Jelajah Keamanan Melaka

Page 1

Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA

1


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA

PETIKAN KATA-KATA

“…saya ingin menyeru kepada semua masyarakat Malaysia, termasuk dari agensi-agensi awam, pertubuhan-pertubuhan NGO, badanbadan swasta untuk tampil memberikan sokongan, kerjasama serta sumbangan derma bagi membantu rakyat Gaza yang sarat ditindas dan dizalimi oleh Zionis Israel yang kejam” - YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia

“...”Waqaf Water4Gaza” adalah simbol manifestasi rakyat Malaysia untuk membantu 1.5 juta penduduk Gaza yang telah sekian lama menderita akibat kekejaman serta penindasan pihak Zionist Israel yang dengan sengaja telah mencemari kesemua sumber-sumber air bersih...” - YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia

“Air kumbahan yang mengalir ke laut Mediteranean mungkin akan mencemarkan perairan serta bekalan air bersih dikawasan sekitarnya…” “Ini sekaligus mencetuskan wabak yang boleh membahayakan penduduk disekitar laut itu termasuk Israel. Tetapi rejim Zionis Israel enggan membenarkan (bekalan paip PVC dihantar) kerana mereka terlalu angkuh” - YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Presiden Perdana Global Peace Foundation


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA

Kata-kata Aluan YBhg. Pengerusi TAN SRI NORIAN MAI Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya merakamkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama dalam program Jelajah Keamanan Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran bersama Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Kerajaan Negeri Melaka. Objektif utama program ini ialah menerapkan semangat nasionalisme dan memotivasikan budaya cintakan keamanan serta menentang sebarang konflik atau kekejaman dalam jiwa masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menunjukkan kepada masyarakat dunia tentang keprihatinan rakyat Malaysia terhadap sebarang kekejaman, kezaliman dan pencerobohan yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin, memberi kesedaran dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang prihatin tentang is-isu kemanusiaan dan juga mensyukuri nikmat dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman dan damai. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpul dana dan tabung PGPF yang mana program ‘Waqaf Water4Gaza’ secara simbolik mewakafkan 1.5juta botol air kepada penduduk Gaza yang kini bermasalah dalam mendapatkan sumber air bersih, kesan daripada sekatan haram Zionis Israel. Ramai yang tidak mengetahui di Gaza bekalan air bersih amat sukar didapati. Menurut laporan UNICEF, 95% sumber air di Gaza dicemari oleh sisa-sisa toksid yang boleh membahayakan kesihatan penduduknya. Penganjuran program Jelajah Keamanan ini juga tidak dapat disempurnakan tanpa bantuan organisasi dan juga individu yang turut bersama dalam usaha menjenayahkan perang dan prihatin atas mangsa peperangan. Terima kasih atas penglibatan anda yang selama ini banyak memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kami. Akhir kata, saya berharap program Jelajah Keamanan ini akan berjalan dengan lancar kearah mencapai misi dan objektif PGPF dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Terima kasih. Tan Sri Norian Mai, Pengerusi, Perdana Global Peace Foundation

