? I can’t be begging for help. It’s so difficult, Miss. No money, no opportunities, only suffering.
Diterjemah oleh Rasiah HalilPada pendapat kamu, bagaimana karya sastera dapat meningkatkan kesedaran tentang masalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan di negara kita?
Kamu pernah melakukan kegiatan Nilai Dalam Tindakan (VIA) bersama teman-teman di sekolah. Bagaimana kamu boleh memainkan peranan yang lebih besar untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan?
Profesor Madya Hadijah Rahmat
Tidak asing lagi dalam arena bahasa dan kesusasteraan, puisi A/P Hadijah Rahmat memaparkan komitmen sosial beliau dalam membanteras ketidakadilan dan kebobrokan yang berlangsung dalam masyarakat. A/P Hadijah menyusuri isu pembangunan yang pastinya menjejas kehidupan masyarakat dan merakam sejarah bangsa dakam penulisan beliau.
Mari kita baca puisi A/P Hadijah yang berjudul Sungai Kallang (1979):
“Sejenak melintas perjalanan dalam sebuah penitian malam aliran yang pekat hitam dengan kandungan memuak dan melemaskan segala kehidupan di dalam dan yang bernafas di tebingan.
Sungai Kallang setitis air mataku yang mengalir ke dalam dan tumpahan anak darah generasimu yang membanjiri perbatasan tidak akan memutarkan aliranmu ke daratan serta kembali memuntahkan segala kotoran dan sampah dan menjernihkan dasaran sejarah.”
Quickly crossing a path through a nocturnal navigation a course pitch black with content that drowns and nauseates all life in it and those breathing along the waterfront.
Kallang River a teardrop flows inwards and the blood of your generation spills flooding the brim will not revert your course inland and return to regurgitate every piece of filth and rubbish and clarify the benthic of history.
Diterjemah oleh Annaliza Bakri
Kenali A/P Hadijah lebih lanjut.
Dalam puisi Sungai Kallang, A/P Hadijah Rahmat menyentuh isu sejarah yang mungkin kurang diketahui oleh masyarakat. Sarankan beberapa langkah untuk memastikan sejarah bangsa tidak hilang daripada ingatan and babad sejarah Singapura.
“Aku tidak mahu jadi seorang perindu meratap sebuah pemergian kehadiran yang hilang. Seperti sang serangga dan tumbuh-tumbuhan aku pun akan menyesuai diri, menguasai sekitaran menerima hakikat perubahan.”
I don’t want to be merely reminiscing mourning a loss a presence that has vanished. Like the insects and the plants I, too, will adapt, take charge of my surroundings accept
Diterjemah oleh Liyana Nasyita
Dalam puisi Potret Pembangunan, apakah saranan yang diberikan untuk meniti hari esok supaya setiap individu dalam melangkah ke hadapan?
Bagaimana identiti dan budaya masyarakat dalam dilestarikan dalam zaman yang serba moden ini?
Mari Berkarya
Tulis sebuah puisi tentang pembangunan atau pemodenan.
Kamu juga boleh meneroka kampung-kampung yang sudah tiada atau membuat kajian mengenai Kampung Lorong Buangkok. Fikirkan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kampung dalam menangani arus pemodenan.
Nak tahu kisah ini dengan lebih lanjut?
Sa’eda Buang
Sa’eda Buang merupakan seorang penulis wanita yang berani menyinggung dan menyanggah ideaidea yang menghambat kemajuan masyarakat. Sekiranya kita meninjau karya beliau, akan kita dapati bahawa sastera merupakan senjata untuk melawan kebebalan. Lihat sahaja karya beliau Razi (2021) yang mengkedepankan isu golongan kurang upaya dan diskriminasi yang ditonjolkan oleh masyarakat terhadap golongan ini. Sa’eda Buang juga menyoal sikap anti-intelektualisme dalam masyarakat. Sebagai contoh, dalam karya Ke Puncak Pun Tidak, penolakan ilmu yang lahir dari barat tanpa alasan yang kukuh pastinya akan menjerat masyarakat.
Petikan daripada cerpen Razi:
“Jari-jemari Razi dibelek-beleknya. Tangan, kemudian kakinya. Kemudian, dia mengambil dua keping kayu yang runcing lalu ibu jari kaki kanan Razi disepit dan dipulasnya dengan sekuat hati. Tiada suara lagi yang keluar dari tekak Razi.
Razi demam selama seminggu. Razi tidak mahu makan selama seminggu. Ibu jarinya didapati patah dan harus disimen selama sebulan dua. Razi masih belum mahu memandang wajahku….Air matanya terus mengalir. Pandangannya masih sayu. Tetapi setiap kali aku mendekatinya, dia mendiamkan diri. Berhenti menyanyi.”
