eBuku MyPantun

Page 1


Terima Kasih kerana pembelian eBuku MyPantun

Assallammuallaikom dan salam sejahtera kepada anda yang saya hormati, terima kasih kerana pembelian eBuku MyPantun ini saya amat menghargai sambutan anda terhadap eBuku ini.

Tujuan dan matlamat saya mengarang dan menerbitkan eBuku ini adalah atas tiga sebab, pertama adalah kerana ingin bersama penggiat seni yang lain dalam usaha mengembangkan kesenian pantun Melayu ke seluruh pelusuk dunia

amnya dan di seluruh kawasan yang penduduknya berbahasa Melayu khasnya di Nusantara atau kepulauan Melayu.

Tujuan saya yang kedua, adalah memanfaatkan bakat anugerah Allah yang sejak lama dulu tetapi saya tidak dapat mengambil peluang ini sejak sekian

lama kerana sibuk dengan tugas-tugas seharian yang menghalang saya dari mengarang pantun-pantun dan menerbitkannya dalam bentuk eBuku ini.

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 2)


Yang ketiga, adalah kerana saya ingin mengambil peluang atas kelebihan dan kemudahan IT dan internet yang memberi saya ruang untuk memasarkan

karangan saya dengan cara yang lebih mudah dan tidak banyak kerenah dari segi percetakan dan lain-lain kerja berkaitan.

Untuk supaya lebih meluaskan pembaca di kalangan bangsa lain atau mereka yang tidak faham bahasa melayu maka eBuku MyPantun ini juga akan saya terbitkan dalam bahasa inggeris sebagai tambahan supaya lebih meluas

pembacaannya di kalangan bangsa lain, selain itu saya sedang menyiapkan

audio pantun-pantun berkenaan sebagai bahan tambah nilai (yang akan saya umumkan kepada anda melalui email yang boleh dimuat turun dengan sedikit bayaran) untuk memudahkan anda mendengar pantun-pantun sambil memandu atau lain-lain urusan, insyaAllah. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sokongan anda dengan membeli eBuku MyPantun ini dan tahniah kerana memiliki eBuku ini. wassallammuallaikom. BJ Muhammad

www.mypantun.tk 19 Safar 1434 (1 Jan. 2013)

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 3)


Hakcipta MyPantun (BJ Muhammad)1434/2013@Semua isi kandungan eBuku MyPantun adalah terpelihara dan tidak dibenarkan mengulang cetak, menyalin, menampal dan menggunakannya untuk sebarang tujuan selain untuk pembacaan kecuali dengan izin dari pengarang. Perhatian: eBuku Mypantun dalam bahasa Inggeris dan dalam bentuk persembahan audio akan terbit tidak lama lagi dengan izin Allah SWT InsyaAllah saya akan umumkan kepada anda apabila telah siap untuk diedarkan! TUNGGUU.. Sebarang cadangan yang bernas dialu-alukan, sila layari www.mypantun.tk atau emailkan ke mypantun@gmail.com terima kasih.

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 4)


Masa berkasih berperi-peri Budi tak kira idaman hati Terima kasih saudara saudari Sudi membeli eBuku ini Masa berkasih berperi-peri Membeli membaca jadi budaya Terima kasih sekali lagi Budi semua tidak saya lupa Tanam selasih baja ditaburkan Betapa kerap tekun memerhati Terima kasih saya hulurkan Kerana menatap ebuku pantun ini Salam sejahtera dari saya Sekian kali bersua kita Pelbagai pantun ada disedia Harap memberi faedah itu dicita

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 5)


Isi Kandungan MyPantun

Pengenalan Pantun Pembukaan Pantun 1Akidah Soal Jawab Pantun1Akidah Pantun 1Malaysia Soal Jawab Pantun 1Malaysia Pantun Ala Mamak Soal Jawab Pantun Ala Mamak Pantun Andartu Soal Jawab Pantun Andartu Pantun Boleh Tahan Soal Jawab Pantun Boleh Tahan Pantun Bujang Sama Bujang Soal Jawab Pantun Bujang Sama Bujang Pantun Bujang Terlajak Soal Jawab Pantun Bujang Terlajak Pantun Duda Soal Jawab Pantun Duda Pantun IT Dan Multimedia Soal Jawab Pantun IT Dan Multimedia Pantun Janda Soal Jawab Pantun Janda Pantun Kahwin Jangan Tak Kahwin Soal Jawab Pantun Kahwin Jangan Tak Kahwin Pantun Kahwin Tak Jadi Soal Jawab Pantun Kahwin Tak Jadi Pantun Keluarga Soal Jawab Pantun Keluarga

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 6)

Muka Surat

2-4 5 8-24 25 26-41 42 43-45 46 47-49 50 51-53 54 55-57 58 59-61 62 63-65 66 67-69 70 71-73 74 75-77 78 79-81 82 83-92 93


Pantun Latah Soal Jawab Pantun Latah Pantun Lawak Selamba Pantun Luahan Soal Jawab Pantun Luahan Pantun Nak Lagi Soal Jawab Pantun Nak Lagi Pantun Paradigma Soal Jawab Pantun Paradigma Pantun Pendatang Soal Jawab Pantun Pendatang Pantun Pengantin Soal Jawab Pantun Pengantin Pantun Remaja Soal Jawab Pantun Remaja Pantun Teka Teki Dan Jawapannya Pantun Uda Dan Dara Soal Jawab Pantun Uda Dan Dara Berbalas Pantun Penutup

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 7)

94-96 97 98-108 109-112 113 114-118 119 120-122 123 124-126 127 128-131 132 133-135 136 137-138 139-143 144 145 146-147


Pantun 1Akidah Lantun melantun kian kemari Tertiarap terngadah itulah padah Pantun memantun kita di ini Harap biarlah memberi faedah

Lantun melantun kian kemari Santun Bedah suri agama Pantun memantun kita di sini Pantun 1akidah semuga berguna

Lantun melantun kian kemari Padah kerana sukar diawasi Pantun memantun kita di sini Akidah kita belajar ulangkaji

Lantun melantun kian kemari Susah terima bungkam melanda Pantun memantun kita di sini Akidah utama dalam agama

Assallammuallaikom Firman Allah SWT yang bermaksud; “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan agama buat mu, Aku telah cukupkan nikmatKu untuk mu dan Aku telah reda Islam menjadi agama kamu� (Al Ma'Idah: 3) Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku ini, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh akan keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamnya, iaitulah al Quran dan sunnahku"(Haji Wida')

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 8)


Pantun 1Akidah PERHATIAN! Sebelum anda membaca perenggan di bawah, sukalah saya nyatakan dengan tegas bahawa bukanlah niat saya untuk mengajar anda bagaimana cara beragama dengan betul tetapi sekadar mengingatkan diri sendiri dan anda mengenai betapa pentingnya kita kembali kepada al Quran dan hadis dan memahaminya sebagaimana pemahaman para sahabat Rasulullah SAW memahami dan mengamalkannya kemudian wajiblah mengajarnya kepada keluarga kita demi untuk keselamatan diri dan keluarga kita di dunia dan akhirat kelak! Pantun 1Akidah saya karang berdasar kepada pengamatan saya melalui al Quran dan hadis dengan corak kehidupan Masyarakat Islam dalam memahami dan melaksanakan tuntutan Allah SWT dan RasulNya supaya Umat Islam berpegang teguh seteguh-teguhnya kepada kedua-dua al Quran dan hadis dalam perkara yang amat penting yang wajib kita beri tumpuan kepadanya iaitu dalam urusan akidah dan ibadah (terutamanya solat), namun ramai diantara kita yang telah gagal mematuhi perintah tersebut! Saya bukanlah pakar dalam soal hukum hakam agama namun sedikit sebanyak saya cuba membantu para dai kita berdasar kepada pemahaman saya dalam urusan agama terutamanya urusan akidah dan ibadah solat, adalah satu kesalahan yang amat besar di sisi Allah SWT jika saya tidak melaksanakan tanggungjawab menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar bersesuaian dengan kemampuan yang ada pada saya. Dengan tujuan yang amat ikhlas saya ulang amat ikhlas untuk membantu saudara seagama dalam memahami agama dengan cara yang selari dengan al Quran dan hadis Nabi SAW, maka inilah sebab musabab saya mengarang pantun 1Akidah ini. Mudah-mudahan Allah SWT memberi pahala kerana usaha saya dan membantu saya dalam meneruskan usaha yang murni ini dan memberi hidayahNya kepada anda semua supaya kembali kepada al Quran dan menghidupkan semula sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang telah terlalu lama ditinggalkan oleh kebanyakkan umatnya, amin. Wassallammuallaikom Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 9)


Golongan kanan sedikit jumlahnya Yang kiri banyak pula golongannya Amaran Tuhan tidak sedikit jumlahnya Selamat diri sebelum nampak seksaanNya Seribu daya amatlah harus Dalam meredah hutan belantara Tipu daya syaitan amatlah halus Dalam ibadah, ajaran dia ada diguna Perigi sejat angkara lumpurnya Padi tanaman ditampi dan diserah Tinggi darjat kerana ilmunya Menjadi keutamaan di sisi Allah Kayak sampan dan haluan Hebat hanya surut air di hulu Banyak kesilapan dan kekeliruan Akibat hanya menurut tanpa ilmu Hanya saran yang ditulis Merujuk pelan ruang yang tirus Hanya Quran dan hadis Menunjuk jalan yang lurus Harum menghambat itulah diminat Bidadari berseri diharap dapat Sebelum terlambat wajiblah taubat Hindari diri dari azab mudarat

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 10)


Rambai diletak di pelebas jati Dingin sekali di petang ini Ramai yang menyesal lepas mati Ingin kembali tidak berpeluang lagi Tiup api sudahlah lama Mengisar gula supaya sama Hidup ini tidaklah lama Sebentar saja habislah nyawa Marilah buat apa yang diperintahkan Hindar diri dari segala larangan Jadilah hamba Allah bukan hamba syaitan Agar lepas dari kemudaratan dan seksaan Buah kurma di dalam peti Enak dimakan sepanjang hari Ilmu akidah wajib dipelajari Bagi mengelak sesal selepas mati Taatilah amanat Nabi Muhammad Quran Hadis penyelamat dan perisai Marilah kita jadi umat Muhammad Janganlah jadi umat orang ramai Segak bergaya berkain sampin Dari kota menaiki mersedis Supaya sentiasa diri terpimpin Mari kita dekati Quran dan Hadis

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 11)


Madah berhelah bukanlah penyelesaiannya Kerana agama telah tetap sempurna Sudah jelas perintah Allah dan RasulNya Segala bidaah bukanlah hasannah Ramainya kita telah terpasong Merana badan entah bila habis Ramainya manusia telah terpesong Kerana hasutan syaitan dan iblis Alasan atau helah hanya membawa padah Selamanya bidaah tetap tidak berguna Ketegasan Allah dalam surah Al Ma'idah AgamaNya telah lengkap dan sempurna Acara sudah Najib hadiri Titah perintah Sultan negeri Cara ibadah wajib dipelajari Itulah perintah dari Nabi dikasihi Berita semasa sudahlah tamat Ramalan cuaca sudah dilihat Harta dunia bukanlah penyelamat Amalan yang soleh bekal akhirat Kesopanan dan kesusilaan wajib ada Supaya mudah melambangkan jati diri Keimanan dan ketaatan wajib dijaga Kepada Allah kita menghambakan diri

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 12)


Sulaman lawa minta diserah Akan diselia layak didedah Beriman dan bertakwa kepada Allah Amalan mulia banyak faedah Mula bersemangat beraksi ceria Badan berpeluh sukan guna tenaga Hanya satu nikmat dikongsi di dunia Sembilan puluh sembilan penghuni syurga Makanan berserat diidam dan disuka Padi hijauan dan empeng disua Kediaman Akhirat tenteram dan selesa Menjadi igauan kepada kita semua Ikan kerapu dimakan bersama Isinya dikepala dimamah sekerat Jangan tertipu dengan keseronokkan dunia Sehingga terlupa dengan nikmat Akhirat Kurnia Baginda sungguh bererti Umat dicinta sempat diamanati Dunia kita jelajah dan nikmati Akhirat pula tempat kita yang abadi Kalau berkata awas budi pekerti Elaklah dari umpat dan kata nista Walau dosa seluas langit dan bumi Allah pasti mengampunkan kita Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 13)


Sabda Nabi wajiblah ambil berat Bukan hanya alasan dan menduga Semua bidaah adalah sesat Dan semua kesesatan ke neraka Ikut selat banyak yang harap Kerana selat dekat dengan Jambi Cara solat banyak yang silap Kerana bersolat tak ikut perintah Nabi Alasan kebendaan janganlah teruja Telaah dan kaji agar tak tenggelam Urusan keduniaan inilah saja Bidaah ini tidaklah haram Rambai dibeli hanya sekati Berangan pula sudah dijamah Ramai dari kita yang telah mati Dengan membawa akidah yang salah Kuatlah sudah kuat ikatannya Pagar selamat tidak berkarat Taatlah Allah taatlah RasulNya Agar selamat dunia Akhirat Kesan dari akidah terjejas Enggan turuti ajaran Nabi Pesan Nabi sudahlah jelas Quran Hadis dipatuhi diamati Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 14)


Rukun iman enam perkara Rukun Islam lima perkara Wajib dipelajari dan ulangkaji keduanya Tekun dan mendalaminya elak bencana Amalan ibadah tak boleh asal buat saja Mestilah berasas contoh dari Baginda Amaran Allah untuk kita semua Selamatkan diri dan ahli keluarga Asnaf samalah mereka yang susah Seperti mualaf yang disisih keluarga Insaf dan bertaubatlah kepada Allah Pasti Dia menerima dan mengasehi kita Dalam banyak-banyak bertemu Bertemu Abdul Wahid paling lama Dalam banyak-banyak ilmu Ilmu tauhid yang paling utama Dalam banyak-banyak kelisa Kelisa bersisik tidak berpunya Dalam banyak-banyak dosa Dosa syirik tak diampunkanNya Dalam banyak-banyak tumpuan Tumpuan lumba lari sering disertai Dalam banyak-banyak perempuan Perempuan bidadari paling berseri Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 15)


Dalam banyak-banyak kegiatan Mamat lupa hendak bertanya Dalam banyak-banyak kenikmatan Nikmat syurga banyak jumlahnya Dalam banyak-banyak kejayaan Kejayaan menunjuk keluarga amat berharga Dalam banyak-banyak kekayaan dunia Kekayaan penduduk syurga berlipat ganda Dalam banyak-banyak suasana Suasana senja dia paling suka Dalam banyak-banyak istana Istana syurga dibina dari mutiara Perangai dia perangai yang dibenci Mengasak mengadu selalu dilakukannya Sungai syurga sungai yang suci Arak madu dan susu kandungannya Berperi-peri melayani tetamu ulama Dengan perasaan suka dan bangga Berperi-peri mendalami ilmu agama Jangan hanya melihat dan menduga Ibadah pada Allah lakukan sepenuh kudrat Terutama solat lakukan sepenuh hati Perintah Allah utamakan Akhirat Supaya kesenangan dapat dinikmati Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 16)


Berhati-hati menyelami ilmu utama Membawa budak asal bersama-samanya Berhati-hati mendalami ilmu agama Supaya tidak menyesal selama-lamanya Perintah wajib takutkan azab Allah Senantiasa berdoa untuk hindarinya Senantiasalah kerjakan amal yang soleh Agar mendapat ampunan dariNya Ambil Quran dan ambil hadis Firman Allah dan sabda Rasul Ambil pelajaran ambil bertulis Bertemanlah nescaya tak tersasul Kata Allah kata muktamat Kata Rasul kata kata mukjizat Kata ulama wajib disiasat Kata Tok Guru mungkin sesat Pertama-tama diperiksa akidahnya Kedua ialah ibadah solatnya Jika akidah sempurna adanya Hitungan solat mudah hisapannya Akidah yang benar amal hatinya Solat pula ibadah jasadnya Kedua-duanya ibadah utamanya Allah lepaskan, jika benar keduanya

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 17)


Sambutlah keluarga biras yang datang Telah sebulan lamanya takkan tak boleh Rebutlah syurga yang luas terbentang Allah sediakan untuk hambaNya yang soleh Larangan disiar-siarkan berulang Apabila budak ditatang dijulang Jangan sia-siakan peluang Dia tidak datang berulang Kari ketumbar bukan sebab kudis Gula batu jernih warnanya Dari sumber Quran dan hadis Syurga itu benar adanya Gelaran Abdullah adalah terbatas Peluang lenyap kerana suka buat makar Amaran Allah dan RasulNya sudahlah jelas Tentang azab neraka jika kita ingkar Garap cerita sedih seperti dibangkitkan Bukan sahaja dilihat tapi disahkan Azab neraka pedih lagi menyakitkan Jangan pula tidak dikesahkan Atap kuat seperti diminta Besi penguat sama rata Nabi naik ke langit semasa terjaga Azab diperlihat Nabi tercinta Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 18)


Elak dari malas selepas terleka Kotak diletak belumlah berkesudahan Tapak kaki beralas batu panas neraka Otak mendidih itulah seksaan paling ringan Gumpalan awan pagi buta Dentuman guruh serta kilat Kumpulan pemakan api neraka Menimbun harta tanpa berzakat Berkata ulama berkata ustaz Wajib diteliti wajib disiasat Jangan masuk golongan taqlid buta Tidak berguna sesal jika di sana Akidah tunjang utama agama Solat tunjang kedua baginya Akidah Nabi itulah agama Solat cara Nabi itulah benar adanya Tujuh puluh tiga golongan yang ada Hanya satu yang mendengar kata Masing-masing golongan ikut kata ketua Hanya satu ikut kata Allah dan RasulNya Masuk seruan bermakna fajar Wuduk ada bukan was-was Untuk jalan agama yang benar Tidak ada jalan pintas

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 19)


Banyak akidah banyak ibadah Tunaikannya ikut cara sedia ada Semak akidah semak ibadah Sesuaikannya menurut cara Baginda Tauhid duta segala cahaya Garab amal tunjang utama Taqlid buta gejala bahaya Penyebab pengamal keluar agama Qari dan tajwid sungguh diamati Pelajar dapat kurnia dan sagu hati Pelajari tauhid sesungguh hati Agar selamat di dunia dan selepas mati Judi terlibat dalam kebakaran Asap seolah sepertinya tak berhenti Jauhi maksiat dan kemungkaran Azab Allah sakitnya tak terperi Berjalan pulang seorang diri Perasan terlihat gerombolan penyeludup Kumpulan orang memecah kepala sendiri Seksaan kerana enggan solat ketika hidup Bunting sebelah badan gelebir Luka bernanah ditekap lampin Menggunting lidah dan bibir Suka memfitnah dan cakap tak serupa bikin

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 20)


Pari dan haruan memanglah berbeza sakan Kepah hidangan tapi tak sempurna Lelaki dan wanita daging mentah dimakan Sudah ada pasangan tapi suka berzina Sudah mengelak terus juga berlaku Pasal cuai tadi membebel dan menggerutu Dah tak mampu terus tambah bebanan kayu Gagal tunai amanah tapi ambil amanah baru Kerana puas anugerah diberi Pernyataan sudah tidak memileh Syurga luas langit dan bumi Disediakan bagi yang beramal soleh Dapat kurnia kerana berjasa Menjaga menyelia bekal semua Nikmat dunia hanya sementara Syurga pula kekal selamanya Meneguk susu sedap sedapan Tadi dahaga sudah dihilangkan Duduk berteleku berhadap hadapan Ahli syurga bidadari dianugerahkan mengilir menyidai jubah berharga Bagi menjaga faedah bersama Mengalir sungai di bawah syurga Ahli syurga tak pernah dahaga

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 21)


Santan habis jatuh melata Rakan sebaya rajin tapi sia-sia Syaitan dan iblis musuh nyata Bukan hanya jin tapi manusia Kerana serik padah didapati Rungkai selimut hampir lelap Perkara syirik mudah terjadi Bagai semut hitam di malam gelap Pohon getah tanaman yang mudah Pohon sudah dititis baja Mohonlah kefahaman agama Allah Mohonlah sampai menitis air mata Suasana redup tidak akan kekal Mengantuk hingga rasa terlena Semasa hidup menyedia bekal Untuk diguna semasa di sana Dulu duluan memberi hadiah Tujuan mencari budi tetangga Alua-aluan dari Allah Ditujukan kepada ahli syurga Dulu duluan membahagi pelikat Bukan berdiri di tempat yang sama Alu-aluan dari malaikat Ditujukan kepada ahli syurga

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 22)


Kudapan berselera diberi lagi Ahli keluarga ceria dijaga Ucapan sejahtera sesama sendiri Ahli syurga bahagia selama Berangan saja binasa diri Jarang mengena sudah ditahu Pelayan syurga sentiasa di sisi Memandang mereka tidaklah jemu Letak syurga di langit sana Di sisinya pula sidratulmuntaha Tidak ada usia meningkat tua Ahli syurga muda sentiasa Hadap dunia padah dimilik Hadap syurga faedah mewah Harapkan dunia adalah syirik Harapkan syurga itulah perintah Semua di dunia ibarat tampalan Akhirat pula tempat idaman Dunia ini tempat cari bekalan Akhirat juga tempat kediaman Sehingga menumpuk pahala kita Beribadah kita kerana harapkannya Syurga disedia untuk semua Marilah bersama kita merebutnya Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 23)


Hirup sarbat hendak khasiatnya Baham durian tak terkira banyaknya Hidup di akhirat banyak nikmatnya Dalam Quran banyak cerita tentangnya Sudilah kira menjadikan titian Cukup menjaga amanat hadis Quran Marilah kita berikan perhatian Hidup di dunia ibarat melintas jalan Kalam Ttuhan seharusnya dibalas suka Mengulang kaji perlulah kita bincang sama Dalam quran semuanya jelas nyata Berulang kali Allah cerita tentang syurga Sematkan diri menghambat syurga Usaha mengelak dosa bagi dapat pahala Jadikan Nabi dan sahabat contoh kita Mereka tak sibuk dengan harta dunia Beramai bersama menjana pahala Semuga meningkat pahala kita Berbagai nama dan juga rupa Syurga bertingkat tujuh semuanya Tidak tua selama-lamanya Dalam syurga semuanya muda Tidak bersua duka nestapanya Dalam syurga semuanya gembira Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 24)


Pantun Soal Jawab 1Akidah Cara bantu menyulami sejadah Segak disulam layak beriringan Saya buntu memahami agama Banyak ragam dan juga golongan

Turutlah satu bukan beribu Supaya betul melekat ilmu akidah Tuntutlah ilmu janganlah jemu Cara betul mendekat diri pada agama

Kemana pergi keindahan agama Berlaga berkelahi dijadikan kiblatnya Kenapa terjadi perpecahan ummah Sehingga menjadi 73 pecahannya?

