89 minute read

SHOUT 2019 EDISI BUMPER - BM

NASKHAH PERCUMAconsumer.forum.malaysia

Advertisement

ISU BULETIN – E-DOMPET DI MALAYSIA Apa yang anda perlu tahu

Baca online di: www.consumerinfo.my

cfm_malaysia

EDISI BUMPER

MEDIA SOSIAL – PANDUAN AWAL UNTUK ANDA YANG MAHU MENJANA DUIT MELALUI YOUTUBE

I S U

2 0 19

SHOUT!

TERBITAN FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

INTERAKSI BERSAMA…

DZULEIRA ABU BAKAR

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC bercakap tentang usaha menyemarakkan semangat keusahawanan di Malaysia

MENANGI BARANGAN MENARIK CFM

Muat naik gambar artikel kegemaran anda dalam isu ini di Facebook/Instagram berserta hashtag

#CFMSHOUT

KDN PP 17752/11/2013 (033132)

PENGENALAN

NOTA EDITOR

Pembaca yang dihormati,

Selamat datang ke edisi bumper majalah SHOUT! di mana kami telah memuatkan lebih banyak berita dan pengetahuan yang tidak ternilai tentang hak anda sebagai pengguna berbanding edisi yang kami terbitkan sebelum ini.

2019 dilihat menjadi tahun yang menarik untuk kita apabila Malaysia menyaksikan penembusan Internet yang lebih besar daripada sebelumnya sekaligus meningkatkan keperluan terhadap sambungan yang lebih laju dan dipercayai. Awal tahun ini, kita sudah melihat pelbagai solusi yang meyakinkan bertujuan untuk memberikan sambungan Internet yang lebih baik kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Namun apa yang lebih penting, kita sangat teruja untuk melihat manfaat yang mampu diberikan oleh teknologi 5G dan bagaimana ia berupaya menyumbang kepada negara dari segi meningkatkan kualiti hidup, produktiviti, dan banyak lagi.

Dalam isu kali ini, kami menghidangkan pelbagai topik di ruang-ruang utama yang lebih menjurus kepada kandungan digital. Di ruang Media Sosial, kami memberi fokus mendalam terhadap apa yang diperlukan untuk menjadi penghasil kandungan di platform penstriman video paling popular di dunia, YouTube, dan bagaimana anda boleh menjana wang melaluinya.

Jika anda berimpian ingin membikin video penstriman secara langsung, anda boleh baca di ruang Top Gear tentang alat-alat teknologi yang kami cadangkan dan mungkin anda perlukan.

Kami juga berpeluang untuk berbual dengan Dzuleira Abu Bakar di mana beliau sempat berkongsi mengenai peranan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di MaGIC, pendapatnya tentang landskap keusahawanan di Malaysia, dan rancangannya untuk meletakkan Malaysia di peta dunia inovasi bagi para pemula bisnes (startups), usahawan dan yang berkaitan.

Semakin banyak yang kita kongsikan di media sosial dan platform lain, semakin banyak yang perlu kita ambil tahu dan titik beratkan. Di ruang Mobiliti, kami menerangkan bagaimana untuk menjaga privasi dalam talian, manakala di ruang Tutorial kami membincangkan secara mendalam berkenaan cara untuk mengurus dan memadamkan kuki dari telefon pintar dan komputer anda.

Setakat ini sahaja buat semua pembaca, jumpa lagi di isu akan datang!

JAWATANKUASA EDITORIAL

AHMAD IZHAM KHAIRUDDIN

NOOR SHAHDIELLA ABD MANAN

ROHARRASHIDAH ABDUL HALIL

SHOUT!

diterbitkan oleh:

Forum Pengguna Komunikasidan Multimedia Malaysia(CFM)Suruhanjaya Komunikasi &Multimedia Malaysia(MCMC)Jalan Impact, Cyber 663000 Cyberjaya, Selangor03-8320 9033

03-8320 9083

1 800 18 2222

www.consumerinfo.my

www.cfm.myMuat turun

MY MOBILE RIGHTSDICETAK OLEH

Ultimate Print Sdn. Bhd.

Lot 2, Jalan Sepana 15/3,Off Persiaran Selangor,Seksyen 15,40200 Shah Alam, SelangorKDN PP 17752/11/2013

(033132)KANDUNGAN

DIGIT

Ketahui statistik menarik berkenaan penggunaan dan akses Internet bagi rakyat Malaysia pada tahun 2018

PAUTAN

Ketahui pelbagai program dan aktiviti Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) untuk pengguna

MEDIA SOSIAL

PANDUAN AWAL UNTUK ANDA YANG MAHU MENJANA DUIT DENGAN YOUTUBE

Dapatkan pandangan tentang bagaimana untuk menjadi penghasil kandungan YouTube dan menjadi ‘pemain’ utama dalam menjana wang melalui hasil kandungan anda

JADIKAN HIDUP ANDA LEBIH GEMBIRA - CERIAKAN DAN BERSIHKAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL ANDA

Ketahui cara untuk membersihkan kandungan media sosial anda supaya dapat menjadikan persekitaran anda lebih positif dan ceria!

TOP GEAR 10

ASAS BUAT PEMBIKIN VIDEO STRIM - APA YANG ANDA PERLU TAHU

Lihat alat-alat yang anda perlukan untuk menjadikan video strim anda lebih menarik

DIGITAL 11

ASAS PENTING DALAM PENGENALAN RUMAH PINTAR

Kenapa anda perlukan Rumah Pintar dan bagaimana untuk bermula?

INTERAKSI 12

DZULEIRA ABU BAKAR Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC berbicara dengan CFM mengenai inspirasi menyemarak dan memupuk semangat keusahawanan di Malaysia

3

4

8

ISU BULETIN 14

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG E-DOMPET DI MALAYSIA

Ketahui kelebihan dan kelemahan menggunakan e-Dompet dan apa yang ada di sekelilingnya

KEBANGKITAN PENGIKLANAN BERSASAR - BAIK ATAU BURUK?

Anda melihat iklan-iklan yang singgah di laman web dan media sosial anda seakanakan ia tahu apa yang anda sedang cari. Ketahui bagaimana dan mengapa ini berlaku

ZON APP 16

APLIKASI E-PEMBAYARAN YANG TERKENAL DI MALAYSIA

Penerimaan dan penggunaan e-Dompet semakin meluas di Malaysia. Lihat beberapa pilihan e-Dompet yang menarik dan sesuai buat anda

KUASAI BAHASA BAHARU DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI PEMBELAJARAN BAHASA YANG MENARIK

Mempelajari bahasa baharu merupakan pengalaman yang sangat bernilai. Lihat empat aplikasi terbaik untuk dimuat turun di telefon pintar anda

MOBILITI

Aktiviti anda di dalam talian kemungkinan tidak semuanya sulit. Ketahui cara untuk menjaga privasi anda di dalam talian

TUTORIAL

18

21

Ketahui cara untuk memadam kuki di telefon pintar, laptop Mac dan komputer anda

Muhammad Radzillah Abdullah Editor

2 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

DIGIT

STATISTIK PENGGUNAAN DAN AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN INDIVIDU DAN ISI RUMAH DI MALAYSIA UNTUK TAHUN 2018

Peningkatan akses terhadap internet mampu milik telah menjadikan warga Malaysia semakin mudah berhubung dengan lebih baik. Berdasarkan angka terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat sedikit peningkatan bagi kategori individu berumur 15 tahun dan ke atas yang menggunakan internet pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 di Malaysia. Terdapat juga peningkatan sederhana dalam penggunaan komputer dan telefon pintar bagi individu di Malaysia iaitu sebanyak 97.9% menggunakan telefon bimbit berbanding 97.7% pada tahun 2017. Angka akses kepada internet bagi isi rumah juga menunjukkan peningkatan sederhana berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2018, aktiviti pengguna internet yang paling popuIar direkodkan ialah menyertai rangkaian media sosial (96.5%), mencari maklumat berkenaan barangan dan perkhidmatan (83.1%), dan memuat turun kandungan sama ada filem, permainan, aplikasi atau video. Terdapat juga peningkatan penggunaan internet bagi menghantar/menerima e-mel (74.8%).

Internet

2018: 87.0% 2017: 85.7%

Televisyen

2018: 98.6% 2017: 98.5%

AKSES ICT OLEH ISI RUMAH

Saluran TV Berbayar Telefon Talian Tetap Radio

2018: 73.1% 2017: 72.3%

Komputer

2018: 71.7% 2017: 74.1%

2018: 26.5% 2017: 28.6%

Telefon Mudah Alih

2018: 98.2% 2017: 98.1%

2018: 95.7% 2017: 94.9%

PENGGUNAAN ICT OLEH INDIVIDUAKTIVITI UTAMA PENGGUNAAN INTERNET

Internet

Menyertai rangkaian sosial

Mencari maklumat berkenaan barangan dan perkhidmatan

Memuat turun imej, filem, video atau muzik; bermain atau memuat turun permainan

2018: 81.2% 2017: 80.1%

Komputer

2018: 96.5% 2017: 86.3%

2018: 83.1% 2017: 80.4%

2018: 81.7% 2017: 81.2%

2018: 70.5% 2017: 69.8%

Memuat turun perisian atau aplikasi

Menghantar atau menerima e-mel

Membuat panggilan melalui Internet/VoIP

Telefon Mudah Alih

2018: 97.9% 2017: 97.7%

2018: 76.5% 2017: 74.5%

2018: 74.8% 2017: 70.4%

2018: 70.0% 2017: 62.5%

Maklumat ihsan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (https://www.dosm.gov.my) 1. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=395&bul_id=U3VCWU95MFNZK2kxbHd6cnBYZDY5dz09&menu_ id=amVoWU54UTl0a21NWmdhMjFMMWcyZz09 2. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=bHBzbWxkWElxRDlmaU81Q3R2ckRkZz09 3. https://twitter.com/StatsMalaysia/status/1124162042426843136

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

3

PAUTAN

AKTIVITI CFM DAN PROGRAM BERSAMA PENGGUNA

TEMU BUAL BERSAMA SUARA KONSUMER TV3 29 Januari 2019 | Cyberjaya

Program Suara Konsumer TV3 telah menemu bual Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin untuk mengetahui tip mengenal pasti sindiket penipuan (scam) dalam iklan tawaran kerja. Dalam temu bual tersebut, CFM juga memberi peringatan agar tidak memberi butiran peribadi kepada pihak lain sebagai langkah pencegahan agar tidak menjadi mangsa scam. Temu bual yang dijalankan secara rakaman tersebut telah disiarkan di TV3 pada 23 Februari 2019, pukul 6.00 petang.

TEMU BUAL BERSAMA BORAK KOPITIAM TV3 MENGENAI CFM ANIMATCH 2 Mac 2019 | Sri Pentas, Petaling Jaya

CFM telah dijemput oleh program temu bual santai TV3, Borak Kopitiam untuk berkongsi tip dan aktiviti terkini CFM. Dalam temu bual tersebut, Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin telah berkongsi mengenai tip untuk mengelak menjadi mangsa scam dan menerangkan tentang pertandingan video animasi CFM iaitu CFM ANIMATCH yang terbuka kepada orang awam khasnya peminat animasi. CFM memilih konsep animasi sebagai pertandingan kerana ia adalah medium yang mudah untuk menarik penonton dan penyampaian mesej seperti isu-isu yang sering dihadapi oleh pengguna dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Temu bual itu disiarkan secara langsung di TV3 dan Facebook Borak Kopitiam pada pukul 8.30 pagi.

CFM KONGSI TIP MENGENAI SCAM DALAM PROGRAM TV RTM FRESH BREW 7 Mac 2019 | Angkasapuri, Kuala Lumpur

CFM telah dijemput ke program temu bual RTM, Fresh Brew untuk berkongsi tip tentang scam yang semakin berleluasa kerana ramai yang telah menjadi mangsa. Timbalan Pengerusi CFM, Azizan Mohd Afandi telah berkongsi mengenai modus operandi yang dilakukan sindiket penipuan dan cara untuk mengenal pasti scammer. Dalam temu bual tersebut, Azizan juga memberi tip dan nasihat kepada penonton apa yang perlu dilakukan apabila menerima panggilan palsu, SMS atau e-mel daripada sindiket penipuan serta langkah untuk melindungi data peribadi. Temu bual rakaman itu telah disiarkan di RTM TV2 pada 31 Mac 2019, pukul 10.00 pagi.

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA KAKITANGAN CIDB KEDAH 13 Mac 2019 | CIDB, Kedah

CFM telah berkongsi maklumat kepada pengguna di Kedah melalui program Pocket Talk yang diadakan di CIDB Kedah. Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin yang berkongsi tentang peranan CFM dalam membantu pengguna, perkara yang pengguna perlu semak dan pantau dalam bil telefon, tip elak caj perantauan tidak munasabah ketika melancong, dan tip mengelak menjadi mangsa scam. Sesi tersebut berlangsung selama dua jam bermula 2.30 petang dan dihadiri seramai 33 orang kakitangan CIDB Kedah. Peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dalam talian yang dijalankan dengan tepat telah diberikan hadiah barangan CFM.

PERTANDINGAN VIDEO ANIMASI CFM – CFM ANIMATCH 2019, INISIATIF UNTUK BERI PEMAHAMAN LEBIH BAIK KEPADA PENGGUNA 31 Mac 2019 | Cyberjaya, Selangor

CFM buat pertama kali telah mengadakan pertandingan animasi iaitu “CFM ANIMATCH” yang menyediakan platform kepada orang awam yang mempunyai bakat untuk menghasilkan video animasi kreatif bagi menyampaikan mesej dan isu yang sering dihadapi pengguna dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

4 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

SESI PERKONGSIAN CFM DI SEMINAR KAWALAN KENDIRI CMCF BERSAMA KOMUNITI KEDAH 14 Mac 2019 | Alor Setar, Kedah

CFM telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian maklumat mengenai “Hak Pengguna dan Orang Awam” di Seminar Kawalan Kendiri: Hak Pengguna di dalam Dunia Digital yang dianjurkan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) di Hotel Sentosa Regency, Alor Setar, Kedah. Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff telah berkongsi tentang peranan CFM dan isu telekomunikasi yang sering dihadapi pengguna kepada 150 orang peserta yang hadir di seminar tersebut. Dalam sesi perkongsian yang berlangsung selama sejam itu, para peserta menyertai kuiz online CFM dan berpeluang mendapat hadiah barangan CFM.

CFM telah menerima sebanyak 126 penyertaan daripada pelajar universiti dan karyawan animasi. Daripada keseluruhan penyertaan tersebut, 20 peserta dipilih pada peringkat kedua dan 10 peserta finalis dipilih untuk ke peringkat akhir. CFM Animatch telah dijalankan beberapa peringkat:

1. Penyertaan peserta secara online (4 - 15 Februari 2019) 2. Penghantaran Storyboard/Animatic oleh peserta (24 Februari 2019) 3. Pengumuman 20 peserta terpilih (27 Februari 2019) 4. Pembentangan Storyboard/Animatic oleh 20 peserta

(9 & 10 Mac 2019) 5. Pengumuman 10 peserta finalis (11 Mac 2019) 6. Sesi ulasan 10 peserta finalis bersama Mentor (17 & 24 Mac 2019) 7. Pembentangan video akhir 10 peserta finalis (30 Mac 2019) 8. Pengumuman pemenang CFM Animatch (31 Mac 2019)

Panel juri yang terlibat dalam memberi tunjuk ajar dan mengadili karya para peserta ialah Bapa Animasi Negara, Hassan Abd Muthalib; Mike Ismail – Pengarah Filem Animasi, dan Ayie Ibrahim – Pengarah Animasi Creatvtoon Studio.

Juara CFM Animatch telah menerima hadiah wang tunai RM8,500 beserta trofi manakala Naib Juara dan Tempat Ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan RM3,000. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tuan Shakib Ahmad Shakir.

SESI PERKONGSIAN CFM DI SEMINAR NESCA 20 Mac 2019 | Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Melalui geran aktiviti keahlian CFM, Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (NESCA) telah menganjurkan seminar di SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. CFM telah dijemput sebagai penceramah bagi menyampaikan perkongsian maklumat yang telah diwakili oleh Ahli Majlis CFM, Muhammad Radzillah Abdullah yang berkongsi tentang peranan CFM untuk melindungi hak-hak pengguna dalam bidang komunikasi dan multimedia. Turut hadir dalam program tersebut ialah penceramah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Program tersebut dihadiri seramai 110 orang peserta terdiri daripada para guru dan pelajar sekolah yang telah berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA PELAJAR SAITO UNIVERSITY COLLEGE 5 April 2019 | Petaling Jaya, Selangor

Seramai 60 pelajar telah menghadiri sesi perkongsian yang disampaikan oleh sekretariat CFM yang juga Pengurus Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam, Noor Shahdiella Abd Manan. Antara topik yang disampaikan dalam perkongsian tersebut ialah mengenai peranan CFM dan Scam. Para pelajar juga telah menyertai kuiz CFM yang dijalankan secara online untuk mengetahui tahap pemahaman mereka tentang topik yang disampaikan. Pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul dan cepat telah diberikan hadiah barangan khas CFM.

