Lawatan Perintis MQA ke UTHM
Lain-lain berita................ Penstrukturan baru CAD Mesyuarat Kerjasama Ketuaketua Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia Apa itu COPPA? Taklimat Kemahiran Insaniah kepada pelajar tahun akhir UTHM Skala Kemahiran Insaniah Malaysia My3S Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability) Takwin Program Pembangunan Profesionalisme dalam P&P 2010
Lawatan MQA bagi Audit Prestasi Akademik di UTHM
Free On-Line Tools and Resource to Elevate your Teaching
1
DARI BILIK DEKAN CAD Assalamualaikum dan bersyukur kehadrat Allah Subhanahuwataalla kerana dengan izinnya terhasil eduCAD Bilangan 9 ini yang telah diberikan nafas baru. Tahun 2009 kini telah melabuhkan tirainya dan fajar 2010 telah menjelma. Sekali lagi CAD memperlihatkan perubahan pengurusan dan struktur baru Pusat Pembangunan Akademik yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2010. Warga CAD ingin mengucapkan selamat datang kepada Timbalan Dekan, Ketua Jabatan Audit Kualiti Akademik dan Ketua Jabatan Pembangunan Kualiti Pelajar. CAD amat mengalu-alukan kedatangan warga baru CAD dan mengharapkan dengan penstrukturan semula carta organisasi ini pertambahan tanggungjwab yang diberikan oleh pihak Unviersiti dan keperluan semasa dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif. CAD juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga UTHM yang telah menjayakan Lawatan Auditor Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Penilaian Audit Prestasi Akademik (APA) yang telah diadakan pada 20 Oktober 2009 hingga 23 Oktober 2009. Pada tahun 2010, CAD menerima lawatan dari MQA pada 26 April 2010. Kali ini CAD menerima Lawatan Perintis Standard Program Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan. CAD amat berterima kasih kepada warga UTHM yang terlibat dalam lawatan ini. Cabaran 2010 bermula apabila semua fakulti sibuk dengan semakan semula kurikulum berdasarkan keperluan MQA dan juga proses pembangunan program akademik baru berdasarkan MQA01. Kedua-dua aktiviti tersebut pasti akan menyebabkan semua warga akademik di UTHM lebih memahami konsep dan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan MQA. Terima Kasih. DR. ISHAK BABA
DARI MEJA KETUA PENGARANG Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat bertemu kembali dalam buletin edisi terbitan Bil. 9/2010 bagi sesi Julai-Disember 2010. Bagi terbitan kali ini menampilkan jenama baru buletin yang dikenali sebagai eduCAD bagi menggantikan Buletin CAD dan penambahan beberapa segmen di samping memuatkan paparan isu-isu serta aktiviti menarik anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CAD) UTHM. Ia merupakan satu manifestasi kepada kesungguhan dan ketekunan warga kerja CAD dalam merealisasikan hasrat untuk meninggikan imej pusat sekaligus menjana perubahan positif ke arah meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada staf dan pelajar. Penglibatan secara langsung CAD kepada pembangunan akademik universiti telah menampakkan kesan yang positif yang memberi isyarat yang jelas tentang peranan yang perlu dimainkan demi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran di UTHM. Di samping itu juga, kemahiran insaniah adalah satu elemen yang penting yang perlu diterapkan kepada pelajar demi membina sahsiah diri sebelum mereka terjun ke dunia pekerjaan. Kepada semua warga CAD, selamat menyempurnakan azam 2010 dan sama-samalah kita berdoa agar segala usaha kita untuk mengangkat martabat akademik universiti akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Bersama-samalah kita bersatu dan bekerjasama demi untuk menjadikan CAD sebagai salah satu PTj yang boleh dibanggakan oleh semua. Akhir bicara, selamat maju jaya dan semoga bersua lagi di keluaran akan datang. Sekian. Salam hormat dari saya untuk semua pembaca. DR. ROZLAN ALIAS 2
CARTA ORGANISASI PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK Dekan Dr. Ishak bin Baba Setiausaha Pejabat Siti Hajar binti Abdullah Zawawi
Timbalan Dekan Dr. Rozlan bin Alias Pembantu Tadbir (P/O) Dayanita binti Md. Dahar
JABATAN AUDIT KUALITI AKADEMIK
JABATAN JAMINAN KUALITI AKADEMIK
Ketua Jabatan Dr. Sh Salleh bin Sh Ahmad
JABATAN PEMBANGUNAN KUALITI PELAJAR
Ketua Jabatan Zarina binti Md. Ali
JABATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Ketua Jabatan Asmarashid bin Ponniran
UNIT PENTADBIRAN DAN OPERASI
Ketua Jabatan Zainal Abidin bin Sayadi
UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME STAF AKADEMIK