Semak bukan sebarang dan melulu Bencana digalas pasti berlaku Banyak kesilapan yang berlaku Kerana malas mencari ilmu

Saya bimbangkan salah memahaminya Kerana banyak cara dan pendapatnya Apakah cara menghindarinya Supaya saya tak menyesal nantinya

Pelan dilukis banyak berpeti Supaya tidak menyusahkan nanti Quran dan hadis disemak ditaati Supaya tidak merugikan diri

Mengapakah saya berat beribadah Ada kala kesukaran dalam solah Apakah cara mendapat hidayah Menjana kebenaran dalam akidah

Beginilah cara akan dijana Peluang menjaga solat dan ibadah Marilah kita hidupkan sunnah Buang segala kurafat dan bidaah

Segala yang keruh memendam di kali Guna timba masih berbaki Saya terpengaruh kumpulan sendiri Bagaimanakah cara mensucikan diri?

Bicara tersasul mengenalkan diri Datang kerana kusut dan takjub Cara betul dalam mensucikan diri Buang segala jumud dan taksub

Kelapa santan minyak sekuali Budak benggali pengacara utama Kenapa kesesatan banyak sekali Tidak terkecuali kepada ulama?

Membantu menjaga selalu disuruh Kain diseterika baru sebelah Tipu daya syaitan berlaku menyeluruh Melain mereka yang dipelihara Allah

Betapa syaitan menjalankan tipu daya Walau kalah dia tak putus asa Kenapa kesesatan diamalkan juga Walau telah jelas di depan mata?

Selia diri bagi memantapkannya Berlainan hala tuju dan ruang lingkup Dia pasti lari meninggalkannya Melainkan pintu hati sudah tertutup

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 25)


Pantun 1Malaysia Lantun melantun kian kemari Lantun usia tanda dekat mati Pantun memantun kita di sini Pantun 1Malaysia semat di hati

Lantun melantun kian kemari Lantun gayat kerana tinggi Pantun memantun kita di sini Pantun menggiat Malaysia ditaati

Assalammuallaikom Pantun 1Malaysia atau nama asalnya Pantun Rakyat Malaysia adalah dikarang untuk memberi kesedaran kepada takyat betapa pentingnya kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan kepentingan hidup bersama bukan saja untuk kita bahkan untuk anak, cucu, cicit dan piut dan seterusnya seluruh keturunan kita yang akan kita tinggalkan! Ketahuilah sebagaimana dalam urusan agama kita tidak boleh asal nama dan keturunan kita islam dan beribadah terutamanya solat asalkan solat tetapi kita wajib belajar dan mengulangkajinya setiap ada kesempatan begitulah juga sebagai rakyat kita wajib mentaati pemerintah demi kesejahteraan dan keamanan negara kita juga berlandaskan ilmu agama yang telah disampaikan oleh Rasulullah saw sejak 1434 tahun yang lalu, mungkin anda bertanya bagaimana cara hendak jadi rakyat yang bertanggungjawab sesuai dengan peraturan Allah dan RasulNya?

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 26)


Mari kita semak semula apakah sikap Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a dalam mentaati dan mematuhi Khalifah Othman bin Affan r.a meskipun beliau dihasud oleh mereka yang tidak suka dengan pemerintahan Khalifah Othman supaya memberontak dan mengambil aleh kuasa pemerintahan dari Khalifah Othman r.a. dan juga oleh Imam Ahmad Rahimullah dan Imam Syafie Rahimullah yang tetap taat kepada pemerintah masing-masing meskipun mereka dipenjara dan diseksa kerana enggan mengiktiraf fahaman sesat pemimpin mereka, inilah sikap yang wajib kita ambil dari mereka dan amalkan dalam usaha menjadi rakyat yang tahu berterima kasih dan bertanggungjawab. Banyak dalil-dalil yang sahih dari al Quran dan hadis Nabi SAW yang memerintahkan kita supaya taat kepada pemimpin kita antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada ulil amri (pemimpin) di antara kamu" dari hadis riwayat Ibnu Abbas, ia berkata Ayat ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais bin Adi AsSahmi yang diutus Nabi SAW dalam satu pasukan perang, dan hadis riwayat Abu Hurairah r.a. ia berkata dari Nabi SAW beliau bersabda" Barang siapa yang mentaatiku berarti ia telah mentaati Allah, dan barang siapa yang menderhakai perintahku, maka berarti ia telah menderhakai Allah. Barang siapa yang mematuhi pemimpin berarti ia telah mematuhiku dan barang siapa yang menderhakai pemimpin berarti ia telah menderhakaiku"(HR: Muslim) dan banyak lagi firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW mengenai kewajipan rakyat mentaati pemimpin. Inilah cara amalan baik yang dilakukan oleh para sahabat Nabi SAW mahupun Imam-imam besar dan para ulama salaf us soleh. Allahuaklam Wassallamuallaikom Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 27)


Jika sudah dapat apa dihajat Berusaha hargainya supaya selamat Harga murah untuk rakyat berjimat 1Malaysia kedainya merata tempat Arus perdana tujuan disegera Pemimpin kita terus berusaha Terus menjana kemajuan negara Pemimpin kita semua berwibawa 1MDB pembina bersiri Kemajuan pasarana demi rakyat 1MDB nama diberi Tujuan menjana ekonomi rakyat 1 acara 1 bangsa 1 cita 1 usaha Tertip bersungguh ramuan tepat kita 1Negara 1bahasa 1suara 1Malaysia Wajib patuh dan tumpuan taat setia Upaya pemimpin yang kita pilih Kebenaran segera dapat diraih Kepada pemimpin kita berterima kasih Kemakmuran negara berjaya diagih Bukan mudah berjaya usaha sendiri Sudah banyak bantuan diberi Barangan murah di serata negeri Sabah dan Sarawak tidak terkecuali

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 28)


Perpaduan sehat segalanya dan terutama Demi mejana cita-cita wawasan Perpaduan rakyat perkara utama Mari bersama kita jayakan Pengkhianat dan petualang intai peluang Menghancur negara itulah dicita Koperat dan pengilang membekal barang Penganjur pula melaksana dengan jaya Semua ruang padat dan penuh Pasarana dicadang akan disentuh Guna peluang manfaat sepenuh Mana yang kurang jangan dicemuh Bukit pusing di sebelah sawah Petik peria beri pada Mamat Sakit dan pening janganlah susah Kelinik 1Malaysia memberi khidmat Petang hari pada selasa Sidai kain basah perahan sidia Barang dibeli harga semasa Kedai 1Malaysia memudahkan kita Besah dan Gayah menyalin semula kerana tujuan kerja biarlah cermat Bersusah payah pemimpin berusaha Menjana kemajuan negara itulah matlamat Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 29)


Sampai usia puluhan budak remaja Lagak bersembang bukan mengada Kedai 1Malaysia kemudahan untuk semua Banyak barang dan pilihan ada disedia Mengurus segala perkara diteraju Susun atur bersama dari segala segi Menjurus kepada negara maju Tahun 2020 tak lama lagi dimasuki Jalan-jalan cari makan Nasi lemak pilihan utama Pelan-pelan sudah disediakan Bagi disemak dan majukan segera Mencukur kepala kerana alah Mungkin bersua masa di kuliah Bersyukur kita kepada Allah Pemimpin kita semua bertauliah Perpaduan semua adalah yang utama Demi mendakap hati sesama Keperluan negara ialah kerjasama Bagi memantap ekonomi negara Pasarana giat diagih seluruh negara Tumpu segala untuk rakyat semuanya Dana rakyat 1Malaysia diagih segera Membantu mereka yang memerlukannya

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 30)


Intisari warga tentulah bersatu Keperluan rakyat itulah dimaju Aspirasi negara maju itulah dituju Kesepaduan rakyat itulah dipacu Klinik rakyat 1Malaysia banggakan kita Memberi khidmat bandar dan desa Menjana kesihatan untuk semua Demi rakyat sehat dan sentosa Sumber 1Malaysia rakyatlah sebenarnya Lebih memberi makna dan jati diri Komputer 1Malaysia antara barangannya Boleh didapati di serata negeri Starhill di bukit bintang Juga jadi pusat tumpuan orang Mustahil kejayaan ditatang Jika rakyat tidak keruan menentang Bukan maksud menjadi pejuang Hajat dan niat meleburkan kita Jangan terhasud oleh petualang Niat jahat menghancur negara Lembah samarahan jadi kenangan Bayang menjelang berdiri sejajar Bertambah kemudahan dan kesenangan Yang mengenang budi itulah wajar

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 31)


Bersua giat Najib memacu Demi menggapai usaha menyatu Semua rakyat wajib bersatu Bagi mencapai negara maju Roti canai makanan semua Nasi lemak ramai peminatnya Demi mencapai wawasan kita Mari beramai menggiatkannya Banyak garam minyak dan asam Mungkin sedap tak harus rasa Banyak ragam banyaklah resam Pemimpin tetap tak putus asa Berjaya bukan hanya perlu yakin Bantulah minda menggiat diri Kita jayakan bersama pemimpin Itulah tanda nikmat kita syukuri Suapan makin dapat dibasmi Makin nyata dari bawah hingga tertinggi Kewajipan pemimpin amat teruji Pemimpin kita sudah tepati janji Ingatlah jatuh kita jatuh bersepai Tertujah senjata tikaman berbisa Ingatlah musuh sentiasa mengintai menjajah kita itulah keazaman mereka Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 32)


Kelalaian kita mudah dimamah Usahlah sengketa nanti terbakar Keamanan negara usah dimusnah Sejarah Melaka jadikan iktibar Padah ditadah mendakap sesalan Diri binasa perang ajak bertikai Usah mudah terperangkap hasutan Mari kita jadi orang bijak menilai Perpaduan semua adalah yang utama Demi mendakap hati sesama Keperluan negara ialah kerjasama Bagi memantap ekonomi negara Pasarana giat diagih seluruh negara Tumpu segala untuk rakyat semuanya Dana rakyat 1Malaysia diagih segera Membantu mereka yang memerlukannya Intisari warga tentulah bersatu Keperluan rakyat itulah dimaju Aspirasi negara maju itulah dituju Kesepaduan rakyat itulah dipacu Klinik rakyat 1Malaysia banggakan kita Memberi khidmat bandar dan desa Menjana kesihatan untuk semua Demi rakyat sehat dan sentosa

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 33)


Sumber 1Malaysia rakyatlah sebenarnya Lebih memberi makna dan jati diri Komputer 1Malaysia antara barangannya Boleh didapati di serata negeri Starhill di bukit bintang Juga jadi pusat tumpuan orang Mustahil kejayaan ditatang Jika rakyat tidak keruan menentang Bukan maksud menjadi pejuang Hajat dan niat meleburkan kita Jangan terhasud oleh petualang Niat jahat menghancur negara Lembah samarahan jadi kenangan Bayang menjelang berdiri sejajar Bertambah kemudahan dan kesenangan Yang mengenang budi itulah wajar Bersua giat Najib memacu Demi menggapai usaha menyatu Semua rakyat wajib bersatu Bagi mencapai negara maju Roti canai makanan semua Nasi lemak ramai peminatnya Demi mencapai wawasan kita Mari beramai menggiatkannya

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 34)


Berjaya bukan hanya perlu yakin Bantulah minda menggiat diri Kita jayakan bersama pemimpin Itulah tanda nikmat kita syukuri Suapan makin dapat dibasmi Makin nyata dari bawah hingga tertinggi Kewajipan pemimpin amat teruji Pemimpin kita sudah tepati janji Ingatlah jatuh kita jatuh bersepai Tertujah senjata tikaman berbisa Ingatlah musuh sentiasa mengintai menjajah kita itulah keazaman mereka Kelalaian kita mudah dimamah Usahlah sengketa nanti terbakar Keamanan negara usah dimusnah Sejarah Melaka jadikan iktibar Padah ditadah mendakap sesalan Diri binasa perang ajak bertikai Usah mudah terperangkap hasutan Mari kita jadi orang bijak menilai Jadi padi sipadi malinja Ditanak nasi harum baunya Jati diri mesti diusaha Semak menyelideki seupayanya Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 35)


Niat dibetulkan huraian disamakan Jangan bersekutu dengan sisyaitan Rakyat didahulukan pencapaian diutama Slogan jitu untuk rakyat sekelian Supaya bertemu Najib bersama Pemimpin kita yang dihormat Budaya ilmu wajib diusaha Bukan hanya dunia bahkan untuk Akhirat Upaya selami kata bersahaja Intai empunya siapakah dia Budaya tepati masa wajiblah ada Sampai waktunya telah bersedia Berelusi berjaya mencari idea Bersungguh sakan sampai nyata Berenovasi berusaha berkerjaya Penuh keyakinan menggapai cita Acuh tak acuh jangan diamal kecuh mengecuh itu memual Sungguh bersungguh itu diamal Patuh dan setia itulah amal Wawasan 1Malaysia wawasan bersama Upaya kita tetap gagah melaksana Gagasan 1Malaysia gagasan bijaksana Budaya kerja mantap itulah dibina Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 36)


Semua telah diamanatkan pemerintah Memberi peluang rakyat melaksana Semuga Allah selamatkan Malaysia Dari petualang yang durjana Sunami melanda di sebelah sana Galak perebutan kuasa antara punca Demi masa depan anak dan cucu kita Elak dari hasutan pengkianat durjana Selenggara nyata pemangkin dituju Menyelia semakin tidak melulu Negara kita semakin maju Usaha pemimpin sejak dahulu Buat sahaja sendiri lebih selesa Aleh meja sebelah sana Lihat sahaja pemuda pemudi kita Memileh kerja itulah tanda Haluan kelisa satu diminta alasan menyedia tempat pelihara Penyatuan bangsa itu diusaha Gagasan 1Malaysia matlamat kita Segera kita menyalin baju Basah kerana hujan batu Negara kita semakin maju 1Malaysia sama membantu Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 37)


Berilah pertanda selama menyalin Kebebasan melulu perlu dicatu Marilah kita bersama pemimpin Gagasan 1Malaysia bersama kita tuju Perasaan segera malu bersua Tertip saudara menyaksikannya Wawasan negara maju 1Malaysia Najib usaha merealisasikannya Perlu usaha bukan hanya bertanya Kata disisip turut bersama-sama 1Malaysia menampakkan jalannya Kita wajib ikut serta menjayakannya Kedai 1Malaysia hampir menyeluruh Barangan runcit dan keperluan dapur Jana wang berjimat sakan diasuh Barangan ada yang harga separuh Pandai berusaha bentuk kuat kerja Menggapai kemenangan kita usaha Kedai 1Malaysia untuk rakyat jua Pelbagai barangan ada disedia Bunga selasih di atas pangkin Simpuh si dara memakai hiasan Berterima kasih kepada pemimpin Bersungguh menyedia semua kemudahan

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 38)


Perlulah sifat manusia diseru diajar Bagi membuang pekerti yang lemah Rumah rakyat 1Malaysia baru dilancar Memberi peluang memiliki rumah Menggiat perpecahan menghubung trajedi Mudahan Allah hindarkan dari terjadi Membuat tempahan di hujung jari Kemudahan tambah nilai itulah diberi Berangan saja itu tak berguna Sukar manusia untuk berjaya Barangan pengguna itu diutama Tayar 1Malaysia pun ada juga Sifat manusia suka merencananya Perlulah bantuan diselia wawasannya Rakyat Malaysia dijaga kebajikannya Itulah tujuan 1Malaysia dan gagasannya Yakin berjuang nyata dicermati Demi menghalang kesilapan dan sia-sia Semakin banyak yang akan kita nikmati Dari barang juga perkhidmatan 1Malaysia 1Malaysia semua dah tahu Gagasan kerajaan yang amat jitu Mari bersama kita membantu Menjadikan kenyataan rakyat bersatu Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 39)


1Malaysia semua dah tahu Gagasan kerajaan yang amat jitu Mari bersama kita membantu Menjadikan kenyataan rakyat bersatu Seluruh dunia mengenali kita Gagasan 1Malaysia turut dikemuka Patuh kita selagi diminta Balasan usaha turut dinyata Alasan berusia bukanlah cara Seakan nyata semua mengaku Gagasan 1Malaysia bukan untuk kita saja Bahkan juga untuk anak dan cucu Pemangkin negara rakyatnya membantu Faedah disua menjadi hasrat kita semua Semakin nyata perlunya kita bersatu padu Marilah semua menjadi rakyat 1Malaysia Berbudi sifat wajib diamali Menjadikan kita bermutu pekerti Kini rakyat semakin menyedari Gagasan 1Malaysia begitu berarti Yakin berubah setelah terbukti Kemenangan menjadikan kita berjaya Semakin murah dan mudah didapati Barangan dan perkhidmatan 1Malaysia

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 40)


Tujuan dan hasrat makin tidak sia-sia Mudah mencapai dirancang semuanya Bantuan rakyat termiskin 1Malaysia Sudah ramai yang merasanya Semakin mudah ada model peragaan Penentuan kewangan diselia berkesan Mungkin sudah ada modal perniagaan Bantuan usahawan 1Malaysia diadakan Sopan Hasnah bicara ternyata Sifat patuh diminta keluarga Keamanan dimusnah angkara derhaka Lihat contoh negara luar sana Borang 1Malaysia banyak diminta Guna diberi handai taulan sendiri Barang 1Malaysia banyak diguna Sumber dari kedai dan koperasi Batu jatuh bersepai sepuluh Berat terasa satu darinya Bersatu teguh bercerai roboh Rakyat 1Malaysia bersatu setia Tangan kikir paling dibenci Cuba usaha ringankan segera Jangan fikir kepentingan diri Kita utama kepentingan negara

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 41)


Pantun Soal Jawab 1Malaysia Adakah seruan mencapai hakikatnya? Perasaan resah tidak mendengarnya Apakah tujuan dan matlamatnya? Gagasan 1Malaysia ditubuhkannya?

Dua tiga lipan berlari Dari sana haluannya berbeza Saya rasa jawapannya begini Bagi menjana perpaduan negara

Benarkah pengumuman selalu disiar raya Membedah permasaalahan rakyat diutama Bolehkah tuan beritahu saya Apakah matlamat dan hala tujunya

Badak beruang bukannya bacul Selalu memburu kecuali tak sihat Banyak peluang pastinya muncul Membantu memaju ekonomi rakyat

1Malaysia makin dicemburui lawannya Membelah memecah matlamat ditujunya Saya ingin ketahui selanjtnya Apakah faedah yang didapat darinya?

Terusan dirancang membelah tanah Hasrat mempercepat halaman riadah Urusan sekarang mudah tanpa kerenah Rakyat mendapat layanan yang ramah

Adakah matlamat memperbantu jati diri Memaju menggapai minat membara Apakah cara rakyat melibatkan diri Membantu mencapai hasrat negara?

Haluan dihasrat menuju ke rumah Hanya menukil diri sendiri Perpaduan rakyat 1Malaysia utama Tanpanya mustahil dapat kita nikmati

Kekasih membebel pantang disapa Salah haluan bukan sengaja Masih musykil bersarang di dada Bolehkah tuan menyakinkan saya?

Sudah terbukti bapanya berjasa Tun Abdul Razak satu dunia kenal dia Felda memberi faedah rakyat jelata Datuk Seri Najib menurut jejak langkahnya

Adakah huluan perahu sudah dicuba Manalah tahu tak boleh digunakannya Bolehkah tuan memberitahu saya Apakah peluang saya dapat darinya?

Sambutlah pejuang berikan jasa Membebaskan negara dari si durjana Rebutlah peluang di depan mata Utamakan menjana ekonomi keluarga

Luka lama bernanah dan pedih Ada kulat menjilat tadi Suka terima tapi tak berterima kasih Apa pendapat tuan rakyat begini?

Selagi nyata peluang dihulur Melakar banyak dimulai perlahan Jadilah kita orang bersyukur Agar tidak dimurkai Tuhan

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 42)


Pantun Ala Mamak Lantun melantun kian kemari Alamak, bini aku mana ni? Pantun memantun kita di sini Mamak, roti satu kuah kari

Lantun melantun kian kemari Lantun batu budak berlari Pantun memantun kita di sini Pantun dituju mamak semua sekali

Pantun ini mungkin ada kelainan sedikit dari pantunpantun terdahulu, tujuan saya mengarangnya adalah kerana saya teruja dengan sambutan yang mereka dapat dari penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Walau pun kedai makan atau restoran mereka saling berhampiran namun pelanggan yang mengujungi restoran mamak ini tetap seimbang dan mampu beroperasi 24 jam sehari tanpa henti! Apakah rahsia mereka? Jika kedai makan atau restoran melayu pelaggannya hanya orang melayu sahaja dan jarang sekali terdapat bangsa lain yang makan di restoran melayu, akan tetapi jika restoran mamak pelanggannya dari berbilang bangsa dan kaum Melayu China dan India atau Hindu boleh dilihat menjamu selera di restoran mamak. Saya rasa orang melayu patut belajar dari mereka untuk bagaimana mengekalkan pelanggan sedia ada dan menambahkan pelanggan baru dan orang melayu mungkin boleh menjadi tauke atau pemodal kepada restoran makanan mamak dengan menggajikan orang india sebagai tukang masak dan pelayannya, betul tak?

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 47)


Restoran mamak banyak juga Kanan ada kiri pun ada Pesan nasi lemak lanyak laksa Telan apa juga ada di meja Bini sampai satu keluarga Misti pakai moto sepeda Roti canai satu juga Kasi banjir sama dia Meja ada empat juga Tukar beli harga rendah pekerja semua impot juga Bayar gaji lebih murah Pelan tiang dalam diselia Tidak juga semua dapat dicam Restoran siang malam berjaga Mamak berniaga dua puluh empat jam Besi bundar si besi waja Letak sini dilebur semula Nasi kandar mula-mula berniaga Mamak kini ada restoran dua tiga Malu bersandar pusing menyangkung Kerusi roda tak banyak disediakan Dulu berkandar keliling kampung Kini dah ada banyak cawangan Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 44)


Alamak alamak makk.. Milo tarak gula kasi cepatlah Ala mamak ala mamak makk.. Engko kira ada betulkah? Kasi pileh sama itu baju Kerusi dilerai sudah bagi satu Kasi teh tarik satu Roti canai kuah kari satu Dia lari lintang pukang Benggali jaga sangat berang India mari bawa wang Sini berniaga banyak peluang Sampai pinggan pulang segan Banyak ikan banyak dipesan Ramai pelanggan sedang makan Mamak melayan tak menang tangan Kaldai lain balun pegaga Semak mengenai sudu tembaga Kedai kain pun ada juga Mamak kuasai ilmu berniaga Dodol dah masak bagi si polan Pandai menjaga mesti diamalkan Cendol dan rojak di tepi jalan Ramai juga yang berhenti makan

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 45)


Pantun Soal Jawab Ala Mamak Oren lemak sukar didapat Bolehlah dibuat air manis rasanya Restoran mamak merata tempat Apakah pendapat tuan mengenainya?