PAUTAN

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA KOMUNITI WANITA ZON PULAI 12 April 2019 | Tampoi, Johor

CFM telah dijemput untuk berkongsi tentang hak pengguna dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia serta mengenai scam panggilan palsu di “Program Keselamatan Kejiranan Muafakat Wanita Zon Pulai 2019.” Perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin kepada 15o orang peserta yang terdiri daripada wanita di kawasan berkenaan. Program tersebut dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Sri Murni 2 dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru.

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG RINCHING DI PROGRAM KOMUNITI MACFEA 14 April 2019 | Bangi, Selangor

Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga Malaysia (MACFEA) yang juga salah satu ahli CFM telah mengadakan “Program Komuniti Pengguna Pintar Melalui Komunikasi Dan Multimedia 2019” melalui geran aktiviti keahlian CFM. CFM telah dijemput sebagai panel yang diwakili oleh Pengerusi dan Ahli Majlis CFM pada ketika itu, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff dan Mohd Ashwar Abdul Aziz untuk membincangkan tentang “Pengguna Pintar: Isu dan Cabaran Pengguna dalam Komunikasi dan Multimedia” bersama panel lain iaitu Naib Presiden MACFEA. Program ini dihadiri seramai 150 orang penduduk Kampung Rinching dan para pelajar universiti. Program tersebut telah berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Sekolah Rendah Agama Kampung Rinching Hilir, Bangi.

TEMU BUAL BERSAMA MANIS FM 16 April 2019 | Kuala Terengganu, Terengganu

CFM telah berkongsi pelbagai tip kepada pendengar Manis FM seperti Peranan CFM dalam mengendalikan aduan pengguna, Tip penjimatan Telco, Scam, dan Tip elak disenarai hitam telco.

Temu bual CFM bersama Manis FM telah dijalankan di studio stesen radio tersebut dan telah disiarkan pada empat slot berlainan:

1. 24 April 2019 – Peranan CFM dan aduan pengguna yang kerap dilaporkan kepada CFM 2. 8 Mei 2019 – Tip penjimatan telco 3. 12 Jun 2019 – Scam 4. 19 Jun 2019 – Tip elak disenarai hitam telco

Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin telah menyampaikan perkongsian tersebut dalam temu bual yang dikendalikan oleh DJ Syazwan dan DJ Adam. Setiap slot temu bual disiarkan selama sejam dari pukul 4.00 hingga 5.00 petang dalam segmen Law@manis.

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA KAKITANGAN KRAFTANGAN TERENGGANU 17 April 2019 | Kuala Terengganu, Terengganu

CFM terus menyebarluaskan perananannya untuk membantu pengguna kepada komuniti di Terengganu. Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin telah menyampaikan perkongsian kepada 60 orang kakitangan Kraftangan Terengganu mengenai peranan CFM, Scam, dan Pemasaran digital. Sesi tersebut dijalankan selama dua jam bermula 10.00 pagi. Kakitangan yang hadir dalam sesi perkongsian itu juga telah menyertai kuiz online yang dijalankan oleh CFM bagi menguji tahap pemahaman mereka tentang topik yang telah disampaikan. 10 orang peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat telah memenangi hadiah barangan CFM.

SESI PERKONGSIAN CFM DI SEMINAR KAWALAN KENDIRI CMCF BERSAMA KOMUNITI TERENGGANU 18 April 2019 | Kuala Terengganu, Terengganu

CFM telah dijemput untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat berkaitan hak dan aduan pengguna dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Seminar Kawalan Kendiri yang dianjurkan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) di Hotel Paya Bunga. Pengurus Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam CFM, Noor Shahdiella Abd Manan telah berkongsi maklumat industri dan tip kepada 270 orang peserta yang hadir. Sesi perkongsian maklumat tersebut telah berlangsung selama satu jam. Pada akhir sesi, para peserta telah menyertai kuiz online yang dijalankan bagi menguji kefahaman mereka tentang topik yang disampaikan dan berpeluang untuk mendapatkan barangan istimewa daripada CFM.

TEMU BUAL BERSAMA BERNAMA TERENGGANU 18 April 2019 | Kuala Terengganu, Terengganu

Pada program sama di Seminar Kawalan Kendiri CMCF, BERNAMA telah menemu bual Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin mengenai aduan dan masalah yang sering dihadapi pengguna dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Dalam temu bual tersebut, En. Izham berkongsi jumlah aduan yang dilaporkan pengguna kepada CFM termasuk jumlah aduan daripada pengguna di zon Pantai Timur. Artikel temu bual tersebut telah disiarkan di portal dan media sosial BERNAMA.

TEMU BUAL BERSAMA TERENGGANU FM 19 April 2019 | Kuala Terengganu, Terengganu

CFM telah berkongsi tentang peranannya untuk membantu pengguna dalam temu bual bersama Terengganu FM. Temu bual tersebut dijalankan secara langsung oleh DJ Sidi di konti radio tersebut. Dalam temu bual selama sejam itu, Pengarah CFM iaitu Ahmad Izham Khairuddin turut berkongsi tentang kategori aduan tertinggi yang diterima CFM daripada pengguna zon Pantai Timur, cara untuk membuat aduan kepada CFM, dan tip memilih pelan telco untuk penjimatan. Temu bual tersebut juga dikongsikan di Facebook Live Terengganu FM dan beberapa soalan yang diutarakan pendengar turut dijawab CFM.

TEMU BUAL BERSAMA NEGERI FM 25 April 2019 | Seremban, Negeri Sembilan

Jurucakap CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff yangmerupakan Pengerusi CFM pada ketika itu telah menghadiri sesi temu bual secara langsung bersama Negeri FM. Dalam temu bual yang berlangsung selama 30 minit itu, CFM berkongsi mengenai pertikaian bil & bayaran. CFM juga memberi penjelasan tentang aduan berkaitan pertikaian bil & bayaran seperti penamatan servis, peringatan melalui panggilan atau SMS, dan baki tertunggak selepas menamatkan servis. Beberapa tip telah dikongsikan kepada pendengar Negeri FM jika menghadapi masalah tersebut.

CFM SERTAI ULANG TAHUN HARI RTM KE-73 27 April 2019 | Kuantan, Pahang

CFM telah menyertai karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Negeri Pahang sempena meraikan sambutan ulang tahun Hari RTM ke-73 dengan membuka reruai bagi mempromosikan hak-hak pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia. CFM telah menjalankan aktiviti santai untuk menarik minat pengunjung dan pada masa sama dapat mendidik mereka mengenai isu-isu telekomunikasi yang sering dihadapi pengguna. Melalui karnival tersebut, CFM juga berkongsi tip untuk mengatasi isu yang dihadapi pengguna dan cara untuk melaporkan aduan kepada CFM. Karnival yang diadakan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan telah berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

TEMU BUAL BERSAMA PAHANG FM 30 April 2019 | Kuantan, Pahang

CFM terus menyebarluaskan tentang peranannya melalui temu bual radio di Pahang FM. Temu bual tersebut telah diadakan secara langsung pada pukul 12.00 tengah hari. Jurucakap CFM yang juga Ahli Majlis CFM, Abdul Rahman Samad telah hadir ke konti radio Pahang FM untuk berkongsi tentang peranan CFM yang dapat membantu pengguna dan kategori aduan tertinggi yang diterima CFM daripada pengguna zon Pantai Timur. Selain itu, CFM juga berkongsi mengenai tip memilih pelan telco untuk penjimatan kepada para pendengar. Temu bual yang dijalankan selama 30 minit itu turut disiarkan di Facebook Live Pahang FM.

Sebagai inisiatif untuk menjadikan pengguna lebih berinformasi, CFM telah mengadakan sesi Dialog CFM 2019 sebagai platform kepada pengguna untuk mendapatkan penjelasan terperinci dan maklum balas daripada penyedia perkhidmatan dan badan pengawal selia. Dialog CFM 2019 yang bertemakan “Perubahan Landskap Jalur Lebar Malaysia” memberi tumpuan kepada cabaran dan masa depan jalur lebar di Malaysia. Ia juga diadakan sempena meraikan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2019.

Program CFM ini telah berlangsung di Pentas@Celcom, Petaling Jaya dan dihadiri seramai 230 orang. Melalui sesi dialog ini, pengguna dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai perkembangan landskap jalur lebar negara, cabaran yang perlu dihadapi oleh industri dan

SESI DIALOG CFM 2019 – PLATFORM PERBINCANGAN KONSTRUKTIF CABARAN DAN MASA DEPAN JALUR LEBAR DI MALAYSIA 3 Julai 2019 | Petaling Jaya, Selangor.

faktor yang memacu masa depan jalur lebar di Malaysia. Sesi Dialog CFM disampaikan oleh beberapa panel iaitu:

1. Ketua Home Business Celcom, Khazalin Ghuzal 2. Pengurus Reka Bentuk Rangkaian YTL

Communications, Rahul Shrivasta 3. Ketua Bahagian Polisi MCMC, Muhammad Razali

Anuar

Pada akhir sesi, ahli panel telah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pengguna tentang isu jalur lebar di Malaysia.

Sesi dialog CFM itu juga telah disiarkan secara langsung di Facebook CFM, agar pengguna yang tidak dapat hadir dapat turut sama mengikuti sesi dialog tersebut secara dalam talian.

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

5

PAUTAN

SESI PERKONGSIAN CFM DI TTPM 4 Julai 2019 | Putrajaya

CFM telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian maklumat kepada kakitangan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) mengenai peranan CFM dan jenis-jenis aduan yang dilaporkan pengguna kepada CFM. Perkongsian disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin selama sejam. Selain dapat mengetahui tentang kategori aduan tertinggi yang diterima CFM, peserta yang hadir juga berpeluang untuk menyertai kuiz online yang dijalankan selepas sesi perkongsian untuk mengetahui tahap pemahaman peserta.

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA PELAJAR MMU 9 Julai 2019 | Cyberjaya

CFM telah berkongsi maklumat kepada para pelajar Universiti Multmedia Malaysia (MMU) mengenai peranan CFM, cara membuat aduan mengenai masalah perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia, serta kes-kes mengenai scam yang melibatkan pengguna. Perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin kepada 50 orang pelajar yang hadir. Sesi tersebut berlangsung selama dua jam yang berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Melalui perkongsian tersebut, para pelajar dapat memahami tentang saluran untuk membuat aduan dan mengetahui langkah yang perlu dilakukan untuk mengelak daripada menjadi mangsa scam.

TEMU BUAL BERSAMA IKIM FM 12 Julai 2019 | Kuala Lumpur

Dalam segmen Hebahan di radio IKIM FM, CFM telah berkongsi tentang tip menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa semasa berada di tanah suci untuk mengelakkan kejutan bil. Perkongsian tersebut dilakukan semasa musim haji bagi memberikan panduan kepada jemaah haji yang juga merupakan pengguna perkhidmatan telefon dan internet. Temu bual secara langsung itu bersiaran selama 30 minit bermula 9.30 pagi. Dalam temu bual tersebut, Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin turut berkongsi maklumat mengenai aduan perayauan yang diterima CFM dan saranan kepada jemaah haji untuk terus berkomunikasi dengan keluarga semasa berada di tanah suci.

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA PELAJAR HELP UNI 17 Julai 2019 | Kuala Lumpur

CFM telah dijemput untuk berkongsi maklumat mengenai isu-isu berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia seperti scam, tip untuk mengelak bil telefon melambung tinggi, dan tip memilih pelan mudah alih di HELP University. Seramai 40 orang pelajar telah menghadiri sesi perkongsian tersebut yang telah disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin.

SESI PERKONGSIAN CFM DI SMK SUBANG 28 Julai 2019 | Subang Jaya, Selangor

CFM terus melakukan aktiviti kesedaran dengan berkongsi maklumat kepada para pelajar sekolah di SMK Subang pada karnival pengguna sekolah berkenaan. Perkongsian telah disampaikan oleh sekretariat CFM, Roharrashidah Abdul Halil kepada 100 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah, ibu bapa pelajar dan para guru. Antara topik yang disampaikan ialah mengenai peranan CFM, kategori aduan tertinggi yang dilaporkan pengguna kepada CFM, dan tip untuk mengelakkan berlakunya pertikaian bil dan caj. Pada perkongsian tersebut, beberapa pelajar sekolah telah menerima hadiah barangan CFM kerana dapat menjawab soalan kuiz yang dilakukan secara online.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CFM DAN PELANTIKAN PENGERUSI & AHLI MAJLIS BAHARU CFM 2019-2021 31 Julai 2019 | Cyberjaya

Ahli-ahli CFM yang terdiri daripada wakil-wakil penyedia perkhidmatan dan persatuan pengguna di Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan CFM ke-18 yang berlangsung di Auditorium MCMC. Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini menyaksikan pelantikan 13 Ahli Majlis baharu bagi sesi 2019-2021 yang dijalankan melalui e-undian oleh ahliahli CFM yang hadir. Telekom Malaysia Berhad (TM) yang diwakili oleh Datin Mohana Mohariff telah dilantik menjadi Pengerusi CFM yang baharu. Selepas mesyuarat agung tersebut, satu sidang media telah diadakan untuk memaklumkan prestasi dan pencapaian CFM sepanjang tahun 2018, serta beberapa isu mengenai pengebilan langsung yang turut menjadi perhatian CFM.

TEMU BUAL BERSAMA BERITA TV9 20 Ogos 2019 | Cyberjaya

Berita TV9 telah menemu bual CFM untuk satu laporan khas sempena Hari Merdeka berkaitan penjajahan baharu dari segi teknologi. Dalam temu bual tersebut, Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin telah berkongsi mengenai manfaat teknologi seperti 5G yang boleh memberi kelebihan kepada keperluan seharian kita. Menurut beliau, teknologi seperti itu boleh digunakan untuk kita melakukan transformasi bagi mencapai kemajuan negara yang lebih mapan dan bukanlah bersifat penjajahan. Namun, jika ada yang menyalahgunakan teknologi maka itu adalah satu bentuk penjajahan kerana tunduk kepada pemikiran negatif sehingga memudaratkan orang lain untuk kepentingan sendiri. Temu bual tersebut telah disiarkan di Berita TV9 pada 30 Ogos 2019, pukul 8.00 malam.

6 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

CFM RAIKAN HARI KEBANGSAAN 2019 DENGAN EXPLORACE MERDEKA CFM 28 Ogos 2019 | Kuantan, Pahang

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, CFM meraikannya dengan program berbentuk santai yang dapat memupuk semangat berpasukan melalui aktiviti yang dianjurkan bersama RTM Pahang iaitu “Explorace Merdeka CFM.” Program tersebut diadakan di Beserah, Kuantan kerana kawasan tersebut kaya dengan nilai-nilai sejarah. Aktiviti Explorace Merdeka CFM disertai seramai 30 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan kolej termasuk komuniti setempat. Melalui aktiviti tersebut, CFM mengambil peluang untuk menghubungkan pengguna setempat dengan isu-isu dan hak-hak pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia. Dalam Program Aspirasi Merdeka Pahangfm 2019 itu juga, CFM menyertai Susun Suai Gambar Merdeka Terbesar yang telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records. CFM percaya melalui aktiviti yang diadakan dapat mendidik pengguna untuk menghargai kemajuan teknologi yang dinikmati pada hari ini.

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA PELAJAR PERTUKARAN DARI KIGS BRUNEI DAN UNIVERSITI LIMKOKWING 20 September 2019 | Cyberjaya

Seramai 20 orang pelajar dari Kolej International Graduate Studies (KIGS) Brunei dan Universiti Limkokwing telah menghadiri sesi perkongsian maklumat di pejabat CFM. Para pelajar telah didedahkan mengenai peranan CFM yang dapat membantu industri komunikasi dan multimedia dalam negara serta dapat mengetahui beberapa aduan yang sering dilaporkan pengguna kepada CFM. Perkongsian disampaikan oleh sekretariat CFM yang juga Pengurus Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam, Noor Shahdiella Abd Manan.

PAUTAN

CFM SERTAI SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019 28 September 2019 | Kuching, Sarawak

Bagi mendekati golongan wanita dan komuniti di Sarawak, CFM telah menyertai sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching. CFM bersama dengan MCMC Sarawak telah membuka reruai bagi memberi peluang untuk para pengunjung mengetahui peranan dan inisiatif yang dilakukan oleh CFM yang membantu pengguna dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Majlis yang berlangsung selama sehari itu telah dihadiri seramai 2000 orang dari seluruh daerah di Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Pengerusi MCMC, YBrs. Encik Al-Ishsal Ishak.