Sa’eda Buang memaparkan watak golongan elit agama yang tidak bertauliah tetapi menipu masyarakat dengan janji manis bahawa mereka boleh ‘merawat’ individu yang mempunyai masalah pembangunan mental dan sosial (seperti mereka yang autistik). Pada pendapat kamu, bagaimana karya sastera dapat mencetuskan kesedaran mengenai kebebalan yang hadir dalam masyarakat?
Tonton wawancara bersama Sa’eda Buang.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membina sebuah masyarakat yang lebih inklusif.
Mari Berkarya
Tulis sebuah cerita tentang golongan yang terpinggir.
Kumpulan Bebas Melata
Mari kita teliti sedutan puisi Kamaria Buang yang berjudul Sejarah Pulau Sudong (2015):
“Hilang sudah bayangan tentera terselamatlah penduduk dari bahaya guru menunjuk ke laut sana campakkan keris ke tempat asalnya perahu meluncur di pinggir tebing guru sekeluarga pulang ke Taiping penduduk Sudong mula berpantun: kata manis mula melantun;
Pulau Sudong tanahnya lembah, Tanam senduduk bercabang dua; Pulau Sudong tanahnya bertuah, Dagang menumpang sehari dua. Lalu dijawab oleh Meor Abdul Rahman:
Pulau Sudong tanah sakti, Sayang ketapang bercabang dua; Hikmat Gayong meninggalkan bakti, Memimpin wanita menempuh bahaya.”
Gone were the shadows of the soldiers residents saved from danger the teacher pointed towards the sea threw a dagger to its place of origin boat gliding on the bank a family of teachers return to Taiping Sudong population recites poem: the sweet words expressed;
Pulau Sudong and its valley, Shrubs planted bifurcates into two; Pulau Sudong land gets lucky, Traders reside for a day or two. Replied Meor Abdul Rahman:
Pulau Sudong land is sacred, Alas the sea-almond is two-tiered; Gayong’s service is honored, Leading women away from danger.
Diterjemah oleh Annaliza Bakri
Kenali Kumpulan Bebas Melata.
Dalam puisi Sejarah Pulau Sudong, Kamaria Buang menjejaki dan membuka lembaran sejarah yang kurang mendapat perhatian, yakni, sebuah pulau di selatan Singapura. Bincangkan tentang cara sejarah ditulis dan apakah yang boleh dilakukan untuk memastikan sejarah pulau-pulau tidak tenggelam/ diketepikan dalam penulisan sejarah Singapura.
Bincangkan semangat kekitaan yang dirakamkan dalam puisi tersebut.
Fikirkan tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita.
Baca bait puisi berikut:
“KTM Stesen Tanjung Pagar lenyap ditelan arus usia mengenang jasamu tidak pernah jenuh akan selamanya berbingkai di album memori sejarah bekasmu tetap di situ berakhir sudah sebuah epilog”
Tanjong Pagar Railway Station gone swallowed by the sand of time remembering your services never enough remaining always in the sinew of the albums of historical memories your remains remain there the epilogue ends
Diterjemah oleh Fezhah Maznan
Bincangkan bagaimana masyarakat moden seperti Singapura boleh mengekalkan landskap sejarahnya.
Baca bait puisi berikut:
“Di halaman pintu warung duduk seorang wanita tua pada raut wajahnya terpancar ketenangan pilu nan resah menadah tangan mengucap salam mengharapkan pemberian mengisi saku yang kontang dolar dan sen dihulurkan : muflis”
Outside the food stall sits an old woman on her face serendipity reflected reaching out her hands joylessly and uneasily giving greetings hoping for people’s offerings to fill her empty pockets dollars and cents donated : penniless
Diterjemah oleh Liyana Nasyita
Renungkan mesej yang ingin disampaikan dan kongsi pemerhatian peribadi kamu.
Mari Berkarya
Buat kajian tentang salah sebuah pulau milik Singapura dan kongsi sebuah fakta yang menarik tentang pulau tersebut.
Tulis sebuah laporan tentang kehidupan penduduk pulau dan cabaran yang dihadapi dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di kota Singapura.
Soalan Tambahan
Perbincangan bersama teman-teman:
1. Siapakah penulis perintis yang kamu minati? Mengapa?
2. Pada pendapat kamu, adakah penulis perintis yang dipamerkan kali ini berjaya mencapai objektif/ tujuan mereka menulis sebuah karya?
3. Nyatakan cabaran yang mungkin perlu dihadapi oleh penulis perintis dalam usaha mereka menyampaikan sesuatu mesej penting kepada masyarakat?
4. Sekiranya kamu berpeluang untuk menghasilkan karya sastera, apakah mesej yang ingin kamu sampaikan? Mengapa?