EDISI 01/2022
Ahli Kumpulan
KANDUNGAN
Muka surat
• Pengenalan
2
• CIMA hulurkan sumbangan sejumlah RM50,000 kepada mangsa banjir
3
di Negeri Sembilan
• Program Sentuhan Kasih bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
3
Jempol dan Jelebu
• Majlis mengadap DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di Istana Seri Menanti
4
• Kunjungan Hormat dan Lawatan Perniagaan
5
• Taklimat Media di Royale Chulan, Seremban
7
• Warga Kerja Bahau telah bergotong-royong mengadakan persiapan
8
• Menjelangnya Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas CIMA dan
9
bagi Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas dan Upacara Pecah Tanah Pemulihan Haba Sisa Upacara Pecah Tanah Sistem Pemulihan Haba Sisa
• Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas CIMA 50
10
1
Ahli Kumpulan
PENGENAL AN CIMA telah ditubuhkan pada 31 Mac 1972 di Perlis. Mengimbau kembali perjalanan awal syarikat, CIMA telah memulakan operasinya pada Ogos 1975 di Bukit Ketri, Perlis dan kemudiannya melebarkan sayap ke Negeri Sembilan pada tahun 1995. Kini, CIMA merupakan pengeluar simen kedua terbesar dalam negara. CIMA sangat komited dalam menjayakan pembinaan infrastruktur serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi menerusi peluang pekerjaan dan perniagaan yang diwujudkan di kawasan operasi syarikat. Produk dan perkhidmatan CIMA juga telah dimanfaatkan dalam pembinaan pelbagai mercu tanda kebanggan rakyat Malaysia sejak lima dekad yang lalu – daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) di Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Iskandar di Johor, sistem pengangkutan LRT dan MRT di Lembah Klang dan terkini Menara Merdeka 118. Selari dengan slogannya 50 Tahun Membina Negara Bangsa, CIMA akan terus mengambil langkah proaktif untuk beroperasi secara mampan, terus menerajui usaha melindungi kelestarian alam sekitar, serta giat melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk mensejahterakan kehidupan masyarakat setempat.
2
CIMA HULURKAN SUMBANGAN SEJUMLAH RM50,000 KEPADA MANGSA BANJIR DI NEGERI SEMBILAN
PROGRAM SENTUHAN KASIH BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) JEMPOL DAN JELEBU
11 Januari 2022 – Program sokongan komuniti merupakan sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat di CIMA. Dalam usaha memupuk semangat prihatin dan saling membantu, CIMA telah menyumbang sebanyak RM50,000 kepada para pelajar dan sekolah yang terjejas akibat bencana banjir di Negeri Sembilan pada Disember 2021 yang lalu. Sumbangan yang disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu itu bertujuan untuk membeli buku teks baharu bagi menggantikan sejumlah buku teks yang rosak serta kerja pemulihan fasiliti di Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang yang telah dinaiki air setinggi 1.5 meter dalam kejadian banjir tersebut.
28 Februari 2022– Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran dalam sektor pendidikan negara. Ia secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi kesan kepada persiapan para pelajar yang menduduki peperiksaan utama seperti SPM dan STPM. Menyedari hakikat inilah, CIMA dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah telah berusaha untuk menaikkan semangat para pelajar berkenaan dan salah satunya adalah melalui Program Sentuhan Kasih SPM & STPM yang telah dilaksanakan di Daerah Jempol dan Jelebu. Pelajar-pelajar terlibat telah menerima sumbangan dalam bentuk set kelengkapan alat tulis setiap seorang. Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak telah berjaya menyuntik semangat mereka untuk mencapai keputusan lebih cemerlang. Encik Mohd Fadzly Mohd Yunus dari Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, NSCI Bahau bersama dengan wakil-wakil dari PPD Jempol dan Jelebu telah menyampaikan sumbangan tersebut.