CFM SERTAI PUTRAJAYA OPEN DAY, KKMM 5 Oktober 2019 | Putrajaya

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengadakan Putrajaya Open Day (POD) dengan menyediakan ruang pameran dan perkhidmatan daripada pelbagai agensi di setiap bangunan kementerian untuk penduduk Putrajaya dan sekitarnya. CFM telah menyertai POD dengan membuka reruai di bangunan KKMM bagi memberi pendedahan kepada pengunjung tentang peranan dan perkhidmatan yang diberikan CFM kepada pengguna. CFM juga turut mengadakan aktiviti permainan santai di karnival tersebut untuk menarik minat pengunjung.

SESI PERKONGSIAN CFM BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA 18 Oktober 2019 | Gombak, Selangor

CFM telah dijemput oleh Institut Persatuan Pelajar Perhubungan Awam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk berkongsi tentang kepentingan dan impak teknologi terkini iaitu Kecerdasan Buatan (AI) yang mengubah landskap perhubungan awam dan cara organisasi berinteraksi dengan orang awam. Perkongsian disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin kepada lebih 100 orang pelajar dan kakitangan UIAM. Selain CFM, terdapat panel lain yang turut menyampaikan perkongsian di pentas yang sama iaitu Pengarah Eksekutif Business Ethics Institute of Malaysia, J.D Lovrenciear dan Pengasas Citrine One, Ivlynn Yap.

TEMU BUAL BERSAMA MHI TV3 21 Oktober 2019 | Sri Pentas, Petaling Jaya

CFM telah dijemput oleh program temu bual Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 untuk berkongsi tentang modus operandi scam panggilan palsu dan nasihat kepada pengguna apabila menerima panggilan sedemikan untuk mengelak daripada menjadi mangsa scam. Pengerusi CFM yang baharu, Datin Mohana Mohariff telah berkongsi maklumat berkenaan dalam program tersebut yang turut disiarkan secara langsung di TV3 dan Facebook MHI. CFM juga turut memberi saranan kepada penonton MHI mengenai langkah yang perlu dilakukan untuk melindungi data peribadi agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

PROGRAM SINERGI – TRIPLE M EXPLORACE 30 November 2019 | Cyberjaya

Buat pertama kalinya, CFM dan Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) bersama Universiti Multimedia Malaysia (MMU) bekerjasama dengan menganjurkan program sinergi industri berbentuk aktiviti cabaran iaitu “Triple M Explorace” bertujuan untuk mempromosi peranan forum industri komunikasi dan multimedia yang turut menyumbang kepada pembangunan industri di samping memberi manfaat kepada pengguna.

Program tersebut berlangsung di kampus MMU Cyberjaya melibatkan seramai 48 orang peserta terdiri daripada kakitangan swasta, ahli-ahli industri dan para pelajar MMU.

Program ini juga adalah satu platform efektif untuk memudahkan informasi disampaikan kepada peserta dan pengguna secara keseluruhan.

Majlis penutupan program

telah disempurnakan oleh

Ketua

Pegawai

Korporat

MCMC, Dato’ Mohd Ali

Hanafiah Mohd Yunus. Hadir

sama dalam program tersebut

ialah Pengerusi CFM, Datin

Mohana Mohariff; Pengurus

Kanan MTSFB, Norazlina

Dato’

Ghazali;

dan

Naib

Presiden

MMU,

Zambri

Pawanchik.

TEMU BUAL BERSAMA BERITA TAMIL RTM 12 Disember 2019 | Cyberjaya

Berita Tamil RTM telah menemu bual CFM yang diwakili oleh ahli CFM daripada Persatuan Pelindung Pengguna Pulau Pinang (PCPA), Gunaselan Marian. Beliau berkongsi maklumat mengenai scam panggilan palsu, modus operasi sindiket penipuan tersebut dan tip untuk mengelak daripada menjadi mangsa scam serta tip untuk melindungi data peribadi. Temu bual tersebut dijalankan pada 4 Disember dan telah disiarkan di Berita Tamil TV2 pada 12 Disember, 7.30 petang.

CFM SERTAI PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KOMUNITI 15 Disember 2019 | Pontian, Johor

CFM telah dijemput untuk menyertai Program Klik dengan Bijak bersama Komuniti anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Utama Pekan Nanas dan Pusat Internet Pekan Nanas dengan menjalankan aktiviti di reruai untuk memberi pemahaman kepada komuniti di Pontian, Johor mengenai hak pengguna dan isu-isu dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia. CFM juga menyampaikan perkongsian kepada 100 orang hadirin mengenai “Cara untuk melindungi Data Peribadi Anda” yang disampaikan oleh Pengurus Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam CFM, Noor Shahdiella Abd Manan. Selain itu, organisasi lain yang turut memberi perkongsian di program tersebut ialah Bank Negara Wilayah Selatan dan Bank Islam.

CFM BERSAMA PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL BAHAGIAN SELATAN 12 Disember 2019 | Pontian, Johor

Aktiviti CFM di Pontian dipenuhi dengan sesi perkongsian bersama pempengaruh media sosial (social media influencer), Viral Media Johor yang merupakan laman Facebook yang terkenal dalam kalangan penduduk bahagian selatan tanah air yang mempunyai seramai 2 juta pengikut. Wakil CFM berpeluang mendapatkan isu-isu telekomunikasi yang sering menjadi rungutan pengguna di negeri Johor. Liputan mengenai program CFM dan video animasi CFM telah dimuat naik pada laman Facebook mereka.

DIALOG CFM EDISI KEDUA – PERLINDUNGAN PENGGUNA DALAM ERA SPAM, PENIPUAN DAN PEMALSUAN 18 Disember 2019 | Bangi, Selangor

CFM telah mengadakan sesi Dialog CFM 2019 edisi kedua yang bertemakan “Perlindungan Pengguna dalam Era Spam, Penipuan dan Pemalsuan” untuk mendidik pengguna mengenai keselamatan dalam talian di Malaysia. Program tersebut yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi platform untuk berkongsi maklumat dengan pengguna. Perkongsian dalam sesi tersebut disampaikan oleh enam panel yang merupakan pakar industri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP), Bahagian Pemantauan Keselamatan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia, Apigate Sdn Bhd, dan Boost e-Wallet. Program tersebut dihadiri oleh wakil persatuan pengguna dan para pelajar.

SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT INDUSTRI CFM BERSAMA WAKIL PENYEDIA PERKHIDMATAN 19 Disember 2019 | Cyberjaya

CFM telah mengadakan sesi perkongsian maklumat industri bersama wakil penyedia perkhidmatan iaitu “CFM Masterclass 2019” yang memberi tumpuan kepada garis panduan pengiklanan dalam industri komunikasi dan multimedia. Program ini menjadi platform untuk penyedia perkhidmatan dan pengawal selia saling bertukar maklumat dan membincangkan mengenai garis panduan pengiklanan untuk keperluan perlindungan pengguna. Antara panel yang hadir untuk memberi perkongsian dalam program tersebut ialah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP), Advertising Standards Advisory (ASA) dan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF).

TEMU BUAL BERSAMA NASIONAL FM 19 Disember 2019 | Angkasapuri, Kuala Lumpur

CFM telah berkongsi mengenai kelebihan dan kelemahan e-Dompet dalam temu bual bersama radio Nasional FM. Temu bual tersebut telah dijalankan secara langsung selama 30 minit dari pukul 10.15 pagi hingga 10.45 pagi. Dalam temu bual yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff juga berkongsi tentang peringatan penting untuk pengguna e-Dompet agar dapat mengelak daripada menjadi mangsa scam.

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

7

MEDIA SOSIAL

PANDUAN AWAL UNTUK ANDA YANG MAHU MENJANA DUIT DENGAN YOUTUBE

YouTube telah menjadi salah sebuah saluran media sosial paling popular di dunia dengan lebih lima bilion video dikongsikan di platform berkenaan sehingga kini dan angka besar itu terus meningkat setiap hari. YouTube yang terkenal dengan kepelbagaian kandungan telah mengumpulkan pelbagai video dari arus perdana sehinggalah kandungan yang disasarkan pada kumpulan kecil. Malahan ada juga video-video aneh, video yang mempunyai falsafah mendalam dan video yang tinggi nilai pendidikannya. Jika anda mencari dengan teliti di YouTube, anda mungkin akan menjumpai video yang telah dibuat oleh seseorang mengenai apa sahaja subjek atau apa yang anda perlukan dan kadangkala ia sesuatu yang tidak dijangka.

Selain video kandungan popular seperti treler filem, tutorial solekan, video tular, video membuka kotak produk permainan dan alatan, video haiwan peliharaan kesayangan, video perbincangan berkenaan episod Game of Thrones yang terbaharu dan sebagainya, YouTube juga menyajikan pelbagai kandungan menarik yang sangat berguna dan ia meliputi pelbagai topik. Dari topik cara menggantikan skrin komputer riba yang pecah sehinggalah ke cara membakar kek dengan betul. Malah cara penyelesaian terhadap persoalan matematik yang rumit dalam kerja sekolah anda juga ada jawapannya di YouTube.

Siapa yang mencipta semua kandungan ini? Kebanyakan kandungan tidak hadir daripada mana-mana produksi atau pertubuhan yang besar, sebaliknya penyumbang dan penghasil kandungan di YouTube adalah daripada individu-individu dari pelbagai lapisan masyarakat. Kebanyakan mereka melakukannya untuk berkongsi minat dan kecenderungan masing-masing. Dalam kalangan mereka ada pemuzik yang menghasilkan muzik untuk memberi inspirasi, peniaga-peniaga kecil, usahawan muda dan banyak lagi. Mereka berkongsi berkenaan apa yang mereka suka dan menjana duit dengan melakukan hal tersebut melalui YouTube. Anda berminat? Inilah caranya!

APA YANG PERLU SAYA MULAKAN?

Jika anda sudah mempunyai sebuah perniagaan, anda boleh menggunakan YouTube sebagai platform pengiklanan iaitu dengan cara membayar YouTube sejumlah wang bagi setiap tontonan iklan komersial yang anda sediakan. Iklan tersebut akan ditayangkan di platform YouTube supaya penonton dapat tahu mengenai bisnes anda. Terdapat juga penjanaan pendapatan lain yang anda boleh lakukan seperti tajaan produk namun itu boleh dibincangkan di topik yang lain. Apa yang ingin difokuskan pada artikel kali ini ialah tentang cara yang paling biasa dilakukan untuk menjana wang dengan YouTube - menjadi penghasil kandungan.

Jika anda mencipta kandungan video yang menarik dan mampu mengajak penonton untuk melayari YouTube anda dengan kerap, anda telah pun mencipta peluang untuk pengiklanpengiklan meletakkan iklan mereka di saluran YouTube anda. Dengan cara itu, anda boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan menerusi YouTube Partner Programme. Untuk anda menjana pendapatan melalui pengiklanan, anda perlu mengembangkan saluran YouTube anda ke satu tahap yang dikehendaki dan anda juga perlu memiliki jumlah pelanggan minimum yang ditetapkan untuk anda layak menyertai program tersebut. Buat masa ini, syarat kelayakannya ialah anda perlu mencapai paling kurang 4000 jam masa tontonan dalam tempoh 12 bulan dan anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 1000 pelanggan untuk dipertimbangkan sebagai ahli. Angka itu memang mencabar tetapi ia boleh dicapai!

Walaupun anda sudah menjadi pencipta kandungan di YouTube, ia menuntut anda untuk melakukan ‘kerja rumah’ tentang bagaimana untuk mencipta kandungan yang menarik supaya penonton akan melanggan saluran anda. Dengan itu, barulah saluran YouTube anda akan mencapai tahap yang dikehendaki untuk menjana pendapatan.

Sama ada anda seorang pengguna baharu atau pencipta kandungan YouTube yang berpengalaman, anda akan sentiasa perlu melakukan kajian dan penyelidikan. Antaranya ialah dengan melihat apa yang dilakukan oleh penghasil kandungan lain yang berkaitan dengan kandungan anda dan bagaimana anda boleh menambah baik video dan saluran anda untuk jangka masa panjang. Contohnya - jika anda membuat video berkenaan masakan, anda perlu cari siapa penghasil kandungan masakan yang terbaik dan memiliki ramai peminat di YouTube, dan dari situ anda boleh belajar bagaimana untuk menggerakkan saluran anda dan mencipta kandungan.

Kandungan yang baik hanyalah separuh daripada formula kejayaannya. Anda perlu mempunyai peralatan yang berkualiti untuk menghasilkan kandungan kerana kebanyakan orang tidak akan menonton video yang serabut dengan rakaman berkualiti rendah juga audio yang tidak dapat didengar. Ia bermakna anda perlu memiliki peralatan yang bersesuaian.

Sebagai permulaan, anda boleh membaca artikel kami di ruang Top Gear mengenai peralatan penting yang anda perlukan dan ‘Bagaimana untuk Menjadi Seorang Vlogger’.

APA LAGI YANG PERLU SAYA TAHU?

Selain daripada memiliki jumlah penonton yang ramai untuk menambahkan lagi keyakinan pengiklan untuk memaparkan iklan di saluran YouTube anda, anda perlukan satu lagi perkara penting iaitu - kandungan yang berhemah dan positif juga kandungan yang menjaga sensitiviti norma budaya dan sosial. Pada asasnya, jangan menghasilkan kandungan yang boleh menyinggung manamana penduduk atau kepercayaan orang lain. Kandungan sebegitu juga sudah pasti tidak akan ditayangkan di TV nasional.

Satu lagi perkara yang harus diperhatikan ialah pelanggaran hak cipta. Maknanya anda tidak boleh menggunakan hasil kerja orang lain dan menyatakan bahawa ia milik anda. Jika anda menggunakan muzik, grafik atau apa sahaja bentuk kandungan yang dicipta oleh orang lain, anda perlu sama ada membayar royalti atau memberikan kredit yang sewajarnya. Adalah amat penting untuk anda membiasakan diri dengan konsep asas hak cipta supaya anda dapat mengelak daripada menghadapi masalah dan dikenakan tindakan undang-undang. Atau akibat yang lebih buruk lagi menjadikan saluran anda dikeluarkan daripada dalam talian kerana pelanggaran hak cipta.

Untuk butiran yang lebih khusus mengenai program YouTube Partner, anda boleh lawati laman mereka di https://creatoracademy. youtube.com. Semoga anda berjaya dan bergembira menghasilkan kandungan yang terbaik!

8 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

MEDIA SOSIAL

JADIKAN HIDUP ANDA LEBIH GEMBIRA - CERIAKAN DAN BERSIHKAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL ANDA

Apabila anda membuka Facebook, Instagram atau laman media sosial kegemaran anda, kemungkinan besar anda akan disajikan dengan lambakan paparan gambar dan kemas kini daripada rakan-rakan dan selebriti yang anda ikuti. Kebiasaannya ialah hantaran (post) dan gambar berkenaan gaya hidup mewah seperti menayangkan telefon mahal, beg tangan dan yang berkaitan, termasuklah gambar percutian luar negara di kawasan eksotik dan sebagainya. Malangnya, semua paparan dan berita itu serba sedikit memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental anda.

Kebiasaannya kita akan membenarkan kawan dan keluarga terdekat untuk berada dalam rangkaian media sosial kita. Kita juga kerap membenarkan hantaran dan gambar sebilangan selebriti untuk berada di dalam kandungan media sosial kita untuk mengetahui gaya kehidupan orang kaya dan terkenal. Malangnya, ada kebarangkalian besar orang-orang di media sosial itu sememangnya hidup serba mewah atau mungkin hanya sekadar ingin menunjuk-nunjuk sisi indah dan perkara menarik yang berlaku dalam hidup mereka.

Kebanyakan pengguna media sosial ada kecenderungan untuk membandingkan hidup mereka dengan hidup orang lain yang mereka kenali dan ia menjadi faktor negatif yang perlahan-lahan boleh menghakis keyakinan diri sendiri. Satu lagi cabaran yang melelahkan dalam kebanyakan pengguna media sosial ialah rasa takut ketinggalan. Apabila semua orang memuat naik gambar mereka berkumpul dengan rakan atau berkongsi perkara menarik dalam hidup mereka, semua itu terlalu mudah menyebabkan seseorang berasa terpinggir dari rakan sebaya mereka. Ia boleh membuatkan masa terbuang dan menjadi tabiat buruk seperti kerap melayari media sosial hanya untuk sentiasa mengetahui aktiviti orang lain sedangkan anda boleh melakukan hal produktif yang lain.

Hakikatnya setiap orang berada pada tahap hidup yang berbeza. Semua orang, termasuk yang kaya dan terkenal sekalipun, mempunyai kebimbangan dan beban yang perlu ditanggung. Apa yang anda lihat di dalam talian hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan mereka yang ditunjukkan kepada awam. Ia langsung tidak mewakili keseluruhan hidup mereka.