1


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA

Kata-Kata Aluan YAB Ketua Menteri Melaka

DATUK SERI HJ MOHD ALI B MOHD RUSTAM Assalammualaikum w.b.t. Terlebih dahulu saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dalam usaha menjenayahkan peperangan serta usaha memperjuangkan matlamat keamanan dunia sejagat, termasuk menerapkan nilai-nilai murni dalam melakukan kerja kebajikan bagi membantu mereka yang tertindas oleh peperangan dan konflik. Saya merasa bangga kerana Melaka dipilih sebagai negeri pertama dalam penganjuran program ‘Jelajah Keamanan 2012’. Atas kepercayaan yang diberi oleh PGPF, negeri Melaka akan berusaha bersungguhsungguh untuk memastikan objektif penganjuran ini dicapai sepenuhnya. Kita bernasib baik kerana negeri Melaka mencapai status Melaka Maju di mana pembangunan turut mengambil kira kesejahteraan rakyat. Ini akan hanya dapat dinekmati dalam suasana negara yang terus aman, tanpa sebarang huru hara tidak seperti apa yang berlaku di Negara Negara Timur Tengah. Dalam kita yang terus mengecap kemakmuran yang berpanjangan, ada negara yang kurang bernasib baik. Kesengsaraan penduduk Gaza akibat penindasan rejim Zionis Israel yang tiada kesudahan sejak selepas Perang Dunia Kedua menjadi agenda utama PGPF. Salah satu kesan dari perbuatan kejam rejim tersebut telah menyebabkan sumber-sumber air bersih dicemari. Dalam hubungan ini, saya berharap rakyat negeri Melaka dapat menyumbang kearah meringankan beban sangsara penduduk Gaza melalui Program amal ‘Waqaf Water4Gaza’. Saya menaruh harapan agar PGPF dapat terus menjalankan usaha usaha murni membantu mangsamangsa perang dan kekejaman. Saya juga berharap semua pihak dapat memberi sokong padu atas usaha ini, khususnya rakyat negeri Melaka, badan bukan kerajaan, pihak swasta, institusi pengajian tinggi dan tidak lupa semua komuniti dan seluruh lapisan masyarakat Melaka. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua individu, wakil penduduk, syarikat dan pertubuhan yang telah sudi menyumbang tenaga serta wang ringgit bagi menjayakan program ‘Jelajah Keamanan 2012’ ini. Sekian, terima kasih.

2


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA

ATURCARA PROGRAM JELAJAH KEAMANAN WAKAF WATER4GAZA PERINGKAT NEGERI MELAKA 18 FEBRUARI 2012 ANJURAN:

PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION (PGPF) DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA

PENAUNG

:

YAB DATUK SERI HJ MOHD ALI B MOHD RUSTAM

TARIKH TEMPAT

: :

18 FEBRUARI 2012 (SABTU) Bangunan Seri Negeri, Hang Tuah Jaya

8.30 pagi 9.00 pagi

: Ketibaan Dif-dif Jemputan : Ketibaan YAB Datuk Seri Haji Mohd. Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. 9.10 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Tan Sri Norian Mai, Pengerusi Perdana Global Peace Foundation (PGPF). 9.20 pagi : Tayangan Video 9.30 pagi : Lawatan Pameran 10.00 pagi : Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Presiden Perdana Global Peace Foundation (PGPF). 10.05 pagi : Ketibaan TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka. : Bacaan Doa : Ucapan YAB Datuk Seri Haji Mohd. Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. : Ucapan YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Presiden Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Bertajuk “ JENAYAHKAN PEPERANGAN” : Dialog : Perasmian Jelajah Keamanan Melaka dan Penyerahan “Wakaf Water 4 Gaza” oleh YAB Ketua Menteri Melaka. : Flag-off Konvoi JELAJAH KEAMANAN oleh YAB Ketua Menteri Melaka. : Sidang Akhbar : Jamuan Tengahari 12.30 t/hari : Majlis Bersurai Nota: Pakaian : Baju Koprat Melaka Maju (Hijau)

PROGRAM SAMPINGAN

PAMERAN ‘WAR IS A CRIME’ 8-18 FEBRUARI 2012 MUZIUM STADTHUYS MELAKA JALAN GEREJA, MELAKA

3


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA Laporan daripada Unicef pada tahun 2010, lebih 95 % bekalan air untuk penduduk Gaza mempunyai kadar toksid yang amat tinggi dan memudaratkan manakala penduduk Palestin yang dirawat di hospital berisiko untuk mendapat penyakit lain melalui jangkitan kerana menggunakan air kotor.

PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara aman di mana rakyatnya dapat menikmati pelbagai keselesaan dan kebebasan. Rakyat Malaysia juga amat pemurah dan prihatin akan mereka yang memerlukan bantuan. Oleh yang demikian kepekaan terhadap kesengsaraan negara-negara lain yang di landa masalah akibat dariapada penindasan dan sekatan adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk beban diringankan.