Semakin terserlah bukan ditelah Masakan meneka hanya sejenak Mungkin telah ditetapkan Allah Masakan mereka diterima banyak

Senja kala hiruk pikuk tak kekal Sepi sekecap disambung semula Ada kala harga tak masuk akal Tapi tetap dikunjung juga

Ibarat teluk kualanya cetek Perihal kelapa pokoknya panjang Ibarat tepuk dada tanya kocik Mahal pun tak apa asal kenyang

Pasang pelita kerana tak ada lampu Kerana pelita terang ada sumbu Orang kita berniaga tak mahu Mereka hanya suka menjamu

Parang senjata rendam di pasu Supaya dipakai Datuk Penghulu Orang kita masih macam dulu Berniaga ramai yang malu

Sempena mendapat buruan Hidangan berselera nasi lemak Apa pendapat tuan Cadangan berniaga ala mamak?

Supaya cara semakin berubah mesra Belanja banyak tapi mestilah dicatu Saya rasa mungkin boleh dicuba Pekerja mamak taukehnya melayu

Datang diiring saudara saudarinya Itulah bantuan diinginkannya Yang paling saya suka kuah karinya Sudahkah tuan mencubanya?

Sudahlah cara melulu berkata Gaya budak sukar disemak Entahlah saya tak tahu pula Saya tak suka masakan mamak

Gaya dia lemah gemalai Dulu budak kini dah jadi dara Saya pula suka roti canai Satu tak cukup saya oder dua

Acara asing-asing antara ada Andaiannya menurut pengecara Selera masing-masing sesama kita Kesesuaiannya menurut citarasa

Kalau siang ikan budak lakukannya Talam disua dah lama di sisinya Kalau siang banyak pilihannya Malam pula tak sama keadaannya

Kalau budak rosakkan meriam Pembaikan banyak alat gantinya Kalau tidak ada masakan siam Masakan mamak saja gantinya

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 46)


Pantun Andartu Lantun melantun kian kemari Lantun senyap tak disedari Pantun memantun kita di sini Pantun diharap penyejuk hati

Lantun Melantun kian kemari Lantun batu tidak semena-mena Pantun memantun di laman ini Pantun andartu diberi nama

Pantun ini saya karang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, pantun ini hanya sebagai hiburan sahaja. Saya mengenengahkan perkara ini mungkin ada manfaatnya bagi menambah pengetahuan kita tentang topik ini. Di bawah adalah petikan yang saya kutip dari sesawang UPIM, terima kasih UPIM (Unit Pendidikan Islam Dan Moral)http://upimkmns.blogspot.com "Masalah lambat berkahwin di kalangan wanita berkerjaya di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15-19 tahun lebih kurang 97 peratus dan ia menurun 6 peratus pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih (jendelahikmah05.blokspot.com). Keadaan ini dapat dilihat melalui Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 dan statistik umur minimum perkahwinan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 1980, umur minimum bagi seorang wanita berkahwin ialah 23.5 tahun, telah meningkat pada tahun 1991 iaitu 24.7 tahun dan semakin meningkat lagi pada tahun 2000 iaitu 25 tahun (Banci Penduduk 2000 Jabatan Perangkaan Malaysia). Oleh itu seorang wanita yang sudah mencapai umur 27 tahun tetapi masih belum menemui jodoh akan dianggap sudah terlewat untuk berkahwin (Haslina Hassan & Ann Wan Seng 1995: 1)."

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 46)


Gula batu budak-budak sukai Bagi sepuluh letak kat sini Dara andartu tak kahwin lagi Cari jodoh berat sekali Gula batu ingin diberi Suka berbudi selayak yang ada Dara andartu ingin bersuami Ada yang sudi tak berkenan pula Gula batu rendaman tadi Inti dimayang agar berseri Dara andartu idaman hati Tapi sayang sukar didekati Gula batu gula Melaka Diberinya pengat bahagi tiga Dara andartu anak dara tua Dirinya suci amat berharga Gula batu puteh warnanya Seri sulaman jua direka Dara andartu cantek mempersona Jadi idaman semua jejaka Gula batu dimakan selalu Buang satu di hujung timba Dara andartu sakan menunggu Orang ditunggu tak kunjung tiba

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 48)


Gula batu disukai di sini Untuk dibakar bersama roti Dara andartu ramai sekali Sebuk belajar lupa bersuami Gula batu gula buatan Sepah sebalik pohon dedalu Dara andartu dara pingitan Wajah cantek semua pun tahu Gula batu dari chini Gula berharga payah dicari Dara andartu suci dan murni Menyara keluarga itulah ditekuni Gula batu cermai dan cuka Sireh juga sejenis makanan Dara andartu ramai yang suka Pileh saja mana yang berkenan Gula batu dibalun remaja Hirup kopi lain dibuang Dara andartu tekun berkerja Hidup senang tapi seorang Gula batu di Pekan Seputeh Gula keras jangan ditelan Dara andartu jangan memileh Rupa paras bukan ukuran

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 49)


Pantun Soal Jawab Andartu

Wahai puteri cantik wajahnya Menyapa boleh dilarang dekati Wahai saudari saya bertanya Mengapa masih seorang diri?

Kerja telah ada disampai saudaranya Budak meluat kalau disuruhnya Saya dah cuba berbagai caranya Nak buat macam mana tak ada jodohnya

Sementara ada jangan dihina Bayang meniru apa dilaku Antara duda dengan teruna Yang mana satu pilihan kalbu?

Bantulah supaya menjadi cekap Bagikan tual berdiri sendiri Itulah malu saya nak cakap Inikan soal peribadi

Kelapa setuju dimasak kari Walau tak ada pati diguna lagi Apa nak dimalu wahai saudari Kalau tak pasti sukarlah nanti

Berilah supaya dia beringat Pesanan paling menyentuh mustajab Bukanlah saya memileh sangat Yang penting dia bertanggung jawab

Usaha berdikari dituntut dilaksana Acara dan warkah telah diberi Usia saudari telah lanjut tua Bila nak nikah wahai saudari?

Setelah berjaya pembantu memberitahu Bagaimanakah caranya suluh digaya Entahlah saya sendiri pun tak tahu Bilakah datangnya jodoh saya

Segera hidangan buat kenduri Tiba kadi pengantin diijab dan kabul Saya ada cadangan buat saudari Cuba mandi bunga mungkin makbul

Beberapa halangan pinangan diterima Berjanji hebat tapi tak muncul-muncul Kenapa cadangan bertentangan agama Mandi bunga itukan kurafat dan tahayul

Acara dibentangkan bukanlah menyeliseh Bergema suara menyuruh membilang Saya cadangkan janganlah memileh Terima saja jodoh yang datang

Walau bicara kasih sayang bersileh Budi dijana bukannya sesungguh hati Kalau saya tak pileh dia yang pileh Jadi bagaimana selesainya perkara ini?

Bila di sini suara menyepi Lambai dia jangan sampai jatuh Jika begini kata saudari Sampai bila pun tak akan ada jodoh

Walau madah diucapkan berseni Nada bukan semuanya bersemi Kalau sudah ditetapkan saya begini Saya serahkan pada takdir Ilahi

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 50)


Pantun Boleh Tahan Lantun melantun kian kemari Lantun perlahan sama sekali Pantun memantun kita di sini Pantun boleh tahan nama diberi

Lantun melantun kian kemari Lantun lambat tapi tiba Pantun memantun kita di sini Semuga menambat hati ceria

Boleh tahan, apa yang boleh tahan? Ala biasalah, kalau ada mata tentulah boleh memandangkan ha... bila dah terpandang yang cantik pada mata lelaki kepada wanita ke gadis ke atau mak janda ke ha, itulah yang terkeluar dari mulut sang bedal yang menggatalkan? He he hee. Gurau, jangan marah aa.. Namun boleh tahan juga mungkin bermaksud rasa makanan atau mungkin rasa minuman dan mungkin perkataan ini untuk menyatakan tentang layanan mesra rakan yang dikunjunginya atau mungkin memperkatakan besarnya rumah dia atau cantiknya rumah dia, boleh tahan juga mungkin untuk memperkatakan tentang kuatnya tenaga seorang yang disangka tak kuat atau seorang warga emas yang masih bekerja keras macam orang muda atau apa apa jelahh..

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 51)


Berdetiknya di dada telahan menduga Tadi perasan benak berkata Cantiknya Mak Janda boleh tahan juga Tapi jangan nak menggatal pula Petik bidara di dahan tiga Bagi diguna budak belanda Cantiknya si dara boleh tahan juga Tapi si teruna takut nak mencuba Toreh bukan persis membelah Tapi tak luka lama dibedah Boleh tahan gadis sebelah Tapi keluarga tak suka si Bedah Pembatalan majlis sidang petang Bahan bertulis diaju sudah Kumpulan gadis sedang bersembang Boleh tahan juga gadis baju merah Kebetulan ditulis sedang terbayang Penanya berbaris kurang menolong Kumpulan gadis sedang bersembang Boleh tahan juga gadis bertudung Belahan jiwa muda membias Makin selidiki bertambah misteri Boleh tahan juga si janda berhias Ingin miliki tapi dah ada isteri Belahan jiwa saudara sepupu Makin meremang si ulat bulu Boleh tahan juga si gadis andartu Ingin meminang harap setuju

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 52)


Becak melanda dari telaga Tadi ditimba satu kolah Kacaknya duda boleh tahan juga Tapi si janda malu nak meluah Halia berperanan pembuka selera Telahan ini hanya menduga Dia berkenan pada si teruna Termakan budi boleh tahan juga Pantulan suara datang bercabang Belahan senja di ambang petang Kumpulan dara sedang bersembang Boleh tahan juga pemuda dipandang Bidara terjuntai di balik tiang Dahannya pula dihempap palang Dara mengintai dibalik lobang Boleh tahan juga pemuda bertandang Bola kawan mula lawan menerpa Mara bermula berpasang-pasangan Boleh tahan juga kawan bapa Dara mula berangan-angan Mara setapak biar waspada Perlahan menduga bagi menepis Dara terserempak dengan si dia Boleh tahan juga bisik si gadis Setelah ditemuduga pulang diajak Cara menatap sepenuh hati Boleh tahan juga si bujang terlajak Dara berharap jodoh mendekati

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 53)


Soal Jawab Pantun Boleh Tahan Eloknya rupa paras si janda Tidak jemu mata memandang Syoknya saya pada dia Siang malam terbayang-bayang

Kalau cuka campur gula Bekas diguna mirib yang lama Walau suka pada dia Batas agama wajib dijaga

Tadi berhapan dengan makwe lama Telah berpisah kerana tak setia Hati berkenan nak pinang dia Apakah pendapat tuan bijaksana

Bekas janda balas menyapa Hati berkecamuk bagai nak gila Jangan hanya tengok paras rupa Tapi tengok juga budi bahasa

Keladi taugeh bekalan disuka Cuka padi tambahan perasa Budi dia boleh tahan juga Suka memberi apa saya minta

Walau tongkol tak ada perasa Nasi hidangan jangan biar lama Kalau betul apa yang dikata Tapi jangan pula mengada-ngada

Walau saya dah nyata isi hati Saya tidak sukakannya Walau ke mana saya pergi Dia tetap memburu saya

Buah sentul jatuh merata-rata Biji menebar tempat disedia Kalau betul apa yang dikata Ini sukar didapat di mana-mana

Bekas janda semakin jambu Tekun saya menagih tak jemu Puas sudah saya menunggu Namun dia masih membisu

Bekalan lepat kukus disedia Telah diminta sama intinya Jangan cepat berputus asa Pujuklah dia hingga berjaya

Janda kaya mungkin ditemu Berkasih sayang tak dipeduli Janda saya semakin jambu Tapi sayang talak tak berbaki

Baulu kota sudah dijamu Berbaris budak menjamah tadi Dulu kata sudah tak sebulu Menangis tak berguna lagi

Pulanglah sayang pulang pada kekanda Kesah yang lama lupakanlah saja Tolonglah saya wahai tuan bijaksana Berilah saya panduan yang berguna

Kelapa mayang jangan dimakan Bercelaru nanti perut tak boleh terima Apa yang boleh saya cadangkan Tunggu dia bernikah dan bercerai semula

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 54)


Pantun Bujang Sama Bujang

Lantun melantun kian kemari Lantun bersebab jadi terluka Pantun memantun kita di sini Pantun diharap sudi terima

Lantun melantun kian kemari Lantun panjang nyata mengena Pantun memantun kita di sini Pantun bujang sama bujang direka

Nak tahu apakah maksud disebalik pantun bujang sama bujang ini? Baiklah, maksudnya ialah orang bujang pasangannya pun orang bujang juga, ia tak? Atau mungkin kalau ada jodoh pasangannya mungkin seorang bujang (perempuan) dan seorang lagi ada pasangan (lelaki) yang berkemampuan berkahwin lagi! Tak salahkan orang lelaki berkahwin lebih dari satu kan, kan? Tapi yang hendak bernikah lebih ni mestilah berkemampuan zahir dan batin kalau tidak lebih baik lupakan sajalah niat nak pasang lagi satu ni! Jangan ambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan isteri dan anakanak sedia ada dan juga bakal pasangan isteri, nanti menyiksa dia pula! Tak elok tuu.. Allah tidak melarang lelaki bernikah lebih dari satu asalkan tak lebih dari empat tapi Allah juga mengkhabarkan supaya berlaku adil kepada isteri-isteri jika tidak sanggup cukuplah dengan yang satu, inilah perintah dari Pencipta kita yang wajib kita patuhi!

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 55)


Bujang sama bujang Walau bukan dengan temberang Bujang sama bujang Kalau makan jangan sorang-sorang Bujang sama bujang Syaitan suka membuat hasutan Bujang sama bujang Jangan suka berdua-duaan Bujang sama bujang kalau dah perasan tak macam dulu Bujang sama bujang Kalau dah berkenan apa lagi ditunggu Bujang sama bujang calar lengan kerana duri Bujang sama bujang Hantar pinangan ikatlah janji Bujang sama bujang Tadi nama sudah diberi Bujang sama bujang Sudi terima nikah ku ini Bujang sama bujang Keladi jualan habis dibeli Bujang sama bujang Budi kedapatan sesama sendiri Bujang sama bujang Sudah lama bercinta kaseh Bujang sama bujang Terima saja jangan memileh

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 56)


Bujang sama bujang Surau bukan tempat bersembang Bujang sama bujang Kalau makan jangan pandang-pandang Bujang sama bujang Pulau Sipadan tidaklah dekat Bujang sama bujang Kalau berkenan nikahlah cepat Bujang sama bujang Janganlah suka temberang Bujang sama bujang Janganlah cuba dihalang Bujang sama bujang Kerbau sekawan sudah terlepas Bujang sama bujang Kalau berkawan biarlah berbatas Bujang sama bujang Halau lembu sampai ke hulu Bujang sama bujang Kalau dah setuju apa ditunggu Bujang sama bujang Udang disua sedap sekali Bujang sama bujang Orang tua jangan makan hati Bujang sama bujang Kalau menyelidek biarlah berpada Bujang sama bujang Walau dibodek haruslah waspada

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 57)


Pantun Soal jawab Bujang Sama Bujang Adakah penyatuan akan dibentangnya Berapakah orang yang menyertainya Bolehkah tuan perjelaskan tentangnya Siapakah mereka yang sebenarnya?

Sama benda nama dan cara Memantau menyalin juga dijaga Samaada mereka teruna dan dara Atau mungkin juga duda dan janda

Jika bersama girang bercerita Nada selingan jejaka bermadah Jika mereka ada yang sedang bercinta Tiada halangan jika mereka nak nikah?

jejaka pulang mungkin dari Mekah Sejadah halus diminta mak darinya Jika bujang sama bujang ingin bernikah Mudah diurus tanpa banyak kerenahnya

Bila lama-lama pandang padah dijurus kerana terlalu berang digerutu Awin Jika sama-sama bujang mudah diurus Bagaimana satu bujang satu dah kahwin?

Merapi setelah pudar kecantikan Mula dulu buang dibantu yang lain Tetapi amatlah sukar diuruskan Jika satu bujang satu dah kahwin

Bila sembang budak mencelah Nanti dihalau hilang entah kemana Jika yang bujang tidak bermasaalah Tapi kalau tak bujang bagaimana?

Bila dibagi kain dulu tak kena Walau tumpuan dengan cara nakal Jika lelaki kahwin lagi satu tak apa Kalau perempuan jangan buat pasal

Sila bilang berapa jumlahnya Kalau kurang ambil lagi sekerat Jika tak bujang ada halangannya Kalau bujang boleh berhubung erat?

Kalau gelang lama dipulang Nanti sumbangan terlampau bebas Walau bujang sama bujang Tapi jangan melampau batas

Adakah bercahaya bekas pantulan Makin silau matahari tanpa halangan Tidakkah bahaya bebas pergaulan Mungkin tuan boleh beri pandangan?

Berpada-pada jolokan kedapatan Saling perindah diberi keutamaan Berwaspada pujukan syaitan Paling mudah digoda bila berduaan

Mencanai mencelup kaca berharga Manakala acuan dicuci berkilat Sebagai penutup kata bicara Ada lagi tuan nak beri nasihat?

Udang sama udang kalau dah ada Masaklah sekarang hidangan didulu Bujang sama bujang kalau dah suka Masuklah meminang jangan tungguu..

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 58)


Pantun Bujang Terlajak Lantun melantun kian kemari Lantun batang bala dimana-mana Pantun memantun kita di sini Pantun bujang terlajak nama dibina

Lantun melantun kian kemari Silap lompat lekat kaki Pantun mmemantun kita di sini Harap cepat dapat isteri

Ini lagi satu golongan yang lambat kahwin sama macam dara andartu, ini adalah fenomena biasa yang berlaku dalam kehidupan kita, sebagai manusia biasa memang tidak lepas dari dugaan dan cubaan dari Yang Maha Esa, Tuhan Maha Pencipta. Kita sebagai hambaNya wajiblah berusaha menangani semua kemaslahatan hidup kita di dunia yang fana ini, sebagai orang bujang yang telah lanjut usia anda wajiblah berikhtiar mencari pasangan hidup tetapi janganlah terlalu memilih kerana jika anda terlalu memilih orang yang anda idamkan mungkin tidak akan datang dalam hidup anda! Allah SWT juga mengingatkan kita akan perkara ini betapa kita perlu menerima jika ada yang sudi menerima anda meski pun ada kekurangannya yang tidak berkenan di mata anda tetapi mungkin ada hikmah di sebalik kekurangan tersebut, hanya Allahlah Yang Maha Mengetahuinya.

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 59)


Balang retak sampai kat sini Elok dibiar tak guna lagi Bujang terlajak ramai sekali Sebuk belajar lupa beristeri Batang balak batang jerami Mula dibeli dari Bali Bujang terlajak tak kahwin lagi Bila nak beristeri tak tahu lagi Batang balak turut diniaga Bersih sendiri larat sekali Bujang terlajak lanjut usia Maseh mencari setakat ini Batang balak dibuat rakit Memaku bendera di sebelah sana Bujang terlajak bukan sedikit Berlaku kerana peredaran masa Batang balak perlu diselia Tentu berharga bila dijaga Bujang terlajak selalu berusaha Membantu keluarga perlu diutama Balang retak sesama sendiri Akibat jatuh setelah dibeli Bujang terlajak lama menyendiri Berat jodoh itulah terjadi Balang retak dingin sekali Setelah lama dibiar di malam hari Bujang terlajak ingin beristeri Entah bila tercapai hajat di hati Suka memantau padi di huma Bukan meneka hama menjelma Dara atau janda sudi diterima Asalkan mereka ada agama Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 60)


Batang bajak, balak dan baji Bagi sepuluh letak kat sini Bujang terlajak tak kahwin lagi Cari jodoh tak jumpa lagi Batang balak beringin diberi Kuda padi tak sepadan menghela Bujang terlajak ingin beristeri Ada yang sudi tak berkenan pula Balang retak banyak sekali Cawan pula terbelah di bucu Bujang terlajak bila nak berbini Kawan, ada sudah bercucu Batang balak dibuat jenang Batang jati dibuat palang Bujang terlajak bila nak meminang Yang menunggu nanti kecundang Batang balak dibuat perahu Bahagian kuala keladak melulu Bujang terlajak baru tahu Segan bila diajak bertemu Balang retak sudahlah pecah Gagak asing melanda melulu Bujang terlajak serba salah Emak bising tak ada menantu Batang balak melulu dari hulu Nyaris bertemu anjung istana Bujang terlajak termangu-mangu Gadis ditunggu tak kunjung tiba Berbual-bual buntu kerana dihalang Bayang budak masih bersarang lagi Terkial-kial tak tahu bila penghujung Bujang terlajak masih seorang diri

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 61)


Pantun Soal Jawab Bujang Terlajak

Alahai kenapa dingin udara malamnya Betapa letih tunggu datang pagi Wahai saudara ingin saya bertanya Kenapa masih membujang lagi?

Kelapa muda beri sepuluh Enak inti agar campur gula Masa muda lupa cari jodoh Sekarang ini agak sukar pula

Alahai saudara mara makin membantu Zaman dingin dah menghilang Wahai saudara saya ingin tahu Tak ingin nak tamat zaman bujang?

Meremanglah dada kedinginan salju Tungkulah bukan dicapai sepatutnya Memanglah ada keinginan itu Tunggulah akan sampai masanya

Makanlah cermai selera berganda Bolehlah dibantu sama bawang muda Bukankah ramai dara dan janda Pilehlah satu mana yang suka

Bulan sudah dibagi sepuluh Hanya faedah diharap menyerlah Bukan mudah mencari jodoh Semuanya ketentuan di tangan Allah

Kelapa cermai buah-buahan kita Salin menyalin untuk diubah Kenapa ramai golongan saudara Semakin hari semakin bertambah?

Hendak berjaya segeralah hambatnya Cita rasa makin sakan terasa Tak tahulah saya secara tepatnya Saya rasa mungkin peredaran masa

Kenapa dingin hari persidangan Tujuh rayuan sokongan disuara Saya ingin memberi cadangan Tubuh persatuan golongan saudara

Citarasa tulus pandangan sendiri Meluah sering, bakal dikekal Saya rasa bagus cadangan ini Dapatlah saling kenal mengenal

Bawa pulang kelapa muda Memileh supaya menyukakan semua Ada seorang janda muda Boleh saya kenalkan pada saudara?

Ketika di pasar sapa menyapa Cara beramah bukannya selalu Jika benar apa yang dikata Saya kenalah melihatnya dulu

Bila suara memburu cepat diperhati Semakin ketara terus mendatang Jika tiada bertemu hajat di hati Mungkin saudara akan terus membujang?