Walaupun kaedah yang paling ekstrem ialah dengan memadamkan akaun media sosial sepenuhnya, namun ia bukanlah pilihan yang baik lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat yang sangat terhubung pada hari ini. Menariknya, Malaysia telah menjadi salah satu daripada populasi yang paling aktif menggunakan media sosial. Menurut laporan Hootsuite Digital 2019, 78% daripada penduduk Malaysia menggunakan media sosial - iaitu seramai 25 juta pengguna aktif di media sosial daripada jumlah penduduk seramai 32.55 juta pada tahun 2019. Dalam penggunaan yang terkawal, media sosial sememangnya memberikan manfaat kerana ia mencapai matlamat asal - untuk memastikan pengguna berhubung secara sosial dengan rakan dan keluarga.

SOLUSINYA ialah:

• Ikuti kandungan media sosial yang menggalakkan positiviti;

• Jangan ikuti akaun media sosial yang mempromosikan negativiti, sebaliknya ikuti akaun yang lebih positif dan membantu anda menjadi orang yang lebih baik;

• Pelajari panduan praktikal dan nasihat yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian, tidak kiralah untuk kerjaya, kemudahan hidup dan sebagainya.

Pertama sekali, mulakan dengan mengurangkan apa yang anda ikuti di media sosial. Anda boleh kekal berkawan dengan sesiapa atau tidak mengikuti media sosial mereka jika anda fikir anda tidak mahu terlalu kerap melihat hantaran mereka.

Selepas mengurangkan kandungan media sosial anda, cuba ikuti laman web dan media sosial yang lebih membina diri seperti Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) yang menyediakan panduan praktikal berkenaan kehidupan digital dan banyak lagi.

Berikut adalah beberapa laman yang berguna untuk anda bermula:

CFM – Laman pilihan ramai untuk mengetahui panduan dan berita penting mengenai hak pengguna dalam komunikasi dan multimedia di Malaysia. https://www.facebook.com consumer.forum.malaysia/

Ringgit Plus – Anda boleh dapatkan informasi berkenaan halhal kewangan di Malaysia seperti kad kredit, pinjaman, pelaburan, dan insuran https://www.facebook.com/RinggitPlus/

SAYS – Sebuah laman berita sosial yang menyajikan video menghiburkan dan boleh membuatkan anda ketawa. https://www.facebook com/saysdotcom/

Befrienders KL – Memberikan anda sokongan emosi jika anda perlukan seseorang untuk bercakap. Mereka boleh dihubungi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. https://www.facebook.com/BefriendersKL/

So Worth Loving – Akaun yang memaparkan gambar dan mesej positif dan menaikkan semangat serta beberapa barangan menarik. https://www.instagram.com/soworthloving/

Goalcast – Tempat inspirasi harian anda. https://www.instagram.com/goal.cast/?hl=en

National Geographic Travel – Anda boleh lihat ratusan gambar flora dan fauna yang berkualiti dari seluruh dunia. https://www.instagram.com/natgeotravel/

Dogs of Instagram – Gambar-gambar anjing yang comel dan menarik di media sosial anda setiap hari! https://www.instagram.com/dogsofinstagram/

Cats of Instagram https://www.instagram.com cats_of_instagram/?hl=en

ML Studios – Platform yang memaparkan video yang sarat dengan maklumat dengan cara lebih santai di mana anda boleh mendapatkan perkongsian dari pelbagai perspektif. https://www.instagram.com/ mlstudiosmy/?hl=en

MedTweetMY Official – Mengumpulkan doktor-doktor dari 38 bidang yang berbeza di Twitter yang berkongsi berkenaan informasi kesihatan terkini dan menjawab soalan berkaitan kesihatan. https://twitter.com/MedTweetMYHQ

UbatOhUbat – Segalanya tentang ubat di Malaysia. https://twitter.com/UbatOhUbat

LearnEnglish_BC – Akaun ini menyediakan beratus sumber berkualiti tinggi untuk membantu anda belajar dan meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris. https://twitter.com/LearnEnglish_BC

The Yuniversity – Coretan ringkas berguna berkenaan bagaimana untuk memahami tatabahasa dan perkataan Bahasa Inggeris sekaligus meningkatkan perbendaharaan kata anda. https://twitter.com/The_YUNiversity

Awkwardgoogle – Berkongsi kepada anda idea dan panduan DIY. https://twitter.com/awkwardgoogle

MauKerja – Platform yang memaklumkan kekosongan terkini untuk pekerjaan di Malaysia di samping berkongsi panduan berguna mengenai kerjaya. https://twitter.com/MauKerjaMY

Norizan Sharif – Beliau berkongsi panduan tentang kerjaya dan pembangunan diri. https://twitter.com/nobisha

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

9

TOP GEAR

KELENGKAPAN PENTING BAGI SEORANG VLOGGER YANG BARU BERMULA - PERALATAN YANG ANDA PERLUKAN UNTUK MENGAMBIL VIDEO MENARIK

Perkembangan pesat sambungan jalur lebar yang stabil di Malaysia telah menggalakkan lebih ramai orang untuk berkongsi, mencipta, dan menonton kandungan video di media sosial. Rakyat Malaysia memilih platform-platform media sosial yang popular seperti Facebook, YouTube, dan medium alternatif lain seperti TikTok dan WeChat untuk menonton dan berkongsi pelbagai jenis kandungan dari petua kecantikan sehinggalah ke isu semasa. Sesetengah pengguna merasakan mereka mahu lakukan lebih dari sekadar menikmati kandungan dalam talian. Mereka mahu mencipta kandungan mereka sendiri dan berkongsi dengan seluruh dunia. Merekalah yang digelar sebagai vlogger.

Para vlogger kebiasaannya menjadikan media sosial sebagai platform untuk mereka menyuarakan pandangan tentang sesuatu perkara. Mereka boleh mencipta pelbagai jenis kandungan seperti panduan resipi makanan sehinggalah lawatan langsung di kawasan kejiranan mereka. Anda mahu jadi seorang vlogger? Berikut adalah peralatan yang anda perlukan untuk bermula!

KAMERA ATAU TELEFON PINTAR YANG BERKUALITI

TRIPOD ATAU PENSTABIL GIMBAL

Ini adalah benda paling asas kepada usaha anda untuk memulakan vlog dan juga merupakan perkara terpenting yang anda perlukan. Seluruh usaha anda akan melibatkan alat ini dan kualiti video anda bergantung kepada apa yang anda beli. Jadi amat berbaloi untuk anda melaburkan sejumlah wang untuk mendapatkan kualiti video yang baik supaya anda mampu memiliki penonton yang sudi kembali untuk menyaksikan lebih banyak kandungan daripada anda.

Anda tidak semestinya perlu membeli DSLR yang paling canggih kerana kebanyakan kamera kompak dan telefon pintar terbaik di pasaran sudah cukup hebat untuk anda gunakan sebagai ‘senjata’ utama melakukan kerja-kerja vlog anda. Anda juga perlu mengambil kira apakah jenis video yang bakal anda ambil dan hasilkan.

Sekiranya anda ingin mengambil rakaman di dalam kawasan tertutup atau di kawasankawasan yang mempunyai pencahayaan yang baik, telefon pintar atau kamera kompak yang canggih sudah boleh berfungsi dengan cukup baik. Jika anda mahu merakam aktiviti yang lebih lasak seperti aktiviti merentas hutan, sukan air dan sebagainya, anda mungkin akan mendapat hasil yang lebih baik jika anda membeli kamera aksi - kamera bagi kategori ini bersaiz lebih kecil dan dicipta bersama pelindung supaya lebih tahan lasak dan sesetengah model ditambah baik dengan kelebihan kalis air. Jika kualiti imej luar biasa menjadi keutamaan anda berbanding kebimbangan yang lain, memiliki DSLR adalah sangat tepat tetapi anda perlu mengambil kira tentang berat dan juga memerlukan banyak alat tambahan lain seperti - bateri, lensa, dan sebagainya - barulah anda akan mencapai keberkesanan dalam menggunakannya.

Tripod adalah alat yang sangat penting bagi seorang vlogger, malahan juga bagi seorang jurugambar. Bukan hanya kerana ia mudah dibawa dan senang untuk mengambil gambar dan video tetap, namun ia juga diperlukan jika anda ingin mendapatkan pengalaman vlog secara solo atau anda ingin mengambil rakaman dalam jangka masa yang panjang. Jika anda memiliki lengan besi, anda mungkin tidak akan mengalami sebarang masalah. Namun kebiasaannya tangan anda pasti menggigil jika anda memegang kamera terlalu lama dan ia akan menjadikan video atau rakaman anda bergegar. Malahan sesetengah rakaman tidak mampu untuk dirakam tanpa tripod seperti rakaman selang masa, rakaman dalam kondisi cahaya malap, rakaman bintang di waktu malam, rakaman lintasan cahaya atau rakaman acara yang panjang seperti ceramah, seminar dan sebagainya.

Tripod datang dalam pelbagai saiz dan tahap ketahanan yang berbeza. Jadi anda perlu telitikan terlebih dahulu apa yang anda perlukan. Tripod bersaiz poket memang ada dan dicipta khas untuk kegunaan telefon pintar dan kamera yang ringan namun ia berkemungkinan pendek. Jadi anda perlu meletakkannya di atas meja atau tempat yang tinggi ketika merakam. Apa yang bagus ialah ia sangat mudah alih. Jika anda menggunakan kamera yang lebih besar dan berat atau anda perlu merakam sudut yang lebih tinggi, anda memerlukan tripod tradisional bersaiz penuh namun kebiasaannya ia agak berat untuk dibawa.

Fungsi tripod itu sendiri membolehkan anda mengambil rakaman di kedudukan yang statik. Namun bagaimana jika anda perlu mengambil rakaman yang lancar ketika bergerak? Di situlah penstabil Gimbal memainkan peranan. Gimbal adalah penstabil khas yang dibina bersama giroskop dan pemberat yang membantu menyeimbangkan kamera anda dan membatalkan pergerakan mendadak yang dapat memastikan video anda bergerak lancar dan cantik. Penstabil Gimbal hadir dengan pelbagai saiz bermula dari yang direka kecil untuk telefon pintar sehinggalah ke peranti yang lebih berat yang juga boleh digunakan untuk DSLR. Ia sangat berguna jika anda mahu mengambil banyak video bergerak.

ALATAN PENCAHAYAAN

Vlogger yang ingin merakam kebanyakan video di dalam kawasan tertutup atau di kawasan yang kurang cahaya perlu mendapatkan sumber pencahayaan untuk menghasilkan video yang lebih jelas. Walaupun pencahayaan di tempat anda sudah cukup baik, menempatkan sumber cahaya di tempat yang strategik boleh mengubah suasana rakaman dan menjadikan ia lebih diingati. Ia bergantung kepada keadaan di mana anda merakam dan seberapa kerap anda ingin melakukannya. Anda perlu memilih alatan pencahayaan yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik tanpa mengurangkan kualiti daripada alat anda.

Untuk para vlogger, salah satu alat pencahayaan yang penting untuk anda ialah gelung cahaya yang terdiri daripada satu siri lampu - atau boleh dikatakan - sinaran berbentuk gelung. Lampu ini membantu anda mengelak bayang-bayang wujud di dalam rakaman video terutama apabila merakam video individu bercakap atau menghadap kamera pada jarak dekat dan ia menjadikan subjek yang dirakam kelihatan lebih menyenangkan. Alat ini datang dalam tahap kekuatan dan saiz yang berbeza. Jadi anda perlu perlu meninjau di pasaran mengikut keperluan anda.

Alatan lain yang berguna ialah lampu-atas-kamera yang kebiasaannya merupakan sinaran LED bersaiz tapak tangan dan anda boleh gerakkan dan mengubah tahap pencahayaan seperti yang anda mahukan. Jika anda telah pun mula merakam banyak aktiviti luar, lampu-ataskamera mudah alih ini amat sesuai kerana ia kompak dan sangat mudah dibawa. Malahan ia mampu menghasilkan gambar yang menarik jika anda melaraskannya dengan betul. Ada banyak model yang direka dengan harga yang berbeza dan ia memiliki corak pencahayaan yang berlainan. Sesetengahnya menawarkan kekuatan cahaya yang lebih terang dan jelas manakala sesetengah yang lain pula sinaran cahaya lebih lembut dan tersebar. Kebanyakan model direka bersama bateri di dalam yang boleh dicas. Ia menjadikannya lebih mudah untuk jangka masa panjang daripada anda perlu menukar bateri setiap masa.

MIKROFON LUARAN

Kualiti audio yang baik adalah komponen penting untuk menghasilkan video yang hebat. Walaupun anda mengambil rakaman yang benar-benar mengasyikkan dan cukup bagi melayakkan anda untuk memenangi Oscar, ia tidak akan berhasil jika penonton perlu membaca bibir dan meneka apa yang dikatakan di dalam video tersebut. Mungkin juga audio anda kedengaran tidak jelas disebabkan bunyi angin atau latar belakang yang bising. Walaupun kemajuan dalam teknologi pengimejan dalam telefon pintar dan kamera boleh merakam resolusi 4K berkualiti tinggi, namun seringkali kualiti audionya tidak dititik beratkan. Kebanyakan telefon pintar dan kamera tidak mampu menghasilkan audio yang berkualiti dengan hanya bergantung kepada mikrofon sedia ada. Di sinilah anda perlu menggunakan mikrofon luaran yang berkualiti.

Cakap sahaja mengenai mikrofon dan apa yang bermain di fikiran anda ialah versi bersaiz baton yang sering anda lihat berada di tangan penyanyi di atas pentas dan penyampai program penyiaran. Namun untungnya vlogger ialah mereka boleh menggunakan alternatif yang lebih ringan dan mudah dibawa. Vlogger yang memiliki tetapan yang lebih statik dan merakam di kawasan tertutup boleh mendapatkan fon kepala yang menggabungkan alat dengar dan mikrofon. Tetapi fon kepala ini perlu disambungkan menggunakan USB ke PC untuk berfungsi. Sesetengah fon kepala yang canggih boleh membatalkan bunyi bising dan sangat mudah dibawa.

Bagi vlogger yang banyak merakam aktiviti luar, mikrofon senapang mungkin adalah pilihan yang lebih baik untuk anda. Ia boleh dipasang di atas kamera kecil dan membolehkan anda menangkap bunyi yang lebih jelas menggunakan kon yang menumpukan bunyi ke mikrofon. Jika anda mencari alternatif yang lebih ringkas, anda boleh mendapatkan mikrofon kecil yang direka khas untuk telefon pintar. Namun kebiasaannya ia mempunyai capaian jarak yang agak terhad.

10 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

DIGITAL

ASAS PENTING DALAM PENGENALAN RUMAH PINTAR

KENAPA ANDA PERLUKAN RUMAH PINTAR DAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MULAKANNYA?

Jika anda pernah menonton mana-mana filem cereka sains yang diterbitkan, anda mungkin akan melihat babak-babak watak protagonis berjalan masuk ke rumah atau bangunan dan tiba-tiba lampu terbuka secara automatik. Dengan hanya menepuk tangan atau dengan isyarat suara, mereka sudah boleh menghidupkan bunyi muzik atau mengubah suhu bilik tanpa perlu menekan suis dinding atau alat kawalan jauh. Dengan hanya isyarat suara ringkas, pembantu maya juga boleh memberitahu maklumat tentang waktu, cuaca, dan banyak lagi. Kedengaran terlalu mustahil untuk berlaku bukan? Namun bersedialah kerana masa hadapan semakin menghampiri kita dan mungkin ia akan berada di rumah anda lebih cepat daripada yang anda fikirkan. Ucapkan selamat datang kepada teknologi Rumah Pintar.

JADI APAKAH SEBENARNYA RUMAH PINTAR ITU?

DaIam istilah awam, ‘rumah pintar’ ialah bangunan, atau lebih tepat, rumah atau pejabat yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi. Ia bergantung kepada sambungan Internet untuk mengautomasikan tugas, memproses pesanan atau arahan dan memberikan maklumat atas permintaan untuk menjadikan urusan hidup lebih mudah. Teknologi ini boleh didirikan daripada pelbagai peranti yang berbeza tetapi semuanya boleh dikendalikan dari jauh atau diautomasikan dengan penyediaan kecerdasan buatan, arahan suara atau melalui peranti pintar seperti telefon bimbit atau tablet anda.

Saiz dan skop rumah pintar adalah berbeza, bergantung kepada bajet dan impian pemilik. Anda boleh hanya meletakkan pembesar suara pintar seperti Alexa Amazon atau Google Home yang boleh menjawab banyak pertanyaan asas atau dalam skala lain, anda boleh menghubungkan tetapan lampu, penghawa dingin, sistem teater rumah, kamera keselamatan rumah termasuk mesin pembuat kopi pintar dan banyak lagi. Cara mengawal perantiperanti ini ialah melalui arahan suara atau apabila kondisi pratetap telah dipenuhi seperti menyesuaikan suhu penghawa dingin mengikut cuaca, atau membuka langsir dan mengaktifkan mesin pembuat kopi apabila anda bangun pada waktu pagi.

