mesyuarat kurikulum

Page 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA (4) JALAN DATARAN UTAMA, PETALING JAYA.

SELAMAT DATANG

2011

27 Disember 2012


AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengetua 2. Perkara-perkara baharu 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Pengurusan Panitia Matapelajaran Pengurusan Peperiksaan Sekolah Analisis Peperiksaan , Post Mortem dan Penetapan Sasaran. Program Peningkatan Akademik Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Latihan Dalam Perkhidmatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

3. Hal-hal lain.


Masa instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.


Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen penting dalam tugas kepimpinan instruksional seorang pentadbir sekolah. Pihak pentadbir sekolah khasnya Guru Besar dan Pengetua perlulah memahami sepenuhnya supaya. “GURU MENGAJAR, MURID BELAJAR�


Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah dan memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif.


Melindungi masa instruksional bermaksud untuk mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna/pembelajaran berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru.


Pengetua/Guru Besar dan Guru perlu mengutamakan pelaksanaan tugas hakiki dan tanggungjawab di sekolah.

Pengetua/Guru Besar perlu berada di sekolah Guru perlu berada di sekolah Semua surat panggilan mesyuarat/kursus/bengkel hendaklah mendapat persetujuan Ketua Jabatan Dicadangkan aktiviti murid perlu dilaksanakan tanpa mengganggu PDP


Implikasi MMI di sekolah •Waktu PdP ada guru •PdP berkesan dilaksanakan. •Ketepatan masa guru di kelas. •Setiap waktu ada PdP walaupun pada waktu relief. •Tidak ada gangguan aktiviti lain pada waktu PdP.


Pengurusan Panitia Mata Pelajaran 1. Semua ketetapan pelaksanaan kurikulum oleh Panitia Mata Pelajaran perlu berpandukan SPI Bil 4/1986 dan SPSK.


SPI Bil.4/1986, 13 Mac 1986 Panitia Mata Pelajaran Tujuan: • Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan PdP. • Mendapatkan strategi pengajaran yang inovatif, yang boleh mendorong kecenderungan murid dalam pembelajaran.

• Memperbaiki prestasi akademik murid. • Kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan akademik.


Peranan Panitia. 1. Panitia merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti PdP 2. Wang bantuan Perkapita (PCG) digunakan secara optimum bagi memastikan sumber pendidikan disediakan dan digunakan bagi meningkatkan kualiti PdP. 3. Perkembangan dan kemajuan mata pelajaran hendaklah dipantau. Gunakan borang PK .(SPSK) 4. Ketua Panitia mengemas kini Laman Panitia Mata Pelajaran dalam program Frog VLE.


PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997 Berkuatkuasa mulai 1 Jan 1998


PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997

Seksyen 18, Subseksyen (2): Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masingmasing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.


PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997

Peraturan-peraturan 3 – 10 perlulah dipatuhi oleh setiap pentadbir sekolah Guru Besar dan Pengetua bagi mempastikan kurikulum dapat dilaksanakan di sekolah secara berkesan.


PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997

Peraturan-peraturan 3 – 10: 3. Kurikulum kebangsaan 4. Bahan kurikulum dan kokurikulum 5. Perubahan jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu


PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997 Peraturan-peraturan 3 – 10: 6. Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk pemeriksaan 7. Menyediakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid untuk pemeriksaan


PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997 Peraturan-peraturan 3 – 10: 8. Buku rekod guru 9. Jadual, sukatan pelajaran dsb diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. 10. Jadual waktu perlu dipamerkan


Peraturan 11, subperaturan (1):

Menyatakan guru atau mana-mana orang yang membenarkan guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan (3 bulan) atau kedua-duanya.


Peraturan 11, subperaturan (2): Menyatakan Guru Besar dan Pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6,7,8,9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM500.00 “SETAKAT HARI INI BELUM ADA KES YANG DISABITKAN�


SPI Bil.3/1987, 11 Nov 1987 Penyeliaan dan Pencerapan PdP Tujuan: • Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar • Berkongsi pengetahuan dan pengalaman • Memperkukuh hubungan profesionalisme


SPI Bil.3/1987, 11 Nov 1987

Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

Memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah Guru Besar dan Pengetua sebagai pelaksana utama kurikulum di sekolah Penyeliaan merupakan tugas terpenting Guru Besar dan Pengetua sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah

•Pencerapan menggunakan standard 4 SKPM •Penilaian juga boleh dibuat oleh murid menggunakan borang yang disediakan – MMI dan SPSK


SPI Bil.3/1999, 9 Mac 1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

*

• 2 unsur: • i. Rancangan Pelajaran Tahunan • ii. Rancangan Pelajaran Harian

Guru Besar dan Pengetua perlu memastikan kedua-dua unsur disediakan mengikut prinsip perancangan yang terkini


Pengurusan Peperiksaan Sekolah Analisis PMR 2012 Gred Purata Sekolah 2.32 Analisis Peperiksaan Akhir tahun juga perlu dibincangkan dalam mesyuarat Panitia Mata Pelajaran untuk menilai dan mengkaji TOV calon-calon PMR dan SPM 2013.


Peperiksaan Kendalian Sekolah •Rujuk takwim sekolah. (3 kali sahaja) •Tiada soalan setara •Penilaian Kurikulum 1 Bulan Mac •Tingkatan 3 dan 5 dicadangkan supaya soalan mengikut format sebenar.


Post Mortem dan Penetapan Sasaran •Panitia membuat analisis terperinci ikut mata pelajaran masing-masing. •Panitia perlu membuat post mortem kegagalan mencapai sasaran. •Bincangkan sasaran baru untuk tahun 2013. •Sediakan Headcount – sasaran pencapaian murid setiap mata pelajaran berdasarkan TOV murid.


Hari Terbuka dan Penetapan Sasaran •Tarikh dicadangkan 12 Januari 2013 •Aktiviti dirancang •Perbincangan ibu bapa dengan guru berkaitan keputusan peperiksaan akhir tahun murid. •Menetapkan sasaran setiap murid bagi setiap mata pelajaran. •Taklimat kepada ibu bapa berkaitan PBS, Sarana Ibu Bapa dan Program Frog VLE.


Program Peningkatan Akademik •Bincangkan dalam mesyuarat panitia strategi meningkatkan prestasi akademik. •Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.

•LADAP – Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan •Headcount – mata pelajaran dan murid. •Hari Terbuka dan Penetapan Sasaran •Sarana Ibu Bapa •Melindungi Masa Instruktional


Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa •Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pembelajaran anak-anak. •Untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid. •Maklumat berkaitan Sarana Sekolah boleh dilihat dalam Frog VLE di bahagian ‘dashboard sekolah’ . • Ibu bapa perlu isi borang soal selidik untuk membuat penilaian kendiri berkaitan tahap penglibatan mereka dalam pembelajaran anak-anak. •Dilaksanakan semasa Hari Orientasi, Hari Terbuka dan Mesyuarat Agung PIBG.


Latihan Dalam Perkhidmatan •Rujuk Takwim •Penekanan diberi kepada latihan untuk meningkatkan profesionalisme guru. •Isu SPLG.


Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kursus PBS


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.