3
Ahli Kumpulan
MAJLIS MENGADAP DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS DI ISTANA SERI MENANTI 20 Januari 2022 – Bagi menjadikan Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas CIMA dan Upacara Pecah Tanah Sistem Pemulihan Haba Sisa lebih bermakna, CIMA dengan penuh hormat dan takzimnya telah mengutus warkah persilaan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi menyempurnakan majlis tersebut. Satu majlis mengadap telah diadakan di Istana Seri Menanti bagi menyembah maklum hasrat tersebut di mana ianya telah dihadiri oleh Pengerusi CIMA, Tuan Haji Zaiviji Ismail bersama Pengarah Urusan UEM Group, Dato’ Mohd Izani Ghani serta Pengarah Urusan CIMA, Encik Sharuddin Omar Hashim. Susulan daripada sesi menghadap tersebut Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan mencemar duli berangkat bagi menyempurnakan majlis CIMA itu nanti.
4
KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PERNIAGAAN CIMA akan sentiasa berusaha dalam membantu pihak kerajaan bagi membina infrastruktur yang berpotensi untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Dalam usaha meneroka peluang bersama rakan perniagaannya yang baru dan memperkukuh hubungan dengan rakan perniagaan sedia ada serta menjaga hubungan baik dengan pihak-pihak yang berkepentingan, beberapa siri kunjungan hormat dan lawatan perniagaan telah diadakan melibatkan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah bersama Pengarah Urusan CIMA. Bermula pada 9 Februari 2022, Pengarah Urusan CIMA, Encik Sharuddin Omar Hashim, telah berpeluang bertemu dengan Encik Zaharin Haris, Setiausaha Sulit kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis di Hotel Putra Regency, Perlis. Pertemuan adalah bagi memaklumkan mengenai Majlis Sambutan Jubli Emas CIMA yang akan diadakan di Loji Perlis pada tahun 2023 nanti. Seterusnya pada 10 Februari 2022, pihak CIMA telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan dengan operasi perniagaan CIMA serta meneroka peluang baharu untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
5
Ahli Kumpulan
Sesi pertemuan berikutnya adalah pada 15 Februari 2022 dimana Pengerusi CIMA, Tuan Haji Zaiviji bersama Pengarah Urusan UEM Group yang juga Ahli Lembaga Pengarah CIMA, Dato’ Mohd Izani Ghani serta Encik Sharuddin Omar Hashim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Iskandar Regional Development Authority (IRDA), YBhg. Datuk Dr Badrul Hisham Kassim di Johor Bahru. Kunjungan hormat diteruskan oleh Encik Sharuddin Omar Hashim bersama Ketua Strategi dan Transformasi CIMA, Puan Hannah Lyana Lee ke atas YB Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang di KOMTAR pada 17 Februari 2022.
Ahli Lembaga Pengarah CIMA juga telah mengadakan perjumpaan bersama pengedar dan pelanggan simen di Johor Bahru pada 15 dan 16 Februari 2022. Lawatan yang disertai oleh Tuan Haji Zaiviji Ismail, Encik Sharuddin Omar Hashim, Dato’ Hisham Jafrey serta Dato’ Mohd Izani Ghani adalah untuk mengeratkan lagi hubungan perniagaan di antara CIMA, pengedar dan pembeli simen di sekitar Johor.
Terakhir, Encik Sharuddin telah mengadakan lawatan ke Seri Gelam Enterprise di Masai, Johor. Seri Gelam merupakan salah satu pengedar simen keluaran CIMA di sekitar Johor. Program sebegini akan diterus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan perhubungan CIMA bersama rakan perniagaan yang sedia ada serta bakal rakan niaga yang lain.
4 6
Taklimat Media di Royale Chulan, Seremban
22 Mac 2022 - CIMA telah menganjurkan sesi taklimat bersama pihak media bersempena dengan Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas dan Upacara Pecah Tanah Sistem Pemulihan Haba Sisa di Hotel Royale Chulan, Seremban. Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi perjalanan CIMA sepanjang 50 tahun yang lalu, perkembangan terkini serta rancangan pelaburan pada masa hadapan. Sidang media telah disampaikan oleh Pengarah Urusan CIMA, Encik Sharuddin Omar Hashim ditemani oleh Ketua Pegawai Kewangan, Cik Khor Khai Nee serta Ketua Loji Simen Bahau, Encik Azahari Matt. Pengurusan Kanan CIMA yang lain juga telah berpeluang berinteraksi dan beramah mesra bersama wakil-wakil media di Negeri Sembilan.