Apabila anda pulang ke rumah, sistem Rumah Pintar boleh ditetap untuk mengesahkan siapa anda dengan menggunakan biometrik sebelum ia membuka pintu, menghidupkan penghawa dingin dan lampu, memainkan muzik dari senarai trek kegemaran anda dan banyak lagi boleh dilakukan sebaik sahaja anda melangkah masuk rumah. Ia sangat hampir untuk mengatakan ini adalah rumah masa hadapan.

JADI MENGAPA SAYA MEMERLUKAN RUMAH PINTAR?

Selain untuk membuatkan jiran anda kagum, rumah pintar menjanjikan faedah dari sudut penjimatan masa dan wang dalam jangka masa panjang, meningkatkan keselamatan, dan menjadikan urusan hidup seharian lebih mudah dan selesa.

Anda mungkin perlu menanggung beberapa pelaburan kewangan untuk mendapatkan peranti-peranti pintar ini. Anda juga perlu menaik taraf rangkaian anda sebagai sebahagian daripada proses untuk mencipta tapak asas bagi rumah pintar anda. Walau bagaimanapun, hasilnya kemudian pasti akan memuaskan hati anda dengan penjimatan masa bagi urusan domestik dan juga menjimatkan bil elektrik dari semasa ke semasa melalui pengurusan kuasa yang lebih cekap.

Rumah pintar yang ideal adalah yang dilengkapi dengan pelbagai peranti pintar dan terhubung seperti LED pintar serta peralatan rumah pintar lain seperti penghawa dingin dan termostat. Dalam rumah pintar, peranti-peranti pintar ini mampu untuk menutup sendiri atau mengaktifkan mod penjimatan tenaga optimum apabila tidak digunakan.

Sebagai contoh, penghawa dingin pintar berupaya untuk menyesuaikan suhu secara automatik berdasarkan laporan cuaca pada hari tersebut. Jika ia mengenal pasti bahawa cuaca di luar sedang panas, ia akan menukar ke suhu yang lebih sejuk dan begitulah sebaliknya. Sensor pergerakan keselamatan yang dipasang di rumah pintar boleh memenuhi pelbagai tujuan. Antaranya mematikan kuasa di bilik-bilik kosong sambil memantau penceroboh. Dalam jangka panjang, setiap peranti serba sedikit memberi nilai tambah dan menawarkan penjimatan terhadap bil elektrik anda.

Salah satu faedah yang lebih baik bagi rumah pintar ialah keselesaan. Perkakas rumah automasi pintar dan teknologi lain yang berkaitan dapat membantu memberikan masa untuk anda fokus kepada hal-hal yang produktif. Antara potensi lain penggunaan peralatan pintar ini ialah membantu melakukan kerja-kerja rumah anda mengikut jadual pratetap. Contohnya, anda boleh mengarahkan robot pembersih vakum untuk mula membersihkan lantai sebaik sahaja anda melangkah keluar dari rumah. Sebuah peti sejuk pintar boleh membantu membuat pesanan untuk menambah simpanan telur atau susu jika ia mengenal pasti barangan tersebut sudah hampir habis. Ia juga boleh mengesan tarikh luput produk yang disimpan. Penghawa dingin pintar juga boleh menyejukkan rumah sebelum anda tiba ke rumah!

Salah satu manfaat praktikal memiliki rumah pintar ialah ia menjadikan rumah anda tempat yang lebih selamat. Siri kamera dan sensor keselamatan yang disambungkan di sekitar sempadan rumah anda boleh membantu memberi isyarat kepada anda apabila terdapat pengunjung termasuklah apa-apa sahaja yang tidak diingini. Sensor kawalan cahaya pintar dapat membantu menerangi bahagian luar dan dalaman rumah anda apabila ia mengesan pergerakan. Ia bertindak sebagai penghalang kepada penceroboh dan alat bantu bagi menjadikan rumah lebih selamat tanpa perlu anda meraba-raba menghidupkan suis dinding setiap masa.

Apa yang paling penting, semua manfaat ini menawarkan perkara yang paling kita inginkan iaitu - ketenangan hati dan minda bahawa rumah anda dijaga dengan baik.

HEBAT! BAGAIMANA KITA BOLEH BERMULA?

Mujurlah untuk menetapkan sebuah rumah pintar bukanlah sesuatu yang sangat rumit dan tidak ada keperluan untuk anda memecah dinding ataupun memasang pelbagai wayar yang kompleks. Langkah pertama yang boleh anda ambil ialah mendapatkan pembantu digital seperti Alexa Amazon atau Google Assistant. Malangnya, tidak banyak pilihan rasmi di Malaysia untuk memperolehnya. Jadi anda perlu membeli secara dalam talian dan menanti penghantaran dari luar negara.

Walaupun secara teknikal anda dapat menggerakkan rumah pintar dari peranti mudah alih anda, anda masih akan mendapat manfaat yang banyak melalui pembesar suara pintar dengan suara yang diaktifkan. Sebaik sahaja anda telah memasang dan menghubungkan ia dengan sambungan internet yang baik, anda boleh menikmati kesenangan untuk dapat berbincang dan menetapkan jadual harian anda atau mendapatkan jawapan kepada pertanyaan asas hanya dengan suara anda.

Selepas itu, bergantung kepada situasi kewangan anda, anda sudah boleh beransur-ansur menaik taraf dengan memiliki pelbagai peranti dan perkakas rumah pintar seperti peti sejuk pintar, robot pembersih vakum, pengunci pintar dan banyak lagi. Apa yang jelas ialah masa hadapan telah menanti kita. Adakah anda sudah bersedia untuk tinggal di dalam sebuah rumah pintar?

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

11

INTERAKSI

INTERAKSI BERSAMA

DZULEIRA ABU BAKAR

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PUSAT INOVASI & KREATIVITI GLOBAL MALAYSIA (MaGIC)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Dzuleira Abu Bakar memiliki pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan syarikat permulaan (start-up) dan ekosistem teknologi di dalam dan luar negara. Sebelum menyertai MaGIC, Dzuleira merupakan CEO bagi syarikat Cradle Seed Ventures (CSV) dan beliau pernah memegang jawatan penting dalam sektor awam dan swasta yang banyak memberi fokus dalam urusan modal niaga dan pegangan ekuiti. Beliau juga merupakan Ahli Majlis yang dilantik dalam Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM).

Kami mendekati beliau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dirinya, peranannya sebagai CEO di MaGIC dan perkara terkini yang perlu diketahui oleh para usahawan di Malaysia.

1. Apakah yang MaGIC lakukan dan apakah peranan anda sebagai CEO?

MaGIC adalah cabang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan mempunyai peranan dalam mencipta dan memangkin pertumbuhan keusahawan berasaskan inovasi dengan cara mengumpulkan pelbagai pihak berkepentingan dari universiti, sekolah, sehinggalah ke penggerak pasaran sendiri. Secara dasarnya, MaGIC bertindak sebagai penyambung dan juga sebagai teras ekosistem keusahawanan di Malaysia.

“Untuk menjadi seorang usahawan, anda perlu kreatif dan inovatif, bersedia mengambil risiko, tidak takut gagal, dan berpegang teguh dengan prinsip anda dalam kalangan yang lain.”

- DZULEIRA ABU BAKAR -

Sebagai CEO di MaGIC, tugas saya ialah untuk mengembangkan bakat keusahawanan buat manfaat negara dan mewujudkan saluran perantara bagi usahawan-usahawan berbakat dengan mewujudkan ekosistem yang sihat dan berkembang maju.

2. Bagaimanakah semangat keusahawanan di Malaysia ketika ini? Apakah yang boleh dilakukan untuk memupuk dan membawa ia ke peringkat seterusnya?

Menurut Indeks Inovasi Global pada tahun 2018, Malaysia berada di tangga ke 35 dengan skor 43.16, meningkat dua tangga berbanding tahun 2017. Namun begitu, kita masih kekurangan inovator, pereka dan penghasil di Malaysia. Kita memiliki banyak potensi kerana ramai anak muda kini sangat celik teknologi, kreatif dan bercita-cita tinggi.

Malangnya, apa yang sangat kurang dalam diri anak muda kita ialah: minda ingin tahu bagi mengenal pasti masalah dan bertanya kepada diri sendiri bagaimana ia boleh diselesaikan; selain sikap dan cara fikiran yang asas dalam keusahawanan seperti celik kewangan, kolaborasi rentas sempadan, menyelesaikan punca masalah sosial atau menjadi sebahagian daripada individu yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat dan mengubah industri. Di sinilah pendidikan perlu melangkaui akademik melalui ekosistem yang berkembang pesat dan sihat.

12

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

INTERAKSI

MaGIC sangat komited untuk membantu para usahawan yang berdaya saing supaya dilengkapi dengan trend teknologi yang maju dan terkini (Big Data, IoT and AI), alatan-alatan psikologi (model bisnes inovatif) dan mempelajari bagaimana untuk memanfaatkan kuasa orang ramai (dana orang ramai, pembangunan komuniti, dan sebagainya).

Kami juga memberi fokus dalam membangunkan ekosistem dan menjadikannya mudah untuk diakses oleh semua pihak berkepentingan. Sebahagian daripada asas bagi sebuah ekosistem yang berkembang maju ialah dengan mempunyai persekitaran bisnes kolaboratif yang berhubung dengan mentor industri, perusahaan dan korporat yang berkaitan; aspek lain yang penting ialah dengan menyediakan akses yang berdaya maju terhadap pembiayaan termasuklah dengan meningkatkan modal niaga, membuka peluang kepada pelabur berpotensi, memiliki akses ke pasaran dan sebagainya. Terdapat juga aspek lain seperti infrakstruktur sokongan, dasar polisi dan peraturan yang teguh, memastikan pasaran cukup kuat untuk menampung permintaan dan bekalan inovasi dapat diwujudkan secara berterusan, pendidikan dan sistem latihan, dan mewujudkan kesedaran umum dalam kalangan orang awam.

Cabaran akan datang dalam pelbagai aspek dan jika kita terus mengejar dan melangkah ke hadapan, kita akan dapati perubahan akan berlaku daripada apa yang telah kita mulakan.

3. Apakah yang MaGIC sedang lakukan bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam memacu Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0)?

IR 4.0 membawa kemunculan pelbagai teknologi baharu dan pasaran yang semakin kompetitif dan ekosistem kita perlu bersedia menghadapinya. Di MaGIC, kami yakin dengan keperluan untuk menyiapkan generasi akan datang yang terdiri daripada usahawan berdaya tahan, berkelengkapan lebih baik dan tangkas untuk menghadapi IR 4.0. Kami ingin membuka peluang kepada usahawan untuk berkembang dan bersedia menghadapi masa depan dan bersedia untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem.

Pertama sekali, kami mempunyai gerakan SPARK yang bertujuan untuk mewujudkan rakyat masa depan dengan cara mendidik mereka untuk melihat masalah sebagai solusi dan menyuntik semangat kreativiti dalam diri mereka. Kedua, kami memiliki Rangkaian Penyiaran MaGIC yang bertindak menyebarkan kandungan awam MaGIC secara digital kepada rakan kerja dan universiti yang bekerjasama. Akhir sekali, kami berhasrat untuk menubuhkan program keusahawanan yang mendalam bersama dengan universiti-universiti tempatan dan antarabangsa untuk memupuk pemikiran inovatif.

4. Bolehkah anda huraikan lebih lanjut mengenai Perusahaan Sosial (SE), apakah yang dimaksudkan dengannya dan apakah perkara terbaharu berkenaan kaedah memohon status Perusahaan Sosial dengan MaGIC?

Tidak ada definisi yang seragam bagi ‘perusahaan sosial’ di seluruh dunia. Kami mendefinisikan perusahaan sosial sebagai entiti yang mempunyai misi sosial dalam teras bagi segala perkara yang mereka lakukan dan mempunyai model bisnes untuk mencapai misi tersebut. Secara umumnya, keusahawanan sosial mempunyai tiga kriteria - hasilnya melibatkan manfaat buat sosial atau alam sekitar, kaedahnya tidak kira menjual barang atau perkhidmatan, dan pendekatan kewangan atau model bisnes yang munasabah.

Pada awal April 2019, MaGIC bersama-sama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah melancarkan garis panduan perusahaan sosial dan program akreditasi bagi menggalakkan syarikat-syarikat untuk diiktiraf sebagai perusahaan sosial melalui platform digital yang mesra pengguna. Melalui akreditasi dan tertakluk kepada pembaharuan setiap tiga tahun, syarikat perusahaan sosial akan mendapat akses kepada program perolehan kerajaan (e-perolehan) dan faedah-faedah lain.

5. Teknologi adalah pemacu utama dan agen perubahan. Bagaimanakah anda merancang untuk memanfaatkan teknologi bagi menggalakkan lebih banyak kerja keusahawanan dan mempromosikan kesaksamaan jantina dengan lebih berkesan dalam tradisi perniagaan syarikat pemula yang sering didominasi oleh kaum lelaki?

Teknologi adalah pemangkin yang boleh mengubah sepenuhnya dan menambah baik cara hidup kita. Dalam erti kata itu, teknologi membenarkan akses terhadap pelbagai peluang, tidak kira sama ada memulakan bisnes, menggerakkan program prihatin sosial, mendapat peluang untuk kembali berkerja dan sebagainya. Inovasi dan penggunaan teknologi tidak boleh dipisahkan daripada keusahawanan terutamanya dalam perjalanan membina masa hadapan.

6. Bagaimanakah pemerhatian anda terhadap pengguna teknologi di Malaysia? Adakah mereka celik teknologi dan berpengetahuan?

Dalam laporan Digital Malaysia 2019, DataReportal berkongsi bahawa daripada 32.55 juta orang di Malaysia, seramai 25.84 juta orang daripadanya adalah pengguna internet. Terdapat peningkatan sebanyak 3% berbanding laporan 2018. Ia merupakan data yang positif dan menunjukkan bahawa teknologi telah mengubah kehidupan dan mempengaruhi tugasan harian kita. Bermula daripada mencari informasi di Wikipedia secara dalam talian, melakukan urusan perbankan dengan hanya satu klik, sehinggalah melakukan pembayaran tanpa tunai.

7. Daripada perspektif sebagai salah seorang pengguna, apakah yang anda ingin lihat dalam industri internet atau mudah alih?

Pastinya kita perlukan sistem keselamatan yang lebih baik untuk melindungi data dan privasi kita, terutamanya dalam setiap urus niaga dalam talian. Pengguna akan terus menggunakan kelebihan teknologi mudah alih yang diberikan.

8. Bagaimanakah anda melihat CFM sebagai sebuah forum pengguna di Malaysia setakat ini?

Platform yang sangat baik kerana membenarkan seluruh komuniti untuk berhubung dengan lebih dekat.

9. Apakah buku yang anda sedang baca sekarang? Kenapa anda mengesyorkannya?

‘Abundance: The Future Is Better Than You Think’ oleh Peter H. Diamandis dan Steven Kotler, diterbitkan pada tahun 2012. Ia adalah buku yang sangat bagus tentang menghargai dunia yang kita diami. Ia juga menyampaikan cara fikiran yang hebat untuk menggantikan cara fikiran yang pesimis dan sentiasa rasa serba kekurangan yang biasa kita amalkan. Buku yang mesti dibaca untuk mencipta dan menghidupkan hari esok yang lebih baik.

10. Siapa atau apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi diri anda seperti hari ini?

Saya mendapat inspirasi daripada orang-orang yang saya temui setiap hari, termasuk juga daripada pencetus dan pemimpin yang telah mencipta sejarah, perintis dan lain-lain. Namun dengan rendah diri kalau boleh saya katakan, diri saya pada hari ini benar-benar datang daripada keinginan untuk menjadi versi diri saya yang lebih baik.

11. Sekiranya anda dapat bertemu dengan sesiapa sahaja di dunia sepanjang sejarah, hidup atau mati, siapakah orang itu dan mengapa?

Barack Obama. Beliau adalah sosok yang memiliki karakter yang sebenar, seorang yang memiliki visi yang realistik dan berwawasan. Seorang yang menawarkan harapan dan perubahan, tetapi juga menerima sokongan daripada hampir semua orang yang pada awalnya memikirkan ia adalah mustahil untuk memulakannya.

12. Nasihat buat semua pembaca SHOUT tentang memupuk semangat keusahawanan dan bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya?

Untuk menjadi seorang usahawan, anda perlu kreatif dan inovatif, bersedia mengambil risiko, tidak takut gagal, dan berpegang teguh dengan prinsip anda dalam kalangan yang lain. Anda juga perlu berfikiran global dalam membina penyelesaian. Penyelesaian yang bukan sahaja menyelesaikan masalah di Malaysia, tetapi juga di negara-negara jiran dan pasaran antarabangsa. Dengan itu, bisnes anda akan mempunyai tarikan dan mampu bertahan lama.