Kemana hilang mutu cara semakan Walau difikir cara tulus dirancang Apa yang mampu saya lakukan Kalau dah takdir saya terus membujang

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 62)


Pantun Duda Lantun melantun kian kemari Lantun di beranda sebelah sana Pantun memantun kita di sini Pantun Duda itulah nama

Lantun melantun kian kemari Tetaplah sama mara melanda Pantun memantun kita di sini Harap taklah lama menduda

Al kisah pernikahan yang pendek umurnya, pelbagai punca terjadinya perpisahan yang amat menyayatkan antara pasangan suami isteri, sedang kebahagiaan baru saja dikecapi bila dengan tak semena-mena ribut datang melanda mungkin berpunca kerana kematian isteri, kecurangan isteri, campur tangan keluarga isteri dan mungkin juga salah sang suami sendiri yang bermain kayu tiga, entahlah dunia, dunia..

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 63)


Rakan membelai suasana redup Tadi rapat bukannya sempit Bukan bercerai semasa hidup Isteri wafat kerana sakit Bila-bila masa sebut senada Harap ceria seperti sediakala Tiba-tiba saja ribut melanda Menyebabkan dia menjadi duda Kelapa bersabut si kelapa tua Inti dibalut enak rasa Betapa serabut benak si duda Isteri merebut anak tercinta Kasih lebur sedih menjengah Tidak disangka singkat noktah Tanah kubur maseh merah Duda sudah akad nikah Padah menjerat ikan di kuala Luka merata disengat tika menjala Sudah terpikat dengan si dara Duda bercinta tak ingat dunia Benak menebar banyak seruan Mengapa leka kerap menimpa Anak terbiar tidak keruan Duda terkena perangkap janda Tapai diberi kekasih hati Dara memendam isi hati Sampai kini masih mencari Duda mengidam isteri sejati Mula mencuba berdiri sendiri Setelah lama isteri disemadi Duda berusaha mencari isteri Sudah mencuba belum menjadi Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 64)


Tahan budak main goli Enak gula kelapa hendak dicuba Bukan tak nak kahwin lagi Anak dibela si bapa menduda Bahulu Melaka penganan lama Selesai disaji boleh dirasa Bertemu si dia bukan sengaja Sampai kini maseh bercinta Terbayang si dia berada di sisi Diri melayang tidak terperi Terkadang ingin beristeri lagi Tapi bimbang kezaliman mak tiri Kenapa disebut anak Mak Dara Nanti diri akan disakiti Betapa serabut benak si duda Mencari isteri berkenan di hati Orang dicinta kemana menghilang Duda sudah gila bayang Hilang cinta kerana curang Janda bercinta dengan suami orang Madah pujangga seni mengarang Dikaji dan diulang selepas hilang Padah bercinta dengan isteri orang Isteri hilang dikebas orang Perihal bersenda padah terjerat Tidak kepalang itulah terjadi Menyesal si duda sudah terlambat Talak diulang telah tiga kali Kuda berlari berlaga diri Setelah cuba dijamu disogoh Duda mencari sehingga kini Entah bila bertemu jodoh Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 65)


Pantun Soal Jawab Duda

Berjalan kuda sampai di sisi Toleh hanya pada kuda tua Kebetulan ramai duda di sini Boleh saya bertanya saudara semua?

Benarkah hanya menggapai mesra Diri patuh dan setia padanya Silalah bertanya wahai saudara Kami bertujuh sedia menjawabnya

Gula-gula getahnya perlu dicegah Supaya terpelihara seni taman kita Mula-mula nak tanya yang berbaju merah Bagaimana saudara menjadi duda?

Makan nasi beramai di tempat redup Beri bekalan hidangan enak Bukan kami bercerai hidup Isteri meninggal melahirkan anak

Bidalan terbentuk secara kebetulan Berbicara mesra sesama kita Soalan untuk saudara sebelah kanan Kenapa pula saudara menduda?

Kain tuala diberi yang diminta Meletak semula setelah diguna Lain pula yang terjadi pada saya Kerana tak setia itulah punca

Potong cakap berkenaan peribadi Aduhai batang tubuh sendiri terasa Tolong jawab soalan saya ini Wahai saudara yang berkaca mata

Saya suka kalau tak ditanya Tapi tak apa saya jawab juga Kerana suka melilau tak tentu hala Dia pergi meninggalkan saya

Aduhai mengapa budak ini di sini Bantulah diharap jangan disakiti Wahai saudara sejak tadi menyepi Tolonglah jawab soalan saya ini

Setia diberi bagaikan sia-sia Kecewa melanda tak dapat diduga Dia pergi meninggalkan saya Kerana gila pangkat dan harta

Bergema suara yang tidak diminta Telah lama memecah malam yang sepi Bagaimana saudara yang di depan saya Apakah saudara boleh curah isi hati?

Jangan disangka pileh dan suka Boleh bertahan sampai ke mati Bukan tak ada kasih dan cinta Dah tak ada jodoh berpisahlah kami

Acara semua tamat sudah kini Terima kasih sempat diseluruh Saya berdoa ke hadrat Ilahi Semuga semua mendapat jodoh

Bergema masih hingga dinihari Tetap disua suara telah kenali Terima kasih juga dari kami Harap doa saudara Allah berkati

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 66)


Pantun IT Dan Multimedia

Lantun melantun kian kemari Lain kali berkhemah diperaga Pantun memantun di laman ini Selain IT paradigma pun ada

Lantun melantun kian kemari Lantun di tepi semula terjadi Pantun memantun kita di sini Pantun IT Multimedia kita dekati

Pantun ini saya kerana saya begitu teruja dengan kecanggihan dan kepesatan kemajuan IT dan multimedia, tren begini boleh membantu setiap orang yang berhasrat memiliki alat teknoloji ini samaada untuk kegunaan sendiri, untuk pembelajaran, mencari peluang perniagaan dengan memasarkan barangan orang lain atau barangan sendiri, mencari maklumat dan banyak lagi kegunaan lain yang bergantung kepada keperluan anda sendiri, yang pentingnya untuk menggunakannya tidaklah sesusah dan harganya tidak semahal masa mula-mula teknoloji ini diperkenalkan kepada kita. Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk manfaatkan teknoloji ini untuk kepentingan dan kemaslahatan hidup anda, tetapi tolong jangan disalah gunakan peluang ini untuk perkaraperkara yang tidak berfaedah untuk diri sendiri atau untuk orang lain!

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 67)


Angkara madat akta dibuat Kerana bahaya mula menular Cakra padat cakra liut Antara cara media disebar Angkara madat akta disebut Akta lepas tiada kesannya Cakra padat cakra liut Cakra keras sama gunanya Akta baru adil gubalannya Tapi gusar oleh gelabahnya Cakra dulu kecil muatannya Kini besar banyak kelebihannya Kacau baulu bahan disedia Isi diubah pada acuannya Kalau dulu perlahan saja Kini tambah laju pemacuannya Semakin kedepan bukan menyerlah Utara perasaan berat didedah Menyalin menyimpan dan mengubah Antara kegunaan sangat berfaedah Sukar berborak segan bicara Bungkam bertambah kerana serlahan Gambar bergerak dan bersuara Merakam mengubah antara kelebihan Saudara mara jadi panduan Kerana kejadian telah selesai Antara cara menjadi jutawan Mencipta perisian usah diabai Berniaga antara beri kesempatan Menolong pelanggan penuhi keperluan Antara cara mencari pendapatan Lelong dan dropship lumayan jualan Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 68)


Menguji antara awal menyedia Keruan jadi bila terabur Strateji antara asal mula Bantuan universiti segala diatur Perlahan teliti jika susah Suntuk kerana jamuan dicelah Kemudahan teknoloji dibuka didedah Untuk menjana kemajuan menyerlah Teman suib tidak mengomil Kerana bicara teliti disemat Laman web borak dan email Antara cara mencari maklumat makin berseri uda dan dara Sukar disisip kata ceria Enjin pencari antara diguna Menyebar web serata dunia Baiki enjin masa lapangnya Setelah muatan susah dibawa Menjadi ejen antara peluangnya Tambah pendapatan mudah diusaha Ladang baru kita terokai Tiada merumput dan bermain api Bidang baru kita kenali Ada menyambut ada menyepi Baulu keria kasi tutup Yang dibalut semperit patutlah dijaga Dahulu hanya pc dan laptop Sekarang android, ipad, ipod pun ada Perniagaan sihat bawa keuntungan Mengkaji kaedah mencari mengubah Pelanggan lihat contoh barangan Membeli belah menjadi mudah Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 69)


Soal Jawab Pantun IT Dan Multimedia

Kerana di sini tidak ditanam biji Tentulah karut jati bertunas semula Saya ini banyak tidak faham lagi Apakah maksud IT multimedia?

Peti sebelah dikunci cermat Sedia menjaga mahir setara kata IT adalah teknoloji maklumat Multimedia pula pamir antara muka

Perlulah bantuan gotong royong sekali Supaya bekalan padi sedia ditanami Boleh tuan tolong jelaskan lagi Apa peranan IT multimedia ini?

Makan roti beralaskan lengan Manakala disua secangkir airnya Peranan IT memudahkan hubungan Sementara multimedia pamir maksudnya

Rasa dingin di sebelah sini Nyala api dedah bahangnya Saya ingin penjelasan lagi Apa lagi faedah darinya?

Barang lusuh seperti berkarat Barang berkarat diketepi segera Yang jauh menjadi dekat Yang dekat menjadi mesra

Ada masa bicara perlu supaya membantu Berpakatlah bentuk muafakat secermatnya Bagaimana sesuatu perkara saya ingin tahu Adakah mudah untuk dapat maklumatnya?

Kenapa bersebelahan duduk diminta Kerusi sangat banyak sudah dibeli Antara kemudahan untuk kita Mencari maklumat mudah sekali

Kain disemat akan dihulur Bolehlah panjang kain cecah matlamatnya Selain maklumat dan berhibur Apakah yang lain boleh dimanfaatkannya?

Kebaikan berbalas berkenaan keserasian Sambil keserasian dijaga berterusan Pembaikan perkakas dan binaan perisian Ambil bahagian mana berkemahiran

Toleh sana intai bini tersengeh Bini kata bedak bawa bekal Boleh buka kedai jadi tauke? Tapi saya tak ada banyak modal

Pegang juga sambil rasa gusar Nyata terbukti tidak kekal Berdagang dan berniaga kecil besar Kita boleh jadi tauke tanpa banyak modal

Semuga berselisih sampai tujuan kemari Boleh memberi pengakuan budak tadi Terima kasih wahai tuan bijak bistari Adakah lagi yang tuan hendak beri?

Sambutlah bidang dagang terkini Pakailah kemudahan disuruh tadi Rebutlah peluang yang kita ada ini Terokailah jangan bertangguh lagi

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 70)


Pantun Janda

Lantun melantun kian kemari Lantun terkena muka sendiri Pantun memantun kita di sini Pantun janda nama diberi

Lantun melantun mengapa begini Pantun janda nama diberi Pantun memantun kita di sini Semuga janda wajah berseri

Fenomena yang hampir sama dengan nasib duda, mereka bercerai mungkin kerana suami meninggal dunia, mungkin kerana suami curang, mungkin kerana tak rela dimadu, mungkin kerana diri sendiri curang atau mungkin kerana tempoh jodoh antara mereka suami isteri habis bernoktah atau entah apa, apa lagi sebabnya hanya Allah yang mengetahuinya dan mereka sendiri yang tahu sebab musababnya kerana berlakunya perkara ini adalah kepada mereka sendiri.

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 71)


Rakan membelai suasana redup Tadi rapat bukannya sempit Bukan bercerai semasa hidup Suami wafat kerana sakit Tahan budak main goli Enak gula kelapa hendak dicuba Bukan tak nak kahwin lagi Anak dibela si janda muda Bulu kuda disikat perlahan Tiada diberi bebas memileh Dulu dara terikat aturan Janda kini bebas memileh Berdiri kuda setelah disergah Tapak seliaan cuba digelidah Menjadi janda bukanlah mudah Banyak dugaan dan juga fitnah Setelah berjamu selesai tadi Kopi susu dan makanan ruji Sudah bertemu berbagai lelaki Tapi satu pun tak berkenan di hati Sudi memberi belaian sayang Menggapai bayang mula melanda Diri menjadi perhatian orang Ramai yang suka si janda muda Menjaga diri selalu diselia diteliti Kerap mencuba pegaga dan ati-ati Janda kini bertemu si jejaka dicari Harap janda bahagia hingga ke mati

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 72)


Bila-bila masa sebut senada Harap ceria seperti sediakala Tiba-tiba saja ribut melanda Menyebabkan dia menjadi janda Mula semula menyemai biji Teliti dijaga sampai baja dibeli Cuba digoda ramai lelaki Tapi si janda pandai menjaga diri Menjamu tokoh tekun dilaku Tadi diminta ketupat dibeli Bertemu jodoh tahun yang lalu Menjadi janda cepat sekali Kuda melulu payah didekati Berasak-asak berlari kemari Janda bertemu si buah hati Anak-anak kini terbiar sendiri Kerisek kelapa tadi diminta Kalau tiada, hilang lemaknya Membisek menggoda si lelaki buaya Namun si janda mampu menilainya Mula merebus jamu di tungku Bedah minta bila berkunjung nanti Si janda terus tak jemu menunggu Bilakah menjelma si jantung hati Bermadah selalu disekali Tanda seni sudah bersemi Setelah lama jemu menanti Janda kini sudah bersuami

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 73)


Soal Jawab Jawab Pantun Janda

Aduhai berseri bilik dan dewan Setelah acara tadi berupa pengenalan Wahai saudari semua cantik rupawan Boleh saya memberi beberapa soalan?

Tadi bersua si dia dengan isterinya Juga budak disuruh berbual sama sendiri Kami semua sedia menjawabnya Jika tidak menyentuh soal peribadi

Duhai penyeri bukanlah lama Sebelah pagi lembab tiada melanda Wahai saudari di sebelah kanan saya Boleh beri sebab mengapa menjanda?

Hendakkah sesiapa bertanggung jawab Semakin menipis buluh yang ada Tak tahulah apa nak jawab Mungkin dah habis jodoh saya dan dia

Seharusnya bersabar jangan berkelahi Gagah diharap kejayaan mahligai didiri Seterusnya di sebelah kanan sekali Tolonglah jawab pertanyaan tadi

Isteri kedua meminta fasah Kecewa kerana suami nak nikah Kami berdua terpaksa berpisah Kerana dia cari madu tak sah

Kejayaan bersatu upaya diberi Segala hajat diselami diteliti Pertanyaan dituju kepada saudari Adakah niat nak cari ganti?

Perbualan diseli harap dipuji Sebarang kata rapi dicuba Soalan saudari saya jawab begini Memang ada tapi tak tahu cara

Penjualan seharusnya berhemah diberi Ketika barang disua disalin dan diberi Persoalan seterusnya saudari sebelah sini Suka orang tua yang inginkan saudari?

Berlalulah siakap petang ini Sementara keli selalu di sini Malulah nak cakap tentang perkara ni Perkara begini terlalu peribadi

Bentuk peribadi yang belum diuji Sebagaimana mulia sifat sejati Untuk saudari yang senyum sejak tadi Bagaimana pula pendapat saudari?

Jika tersedak cepat diubati Semakin menyeksa dada adanya Jika tidak dapat hajat di hati Mungkin terpaksa menjanda selamanya

Memberi kasih cinta bersua Muga menyerlah menyentuh usia Terima kasih saudari semua Semuga Allah beri jodoh semua

Bila selasih sama dinikmati Sirap pula penyeri menyerlah Terima kasih dari kami Harap doa saudari diterima Allah

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 74)


Pantun Kahwin Jangan Tak Kahwin Lantun melantun kian kemari Kain, bukan lain hendak diberi Pantun memantun kita di sini Kahwin, jangan tak kahwin disukai

Lantun melantun kian kemari Cuba kain salinan di majlis Pantun memantun kita di sini Muga kahwin berlainan jenis

Pantun ini berdasarkan kepada perkara yang menyentuh mengenai hubungan sesama manusia, hubungan haiwan dengan haiwan dan hubungan tanaman dengan tanaman, kurang jelas maksud saya? Baiklah biar saya jelaskan maksudnya, jika kita menyentuh tentang hubungan sesama manusia berkenaan kahwin orang Islam kalau nak kahwin mesti bernikah dahulu kemudian barulah boleh kahwin kerana nikah berarti kita mengikut perintah Allah SWT dalam menyatukan antara lelaki dan wanita (kahwin) untuk tujuan mengembang biakkan manusia menurut ketetapanNya, sementara untuk mengembang biakkan haiwan dan tumbuhan hanya dengan mengkaji dan mengambil keputusan yang tepat untuk mencantumkan kedua-dua baka supaya penghasilannya bertambah beberapa kali ganda. Betul tak?

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 75)


Kahwin jangan tak kahwin Kejap ada kejap tak ada Kahwin jangan tak kahwin Sedap ada sakit pun ada Tempat dipanggil Kota Sarang Semut Tempat berkumpul semua semut Sampai menggigil hendak menyebut Lain disuruh lain yang disahut Kahwin jangan tak kahwin Ini kisah jangan ambil pusing Kahwin jangan tak kahwin Lembu kahwin dengan lembu asing Kahwin jangan tak kahwin Dulu sain suami lupa diri Kahwin jangan tak kahwin Lembu kahwin sama sapi Kahwin jangan tak kahwin Menantu mak sudah berisi Kahwin jangan tak kahwin Melayu mamak bagai serasi Kahwin jangan tak kahwin Budak budak mana boleh kahwin Kahwin jangan tak kahwin Suami hendak isteri sain Kahwin jangan tak kahwin Walau lain semua setempat Kahwin jangan tak kahwin Kalau kahwin jangan lebih empat Main jangan tak main Bukan main adegan engkau dedah Kahwin jangan tak kahwin Jangan kahwin dengan mak nyah Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 76)


Kahwin jangan tak kahwin Kalau budak benggali halau kibas Kahwin jangan tak kahwin Kalau tak nanti engkau melepas Kahwin jangan tak kahwin Bumi dilanda dek ribut salji Kahwin jangan tak kahwin Suami mengada nak kahwin lagi Kahwin jangan tak kahwin Budak lain lupa join Kahwin jangan tak kahwin Anak kahwin bapa pun kahwin Kahwin jangan tak kahwin Bini resah sain disogok Kahwin jangan tak kahwin Ini kesah kahwin pokok Kahwin jangan tak kahwin Kain dicampur dalam baldi Kahwin jangan tak kahwin Kahwin campur siapa peduli Kahwin jangan tak kahwin Berlian disalin tidak menjadi Kahwin jangan tak kahwin Durian kahwin enak sekali Kahwin jangan tak kahwin Sain bini minta lagi Kahwin jangan tak kahwin Kahwin lagi enak sekali Main jangan tak main Halau budak main tepi telaga Balqis Kahwin jangan tak kahwin Kalau nak kahwin mesti sama jenis Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 77)


Soal Jawab Pantun Kahwin Jangan Tak Kahwin Rumah dan pangkin ditempat redup Tepi muara kuala dibentuk diselia Mudah berkahwin bagi benda hidup Tapi bagaimana pula untuk manusia?

Percaturan dibentuk dalam menjaga Barulah faedah dituju terjamin Peraturan untuk umat Islam pula Tentulah nikah dahulu baru kahwin

Bila pinangan tidak direstui Adakah cara lain boleh diguna? Jika pasangan wanita tidak diminati Bolehkah berkahwin sama jantina?

Bukan sain sebarang sain Kalau sain mestilah ruangan diminta Jangan kahwin sebarang kahwin Kalau kahwin mestilah pasangan wanita

Kenapa dipakainya kain yang nipis Imbasan menyerlah, tubuh dijeling jeling Apa salahnya kahwin sejenis Kebebasan bukankah hak masing-masing?

Usia tidak kecerdasan dilakar Sawan meruntun makin menghiris Manusia tidak buat perkara mungkar Haiwan pun berkahwin berlainan jenis

Halau buaya dari Semarahan Buaya bukan boleh ditepis Kalau saya diberi pilehan Saya akan pileh sama jenis

Betapa angin membinasa menghakis Merekah bersepai awan menipis Kenapa ingin jantina sama jenis Bukankah ramai lawan jenis?

Angkara pengkianat mengaum seruan Supaya beralih cinta menipis Saya tak minat kaum perempuan Saya lebih suka kaum sejenis

Butakah padah cium belut Telah dihebah amaran nyata Ingatlah sejarah kaum Lut Dibinasakan Allah kemungkaran sama

Acara malam dilihat tak keruan Dari gaya pudar bersamanya Saya tak faham nasehat tuan Naluri saya sukar terimanya

Mengalah menyerlah makin dilakar Berilah cinta sejati dan meneguhkannya Allah telah tetapkan perkahwinan benar Marilah kita mentaati dan patuhinya

Luka lama pedih tergurisnya Mengia petaka menggapai durjana Jika saya pileh sama jenisnya Bahagia dirasa bagai dunia saya punya

Turutlah sama jangan diingkar Buatlah supaya kurang berlainan Ikutlah agama kahwinlah cara benar Ingatlah agama bukan barang mainan

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 78)


Pantun Kahwin Tak Jadi

Lantun melantun kian kemari Kain koyak tepi terkait duri Pantun memantun kita di sini Kahwin tak jadi nama diberi

Lantun melantun kian kemari Muga dikhabar seperti siaran Pantun memantun kita di sini Muga bersabar hadapi cabaran

Kalau haiwan atau tumbuhan mungkin kerana kesilapan analisa pakar tentang induknya maka dibatalkan cadangan perkahwinan tersebut, akan tetapi trajedi yang menyayat hati jika melibatkan hubungan sesama manusia dalam cinta dan kasih sayang yang sudah mesra dan hampir melansungkan ikatan pernikahan dan hidup serumah seperti dirancang tapi tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab antaranya mungkin pihak lelaki mungkir janji atau mungkin pihak perempuan mungkir janji atau mungkin berlaku kematian salah seorang dari mereka! Sungguh kasihan pada, mereka saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah jika semasa anda membaca eBuku ini anda seorang mangsa keadaan ini dan maafkan saya jika tulisan ini menyentuh perasaan yang telah lama berlalu tapi kembali mengganggu bila membaca tulisan ini, saya doakan anda mampu bersabar dan nasihat saya jangan sekali-kali anda berputus asa dalam menjalani kehidupan ini semua yang berlaku adalah ketetapan dan ujian dari pencipta kita Iaitulah Allah SWT..

