Jurnal TS25 N9

Page 1

JURNAL AMALAN TERBAIK, PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2017

TAJUK : The Giant Table Challenge dalam Pembelajaran Abad ke 21 Bagi Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 6 Bijak dalam Tatabahasa Bahasa Inggeris PENGENALAN : Pembelajaran Abad ke 21 bertujuan untuk melahirkan murid yang celik dalam pelbagai aspek. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti berupaya menghubungkait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling, yakin untuk berkomunikasi, berani mengambil risiko untuk belajar, bijak dan kreatif menjana idea, berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi dan mampu untuk berkerja dengan orang lain. Oleh itu, murid 6 Bijak bersedia untuk mengaplikasikan satu amalan terbaik di mana murid belajar secara kumpulan dan berkerjasama menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah. PERNYATAAN MASALAH: Masalah yang dihadapi oleh murid tahun 6 Bijak adalah membezakan singular verb dan plural verb dalam tatabahasa Subject-Verb Agreement. Mereka akan menghadapi masalah dalam membina ayat dan membina satu karangan yang lengkap. Mereka juga akan kehilangan banyak markah dalam menulis karangan bagi Kertas Bahasa Inggeris Penulisan UPSR kerana kesalahan tatabahasa adalah kesalahan major dalam penandaan. Bagi mengatasi masalah tersebut, selaras dengan Pembelajaran Abad ke 21, murid tahun 6 Bijak akan mengaplikasikan satu amalan terbaik yang dapat mengatasi masalah membezakan singular verb dan plural verb dengan permainan The Giant Table Challenge. PERBINCANGAN: Permainan The Giant Table Challenge adalah berpusatkan murid dan dimainkan dalam kumpulan kecil. Jadual besar dibentuk di atas lantai dan dilabelkan setiap baris dan lajur sebagai panduan untuk murid. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan terdiri daripada murid lemah dan pintar selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke 21 yang memerlukan murid berkolabratif dan berkomunikasi antara meraka. Guru bertindak sebagai fasilitator dengan memberi panduan cara permainan dimainkan dan menetapkan peraturan permainan supaya murid boleh bermain sambil belajar. Setiap pusingan permainan melibatkan 2 kumpulan sebagai pemain dan lawan. Lawan menetapkan Subject manakala pemain akan memikirkan Verb yang sesuai untuk Subject tersebut dan seterusnya membina ayat. Pemikiran kritis murid di dalam kumpulan diuji apabila mereka berkerjasama membina ayat. Setiap kumpulan yang berjaya membina ayat ringkas dengan tepat akan diberi mata. Mata terbanyak adalah pemenang dan diberi ganjaran di Sudut Ganjaran dalam kelas. Bagi mengetahui keberkesanan amalan terbaik ini, guru melaksanakan satu intervensi dengan menjalankan Ujian Pre-Test dan Post-Test. Keputusan ujian dibandingkan dan peratus peningkatan dicatatkan. Contoh analisis data Ujian Pre-Test dan Post-Test murid Tahun 6 Bijak melalui amalan terbaik The Giant Table Challenge: Komponen

Ujian Pre-Test

Ujian Post-Test

Peningkatan (%)

Singular Verb

47.9 %

56.3%

8.4%

Plural Verb

70.1%

76.8%

6.7%

Oleh: Puan Zuraidah binti Mat Sah Guru Bahasa Inggeris SK (Felda) Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan


SK Serting Hilir 2 (F), Jempol, Negeri Sembilan JURNAL AMALAN TERBAIK PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR 2 (FELDA) PENGENALAN:

MAKLUMAT SEKOLAH

AMALAN TERBAIK

PENYATAAN MASALAH: Berdasarkan dapatan pelaksanaan Learning Walk, kami dapati guru-guru kurang berkemahiran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Fokus Learning Walk seperti interaksi murid dalam kumpulan, interaksi murid dengan bahan, penglibatan murid dalam Pdpc dan hasil kerja murid menunjukkan guru-guru perlu menambah baik kemahiran pedagogi mereka menggunakan aplikasi dan teknologi terkini untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Walaubagaimanapun, masalah ini sentiasa di atasi dan ditambah baik dari semasa ke semasa dan kerjasama antara guru sangat baik untuk memantapkan lagi kemahiran pedagogi mereka. INTERVENSI:


SK Serting Hilir 2 (F), Jempol, Negeri Sembilan

En. Ahmad Sadini memberikan penerangan kepada guru tentang Plickers, yang merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan untuk murid.