SHOUT 2019 EDISI BUMPER 13

ISU BULETIN

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG E-DOMPET DI MALAYSIA

Sebelum ini, kita melakukan transaksi pembelian di kaunter pembayaran pasar raya atau di kedai semuanya menggunakan wang tunai. Kebiasaannya kita akan memberikan sejumlah wang yang setara nilainya dengan barangan dan jika wang yang kita berikan terlebih, kita akan mendapat pulangan baki. Kaedah itu memerlukan kita membawa wang tunai yang banyak dan duit syiling yang berat untuk melakukan sebarang transaksi. Kemudian wujudnya perkhidmatan kad kredit dan kad debit yang menawarkan kemudahan yang tidak memerlukan kita membawa wang tunai tetapi kita masih tetap perlu membawa dompet.

Namun sekarang ini jika anda pergi ke mana-mana kaunter pembayaran, anda boleh melihat pelbagai penanda berwarna warni di kaunter bayaran tersebut yang menawarkan pelbagai pilihan penyedia perkhidmatan pembayaran digital untuk pengguna membayar barang dan perkhidmatan dengan cara baharu. Ada di antaranya menawarkan diskaun jika anda membeli di beberapa kedai terpilih atau menjamu selera di restoran tertentu. Ada juga yang memberi anda hadiah rebat tunai jika anda kerap menggunakannya. Semuanya mudah dan boleh membuat anda tergoda untuk memasuki mana-mana kedai dengan hanya membawa telefon pintar tanpa perlu membawa dompet mahupun kad kredit atau debit. Selamat datang ke revolusi e-Dompet (atau lebih dikenali dengan terma e-Wallet).

Apakah sebenarnya e-Dompet?

Untuk yang belum tahu, e-Dompet ialah kata singkatan bagi terma dompet elektronik. Terma dompet mudah alih atau dompet digital juga memberi maksud yang sama. e-Dompet secara asasnya ialah penyedia perkhidmatan yang beroperasi melalui aplikasi di telefon pintar yang dapat membantu untuk mengetahui instrumen pembayaran anda di samping memberikan insentif lain seperti mata ganjaran, diskaun, faedah rebat dan kelebihan lain supaya anda terus setia menggunakannya.

Di Malaysia, industri e-Dompet boleh dikatakan masih baharu tetapi menunjukkan perkembangan yang pesat dengan hadirnya berpuluh penyedia perkhidmatan e-Dompet yang bersaing di pasaran. Sesetengah e-Dompet membantu untuk mengurus instrumen pembayaran anda seperti kad kredit dan kad debit tetapi tidak menyimpan nilai kewangan.

Contohnya seperti Samsung Pay yang membenarkan anda untuk menggunakan kad kredit dan debit melalui telefon pintar tanpa perlu membawa kad fizikal tetapi ia tidak menyediakan sebarang instrumen pembayarannya sendiri. Sebagai alternatif, kita ada contoh seperti Touch ‘n Go eWallet yang membolehkan anda menyimpan sejumlah nilai dalam Ringgit yang anda boleh gunakan untuk membeli dan membayar tambang tol di lebuh raya dan LRT. Contoh kedua ini ialah e-Dompet yang boleh menyimpan dan membenarkan transaksi dalam bentuk wang elektronik (e-wang).

Perbezaan utama di sini ialah walaupun ada pelbagai perkhidmatan e-Dompet di pasaran, tidak semua e-Dompet boleh menyimpan dan menggunakan e-wang yang mempunyai instrumen pembayaran berlesen di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia. Dalam kes e-Dompet yang tidak menyepadukan mekanisme e-wang, mereka kebiasaannya menumpang sistem pembayaran bank yang sedia ada.

Menurut Bank Negara Malaysia, e-wang ditakrifkan sebagai -

WANG ELEKTRONIK (E-WANG) ADALAH INSTRUMEN PEMBAYARAN YANG MENGANDUNGI NILAI KEWANGAN YANG DIBAYAR TERLEBIH DAHULU OLEH PENGGUNA KEPADA PENGUSAHA E-WANG. PENGGUNA E-WANG BOLEH MELAKUKAN PEMBAYARAN BAGI PEMBELIAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KEPADA PENIAGA YANG MENERIMA E-WANG SEBAGAI PEMBAYARAN.

Termasuk Touch ‘n Go yang telah disebutkan di atas, kini terdapat sejumlah 46 pengusaha e-wang yang telah diberi lesen di Malaysia bagi tahun 2019 dan senarainya boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=ps&pg=ps_regulatees

Kelemahan e-Dompet

Malangnya, ada beberapa kelemahan dalam penggunaan e-Dompet. Semakin banyak pengusaha e-Dompet di pasaran bermakna semakin banyak aplikasi yang anda perlu gunakan untuk membeli-belah atau menguruskan transaksi perniagaan yang lain. Hal ini berlaku kerana tiada satu e-Dompet yang dominan di Malaysia untuk menyelia semua kemahuan dan tempat membeli-belah pilihan anda. Malahan tiada satu peniaga yang menerima satu atau mungkin semua jenis e-Dompet yang anda gunakan.

Satu lagi keterbatasan bagi kebanyakan e-Dompet ialah mereka mungkin tidak mampu untuk memindahkan nilai di antara satu sama lain bagi urus niaga peribadi. Jika anda menggunakan satu jenis e-Dompet dan rakan niaga anda menggunakan jenis e-Dompet yang lain, kemungkinan anda tidak boleh memindahkan wang dalam apa cara sekalipun antara satu sama lain. Ia juga boleh berlaku sebaliknya. Anda mungkin perlu tambah nilai di dalam e-Dompet secara manual atau melalui kad kredit namun caranya sangat terhad untuk mengeluarkan apa sahaja nilai yang anda telah masukkan di e-Dompet.

Memiliki pelbagai aplikasi e-Dompet juga memakan banyak ruang simpanan berharga di telefon pintar anda. Anda juga terpaksa menyimpan beberapa kata laluan pada e-Dompet berbeza dan memilikinya juga menambah satu lagi kerja untuk menyelia setiap satu. Lebih teruk lagi jika anda terlupa untuk membawa telefon pintar atau kehilangannya, anda tidak dapat mengakses ke semua e-Dompet anda buat sementara waktu dan mungkin akan menyulitkan anda jika anda tidak membawa wang tunai yang mencukupi dan anda juga terlupa untuk membawa kad kredit.

PAY

Mengapa perlu guna e-Dompet?

E-Dompet menawarkan beberapa faedah. Dengan menggunakan e-Dompet untuk membayar barangan atau perkhidmatan, ia menjadikan prosesnya lebih mudah lebih-lebih lagi ketika anda sedang ingin cepat seperti ingin membayar bayaran parkir ketika keluar dari tempat letak kereta atau ingin membeli barang rumah di kaunter pembayaran tanpa perlu menerima wang baki. Pengguna juga boleh mendapat ganjaran atau diskaun untuk perkhidmatan terpilih terutamanya apabila anda kerap ke tempat tertentu seperti restoran kegemaran anda. Dengan itu, anda boleh mendapatkan diskaun tambahan dan pelbagai faedah lain. Ia bergantung kepada e-Dompet yang mana anda gunakan.

Mengguna pakai e-Dompet juga menjadikan dompet fizikal anda lebih nipis di samping memiliki peluang faedah untuk mendapatkan semula nilai wang tersimpan di e-Dompet anda jika berlaku kehilangan telefon pintar. Boleh jadi pengguna yang cuai boleh kehilangan wang atau tertipu dengan kandungan e-Dompet yang mereka gunakan. Namun itu lebih baik daripada membawa mata wang fizikal ke mana-mana. Jika wang hilang, anda tidak boleh mendapatkannya semula. Tahap kemudahan ini memberi kebebasan dan menjadikan pembayaran barangan lebih mudah.

Masa depan e-Dompet di Malaysia

Kita dapat melihat masa depan yang cerah bagi e-Dompet di Malaysia namun apa yang membuatkan ia lebih menarik ialah Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (Interoperable Credit Transfer Framework, ICTF) yang bertujuan untuk membolehkan bilangan e-Dompet yang berbeza di Malaysia berkongsi satu rangkaian pembayaran dengan kod QR yang akan membolehkan pembayaran di luar ekosistem sesuatu e-Dompet kepada pengguna dan peniaga lain. Ia bermakna e-Dompet A boleh memindahkan wang ke e-Dompet B melalui kod QR yang serasi dan ia juga boleh dilakukan kepada peniaga lain. Dengan kadar penggunaan telefon pintar yang tinggi di Malaysia, kelaziman dan penyeragaman standard sistem pembayaran akan menjadikan e-Dompet kekal relevan dan ia hanya menunggu masa untuk menjadi sebahagian daripada cara hidup kita.

14 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

ISU BULETIN

KEBANGKITAN PENGIKLANAN BERSASAR - BAIK ATAU BURUK?

Jika anda seorang pengguna tegar media sosial tidak kira sama ada Facebook, Instagram atau sejenis dengannya, atau mungkin anda pernah membuat belian secara dalam talian dan menggunakan laman web untuk tujuan tertentu, kemungkinan anda pernah melalui saat-saat menyeramkan bila mana perkara yang anda sedang cari di dalam talian melalui ruang carian tiba-tiba muncul di paparan skrin anda dalam bentuk pengiklanan. Ia boleh muncul dalam bentuk iklan pop-up atau berada di sudut paparan media sosial anda sebagai iklan yang ditaja. Inilah yang dinamakan pengiklanan bersasar.

Sewaktu zaman media cetak dan sebelum kemajuan jalur lebar dan internet tersebar luas, pengiklanan selalunya dapat dilihat melalui media cetak, papan iklan di lebuh raya, radio dan iklan televisyen. Seakan seperti sebuah ‘pengeboman’ berskala besar, iklan tersebut sangat tidak terarah dan pengiklan tidak begitu pasti sama ada iklan tersebut mencapai kumpulan sasaran yang mereka mahukan. Ada beberapa langkah kawalan yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya dengan menjalankan kaji selidik dan mengambil tahu apakah kecenderungan demografi terhadap sesuatu platform. Contohnya mengetahui bahawa kanak-kanak menonton televisyen pada pagi Sabtu apabila mereka tidak bersekolah, pengiklan mungkin boleh menayangkan segala iklan permainan kanak-kanak di pertengahan tayangan kartun. Namun secara keseluruhannya, pendekatan iklan tradisional masih tidak begitu jelas sasarannya.

Kebangkitan Internet dan kesalinghubungan yang mampu milik menjadikan lebih ramai orang berhubung secara dalam talian berbanding sebelum ini dan ia telah menjadi lubuk kepada segala informasi. Setiap laman web yang anda layari secara dalam talian, apa sahaja informasi yang anda cari walaupun ringkas, dan setiap yang anda taip walaupun ia hanyalah perbualan peribadi tertutup di media sosial sebenarnya meninggalkan jejak digital. Jejak digital ini membantu pengiklan untuk mensasarkan pengiklanan mereka kepada orang yang paling tepat. Sebab itulah bila anda sedang mencari barangan tempat tidur, tiba-tiba anda melihat tawaran jualan tilam terselit dalam kandungan media sosial anda. Ia bukan sihir, tetapi itulah pengiklanan bersasar kepada individu.

Beberapa firma termasuklah sebahagian enjin carian terbesar di dunia mengumpulkan semua jenis maklumat dalam talian. Organisasi-organisasi ini mengumpul data tersebut dan menggunakan algoritma kecerdasan buatan untuk memproses dan meramal tingkah laku kita berdasarkan tindakan yang kita lakukan di dalam talian sebelumnya. Kemudian, maklumat itu digunakan untuk memaparkan iklan yang paling memberi kesan kepada kita. Analisa seperti ini juga digunakan di laman penstriman untuk mencadangkan video yang boleh ditonton seterusnya berdasarkan kandungan dan genre terkini yang kita saksikan.

Bagi pengiklan, ini adalah faedah yang penting kepada mereka kerana ia menawarkan pulangan pelaburan yang lebih tinggi dan mampu mengurangkan pembaziran terhadap kos pengiklanan. Ia juga membantu mensasarkan pelanggan yang paling tepat yang berkeinginan melihat iklan tersebut dan mungkin berminat terhadap tawaran yang diberikan. Pada sisi lain, pelanggan juga akan mendapat pengalaman iklan yang lebih peribadi walaupun terpaksa mengorbankan lebih data internet dengan kemunculan iklan tersebut di paparan telefon pintar dan komputer riba mereka. Namun malangnya, pengiklanan bersasar buat masa ini akan terus berlegar di laman media sosial anda.

Walau bagaimanapun, ada caranya untuk anda kekal terlindung dari iklan-iklan ini. Berikut adalah beberapa langkah dan walaupun setiap satunya menangani pengiklanan bersasar dengan cara masing-masing, ia berkerja dengan lebih baik apabila digunakan bersamasama dengan satu sama lain.

1

2

3

4

Cari pilihan untuk Pilih Keluar di Enjin Carian dan Media Sosial

Enjin carian dan media sosial datang dengan pilihan yang membolehkan anda untuk memilih keluar daripada pengiklanan bersasar dan enjin carian secara khusus juga memiliki tetapan yang memberitahu laman web untuk ‘tidak menjejaki’ anda. Kawalan ini biasanya ada di dalam tetapan setiap pelayar dan setelah anda mengaktifkan pilihan ini, anda akan mendapat iklan yang kurang bersifat peribadi berdasarkan tingkah laku anda di dalam talian.

Tambah Penghalang Iklan di Pelayar Anda

Sesetengah pelayar seperti Chrome membenarkan tetapan dan ciri tambahan yang boleh dimuat turun dan ditambah pada pelayar untuk membenarkan fungsi tambahan. Jika anda menggunakan Chrome, anda boleh cari penghalang iklan (ad blocker) yang boleh menyekat iklan daripada muncul di telefon dan komputer riba anda. Anda juga boleh menetapkan seberapa agresif anda mahu penghalang iklan anda berkerja.

Gunakan VPN

Banyak pengiklanan dalam talian disasar berdasarkan lokasi geografi dan tingkah laku anda melayari internet. Dengan menggunakan Rangkaian Persendirian Maya atau VPN, anda boleh menghantar trafik Internet anda ke pelayan (server) di negara lain supaya pengiklan tidak tahu di mana dan siapa anda. Kebanyakan VPN tidak percuma namun ada beberapa VPN yang percuma walaupun ia hanya membenarkan beberapa lokasi yang terhad untuk anda memilih servis VPN dan kebanyakannya dari negara-negara barat.

Gunakan mod Inkognito pada Pelayar anda

Hampir semua pelayar web mempunyai pilihan mod Inkognito yang berfungsi membuka tetingkap pelayar dengan ikon khas dan beberapa ciri unik yang membantu untuk membolehkan anda tidak dijejak di dalam talian. Melayari Internet melalui mod Inkognito bermakna pelayar web anda akan mengabaikan kebanyakan kuki penjejak (cookies tracking) yang cuba bertindak untuk memahami tingkah laku anda. Selepas anda selesai melayari internet dan menutup tetingkap anda, pelayar tidak akan merakam apa dan di mana anda melayari internet. Sebahagian kuki sebenarnya diperlukan, seperti ketika anda ingin memasukkan barangan dalam talian yang anda ingin beli ke dalam senarai beli-belah. Mod Inkognito tidaklah seratus peratus menjadikan anda tidak dikenali – penyedia perkhidmatan internet anda masih boleh menjejak alamat IP yang anda lawati. Mod Inkognito tidak bermaksud yang anda sepenuhnya hilang dari radar pengiklan – anda masih akan mendapat paparan iklan sekali sekala cuma ia tidak disasarkan terus kepada anda - tetapi dalam beberapa cara kaedah ini boleh menangani gangguan yang sering kita hadapi ketika melayari Internet.

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

15

ZON APP

APLIKASI E-PEMBAYARAN YANG TERKENAL DI MALAYSIA

Sesuatu yang amat mengujakan di Malaysia pada waktu ini ialah apabila kita dapat mengalami sendiri penerimaan yang semakin meningkat terhadap pambayaran elektronik (e-pembayaran) tanpa tunai. Ia telah menjadi pengganti instrumen pembayaran tradisional dengan pelbagai platform untuk dipilih. Pastinya ada pengguna yang keliru untuk memilih di antara pelbagai e-pembayaran yang ada di Malaysia. Ada di antaranya memberikan tawaran menarik dengan rebat tunai, bonus tambahan dan macam-macam lagi.

Walaupun terdapat pelbagai pilihan tersedia, tidak semuanya diterima secara universal oleh semua peniaga. Namun ia berbalik kepada pengguna untuk menyelesaikan urusan dan memilih platform yang paling tepat mengikut keperluan masing-masing atau bergantung pada kedai atau servis yang kerap digunakan. Walaupun ketika artikel ini ditulis, tidak ada satu platform e-pembayaran yang betul-betul diterima secara universal di seluruh dunia, berikut adalah beberapa pilihan yang terkenal di Malaysia.