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 79)


Bercerita sakan sampai terbabas Tinggi sarang si burung kedidi Bercinta sakan bagai belangkas Tapi sayang kahwin tak jadi Berenang lama padah sejuknya Tadi berbincang lain dituruti Bertunang lama sudah waktunya Tapi sayang kahwin tak jadi Berdua menyantap nasi beriani Kopi terhidang lain dihajati Semua dah siap menanti Tapi sayang kahwin tak jadi Risikan saudara sudah berkali Memberi bayang setuju di hati Bisikan mesra sudahlah lali Tetapi sayang kahwin tak jadi Sakan berharap memecah sunyi Diri membayang bahagia dekati Kawan bersiap ke rumah kenduri Tapi sayang kahwin tak jadi Ketara semua berpakat bersekali Demi merancang anak dikasehi Antara kedua lama mengikat janji Tapi sayang kahwin tak jadi Demi cinta layak berkecuali Nanti datang dilain kali Budi dan harta banyak diberi Tapi sayang kahwin tak jadi

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 80)


Berlawan berlaga bersama-sama Tinggi sarang si burung kedidi Berkawan bermesra sudahlah lama Tapi sayang kahwin tak jadi Kemaraan banjir sampai kemari Tinggi sarang si burung kedidi Kemesraan dipamir di sana sini Tapi sayang kahwin tak jadi Ruang ditampung kedua setuju Berarti kurang cahaya matahari Orang kampung semua dah tahu Tapi sayang kahwin tak jadi Membelai mesra wajah dipandang Tetapi sayang lain di hati Ramai saudara telah bertandang Tapi sayang kahwin tak jadi Berjalan Bedah mengkhabar berita Bagi bertandang ke rumah nanti Jemputan telah disebar merata Tetapi sayang kahwin tak jadi Hati ceria berperi-peri Hari dinanti tak lama lagi Hari bahagia dinanti-nanti Tapi sayang kahwin tak jadi Kasehan di hati tanpa temberang Tadi datang Awin seorang diri Pilehan sendiri betapa disayang Tapi sayang kahwin tak jadi

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 81)


Soal Jawab Pantun Kahwin Tak Jadi

Adakah terdapat ketentuan bicara sepi Lain terjadi setelah menghilang diri Apakah pendapat tuan perkara begini Kahwin tak jadi sebab salah seorang mati?

Kerana pulang letih dan tertekan Diri merasa keharuan tak terperi Apa yang boleh saya katakan Ini perkara ketentuan dari Ilahi

Kegelisahan diri mengguris perasaan Pecahan penyatuan dilanda petaka Perpisahan terjadi di majlis pernikahan Kasihankah tuan kepada mereka?

Memancang bergema ampaian dibuat Memunggah lebihan betapa beratnya Merancang lama tak kesampaian hajat Memanglah kasihan kepada keduanya

Ketua dah berumur tapi gagah berani Ada halangan laluan tapi tabah dihadapi Semua dah diatur tapi berubah hati Apa pandangan tuan perlakuan begini?

Walau susah nak ubah sendiri Merancanglah sama dipikul Kalau sebelah pihak berubah hati Berbincanglah secara yang betul

Adakah tumpuan menjejaskan diri Kerana tak bersatu kurang diteliti Bolehkah tuan memperjelaskan lagi Saya tak mampu bayangkan sendiri

Kelibat kesamaran hilang sendiri Menggapai perpisahan petanda terjadi Akibat kekecewaan yang dialami Berbagai perasaan melanda diri

Mengapakah tujuan selalu tidak diteliti Bicara kata bersendi madah memperli Bolehkah tuan beritahu saya lagi Kenapa perkara begini boleh terjadi?

Angkara selalu terjadi lengah bertindak Merana melanda tidak terlibat diharap Gejala ini berlaku pada setengah pihak Kerana tidak ada sifat tanggungjawab

Lihat ketentuan seraya berteka teki Tapi menjurus bukan setara diberi Nasihat tuan supaya mereka berhenti Dari terus melakukan perkara ini?

Adigan memalukan gejala yang dijalin Tidak berpekerti angkara tadi terjadi Jangan lakukan kepada orang lain Kelak nanti terkena diri sendiri

Menghargai berperi habuan diberi Berupa seruan menjaga sifat dibangga Sebagai mengakhiri pertemuan ini Apa harapan tuan kepada masyarakat kita?

Rasa sedap jika disua lagi Lepat dibawa dari Miri Saya harap kita semua menjadi Masyarakat berwibawa dan ada jati diri

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 82)


Pantun Keluarga Lantun melantun kian kemari Lantun berlaga bersama-sama Pantun memantun kita di sini Pantun keluarga diberi nama

Lantun melantun kian kemari Jaga selia janganlah leka Pantun memantun kita di sini Semuga keluarga hingga ke syurga

Jika Anda seorang suami, anda seharusnya atau lebih tepat lagi wajib bagi anda memimpin isteri anda menjurus ke arah wanita/isteri yang solehah! Ajarlah dia dengan ilmu-ilmu agama dan ajaklah dia sama-sama mendirikan solat 5 waktu. Jika anda seorang isteri, wajiblah bagi anda mentaati suami anda tanpa berbelah bagi lebih-lebih lagi jika suami anda seorang yang taat kepada Allah SWT. Jangan sekali-kali anda derhaka kepada suami kerana derhaka kepada suami, maka nerakalah tempat anda diami. Jika anda seorang anak, wajib bagi anda mentaati kedua ibu dan bapa anda, jaga dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi anda. Jangan sekali-kali anda melukakan perasaan mereka tapi sebaliknya hendaklah anda menyukakan hati mereka. Ingatlah sebagai anak kita tidak mampu membalas jasa-jasa mereka kerana jasa mereka kepada kita amatlah besar yang semamangnya tidak mampu kita membalasnya, kita hanya berpeluang berbakti dengan berbuat baik kepada mereka dan orang-orang yang mereka sayangi! (Tahukah anda, bahawasanya keluarga kita bukan saja semasa di dunia? Bahkan kita akan berkumpul semula di Akhirat (berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT!) Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 83)


Antara mentua juga keluarga Riak diatur itulah utama Antara kedua ada tak kena Bertolak ansur begitulah cara Kulit gelembung terkena onak Afiat diharap dari Mak Limah Sakit mengandung derita emak Zuriat diharap menyeri rumah Antara petua senaman diguna Untuk menjamin sihat sentiasa Derita sengsara dikandung jua Janin membesar membawa bahagia Jika dikerat kepala udang Keratlah sekali kerapu dan tongkol Jika berat mata memandang Beratlah lagi bahu memikul Jangan berjalan ditengah hari Berteduh berlindung elak matahari Sembilan bulan sepuluh hari Tempuh mengandung perlu dilalui Belum pasti jauh perjalanan Diri dibayangi wajah isteri Bapa menanti penuh debaran Isteri disayangi sudah berisi Kelapa tertiarap hala kedepan Sabut perlu tidak kecukupan Bapa bersiap segala kelengkapan Menyambut kelahiran anak harapan Siapa kata kaya berniaga Berangan saja tiada dikota Bapa berusaha membahagia keluarga Dengan menyedia segala diminta Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 84)


Sekian lama melayari bahtera Janji diikat bersatu setia Usah leka melayani gelora Pasti tersekat buntu melanda Pekan indah terus berjaga Ehwal islam ustaz ceramah Bukan mudah mengurus keluarga Kawal dalam lafaz berkhemah Perihal senandung ria diolah Hasnah budak muda dan montok Awal mengandung loya dan muntah Kerenah budak mula membentuk Bubur berangan enak dirasa Anak dipangku nyenyak tidurnya Gugur kandungan emak terseksa Anak ditunggu tak lahir ke dunia Bidan tua sukalah menjahit Labuh kain diangkat sedikit Berbadan dua terhentilah haid Tubuh sihat berganti sakit Sayuran salat tahu dan ikan Antara campuran sajian makanan makanan berzat perlu diamalkan Selain senaman menyihatkan badan Berihat faktor selalu dijaga Bentuk jadual jadikan rutin Nasihat doktor perlu disegera Untuk kesihatan diri dan janin Tangan sebelah dibahu kiri Upaya juga menyedia segala Tanggungan bertambah perlu tangani Supaya keluarga bahagia sempurna Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 85)


Tidak terlena sedar semula Banyaklah sangat ditimpa sengsara Anak berguna mendengar kata Tidaklah penat bapa menyara Belanja bebas budak remaja Diberi sara si bapa juga Bekerja keras tidak mengira Demi keluarga si bapa rela Mengapa sayang tidak berputik Direbut angan benak mengusik Betapa sayang bapa membisek Lembut tangan tidak menjentik Merusuh menggasak kerja pengkhianat Tanpa hendak tahu menyiasat Membasuh memasak sama dibuat Bapa tidak jemu meluat Mahligai bahagia harus dijaga Ubah perbuatan sayang berpanjangan Berbagai cara terus diusaha Tambah pendapatan imbang tanggungan Hanya ada anak dan suami Emak menjangka banyak faedahnya Letaknya syurga ditelapak kaki Anak derhaka buruk padahnya Ikan tetuka dibuang lemak Hendak dimasak bersama keladi Bukan tak rasa disayang emak Sudah dasar tak kenang budi

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 86)


Mengapa sayang tidak berputik Benak menggila serabut mengusik Ada yang kata bapak borik Anak pula dikata rintik Seloka silam lagi berguna Direka bekarya para pujangga Gembira bersulam hati ceria Bapa berjaya menyara keluarga Siapa berdalih siapa menduga Tidak sudi tidak gusar beta Bapa bersedih angkara keluarga Anak isteri tak dengar kata Beri segala tidak mengira Biar semangat segera terbina Bagi belanja bapa rela Agar berkat bapa menyara Kenapa banyak tertunggeng tertiarap Bantulah menegak dengan segera Bapa tidak bertanggungjawab Tentulah merosak hubungan mesra Sapa-menyapa tujuan intraksi Hingga banyak budi diberi Kenapa bapa berkelakuan begini Keluarga tidak lagi dipeduli Ikan disalai lemak tundung Belah di sirip letakkan pandan Bukan salah ibu mengandung Sudah nasib permintaan badan

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 87)


Lunak suara berdondang sayang Istilah lama berbagai kiasan Mak dah tua kini terbuang Inikah cara sebagai balasan Tersua kancil di ambang semak Mengarah sasar di hujung tombak Semasa kecil ditimang emak Sudah besar ditimang ombak Pinggan dan cawan baru dibeli Usah disamak Elok saja dicuci Kesilapan berkawan itu dituruti Ayah dan emak tak berguna lagi Dengan kemelut dirumah kita Marilah disemak bukan dicela Jangan kedekut beramah mesra Pujilah anak dikesempatan ada Haluan tidak nampak daratan Hati curiga melihat bekalan Kemahuan anak tanpa batasan Dituruti hingga sesat jalan Duga menduga bukan tak boleh Tapi biarkanlah sengketa tak guna Manja memanja bukan tak boleh Tapi biarlah berpada-pada Kesut mengesut kelihatan tak kena Buruan menghambur dengan segera Hasud menghasud perbuatan durjana Tujuan menghancur hubungan mesra Tidak terlanjur selalu disemaikan Dengan mengelak sengketa remeh Bertolak ansur itulah diamalkan Hubungan retak segera dipulih Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 88)


Enak rasa jagung muda Enak lagi diisi gula Emak sengsara menanggung derita Anak dikasehi menjadi derhaka Payah bersua sidondang sayang Istilah lama berbagai kiasan Ayah dah tua kini terbuang Inikah rupa sebagai balasan Meredah semak tersayat sembilu Tidak terbilang derita ngilu Ayah dan emak tersangat pilu Anak menghilang secara melulu Terang menerangi sesama kita Membiaya membelanja itulah dijaga Sayang menyanyangi antara kita Bahagia keluarga itulah beharga Sagu kelapa usah dikari Memadai lemak santan sendiri Ibu bapa salah sendiri Memanjai anak lupa diri Sedih dan sebak luas dititi Bayang mengganggu di hujung senja Ayah dan emak puas menanti Orang ditunggu tak kunjung tiba Jolok menjolok punya angkara Ajuk mengajuk padah sengketa Rajuk merajuk lumrah kita Pujuk memujuk perlulah segera Berpeti-peti barangan murahan Layak dijadikan makanan ikan Berhati-hati dengan tohmahan Banyak kejahatan dan keburukan Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 89)


Berperi-peri mensyukuri bahagia Dengan maksud bahagia terbina Berhati-hati melayari bahtera Jangan terhasud manusia durjana Helang berani kerana bertenaga Sarang tinggi itulah petanda Sang suami ketua keluarga Sang isteri pembantu nakhoda Padi menjadi jika dibaja Petak selari sangat dijaga Suami dan isteri keluarga dijana Anak memberi semangat berusaha Perlu diserta bukan belaian sahaja Bagi mencambah kesatuan diolah Dulu belanja makan pakaian sahaja Kini bertambah keperluan sekolah Diri tak indah lelah dan mengah Hanya keluarga terjalin muhibah Dari sekolah rendah naik menengah Belanjanya juga semakin bertambah Menyara menjaga asyik bersungguh Pesanan berguna turut diberikan Bapa berusaha didik mengasuh Pelajaran agama turut diusahakan Upaya mendakap erat bersemangat Tidak sia-sia munajat pada tuhan Bapa berharap amat sangat Anak berguna tidak sesat jalan

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 90)


Setuju usaha sama mengukuh Bercakap tidak tersasar dibina Ibu bapa menjaga bersungguh Harap anak membesar sempurna Berikan juga semangat sesungguhnya Demi menempa benak segar semula Bukan saja nasihat, ditunjuk contohnya Tapi kenapa anak tidak dengar kata? Selagi ibu dan bapa di dunia Perlu dijaga bukan disia-sia Setinggi mana kamu berada Ibu dan bapa jangan dilupa Menyemai selasih bersama halia Bantulah selenggara untuk menjaga Menyemai kasih bersama keluarga Itulah tanda keluarga bahagia Bukan diri tunduk sia-sia Telahan menduga supaya berjaya Pesan ini untuk anak semua Jangan derhaka pada ibu bapa Balak basah bakal diikat sebelah Bantu sama mengawal menjaga Tak pernah kenal penat lelah Ibu menjaga ehwal rumahtangga Jalin tiga kekwa hingga sempurna Supaya sejajar bunga disedia Memimpin keluarga takwa diusaha Bapa mengajar agama sempurna

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 91)


Budak jatuh boleh didiri Kerana bahaya tidak dikuatiri Banyak contoh boleh dipelajari Sengketa tidak bahagia diakhiri Selamat menyelamati cara petua Ulang mengulangi semua merasa Hormat menghormati antara kedua Sayang menyayangi bawa bahagia Makin berseri bedak dimuka Harap suami sudi bermesra Semakin hari anak berganda Tanggungjawab suami cari belanja Betapa beriya Menyediakan belanja Membukti adanya sayang tersemat Bapa menyedia bukan makanan saja Tapi semestinya yang berkhasiat Elok dibalas pesanan perhubungan Supaya tidak lupa maksud tujuannya Nyamuk dikibas dengan kain di tangan Menjaga anak supaya selesa tidurnya Dikelolakan supaya terus berguna Kalau leka dan terabai murung di jiwa Mendoakan mereka tanpa putus asa Walau mereka bagai patung bernyawa Bapa perihatin banyak memberi Menjaga memelihara tanpa sengketa Berjaya memimpin anak dan isteri Keluarga bahagia bawa ke Syurga

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 92)


Soal Jawab Pantun Keluarga

Teraju utama upaya mencetus bahagia Memantau menyelia sungguh bertenaga Ibu bapa terus menerus menasihati saya Walau pun saya kini sudah berkeluarga

Membina mengasas sifat mahmudah Sihat sejahtera semua mesra beramah Keluarga asas mayarakat bercambah Masyarakat wibawa bermula dari rumah

Setuju memikirkan lupa sengketa Cara mencapai bahagia itu diminta Ibu melahirkan dan bapa menyara Saya menghargai jasa ibu dan bapa

Peranan dimainkan kedua ibu bapa Menjaga memelihara supaya berguna Keletihan dibiarkan berdua menjaga Keluarga bahagia membawa ke syurga

Bila pudar kelak lampu kaca bercahaya Kurang lebih diganti mana yang ada Saya sedar tak mampu balas jasa mereka Yang boleh saya buat berbakti pada mereka

Siapa datang boleh diterima semuanya Memantap ilmu peluang dimenara Tiada yang lebih utama pada keduanya Mengharap anak tahu mengenang jasa

Semasa tiba cuaca petang bercahaya Manakala hilang digiliran senja Ada masa saya hilang punca Kerana tak suka leteran mereka

Ilmu berharga tertip dipelajari Mentelaah membedah isi diamati Ibu dan bapa wajib ditaati Itulah perintah dari Ilahi

Diri buntu kerana tiada harga diri Bagaimanalah cara hendak dijaga Kini ibu dan bapa saya tiada lagi Saya pernah derhaka pada mereka

Bila bertolak cepatkan waktunya Seperti diminta dalam perbualannya Jika tidak dapat ampunan keduanya Berarti neraka jahannam tempat diamnya

Ada cara usul boleh diterima Memperolehi segala seperti saranan Kadang kala saya tersasul juga Memarahi mereka kerana leteran

Berperi-peri menjaga dan memelihara Upaya bertindak lansung dahuluan Berhati-hati berbicara dengan mereka Supaya tidak menyinggung perasaan

Bicara berbunyi janggal dikeriuhan Jika menyebut akan kekuk cara Saya kini tinggal berjauhan Apa patut saya lakukan untuk mereka?

Dalil cepat datang menerpa Jikalau diminta kata dikota Ambil berat tentang mereka Walau dimana kita berada

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 93)


Pantun Latah Lantun melantun kian kemari Lantun usah sampai tak sedari Pantun memantun kita di sini Pantun latah nama diberi

Lantun melantun kian kemari Buang sebelah bukan di sini Pantun memantun kita gemari Orang melatah jangan dikasari

Hasil kajian oleh pakar saikoloji mendapati bahawa berlakunya latah adalah kebanyakkan dari sebab keturunan dan selain itu berpunca dari sifat mudah terperanjat dan ada juga yang disebabkan oleh kerana mengajuk orang lain melatah sehingga berjangkit padanya dan kekal kepada orang tersebut, sikap suka melatah atau terlatah ini didapati banyak berlaku di kalangan orang perempuan tetapi jarang berlaku kepada lelaki dan berlakunya pula di kalangan orang asia. Nasihat saya, anda tidak melampau mengusik mereka kerana mungkin akan menyebabkan mereka kepenatan yang amat sangat jika tidak dikawal mungkin juga boleh membahayakan diri mereka dan anda sendiri!

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 94)


Buang itu dan buang ini Apa dilakukan bukanlah sengaja Orang itu dan orang ini Semua sukakan telatah dia Memapar budak turut dibuat jua Malah berperi-peri membelek sama Dikejar Mak Norah cabut semua Latah menjadi-jadi diusek saudara Sekuat mana badang sendawa Cerita digarap penghibur saja Membuat semua orang ketawa Mak Norah bagai penglipur lara Memanglah suka kehadirannya Terbayang dirinya ada bersama Melatah ada kelebihannya Yang bersedih jadi gembira Mula menyangka setelah sedari Hendak meniarap tapi tersilap Apakah punca latah terjadi Banyak sebab dan musabab Berpada-pada mengata mengejek Supaya ceria tak jadi duka Ada kala mereka rela diusik Ada masa tak sudi pula Kalau terdampar di pulau labuan Rakit ada tak perlu curiga Kalau ditampar pelatah perempuan Sakit mungkin tak begitu dirasa Bencana bukan tidak diduga Semua sudah dimaklumi bersama Waspada jangan terlampau suka Ada masa mendatangkan bahaya Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 95)


Sedang mengah diri Mak Norah Budak tadi main acah-acah Pantang disergah pasti dia melatah Tak berhenti melain ditegah Berderau darah Mak Norah disapa Kenapa bukan disebut nama Kalau sudah latah melanda Apa dilakukan diikut sama Menurut kata semua suka Mencemik muka sepadan disua Disebut bersama apa dikata Bersolek juga bukan sengaja Potong getah bulan ketiga Getah jerut usah dihala Orang latah bukan sengaja Mudah terkejut itulah angkara Lada sula harap dibelikan Suka cuka sebab kemasaman Ada kata sebab keturunan Ada pula sebab makanan Usah dipadan sebelum bersua Kerana mungkin beza sekali Latah bukan kaum hawa saja Terkena juga kepada lelaki Perlahan cerita perkara sedih Adegan lampau terdetik semula Kasihan mereka kerana letih Jangan melampau usik mereka Berwaspada membisik mengata Padah kelak dapat malu Berpada-pada mengusik mereka Pelatah tak sedar apa dilaku Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 96)


Soal Jawab Pantun Latah

Berilah bantuan bukan aniaya Berapakah barang yang telah dipunggah? Bolehkah tuan menjelaskan pada saya Mengapakah orang boleh melatah?

Beri timba gayung dan baldi Setelah berisi barulah diangkut Dari sumber yang saya perolehi Latah terjadi kerana mudah terkejut

Bolehlah dilap dulang dengan kain Sekarang bantuan telah diberikan Adakah sebab-sebab yang lain Yang tuan boleh jelaskan?

Sementara kebab kurang ditadah Tunjuk yang lain untuk dikunyah Antara sebab orang melatah Mengajuk orang lain melatah

Kain diberi satu guni Memakai bantuan kerana beratnya Selain dari itu apakah ada lagi? Wahai tuan yang bijaksana?

Gula-gula sejuk ada di dulang Sama memakan sebiji sahaja Mula-mula dia mengajuk orang Lama kelamaan menjadi biasa

Acara bermula memanjat galah Dimana menara perlukan ketentuan Saya suka lihat orang melatah Bagaimana pula dengan tuan?

Acara bermula memanjat galah Mesti berhati-hati jangan terlalu asyik Saya juga suka melihat orang latah Tapi saya tak suka mengusik

Jika meneka harus dilihat dijamah Boleh mencuba mengkaji telahan Jika mereka diusik terus ligat melatah Apakah mereka mengalami keletihan?

Menggapai harapan hayalan melanda Seraya meneka juga membuat telahan Sebagai jawapan kepada soalan anda Ya, mereka juga dilanda keletihan

Garulah cara dulu sehingga melebar Supaya dia terus diam dan tak melilau Barulah saya tahu perkara sebenar Ada antara mereka tak suka dikacau

Harap bantulah supaya tidak tercekik Kerana tidak mahukan dia terseksa Sebab itulah saya tidak mengusik Kerana saya kasihankan mereka

Mengapakah kain jarang dibagi Orang perempuan menyampah nak beli Apakah selain yang dijelaskan tadi Yang tuan boleh menambah lagi?

Naiklah kerana cuaca meluap Kepanasan membelah binasa wap Baiklah saya cuba menjawab Keturunan adalah antara sebab

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 97)


Pantun Lawak Selamba Lantun melantun kian kemari Lantun budak sampai kat sini Pantun memantun kita di sini Pantun lawak selamba nama diberi

Lantun melantun kian kemari Walau ditegak tak bermaya Pantun memantun kita di sini Kalau tak gelak cubalah ketawa

Pantun ini dikarang tidak ada kena mengena kepada samaada yang masih hidup atau pun yang telah tiada, tujuan saya mengarangnya kerana ingin menghiburkan anda peminat pantun dengan harapan boleh menceriakan suasana yang suram dan kelam (macam waktu petang nak masuk magrib) supaya menjadi cerah semula (macam waktu subuh nak terbit matahari). Pantun-pantun ini memang amat melucukan dan membuat yang sedang menangis teresak-esak terus berhenti dari menangis dengan gelak tapi tak ketawa he, he, hee.. gurau je, jangan marah aa.. tapi saya yakin pantun-pantun yang saya karang ini memang kelakar habis dan boleh membuat orang ketawa, tapi kalau tak ketawa juga cubalah gelak kalau tak boleh gelak cubalah ketawa.. Kalau tak boleh jugak saya akan cuba buat anda ketawa kalau tak boleh saya akan cuba buat anda gelak, tapi kalau dua-dua tak boleh saya sendirilah yang ketawa ha, ha, haa..