Maklumat diterima mendapati Wadi Gaza kini dipenuhi air kumbahan dan di sepanjang Semenanjung Gaza, 16 saluran pembetungan dialirkan terus ke laut iaitu pelepasan 80,000 meter persegi air buangan (lebih daripada 50 peratus) yang tidak dirawat ke dalam laut.

Justeru, penganjuran satu program kesedaran keamanan adalah penting untuk menunjukkan keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengutuk keras sebarang kekejaman dan kezaliman peperangan seterusnya memberikan sumbangan kepada mangsa peperangan.

Mutu bekalan air di Gaza menurun dengan cepat dan pula tiada sumber air lain. Penduduk di Semenanjung Gaza yang dirundung kesan kezaliman Zionis itu terpaksa menanggung risiko dan tiada apa boleh dilakukan selagi dasar tertutup Israel berterusan.

Jelajah Keamanan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) yang diasaskan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada tahun 2005 untuk menganjur program-program keamanan dan menjenayahkan perang. Program ini bermatlamat untuk melahirkan kesedaran kepada masyarakat Malaysia terutama golongan penuntut-penuntut universiti dan golongan belia supaya mengubah persepsi yang wujud selama ini tentang peperangan dan keamanan, kepada persepsi baru yang melihat peperangan sebagai suatu perkara terlarang.

Sistem pembetungan dan loji penapisan air di Gaza telah dimusnahkan tentera Israel dalam siri pengeboman mulai 27 Disember 2008. Menjelang 18 Januari 2009, 1,400 rakyat Palestin terbunuh dan sebahagian besar kawasan di Gaza musnah dijilat api.

Usaha usaha PGPF Atas rasa kesedaran dan simpati, PGPF mewujudkan program Wakaf Air Untuk Gaza. Melalui program ini, air mineral di dalam botol berkapasiti 500ml dengan logo WaqafWater4Gaza akan dijual tanpa menetapkan harga, cuma mengharapkan sumbangan ikhlas orang ramai tanda sokongan mereka terhadap program ini.

Waqaf Water4Gaza Air merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam kehidupan kita seharian. Di Malaysia, kita tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menghargai kemudahan yang kita miliki itu. Pernahkah kita terfikir sekiranya kita hidup di tanah air sendiri namun bekalan air kita terhad dan tahap kebersihannya diragui.

Melalui program ini pihak PGPF akan mengedar dan menjual secara menderma 1.5 juta botol air mineral dan sebagai simboliknya, satu botol untuk seorang penduduk Gaza seramai 1.5 juta orang. Meskipun kalau dilihat dengan mata kasar tidak mampu untuk menampung sepenuhnya keperluan air di Gaza, namun ianya diharapkan mampu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seharian.

Begitulah yang terjadi kepada saudara kita di bumi Gaza di mana akibat dari sekatan rejim Zionist kehidupan mereka cukup menderita. Ketika ini penduduk Palestin terlalu sukar mendapatkan bekalan makanan dan ubatan kerana dikenakan sekatan haram tentera rejim Zionis yang jelas mengenepikan kecaman antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

4


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA KESAN SEKATAN ISRAEL KE ATAS GAZA Dari Laporan Bulan Oktober yang dikeluarkan oleh • Bangsa-bangsa Bersatu untuk Penyelarasan dan Hal Ehwal Kemanusiaan pendudukan wilayah Palestin • dan Laporan Bersama ‘Dashed Hopes: Continuation of the Gaza Blockade’ (Oktober 2010):