BOOSTTOUCH ‘N GO EWALLET

GRAB

Aplikasi Boost adalah e-Dompet yang boleh anda gunakan untuk membayar kepada pelbagai peniaga di seluruh Malaysia yang kebanyakannya telah mewujudkan e-pembayaran sebagai pengganti menggunakan wang tunai. Bukan sahaja anda boleh membayar barangan di pelbagai kedai menggunakan Boost, anda juga boleh mendapatkan akses kepada pelbagai baucar yang boleh anda gunakan dan juga berkongsi dengan bukan pengguna Boost. Anda juga boleh menghantar kepada atau meminta wang daripada orang lain. Bahagian yang paling menarik? Aplikasi ini merupakan jalan yang paling mudah untuk anda membahagikan bil dengan rakan-rakan anda!

Aplikasi yang semakin popular ini membenarkan anda untuk menambah nilai dan membayar tol dengan hanya menggunakan telefon. Anda juga boleh membeli barangan dari kedai-kedai yang semakin bertambah bilangan pilihannya. Anda juga boleh menempah tiket wayang, membayar tiket penerbangan dan banyak lagi. Menambah nilai menggunakan aplikasi e-Dompet Touch ‘n Go sangatlah mudah kerana anda boleh menghubungkannya ke akaun bank anda supaya ia boleh menambah semula nilai e-Dompet anda secara automatik jika ia berkurangan. Apa yang menarik lagi ialah anda boleh membayar akaun prabayar terus melalui telefon pintar anda. Namun, Touch ‘n Go eWallet tidak mengintegrasikan dengan kad fizikal Touch ‘n Go yang anda miliki. Buat masa ini e-Dompet anda tidak boleh bertukar nilai dengan kad-kad anda. Antara kekurangan yang lain ialah anda tidak boleh menggunakannya di setiap palang tol dan perhentian LRT, ia hanya boleh digunakan di tempat-tempat di sekitar Lembah Klang yang terpilih sahaja.

Aplikasi e-pengangkutan yang sentiasa ada di mana-mana ini telah berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan berjaya merangkumkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu payung perniagaan mereka. Di samping berfungsi untuk membantu anda mendapatkan kenderaan untuk ke destinasi yang anda inginkan, aplikasi Grab kini boleh menghantar makanan ke pejabat atau rumah anda melalui GrabFood, menghantar bungkusan melalui GrabExpress, menghantar barang dapur dari kedai ke pintu rumah anda melalui GrabFresh, dan yang paling penting sekali, anda boleh membayar pelbagai jenis servis dengan hanya menekan beberapa butang melalui GrabPay.

FAVEMAYBANK2U MY

Aplikasi Fave membolehkan anda mendapatkan tawaran diskaun di pelbagai jenis kedai untuk semua jenis perkara. Ada diskaun untuk aktiviti menarik, tempat makan, tiket kapal terbang dan banyak lagi. Melalui aplikasi Fave, anda boleh membayar bil dengan cepat dan mudah. Anda juga boleh mendapatkan rebat tunai sehingga 30%. Lebih seronok lagi, anda boleh menghantar hadiah dalam bentuk baucar perkhidmatan di bawah payung aplikasi Fave kepada kawan-kawan dan ahli keluarga sekaligus dapat membuatkan mereka berasa lebih istimewa.

Aplikasi Maybank2u MY yang telah dinaik taraf sangat mudah untuk digunakan. Di samping keupayaan utamanya untuk mengurus kewangan anda dengan bank, aplikasi Maybank2u MY juga dilengkapi dengan ciri QRPay yang membolehkan anda mengimbas kod QR untuk membuat pemindahan wang dan membuat pembayaran dengan cepat. Antara ciri lain yang berguna pada aplikasi ini ialah My Absolute e-Wallet yang membolehkan anda membayar dan membahagikan bil dengan mudah. Anda juga boleh menghantar dan menerima wang pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

16 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

ZON APP

KUASAI BAHASA BAHARU DENGAN APLIKASI PEMBELAJARAN BAHASA YANG MENARIK

Mempelajari bahasa baharu boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan kerana ia membantu mengembangkan sudut pandang kita melalui pelbagai cara. Selain memperoleh cara pemikiran dan pemahaman yang baharu, anda juga dapat menemui dan mempelajari budaya baharu. Mempelajari bahasa baharu juga membantu meningkatkan potensi diri dan membuka kepada banyak peluang kerjaya!

Berikut adalah beberapa aplikasi pembelajaran bahasa yang diiktiraf dan meliputi pilihan bahasa yang paling banyak digunakan - semua aplikasi ini sesuai untuk semua tahap kemahiran dan keperluan serta sesuai untuk mereka yang mencari kaedah pembelajaran yang berbeza-beza.

Mempelajari bahasa baru di Duolingo adalah sangat santai di mana anda boleh memulakan dan menghentikan pelajaran mengikut kesesuaian jadual masa harian anda dengan mudah. Fokus utama aplikasi ini ialah untuk membantu penutur bukan natif yang sedang mencari cara untuk bercakap dengan lancar bagi pilihan bahasa yang diberikan.

Aplikasi ini sendiri membenarkan anda untuk mempelajari kebanyakan bahasa utama termasuklah Bahasa Inggeris, Jepun, Mandarin, Korea, Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, Portugis, Belanda, dan Rusia. Sekiranya anda inginkan cabaran, anda boleh cuba untuk memilih bahasa Esperanto, Poland, dan juga bahasa Turki.

DUOLINGO: LEARN LANGUAGES FOR FREE

Apa yang membuatkan Duolingo menarik dan berkesan ialah ia memudahkan proses pembelajaran bahasa baharu itu sendiri. Pelajaran direka dalam bentuk siri permainan mini yang membolehkan anda berseronok di samping meningkatkan pemahaman perbendaharaan kata dan tatabahasa bagi bahasa yang ingin dipelajari. Duolingo menyediakan anda frasa dan kata kerja yang mudah sebagai permulaan kemudian tahapnya meningkat dengan tambahan struktur ayat dan anda akan mula diperkenalkan dengan perkataan baru setiap hari. Namun yang kurang menyenangkan ialah ada beberapa sekatan yang memerlukan anda untuk membayar sejumlah bayaran untuk mencapai tahap seterusnya. Pengguna-pengguna tegar akan mendapati harga yang ditawarkan agak berbaloi bagi mereka untuk menguasai bahasa baharu yang diingini.

Aplikasi ini mungkin kelihatan seperti aplikasi pembelajaran yang biasa namun sebaliknya aplikasi LingoDeer ini menawarkan kandungan yang komprehensif. Pendekatan uniknya dalam mengajar bahasa baharu mungkin lebih menarik minat pelajar yang gemar pada pembelajaran tradisional. Ia berdasarkan kenyataan bahawa kurikulum dan kaedah pembelajaran LingoDeer direka oleh pengeluar buku teks bahasa profesional. Jadi anda boleh menjangkakan gaya dan kaedah yang berstruktur dalam mempelajari bahasa baharu melalui aplikasi ini.

LINGODEER: LEARN KOREAN, JAPANESE, CHINESE & MORE

Program pembelajaran LingoDeer sangat mantap dan anda boleh menjangkakan ia meliputi semua asas dalam bahasa pilihan anda seperti abjad, kosa kata, tatabahasa, frasa dan sebutan. Kemudian anda akan dibawa ke tahap yang lebih tinggi seperti tahap kemahiran bahasa yang lebih progresif dan tahap penutur natif. Ia amat berguna bagi bahasa yang mempunyai sistem abjad tersendiri yang unik seperti bahasa Korea, Jepun, dan Vietnam. Antara nilai tambah bagi aplikasi ini ialah ia menyertakan rakaman audio kandungan yang ditutur oleh penutur natif supaya anda boleh mendengar dan mempelajari bagaimana untuk mengucapkannya. Aplikasi ini juga mengandungi nota tatabahasa yang sangat terperinci untuk menerangkan mekanisme sebenar mengenai bagaimana bahasa tertentu berfungsi.

Satu-satunya kelemahan aplikasi ini ialah hanya terdapat beberapa bahasa sahaja yang tersedia buat masa ini walaupun ia adalah antara bahasa-bahasa yang penting. Anda boleh belajar bahasa Jepun, Korea, Mandarin Cina, Sepanyol, Perancis, Jerman, Portugis, Vietnam, dan pastinya Bahasa Inggeris. Aplikasi ini juga berfungsi dalam mod luar talian bermakna anda boleh belajar sewaktu berada di atas jalan atau di tempat yang tidak mempunyai sambungan internet seperti di dalam kapal terbang. Pelajaran asasnya adalah percuma dan yuran langganan akan dikenakan jika anda mengakses ke tahap pelajaran yang lebih tinggi.

HelloTalk mungkin memberikan pendekatan yang terbaik dan unik untuk mempelajari bahasa. Daripada perlu melalui siri permainan, kad imbas, ujian dan sebagainya, HelloTalk pergi lebih jauh dari itu dengan menawarkan anda untuk dihubungkan dengan penutur natif sebenar yang berminat untuk mempelajari bahasa yang anda fasih. Pada asasnya, aplikasi ini menghubungkan dua pelajar bahasa untuk belajar bersama bahasa masing-masing. Tiada kerja rumah yang perlu disiapkan sebaliknya anda akan berkembang secara sendiri dan menghargai keupayaan untuk berlatih dan belajar bahasa terus daripada penutur natif dan bukan daripada buku teks. Hampir semua pilihan bahasa disediakan di HelloTalk.

HELLOTALK: CHAT, SPEAK & LEARN FOREIGN LANGUAGES

Paparan antara mukanya kelihatan dan terasa seperti aplikasi media sosial dan ini menjadikan ia agak mudah untuk dinavigasi serta mudah untuk diteroka. Interaksinya terdiri daripada perbualan dalam bentuk suara dan teks. Ada kemungkinan terdapat banyak kesilapan sewaktu beberapa sesi awal pembelajaran. Bagi mengatasi masalah tersebut, HelloTalk telah mencipta alat pembetulan masa-nyata di dalam aplikasi bagi membantu memperbetul kesilapan tatabahasa, sebutan dan teks bertulis di pihak sebelah.

Panduan bagi mendapatkan pengalaman terbaik dalam menggunakan HelloTalk ialah anda perlu mencari rakan pertukaran bahasa yang sesuai bagi bahasa yang anda ingin pelajari dan pastikan rakan bahasa anda juga mahu belajar sesuatu daripada anda. Ia memerlukan sedikit kesabaran namun bila anda mendapat rakan bahasa yang sudi bekerjasama, ia akan menjadi sesi yang menyeronokkan untuk mempelajari aspek praktikal sesebuah bahasa itu. Satu-satunya kelemahan yang ada ialah aplikasi ini mungkin lebih sesuai untuk pengguna berkemahiran sederhana yang mencari latihan secara praktikal. Hal ini kerana beberapa tahap tatabahasa asas bagi bahasa yang anda ingin pelajari diperlukan untuk memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik.

TRIPLINGO

Seperti kebanyakan kita di luar sana, anda mungkin perlu melakukan perjalanan ke luar negara tetapi anda tidak mempunyai masa untuk memahami budaya setempat atau dalam hal ini ialah bahasa dan dialek tempatan yang mungkin boleh membawa anda kepada banyak masalah. Daripada anda perlu melalui pelajaran yang penuh dengan bacaan, tulisan dan pemahaman dalam bahasa tertentu, TripLingo mempunyai tumpuan yang lebih jelas dengan menyediakan tahap bahasa asas yang mudah untuk berkomunikasi. Antaranya ialah frasa umum dan slanga setempat untuk perkara-perkara penting seperti mencari dan memesan makanan, membeli-belah, menjelajah ke beberapa tempat dan sebagainya. Ia disusun mengikut kategori disertai buku panduan ringkas mengenai norma-norma budaya tempatan untuk mengelakkan anda melakukan kesilapan dalam tingkah laku atau kata-kata yang tidak sopan. Aspek yang paling menarik berkenaan aplikasi ini ialah anda boleh menetapkan tahap apabila menterjemahkan frasa, jadi anda boleh mengubah di antara pilihan formal, tidak formal, atau bahasa setempat bergantung kepada seberapa mesra anda mahu beramah dengan penduduk tempatan.

Sekiranya anda tidak dapat mencari frasa tertentu, anda boleh menggunakan pilihan yang serupa seperti Google Translate yang boleh membantu sedikit sebanyak. Jika anda ingin memilih untuk pilihan premium, anda boleh mendapatkan penterjemah sebenar untuk membantu anda. Dari perspektif pendidikan, TripLingo mungkin tidak sesuai kerana ia lebih menekankan bimbingan dan membantu anda mempelajari bahasa dari sudut praktikal yang hanya cukup untuk bertahan dan hidup di negara orang, dan bukan bertujuan mencari pelajar untuk yang benar-benar ingin belajar bahasa. Aplikasi ini memang ada pelbagai kuiz asas dan panduan audio walaupun mungkin bahagian terbaik dan frasa-frasa terpenting tersembunyi di sebalik pembayaran yang perlu dilakukan. Kesimpulannya, ia tetap merupakan aplikasi yang berbaloi untuk dijadikan sebagai pilihan kedua di telefon anda atau jika anda hanya mahu memahami perkara asas mengenai bahasa yang anda inginkan.

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

17

MOBILITI

CARA MELINDUNGI DATA PERIBADI DAN PRIVASI ANDA DI DALAM TALIAN

Beberapa tahun kebelakangan ini telah berlaku banyak pencerobohan data dalam talian dan antara yang kerap berlaku ialah kecurian identiti, serangan pencurian data, pencerobohan kad SIM, dan banyak lagi tindakan jahat yang sering berakhir dengan keadaan mangsa kehilangan wang, maruah, dan lebih teruk lagi ialah identiti mereka dicuri. Ia telah menyebabkan mangsa terhalang untuk melakukan sebarang perkhidmatan sah seperti langganan telefon, perkhidmatan perbankan dan lain-lain. Semua masalah ini terjadi kerana realitinya ramai yang tidak mengambil serius mengenai privasi mereka di dalam talian.

Ramai orang terlepas pandang berkenaan seberapa banyak aktiviti peribadi mereka yang telah didedahkan di dunia maya. Sekiranya anda melayari laman web, setiap pertanyaan yang anda taip, setiap laman yang anda cari dan semua yang anda lakukan di internet secara umumnya terdedah kepada pemerhatian oleh penyedia perkhidmatan internet anda dan laman carian yang anda gunakan.

Soalan-soalan tidak berbahaya dan perkaraperkara kecil yang ditinggalkan pengguna di

media sosial dan di lokasi dalam talian yang lain hakikatnya membuka ruang dan memberi gambaran kepada penyerang yang nekad untuk mengambil kesempatan terhadap anda. Fakta ringkas yang kelihatan tidak berbahaya seperti soalan siapa nama ibu anda, di mana tempat belajar pertama anda, bahkan nama haiwan peliharaan anda semuanya boleh digunakan oleh penyerang untuk membuat cubaan daya kasar bagi mendapatkan kata laluan akaun e-mel utama, akaun perbankan, dan akaun media sosial anda. Setiap kepingan kecil informasi seperti penandaan lokasi pada gambar dan kawasan yang anda duduki di media sosial turut membantu mengisi ruang kosong buat pencuri identiti untuk mengetahui kedudukan dan tabiat anda bagi tujuan peniruan identiti.

Walaupun anda mungkin cukup berhati-hati, pencerobohan data boleh berlaku dari sisi lain. Contohnya, pencerobohan data berlaku kepada orang yang bertanggungjawab menyimpan maklumat anda. Ia boleh mengakibatkan data simpanan dijual ataupun dibocorkan di internet. Aktiviti melayari internet juga mempunyai potensi bahayanya yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila anda menggunakan sambungan WiFi awam.

Penyerang dapat memintas komunikasi dan memerhati apa yang anda taip, tonton, dan muat turun.

Sebaik sahaja penggodam berjaya mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang anda, mereka boleh mencuba untuk menceroboh masuk ke dalam e-mel peribadi, akaun bank dan media sosial anda. Mereka juga boleh mencuba untuk membuat pendaftaran langganan telefon yang palsu atau perkhidmatan lain seperti akaun pascabayar atau kad kredit menggunakan nama anda kemudian meninggalkan anda dengan bil yang sangat tinggi. Anda juga boleh disenarai hitam atau dimasukkan dalam senarai CTOS disebabkan perkara yang anda tidak beli atau lakukan.

Semua ini bermakna setiap netizen perlu benarbenar berwaspada terhadap apa jua maklumat yang mereka tinggalkan di dalam talian, bagaimana dan apa yang mereka lakukan di dalam talian dan bagaimana mereka mendapatkan akses Internet. Sebagai permulaan, berikut adalah langkah-langkah penting untuk anda melindungi privasi dan maklumat peribadi anda di dalam talian.