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 98)


Madu madu madu duu.. Senyap-senyap isteri dimadu Asyik leka sama isteri baru Sedap dapp.. isteri tua bagi tinju Madu madu madu duu.. Tayar motor ada dua Madu madu madu duu.. Kalau tayar kereta lagi bahagia Kalau makan buah kedondong Bagi kuah cuka kurang sedapnya Walau bukan suami mengandung Tapi buah masam dia yang lahapnya Alahai adik janganlah menangis Cuba ketawa mesti nampak gusinya Wahai cik adik yang cantik manis Muka lawa tapi mana giginya? Tak pasal-pasal masuk hospital Sebab perut dah macam ikan buntal Tak pasal-pasal kena bedal Sebab selalu suka menggatal Alamak alamak alamak makk.. Mama pakai bedak tak perasan Alamak alamak alamak makk.. Papa tengok terus pengsan Sudah serik pasang pukat Mimpi sembilang, ketam dan parang Wajah cik adek memang memikat Tapi sayang suara macam abang

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 99)


Ewah ewah ewah wahh.. Nampak cantik dari belakang Berubah berubah berubah bahh.. Rupanya cik adek sama macam abang Wah wah wah wahh.. Mak Dara kecuh buat-buat Lawa memanglah lawa waa.. Tak ada jodoh terkulat-kulat Ewah ewah ewah wahh.. Bukan main seronok dia ketawa Ewah ewah ewah wahh.. Bunyi kentut siapa punya Ewah ewah ewah ewahh.. Padan melirik dalam pagar Ewah ewah ewah ewahh.. Badan cantik macam gitar Ya beda bedu duu.. Dulu mintak sain dengan bini aku Ya beda bedu duu.. Aku nak kahwin dengan andartu Hu hah hu hah hu hah hahh.. Jumpa kawan macam-macam suara Hu hah hu hah hu hah hahh.. Antara mereka ada jantina dua Sakit punyalah sakit kitt.. Silap sakit tidur tak lena Kenyit punyalah mengenyit nyitt.. Silap kenyit kena seranah

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 100)


Peram punyalah peram Silap peram jadi masam Laram punyalah melaram Silap laram makan tak ngam Aduh aduh aduh duu.. Main main enjit-enjit semut Madu madu madu duu.. Sain sain jangan nak kemut Tik terik tik tik tikk.. Duduk dimeja godang godam cantik cik adik cantik Tengok saja pegang lebam Amboi amboi amboi amboii.. Belakang cantik tentunya menggoda Adoi adoi adoi doiii........ Sangka cik adik rupanya pemuda Bah bah bah bahh.. Dulu kata tak takut sama bini gua Bah bah bah bahh.. Tinju kat mata nampak lebam jua Eh eh eh ehh.. Bini ajak main cari-cari Eh eh eh ehh.. Mana pulak aku nak cari ni? Hu hah hu hah hu hah haa.. Mak Limah kuat melatah Boleh belah boleh belah lahh.. Nak jual ubat boleh tahan lama

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 101)


Senduk-senduk kuah kari Sambil senduk mulut mengunyah Duduk-duduk seorang diri Sambil duduk mulut terngangah Tersedak-sedak sambil mencelah Mak Uda tak nak kain terbelah Budak-budak main galah Pak Uda pula tak nak mengalah Bodek bodek bodek dekk.. Silap bodek kena herdik Solek solek solek lekk.. Silap solek muka benyek Memek punyalah memek Silap memek oleh cik mek Cemek punyalah cemek Silap cemek boleh benyek Wah wah wah wahh.. Bukan main gelek sama salwa Tuah punyalah bertuah Bini cantik atas bawah Pokpek pokpek pekk.. Bukan main becuk dia bercakap Soksek soksek sekk.. Bukan main kusyuk dia melahap Bunyi ribut berderum-derum Terlalu teruk dia berbunyi Bunyi kentut berdebum debum Bau busuk tak siapa yang sudi

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 102)


Kain-kain basah sahh.. Lupa jamah gula-gula getah Main-main kukba kukba baa.. Papa main kukba dengan mama Ha ha ha haa.. Kalau hendak sain, sain sajalah Ha ha ha haa.. Kalau nak kahwin sapot danalah Ehem ehem ehem hemm.. Apa punya haru asyik memutar Dehem punya dehem hemm.. Lama-lama tangan menjalar Syut syut syut syutt.. Bunyi apa bawah lantai Kecut perut tak sempat cabut Kena sergah tengah mengintai Ciyut ciyut ciyut yutt.. Bunyi siulan orang menggatal Ciyut ciyut ciyut yutt.. Ngeri, jeritan suami biang kena bedal Eh eh eh ehh.. Mana pulak bini aku ni? Eh eh eh ehh.. Rupanya main sembunyi-sembunyi Wah wah wah wahh.. Bukan main ramai anak-anak Wah wah wah wahh.. Berangan nak kahwin ramai pulak

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 103)


Padan muka padan dann.. Ada satu nak tambah dua Padan muka padan dann.. kenen dara dapat mak janda Ish ish ish ishh.. Tak serik-serik kahwin cerai Ish ish ish ishh.. Tengah korek-korek kain terbarai Surat punyalah menyurat Petang demam malam sihat Mengurat punyalah mengurat Datang Pak Imam terkulat-kulat Selipar banyaklah selipar Tak derap pasal getah Celupar punyalah celupar Silap celupar kena penampar Sedap punyalah sedap Bukan main dia melahap Silap punyalah silap Isteri sain suami menyedap Korek punyalah korek Silap korik badan tertimbus Lirek punyalah melirek Silap melirek badan terjerumus Ya beda bedu duu.. Bini lawa siapa punya Bila papa tengok mama Pipi mama macam tepung kurma

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 104)


Masak pinang bersama taugeh Mari dimasak oleh Pak Andir Masuk meminang terhegeh-hegeh Sori, mamak sudah ambil aleh Eleh eleh eleh lehh.. Salah lompat terjun perigi Tak boleh tak boleh lehh.. Dah ada empat nak tambah lagi! Eleh eleh eleh lehh.. Bukan main lagi dia tunjuk gusi Tak boleh tak boleh lehh.. Dah tua tak boleh main goli Korek-korek bawah laci Bawa pasar buah pisang kaki Kecik-kecik bola hockey Sudah besar bola ragbi Adu adu adu duu.. Kena kahwin dengan andartu Madu madu madu duu.. Minta sain kena sepatu Wah wah wah wahh.. Bukan main sembang dengan si dara Wah wah wah wahh.. Dah nak tambah lagi rumah tangga? Padan muka padan dann.. Dulu kata cukup yang dah ada Padan muka padan dann.. Suruh sain kena selipa

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 105)


Ish ish ish ishh.. Haru pasal tak dapat janda Ish ish ish ishh.. Baru kenal dah nak mengada Sakan sondol semua ketepi Termangu-mangu jumpa Pak Aji Makan dodol tertelan gigi Tunggu saja berak nanti Kenen punyalah kenen Silap kenen mak mentua Sain punyalah sain Silap sain bapak pasang dua Ya beda bedu duu.. Usah alas surat-surat palsu Ya beda bedu duu.. Dah melepas buat-buat tak tahu Eleh eleh eleh lehh.. Dari belakang saja berani Toleh punya toleh lehh.. Bini datang punya menyepi Paling punyalah paling lingg.. Silap paling kepala terteleng Jeling punyalah jeling lingg.. Silap jeling mata juling Buk berdebak debuk bukk.. Bunyi jantung dalam dada Buk berdebak debuk bukk.. Kasi tolong pinjam janda

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 106)


Pelesit punyalah pelesit Orang tidur dia menjerit Sakit punyalah sakit Tunggang motor terjun parit Soksek punyalah soksek Silap soksek kena gerutu Usik punyalah mengusik Silap usik kena tinju Biak punyalah membiak Kerap bodek sain dicelah Terbeliak punyalah terbeliak Tatap cik adik kain terbelah Duit punyalah banyak duit Kerana bakhil mana nak susut Cuit punyalah hendak mencuit Kena sekel tapak kasut Meniarap punyalah meniarap Basuh tudung terdengih dengih Harap punyalah berharap Suruh dukung mana boleh Lama sangat teman menjaja Mama berat simpan remaja Lima berat sakan dijaga Purnama, empat pekan sahaja Ewah ewah ewah wahh.. Bila mama pakai celana Susah susah susah sahh.. Gila kerana pokai dana

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 107)


Eh eh eh ehh.. Kuda desa main lumba lumba Tak boleh tak boleh lehh.. Sudah tua main kukba kukba Tayar berat tiada kudrat Sepih tayar tak ingat mampat Biar empat semuanya dapat Lebih, mata tak sempat rapat Ya beda beda bedu duu.. Nasi lemak seringgit satu Apa ada dalam baju Mandi tidak tengit bau Dendam punyalah dendam Silap dendam muka masam Godam punyalah godam Silap godam mata lebam Celik punyalah celik Silap celik hari malam Solek punyalah menyolek Yang cantik mak andam Imuda cerdik suka berceloteh Hati bimbang renyai gerimis Dinda cantik kanda memileh Tapi sayang pandai menepis Petang-petang campak goli Sambil campak intai bini Pulang-pulang terserempak bini Terkebil-kebil tak sempat sembunyi

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 108)


Pantun Luahan Lantun melantun kian kemari Lantun perlahan mula terjadi Pantun memantun kita di sini Pantun luahan nama diberi

Lantun melantun kian kemari Upaya lantun tepat sekali Pantun memantun kita di sini Supaya pantun memikat hati

Pantun luahan ini saya karang berdasar kepada kekurangan dan kelemahan serta keinginan manusia yang menghadapi kesulitan dalam mendapatkan apa yang menjadi idaman untuk dimiliki dan dijadikan kenyataan dari apa yang diimpikan, apabila harapan atau impian ini menjadi nyata maka rianglah hati dan cerialah hidupnya serta merasa puas dengan pencapaian yang dikecapinya tapi jika sebaliknya maka kecewa dan hampalah perasaannya! Sudah lumrah manusia yang mudah terpesona dengan apa yang dilihat atau yang dimiliki oleh orang lain yang menarik hatinya dan lantas berkeinginan untuk memiliki juga apa yang dilihat olehnya itu, namun menjadi sunnah Allah SWT untuk memberi kepada sesiapa yang hendak diberiNya atau tidak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya, maka berbahagialah orang yang Allah swt pileh untuk menerima apa yang dihajatkan dan bersyukurlah kepada kurniaan tersebut tapi janganlah berputus asa jika tidak mendapatkan hajat di hati kerana kita senantiasa diuji Allah SWT baik dalam menikmati kesenangan atau menghadapi kesukaran dalam kehidupan di dunia ini!

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 109)


Rambutan kahwin patut diairi Cara mengimbang elok difikiri Jemputan kahwin takut nak hadiri Kerana bimbang syok sendiri Doronglah budak menjamu nasi Sama memimpin elak lari Tolonglah mak anak mu ini Lama teringin nak berbini Bantai saja apa peduli bukanya selalu persinggahan ini Mengintai dara ke sana ke mari Rasanya aku tak tahan lagi Nanti dulu tahan orang Karang mengganggu senyum kurang Hati merindu bukan kepalang Orang ditunggu belum menjelang Gaduh gaduh tidak hanya rasa Hirup kari malu tak kira Aduh aduh tak tahannya siksa Hidup sendiri aku tak kuasa Kenapalah benak menghinari ceria Rindu menganggu usai dijiwa Bilalah tiba hari bahagia Aku menunggu bagai nak gila Gerangan amat kerap menduga Mengapalah bayang selalu disua Bayangan nikmat hidup berdua Datanglah sayang padaku jua

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 110)


Terdorong melayang hampirlah tumbang Mengangankan si buah hati ku sayang Tolonglah sayang tolonglah abang Jangan kecewakan hati ku seorang Pelawak hitam namanya Maidin Bukan kelakar cuma eksyen Macam mana nak jadi pengantin Dalam kocek tak ada sen Petang Raya merebus ketupat Kerana ghairah jatuh terpesuk Macam mana nak kaya cepat Dengan tak payah menumbuk rusuk? Derap punyalah derap Sedang tayang kasut baru Harap punyalah mengharap Ulang tayang episod dulu! Buah betik sibuah rambai Untuk dihidang tetamu yang datang Kalau kocek selalu pokai Bagaimana nak pikat orang tersayang? Apa ada di dalam guni Harum baunya tidak terperi Hajat hati hendak berbini Tapi sayang tiada yang sudi Berhari Raya di Kota Tinggi Kunjung mengunjung adat lebaran Hantaran belanja semakin tinggi Bagaimana cara hendak buat hantaran?

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 111)


Petang Raya pasang pelita Orang kata khurafat dibuat juga Alangkah gembira masa bercinta Malangnya ribut datang melanda Nampak ceria tidaklah walang Tindak hebat lambangkan riang cantiknya dia tidak kepalang Hendak mengurat bimbangkan orang! Tanam pinang rapat-rapat Biar senang puyuh berlari Kalau dipinang tak dapat-dapat Bawa wang penuh selori? Dara naik teratak Aki Sambil letak rambai sekati Cara baik dia tak bagi Ambil pulak tak sampai hati! Senget topi hendak berbisik Sembang tidak memandang membelek Hajat di hati hendak merisek Bimbang pulak orang mencemik! Mentua sendiri tak patut dirasuk Tidak senang esuk memujuk Dua hati bertaut kusyuk Hendak meminang ditunjuk penumbuk! Dingin berjalan patut tak selesa Buat-buat bersahaja nampak muka Ingin berkenalan takut tak suka Terkulat-kulat apa nak kata

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 112)


Soal Jawab Pantun Luahan Benarkah tentang akan ada acara? Berapa kakitangan turun malam ini? Bolehkah diterangkan pada saya? Kenapa dengan pantun luahan ini?

Pecahan dan perpuluhan lama diminatinya Menjadi hebat bakat yang dipahatnya Luahan dan keluhan sama ertinya Akibat tak dapat yang dihajatinya

Bila budak dapat sama memanjat Biarkanlah dia sama menyuluh Apabila tidak dapat apa dihajat Bolehkah kita terus mengeluh?

Berpeluh sampai minta dikipaskan Tadi budak sebelah disuruh uruskan Mengeluh sebagai tanda kekecewaan Tapi tidak bolehlah sampai berterusan

Upaya memberi kalimat meransangkan Setelah menempa nama yang diinginnya Saya dapati pantun ini amat mengesankan Adakah sesiapa minta dikarang untuknya?

Melebarnya embun turun ke permukaan Banyak pula di semak sebelah sana Sebenarnya pantun luahan ini hanya rekaan Tidak ada kena mengena dengan sesiapa

Rasa dingin suhu kebelakangan agaknya Jika pulang bawalah sekali selimutnya Saya ingin tahu cadangan untuknya Ada cadang menambah isi pantunnya?

Bercambah kasih sayang yang lepas Setelah ada ikatan berubah hatinya Terima kasih cadangan yang bernas InsyaAllah saya akan tambah isinya

Citarasa tak kedapatan lagi Dari redup cahaya matahari Saya rasa tak ada harapan lagi Dari hidup baiklah saya mati

Eh kenapa sorok surat tu Letak balik suruh budak tu Eh, kenapa teruk sangat tu Tak baik mengeluh begitu

Selasih diberi dibalas jarang Pulang berdua belahan jiwa Kekasih hati dikebas orang Sedang dia harapan yang ada

Kenangan berselang seli mengutus rasa Kelibat menyerlah segera menjelma Jangan sekali-kali berputus asa Rahmat Allah senantiasa ada bersama

Aduhai ilmuan yang ada di sana Sudilah melihat keadaan kami Wahai tuan yang bijaksana Berilah nasihat untuk kami ini

Memahat duka mensiakan usia Mengalah membuta pasti binasa Nasihat saya kepada anda semua Allah murka yang cepat putus asa

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 113)


Pantun Nak Lagi

Lantun melantun kian kemari Lantun asak ke tepi itu terjadi Pantun memantun kita di sini Pantun nak lagi nama diberi

Lantun melantun kian kemari Luka sakit diberi ubat Pantun memantun kita di sini Muga sedikit memberi manfaat

Apa yang yang nak lagi ni? Ah, macam-macam keinginan dan macammacam kemahuan yang adakalanya munasabah dengan kemampuan yang ada pada diri yang nak lagi tu dalam segala segi, dan tak kurang juga yang tidak ada kemampuan pada sesaorang tapi masih nak lagi! Kalau ada kemampuan untuk dapatkan benda atau perkara tersebut tak apalah juga tapi yang tak ada kemampuan ni macam mana agaknya ya? Nasihat saya pada mereka yang mampu samaada berkahwin lagi atau memadukan isteri, anda wajib ada kemampuan juga untuk berlaku adil antara isteri anda atau jika anda mewah dengan kewangan dan berkemampuan membeli jangan sampai berlaku pembaziran ingat-ingatlah kepada mereka yang daif ringan-ringankanlah tangan menghulurkan bantuan dan mengeluarkan zakat harta! Kepada yang tidak ada kemampuan atau ada kemampuan tapi terbatas cuba-cubalah ikut kata pepatah orang tua-tua dahulu "Ukur baju di badan sendiri, jangan ukur di badan orang!" dan pepatah ini “jangan ikut rasa nanti binasa dan jangan ikut hati nanti mati!� Berjimatlah dalam perbelanjaan jangan dilakukan perkara yang membazir kerana amalan membazir adalah amalan syaitan laknatullah!

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 114)


Dari kota menyemak meneliti Siri cerita hendak dibeli Suami minta anak lagi Isteri pula tak hendak bagi Tali kebel tali kekisi Hendak mengikat di sebelah sini Isteri membebel dah lama tak berisi Anak kecil dikehendaki lagi Susah ditemui walau dicari Semuanya selalu dikuatiri Salah suami atau isteri Keduanya tak mampu memberi? Ramai budak ke sana ke mari Melamun sedih menyelam di hati Ramai anak itu dihajati Namun maseh belum menjadi Susu kuda petua diberi Dapat anak mungkin terjadi Lesu bonda tua menanti Menimang cucu itu dihajati Lampinkan budak perlu bertali Ikat sekali usah dua kali Inginkan anak satu lagi Hajat di hati entah bila terjadi Berlainan cara dakwah mesti dikaji Menguji menyalin diperbarui Beriman dan bertakwa isteri sejati Suami kahwin lagi dia restui Budi Zaleha banyak sekali Memberi kain berkodi-kodi Isteri solehah isteri sejati Suami kahwin lagi tak sakit hati Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 115)


Wah wah wah wahh.. Bila mama pakai celana Pandai sorok membuat helah Jika Papa pandai nak pasang tiga Bagi cinta bukan nak puji Loghat dan loyar buruk dibagi Suami minta nak tambah lagi Empat tayar tak cukup lagi Menggerutu punya si bini Tak kurang makin menjadi Aku tanya sama bini Boleh abang tambah lagi? Periuk belanga terbang melayang Suami menepis terhuyung hayang Syok sehingga terbayang-bayang Dah ada empat suami maseh gila bayang Rajuk merajuk sudah bersemi Cinta bercambah satu hati Pujuk memujuk oleh suami Minta tambah satu lagi Banyak bidadari bukan di sini Boleh dimiliki selepas mati Nyenyak si isteri tidur sendiri Curi cap jari nak tambah lagi Rasmi budak mesti dibantu Merajuk nanti tak mahu menyusu Suami nak lagi kerana mampu Memujuk bini tak jemu-jemu Beri bedak sudahlah tadi Kerana melekit pipi si Tanjung Suami hendak tambah lagi Kerana sakit isteri tak berpenghujung Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 116)


Merata diredah pusat beli belah Cuci mata tidak terhingga Kereta dah ada dua tiga buah Isteri minta nak tambah juga Angan berselirat bukan menghalang Kaseh menguntum seikhlas budi Lengan bersirat dengan gelang Maseh belum puas hati lagi Isteri sibuk dengan melaram Bedak disapu penuh minat Sudah lama suami mengidam Tambah anak itu diperingat Kelibat anak selain di sini Bersemadi indah di dalam diri Melihat budak bermain di sisi Suami isteri nak tambah lagi Kaseh bersemi anak sendiri Mengikat kaseh sesama sendiri Suami isteri nak anak lagi Ambil anak angkat tak jumpa lagi Beri bedak tidak sekali Beri juga tak sampai hati Isteri hendak anak lagi Suami pula sama sekodi Susu kuda cuba diamali Memang lama baru menjadi Lesu ayah tua lama menanti Menimang cucu itu dihajati Hairan suami isteri tak sabar Tadi meluru mengasak sendiri Jiran beli peti sejuk besar Isteri cemburu desak suami Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 117)


Ish ish ish ishh.. Tadah muka hendak berlaga Ish ish ish ishh.. Dah ada dua nak pasang tiga Tua-tua main goli Nampak tak berubah yang satu ini Dah dua minta sain lagi Nak tambah satu lagi bini Mencemik pula seorang ni Tak kena, isteri bagi tinju Merengek suami pada isteri Nak juga, nak lagi satu Gula melaka nira kelapa Selain dimakan enak dibuat inti Ala mama tolonglah papa Tolonglah sain surat izin ini Bukan lupa membeli bendera Anak resah isteri nak pulang Sakan bercinta suami dan dara Hendak nikah isteri halang Bata terbiar berkulat di para Bantal disedia anak bini Mata meliar melihat dara Gatalnya dia nak isteri lagi Pulasan berisi tidak disokong Nanti tersembam di atas bumi Alasan isteri tak mengandung Suami ingin tambah satu lagi Seni anyaman tak usah diakhiri Peranan dan tumpuan silih berganti Suami berangan nak kahwin lagi Kerana perempuan lebih dari lelaki Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 118)


Soal Jawab Pantun Nak Lagi Tidak memburu angin berlalu Muda usia merangkap remaja Budak baru ingin nak tahu Kenapa manusia tak cukup yang ada?

Bila berbicara dingin selalu Padah menahan kalimat rahsia Jika saudara ingin tahu Inilah kelemahan sifat manusia

Bilakah pengetahuan berguna membantu Menjaga memelihara diri tidak terburu Bolehkah tuan bijaksana beritahu? Kenapa perkara ini banyak berlaku?