UNIT PEMBANGUNAN MULTIMEDIA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Penolong Pendaftar Suhaini binti Mohd Gazi
Pegawai Teknologi Maklumat
Hemmy bin Abd. Jalal
Pen. Pegawai Tadbir Zaifazol bin Said
Pembantu Tadbir (P/O) Siti Hajar binti Sulaiman
Pen. Peg. Tek. Maklumat Haljiah binti Hasli
Pembantu Tadbir (P/O) Aishah binti Zainal
Pembantu Tadbir (P/O) Syahamdan bin Sarif
Pembantu Pereka Azrul Anuar bin Rahamat
Pembantu Am Pejabat Zakee bin Mesiri
Sidang Redaksi eduCAD Penasihat
: Dr. Ishak bin Baba
Ketua Editor
: Dr. Rozlan bin Alias
Editor :
Dr. Sh. Salleh bin Sh. Ahmad Asmarashid bin Ponniran Zainal Abidin bin Sayadi Zarina binti Md. Ali
Ketua Penulis
: Hemmy bin Abd Jalal
Penyelaras Bahan
: Haljiah binti Hasli
Pereka Grafik : Azrul Anuar bin Rahamat Hemmy bin Abd. Jalal Jurufoto : Syahamdan bin Sariff Hemmy bin Abd Jalal
Penulis : Edaran
Aishah binti Zainal Asmarashid bin Ponniran Dayanita binti Md. Dahar Haljiah binti Hasli Hemmy bin Abd. Jalal Dr. Sh. Salleh bin Sh. Ahmad Siti Hajar binti Sulaiman Siti Hajar binti Abdullah Zawawi Suhaini binti Mohd Gazi Syahamdan bin Sariff Zaifazol bin Said Zainal Abidin bin Sayadi Zarina binti Md. Ali
: Zakee bin Mesiri 3
PENSTRUKTURAN BARU
Oleh: Suhaini Mohd Ghazi (suhainim@uthm.edu.my)
JABATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (JPDP)
Pusat Pembangunan Akademik diketuai oleh Dr. Ishak bin Baba selaku Dekan dan dibantu oleh seorang Timbalan Dekan iaitu Dr. Rozlan bin Alias bermula 16 Februari 2010 yang lalu. Jawatan Timbalan Dekan telah diwujudkan melalui penstrukturan semula CAD yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 1/2010 yang telah bersidang pada 13 Januari 2010. Melalui penstrukturan semula CAD ini juga, jawatan 2 orang Ketua Jabatan iaitu Ketua Jabatan Audit Kualiti Akademik dan Ketua Jabatan Pembangunan Kualiti Pelajar telah diwujudkan untuk memantapkan lagi pentadbiran CAD. Selain daripada jabatan-jabatan yang dinyatakan di atas, CAD juga dibantu oleh 2 lagi jabatan iaitu Jabatan Pengajaran dan Pembelajaran serta Jabatan Jaminan Kualiti Akademik dan dibantu oleh staf Pentadbiran dan Kewangan.
Misi Untuk meningkatkan program akademik berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran berfokuskan pelajar, rekabentuk, pentaksiran dan penambahbaikan berterusan dengan sokongan staf akademik yang kompeten. Fungsi Utama Bertanggungjawab terhadap Kualiti Program Akademik supaya memenuhi kehendak pelanggan, bertanggungjawab mengurus kursus Pengajaran dan Pembelajaran bagi staf akademik, serta bertanggungjawab terhadap Kualiti Akademik Pelajar bagi memenuhi kehendak stakeholder.
4
OBJEKTIF : Memastikan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. FUNGSI : • • • • • •
Menjalankan Program pembangunan profesionalisme dan Latihan untuk staf akademik. Membangun, menyelia dan mengemaskini sistem e-pembelajaran Menjalankan Penilaian Pengajaran staf akademik Menyediakan Laporan dan Analisis berkaitan Pengajaran & Pembelajaran Projek EIE – Education Institutional Environment Enhancement ELSP – MyLinE
JABATAN JAMINAN KUALTI AKADEMIK (JJKA) OBJEKTIF : Memastikan pembangunan dan pemnambahbaikan program akademik di UTHM dilaksana berdasarkan garis panduan dan prosedur yang ditetapkan. FUNGSI : • • • • •
Menyelia & menyelaras Pembangunan Program Akademik Baru Menyelia & menyelaras Penambahbaikan Program Akademik Menyelia & menyelaras penyediaan Proforma Menyedia & mengurus Sistem OBE Menyelia dan menyelaras pelaksanaan OBE di UTHM
JABATAN AUDIT KUALITI AKADEMIK (JAKA) OBJEKTIF : Memastikan semua program akademik universiti mendapat pengiktirafan sebelum pelajar bergraduat FUNGSI : • • • •
Menyelia dan menyelaras pelaksanaan Audit Akademik Universiti (COPPA, COPIA) Menyelia & menyelaras aktiviti berkaitan Akreditasi Program Akademik Mengurus Dokumentasi dan Pelaksanaan ISO 9001:2008 berkaitan program Akademik Menyelia dan menyelaras pelaksanaan Kaji Selidik berkaitan program akademik
JABATAN PEMBANGUNAN KUALITI PELAJAR (JPKP) OBJEKTIF : Memastikan program kemahiran insaniah dan prestasi akademik pelajar dilaksanakan berdasarkan prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan FUNGSI : •
Menyelia dan menyelaras Program Kemahiran Insaniah (KI) UTHM pada peringkat sarjana muda dan diploma.
• • •
Memantau perlaksanaan Program Keusahawanan (Akademik) UTHM pada peringkat sarjana muda. Memantau dan menyedia laporan prestasi pelajar UTHM pada peringkat sarjana muda dan diploma. Menjalankan penyelidikan tentang pembangunan program akademik dan pelajar UTHM.
