Minit mesyuarat pst bil 1 2017

Page 1

MINIT MESYUARAT PENYELARSAN PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI BIL.1 / 2017 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN Tarikh Tempat Masa

: 19/01/2016 (Khamis) : Balai Seri Budi, JPNS : 08.30 pg – 01.00 ptg

KEHADIRAN 1. Pn Maznah Binti Abu Bakar ( Ketua Sektor ) – Pengerusi Mesyuarat 2. En Moskaya Kama Bin Mohamed – Ketua Unit Jaminan Kualiti 3. En.Basri Bin Hj.Sahlan – Unit Jaminan Kualiti 4. Pn.Noraini Binti Md.Din – PPD Seremban 5. Pn.Faizahanim Binti Ya’amah – PPD Port Dickson 6. En.Nor Hafeizzal Bin Salim – PPD Jempol & Jelebu 7. Pn.Nan Ayu Norhafidzah Binti Megat Laksana – PPD Tampin 8. Hjh.Jamaliah Binti Hashim – IPGRM 9. Dr.Farah Binti Mukhtar @ Mohd Yunus - IPGRM 10. En.Elmy Azizan Bin Abul Aziz – SMK Senaling 11. En.Alias Bin Abdul Samad – SMK Serting Hilir Kompleks 12. Pn.Reha Binti Masngadi – SMK Datuk Hj.Abdul Samad 13. Pn.Siti Aisyah Sandra Binti Abdullah – SMK Gemas 14. Ust.Halue Bin Tahir – SK Serting Hilir 2 (F) 15. En.Basri Bin Yusof – SK Bukit Jalor (F) 16. Pn.Fuziah Binti Mohd Nor – SK Telok Kemang 17. En.Kamarudin Bin Hj.Said – SK Pusat Juasseh 18. En.Ravi A/L Peruman – SJKT Ldg.Seremban 19. Pn.Rozita Binti Razak – SMK Dato’ Shahardin 1.

Ucapan Aluan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran memaklumkan beberapa perkara iaitu:-

semua ahli

mesyuarat kali pertama dan

1.1 Mengucapkan tahniah untuk kerja buat pegawai, guru dan rakan ELIT dalam memberi impak untuk PST di Negeri Sembilan. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah PST di atas kejayaan yang cemerlang pada Tahun 2016. 1.3 Keikhlasan PGB sebagai pentadbir perlu dikekalkan agar tidak merasa terbeban dalam mengurus sekolah, memandangkan perubahan berkaitan pendidikan pada masa kini terlalu pantas dan perlu diikuti perkembangannya. 1.4 PST mempunyai lima(5) ciri yang perlu dititikberatkan oleh semua PGB di sekolah. 1.5 Bagi melihat sejauh mana PdP abad 21 dilaksanakan , program lawatan Pengarah Pendidikan ke sekolah-sekolah terpilih akan dilaksanakan untuk melihat PdP guru lebih sistematik dan berkesan berdasarkan DSKP.

Tindakan : Makluman 1


2.

Pengesahan Minit Mesyuarat - Tiada

3.

Perkara Berbangkit 3.1 Latihan PST Kohort 2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa latihan PST berpusat mengikut zon akan dilaksanakan oleh KPM mulai bulan Mac 2017 yang diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Semua PGB PST kohort 2 akan dipanggil untuk mengikuti latihan ini. Tindakan : Makluman 3.2 Pasukan Bimbingan Pelajar – Kumpulan Pendeta dan Akhbar Utusan Pelajar Bagi memperkasakan pengurusan PST, pihak JPNS akan cuba mendapatkan dana untuk melaksanakan program bimbingan dari Kumpulan Pelajar Pendeta dan bahan bacaan dari Akhbar Utusan Pelajar. Semua sekolah PST kohort 1 dan 2 perlu menghantar bilangan murid keseluruhan ke Sektor Jaminan Kualiti bagi tujuan agihan peruntukan. Tindakan : Unit Jaminan Kualiti 3.3 Lawatan Sekolah PST Kohort 2 ke Sekolah PST Kohort 1 Pengerusi memutuskan agar sekolah PST kohort 2 mengadakan lawatan ke sekolah PST kohort 1 bagi melihat sistem pengurusan dan amalan baik PST di sekolah. Lawatan yang dilakukan boleh merentas daerah, dan surat rasmi lawatan ini akan dikeluarkan oleh JPNS. Tindakan : Unit Jaminan Kualiti 4. Pembentangan Pelaporan - Tiada 5. Hal-hal Lain 5.1

Bantuan dan Sokongan Berterusan

Pengerusi menyatakan persekitaran sekolah yang kondusif akan membolehkan ciriciri PST dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, sokongan dan bantuan berterusan akan diberikan oleh pihak PPD dan JPN kepada sekolah PST di Negeri Sembilan. Satu siri lawatan akan diadakan oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti di SK Pusat Juasseh. Tindakan : Unit Jaminan Kualiti 2


5.2

Amalan Baik Sekolah PST Kohort 1

Mesyuarat dimaklumkan dengan pelaksanaan amalan baik di sekolah membolehkan program dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Contohnya program jalinan bersama pihak luar, penglibatan komuniti setempat, aktiviti “Learning Walk� yang berstruktur dan sebagainya.

Tindakan : Makluman 5.3 Giliran Tempat Mesyuarat Pengurusan PST Mesyuarat mengambil maklum tentang giliran tempat mesyuarat PST supaya digilirkan mengikut sekolah-sekolah PST dengan bertujuan boleh melihat perkembangan dan hala tuju sekolah berkenaan. Tindakan : Unit Jaminan Kualiti 5.4 Bahan Pembentangan PST Untuk Mesyuarat KPM Bersama JPN Mesyuarat memutuskan supaya semua pegawai meja PST di PPD mengumpul dan menyelaraskan laporan dari sekolah-sekolah PST kohort 1 mengikut format yang diberikan dan dihantar ke JPNS bagi tujuan pembentangan semasa mesyuarat KPM bersama JPN. Tindakan : Pegawai Meja PST Daerah 6

Penutup 6.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana semua ahli mesyuarat dapat menyumbangkan idea. 6.2 Pengerusi berharap agar apa yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar demi kecemerlangan pendidikan di Negeri Sembilan. Mesyuarat ditangguh pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh: Urus Setia Mesyuarat Pengurusan PST Unit Jaminan Kualiti Tarikh: 23 Januari 2017

3


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.