Kuiz PD Set A Bab 2b Muka Buku

Page 1

Bab 2b Penyuelesaian Masalah


Soalan 1 Apakah pendekatan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah secara islam? A. pendekatan tauhid B. pendekatan nabi C. pendekatan kitab kitab Allah D. pendekatan Tuhan E. pendekatan secara ghaib


Soalan 2 Apakah cara penyelesaian masalah secara kreatif atau literal? A. terus menggunakan kaedah pertama yang didapati B. mencari sebab dan punca masalah C. tidak bersifat defensif terhadap masalah itu D. biasakan diri dengan tabiat sengaja mencari-cari masalah E. mengenal pasti masalah


Soalan 3 Apakah proses menyelesaikan masalah yang keempat? A. memahami masalah B. meneroka pilihan-pilihan penyelesaian C. menyedari masalah D. meninjau kesan akibat pilihan E. memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian


Soalan 4 Berikut merupakan cara menyelesaikan masalah secara logik melibatkan proses rasional-deduktif menurut Abdul Rahman(2002) KECUALI: A. mengenal pasti dan memahami premis masalah B. membuat kesimpulan tentang kesan pelaksanaannya C. memahami sesuatu fakta dengan jelas dan betul D. menilai cara-cara menyelesaikan masalah E. mencari sebab dan punca masalah


Soalan 5 Robertson (2001), menyatakan terdapat beberapa kategori masalah yang ia boleh dikenal pasti dengan melihat kepada kaedah penyelesaiannya. Antara berikut kategori yang dinyatakan beliau kecuali : A. kecondongan ilmu B. kaya ilmu C. kecondongan semantik D. kaya semantik E. maklumat yang tersedia


Soalan 6 Susun proses menyelesaikan masalah berikut : 1. menyedari masalah 2. memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian 3. meneroka pilihan-pilihan penyelesaian 4. memahami masalah 5. meninjau kesan akibat pilihan A. 1,2,3,4,5 B. 1,4,3,5,2 C. 1,3,2,5,4 D. 1,4,3,2,5 E. 2,4,5,1,3


Soalan 7 Penyelesaian masalah secara saintifik merupakan salah satu bentuk-bentuk penyelesaian masalah. Apakah bentuk-bentuk penyelesaian masalah yang lain? A. penyelesaian masalah secara individu B. penyelesaian masalah secara radikal C. penyelesaian masalah melalui rohani D. penyelesaian masalah secara kumpulan E. penyelesaian masalah melalui pengetahuan


Soalan 8 Yang berikut merupakan strategi penyelesaian masalah kecuali.. A. Algoritma B. Heuristik C. Submatlamat (subgoals) D. Pragmatik


Soalan 9 Berikut adalah contoh cara pengumpulan data kecuali: A. ujikaji B. kajian kes C. kertas kerja D. soal selidik


Soalan 10 Berikut adalah faedah atau input yang boleh dapat apabila menyelesaikan masalah secara saintifik kecuali: A.boleh mempelajari sejarah dan sastera B.boleh mengkaji masyarakat ataupun kerajaan C.boleh mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi D.boleh kawal emosi


Soalan 11 Dari segi sejarah, ilmu logik muncul sebagai reaksi terhadap kekacauan fikiran golongan Sophist yang membawa belia Yunani ke arah keruntuhan. Bentuk penyelesaian masalah secara logik masih mempunyai kelemahan iaitu A. seseorang mampu mengenal pasti punca masalah B. punca sebenar dapat diketahui serta merta C. kemampuan terbatas di alam fizik dan semulajadi D. kesimpulan masalah sukar dicapai E. persoalan timbul dalam penyelesaian masalah


Bab 2b Soalan Bab Ini Disumbangkan Oleh

Kumpulan MUKA BUKU Terima kasih


Penghargaan Soalan Disumbangkan Oleh KUMPULAN MUKA BUKU Nurshahfinaz binti Abdullah Nurin Afiqah binti Zairul Azman Shuaiba binti Samad Mastura binti Mahmud Nazierah Binti Nazaruddin Sakinah binti Sharifuddin Noor Hamizah binti Mohd Nawi Nurjanna binti Nurdin


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.