Dikala bahananya tidak dihiraukan Baru beringat bila kesusahan berlaku Ada kalanya banyak kerugian Berlaku akibat melayan nafsu

Apakah pengetahuan menghubung didikan Bersua berbicara mulai diri menyerlah Bolehkah tuan tolong jelaskan Dua perkara disukai dan dibenci Allah?

Memberi jangan sampai kikir Kerana kekiran dibenci Allah Membeli jangan sampai membazir Kerana pembaziran dimurkai Allah

Cara semakan kebesana tujuan Samalah pengekalan yang disua Saya inginkan penjelasan tuan Apakah amalan yang mulia?

Menyemat menyulam perlu segera Menyerlah buatan seperti diminta Berjimat dalam berbelanja Itulah amalan yang mulia

Bayaran disegerakan dengan pendahuluan Supaya terbina hakikatnya yang murni Pembaziran itu kejahatan, cadangan tuan Kepada mereka yang sifatnya begini?

beri pada yang memerlukan Boleh mencambah sifat yang alim Daripada wang dihambur tanpa tujuan Lebih berfaedah disedekah anak yatim

Waspada membeli jangan sampai rugi Beri masa kaedah peruntukkan Ada lagi soalan untuk Pantun Nak Lagi Tapi masa sudah kesuntukkan

Haluan supaya segera dibetulkan Elaklah hilang mudik tujuan Seruan saya kepada sekelian Ingatlah, yang dimilik hanyalah pinjaman

Pelbagai cakup bidalan dinyata Bukan menyindir tapi untuk kebaikan Sebagai penutup soalan dari saya Pesanan terakhir yang boleh tuan berikan

Semailah budi keperibadian menyerlah Tingkatkan amalan itulah kewajaran Hargailah rezeki pemberian Allah Tinggalkan amalan pembaziran

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 119)


Pantun Paradigma Lantun melantun kian kemari Santun Salmah menyerlah sendiri Pantun memantun kita di sini Pantun paradigma itulah diberi

Lantun melantun kian kemari Lantun tertiarap luka melanda Pantun memantun kita di sini Pantun diharap membuka minda

Pantun paradigma, pantun ini saya karang untuk memberi gambaran apakah dia maksud paradigma yang sebenarnya, apa yang saya tahu paradigma adalah bermaksud cara pemikiran yang dinamik yang mungkin boleh memberi penghasilan yang lumayan (jika kita mengasah cara berfikir kita) atau boleh membantu mempermudahkan lagi hidup sendiri dan orang ramai dengan penghasilan barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu barangan yang telah sedia ada kemudian dikilangkan semula atas pengubahsuaian tersebut! Paradigma juga sinonim dengan enovasi dimana mereka yang ada sikap atau berfikiran paradigma ini berfikir secara terbalik yang mampu mencari dan memperbaiki sesuatu barangan atau kemudahan yang sedia kepada yang lebih efektif dan lebih banyak manfaat dari yang asal atau mencipta sesuatu yang baru, ini berbeza dari cara berfikir orang ramai atau orang biasa yang hanya tahu menggunakan sesuatu barangan atau kemudahan tersebut.tanpa mampu berfikir sebagaimana cara mereka berfikir! Sesuai dengan perintah Allah SWT yang banyak terdapat di dalam al Quran memerintahkah kita supaya memerhati dan memikirkan kejadian alam ciptaanNya ini termasuk apa yang Allah SWT tetapkan kepada manusia dalam rekaan dan ciptaan kerana manusia juga termasuk makhluk ciptaanNya dan sebahagian dari alam ciptaanNya! Dengan adanya ciptaan orang lain yang Allah SWT kurniakan kelebihan kepadanya, mempermudahkan kita mencontohi, mencipta atau membaiki ciptaan mereka. (Semua ciptaan manusia bersumber dari alam dan al Quran) Sebelum saya terlupa, apa yang manusia cipta berdasarkan apa yang diizinkan Allah akan kejayaan ciptaan tersebut, tanpa izin Allah mustahil manusia mampu mencipta walau apa pun ciptaan! Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 120)


Orang kota tentu tak bakhil Selalu sedia tak mungkin berdalih Orang kata itu mustahil Aku pula yakin boleh (dgn.izin Allah) Sarang anai usah dibakar Jungkit sahaja hanya sekejap Yang ramai bukanlah benar Sedikit pula bukannya silap Gerangan sakit diri dibedah Batang cermai tiada gunanya Kalangan sedikit memberi faedah Yang ramai pula menggunakannya Biar menyemai petua dikelek Ingat disebar akan bahaya Biar ramai ketawa mengejek Semangat berkobar teruskan usaha Nanti sahaja setelah berdalil Tiada pasti lahir semua Pasti berjaya bukanlah mustahil Masa dinanti pasti lahir juga Bakal isteri sampai kebetulan Simpoh sopan itulah dikenan Cekal berani sebagai bekalan Tempoh cabaran arah berlainan Pelaksanaan arti tiada penangguhan Mencungkil halangan mengubah nilai Kebijaksaan menjadi kesungguhan Menghasil barangan menambah nilai Barangan turut diteliti penggunaan Membina pembaikannya jika kaitan Jangan takut hadapi cabaran Kerana hasilnya amatlah lumayan! Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 121)


Melakar harapan puncak terbina Tekun bekerja kerap cetus idea Biar cabaran banyak menimpa Namun usaha tetap diterus juga Mencapai perjuangan berwawasan Tekun memburu faedah diserlah Berbagai halangan datang berterusan Namun aku tidak menyerah kalah Upaya memberi banyak bukti Pasti perolehi tujuan dicapai Usaha kaji selidik tidak berhenti Bagi memenuhi keperluan ramai Layak disiar idea bermutu berkala Memberi pengetahuan bentuk isinya Tidak dibiar idea berlalu begitu saja Mencari penyelesaian untuk hasilnya Banyak terbukti berkat kesabaran Membina idea nyata berkesan Tidak berhenti sekerat jalan Mereka dan mencipta berterusan Sedia maklumat berperingkat berkala Turut disediakan pengukuh kewajaran Bersedia berkhidmat semangat waja Menyahut cabaran menempoh dugaan Seperti petir juga selayang kilat Banyak faedah jika mampu didedah Memerhati memikir apa yang dilihat Tidak pernah jemu dan merasa lelah Pejuang sasa sedia bila-bila masa Memahat cita-cita dan juga usaha Sepanjang masa bersedia berusaha Mencatat idea di mana saja dijumpa Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 122)


Soal Jawab Pantun Paradigma Ubah haluan arah sendiri Setelah kusut fikiran terjadi Bolehkah tuan jelaskan musykil ini Apakah maksud paradigma ini?

Merubah keselesaan segera dihadir Sisip jati diri bijaksana serlahannya Memecah kebiasaan cara berfikir Wajib pelajari cara dan kaedahnya

Adakah boleh dimaklum lebih dalam lagi Adakah paradigma berfaedah pada kita Saya masih belum faham lagi Apakah paradigma ini merekacipta?

Mencari idea disegala benda Mencuba membina barang direka Memberi jasa kepada pengguna Mencipta perkara yang berguna

Rasa dingin bukannya membantutkannya Setelah pengalaman membentuk wibawa Saya ingin bertanya selanjutnya Apakah peranan paradigma untuk kita?

Paradigma berarti kreatif dijana Peluang beroleh meneliti membina Meneliti mengkaji barangan diguna Yang boleh diperbaiki di mana-mana

Adalah berbicara bukan sebarangan tujuan Faedah saranan yang diperlukannya Boleh saya dapatkan pandangan tuan Apakah peranan dan penghasilannya?

Jika tertip bersila dikala membaca Membentuk dan meransangkan hafalan Kita wajib peka pada rekacipta Untuk mendatangkan penghasilan lumayan

Cara berulang membentuk mereka Adalah diharapkan menjana penghasilan Saya cadang nak tumpu rekacipta Bolehkah dijadikan mata pencarian?

Suka kekalkan saranan memberangsang Peranan memberi memasyhur dicipta Jika penghasilan keluaran berulang Bayaran diperolehi seumur hidup kita

Potonglah kiri melihat tujuan Supaya menuju jalan yang diperlu Tolonglah beri nasihat tuan Apa perlu saya lakukan bila buntu? Hanya masa menyatu membentuk jati diri Tabah berpenat mahirkan diri Nampaknya masa begitu suntuk sekali Apakah nasihat terakhir tuan nak beri?

Amatilah persekitaran dengan menumpu Upaya menjerat idea diburu Lawatilah pameran barangan baru Supaya mendapat idea bermutu Rekacipta satu elemen mencabar Perlukan jati diri dan jiwa yang sasa Rekacipta perlu kometmen besar Displinkan diri dan jangan putus asa

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 123)


Pantun Pendatang Lantun melantun kian kemari Lantun terlentang tak sedar diri Pantun memantun kita di sini Pantun pendatang sajak diberi

Lantun melantun kian kemari Luka berlaga sesama sendiri Pantun memantun kita di sini Ada berguna ada tak dikehendaki

Pantun pendatang ini saya karang bercampur aduk antara bangga dan bimbang dengan limpahan kehadiran mereka di negara kita Malaysia yang aman dan makmur ini. Bangga kerana kehadiran mereka boleh membantu negara mencambah ekonomi yang lebih giat dan juga membawa masuk wang untuk sektor pelancungan, institiusi-institiusi pengajian tinggi dalam negara dan juga untuk mengisi kekosongan pekerjaan di sektorsektor tertentu dan sumbangan kepakaran mereka dalam bidang teknoloji tinggi seperti untuk Lembah Silikon atau Cyberjaya dan pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain. Bimbang kerana ada antara pendatang ini mempunyai dua peranan yang berbeza! 1. Sebagai pelabur atau pakar dalam sektor perniagaan atau pekerjaan 2. Penghasud dan penyebar fahaman sesat lagi menyesatkan Antara mereka ada yang menghasud rakyat supaya membenci kerajaan dan menggalakkan rakyat supaya bangkit menentang kerajaannya sendiri yang didalangi oleh mereka yang terdesak untuk mendapat kuasa tanpa memperdulikan nasib masa depan anak bangsa sendiri, dan ada yang menyebarkan fahaman syiah! Satu puak menyebarkan fahaman kebebasan beragama dengan membuat pengakuan semua agama sama, samaada menyembah Allah SWT atau menyembah syaitan laknatullah boleh masuk syurga asalkan ikhlas, dan satu lagi menyebarkan fahaman kahwin kontrak atau zina halal dan fahaman dajjal sebagai Imam Mahadi dan banyak lagi fahaman sesat lagi menyesatkan oleh kedua golongan ini! Jika kedua-dua fahaman ini berjaya mempengaruhi sebahagian besar rakyat, anda boleh bayangkan sendiri apa yang akan berlaku kepada negara kita ini! Saya berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT selamatkan negara kita dari ancaman golongan ini dan saya juga berdoa kepada Allah SWT semuga para pembaca ebuku MyPantun ini mampu berfikir secara matang serta memberi perhatian sepenuhnya dalam memahami apa yang saya utarakan ini!

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 124)


Haluan membujur kurang di taman Bersiar tadi kerana menyendiri Pengakuan jujur seorang Jerman Malaysia menjadi pilihan hati Berpada-pada leka melakar Mengalas lengan agar tak calar Ada antara mereka yang pakar Bertugas dengan syarikat besar Berjela-jela luka hendak membesar Cuba berubat jarum disuntik Ada antara mereka tidak pakar Berkerja sebagai mamat kontrak Rakan belanja roti burger Tapi piza pula yang diminta Bukan sahaja mereka berkerja Tapi ada juga yang berniaga Bilik kenamaan Bunga Raya Sudah masyur di KLIA sana Di sebalik projek binaan bermula Rumah kongsi juga dibina sama Yang paling kekal bukit hitam Berteduh kalau sudah kemari Yang paling nakal si kulit hitam Bergaduh walau salah sendiri Mula menyantap rebus keladi Pinggan dulang segera diberi Suka menetap terus di sini Enggan pulang ke negara sendiri Antara mereka ada agenda Merosak negara cara sembunyi Waspada kita kepada mereka Jarak cara hubungan peribadi Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 125)


Gula-gula Batang Benar Sama-sama harus disuap Mula-mula datang belajar Lama-lama terus menetap Memakai suasa memakai mutiara Toleh berat tak semena-mena Berbagai bangsa berbagai negara Boleh dilihat di mana-mana Lada dibuang kari diguna Lada muda basah itulah disuka Ada yang datang memberi guna Ada juga yang menyusahkan kita Peluang bersaing sudah disua Segala usaha semakin membuah Pendatang asing melimpah luah Mencuba nasib di negara bertuah Koleh dibuat timba perigi Bersua suasa mula disedari Boleh dilihat di negara ini Semua bangsa ada di sini Lada ditumbuk si lada basah Lada muda jangan diperam Ada yang masuk secara sah Ada juga secara haram Datang berteman sama dimasyhur Pulang nanti berseorang diri Pendatang direman kerana terlanjur Dihantar pulang ke negara sendiri Berperi-peri bukan meneka Upaya mengagak pasal diminati Berhati-hati dengan mereka Supaya tidak menyesal nanti Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 126)


Soal Jawab Pantun Pendatang

Melihat orang mengubah menyemai Kaki melangkah kerana menyua padi Melihat pendatang bertambah ramai Dari manakah mereka semua ini?

Penanda gemilang di negara tercinta Peruntukan berguna bila dilabur Mereka datang dari seantero dunia Menunjukkan negara kita ini makmur

Gaya melihat berbagai ragam kerana sulit Setelah datang kereta menghalang mata Saya lihat macam-macam warna kulit Apakah yang mereka buat di negara kita?

Perangai mereka terbahagi beberapa Ada kurang ajar ada juga yang berguna Pelbagai bangsa dari pelbagai negara Ada yang belajar ada yang bekerja

Tabah berani mencuba lagi Kalah tak serik untuk berjaya Ada setengah dari mereka ini Dah balik tapi masuk semula!

Kebanyakan peserta segan dijulang Mereka berdiri tanpa mahu pulang Kebanyakkan mereka enggan pulang Kerana di sini banyak peluang

Masa singgah sempat juga cuci mata Letih memikul berehat sebelum berjalan Ada setengah tempat saya dapati mereka Lebih menonjol dari rakyat tempatan

Mencari-cari bukan sengaja Mengguna ruang sedikit di dalam berhati-hati dengan mereka Terutama yang berkulit hitam

Mengapa terjadi kurang tertip dirasa Menyalin logam tak rasa selesa bermain Bangsa apa lagi yang kita wajib waspada Selain kulit hitam, ada bangsa lain?

Membenci bukan mengata yang dusta Mangsa terdiri yang tidak berdosa Tetapi jangan lupa yang paling bahaya Bangsa parsi menyebar fahaman mereka!

Cara pasang gelas buatan china Lupa melihat panduan dibungkusnya Saya kurang jelas kegiatan mereka Apa nasihat tuan seterusnya?

Berkali-kali jangan dicuba Berangan mendakap satu dunia Berhati-hati dengan mereka Jangan terperangkap tipu daya

Bermain bola di petang hari Keputusan seri tak setuju Selain apa yang tuan nyatakan tadi Ada lagi yang tuan nak beritahu?

Selaman nyata memalingkan selama Nyata memperbudakkan ketenteraman kita Fahaman mereka memesongkan agama Mereka menidakkan kepercayaan kita

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 127)


Pantun Pengantin Lantun melantun kian kemari Bunga manggis merata di bawah Pantun memantun kita di sini Laksana majlis cara berkhemah

Lantun melantun kian kemari Lukis takut murka Allah Pantun memantun kita di sini Majlis ikut cara agama

Pantun ini berupa cerita pertemuan, perbincangan atau permuafakatan antara pihak lelaki dan perempuan untuk melansungkan majlis pernikahan, tentang kesibukkan persiapan, tentang kesibukkan semasa majlis berlansung dan tentang suasana setelah selesai majlis, juga saya memuatkan sedikit pantunpantun yang berbentuk nasihat untuk memberi kesedaran betapa pentingnya kita kembali kepada ajaran Islam dalam melaksakan majlis supaya mendapat keberkatan dari Allah SWT. Dalam menjayakan majlis hendaklah kita memperhatikan apakah majlis pernikahan yang kita rancang memenuhi kehendak Allah SWT kerana kita wajib bersegera untuk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT bukan saja untuk kedua mempelai bahkan untuk anak-anak yang akan mereka perolehi nanti! Kita harus sedar ukuran keberkatan dan keredaan Allah SWT bukan besar atau kecilnya sesuatu majlis akan tetapi keberkatan datang apabila kita mematuhi perintah dari Allah SWT tuhan Yang Maha Pencipta yang mana kita semua akan berhimpun atau dihimpunkan di hadapanNya di padang Masyar kelak untuk menerima balasan akan apa yang kita kerjakan semasa di dunia ini!

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 128)


Pancang memancang bergema kini Tukang menukang barulah dituruti Rancang merancang sesama sendiri Tunang bertunang itulah diikuti Dari rumbia salin pelikat Mula menyimpan sepatu raya Hari bahagia semakin dekat Segala kelengkapan perlu disedia Pasti bersua pulang raya Ramah berkias uda dan dara Hari bahagia menjelang tiba Rumah dihias bonda dan saudara Belek membelek lepas tak faham Kosek mengosek satu talam Solek menyolek kerja mengandam Usek mengusek itu disulam Berborak hingga hari senja Kerana bercakap bersulam cerita Berdebak berdebuk hati dirasa Kerana mengadap Pak Imam tercinta Padi rumbia ditampi-tampi Isi keladi beremi dan turi Hari bahagia dinanti-nanti Resmi jadi suami isteri Selesai berpakat selesai perundingan Duduk beradap malu berjelingan Selesai berakad diadakan hidangan Untuk dijamu tetamu undangan Dalam mencanai sibesi waja Dibanding segala malah dijaga Malam berinai adat sahaja Bersanding pula samalah juga Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 129)


Mengagak menduga terlerai masaalah Banyak membilang niat dan helah Gegak gempita selesailah sudah Tidak kepalang penat dan lelah Banyak merata hanya disini Jarang dijaja kini kembali Tidak terkata gembiranya hati Orang disuka berada di sisi Beria bercakap diintai keluarga Petah bercerita teman semua Bahagia diharap sampai ke syurga Itulah dicita dan idaman oleh kedua Berperi-peri madah diberi Harap nanti saling mengerti Berseri-seri wajah isteri Menatap suami baring di sisi Pengumuman merisek mula dimeterai Supaya huraian difahami semua Senyuman melerek kedua mempelai Bahagia menjelma impian jadi nyata Setuju bermalam patuh diberi Nantilah pulang di hari selasa ini Bersatu di malam penuh suci Inilah yang dinanti selama ini Mengapalah benak meracau kini Adakah kerana hajat tak menjadi? Setelah onak dan ranjau dilalui Barulah kini menyatu dua sejoli Penantian kini tiada lagi Salam bahagia bersulam senda Menanti suami berada di sisi Malam bahagia malam pertama Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 130)


Saudara tetamu belumlah berangkat Caranya makin meleka menyakat Bersenda berjamu itulah niat Rasanya mungkin mereka nak sekat Guling bantal diberi menantu Esuk balik minta dikunjung Paling nakal si isteri baru Masuk bilik minta dikendung Risikan berperi sungguh dinanti Memberi ikrar patuh menyatu Bisikan suami penuh berarti Isteri mendengar sungguh mengharu Berhenti di sini berhari-hari Bila pulang tepatkan janji Berjanji suami berperi-peri Apa yang dihajat akan diberi Bagi penuhi segala janji Bukan seperti pagi tadi Isteri berjanji kepada suami Akan menjadi isteri sejati Mengapa tidak diperhati budak ini Perlulah bersemangat dalam diri Menjaga hak suami dan anak nanti Begitulah tekad dan azam si isteri Bayangkan faedah akan kita tempah Sedia mencapai peringkat tertinggi Senang dan susah sama dilapah Kedua mempelai mengikat janji Menjelma kini si dia bidadari Bakal menyedia rumah jadi berseri Sebagaimana suami, isteri juga hajati Kekal bahagia tak pisah sampai mati Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 131)


Soal Jawab Pantun Pengantin Bengkoknya haluan sudah diperhatikan Elok memakai pangkal peta tadi Sibuknya tuan rumah membuat persiapan Untuk merai bakal raja sehari

Rawatlah kudis seusai makan kurma Mencerai luka nanah yang ada Buatlah majlis sesuai dengan agama Merai mereka biarlah berpada

Riuh berpakat mengarut adanya Usah meransang yang bahayanya Jauh dan dekat dijemput semuanya Kemah dipasang panjang berjelanya

Makan dimajlis hadiah kedapatan juga Berapa berkhidmat sebagai penanggah Bukan majlis meriah jemputan berjuta Apa yang amat penting hanya reda Allah

Bermain mengusik bertambah buas Balingan dielakkan terkena dada Selain musik dan dj ditempah khas Persandingan dan perarakkan juga ada

Riuh rendah rumah pusakanya Mengetam papan sama dibantu Patuhlah perintah Allah dan RasulNya Dalam memulakan rumahtangga baru

Pasti letih dan gusar difikirannya Menjaga budak bungkam perasaannya Mesti lebih besar dari majlis jirannya Belanja tak cukup pinjam di banknya

Bukan menyuruh gadis pasang kain Degil memanjang suka mengada-ngada Jangan terpengaruh majlis orang lain Kecil orang kata besar pun orang kata juga

Hendak berdiri betapa tidak bertenaga Melayang berpusing pada perasaannya Tidak peduli berapa banyak belanja Yang penting majlis membanggakannya

Adalah seakan mencari faedah Bila disuruh mengharap upahnya Allah akan memberi hidayah Jika kita patuh perintahNya

Jauh meredah itulah mungkin Memandu kenderaan sendiri tertulis Riuh rendah di rumah pengantin Lagu dan hiburan penyeri majlis

Gigihkan upaya dalam diri dijalin Kelam cahaya pelita berbeza disebelah Lebihkan budaya Islam dari yang lain Dalam usaha kita mendapat reda Allah

Berilah bantuan mencari manfaat bersama Akan dicuba membentuk ruang yang lega Sudilah tuan beri nasihat berguna Bukan saja untuk saya orang lain juga

Saranan berfikir menjana kebaikan Bercambah minda turut ada faedah Pesanan akhir ingin saya berikan Bersegeralah kita merebut kurnia Allah

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 132)


Pantun Remaja Lantun melantun kian kemari Lantun bersahaja sudah sebati Pantun memantun di laman ini Pantun Remaja nama diberi

Lantun melantun kian kemari Tertiarap terluka sembuh tiada Pantun memantun di laman ini Harap remaja penyuluh negara