• • • • • • • • • • • • • •

Penduduk Gaza adalah 1.6 juta, dengan anggaran melebihi 50% di bawah umur 18 tahun. 80% dari nya bergantung pada bantuan antarabangsa. 61% mengalami pemakanan terhad. Kadar pengangguran dalam linkungan 39%, antara yang tertinggi di dunia. Gangguan bekalan elektrik berlarutan selama 4-6 jam sehari dan sering kali lebih lama. 60% menerima bekalan air hanya sekali setiap 4 atau 5 hari untuk 6-8 jam. 50 ke 80 juta liter air kumbahan separa atau tidak dirawat lansung dilepaskan ke dalam laut setiap hari. Lebih kurang 90% air yang dibekal ke penduduk Gaza tidak boleh diminum dan dicemari garam serta nitrat. 78% dari kerosakan rumah yang terjejas akibat Operation Cast Lead masih belum dibina semula. 38% penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan. 26% tenaga kerja Gaza, termasuk 38% belia, tidak mempunyai pekerjaan. Purata gaji merosot lebih dari 20% dalam enam tahun lepas. 54% penduduk Gaza tidak cukup pemakanan dan lebih dari 75% bergantung pada bantuan. 35% tanah lading dan 85% dari perairan untuk memancing adalah separa atau secara keseluruhan tidak boleh di akses akibat langkah-langkah yang diambil tentera Israel. 50-80 juta liter air separa rawat dibuang ke laut setiap hari.

Lebih dari 90% air dari akuifer Gaza tidak boleh diminum. 85% dari sekolah-sekolah Gaza beroperasi dalam dua syif. Lebih kurang satu per tiga barangan dalam senarai ubat-ubatan penting kehabisan stok. Semenjak permulaan 2010, 64 orang awam Palestin telah dibunuh dan 621 tercedera oleh kuasa-kuasa Israel; lebih dari 60% mangsa kejadian berlaku di kawasan larangan-masuk. Lain-lain, 60 orang awam terbunuh dan 137 tercedera dalam kemalangan berkaitan dengan terowong.

Nasma Abu Lasheen dan akses ke penjagaan kesihatan Nasma Abu Lasheen, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dari Gaza menghidapi penyakit leukemia, meninggal dunia pada 16 Oktober 2010 selepas pihak berkuasa Israel gagal mengeluarkan permit segera untuk rawatan medikal bagi menyelamatkan nyawa di sebuah hospital Israel. Apabila permit di keluarkan selepas seminggu kelewatan, ia sudah pun terlalu lambat. Permit untuk pesakit warga Palestin yang memerlukan rawatan khusus dan tidak terdapat di Gaza masih sering kelewatan atau dinafikan pihak berkuasa Israel. Semenjak 2009, 33 pesakit telah mati sebelum mendapat akses ke hospital yang telah dirujuk kepada mereka.

5


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA

1. Sekatan atas Gaza (dari darat, udara dan 5. Beribu manusia, kebanyakannya kanak-kanak, lautan) adalah satu penafian hak asasi manusia dan berlanggaran dengan undangundang antarabangsa yang sama dengan hukuman kolektif. Ia menghalang import dan eksport, juga pergerakan penduduk dalam dan luar Gaza, dan akses ke tanah pertanian dan perairan memancing. Rakyat Gaza tidak dapat membekalkan keperluan hidup kepada keluarga dan kualiti infrastruktur dan servisservis penting telah merosot. 6.

2. Walau langkah-langkah telah diambil untuk

mempertaruhkan nyawa menyeludup barangbarang melalui terowong bawah sempadan Mesir setiap hari. Industri terowong yang semakin berkembang adalah kesan lansung daripada larangan yang berterusan ke atas barangan pembinaan di import, kekurangan peluang pekerjaan, dan keperluan penting untuk pembinaan dijalankan di Gaza. Rakyat Gaza kekal terpencil dan di asingkan dari wilayah Palestin yang di duduki. Laluan masuk ke Tebing Barat, sama ada melalui persimpangan Erez Israel atau melalui Jordan, adalah dilarang untuk semua rakyat Gaza. Bilangan orang yang dibenarkan melalui Persimpangan Rafah Mesir kekal terhad, dengan beratus dinafikan laluan setiap minggu.

