1 minute read
Way Forward
Dengan berakhirnya pelaksanaan POC Wireless Bridging System oleh pihak ASM dan UTHM, kini pihak MOSTI dalam peringkat cadangan untuk memperluaskan sistem ini di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi meningkatkan capaian internet untuk golongan yang ketinggalan dan terbatas. Antara kawasan cadangan pihak MOSTI adalah kawasan perkampungan orang asli dan kawasan pedalaman di negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak yang mempunyai masalah liputan internet. Selain itu, kerjasama dan komitmen diantara agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan industri sedia ada penting bagi memastikan penyelesaian teknikal sistem ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Sebagai alternatif, kerjasama bersama perusahaan sosial dan lokaliti kawasan boleh diwujudkan untuk memberikan penyelesaian untuk meluaskan pencapaian internet di kawasan luar bandar di mana keuntungan daripada perkhidmatan internet yang disediakan akan dilaburkan semula untuk melancarkan perkhidmatan ke semua kawasan luar bandar.