PENTADBIRAN OBJEKTIF : Memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan selaras dengan prosedur dan peraturan-peraturan universiti. FUNGSI : • • • • • • •
Pengurusan Pejabat Pengurusan Kewangan Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Aset Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelenggaraan sistem yang dibangunkan oleh CAD Bertanggungjawab merancang keperluan sistem dan perkasasan yang diperlukan oleh setiap unit di CAD Bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat terikini kpd semua staf CAD
CONGRATULATIONS! to all MyLinE National Online Quiz winners Online Quiz 2
[ 20 July - 26 Sept. ‘09 ]
1st Runner-Up Azi Zatika Puade
2nd Runner-Up Eric Ling Song Chow Yee Jingzu Consolation Farhan Abdul Wahab
Prizes iPOD Shuffle MP4 Player MP4 Player
O nline
Quiz 3
[ 4 Jan. - 21 Mar. ‘10 ]
Prizes 1st Runner-Up Kiyomi Lim Denise iPOD Touch Consolation Ong Sim Lin
1 Year Reader’s Digest Subscription
Dictionary & CD ROM
http://el
sp.uthm
.edu.my/
myline.
html
5
SELAMAT DATANG KE CAD!
TIMBALAN DEKAN PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK Nama : Dr. Rozlan bin Alias Tarikh Lahir : 16 Oktober 1965 Tempat Lahir : Tanjung Malim, Perak Alamat : No.21, Jalan Universiti 14, Bandar Universiti, Parit Raja, Batu Pahat , Johor Status : Berkahwin Bil. Anak : 3 Orang Tarikh Lapor diri : 16 Februari 2010 Mula Berkhidmat di UTHM : 17 Ogos 2009 Pendididikan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Malaya Sarjana Sistem Komunikasi Digital, Loughborough University of Technology, United Kingdom. Doktor Falsafah Elekrik dan Elektronik , Bradford University, United Kingdom Pengalaman Kerja : Dalam Bidang Industri – Jurutera Proses- Fujitsu Component selama 2 tahun Dalam Bidang Pendidikan – Pensyarah- Universiti Kuala Lumpur BMI selama 16 tahun. Motto Hidup : Ilmu Perintis Kejayaan KETUA JABATAN PEMBANGUNAN KUALITI PELAJAR (JPKP) Nama : En. Asmarashid bin Ponniran Tarikh Lahir : 14 April 1979 Tempat Lahir : Yong Peng Alamat : No.17, Jalan Kenangan Indah, Taman Kenangan Indah, Pt. Raja, Batu Pahat, Status : Berkahwin Bil.Anak : 2 Orang Tarikh Lapor diri di CAD : 16 Februari 2010 Mula Berkhidmat di UTHM : Jun 2005 Pendidikan : Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Pendidikan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sarjana Kejuruteraan (Elektrik -Kuasa) Universiti Teknologi Malaysia. Pengalaman Kerja : Dalam Bidang Pendidikan – Tutor (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), KETUA JABATAN AUDIT KUALITI AKADEMIK (JAKA) Januari 2003 – Mei 2005 Nama : Dr. Sh. Salleh bin Sh. Ahmad Motto Hidup : Make The Impossible Possible Tarikh Lahir : 5 November 1964 Tempat Lahir : Batu Pahat Alamat : No. 4, Jalan Manis 4, Parit Raja, Batu Pahat Johor Status : Berkahwin Bil.Anak : 5 Orang Tarikh Lapor diri di CAD : 16 Februari 2010 Mula Berkhidmat di UTHM : Tahun 2002 Pendididkan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Alabama, USA Sarjana Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia Doktor Falsafah Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengalaman Kerja : Dalam Bidang Industri selama 15 Tahun - Production Engineer - Amalgamated Steelmills - Operation Engineer - Frasser Neave (Soft Drink) - Engineer Manager – Victory Industry Motto Hidup : Buat yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan PEMBANTU PEREKA Nama : Azrul Anuar bin Rahamat Tarikh Lahir : 26 September 1980 Tempat Lahir : Muar. Johor Alamat : No. 7 Jalan Melur, Taman Maju Baru, Parit Raja, Batu Pahat, Johor Status : Berkahwin Bil.Anak : Seorang Tarikh Lapor diri di CAD : 1 Januari 2010 Mula Berkhidmat di UTHM : September 2003 Pendididkan : Diploma Komputer Grafik dan Senireka, Cosmopoint IT Institute Pengalaman Kerja : Kerani Sumber Manusia, Seiwa-P Malaysia Sdn. Bhd. Kulai Johor Freelance Designer Motto Hidup : Dengan Hikmah Saya Meneroka 66
Lawatan
MQA
bagi Audit Prestasi Akademik di UTHM Oleh: Zarina Md Ali (zarinaa@uthm.edu.my) Pada 20 hingga 22 Oktober 2009, Agensi Kerangka Malaysia (MQA) telah mengadakan lawatan ke UTHM bagi penilaian Audit Prestasi Akademik (APA). Lawatan ini bertujuan untuk menyemak dan menilai dokumen, mengadakan temubual dengan pihak pengurusan, staf akademik dan pelajar selain melawat UTHM dan prasarana yang ada. Disamping itu, panel penilai telah melihat keberkesanan sistem yang menyokong pengajaran dan pembelajaran program di UTHM. Panel yang terlibat bagi penilaian Audit Prestasi Akademik (APA) ialah Prof Dato’ Ir Abang Abdullah Abang Ali (Pengerusi, Universiti Putra Malaysia), Prof Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin (Setiausaha, Universiti Teknikal Melaka), Prof Dr Rakmi Abdul Rahman (Auditor, Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof Dr Zainab Abu Bakar (Auditor, Universiti Teknologi Mara) dan Prof Emeritus Walter Wong (Auditor, Monash University, Malaysia). Selain itu, pihak MQA juga menghantar 2 orang pegawai iaitu Cik Zarina Abang dan Cik Hanimasra Abdul Mukhti untuk membantu proses APA di UTHM. Semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik semasa audit ini berlangsung samada daripada segi dokumen mahupun sesi temubual bersama pihak pengurusan UTHM, staf akademik dan pentadbiran, pelajar dan penasihat fakulti. Hasil audit ini masih belum diterima daripada MQA tetapi pihak CAD telah membuat penambahbaikan berdasarkan hasil laporan penutupan audit.