meringankan sekatan pada Jun 2010 situasi kemanusiaan masih dalam keadaan rapuh. Sedangkan barangan import telah meningkat, ia masih kurang dari 40% berbanding tahap-tahap pra-2007. Barangan eksport masih dihalang ketat dan dan dihadkan kepada hasil pertanian ke Eropah, dan perniagaan rakyat Gaza tidak dibenarkan Perhatian: akses ke laporan-laporan boleh dijumpai di memasuki pasaran tradisional dalam Israel http://reliefweb.int/node/376348 dan dan Tebing Barat. Akses ke darat dan laut http://reliefweb.int/node/453546. kekal dengan kawalan sangat ketat.

3. Hanya sebilangan kecil projek –projek yang bertujuan untuk meningkatkan taraf perumahan dan servis-servis penting di Gaza, yang telah diserah untuk kelulusan komuniti antarabangsa, dibenarkan pihak berkuasa Israel. Pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan terbantut akibat kekurangan pembiayaan dan memberi kesan kepada agensi-agensi sedang beroperasi, juga oleh keupayaan terhad di persimpangan tunggal untuk barang-barangan. Pemisahan dalaman warga Palestin adalah lagi satu factor yang melemahkan kualiti servis-servis penting.

4. Tidak

mengindahkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menyebabkan pemangsaan orang awam, terutamanya sewaktu pertempuran bersenjata dan semasa menguatkuasa llarangan kemasukan ke kawasan sempadan.

40,000 kanak-kanak di halang dari ke sekolahsekolah tajaan Bangsa Bangsa Bersatu (UN) Oleh kerana United Nation Relief and Works Agency (UNRWA) gagal mendapatkan barang binaan untuk membina sekolah baru, 40,000 kanak-kanak yang layak tidak dapat di daftarkan di sekolah UNRWA pada permulaan sesi persekolahan baru dan mereka dihantar ke sekolah di bawah penguasaan kerajaan Hamas. Lebih dari 90% sekolah UNRWA sedang beroperasi dalam dua sesi dan kontena sering kali digunakan sebagai bilik darjah. Setakat ini, Israel hanya meluluskan 6 daripada 100 sekolah yang diperlukan oleh UNRWA untuk menampung pelajar pada tahun yang akan datang.

6


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA

dimusnah menyebabkan rakyat Gaza mengalami masalah kekurangan air minum dan masalah air kumbahan yang kritikal. Usaha membaikpulih infrasturktur ini menjadi mustahil apabila Israel menghalang kemasukan bahan-bahan api dan binaan untuk menyelesaikan keadaan buruk ini.

KENYATAAN AKHBAR PGPF MENGENAI MISI ‘BREAK THE SEIGE ON GAZA’ 0825 (Waktu Jordan) 16 Mei 2011 (Isnin)

Misi Spirit of Rachel Corrie, melibatkan kapal milik Malaysia membawa bantuan untuk Palestin, telah dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel di dalam zon sekuriti Palestin pagi ini waktu 6.54am masa tempatan. 12 orang anak kapal dan penumpang kini selamat. Pada masa ini, kapal tersebut dipaksa berlabuh dalam perairan Mesir lebih kurang satu setengah batu nautika dari perairan Gaza.

Menurut laporan dari Emergency Water, Sanitation and Hygiene (EWASH), “kemasukan 80 juta liter air kumbahan yang separa atau tidak dirawat ke dalam persekitaran Lautan Mediteranean setiap hari adalah terutamanya kesan daripada sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza”.

Kejadian yang berlaku semalam, adalah ketika memperingati hari ‘Nakba’ dimana ramai nyawa yang berkorban. ‘Nakba’ adalah perkataan Arab bererti malapetaka dan ia adalah untuk mengingati peristiwa “pengusiran dan perampasan beratus ribu rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka pada tahun 1948”. Inisiatif kemanusiaan ini ditaja oleh Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) dan penyertaan oleh aktivis anti-perang dan wartawan dari benua Asia, Amerika dan Eropah.

