Bab 1b Bentuk-bentuk Komunikasi
Soalan 1 Zaki sedang melakukan pembentangan mengenai tumbuhan kepada rakan kelas dan juga pensyarahnya. Berdasarkan situasi tersebut apakah bentuk komunikasi yang dilakukan oleh Zaki? A. Komunikasi Silang Budaya B. Komunikasi Awam C. Komunikasi Intrapersonal D. Komunikasi Psikologi E. Komunikasi Interpersonal
Soalan 2 Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri komunikasi berkumpulan? I. Saiz kumpulan yang sesuai II. Peranan Ahli V. Kawasan yang kondusif VI. Kesepakatan A. I dan II sahaja B. I, II dan III C. I,II dan IV D. I dan IV E. Semua di atas
Soalan 3 Bedah merupakan pelajar tahun 3 fakulti sains dan teknologi, beliau ingin menulis tesis berkenaan polimer. Antara berikut yang manakah laras bahasa yang sesuai digunakan bagi tujuan tersebut? A. Laras Umum B. Laras Agama C. Laras Undang-Undang D. Laras Ilmiah E. Laras Sastera
Soalan 4 Halangan sikap penerima adalah contoh halangan dalam komunikasi, antara situasi berikut yang manakah menggambarkan halangan diatas? A. Saiful berbahasa kelantan apabila berbicara dengan Hadi yang berbahasa indonesia. B. Pelajar membuat bising ketika guru sedang mengajar C. Ketua kumpulan yang tidak mahu menerima pendapat ahli kumpulan yang lain D. Magnesia menggunakan ‘emoticon’ dalam pesanan ringkasnya. E. Anis membuat tutorial semasa Amy melakukan pembentangan.
Soalan 5 Kesan etnosentrisme adalah kecenderungan melihat bangsanya sendiri lebih baik berbanding bangsa lain. Antara berikut yang manakah penjelasan terhadap pernyataan diatas? A. Beranggapan negatif terhadap bangsa lain. B. Berfikiran bahawa orang cina pandai dalam pelajaran. C. Perbezaan linguistik yang ketara. D. Mencium pipi tanda menghormati tetamu oleh masyarakat barat. E. Memandang remeh terhadap amalan membuka kasut diluar rumah.
Soalan 6 Komunikasi awam melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak. Ucapan seorang Perdana Menteri boleh diklasifikasikan sebagai jenis pengucapan awam? A. Ucapan Spontan B. Ucapan Ekstemporan C. Ucapan Hafalan D. Ucapan Manuskrip E. Ucapan Formal
Soalan 7 Arah aliran komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, komunikasi mendatar, komunikasi atas bawah dan _____________. A. Komunikasi kiri kanan B. Komunikasi bawah atas C. Komunikasi menaik D. Komunikasi depan belakang E. Komunikasi turun naik
Soalan 8 Penggunaan Twitter, Facebook, Youtube dan Instagram merupakan kaedah komunikasi alaf ini. Apakah bentuk komunikasi diatas? A. Komunikasi berasaskan teknologi. B. Komunikasi berasaskan lisan. C. Komunikasi berasaskan jaringan sosial. D. Komunikasi interface E. Komunikasi globalisasi.
Soalan 9 Antara berikut yang manakah merupakan unsur pendengar atentif? I. Si pendengar mengajukan soalan II. Mengulang pernyataan III. Angguk kepala tanda faham IV. Tidak menyampuk A. B. C. D. E.
I dan II I dan III I,II dan IV Semua diatas I,II dan III
Soalan 10 Fungsi psikologi untuk membentang, meneliti , mentafsir dan mengoperasikan terhadap maklumat, mesej atau pengalaman. Ciri-ciri diatas merupakan ciri komunikasi _________ A. Komunikasi Silang Budaya B. Komunikasi Awam C. Komunikasi Intrapersonal D. Komunikasi Interpersonal E. Komunikasi Teknologi
Bab 1a Soalan Bab Ini Disumbangkan Oleh
Kumpulan Varia-C Terima kasih
Penghargaan Soalan Disumbangkan Oleh KUMPULAN Varia-C Edleen Amani Abd Halim Mohd Azman Kholid Wan Anisa Shahida Zainal Mohd Saifulbasri Rusli Fatin Anis Azzahra Kamarudin Muhammad Syafiq Haiqal Shafie Nurul Amirah Mohd Arif Leow Mohd Fairoz Aflin Roslan Nur Balqish Abdul Manap Abdul Hadi Mohamad Shokri