7
Ahli Kumpulan
WARGA KERJA BAHAU TELAH BERGOTONGROYONG MENGADAKAN PERSIAPAN BAGI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN JUBLI EMAS DAN UPACARA PECAH TANAH SISTEM PEMULIHAN HABA SISA Sebelum Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas dan Upacara Pecah Tanah Sistem Pemulihan Haba Sisa diadakan, kakitangan NSCI Bahau aktif mengadakan gotong-royong pada setiap minggu di sekitar kawasan loji sebagai persiapan untuk menjayakan majlis yang bersejarah itu, juga sebagai persediaan menerima tetamu untuk majlis tersebut.
MENJELANGNYA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN JUBLI EMAS CIMA DAN UPACARA PECAH TANAH SISTEM PEMULIHAN HABA SISA 30 Mac 2022 – Persiapan rapi giat diadakan menjelang detik-detik terakhir sebelum Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas CIMA. Pada sebelah pagi, taklimat akhir kepada urusetia-urusetia terlibat telah disampaikan oleh Pengurus Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, NSCI Bahau, Encik Mohd Fadzly Mohd Yunus. Raptai acara juga telah diadakan pada sebelah petang melibatkan Pengerusi dan Pengarah Urusan CIMA bersama pegawai daripada Unit Pengurusan Majlis Rasmi Dan Protokol Negeri Sembilan. Persiapan bahagian-bahagian lain juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan bagi memastikan majlis tersebut nanti berjalan lancer seperti dirancang. Semua warga kerja kelihatan bersemangat dan tidak sabar menunggu menjelangnya acara sambutan yang bersejarah itu.
Semangat kerjasama dan ukhwah mereka jelas dapat dilihat menerusi usaha untuk membersihkan dan mengindahkan Kawasan tersebut bersama. Terima kasih kepada seluruh warga NSCI Bahau yang membantu menjayakan persiapan majlis ini.
7 8
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN JUBLI EMAS CIMA 50 31 Mac 2022 – Usia 50 tahun bukanlah sekadar angka semata-mata, sebaliknya ia merupakan cerminan kepada keutuhan sesebuah syarikat. Begitu juga dengan CIMA yang telah mencapai usia penubuhannya yang ke 50 pada tahun ini. Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas CIMA dan Upacara Pecah Tanah Sistem Pemulihan Haba Sisa telah dilancarkan dengan penuh gilang gemilang di Bahau, Negeri Sembilan. Majlis telah disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Dato’ Dr Razali bin Ab Malik, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Daerah Jempol dan Kuala Pilah serta Pegawai-Pegawai Kanan CIMA.
Sambutan mini juga turut diadakan di Ibu Pejabat, Petaling Jaya dan di Bukit Ketri, Perlis. Warga kerja juga telah dapat mengikuti acara pelancaran tersebut yang disiarkan secara langsung melalui Microsoft Team. Majlis berkenaan turut menyaksikan upacara pecah tanah Sistem Pemulihan Haba Sisa CIMA, yang mana apabila siap pada 2024 nanti, bukan sahaja akan mendatangkan manfaat dari sudut ekonomi, tetapi juga kepada pemeliharaan alam semula jadi. Sambutan di Bahau ini menandakan bermulanya sambutan selama setahun yang bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sebelum tiba ke kemuncaknya menerusi acara penutup pada 6 Mac 2023 di kilang di Bukit Keteri. Merafak Sembah dan menjunjung kasih DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di atas perkenan mencemar duli merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas CIMA dan Upacara Pecah Tanah Sistem Pemulihan Haba Sisa pada 31 Mac 2022 yang lalu.
9
Ahli Kumpulan
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga kerja CIMA yang terlibat secara langsung, atau tidak langsung bagi menjayakan acara ini. Meskipun dalam kesibukan tugas seharian, tetap meluangkan masa bertungkus lumus membantu persiapan majlis. Walaupun dalam kepenatan, tetap terpancar senyuman di wajah masing-masing. CIMA tidak akan berada pada kedudukannya pada hari ini tanpa sokongan, bantuan dan kerjasama tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh semua pihak. Semoga CIMA terus maju dan berdiri teguh dalam menerajui industri pembangunan negara. Selamat menyambut ulang tahun yang ke-50 buat kita semua di CIMA dan semoga kita akan mencatatkan lebih banyak kejayaan selepas ini.
10