Gaza, anatara kawasan yang mempunyai ketumpatan penduduk yang tertinggi di dunia, kini mengalami masalah kesihatan yang serius seperti ‘blue baby syndrome’, cirit-birit dan wabak penyakit lain yang boleh merebak melalui air seperti kepialu dan hepatitis A. World Health Organisation telah memberi amaran akan kemungkinan berlakunya epidemik taun jika tiada usaha dibuat segera untuk menangani krisis sanitasi ini. Menurut Physicians for Human Rights-Israel: “Antara 90% dan 95% akuifer dalam Gaza tidak selamat digunakan sebagai punca air minuman”. Sebab utama masalah ini berpunca dari kemusnahan 20 kilometer system paip air, 7.5 kilometer paip kumbahan dan 5,700 tangki air mudah alih, sewaktu Operation Cast Lead yang dilancar oleh Israel.

Kapal kargo Spirit of Rachel Corrie (nama rasmi MV FINCH) membawa paip-paip kumbahan UPVC (plastik) untuk membantu memulihkan sistem pembentungan Gaza yang telah musnah. Kapal dinamakan sempena seorang aktivis berani warga Amerika yang terbunuh digelek jentolak Israel pada tahun 2003 sewaktu sedang menghalang rumah seorang warga Palestin daripada dirobohkan. Beliau mati pada umur 23 tahun.

Sementara persekitaran di Gaza mengalami kesan dramatik disebabkan krisis kumbahan dan air, kesannya telah pun sampai ke pantai Israel, dan boleh tersebar terus sehingga melibatkan negara-negara jiran. Isu kesihatan dan persekitaran ini mesti ditangani segera. Komuniti antarabangsa wajib meminta agar sekatan haram Israel dihentikan.

Misi Spirit of Rachel Corrie adalah sebahagian daripada kempen “Pecahkan Kepungan Gaza” anjuran PGPF. Tujuan kempen ini adalah untuk menengahkan kesan kepungan haram yang dikenakan oleh Israel dan bagi meningkatkan kesedaran pelanggaran hak kemanusiaan rakyat Gaza. Memecahkan sekatan dan menamatkan hukuman kolektif haram ke atas 1.5 juta orang mestilah dijadikan keutamaan oleh komuniti antarabangsa.

Misi Spirit of Rachel Corrie bermula dari penyertaan PGPF dalam Freedom Flotilla 2010, di mana 9 aktivis dibunuh oleh komando Israel. Lanjutan dari satu misi mencari fakta yang dijalankan di Gaza pada Oktober 2010, PGPF bernekad untuk meneruskan usaha-usaha membantu rakyat Palestin.

Pada 27 November 2008, tentera Israel melancarkan Operasi Cast Lead, dimana bukan sahaja lebih 1,400 rakyat Palestin terbunuh, malah infrastruktur penting

7


Perdana Global Peace Foundation JELAJAH KEAMANAN NEGERI MELAKA

KENYATAAN AKHBAR PGPF 6 Julai 2011 (Rabu) Saya sangat gembira menerima berita hari ini bahawa setelah tujuh minggu, kapal kami, Spirit of Rachel Corrie (MV FINCH) telah dibenarkan untuk berlabuh di pelabuhan El Arish di Mesir. Sehubungan ini, saya diberitahu ahli-ahli Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) yang kini berada di El Arish untuk penyeliaan operasi, bahawa muatan paip-paip UPVC telah diturunkan, dengan berat kasar 32 ton ke atas 7 lori dan akan dihantar ke gaza dengan segera. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Mesir, Dr. Esham Sharaf yang saya kunjungi sewaktu lawatan ke Kaherah minggu lepas untuk mempercepatkan keseluruhan proses. Adalah harapan saya bahawa kerajaan baru Mesir akan terus menyokong usaha kami dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang berada di bawah kepungan haram rejim Tel Aviv semenjak tahun 2007. Pihak kami, akan terus komited dalam menentang dan mencabar sekatan yang tidak kurang dari satu perlakuan membunuh oleh rejim Israel ke atas seluruh penduduk Palestin di Gaza. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Presiden, Yayasan Keamanan Sedunia Perdana