En. Faisal Farish memberikan penerangan kepada guru tentang Padlet dan Blendspace yang merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan untuk murid.

Pn. Shamsuriah menjalankan Pdpc Bahasa Inggeris di kelas 1 Arif dan guru-guru Panitia Bahasa Inggeris menjalankan sesi Learning Walk fokus kepada interaksi murid dengan bahan.

Sesi Learning Walk menggunakan Google Form Panitia Bahasa Melayu berfokuskan Interaksi murid dengan kumpulan.




TAJUK : PROGRAM 30 MINIT LINUS SK TELOK KEMANG 2017



PENGENALAN : Pendedahan Awal Pembelajaran Abad ke- 21 bertujuan menyediakan murid dengan kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif selaras dengan perkembangan Program Transformasi Sekolah. Murid-murid menerima pendedahan awal Pembelajaran Abad ke 21 seawal dari alam prasekolah lagi. Tidak terkecuali murid-murid LINUS turut diterapkan dengan cara pembelajaran Abad ke- 21 bagi menyemai minat belajar disamping memudahkan kefahaman dalam meningkatkan tahap pengusaan murid-murid LINUS. Murid dilatih tubi agar mampu mengaplikasikan satu aktiviti amalan terbaik yang mudah di mana murid dapat belajar secara berkumpulan dan bekerjasama di antara satu sama lain. Program ini dijalankan setiap hari Selasa (Literasi Bahasa Melayu),Rabu (Numerasi) dan Khamis (Literasi Bahasa Inggeris) selama 30 minit setelah sesi persekolahan biasa tamat. Ianya melibatkan murid –murid kelas 1 UPM,1USM,2UPM,2USM,3UPM dan 3USM.

PENYATAAN MASALAH : Masalah yang dihadapi oleh murid-murid LINUS adalah kurangnya minat belajar selain kurangnya tumpuan terhadap pelajaran di dalam bilik darjah. PERBINCANGAN: Amalan terbaik menggunakan gambar-gambar yang menarik dan kad-kad imbasan selain latih tubi bacaan ringkas dan membina ayat dibuat disepanjang program 30 minit LINUS ini dijalankan. Tujuan utamanya adalah untuk menyemai minat belajar dalam diri murid selain mengikis persepsi negatif murid bahawa proses pembelajaran dan pelajaran adalah membosankan dan sukar. Dalam program ini murid lebih didekati dan diajar secara lebih santai dalam cara penyampaian yang tidak membebankan sepertimana sesi pembelajaran lazimnya. Murid juga didorong agar lebih yakin diri untuk kehadapan dan berkongsi ilmu dan hasil pelajaran yang mereka dapat pada sesi 30 minit tersebut. Komponen

Ujian Pra (%)

Ujian Pos(%)

Kemahiran Penguasaan Membaca Tahap Keyakinan Diri Murid

50 60

70 75

Peningkatan (%) 20 15

Oleh : Pn. Nur Azimah Shahirah Abdullah Guru Penyelaras LINUS SK Telok Kemang

SK Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan


TAJUK : Persekitaran Pembelajaran Membantu Meningkatkan Kehadiran Murid di SMK Dato’ Shahardin, Labu, Negeri Sembilan PENGENALAN : Sekolah Menengah Dato’ Shahardin mula beroperasi sejak tahun 1980. Sekolah ini telah mengalami pelbagai perubahan seperti pertambahan bangunan baru, prasarana dan infrastruktur. Seiring dengan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21, persekitaran pembelajaran sedia ada juga perlu berubah. Melalui perubahan persekitaran pembelajaran, didapati bahawa perubahan ini mampu membantu meningkatkan kehadiran murid dan mencipta iklim belajar yang kondusif bagi menggalakkan pelibatan murid sewaktu PdPc. PENYATAAN MASALAH : Peratus kehadiran murid ke sekolah ini berada di tahap yang membimbangkan. Pada tahun 2015, peratus kehadiran semakin menurun daripada 93.4 pada bulan Januari 2015 kepada 85.8 pada bulan Oktober 2015. Justeru itu, pihak pengurusan sekolah berganding bahu dengan barisan jurulatih utama sekolah atau dipanggil coaches mencari jalan penyelesaian. Hasil persetujuan bersama, persekitaran pembelajaran yang lebih baik perlu diwujudkan supaya mampu menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. PERBINCANGAN: Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan adalah antara aspek penting bagi memastikan sesuatu program itu berjaya mencapai objektifnya. Jadual 1 menunjukkan tempoh masa program dan aktiviti yang telah dilaksanakan. Bil