7
Mesyuarat Kerjasama Ketua-Ketua Pengajaran Dan Pembelajaran IPTA Malaysia
Oleh: Aishah Zainal (aishahz@uthm.edu.my)
Bil.3/2009 Tarikh : 8-9 Oktober 2009 Tempat : Hotel Hilton, Sarawak Penganjur : Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Isu Penting: • Perkongsian maklumat dari UM mengenai ‘Scholarship for Teaching and Learning for Higher Education in Malaysia’, UiTM mengenai ‘Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia’ dan UKM mengenai ‘Polisi Pengajaran dan Pembelajaran’ • UM menjemput ahli mesyuarat membangunkan e-Mail group bagi semua ahli MAGNETIC. • Perlantikan maksima tiga orang ahli dalam MAGNETIC dan senarai nama diserahkan kepada KPT untuk pelantikan keanggotaan oleh KPT. • Penyerahan tugas sebagai Pengerusi MAGNETIC, Prof. Dr. Wahid bin Razzaly kepada Dr. Ishak bin Baba. Penukaran pengerusi ini adalah disebabkan penukaran jawatan Dekan di Pusat Pembangunan Akademik UTHM.
Malaysian Higher Education Teaching and Learning Council
Bil.1/2010 Tarikh Tempat Penganjur
: 27-28 Januari 2010 : Hotel Flamingo, Kuala Lumpur : Pusat Pembangunan Profesional (CPD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Isu Penting : • Pembentangan dari UTM ‘Keperluan Pengajaran Dalam Kelas (Classroom Based)’. Pembentangan dari UKM ‘Dasar Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh’ ‘Dasar e-Pembelajaran’ ‘Kebolehkerjaan (Employability)’ ‘Dasar Pengajaran dan Pembelajaran’ . Pembentangan dari UniMAP ‘Penglibatan Masyarakat Dalam Program Pengajaran dan Pembelajaran’. Pembentangan dari UUM ‘Pelaksanaan e-Learning’. • Perkongsian maklumat dari Jabatan Pengajian Tinggi oleh Prof. Madya Dr. Zarida binti Hambali mengenai Pelaksanaan Kajian My3S • Perkongsian maklumat oleh Prof. Madya Dr. Majid bin Konting (AKEPT) memaklumkan AKEPT sedang membangunkan sekumpulan jurulatih utama (master trainer). AKEPT juga telah merancang beberapa kursus/ bengkel pada 2010. Penceramah yang dijemput merupakan pakar dalam bidang masing-masing dari universiti antabangsa. • Outcome-Based Education (OBE) mulai tahun 2010. Semua program yang ditawarkan di universiti mestilah menggunakan falsafah dan pendekatan OBE. • UTHM akan menganjurkan ICTLHE pada tahun 2011. • UM telah membuat akaun email untuk ahli MAGNETIC. 8
Bil.2/2010 Tarikh Tempat Penganjur
: 5 – 6 April 2010 : The Orient Star Resort, Lumut, Perak. : Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti (BPAK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Isu Penting : • Mesyuarat bersetuju, segala isu, perbincangan dan keputusan akan diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tindakan selanjutnya. • Perkongsian maklumat dari UTHM mengenai ‘Modul Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran’, ‘International Conference On Teaching and Learning in Higher Educatioan (ICTLHE)’ , ‘OBE - Closing The Loop’ dan ‘Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran’. • Perkongsian maklumat dari UPM mengenai ‘Kemahiran Insaniah’. Perkongsian maklumat dari UM mengenai ‘Curriculum Development’ . • Perkongsian maklumat dari JPT mengenai ‘Malaysian Soft Skills Scale (My3S). • Mesyuarat mencadangkan lawatan diadakan pada bulan September 2010. Antara negara yang dicadangkan ialah Hong Kong, Australia, Finland dan Ireland. • Mesyuarat mencadangkan penganjuran ICTLHE dibuat secara bersiri dan konsisten supaya prosiding secara berindeks dapat dihasilkan.
Assessment
Assessment Assessment
Alumni
Program Outcomes
Course Outcomes
Analysis
Program Objectives
Analysis
Visions
Analysis
Missions
Stakeholders Advisory Committee
CQI
CQI
ClosingtheLoops
CQI
for more information please contact,
Dr. Ishak bin Baba ishak@uthm.edu.my
9
LAWATAN PERINTIS
Oleh : Siti Hajar Sulaiman (hajars@uthm.edu.my)
Lawatan Perintis Standard Program Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah diadakan pada 26hb April 2010.