Pantun ini diharap mampu memberi tunjuk ajar yang berguna kepada remaja sekelian, inilah tujuan saya mengarang pantun ini atas kesedaran bahawa para remaja kita adalah benteng yang penting dalam usaha membentuk jati diri kepada mereka dan jenerasi masa depan khasnya jenerasi Islam terutamanya dan kepentingan negara pada amnya, pelbagai usaha kerajaan kita dalam memberi perhatian dan pengembelingan sumber tenaga dan potensi mereka untuk menggantikan pemimpin sekarang yang akan pergi dan diambil alih oleh remaja sekarang supaya dapat memenuhi kepentingan Islam dan kepentingan negara serta rakyatnya. Sudah tentu kita semua mengharapkan setidak-tidaknya ada kesinambungan corak kepimpinan sekarang atau yang lebih menonjol dengan pembaharuan yang prograsif yang diharap mampu mereka ini sumbangkan kepada negara demi memajukan lagi agama Islam dengan menurut lunas-lunas al Quran dan hadis Nabi SAW khasnya dan negara kita yang tercinta ini amnya. Nasihat saya kepada para remaja sekelian tidak kira apa bangsa dan suku kaum supaya anda semua berazam dengan bersungguh-sungguh dalam usaha meneruskan kejayaan yang ada tanpa sebarang perasaan buruk atau tindakkan yang boleh mengancam keselamatan negara serta membantutkan matlamat negara mencapai kemajuan dan kemakmuran untuk rakyatnya, jangan musnahkan harapan negara kepada anda! Nasihat saya, berhati-hatilah dengan perangkap dadah dan anasir perosak dari dalam mahupun dari luar, ingatlah jika remaja rosak maka negara juga akan turut rosak! Pesan pujangga: "Jangan ditanya apakah sumbangan negara untuk anda, tapi tanyalah, apa sumbangan anda kepada negara" Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 133)


Kasih sejajar mengolah budi Turun menjajar bantu membantu Maseh belajar di sekolah lagi Tekun belajar itu ditumpu Jangan himpit rakan sebaya Mula menyapa meramah mesra Jangan merempit di jalan raya Kerana bahaya melibatkan nyawa Kala senja hanya sementara Guna sembahyang ruang disedia Ketika remaja bukannya lama Masa yang ada guna bijaksana Kenapa puding kekal diusung Pecah lumat tak siapa sukakannya Ke menara gading bakal diharung Itulah matlamat dan tujuannya Kerja menurap di jalan raya demi memberi keselesaan rakyat jelata Remaja dipersiap sedaya upaya Bagi mengganti pemimpin yang ada Lemah gemalai kain diseterika Ubah bagi menyusun rapi Usah lalai bermain saja Usahalah mencari kehidupan berarti Kerja merapi sama diselenggara Kain sulapan tiga haluan Remaja hadapi dua gelora Selain kawan juga perempuan Memagar dari pelbagai gejala Waspada berhemat selagi upaya Mendaftar diri sebagai sukarela Remaja berkhidmat demi negara Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 134)


Secawan kopi disua Lebai tadi Ajar budak pasal mandi Berkawan jangan sampai lupa diri Agar tidak menyesal nanti Peralehan wajib kita rencana Masa hadapan tertip dijana Latehan PLKN wajib laksana Remaja harapan nusa bangsa Gagah berusaha remaja bekerja Memunggah pasu bagi tuannya Usah sia-sia masa yang ada Tuntutlah ilmu selagi terdaya Mengapa memerap di kala senja Akan mengada-ada jalan duka Remaja diharap menyara keluarga Jangan sia-sia harapan ibu bapa Buku dibaca cerita ceria Pagi kelmarin dibaca lapan muka Ibu bapa berusaha sedaya upaya Bagi menjamin masa depan remaja Waspada bukan perkara sia-sia Elak jurang penyebab petaka Ada kawan membawa bahagia Tak kurang membawa celaka Makan saja apa yang ada Sendawa alamat berhenti menjilat Jangan derhaka pada ibu dan bapa Supaya selamat dunia dan akhirat Akan celaka jika terpedaya Bahaya direncana petualang negara Jangan derhaka pada negara Supaya bencana tak timpa kita Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 135)


Soala Jawab Pantun Remaja Itulah seruan dilaungkan bila diminta Memecah buntunya dalam bersengketa Boleh tuan terangkan pada saya Bilakah bermulanya alam remaja?

Selam berasak-asak sesama sendiri Cuba beralasan setelah ditanya Alam kanak-kanak beransur pergi Usia belasan bermulah remaja

Bilangan pekerja tidak dihirauknnya Upah sukarela lebih menjimatkannya Zaman remaja banyak cabarannya Apakah cara bagi menghindarinya?

Mengapa berangan waktu senja Laungan azan mendayu sekali Mereka jangan dibiar begitu saja Bimbingan berterusan perlu diberi

Pengkalan runtuh dilanggar haiwan Sudah disuruh meminta bantuan Pergaulan dan juga pengaruh kawan Seolah musuh jika tidak berhaluan

Capai persaudaraan elak berkelahi Minta disiar setelah sah bersua Bagai kenderaan bergerak sendiri Jika dibiar tentulah menyusah semua

Bilamana kesal kelihatan terpahat Berubah haluan bukannya muslihat Bagaimana nak kenal hasutan jahat Boleh tuan jelas supaya tak terlibat?

Jejaka tertib dari mana berasal Memberi perkhabaran jemputan saudara Remaja wajib berjiwa kental Menghadapi cabaran hasutan durjana

Gula buatan sejat dan padat Bolehkah dibuat sarapan dengannya Jika hasutan jahat tak terubat Apakah akibat dan kesan darinya?

Bila liar bencana membusut Bantulah supaya cegah berlakunya Jika dibiar mereka dihasut Tentulah binasa itulah akibatnya

Bahulu lama dijaja merata Mula merasa kepenatan bermula Setahu saya remaja aset negara Cuba dibinasa hasutan durjana

Penghalang kita penghianat yang tegar Usaha memecah perpaduan dan ikatan Petualang berusaha membuat makar Remaja mudah termakan hasutan

Bekerja matlamat itulah ditumpu Menangkap panduan rakus bersaingan Remaja amat mudah tertipu Harap tuan terus beri bimbingan

Saya yakin Allah memenangkan kita Insya Allah segera dapat kita saksikannya Jika diizin Allah yang maha kuasa Insya Allah saya akan lakukannya

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 136)


Pantun Teka Teki

Lantun melantun kian kemari Lantun melantun kian kemari Santun Zaki memohon diri Lantun kena beruk peliharaan Pantun memantun kita di sini Pantun memantun kita di sini Pantun tekateki jawapan sekali Pantun hanya untuk hiburan

Pantun ini hanya untuk hiburan disamping itu mungkin juga untuk menduga akal selain dihidangkan sebagai nilai tambah kepada pantun-pantun yang lain, saya harap kepada yang berminat mengarang pantun berbentuk menduga akal boleh mengambil contoh dari pantun-pantun karangan saya ini sebagai prototaip untuk mengarang pantun-pantun teka teki atau pantun-pantun berbentuk menduga akal untuk laman web anda.

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 137)


Pantun Teka Teki Dan Jawapannya Jika dipetik tidaklah jatuh Menerang semua dekat dan jauh Membantu kita tiadalah mengeluh Terang tiada payah seluruh

Diri sedia menjalin masa depannya Bagi mengesut supaya makin kukuh Ini tiada lain akan jawapannya Matahari dimaksud saya yakin sungguh

Boleh melihat jauh dan dekat Jika tiada jalan tersekat Perlu diguna supaya tak sesat Panduan kita untuk melihat

Kenalan jadi tunang diharapnya Bukannya berbohong nikah setuju Soalan ini senang jawabnya Jawapannya teropong sudahlah tentu

Badannya nipis lagilah besar Persegi dan bulat itulah berkisar Merata tempat ada dipasar Selalu diguna dimajlis kecil besar

Bila makin mudah menatapnya Harapan bersama setelah bertunang Saya yakin boleh menjawabnya Jawapan saya adalah dulang

Ada kecil ada besar Terdapat di desa juga dibandar Selesa dan cantik itulah disasar Jika tiada amatlah sukar

Bidalan diberi mengajak bersusilah Bicara kesopanannya nampak nyata Soalan ini agak susah sikitlah Saya rasa jawapannya kereta

Terang dan gelap ada ketika Boleh terdapat dimana jua Memenuhi maksud tujuan kita Jika tiada sukarlah semua

Bekalan padi dihimpun dijaga Lagaknya bukan betul ditolak Soalan ini pun susah juga Agaknya bulan betul tak?

Panjang dan nipis bentuk badannya Boleh terdapat dimana jua Memenuhi maksud tujuan semua Diguna oleh tua dan muda

Berkali-kali diminta usah disuap Teringin hanya betik diberi Soalan ini juga susah dijawab Mungkin jawapannya pemetik api

Betapa pandangan mudah difahami Berupaya amati cukup sempurna Apa cadangan yang boleh diberi Supaya sel mati hidup semula?

Berbulan menjaga sudah lengkap Harapannya biarlah didikan berarti Soalan saudara mudah dijawab Jawapannya ialah makanan nutrisi

Baru tadi berjalan hilang dipenglihatan Bagai melayang tidak seperti kebiasaan Satu lagi soalan yang berkaitan Apa yang tidak baik jadi amalan?

Kenapa belum susut semula Nampaknya susah pada pengamatan Saya maklum maksud diminta Jawapannya ialah ubat-ubatan

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 138)


Pantun Uda Dan Dara Lantun melantun kian kemari Lantun bersama nanti merana Pantun memantun kita di sini Pantun uda dan dara diberi nama

Lantun melantun kian kemari Lamun sidia di senjakala Pantun memantun kita di sini Semuga uda dan dara boleh terima

Pantun yang hampir sama dengan pantun untuk remaja tetapi golongan ini telah berubah dan meningkat kepada hampir dewasa, mereka datang dari alam remaja ke alam belia dan alam belia ke alam dewasa dan dari alam dewasa ke alam berumahtangga betul tak? Golongan inilah yang telah hampir layak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas dosa dan pahala yang mereka lakukan bukan lagi ditanggung oleh ibu bapa mereka sebagaimana semasa alam remaja (yang belum baligh). Nasihat saya kepada anda semua para uda dan dara, ingatlah masa depan anda dan keluarga anda sendiri (apabila sudah bernikah dan memiliki anak-anak) adalah di bawah tanggungjawab anda maka jangan dirosakkan masa depan anda dan mereka dengan kegiatan yang boleh memberi mudarat kepada semua pihak seperti gejala penagihan dadah, judi, minum arak, kegiatan dalam golongan yang bertentangan syari'at agama kita dan banyak lagi! Jadilah uda dan dara yang berjasa dan memberi guna kepada bangsa, negara dan khususnya agama kita Islam yang diredai Allah SWT dunia dan akhirat! Dan jadilah rakyat Malaysia yang bersatu padu tak kira bangsa, suku kaum dan agama demi kepentingan kita dan anak cucu kita kelak! Pesan pujangga: "Jangan ditanya apakah sumbangan negara untuk anda, tapi tanyalah, apa sumbangan anda kepada negara"

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 139)


Rasa adil sebar bedak Indah segar menggigil tiada Masa kecil bergelar budak Sudah besar bergelar uda Kata diluah mata dikengit Tangan menggapai kumis menjalar Cinta di sekolah cinta monyit Akan terlerai habis belajar Kata diputus tidak sehala makin meliar duga si dia Cinta di kampus ada tak rela Ingin belajar hingga berjaya Bahu diurut urat berpintal Tadi jatuh cedera melanda Dulu takut mengurat menggatal Kini jaguh dara digoda Mengada-ngada rasa digoda Hendak menayang muka dihala Ada uda berguna berjasa Tak kurang juga keluarga diseksa Jika berlalu bersahaja aksi Beredar bila kerana menyendiri Masa dulu belanja diberi Bergelar uda kena berdikari Jika berjaga meniarap berdiri Kenangan pada si dia dini hari Uda bekerja setiap hari Keinginan ada sedia beristeri Bila dekat tangan diberi Minta suakan kelapa tadi Uda mendapat pasangan dicari Bercinta sakan lupa diri Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 140)


Mula menyapa berdiri di sisi Duga berkisar bincang diajak Ada lupa mencari bini Hingga bergelar bujang terlajak Mula pasti mengapa diri di sini Galakan berdikari upaya menyedarkan Uda mesti ada jati diri Jauhkan diri budaya merosakan Mula bekerja dapat ganjaran Sama berganding capai pendapatan Uda berusaha menamat pelajaran Di menara gading selesai perjuangan Jika sama asah parang diperlukan Segera dipapar persamaan padanan Uda terima ijazah yang diimpikan Mula melamar pekerjaan dikenan Cuba memadam perlu dipercepat Pembatas masa perlu juga diingat Uda memendam satu tekad Membalas jasa ibu bapa dihajat Turun bersahaja jika tidak disapa Meninjau kaedah budak dibedah Tekun bekerja uda tidak terleka Walau didedah hiburan tak berfaedah Kenyataan yang ada mungkin diserah Sebagai pemusatan dalam siasatan Kejayaan uda semakin terserlah Menyelesai kekusutan dalam jabatan Kecepatan kuda melompat di titian Bukan setakat kuda belasahan Kehebatan uda mendapat perhatian Kenaikan pangkat uda dianugerahkan Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 141)


Rasa bersabar mungkin berpada Bagi berhadapan mentua mengada Dara membesar makin menggoda Menjadi tatapan tua dan muda Rela beralah hindar dosa Kaji laku perlu diutama Bila sudah bergelar dara Diri perlu selalu waspada Bicara remaja perlu dijaga Jangan juga usik mengata Dara bekerja membantu keluarga Jangan leka asyik bercinta Bulan kelam tiada terang Kemana menghilang senja menjelang Berjalan malam dara dilarang Kerana bimbang bahaya mendatang Bicara mengusik kata berdalih Berangan dikala suria beralih Dara asyik bercinta berkaseh Pasangan pula si buaya putih Jualan dijaja supaya dibeli Satu tidak siapa peduli Berjalan sahaja ke sana kemari Membantu emak dara hindari Cara jahitan mesti bermutu Sedia sepuluh agar dibantu Dara pingitan menanti dipintu Tiada jodoh bergelar andartu Tiada jodoh bergelar andartu Baldi belanga ada mutu Kerana takut digelar andartu Mandi bunga itu tak perlu Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 142)


Peniaga asing gila nak sain Canang diri dulu hendak join Keluarga bising bila nak kahwin Pinang lelaki itu tak main Menjaga budi bahagianya dianugerah Bersatulah kita tidak pecah belah Harga diri keluarga bukannya murah Teruslah dara menjaga maruah Letak budi menaruh harapan Dara yakin layak diberi penghormatan Elak diri pengaruh kawan dan rakan Kerana mungkin merosak masa depan Tinjau cara pemantauan Ubah posisi diharap perlahan Walau dara di perantauan Maruah diri tetap dipertahan Kota dan desa sama redup Tanda suria hilang di barat Merata dara berusaha menyara hidup Ada kerja kilang dan pejabat Supaya cara melatih tersemat di hati Memberi panduan seberapa daya Ada antara dara lebih hebat lagi Menjadi usahawan muda yang berjaya Memakai halia kaedah diusaha Petua diamalkan paling asing Ramai dara sudah berjaya Ketua di jabatan masing-masing Dara rasai cabaran dan hambatan Cuba dicapai seusai dihadang Ada kuasai pelajaran dan jabatan Dara menguasai pelbagai bidang Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 143)


Soal Jawab Pantun Uda Dara Soalan

Jawapan

Kalam bermula penyatuan dilaksana Sudi bersua semakin ketara Salam kepada tuan yang bijaksana Kami berdua ingin berbicara

Hanya kata salam pembuka bicara Manakala ketara tertiblah silu menyapa Keduanya berusia muda dan remaja Uda dan dara wajiblah taati ibu dan bapa

Selasih berseri putih bersinar Dari kurang selera menjadi suka Kasih kami tak pernah pudar Kami sayang mereka berdua

Begitulah hendaknya pada kamu berdua Mentaati kedua ibu bapa perlu dijaga Selalulah bertanya khabar berita Jika berjauhan dengan mereka

Demi bersua silih berganti Membaca saling dapat disejajar Kami berdua masih terikat lagi Di menara gading tempat kami belajar

Seharusnyalah kamu begitu Santun bersabar menggapai upaya Baguslah kalau begitu Tekun belajar sampai berjaya

Demi menekun haluan di darat Supaya sampai cepat sekali Kami pohon panduan dan nasihat Supaya tercapai hasrat kami

Menjamu mentua pengat keladi Upayakan apa yang diminta Kamu berdua mesti ligat stadi Supaya akan membahagiakan ibu bapa

Apakah seri bayang mentari Buruan menyengat dari cahayanya Adakah lagi yang dapat tuan beri Panduan nasihat kami dahagakannya

uruskan supaya bermula semangat Sejajar sebagai puncak segalanya Teruskan usaha tanpa rasa penat Belajar sampai nampak hasilnya

Dari buntu tak tahu kami alami Keluarga miskin simpanan berkurangan Kami mampu menumpu pelajaran kami Biasiswa kami terima ringankan bebanan

Bayangkanlah diri tidak dipeduli Membawa merata penatlah mengejar Kenanglah budi pihak yang memberi Biasiswa diterima janganlah lupa bayar

Pohon rambutan tumbuhnya tinggi Sehingga sampai puncak pohon turi Mohon doakan kami wahai tuan bistari Berjaya mencapai cita-cita kami

Menjaga dan menyara bukanlah mudah Tenaga dipacu semua tak bersisa Keluarga dan negara perlukan anda Semuga kamu berdua membalas jasa

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 144)


Berbalas Pantun Kumpulan A (Perempuan)

Kumpulan B (Lelaki)

Bersama pelihara melihat memerhati Cegah hilang bijaksana dipunya Bagaimana cara jadi rakyat sejati Boleh yang bijaksana terangkannya?

Bukan hanya berangan sahaja Hendaklah sama berikan tenaga Jangan ditanya sumbangan negara Semaklah apa sumbangan kita

Berperi mencambah rasa yang yakin Upaya menyata membantu mendedah Mencari merubah segala yang mungkin Keduanya mencipta sesuatu berfaedah

Gagah melekap keupayaan diri Menjana meralisasi menyerlah pasti Boleh jawab pertanyaanku ini Apa makna inovasi dan kreativiti?

Kuah basi walau dimasaknya Senyum mengubat kuranglah laparnya Apa lagi kalau bukan kerananya Sebelum terlambat carilah penawarnya

Kayak dan rakit meredah hutan Mungkinkah berguna papan rendaman Banyak penyakit di tubuh badan Adakah kerana makan dan minuman?

Bersatulah kita negara dicintai perkara dirancang tekun diamati Tahukah saudara perkara terjadi Apa yang memberansang tahun ini?

Bekalan diberi membina membaiki Usahawan segera melangkah jaya Soalan saudari berteka teki Belanjawan negara itukah maksudnya?

Bekalan segera upaya disediakannya mengagih bijak membuahkan hasilnya Belanjawan negara saya makluminya Lebih banyak peruntukan antara faedahnya

Pelancung diharap damai di sini Upaya mendedah sifat berbudi Tolong jawab wahai saudari Antara faedah rakyat nikmati?

Salahkah beramai menampi padi Boleh juga usik rakan diseli Bukankah ramai kami di sini Pileh saja mana berkenan di hati

Upaya diri kasih sayang sejati Sudilah lamaran bagi diri sendiri Saya ini masih bujang lagi Apakah cadangan dari saudari?

Segalanya ketentuan dari Ilahi Mengubah tiada ketetapan pasti Rupanya pertemuan singkat sekali Begitulah juga harapan kami

Nyata resah bukannya disedari Terlelap di bangku kain diberi Kita berpisah hanya di sini Harap bertemu dilain kali

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 145)


Assallamuallaikom dan salam sejahtera kepada anda semua, demikian deretan pantun-pantun karangan saya dan kata-kata nasihat yang saya utarakan dalam eBuku MyPantun ini dengan harapan memberi guna untuk anda dan keluarga, saya berharap amat sangat agar pantun-pantun dan kata nasihat saya tidak dianggap serong atau disalah anggap, saya benar-benar ikhlas mengarang pantun-pantun tersebut dan kata nasihat untuk faedah kita bersama, sebagai Umat Islam walau apa juga fahaman yang hendak kita ikut wajiblah kita semak dan berilmu mengenainya dengan merujuk al Quran dan hadis Nabi SAW agar kita tidak menyesal selepas mati, dan sebagai rakyat Malaysia kita wajib taat setia kepada negara walau siapa jua yang menjadi pemimpin selagi pemimpin kita tidak memerintahkan kita melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah SWT selagi itu kita wajib mentaati mereka, kerana inilah perintah Allah dan RasulNya yang boleh kita semak melalui al Quran dan hadis Nabi SAW. Seruan saya kepada semua pembaca dan peminat MyPantun agar kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing baik sebagai penganut agama Islam kepada tuhannya iaitu Allah SWT dan RasulNya jangan kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan agama sendiri dengan menyertai golongan pengganas dan seumpamanya, dan cintai negara dengan bersungguh-sungguh dengan mentaati pemimpin (ini juga termasuk perintah Allah SWT dan RasulNya) jangan kita lakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara sendiri hingga menyebabkan kerosakkan keamanan yang sedang kita nikmati sekarang supaya anak cucu kita tidak mengutuk kita bila mereka dewasa kelak.

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk www.mypantun.tk (MS 146)


Sebagai suami kepada isteri dan sebagai bapa kepada anak-anaknya, sebagai isteri

kepada suaminya, ibu kepada anak-anaknya dan sebagai anak kepada kedua ibu dan bapanya, dan lain-lain yang yang mana semuanya mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan! Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat kita wajib melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, kerana kita akan ditanya Allah SWT akan apa yang Allah SWT amanahkan kepada kita! Takutlah azab Allah SWT

semasa kita tidak melihatnya! Hisablah diri sendiri sebelum kita menghisap diri orang lain, senantiasa cari ilmu dan berdoa kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk jalan yang benar, bermuhasabahlah pada diri sendiri senantiasa supaya kita tidak menyesal di kemudian hari! Kesimpulannya:

1) Sebagai Umat Islam, wajib kita berhati-hati supaya tidak merosakkan kesucian agama sendiri! Senantiasa mentelaah al Quran dan hadis serta berdoalah kepada Allah SWT dengan meminta kefahaman dalam agamaNya. 2) Sebagai warganegara, wajib kita berhati-hati dalam setiap tindak tanduk demi

mengelak dari merosakkan negara sendiri dengan perlakuan yang prajudis dan buruk sangka kerana ikut-ikutan dengan membuat tuduhan membabi buta tanpa sebarang bukti nyata! Kita wajib berilmu dalam perkara yang kita melibatkan diri padanya dan senantiasa mengamalkan berfikir dahulu sebelum bertindak!

Ingatlah , merosakan amat mudah, tetapi membaikinya amat susah!

Allahuaklam Wassallammuallaikom BJ Muhammad www.mypantun.tk

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk www.mypantun.tk (MS 147)



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.