Program/Aktiviti

2015

Objektif

Sept

1

Mesyuarat Coaches dan Pengurusan Sekolah

Menentukan titik permulaan

2

Learning Walk : Kebersihan kelas PdPc

3

Taklimat & Persediaan Kelas PdPc

4

Gotong Royong Persediaan Kelas PdPc

5

Pertandingan Keceriaan Kelas PdPc

6

Gotong Royong Keceriaan Kelas & Melukis Mural

Memastikan kelas bersih Menyediakan kelas bagi sesi 2016 Memastikan elemen kelas abad21 telah ada Memberi penghargaan kepada guru & murid Mewujudkan suasana kondusif

7

Projek 2 Pasu Bunga 1 Kelas PdPc

Menambah baik keceriaan

8

Frog Classroom Make Over Program

Menyediakan bilik Frog VLE

9

Learning Walk : Pemantauan kelas abad ke-21

Memastikan kelas PdPc telah lengkap

Okt

2016 Nov

Jan

Mac

2017

Jul

Nov

Jan

Feb

Jadual 1: Program dan aktiviti yang telah dilaksanakan Rajah 1 pula menunjukkan peningkatan peratus kehadiran dari tahun 2015 hingga 2016. Hasil dapatan juga mendapati peratus kehadiran sangat baik semasa aktiviti yang melibatkan murid dijalankan. 95.0 90.0 85.0 80.0 75.0 2014

JAN 84.0

FEB 83.0

MAC 84.5

APR 81.4

MEI 77.8

JUN 79.0

JULAI 77.0

OGOS 78.6

SEPT 76.4

OKT 79.5

2015

93.4

89.2

89.5

86.6

87.4

82.9

87.1

85.1

83.8

85.8

2016

93.6

89.7

90.3

87.8

90.3

84.1

87.1

89.8

87.2

87.0

Rajah 1: Graf perbandingan kehadiran dari tahun 2015 hingga 2016 Persekitaran Sekolah (Sebelum) Persekitaran Sekolah (Selepas)

Oleh : Noorsham Usman, Pengetua SMK Dato’ Shahardin, Labu. Negeri Sembilan


TOPIC : Highly Immersive Programme and Problem Based Learning in a Transformational School, Sekolah Menengah SMK Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Introduction : Highly immersive programme is intended to expose students to learn English through the environment they are in. The main intention is to let students communicate in English without the fear of being judged wrong. Students will be in a non-threatening surrounding where they will be exposed to the language all around them. Problem based learning is where students learn to solve their problems and learn through it. Students learn better when they are able to know their problems and attempt to solve it or overcome it. Problem statement: Students in SMK Senaling are finding it a very difficult and impossible task to speak in English. Students are mostly shy and feel a sense of low self-esteem to use the language confidently. This is because they are raised in an environment where they do not use the language in their everyday life. Thus, students tend to learn the language for examination purposes only. This is not the right method to master the language. It will be a problem especially when students get into varsity and into the work force. Discussion: In order to overcome this problem, we the English teachers together with the administration of the school have implemented the Highly Immersive Programme and Problem Based Learning. Students will get ample of opportunities to learn and use the language. In an environment where people speak and communicate in English, students will not only be exposed to the language but they will have to comprehend and use English. They would learn English in a fun manner. Problem based learning will also ensure the same thing where students do not have a choice but to use the language to do their research and complete their task assigned. In these ways, students are able to improve their command of the language. The activities that we have carried out under HIP programme are assemblies conducted in English once a month, the Speaking English Everyday programme and project based work where students do the research and come up with a complete project on their own. Attachment:

CHORAL SPEAKING

WORD SEARCH SMK Senaling Kuala Pilah, Negeri Sembilan

SPELLING BEE

DIORAMA PROJECT

SCRABBLE GAME

Prepared by: English Language Panel of SMK Senaling, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

NEWS PRESENTER / PUBLIC SPEAKING


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.