DOA-DOA DAN AMALAN UNTUK SUAMI ISTERI YANG MENGHADAPI KRISIS RUMAHTANGGA YANG BERAT

Page 1

RESEPIRAHSIAKU.COM

DOA-DOA DAN AMALAN UNTUK SUAMI ISTERI YANG MENGHADAPI KRISIS RUMAHTANGGA YANG BERAT

RUJUK LINK: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-doa-dan-amalanuntuk-pasangan-suami.html

1


N3 ini dibuat atas permintaan seorang hamba Allah yang menghadapi krisis rumahtangga yang berat. Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT yang telah meluahkan isi hatinya melalui email supaya diberi Allah SWT kesabaran yang tinggi kepadanya dan sama-sama kita mendoakan rumahtangganya kembali aman sejahtera. Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda: Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut, berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga. Jika anda sayangkan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Maka carilah jalan dan ikhtiar mengatasi dengan sebaikbaiknya. Jangan korbankan kasih sayang anak-anak dengan jalan penyelesaian yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu "CERAI". Ujian Allah SWT kepada hambaNya datang berbagai bentuk. Yang kaya atau yang miskin tidak dapat lari daripada ujianNya. Pada suami atau isteri jika pasangan anda buat hal janganlah bersedih kerana Allah SWT itu sedang menguji kesabaran dan keimanan anda. Jika hambaNya sabar maka syurgalah balasannya. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adikberadik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

2


Kesimpulan dari hadis diatas bahawa tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. Untuk para isteri atau suami yang sabar dengan pasangan masingmasing ingat hadis Nabi SAW ini. Jika rumahtangga anda dilanda badai dan taufan sebenarnya Allah SWT sedang menguji kamu samada sabar ataupun tidak sabar. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila Allah kasihkan seseorang hamba, nescaya Dia akan mengujinya dengan bala' untuk mendengar doa dan rayuannya" Rumahtangga yang aman sejahtera boleh berubah menjadi mimpi ngeri oleh beberapa faktor. Diantaranya adalah:   

Suami curang dengan wanita lain - main kayu3. Masalah suami kuat berjudi, kaki minum dan tanggungjawab. Isteri curang ada kekasih baru. Suami panas baran atau isteri kuat membebel.

abaikan

Ikut amalan-amalan dan doa-doa ini. Jika terdaya lakukanlah. Jika tidak terdaya jumpalah ustaz-ustaz di pusat rawatan islam. InsyaAllah diberkatiNya.

3


LANGKAH 1

RUJUK LINK: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-doa-dan-amalanuntuk-pasangan-suami.html 4


Langkah 1. MANDI AIR YANG DIBACA. Sebelum memulakan amalan dan doa-doa dibawah. Anda yang dalam keadaan kerunsingan, susah hati, kecewa dan hampir putus asa juga tertekan hingga tidak dapat berfikir dengan jelas dan terang dan bercelaru ataupun disihir. Siap air satu baldi penuh.

1.Baca ayat-ayat berikut: 1.1 Istighfar -3x. 1.2 Surah Al Ikhlas,Surah Al Falak,Surah An Nas - 3 x. 1.3 Ayatul Kursi - 10x. 1.4 Al-Fatihah - 20x. (Ditiup setiap kali habis baca) Selesai semua bacaaan diatas. Mandi dan juruskan air perlahan diatas kepala sehingga habis. InsyaAllah anda akan rasa amat tenang serta lapang dada. Segala kerunsingan akan hilang dan sekiranya terdapat makhluk halus yang berdamping atau mengikut anda akan lari dari anda. (Kadangx ilmu pembenci mengguna sihir iaitu jin berdamping dengan anda tanpa pengetahuan anda menyebabkan suami kadang-kadang tengok muka isteri cukup benci sekali). Tawakal padaNya.

5


LANGKAH 2

RUJUK LINK: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-doa-dan-amalanuntuk-pasangan-suami.html

6


Langkah 2. SOLAT HAJAT 2.1 Lakukan solat hajat sebaiknya 2/3 malam. 2.2 Minta Allah SWT buka pintu hatinya supaya kembali kepangkuan serta kasih sayangnya kepada anda dan anak-anak. 2.3 Minta berikut:   

Allah SWT tutupkan pintu hatinya kepada perkara

Lupa kepada kekasih gelapnya. Hilangkan keinginan untuk berjudi. Hilangkan ketagihan arak jika suami seorang pemabuk.

*Terserah pada keadaan punca yang menyebabkan krisis tsb.

7


LANGKAH 3

RUJUK LINK: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-doa-dan-amalanuntuk-pasangan-suami.html 8


Langkah 3. DOA-DOA YANG DIBACA SELEPAS SOLAT HAJAT Baca doa-doa tersebut berdoa.(Klik: SINI SINI)

dengan

mengikut

adab-adab

3.1 Doa Menutup Dan Membuka Pintu Hati. 3.2 Doa Memohon Ketabahan Hati. 3.3 Doa Perlindungan Dari sebarang Sihir.(3 Doa) 3.4 Doa Minta Kebahagiaan Sejati atau Doa Pengikat Kasih Sayang(Klik: SINI) 3.5 Doa Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat. 3.6 Istighfar 100x. 3.7 Salawat Nabi 10x *Jika suami atau isteri yang banyak dosa kerana maksiat zina, minuman keras dll. Hati mereka diselaputi titik-titik hitam yang menyebabkan hati mereka keras. Sukar mendapat dihidayah dari Allah SWT. Oleh itu Doa Menutup Dan Membuka Hati dibaca berulang-kali agar keinginan dan ketagihan kearah perkara yang mungkar dihapuskan dahulu.

9


DOA-DOA

RUJUK LINK: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-doa-dan-amalanuntuk-pasangan-suami.html 10


SENARAI DOA-DOA YANG PERLU DIBACA SEPERTI BAB 3.1 - 3.5 1. Doa Menutup Dan Membuka Pintu Hati.

Maksudnya: 15. Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. 16. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. (Surah Al Maidah: Ayat 15,16). 11


2. Doa Memohon Ketabahan Hati.

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". (Surah Al-Baqarah: Ayat 250). 3. Doa Perlindungan Diri Dari Terkena Sebarang Sihir. Doa (3.1):

Maksudnya: Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di 12


antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).(Surah Al Anam: Ayat 61) Doa (3.2):

Maksudnya: Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.(Surah Hud: Ayat 57) Doa (3.3)

13


Maksudnya: Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.(Surah Al-Araf: Ayat 118). 4. Doa Memperolehi Kebahagiaan Yang Sejati.

Maksudnya: (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).(Surah Shaad: Ayat 42) 5. Doa Kebahagian Dunia Dan Akhirat.

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"(Surah Al-Baqarah: Ayat 201). Wasallam. 14


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.