8


PENGHARGAAN Yayasan Keamanan Sedunia Perdana ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada oraganisasi-organisasi berikut yang telah sama terlibat dalam menjayakan program Jelajah keamanan Wilayah Persekutuan: • Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar • Ketua-ketua Bahagian Wilayah Persekutuan • Perdana Leadership Foundation • Perbadanan Putrajaya • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur • Media prima • Lemabaga Lebuhraya Malaysia • Jabatan Perdana Menteri - Seranta • Maju Expressway Sdn Bhd • Kelab GMC & Kelab BMW KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN ANDA Jika anda ingin melibatkan diri dalam usahausaha Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) atau ingin menghulurkan bantuan, sila sertai misi kami dan sumbang kepada: • Melalui Cek ke “Perdana Global Peace Foundation” atau • Melalui Transfer Bank / Deposit Tunai melalui No. Akaun CIMB: 14081208316050. Sumbangan wang akan diberi pengcualian cukai (Nombor pendaftaran cukai kami: (8.09)248/40/7-1338Vol.9(SK.25)(6)). 5th Floor, No. 88, Jalan Perdana, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-2092 7248 Fax: +603-2273 2092 Email: admin@perdana4peace.org Web: www.perdana4peace.org

STRUKTUR ORGANISASI

PRESIDEN Tun Dr. Mahathir Mohamad PENASIHAT TERHORMAT Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd Ali Dato’ Mukhriz Mahathir PENGERUSI Tan Sri Norian Mai TIMBALAN PENGERUSI Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob BENDAHARI Tan Sri Dato’ Sri Hj. Abdul Halil Hj. Abd Mutalif PENGARAH EKSEKUTIF Dr. Zulaiha Mohamed Ismail LEMBAGA PEMEGANG AMANAH Tan Sri Dato’ Seri Dr. Samsudin Hitam Tan Sri Dato’ Ahmad Fuzi Abdul Razak Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel Tengku Ariff Datuk Badariah Arshad Datuk Ahmad Abd. Talib Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed PANEL PENASIHAT ANTARABANGSA Mr. Denis J. Halliday Mr. Hans-Christof Von Sponeck Prof. Francis A. Boyle Prof. Michel Chossudovsky


“The Palestinian struggle is nothing more than a struggle for justice, to which they, as much as everyone else, have a right.” Antara porgam-program yang telah dianjurkan PGPF 2005-2012 : PGPForum - Dis 2005

KL Initiative to Criminalise War - Dec 2005

Perdana Global Peace Foundation

Waqaf Water 4 Gaza

War Is A Crime Exhibition

- Okt 2010

- Okt 2010

- 18 – 27 Nov 2011

Breaking The Siege: In the Spirit of Rachel Corrie

Big Walk for Gaza

Kuala Lumpur War Crimes Tribunal Hearing

- Jul 2010

- Dis 2010

Freedom Flotilla: MV Rachel Corrie

Jelajah Keamanan

- May 2010

- April 2011

London to Gaza

MV FINCH

Walk for Al-Quds

- Dis 2009

- May 2011

- Ogos 2011

Expose War

Crimes: Criminalise War

International Conference & Exhibition

Dialogue on Palestine

Tabung Bencana Somalia

- Feb 2007

- Okt 2009

- Jul 2011

- Ogos 2011

Perdana Global Peace Organisation - May 2006 Criminalise War: Stop WW4 (The Coming Nuclear Wars) - Jun 2006

- 19 Nov 2011

International Conference : The Arab Uprising - 18 Nov 2011

JELAJAH KEAMANAN PERINGKAT NEGERI MELAKA Sabtu, 18 Februari 2012

“Perjuangan rakyat Palestin tidak lebih dari satu perjuangan untuk keadilan, di mana mereka, seperti semua yang lain, empunya hak.” - YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1983)


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.