MQA
KE UTHM
Kedatangan panel dari MQA ini adalah bagi membuat semakan “Programme Standard for Engineering And Engineering Technology” yang sedang dibangunkan oleh MQA dengan program sedia ada di UTHM. UTHM bertuah kerana telah dipilih oleh pihak MQA bagi percubaan perlaksanaan piawai yang sedang dibangunkan. Pihak MQA telah mengadakan sesi audit dokumen dan temubual bersama pensyarah dan pelajar bagi program-program kejuruteraan berikut : Program Yang Berkaitan 1. Diploma Kejuruteraan Awam Serta Teknologi 2. Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Teknologi 3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal Serta Teknologi 4. Sarjana Muda Kejuruteraan Awam 5. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik 6. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal 7. Sarjana Kejuruteraan Awam 8. Sarjana Kejuruteraan Elektrik 9. Sarjana Kejuruteraan Mekanikal 10. Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam 11. Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik 12. Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal
9 orang penilai daripada MQA terlibat dengan aktiviti audit tersebut. Pihak UTHM yang terlibat pula ialah semua dekan dan timbalan-timbalan dekan FKAAS, FKMP, FKEE dan PPD. Sejumlah 12 orang pelajar dan 12 pensyarah telah memberikan maklumbalas dalam sesi temubual bersama MQA. Secara keseluruhannya MQA memberikan ulasan yang positif terhadap hasil lawatan perintis tersebut. UTHM pula mendapat pengalaman melalui audit MQA kerana ini merupakan julung-julung kalinya sebuah IPTA diaudit oleh MQA di bawah “Standard Engineering & Engineering Technology”.
10
Apa itu
COPPA?
Oleh : Sh Salleh Sh Ahmad (saleh@uthm.edu.my)
COPPA adalah singkatan kepada “Code of Practice for Programme Accreditation” yang diadaptasi daripada “Code of Practice for Quality Assurance in Public Universities in Malaysia (2002)” yang diterbitkan oleh Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi. COPPA merupakah kaedah untuk penilaian akreditasi program dan kelayakan suatu IPT. Apa pentingnya COPPA?
Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan?
COPPA merupakan suatu dokumen garispanduan yang digunakan oleh IPT dan MQA (Malaysian Qualification Agency) bagi menjamin kualiti program pengajian yang ditawarkan di IPT. COPPA digunakan oleh IPT sebagai garispanduan dalam menyediakan dokumen untuk mendapatkan akreditasi daripada MQA. Manakala panel penilai MQA pula menggunakan COPPA bagi tujuan penilaian akreditasi untuk sesuatu program yang dikemukakan oleh IPT.
Akreditasi merupakan pengesahan pencapaian kualiti dalam penilaian jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia merupakan jaminan MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan tinggi termasuk para pelajar, ibu bapa, majikan dan lain-lain bahawa program pengajian yang diakredit oleh MQA merupakan program berkualiti. Ia juga merupakan platform atau asas kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi tujuantujuan yang berlainan.
Apakah kriteria COPPA yang digunakan MQA dalam menilai kursus pengajian di IPT? COPPA menetapkan sembilan kriteria utama yang dijamin oleh MQA iaitu : • Visi, misi dan hasil pembelajaran • Rekabentuk program dan penyampaian • Pemilihan pelajar dan sistem sokongan pelajar • Penilaian pelajar • Staf akademik • Sumber pendidikan/kemudahan pengajaran dan pembelajaran • Penilaian program • Kepimpinan, governan dan pentadbiran • Penambahbaikan kualiti berterusan Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi? Akreditasi merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada IPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.
Pengikitirafan pula bermaksud penerimaan satu-satu kelayakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, pengiktirafan kerajaan melalui JPA adalah syarat untuk dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam. Sebagai makluman, JPA hanya akan mengiktiraf program pengajian yang telah mendapat akreditasi MQA bagi maksud berkhidmat dengan kerajaan. Adakah program IPTA turut diakredit oleh MQA? Program pengajian IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti turut diakredit oleh MQA. Walau bagaimanapun, semua program berkenaan yang telah mendapat pengiktirafan JPA sebelum MQA ditubuhkan akan didaftarkan terus ke dalam MQR (Malaysian Qualification Register). Manakala bagi program baru yang hendak dikendalikan, ia akan tertakluk kepada proses jaminan kualiti yang ditetapkan oleh MQA.
11
oleh: Suhaini Mohd Gazi (suhainim@uthm.edu.my)
Taklimat Kemahiran Insaniah ini telah dilaksanakan pada 22 Februari 2010 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Y. Bhg. Naib Canselor UTHM, Y. Bhg. Profesor Dato'. Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) telah sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan memberi penerangan pada sesi berkenaan. Turut memberi taklimat adalah Dekan Pusat Pembangunan Akademik, Dr. Ishak bin Baba yang menerangkan kepada para pelajar berkenaan “Outcome-Based Education” dan pembentukan program akademik.
”Semua graduan UTHM haruslah berkeyakinan untuk mendapat pekerjaan dan terus menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara selepas bergraduan kelak”, - Y.Bhg. Naib Canselor UTHM.
[
Sesi taklimat ini melibatkan semua pelajar tahun akhir UTHM yang akan menempuh alam kerjaya selepas bergraduan kelak. Justeru itu, sesi taklimat ini dilaksanakan bagi membolehkan bakal graduan ini mendapat maklumat yang sewajarnya mengenai Kemahiran Insaniah untuk diaplikasikan dalam kerjaya mereka. Antara objektif taklimat tersebut ialah untuk meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman Kemahiran Insaniah oleh pelajar-pelajar yang terlibat dan mempelajari teknik dan kaedah mengawal emosi dan kebijaksanaan emosi. Antara elemen yang ditekankan semasa taklimat berkenaan adalah: • Kemahiran Kerja Berpasukan • Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah • Kemahiran Komunikasi • Kemahiran Kepimpinan
]
Free Online English Resources
http://elsp.uthm.edu.my/myline.html http://myline.utm.my
follow us on
search: elsp uthm
12
Skala Kemahiran Insaniah Malaysia
(Malaysian Soft Skills Scale) – My3S Oleh: Asmarashid bin Ponniran (asmar@uthm.edu.my)
Kemahiran insaniah atau soft skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai aspek pembelajaran. Kemahiran ini merangkumi aspek individu dan kerja berkumpulan yang perlu dikuasai oleh graduan untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan menjadi pekerja yang berkesan dalam pelbagai organisasi. Selaras dengan kepentingannya, Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah yang perlu diterapkan kepada pelajar di IPT, Jadual 1. Keberkesanan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar ini perlu diukur tahap penguasaannya. Justeru satu instrumen dikenali Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (Malaysian Soft Skills Scale My3S) telah dibangunkan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. 1. kemahiran berkomunikasi 2.
kemahiran kerja berpasukan
3.
kemahiran kerja berpasukan
4.
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
5.
kemahiran keusahawanan
6.
moral dan etika profesional
7.
kemahiran kepimpinan
Jadual 1: Tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah (KI) Penilaian My3S Justeru, satu sesi Penilaian My3S telah berjaya dijalankan di UTHM pada 18 Mac 2010 dari jam 2.00 ptg hingga 5.30 ptg. Wakil-wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi telah hadir bagi mengendalikan sesi penilaian ini. Penilaian ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi penilaian secara bertulis dan sesi penilaian secara temuduga. Seramai 415 pelajar terlibat pada sesi penilaian secara bertulis dan 27 pelajar pada sesi penilaian secara temuduga. Penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya pihak fakulti, Pejabat Pengurusan Akademik dan Pejabat Pengurusan dan Pembangunan Hartabina dalam menjayakan sesi penilaian ini.
BENGKEL PEMBANGUNAN DOKUMEN PROGRAM AKADEMIK DAN PENILAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN UTHM Oleh : Zaifazol bin Said (zaifazol@uthm.edu.my)
Sejajar dengan pembangunan universiti, terdapat banyak program baru yang dicadangkan oleh pihak fakulti bagi memenuhi kehendak stakeholders dan pasaran. Oleh itu, penyediaan Panduan Permohonan Program Baru (Akademik) akan disediakan berdasarkan RPK 01 dan kriteria-kriteria yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain itu, Panduan Permohonan Penambahbaikan Program Akademik juga akan disemak semula berdasarkan kriteria KPT dan RPK 02 (ISO 9001 : 2008). Ini adalah kerana pihak KPT telah menggariskan bahawa semua program sedia ada di setiap IPT perlu membuat penambahbaikan berdasarkan OBE sebelum tahun 2011. Justeru, satu bengkel telah diadakan pada 21 hingga 23 Disember 2009 bertempat di M Suites Hotel, Johor Bahru. Bengkel ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan akan mebincangkan mengenai menyediakan Panduan Permohonan Program Baru (Akademik) Universiti (RPK 01) dan menyediakan Panduan Permohonan Penambahbaikan Program Akademik (RPK 02) berdasarkan keperluan KPT dan MQA. Manakala satu kumpulan lagi menyemak dan memurnikan proses & laporan penilaian pengajaran staf akademik universiti dan memurnikan kriteria Anugerah Pengajaran & Pembelajaran universiti. Kedua-dua perbincangan ini diketuai oleh Dekan CAD. Hasil dari bengkel ini diharapkan universiti akan dapat melaksanakan sepenuhnya pelarasan terhadap dokumen bagi Program Akademik sepertimana kehendak pihak KPT dan MQA. Pada masa yang sama, dapat membuat pembaharuan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran universiti bagi meningkatkan kualiti akademik yang berasaskan ‘experiental learning’ seperti dikehendaki dalam penemuan hasil Audit Prestasi Akademik (APA). 13
Lawatan Kerja dari UiTM, Shah Alam Oleh: Siti Hajar Abdullah Zawawi (hajar@uthm.edu.my)
Program Kunjungan Lawatan Kerja Ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Oleh Pusat i-Learn Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 30 Oktober 2009 ini dilaksanakan untuk membolehkan kerjasama yang lebih erat di antara UTHM dan UiTM dijalinkan. Kunjungan ini juga telah membolehkan staf CAD dan Pusat i-Learn saling bertukar maklumat yang berkaitan. Prof. Madya Dr. Posiah binti Mohd Isa, Pengarah Pusat i-Learn telah mengetuai seramai 15 ahli rombongan daripada staf Pusat i-Learn, UiTM. Ahli rombongan dibawa melawat pelbagai fasiliti kampus, seperti ke Makmal Bahasa 2, Fakulti Sains, Sastera dan Warisan (FSSW) dan ke Studio UCiTV. Di akhir lawatan, rombongan turut dibawa melawat ke premis perusahaan jamu dan kerepek di Parit Raja.
Lawatan Kerja dari UIAM Oleh: Siti Hajar Abdullah Zawawi (hajar@uthm.edu.my)
Lawatan sambil belajar dari Centre for Profesional Development (CPD) UIAM ini telah diadakan pada 15 Mac 2010 sebagai sebahagian daripada program IEEP, UIAM. Lawatan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan mesra di antara UIAM dan UTHM selain berkongsi pengalaman masing-masing. Antara aktiviti lawatan ini, rombongan lawatan telah dibawa melawat ke Makmal Bahasa 2, FSSW dan Studio UCiTV UTHM. Selain itu, En. Shafry Salim dari Unit Perhubungan Awam UTHM juga telah dijemput untuk memperkenalkan UTHM kepada ahli rombongan. Rombongan dari UIAM ini telah diketuai oleh Dr. Azam Othman, Pengarah Centre for Professional Development berserta seramai 20 ahli rombongan daripada UIAM.
14
Kebolehpasaran Graduan (Graduate Marketability) Oleh: Asmarashid bin Ponniran (asmar@uthm.edu.my)
Kebolehpasaran Graduan merupakan perkara yang sangat signifikan bagi para graduan universiti. Ini kerana setelah graduan tamat pengajiannya di universiti, sepatutnya mereka mampu memperolehi pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan akademiknya. Tetapi perkara sebaliknya berlaku dimana mereka sukar mendapat pekerjaan walaupun sudah tamat pengajian ataupun mereka memperolehi pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelulusan akademiknya. Kebolehpasaran boleh didefinisikan sebagai “...kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh para graduan yang membuatkan bakal majikan berminat menawarkan pekerjaan kepada mereka� (merujuk Macmillan English Dictionary, 2002). Aspek kebolehpasaran graduan ini boleh dikaitkan dengan konsep daya saing. Berdaya saing dapat ditakrifkan sebagai sikap graduan yang sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan lebih berjaya daripada pesaingnya atau orang lain. Oleh itu, graduan yang mempunyai ciri-ciri berdaya saing yang sihat ialah mereka yang bersikap mudah bertolak ansur, sama ada dengan majikan atau persekitaran kerja, dinamik, dan berdaya usaha. Menurut Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), sesetengah kajian menunjukkan bahawa antara faktor utama yang mempengaruhi kebolehpasaran graduan ialah faktor penawaran berbanding dengan permintaan pekerjaan. Hal kekurangan penawaran kerja menyebabkan majikan lebih selektif dalam memilih pekerja. Dengan demikian graduan yang mempamerkan ‘kelebihan’ dalam bidang pekerjaan yang dipohon mampu menarik perhatian bakal majikan. Menurut IPPTN lagi, terdapat tiga ciri utama graduan yang dikehendaki oleh majikan dan tiga ciri tersebut adalah ketrampilan, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran berbahasa Inggeris.
Bengkel Pemurnian Fail Meja Pusat Pembangunan Akademik Oleh: Siti Hajar Sulaiman (hajars@uthm.edu.my)
Bengkel yang diadakan di M Suite Hotel, Johor Bahru ini diadakan bagi memastikan setiap staf di Pusat Pembangunan Akademik mengemaskini dan memurnikan semua fail meja yang sedia ada. Bengkel ini diadakan pada 9 hingga 11 April 2010 yang lalu dan dihadiri semua staf CAD. En. Rahim bin Asari dari Pejabat Pendaftar UTHM telah dijemput sebagai fasilitator bagi menerangkan dan memberikan garis panduan yang betul dalam menghasilkan fail meja yang mengikut peraturan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang ditetapkan. Di akhir bengkel ini, semua staf telah berjaya menyiapkan fail meja masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan.
15 15
Program Pembangunan Profesionalisme Dalam P&P Staf Akademik 2010 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Bil
Nama Program
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
31
1-11
Julai
Ogos
Sept
Okt
Nov
Dis
22-30
1-3
Perancangan, Persediaan & Rekabentuk Kursus 1 2 3
Asas P&P Pensyarah Baru UTHM Asas Problem Based Learning (PBL) Pembinaan Modul Berasaskan PBL
4
Pemurnian Modul Berasaskan PBL (Trigger)
5
Pemurnian Modul Berasaskan PBL (Assessment)
6
Interactive Powerpoint & Smart Presentation
7
Interactive Presentation Using Camtasia Introduction To Typesetting Using Latex Reflective Writing Andragogy Sistem e-Pembelajaran – Blackboard (Beginners, Refresher, Course Admin) Instructional Design & Storyboarding Flash Animation in T&L – Basic Flash Animation in T&L – Intermediate Penggunaan Matlab Dalam P&P Video Recording & Presentation Introduction to Web 2.0 Adobe Photoshop Adobe Illustrator Penyampaian Varieties in Teaching And Learning Pengajaran Kontekstual Microteaching for Engineering and Technology Effective Presentation In English (Basic) Effective Presentation In English (Intermediate) Effective Conversation In English Language for Research Work & Presentation Creativity And Creative Problem Solving Creative Thinking Pengurusan dan Psikologi Pendidikan Stress Management In T&L Effective Lectures Pentaksiran
8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 30 31 32
7-8 10 22-23
8-9
24
29 9-10
18-19 12-13
23-24 14-15
17-18 15 28-29 9-10 13-14
12 26-27 17
17
18 17
21 24-25
22 24-25
10-11 24-25 18-19 10-11 19-20
33 Penentuan JPU & Pembinaan 34 Isu Dalam Pentaksiran
17-18 17-18
35 Analisis Item Ujian 36 Semakan Soalan Penambahbaikan Kualiti Berterusan 37 Basic Classroom Action Research in Teaching and 38 Profesionalisme Learning Lain-Lain and Culture in Teaching and 39 Ethics Learning 40 Basic Blogging in T&L Seminar 41 Seminar E-Learning
17-18 17-18
3 24
28
Nota: Takwim program di atas tertakluk kepada pindaan tarikh dari semasa ke semasa.
Program akan dilaksanakan secara dalaman di setiap fakulti / pusat akademik
Pertanyaan: Sebarang pertanyaan sila hubungi Zaifazol bin Said (453 7832), atau Syahamdan bin Sarif (453 7832), atau email ke alamat zaifazol@uthm.edu.my / amdan@uthm.edu.my. 16 16
Free On-Line Tools and Resources to Elevate your Teaching Compiled by Zainal Abidin Sayadi (zainals@uthm.edu.my)
Free Educational Resources 1. 2. 3. 4.
Open Courseware < http://ocwconsortium.org/ > Multimedia Educational Resources < http://merlot.org/ > Slideshare < http://slideshare.net/> Scribd < http:// www.scribd.com>
Tools to Create your own Multimedia Contents 1. Text to speech converter < http://vozme.com/ > 2. Text to movie converter < http://www.xtranormal.com/ > 3. Screen recorder < http://www.screentoaster.com/ >
Tools for Collaboration 1. Google Docs < http://docs.google.com/ > 2. Dabbleboard < http://www.dabbleboard.com/ > 3. Grou.ps < http://grou.ps >
Tools you must use to stay ahead in your field 1. Google Reader < http://www.google.com/reader > 2. Tweetdeck < www.tweetdeck.com > 3. Netvibes < http://www.netvibes.com/ >
Educational Video Resources 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Teacher Tube < http://www.teachertube.com > Edublogs.tv < http://edublogs.tv/ > Edutopia < http://edutopia.org/video > You Tube Edu < http://www.youtube.com/edu > EduTube < http://www.edutube.org > Scholar Spot: < http://scholarspot.com/ > Cosmo Learning < http://www.cosmolearning.com/ > Google Educational Videos < http://video.google.com > Lectr < http://www.lectr.com > How Stuff Works < http://videos.howstuffworks.com/ >
(For a complete list of video related sites please go to http://bit.ly/9FzlLm)
17
for more information please contact, zainals@uthm.edu.my / 07 453 7474 http://www.facebook.com/zainal.sayadi
y) edu.m
n g i s e D l a n g o i n t i c d u r r t a s n o I b l y e r k g o t n S Be & o
jalal y abd m m e leh: h
(hem
my
m. @uth
kel eng a, b k a l e rt M lah Reso rding te akar a s o p a m o r a ryb rap ulti. â&#x20AC;&#x2122; Fa di A gn & Sto n bebe k t a f a tka ulai tiap emp al Desi Bert eliba ) dari se da 31 J ion m t c g a E u n gan Instr kan ya rsus (SM dakan p bagi dun n n a u a a i a d k k hd dia an tuju ita tela ung i ber pan cer dalam kand el yang 2009 in n a a k s np h ak Beng a 2 Ogo dokume k digun ME tela S u h g t n n a a n g r ed naa hin nu Pa silka n ka pembi n gha ngajara -modul. a n d e m m a e e ep dala dalik an p unkan an kons g etul h diken bah n g b n a g b t n la de mem ahkan truksi ya el ini te ari Pusa k s d d i g n i e i n s n d k a i k u d ersit Be tu ng instr Univ dul. ben ndu reka tu e-mo abentuk dan Ka MEAD), r k a C to si h silta sesu akar re Aplika an ( ajar agai fa SME tela d p n g a h n n e l r e u b o P a a g e r o k s n a tik ba ryb ntu ,p Pem edia u ng dilan gkel ini skah sto modul. n im a a Mult edia y akhir be puluh n unkan e i im e g t s l D n . u n a i a M in ib asilk an d gkel ben t mengh nya ak a a dap daripad g n a y
18
2010
Selamat Pengantin Baru! Oleh: Haljiah Hasli (haljiah@uthm.edu.my) Suhaini binti Mohd Gazi dan pasangannya Mohd Saifulnizam bin Esam telah selamat dijabkabulkan pada 20 Disember 2009 bertempat di Kg. Parit Sempadan Darat, Parit Raja manakala majlis sambut menantu diadakan pada 20 Mei 2010 di Peserai, Batu Pahat, Johor. Selamat pengantin baru kepada Suhaini dan suami. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. “Ya Allah, Kami memohon restu Mu. Berkati dan limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman, damai dan berkekalan. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Amin………..”
19
Hubungi Kami Anda adalah keutamaan kami dan maklumbalas anda amat kami hargai. Hubungi kami untuk berkongsi pengalaman atau kemukakan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami.
Contact Us
You are important to us and we value your feedback. Share with us your experience or make enquiries on any of our services.
20
2009 20 09--2 09-2 201 10 cca ad ut uthm hm. h ha ak ci cipt pta tte erp rpe elliih har a ra
07-453 7832 cad@uthm.edu.my