18 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

MOBILITI

CARA MELINDUNGI DATA PERIBADI DAN PRIVASI ANDA DI DALAM TALIAN

1 DAPATKAN RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (VIRTUAL PRIVATE NETWORK, VPN)

Rangkaian Persendirian Maya atau VPN adalah perisian yang mampu menyulitkan data yang anda hantar dan terima secara dalam talian di samping menyembunyikan alamat IP sebenar anda. Data dalam talian secara asalnya tidak disulitkan, jadi VPN berfungsi untuk menyukarkan penyerang dalam talian di samping menjadikan aktiviti komunikasi anda lebih privasi dan selamat.

VPN melakukannya dengan cara menyalurkan data ke saluran yang selamat secara sendiri dan mengelirukan IP anda supaya kelihatan seperti anda sedang log masuk dari tempat lain. Walaupun ia baik dan bagus, ia hanya melindungi satu daripada banyak peluang serangan oleh penceroboh dan ia perlu digabungkan dengan langkah-langkah keselamatan yang lain seperti yang disenaraikan di sini iaitu sistem keselamatan tembok api (firewall) dan perisian antivirus yang mantap. Ada pelbagai pilihan VPN yang wujud dan sesetengahnya ditawarkan secara percuma jika perkhidmatannya digunakan secara terhad. Manakala yang lain memerlukan bayaran langganan namun dengan pilihan yang lebih besar.

2 DAPATKAN PERISIAN ANTIVIRUS

Jika privasi anda pada peranti terganggu dengan virus jahat atau perisian hasad lain yang membuatkan peranti anda tidak boleh berfungsi dengan baik - sama ada pada komputer atau peranti mudah alih, penyerang boleh memintas apa sahaja yang anda lakukan tidak kira betapa kuatnya langkah keselamatan anda yang lain. Melaburlah pada perisian antivirus dan sistem keselamatan tembok api yang baik untuk menghalang serangan perisian hasad pada peranti-peranti anda dan juga sebagai sebahagian solusi berlapis untuk melindungi privasi anda.

Sememangnya ia juga berkaitan dengan kesedaran yang betul terhadap apa yang anda muat turun dan apa yang anda layari di dalam talian. Selain itu, adalah menjadi kepentingan buat anda untuk menggunakan perisian yang sah dan bukan yang cetak rompak kerana ia mungkin boleh menjadi ‘sarang’ Trojan Horse yang sarat dengan perisian hasad yang boleh melemahkan dan menjadikan keupayaan pelindung bagi perisian antivirus tidak mencapai tujuanya. Perisian antivirus yang cekap juga boleh membantu memastikan virus yang lebih berbahaya seperti perisian tebusan (ransomware) dan seumpamanya tidak menjejaskan komputer anda secara berulang dan merosakkkan semua data anda.

3 BERHATI-HATI DENGAN APA YANG ANDA KONGSI DI MEDIA SOSIAL DAN INTERNET

Media sosial seperti yang kita lihat sebenarnya bukanlah ruang awam untuk kita menyatakan pendapat atau berkongsi keberadaan atau minat kita secara total. Memang kita tahu media sosial telah menjadi salah satu cara paling efektif untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan dan keluarga tetapi apa yang anda hantar, tulis, komen, dan apa sahaja yang anda kongsi secara dalam talian hakikatnya tidak dianggap sebagai satu privasi walau dengan apa perkataan sekalipun.

Walaupun anda cukup berhati-hati, penggodam-penggodam sering dapat meniru akaun, mencuri gambar anda atau rakan anda yang boleh didapati secara awam untuk meniru akaun anda yang sah dan kemudian mendapatkan lebih banyak data untuk langkah pencerobohan seterusnya. Mereka juga boleh memintas tetapan limitasi ‘rakan-rakan sahaja’ yang digunakan kebanyakan pengguna media sosial untuk mencipta akaun palsu. Sebaik sahaja mereka berjaya mencuri identiti anda, banyak lagi perkara buruk bakal berlarutan.

Berhati-hati dengan apa sahaja maklumat dan maklumat peribadi yang anda letakkan di profil media sosial Walaupun mungkin anda bukan sasarannya, penggodam boleh mengambil sebahagian maklumat peribadi bahkan gambar anda untuk menyerang mangsa lain dengan apa yang telah mereka dapatkan daripada anda seperti nama pertama ibu anda, sekolah pertama anda, nama haiwan peliharaan anda, di mana anda bekerja dan banyak lagi. Elakkan daripada mengisi semua bidang di akaun media sosial anda seperti di mana anda tinggal, pekerjaan anda, nombor telefon, dan sebagainya untuk mengurangkan informasi yang anda berikan secara dalam talian. Anda juga mungkin perlu berhati-hati dan sentiasa menyemak tetapan privasi di semua laman media sosial anda supaya dapat mengehadkan apa yang anda kongsi kepada orang lain.

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

19

MOBILITI

CARA MELINDUNGI DATA PERIBADI DAN PRIVASI ANDA DI DALAM TALIAN

4 GUNAKAN KATA LALUAN YANG LEBIH KUAT DAN BERBEZA BAGI SETIAP AKAUN DALAM TALIAN

Akaun perbankan, e-mel dan media sosial anda semuanya bergantung kepada dua perkara – nama pengguna dan kata laluan. Malangnya, ia bukan sesuatu yang rumit buat penggodam yang nekad untuk meneka satu atau yang lain kerana ramai pengguna sering mencipta kata laluan berdasarkan sebahagian daripada maklumat peribadi yang senang mereka ingat. Butiran yang boleh dikumpulkan oleh penggodam di media sosial semuanya boleh digunakan untuk meneka kata laluan anda seperti nama, umur, tarikh lahir, nombor telefon, dan butiran peribadi ibu bapa dan pasangan.

Pengguna juga sering mencipta kata laluan berdasarkan apa yang mereka mudah ingat dan sering diuji oleh penggodam. Antara yang sering digunakan seperti “0000”, “password”, “qwertyuiop” malahan nombor di papan kekunci “01234567890” semuanya terdedah kepada cubaan pencerobohan. Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, kata laluan yang kukuh perlulah unik dan bukan sesuatu yang boleh diteka oleh seseorang walaupun mereka memiliki maklumat peribadi anda.

Ia bermakna anda perlu mencipta kata laluan yang melibatkan gabungan nombor, simbol, huruf besar, huruf kecil dan sesuatu yang tidak boleh dijumpai di dalam kamus. Sebagai alternatif, anda juga boleh membeli aplikasi pengurus kata laluan untuk membantu menguruskan semua akaun anda dan mencipta kata laluan yang sangat unik di samping menguruskannya setiap kali anda log masuk ke akaun dalam talian. Langkah bijak yang lain adalah dengan memastikan anda menggunakan e-mel dan kata laluan yang berbeza untuk akaun yang berlainan. Sekiranya satu akaun anda diganggu, ia tidak akan mengakibatkan kehilangan maklumat dan akaun-akaun lain secara total oleh seorang penggodam.

5 PERHATIKAN LAMAN CARIAN YANG ANDA GUNAKAN

Kebanyakan laman carian yang popular akan mengesan setiap aktiviti dalam talian anda dalam beberapa bentuk dan cara supaya mereka dapat memberikan iklan produk yang bersesuaian dengan minat anda. Anda mungkin pernah mengalami situasi di mana anda menaip di dalam pertanyaan carian dan tiba-tiba paparan anda dipenuhi oleh iklan yang memaparkan item atau perkara yang anda sedang cari. Anda pasti akan mengalami sendiri fenomena yang pelik serta menakutkan ini.

Kebanyakan laman carian popular mempraktikkan beberapa bentuk pengesanan sejarah pelayaran web bagi menyediakan iklan yang lebih baik buat anda walaupun ia juga memberi kesan buruk pada privasi anda. Walaupun pengguna yang bijak akan mencadangkan penggunaan mod inkognito yang terdapat pada banyak laman carian, namun ia tidak menyekat laman web untuk mengesan anda kerana ia hanya memastikan semua kuki dan data di pihak anda dihapuskan. Langkah lain yang lebih berhemah ialah dengan cara menguruskan kuki anda dengan lebih ketat dan membersihkan cache kuki dengan kerap supaya pihak ketiga tidak kerap mengesan anda dan tabiat melayari internet anda.

Satu pilihan lain ialah dengan memilih laman carian yang melaksanakan polisi tiada-pengesanan seperti DuckDuckGo, Epic Browser dan Tor Browser.

6 SENTIASA PASTIKAN APLIKASI DAN SISTEM PENGENDALIAN ANDA DIKEMAS KINI

Salah satu cara penggodam menyelinap ke dalam privasi dalam talian anda ialah dengan menggunakan kelemahan pengaturcaraan yang diketahui dalam sistem pengendalian dan aplikasi untuk mengganggu sistem dan privasi anda. Sekiranya terdapat kemas kini yang disaran oleh pembangun aplikasi untuk telefon, komputer atau peranti anda, muat turun ia secepat mungkin kerana kebiasaannya ia disebarkan untuk menghalang eksploitasi atau potensi serangan oleh penggodam. Jika anda menggunakan sistem pengendalian yang tidak lagi disokong seperti versi Window yang lama atau aplikasi yang sistemnya kurang dikemas kini oleh pembangun, ia mempunyai risiko kerana ia memburukkan lagi masalah yang mungkin akan berlaku dan penggodam boleh mengganggu privasi dalam talian anda.

Kebanyakan orang tidak melakukan kemas kini aplikasi disebabkan saiz muat turun yang besar dan juga ia sering datang pada waktu yang tidak sesuai. Antara waktu yang tidak sesuai itu ialah ketika sebelum pembentangan atau tarikh akhir yang penting. Namun ketahuilah usaha mengemas kini itu sangat bernilai untuk menyelamatkan anda daripada penyesalan seumur hidup.

7 BERHATI-HATI MENGGUNAKAN WIFI AWAM

Siapa yang tidak suka sesuatu yang percuma? Sesetengah tempat seperti kedai kopi atau pusat membeli-belah menawarkan sambungan WiFi percuma kepada pelanggan tetapi hakikatnya ia memiliki potensi untuk mendedahkan pengguna kepada bahaya. Penggodam boleh mengintip dan memintas apa sahaja yang anda lakukan apabila disambungkan ke WiFi percuma. Oleh kerana rangkaian WiFi awam secara umumnya boleh diakses oleh orang ramai, jadi tiada apa yang boleh menghalang penggodam untuk mengakses rangkaian WiFi yang sama dan mencari peluang kelemahan yang ada.

Satu lagi cara serangan yang sering digunakan oleh penggodam ialah dengan mewujudkan hotspot wifi percuma yang kelihatan sah dengan menamakannya ‘Free WiFi’ atau sejenis tarikan yang sama dan penggodam mengharap ada orang yang akan log masuk supaya mereka boleh mendapatkan maklumat peribadi yang penting.

Sekiranya anda benar-benar perlu menggunakan rangkaian WiFi awam, cuba elakkan daripada melakukan tugas penting seperti aktiviti perbankan atau mengakses fail bersekuriti tinggi. Gunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) untuk mengurangkan sebarang potensi risiko walaupun adalah lebih baik jika anda menggunakan sambungan data milik anda sendiri.

20 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

TUTORIAL

BAGAIMANA UNTUK MENGURUS DAN MEMADAM KUKI PADA KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR ANDA

Sekiranya anda telah menggunakan Internet dalam jangka masa yang lama, anda mungkin sudah biasa mendengar atau menemui istilah kuki (cookies) yang dihasilkan oleh laman web dan disimpan di dalam komputer dan telefon pintar anda. Ia bukanlah sejenis hidangan bakar yang sedap, sebaliknya kuki adalah fail yang menyimpan informasi-informasi kecil tentang anda untuk mengoptimumkan pengalaman anda melayari laman web tertentu. Namun begitu, kuki juga mempunyai motif yang lain iaitu – untuk menjejaki aktiviti anda.

CARA MEMADAM KUKI DI GOOGLE CHROME UNTUK KOMPUTER

1) Pergi ke bar alamat di laman carian Google Chrome dan taip chrome://history

Setiap kali anda menggunakan laman carian pada mana-mana peranti; tidak kira telefon pintar atau komputer untuk mengakses laman web, laman tersebut mengandungi kuki atau lebih daripada satu kuki. Kebanyakan kuki tidak berbahaya dan sebenarnya berguna kerana ia membantu anda menyimpan maklumat daripada satu sesi di laman web untuk digunakan pada sesi yang seterusnya.

2) Klik tiga garisan mendatar di sudut kiri bahagian atas bersebelahan dengan History. Kemudian pilih Clear Browsing Data

3) Pilih sejauh mana anda ingin memadam kuki; kuki dari satu jam yang lepas sehinggalah setiap kuki yang tersimpan di komputer anda. Kemudian tekan butang Clear Data berwarna biru.

Contohnya, kuki yang tersimpan membantu anda untuk log masuk ke sesetengah laman web seperti akaun e-mel dengan lebih mudah daripada anda perlu memasukkan kata laluan setiap masa – satu kerja pada hakikatnya agak membebankan. Satu lagi senario ialah kuki amat berguna kerana ia membantu menyimpan maklumat barangan di e-troli beli-belah ketika anda ingin membeli sesuatu di dalam talian – jika ini tidak berlaku anda hanya boleh membeli item satu demi satu dalam satu masa dan pasti akan menjadikan pengalaman membeli-belah yang memenatkan.

CARA MEMADAM KUKI DI GOOGLE CHROME UNTUK TELEFON MUDAH ALIH

Walaupun kebanyakan kuki tidak berbahaya dan mempunyai fungsi yang berguna, sesetengah laman web turut menyediakan kuki pihak-ketiga daripada para pengiklan untuk memberikan iklan yang seakan nampak relevan dengan minat anda. Namun ia boleh mencapai satu tahap di mana ia boleh digunakan sebagai alat untuk mengesan aktiviti anda di Internet.

Untuk mengembalikan kuasa anda dalam mengawal privasi sendiri, berikut ialah cara bagaimana untuk memadam kuki pada kebanyakan laman carian yang paling popular dari komputer dan telefon mudah alih. Kebanyakan laman carian membersihkan kuki secara rawak sama ada yang berbahaya atau tidak, dan ada juga yang tidak membersihkan semua kuki tersebut. Untuk melakukannya, anda perlu log masuk semula ke setiap laman web dan akaun e-mel kegemaran anda. Walaupun kelihatan leceh, tetapi pembersihan komputer atau telefon pintar yang jarang dilakukan ini merupakan tindakan penting sama seperti memastikan rumah yang anda diami bersih dan kemas. Berikut adalah cara untuk membersihkan kuki pada lamanlaman carian yang popular dari komputer, laptop Mac dan telefon pintar anda.

1) Dalam laman carian anda di telefon bimbit, klik ikon elipsis di bahagian atas sebelah kanan, ia adalah simbol tiga titik menegak seperti lampu isyarat.

2) Pergi ke Settings > Privacy > Clear Browsing Data. Anda boleh memilih sejauh mana anda ingin memadamkan kuki; dari satu jam yang lalu sehinggalah semua kuki yang ada di telefon anda. Tekan butang Clear Data berwarna biru dan selesai.

SHOUT 2019 EDISI BUMPER

21

TUTORIAL

BAGAIMANA UNTUK MENGURUS DAN MEMADAM KUKI PADA KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR ANDA

CARA MEMADAM KUKI DI MICROSOFT EDGE UNTUK KOMPUTER

CARA MEMADAM KUKI DI SAFARI UNTUK PERANTI IOS

1) Di carian Edge, klik simbol elipsis di sudut kanan bahagian atas. Ia kelihatan seperti tiga titik yang disusun mendatar.

2) Pergi ke Settings > Clear Browsing Data dan pastikan kotak Kuki dan data laman web disimpan telah ditanda. Tekan butang Clear dan semua kuki telah pun dibersihkan daripada carian Edge.

CARA MEMADAM KUKI DI LAMAN CARIAN SAFARI UNTUK KOMPUTER MAC

Oleh kerana versi Window bagi Safari telah dihentikan, maka arahan di bawah ialah untuk laman carian Safari versi MacOS untuk komputer Mac.

1) Di dalam laman carian Safari, pergi ke Safari > Preferences2) Pilih tab Privacy.

3) Pilih Remove all Website Data untuk membersihkan semua kuki. Anda juga boleh memilih untuk memadam kuki dari laman web yang anda layari sahaja. Apabila anda sudah selesai, klik butang Remove Now.

4) Jika anda mahu lebih tetapan kawalan, anda boleh klik butang Details di tab Safari’s Privacy untuk memilih kuki yang ingin dibersihkan.

1) Untuk membersihkan kuki di laman carian Safari, anda perlu ke menu Settings.

2) Di Settings, skrol ke bawah dan pilih Safari yang ada di dalam tetapan menu bawahan.

3) Di dalam Safari, pilih Clear history and website data untuk membuang kuki. Selesai!

22 SHOUT 2019 EDISI BUMPER

This article is from: