SHOUT Q3 2015 - BM

Page 1

SHOUT! www.cfm.my

BULETIN SUKU TAHUNAN

KDN PP 17752/11/2013 (033132)

Terbitan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Interaksi bersama‌

AMIN HAYAT

Pemenang anugerah kewartawanan dan lelaki Renaissance

APLIKASI PETA LUAR TALIAN

Rencana Rencana Khas Khas

MY Mobile Rights

Empat yang terbaik untuk bawa anda ke destinasi

Salinan Percuma

App App terkini terkini dari dari CFM CFM untuk untuk pengguna pengguna melaporkan melaporkan aduan aduan

consumer.forum.malaysia

CFM_Malaysia Q 4 2 014

1


NOTA EDITOR

SUKU KETIGA 2015 NOTA EDITOR

3 ARTIKEL PILIHAN BUAT PEMBACA 6 TIP PRIVASI JANJI TEMU DALAM TALIAN Ketahui cara untuk melindungi privasi dan menjamin keselamatan anda untuk janji temu dalam talian

4 APLIKASI PETA LUAR TALIAN TERBAIK

Aplikasi peta navigasi ini boleh membantu anda untuk sampai ke destinasi walaupun anda tidak mempunyai sambungan Internet

4 TIP PENGUMPULAN DANA AWAM

Ketahui empat tip penting untuk mendapatkan ganjaran berbaloi apabila anda melabur dalam projek pengumpulan dana awam

Ini adalah saat yang sangat mengujakan bagi majalah SHOUT! dan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM).

KANDUNGAN

RENCANA KHAS – APLIKASI MY MOBILE RIGHTS

3

PAUTAN

4

MEDIA SOSIAL – JANJI TEMU DALAM TALIAN? ENAM TIP PENTING UNTUK PRIVASI

6

TOP GEAR – EMPAT SKUTER ELEKTRIK

7

INTERAKSI – AMIN HAYAT ABD RAHIM

8

Anda mungkin pernah berada dalam situasi di mana anda tidak mempunyai sambungan Internet ketika berada di luar, tetapi anda sangat memerlukan penunjuk arah untuk ke suatu tempat. Semak aplikasi peta luar talian pilihan kami di Zon App di muka 12.

SANTAI– KEMBARA JALANAN TEROKAI DUNIA

10

Sampai jumpa dan teruskan membaca!

ISU BULETIN – TONTONAN MENGHIBURKAN

11

Sejak penubuhan CFM, kami sentiasa berusaha agar dapat diakses dengan mudah oleh orang ramai yang memerlukan bantuan dan memaklumkan tentang hak mereka sebagai pengguna. Selain daripada nombor hotline, laman web dan e-mel kami, kini pengguna mempunyai saluran tambahan yang lebih inovatif untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka melalui – aplikasi MY Mobile Rights. Aplikasi kami memberi kuasa kepada pengguna untuk melaporkan aduan secara terus daripada telefon pintar. Aplikasi ini turut menawarkan berita, tip dan artikel berkaitan industri yang membantu pengguna untuk membuat pilihan dengan betul. Ketahui lebih lanjut mengenai aplikasi berkenaan dalam prebiu khas di muka 3. Dalam isu kali ini, kami mendekati seorang penerbit TV dan pemenang anugerah kewartawanan yang juga boleh dilihat sebagai lelaki Renaissance moden iaitu – Amin Hayat Abd Rahim. Walaupun sibuk dengan jadual yang padat, beliau sempat berkongsi tentang pengalaman dan impiannya bersama kami. Cerita lebih lanjut tentangnya di muka 8.

Megat Ishak Ma’amunor Rashid Editor KDN PP 17752/11/2013 (033132) SHOUT diterbitkan setiap suku tahunan oleh: Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia (CFM) 6-02, 6th Floor, Wisma Straits Trading, No 2, Lebuh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur T: 03-2692-3800 F: 03-2693-2288 W: www.cfm.my Dicetak di Malaysia oleh: Ultimate Print Sdn. Bhd Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Diedarkan oleh: Hotpaper Media 2

Q3 2015

Dapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi baru telefon pintar yang inovatif dari CFM buat pengguna peranti Android dan iOS Berita mengenai pelbagai aktiviti meriah CFM Ketahui cara yang selamat untuk mencari cinta dalam talian

Perjalanan anda akan lebih mudah dan jimat dengan bantuan skuter elektrik ini Lelaki Renaissance moden Malaysia bercerita tentang minat dan kerjayanya sebagai penyampai dan penerbit berita di TV9 Penunggang basikal dan aktivis kemanusiaan, Muhammad Adeeb berkongsi pengembaraannya merentasi benua untuk meneroka kehidupan dan melakukan kebajikan Kini anda tidak perlu berada di hadapan TV untuk menikmati rancangan kegemaran tempatan anda, hanya tonton di telefon pintar atau tablet anda..

ZON APP – 4 APLIKASI PETA LUAR TALIAN TERBAIK 12 Tiada data, tetapi anda sangat memerlukan penunjuk arah? Ketahui empat aplikasi peta luar talian yang boleh digunakan di dalam dan luar negara

DIGITAL – PENGUMPULAN DANA AWAM

13

MOBILITI – MEJA BANTUAN CFM

14

Ketahui lebih lanjut mengenai fenomena pengumpulan dana awam, cara untuk melabur dana bagi projek pertama anda dan banyak lagi Jawapan kepada isu yang dihadapi pengguna


rencana khas

APLIKASI HAK ANDA

Aplikasi mudah alih terkini dari CFM memberi kuasa kepada suara anda supaya didengari terus dari telefon pintar.

F

orum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah mengambil langkah signifikan untuk menjadikan proses melaporkan aduan mengenai pembekal perkhidmatan agar lebih pantas dan telus, membuktikan CFM telah mengorak langkah setapak ke hadapan seiring dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan. Selain daripada kaedah sedia ada dalam melaporkan aduan iaitu melalui panggilan telefon, emel atau laman web CFM, CFM telah melancarkan aplikasi dengan kaedah yang lebih efisien bagi pengguna menyuarakan pendapat iaitu – CFM MY Mobile Rights. Dengan aplikasi CFM MY Mobile Rights, anda dapat melaporkan aduan mengenai pembekal perkhidmatan dengan hanya menggunakan telefon pintar. Anda tidak perlu lagi tercari-cari nombor hotline atau emel rasmi pembekal perkhidmatan di Internet atau perlu melalui perkara remeh-temeh hanya untuk membuat aduan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memuat turun aplikasi MY Mobile Rights pada telefon pintar atau tablet anda dan anda boleh untuk melaporkan aduan mengenai pembekal perkhidmatan dengan serta merta daripada peranti anda. Bukan itu sahaja, aplikasi MY Mobile Rights membolehkan anda mengakses pelbagai maklumat yang dapat membantu anda membuat keputusan dengan tepat berdasarkan maklumat yang disediakan dan banyak lagi. Aplikasi MY Mobile Rights kini boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store. Empat Perkara Menarik Yang Anda Lakukan Dengan Aplikasi MY Mobile 4 Fantastic Things That YouBoleh Can Do With the MY Mobile Rights App Rights

Cari tawaran yang hebat! Semak aplikasi ini secara kerap untuk mendapatkan tawaran pelan prabayar, pascabayar dan jalur lebar terbaik di Malaysia.

Mencari pembekal perkhidmatan terdekat Dapatkan nombor dan alamat terperinci setiap cawangan syarikat telekomunikasi utama dan pembekal perkhidmatan jalur lebar Malaysia.

Memfailkan aduan

Tip dan Panduan

Tujuan utama aplikasi MY Mobile Rights dibangunkan adalah untuk membolehkan anda melaporkan aduan secara rasmi kepada CFM mengenai pembekal perkhidmatan.

Dapatkan artikel yang memberikan pelbagai fakta tentang bagaimana sesuatu berfungsi, tip dan informasi lebih lanjut mengenai jalur lebar, telefon pintar, talian tetap dan TV digital.

Q3 2015

3


PAUTAN Kanak-kanak kurang bernasib baik menikmati indahnya Ramadan bersama iM4U

Satu majlis istimewa dan jamuan berbuka puasa telah diadakan pada 8 Julai 2015 di Laman Seri Kayangan, Shah Alam yang meraikan seramai 125 anak yatim dan pelajar sekolah tahfiz anjuran stesen radio Malaysia, iM4U. Wakil dari CFM turut hadir dan mengambil bahagian dalam majlis itu selain berkesempatan bertemu dengan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) iM4U, Rudy Malik dan Pengarah Radio iM4U FM, Kartini Kamalul Ariffin serta penyampai radio iM4U FM sebelum berbuka puasa dengan kanak-kanak tersebut. CFM agih cenderahati dan sebar maklumat di jalanan

Sebagai penutup bulan Ramadan dan ingin menyampaikan mesej kesedaran CFM, ahli-ahli CFM telah mengadakan projek “CFM Istimewa Ramadan” pada 10 Julai 2015 dengan mengagihkan buletin CFM, SHOUT!, bubur lambuk dan cenderahati CFM kepada pejalan kaki di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Ini adalah program pertama yang seumpama dilakukan CFM untuk berinteraksi dengan orang ramai dan akan menjadi tradisi tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan. Wawancara iM4U FM bersama pengurusan CFM

Pada 14 Julai 2015, radio iM4U FM menjemput Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin untuk satu temu bual yang disiarkan secara langsung di frekuensi 107.9FM dalam segmen “Bangkit” iM4U. Ahmad Izham Khairuddin membincangkan beberapa perkara secara mendalam termasuklah peranan CFM dan bagaimana CFM dapat membantu pengguna mengenai isu-isu komunikasi dan multimedia bersama penyampai radio iM4U, Fiza Frizzy.

Penampilan sulung maskot dan logo baharu CFM di Rumah Terbuka Hari Raya

Restoran D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur menjadi lokasi bagi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri CFM yang diadakan pada 30 Julai 2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Jailani Johari dan dihadiri oleh ahli majlis CFM serta pihak yang terlibat dalam sektor komunikasi dan multimedia. Maskot baharu CFM, si gajah Fillo dan logo baharu CFM turut diperkenalkan pada majlis berkenaan. Melalui pertandingan yang mendapat penyertaan pengguna dari seluruh negara, Abdul Matin Abdul Ibrahim dinobatkan sebagai juara selepas menamakan maskot dengan nama Fillo yang diambil dari perkataan Bahasa Arab. Abdul Matin menerima hadiah iPhone 6 dan berpeluang untuk bertemu Fillo di rumah terbuka tersebut. Pertukaran Buah Fikiran di KL Converge 2015

CFM turut serta sebagai pempamer dalam acara kandungan digital dan industri kreatif terbesar di Malaysia dari 27 hingga 29 Ogos 2015. Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu memberi peluang kepada pengunjung untuk bergambar dengan maskot baharu CFM, Fillo di samping mengambil bahagian dalam permainan dan cabaran bagi merebut hadiah di ruang pameran CFM. Dalam satu sesi ceramah, wakil dari CFM iaitu Megat Ishak Ma’amunor Rashid dan Ahmad Izham Khairuddin berkongsi lebih lanjut mengenai peranan CFM dalam membantu pengguna untuk mengetahui hak-hak mereka. 44

QQ3 4 22015 014


PAUTAN CFM teruja meluangkan masa di radio CATS FM

CFM terus menyebarkan mesejnya dalam satu sesi temu bual secara langsung di CATS FM, iaitu antara stesen radio terbesar di Sarawak. Temu bual pada 10 September 2015 itu dikendalikan DJ TraceyB dalam segmen “CATS 10 to 2”. CFM berkongsi mengenai peranan organisasi dan tip tentang isu berkaitan komunikasi dan multimedia. Temu bual itu juga boleh didengari secara dalam talian di laman web CATS FM di www.catsfm.my

Temu bual CFM bersama radio Sarawak FM

Megat Ishak Ma’amunor Rashid, Timbalan Pengerusi CFM ketika itu telah ditemu bual melalui telefon secara langsung oleh radio SARAWAK 88.9FM pada 14 September 2015. Dalam temu bual tersebut, Megat Ishak berkongsi statistik terkini dan aduan daripada penduduk Sarawak mengenai isuisu komunikasi dan multimedia serta mengalu-alukan NGO tempatan untuk tampil berkongsi dan membincangkan isu-isu itu dengan CFM. Temu bual itu boleh didengari oleh pengguna secara dalam talian di www.sarawakfm.rtmsarawak.gov.my

CFM sertai Karnival dan Kejohanan ‘Sampai dengan Selamat’

Karnival dan Kejohanan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain diadakan bertujuan untuk memupuk budaya keselamatan jalan raya di kalangan pemandu dan lebih 30,000 pekerja industri pos dan kurier yang telah memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Program ini berlangsung pada 12 hingga 13 September 2015 di Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam, Selangor. CFM membuka ruang pameran kepada pengunjung untuk mengetahui hak sebagai pengguna dan melaporkan aduan berkaitan masalah komunikasi dan multimedia yang mereka hadapi kepada CFM. NGO dan Syarikat Telekomunikasi menghadiri Sesi Perkongsian Maklumat CFM di Sarawak

CFM memeriahkan Hilton Kuching dengan aktiviti yang diadakan pada 15 September 2015 dan dihadiri oleh persatuan pengguna tempatan di Kuching, NGO, media dan wakil dari syarikat telekomunikasi (Telco). Semua pihak berkumpul untuk berdiskusi dan menyertai sesi dialog terbuka CFM. Dalam sesi tersebut, CFM berkongsi dengan semua pihak yang hadir bagaimana mereka dapat berganding bahu dalam membantu pengguna dan turut mengalu-alukan penyertaan mereka sebagai ahli CFM. Satu siri ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Pn. Reihana Abdul Razak dan Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin berkongsi beberapa topik penting tentang industri dalam sesi tersebut. CFM juga memberi penerangan tentang jumlah dan jenis aduan yang diterima selain memberi peluang kepada peserta untuk bertanyakan soalan kepada wakil-wakil pembekal perkhidmatan tentang isu-isu berkaitan telekomunikasi. CFM berkongsi pengetahuan bersama golongan pendidik

Tidak ada pekerjaan yang lebih mulia daripada seorang pendidik, dan CFM telah diberi penghormatan untuk menjadi salah satu panel penceramah dalam sesi ceramah oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di Hotel KL International, Kuala Lumpur pada 23 September 2015. Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin diberi penghormatan untuk memberikan ceramah mengenai topik “Hak Pengguna Komunikasi dan Multimedia” dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman luas beliau dengan guru-guru yang hadir pada majlis itu. Q 4 2015 2 014 Q3

55


MEDIA SOSIAL

Janji Temu Dalam Talian – 6 Tip Penting untuk Privasi

Mungkin ramai yang mendaftar di laman janji temu, namun tanpa disedari profil anda digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan telah disalah gunakan sehingga boleh menghantui diri anda selamanya.

J

anji temu di abad ke 21 telah merubah kaedah janji temu yang biasa dilakukan sebelum ini. Ia telah memasuki fasa baharu dengan penggunaan pelbagai kaedah termasuk janji temu di dalam talian. Dengan peningkatan jumlah individu yang celik komputer, akses Internet yang mudah dan kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan lelaki dan wanita menggunakan laman web untuk mencari jodoh melalui janji temu dalam talian. Kaedah itu menawarkan calon yang ramai dan tidak terhad dalam satu kawasan. Malah, ia menyediakan senarai pendek calon yang berpotensi sebelum janji temu pertama bermula. Ia memberi ruang kepada pengguna mencari teman lelaki atau wanita idaman. Tanpa mengambil kira risiko keselamatan, pengguna berdepan dengan penipu yang akan mengambil kesempatan. Malah, janji temu ini seolah-olah meletakkan diri dalam bahaya kerana apa yang berada di Internet akan kekal selama-lamanya. Setiap gambar yang sepatutnya dibuang di laman web janji

temu, boleh dikesan semula di Internet. Gambar yang tidak senonoh dan gambar yang memalukan akan terus kekal di dalam Internet. Kesan daripada hal itu, kebanyakan majikan pada hari ini menggunakan laman web untuk membuat kajian berhubung latar belakang pekerja sebelum memutuskan untuk mengambil mana-mana individu bekerja. Lebih teruk lagi, kebanyakan laman web janji temu tidak mempunyai polisi keselamatan yang boleh membawa kepada kebocoran maklumat peribadi seperti yang terjadi kepada laman web Ashley Madison, sebuah laman web khas untuk individu berkahwin yang mahu menjalinkan hubungan sulit. Ia telah menyebabkan maklumat jutaan pengguna bocor termasuk beberapa selebriti. Walaupun perkara bahaya seperti ini mungkin berlaku, tidak semestinya anda perlu melupakan terus laman web janji temu. Anda perlu berhati-hati terhadap perkara yang dikongsikan dan berikut adalah enam tip untuk berada di laman web janji temu dengan selamat.

6 Tip keselamatan menggunakan Laman janji temu

6

Segalanya akan kekal di Internet Profil janji temu, gambar dan sebagainya akan terus kekal di laman itu walaupun anda telah memadamkan akaun anda. Semua itu dikhuatiri akan dijadikan bahan terhadap anda di tempat kerja, serangan peribadi ataupun masalah berkaitan dengan undang-undang. Jadi, berhati-hati dengan laman web yang dilawati, apa yang anda tulis dan muat naik. Gunakan sambungan yang terjamin Kebanyakan laman janji temu tidak menggunakan sambungan yang selamat yang membolehkan individu tidak bertanggungjawab mengintip apa yang sedang anda lakukan di laman web berkenaan terutamanya jika anda menggunakan Wi-Fi awam ataupun di kafe siber. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan mengaktifkan HTTPS dalam pelayar anda dengan sambungan ini bit.ly/18qiajr

Gambar boleh dicari Gambar peribadi anda boleh dikesan melalui carian imej berbalik di TinEye ataupun carian Google Reverse Image. Justeru, gunakan avatar bagi mengelakkan risiko keselamatan untuk privasi anda.

Gambar yang mempunyai metadata Kebanyakan telefon dan kamera mempunyai data Exchangeable Image File Format (EXIF) bagi sesebuah imej. Ia memberitahu anda bila dan di mana gambar tersebut diambil, maka ia sangat berbahaya terhadap keselamatan anda. Anda perlu menyahaktifkan fungsi geotag pada kamera dan belajar untuk menghapuskan data EXIF sebelum memuat naik gambar.

Guna akaun emel yang tidak boleh dikenalpasti Untuk mendaftar profil janji temu, gunakan akaun emel yang baharu yang boleh didapati secara percuma seperti Gmail, Yahoo atau Outlook untuk lebih selamat. Emel baharu pasti tidak mempunyai kaitan denga media sosial atau perkhidmatan lain yang boleh dicari.

QQ3 4 2015 2 0 14

Data peribadi anda tidak lagi terpelihara Kebanyakan laman janji temu menggalakkan anda untuk mendedahkan data peribadi untuk padanan pasangan yang lebih baik ditambah pula mereka mengisytiharkan data peribadi adalah sulit. Berkemungkinan data peribadi anda akan dijual kepada pihak pemasar di dalam talian. Teliti polisi keselamatan mereka terlebih dahulu atau hadkan catatan anda.


top gear

TOP GEAR

Empat Skuter Elektrik yang Menarik

Jika anda tinggal di kawasan bandar, pasti anda akan memandu atau akan menggunakan penggangkutan awam untuk pergi ke satu tempat. Penduduk bandar sememangnya tidak dapat lari daripada masalah kesesakan trafik, kesukaran mencari parkir kenderaan dan pengangkutan awam yang tidak menepati jadual perjalanan. Dengan adanya empat pengangkutan alternatif yang menarik ini, anda boleh ke pejabat atau kedai berhampiran dengan lebih cepat, selesa dan menjimatkan wang untuk perbelanjaan petrol.

Air Wheel A-3

RM8957 www.airwheelmalaysia.com

1

Walaupun ia tidak ringan, tetapi saiznya membolehkan ia diletakkan di ruang yang terhad, malah model ini mempunyai tempat duduk yang selesa. Pergerakan skuter elektronik yang mempunyai bateri ini dijana oleh motor 1000W yang mampu mencapai kelajuan sehingga 16km/j dan boleh bergerak sejauh 65km. Ia berfungsi seperti skuter dengan pemegang, membolehkan pengguna bergerak dengan lebih pantas apabila condong ke hadapan dan perlu melakukan sebaliknya untuk memperlahankannya.

One Scooter 2 E-Micro RM4687 www.micro-scooters.co.uk

Rupanya mungkin kelihatan seperti permainan kanak-kanak, tetapi skuter elektrik yang menggunakan hayunan kaki ini, boleh dibawa sejauh 11km dengan bateri 500W dan hanya memerlukan masa satu jam untuk mengecas. Ianya mudah alih dengan beratnya sekitar 7.5kg. Penggunaannya agak mudah bagi mereka yang baharu berjinak-jinak dengan skuter ini. Penunggang hanya perlu menolaknya ke hadapan untuk menggerakkannya.

Air Wheel X8

RM2,950 www.airwheelmalaysia.com

3

Model Air Wheel X8 ini mempunyai berat sekitar 11.1kg dan bentuknya boleh dimuatkan di dalam sebuah beg galas atau boleh dipegang menggunakan pemegang yang disediakan. Penunggang perlu berdiri di atas pedal kanan dan kiri yang juga mempunyai giroskop untuk membolehkan anda berdiri dalam keadaan seimbang. Model ini boleh menampung beban sehingga 120kg dan boleh bergerak sehingga 18km/j dan jarak maksimum sehingga 28km sebelum dicas semula.

4

Deus Hoverboard

RM1,849 www.myelectricscooterz.com

Sebuah skuter elektronik yang ringkas dan ringan, Deux Hoverboard direka untuk memuatkan tapak kaki sahaja. Ia bergerak dengan sendirinya menggunakan dua buah roda dan enjin yang membolehkan anda membuat pusingan dan bergerak dengan kelajuan maksimum sehingga 10km/j. Giroskop turut berfungsi untuk memberikan keseimbangan dan mengawalnya dengan menggerakkan kaki ke hadapan dan ke belakang. Bateri yang dicas penuh boleh bergerak sehingga 15km dan menampung berat sehingga 110kg. *Alat peranti yang dipaparkan tidak mempunyai peraturan yang sah dan tidak boleh digunakan di jalan raya. Ia boleh digunakan di tempat awam namun perlu mengikut budi bicara pemilik hartanah (seperti di pusat membeli belah atau stesen kereta api). Dinasihatkan untuk membuat pembelian dari pengedar yang sah bagi mengelakkan sebarang risiko kerosakan.

Q 4 2 014

Q3 2015

7

7


Interaksi

AMIN HAYAT ABD RAHIM

Mempunyai profil kerjaya yang mengagumkan sebagai penerbit TV, penyampai berita, pengacara dan juga model – Amin Hayat Abd Rahim adalah seorang pemenang anugerah wartawan dan figura yang cukup berbakat. Dengan pelbagai bakat yang ada padanya, beliau boleh dianggap seperti seorang lelaki Renaissance moden Malaysia. Beliau meluangkan masa berkongsi tentang apa yang mendorongnya untuk terus melangkah jauh ke hadapan. Ceritakan serba sedikit tentang diri anda. Saya adalah anak kedua daripada lima beradik. Bapa saya adalah bekas pengawal keselamatan dan buruh kilang, manakala ibu saya penjual kuih. Saya adalah bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Saya mempunyai cita-cita besar, dan selepas tamat pengajian saya bekerja di sebuah agensi pengiklanan dan pernah mempunyai sebuah syarikat pengurusan majlis namun hanya sementara. Saya memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran apabila diterima bekerja sebagai wartawan di TV9 pada tahun 2006. Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang kewartawanan atau penyiaran, namun saya belajar daripada bawah dan diberi peluang untuk menjadi penerbit berita selepas 7 tahun bekerja. Bagaimana anda bermula sebagai penyampai berita seperti sekarang? Sebelum saya memulakan kerjaya dalam bidang ini, saya pernah menjalankan perniagaan namun ia gagal. Selepas gagal dalam perniagaan, saya tidak mempunyai pekerjaan tetap selama 6 bulan. Pada masa itu, hanya keluarga yang memberi sokongan dan galakan terutama sekali ibu saya yang masih tetap menyokong dan menjadi pendorong saya. Satu hari, ibu melihat iklan TV9 yang mencari penyampai berita dan menyarankan saya untuk mencuba. Ketika itu, difahamkan lebih 5000 calon yang memohon tetapi hanya lebih kurang 100 orang sahaja yang dipanggil untuk sesi temuduga. Daripada jumlah itu hanya 3 orang diterima termasuk saya. Saya tidak mempunyai pengalaman tetapi saya bersedia untuk belajar dan bekerja keras, mengambil tanggungjawab yang diberikan secara serius dan mengambil setiap peluang untuk menambah pengalaman. Apa yang membuatkan seseorang itu menjadi penyampai berita yang baik? Tiada jalan pintas untuk berjaya. Penyampai berita perlu bermula dari bawah, perlu turun padang untuk mencari dan melaporkan berita dan bukan hanya di studio. Ia lebih memberi nilai dan impak apabila turun padang melaporkan dari lokasi. Saya menjadikan Anderson Cooper dari CNN sebagai idola. Apakah kunci kejayaan anda? Untuk berjaya dalam bidang ini, seseorang itu perlu bijak membuat perancangan, persediaan dan ada minat yang tinggi. Sebelum melaporkan sesuatu isu atau berita, perlu membuat kajian terlebih dahulu supaya mudah untuk menyediakan skrip dan mendapat sudut cerita yang betul. Fokus amat penting dan perlu menepati tarikh akhir tugasan selain perlu menyediakan pelan sokongan jika pelan asal tidak berhasil. Seseorang itu perlu ada minat dan kesediaan untuk menyiapkan tugasan walaupun terpaksa bekerja ketika hari cuti. 88 QQ3 4 22015 014

Ceritakan tugasan harian anda di tempat kerja. Masa kerja saya lebih fleksibel. Paling awal saya ke pejabat pada 7.30 pagi dan paling lewat saya akan balik pada jam 9.00 malam. Jika saya bertugas sebagai penerbit berita, saya bertanggungjawab dalam proses penghasilan berita dari awal sehingga ia disiarkan di TV secara langsung. Jika tidak terlalu sibuk, saya akan mengambil peluang untuk bersenam di gim. Jika saya diperlukan untuk menyampaikan berita dalam masa yang sama, saya akan mengikut jadual yang telah dirancang. Secara purata, saya akan menyampaikan berita sekurang-kurangnya 15 kali sebulan namun bergantung kepada situasi. Apa yang anda biasa lakukan pada waktu santai selepas sibuk bekerja? Saya akan ke gim. Tanggungjawab saya sebagai penyampai berita dan penerbit memerlukan saya untuk kuat dari segi mental dan fizikal. Fokus saya bukan mahu mendapatkan fizikal seperti jaguh bina badan, tetapi kesihatan adalah keutamaan saya. Impian saya adalah untuk menjadi penghias kulit majalah Men’s Health Malaysia. Haha.. Insha Allah.. Apakah momen paling membanggakan anda setakat ini? Mengapa? Momen yang paling membanggakan buat saya dalam industri tempatan apabila saya menerima anugerah Wartawan Penyiaran bagi tahun 2014 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Di peringkat antarabangsa pula, saya dipilih mewakili media Malaysia ke Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCAP) di Bangkok, Thailand.


Interaksi

Internet adalah sumber maklumat yang luas. Sebagai penyampai berita, bagaimana anda mentafsirkan fakta dan rekaan? Memang benar Internet adalah sumber maklumat yang besar. Sebagai generasi yang celik IT, kita seharusnya memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam dan tahu ia datang dari sumber yang sahih sebelum menggunakannya. Malangnya, apa yang berlaku sekarang terdapat individu yang mengambil maklumat tersebut tanpa memastikan ketepatannya dan menjadikannya sebagai fakta. Sebagai netizen yang bijak, anda perlu beretika dalam penggunaan Internet dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang diterima sebelum disebarkan kepada umum. Pada hari ini, berita boleh dilaporkan serta merta di media sosial. Pendapat anda tentang peranan masyarakat yang menjadi wartawan dan bagaimana teknologi menjadikan sesiapa sahaja untuk melaporkan berita di mana pun ia berlaku? Ia adalah satu perkara yang hebat. Masyarakat boleh menjadi wartawan dan melaporkan berita yang sukar dilaporkan oleh media konvensional dengan lebih cepat ketika sesuatu kejadian itu berlaku. Namun, individu itu perlu menyertakan fakta dan bukti serta mengamalkan etika selain perlu tahu konsep 5W1H (Where, Why, What, When, Who, How). Contohnya dalam melaporkan berita kemalangan. Tiada masalah untuk mengambil gambar tetapi ia adalah sensitif untuk mengambil gambar mangsa yang hancur dan didedahkan kepada umum. Apakah perkara yang menjadi kebimbangan anda dalam menyampaikan maklumat penting kepada orang ramai? Apakah peranan media untuk melindungi kepentingan orang ramai dan kebenaran? Media sememangnya memainkan peranan yang amat penting. Maklumat boleh tersebar dengan cepat dan memberi kesan kepada persepsi orang ramai terhadap sesuatu isu. Sebagai pengamal media adalah amat penting untuk melaporkan berita dengan fakta yang tepat dan sahih. Namun, di media sosial ia kadang-kadang disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab jadi wajar berhati-hati apabila menggunakan dan menyampaikan maklumat di media sosial seperti Twitter, Whatsapp dan Facebook, khuatir berita tersebut tidak benar dan terdapat konteks yang salah.

APLIKASI PILIHAN AMIN

Sebagai penerbit berita, Amin memerlukan aplikasi yang membolehkannya berkongsi dan menyebarkan maklumat kepada penonton dan rakan sekerjanya dengan lebih cepat. Berikut adalah enam aplikasi pilihan yang amat diperlukannya semasa bekerja.

YouTube

Untuk Android dan iOS

Cara paling pantas dan berkesan untuk berkongsi video liputan berita dengan semua orang di seluruh dunia.

Instagram

Untuk Android dan iOS

Untuk Android dan iOS

Avid MediaCentral | UX

Saya dapat mengetahui berita terkini yang berlaku di seluruh dunia dari saluran Cable News Network melalui aplikasi ini.

Jika mahu berkongsi foto dengan peminat dan pengikut anda, sukar untuk menyaingi kepantasan Instagram. Ikuti saya di Instagram www.instagram.com/amintv9 untuk melihat lebih banyak gambar kerja saya.

Aplikasi paling berharga ini membolehkan wartawan untuk menulis skrip berita dari telefon pintar, menyemak kandungan dan mengarang berita dari lokasi.

CNN

Untuk iOS

Q3 2015

9


SANTAI

KEMBARA JALANAN TEROKAI DUNIA

Bukan satu kelaziman apabila anda dapat melakukan minat sendiri di samping dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik. Namun, bagi Muhammad Adeeb, beliau dapat melakukan perkara ini dalam satu masa melalui sebuah pengembaraan menakjubkan untuk menerokai kehidupan dan melakukan kebajikan dengan cara berbasikal. ick Siders bermula dan diwujudkan untuk menjadikan mimpi menjadi realiti. Saya dan kawan-

S

kawan berkongsi minat yang sama iaitu untuk mencabar kemampuan diri, meneroka tempattempat baharu, bangsa dan budaya lain serta keinginan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelarian dan kemiskinan. Sick Siders ditubuhkan untuk mengecapi impian ini. Saya dan rakan-rakan Sick Siders memulakan perjalanan kami di England pada awal tahun 2014 dengan menggelarkan misi kami sebagai “Journey to Homeland by SSMY” (Perjalanan ke Tanah Air oleh SSMY). Kami berbasikal merentasi 22 buah negara dari England ke Malaysia yang meliputi 29,000 kilometer selama 17 bulan. Sepanjang tempoh itu, kami memuat naik perjalanan kami secara langsung di media sosial di mana kami berkongsi pengalaman di sepanjang perjalanan termasuk kegembiraan, kepayahan yang dilalui selain menceritakan nasib pelarian dan gelandangan. Perjalanan kami sentiasa melalui kesukaran. Ada satu ketika saya hampir mengalami reput fros (frostbite) akibat cuaca yang terlalu sejuk. Saya hampir tidak dapat merasakan jari sendiri dan saya bertanya kepada diri saya mengapa saya meletakkan diri untuk melalui keadaan ini. Saya kuatkan semangat untuk menghadapi semuanya dan berserah pada ketentuan Tuhan. Saya juga berdepan dengan perkara yang agak menakjubkan. Saya bertemu dengan seekor anjing semasa di Macedonia dan menamakannya sebagai Ohrid. Ia (Ohrid) meminta makanan. Saya telah memberikan sedikit makanan kepadanya dan fikir ia akan beredar selepas itu. Tetapi, Ohrid mengikuti perjalanan kami sejauh 200km selama 8 hari. Namun, Ohrid tidak dapat meneruskan perjalanan bersama kami akibat kecederaan pada kakinya. Saat yang paling sukar adalah ketika memeluk Ohrid dan mengucapkan selamat tinggal. Kenangan bersama Ohrid tidak akan dapat dilupakan. Meskipun dalam perjalanan yang panjang dan berdepan dengan kesejukan malam, saya tetap akan berhubung dengan rakan-rakan, keluarga dan penyokong yang mengikuti perjalanan saya. Berinteraksi pada zaman teknologi ini lebih mudah dengan adanya media sosial tetapi perlu bijak untuk menguruskan bil-bil telekomunikasi. Untuk lebih jimat bagi caj perantauan, kami hanya membeli kad SIM pas harian jika berada di sesebuah negara untuk satu tempoh masa yang singkat. Jika kami tinggal selama sebulan atau lebih pula, kami akan mendapatkan kad SIM tempatan. Dengan cara itu, boleh menjimatkan bil telefon apabila menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa. Kami turut membawa pelbagai alat pengecas tambahan (power bank) bagi memastikan barangan elektronik dapat digunakan secara berterusan. Kami banyak menghabiskan masa menikmati setiap detik perjalanan dan tidak ‘melekat’ dengan telefon sepanjang waktu. Setiap perjalanan bukan satu perlumbaan, tetapi ia adalah satu pengembaraan. Perjalanan ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan banyak yang telah saya pelajari bersama rakan-rakan Sick Siders. Jika berpeluang melakukan pengembaraan ini sekali lagi, saya pasti akan melakukannya.

“Saat yang paling sukar adalah ketika memeluk Ohrid dan mengucapkan selamat tinggal. Kenangan bersama Ohrid tidak akan dapat dilupakan”

Muhammad Adeeb

RASAI PENGALAMAN MENAKJUBKAN

Saksikan perjalanan epik yang ditempuhi Sick Siders melalui pengembaraan mereka. Untuk menonton lebih banyak video, ikuti mereka di www.ssmy.co.uk, Facebook di www.facebook.com/sicksidersmalaysia dan Twitter di twitter.com/ SICKSDRSMY

Pendakian Gunung

Klip ini telah dirakam ketika kami mendaki Banjaran Alps. Ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke puncak pada ketinggian 2,756 meter tetapi pemandangannya amat berbaloi. bit.ly/1m7Nz50 10 10

Q 4 2015 2 014 Q1 Q3 2015

Memori Terindah

Kami menikmati bulan Ramadan bersama keluarga angkat saya di Labunishta, Macedonia. Ia antara kenangan yang paling saya hargai. bit.ly/1U7eVT5

Tiga dan Separuh Lelaki

Seseorang juga boleh banyak belajar dari seekor anjing. Ohrid, anjing yang saya temui mengajar saya untuk menikmati setiap detik kehidupan dan mengikut gerak hati anda. bit.ly/1JxOn85


ISU BULETIN

Tontonan Menghiburkan - Tonton TV tempatan di telefon mudah alih anda

Perkara terbaik dalam kehidupan adalah sesuatu yang percuma. Anda boleh dapatkan beberapa pilihan percuma untuk menikmati pelbagai cerita TV tempatan melalui telefon pintar atau peranti mudah alih anda.

W

alaupun keseronokan menonton TV itu sudah berubah sejak beberapa tahun, namun di Malaysia, masih kekal dengan tradisi di mana seluruh keluarga berkumpul di hadapan TV untuk menonton rancangan tayangan waktu perdana. Dahulunya, rancangan kegemaran hanya disiarkan seminggu sekali pada waktu tertentu. Adakalanya, anda mungkin terlepas siaran rancangan tersebut. Dari situ, terciptanya perakam VCR yang berperanan merekod kandungan, tetapi kurang menarik apabila terlalu banyak iklan di sepanjang rancangan untuk ditonton semula. TV kabel pula dipercayai dapat menyelesaikan perkara ini dengan mengulang tayang rancangan dua kali sehari supaya ia boleh ditonton pada waktu berbeza atau jika ada penonton yang mahu menonton rancangan itu lagi. Tetapi anda perlu memperuntukkan masa tertentu untuk duduk di hadapan TV walaupun wujudnya alat perakam masa ganti seperti TiVo. Pilihan lain yang ada pada ketika itu adalah cakera padat DVD atau Bluray namun kosnya agak tinggi. Industri penyiaran telah berubah dengan ketara pada hari ini. Penonton kini boleh menikmati rancangan di peranti pintar dengan sambungan Internet dengan paparan yang lebih besar dan jelas yang kini semakin meluas digunakan di samping dapat melayari dan menonton rancangan tanpa perlu mengikut jadual tetap. Kini, semakin ramai menjadikan telefon pintar atau tablet untuk menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada. Biarpun banyak pilihan khidmat penstriman secara online dengan konsep ‘tonton atas permintaan’ di dalam negara atau peringkat antarabangsa, hanya beberapa perkhidmatan sahaja yang benar-benar percuma dengan menawarkan kandungan yang baik. Malah, ada yang tidak memaparkan sebarang kandungan Malaysia. Pilihan rancangan dalam negara seperti berita tempatan, drama tempatan, muzik dan perkhidmatan lain juga sedikit. Muat turun aplikasi penstriman TV ini di telefon pintar atau tablet anda bagi merasai pengalaman sebenar menonton rancangan TV tempatan dalam bentuk mudah alih. RTM Mobile

Percuma untuk iOS dan Android www.rtm.gov.my

Salah satu saluran TV paling lama di Malaysia turut memanfaatkan teknologi maklumat dengan membangunkan aplikasi ini yang menyediakan penstriman secara langsung untuk saluran TV1, TV2 dan Tvi, sebuah saluran TV berbayar yang menawarkan video muzik tempatan daripada saluran Muzik Aktif dan turut menyiarkan siaran secara langsung ketika persidangan Parlimen. Pengguna juga boleh mendengar pelbagai saluran radio tempatan seperti Nasional FM, Radio Klasik dan banyak lagi.

Tonton

Percuma untuk iOS dan Android dengan pembelian aplikasi tambahan www.tonton.com.my

Aplikasi ini membolehkan anda mengakses kandungan dari saluran TV percuma tempatan termasuklah TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 serta saluran sukan terpilih, saluran kartun Bananana dan saluran gabungan pelbagai tema antaranya Tonton Cina, Tonton Korea dan Tonton Pendidikan. Kebanyakan rancangan disiarkan secara langsung dan percuma tetapi terdapat kandungan premium yang ditawarkan kepada penonton dengan kadar bayaran berpatutan. QQ3 4 22015 014

11 11 9


ZON APP

Anda di Sini: 4 Aplikasi Peta Luar Talian

B

ayangkan situasi berikut; Anda sedang bercuti dan melakukan aktiviti luar di kawasan yang tidak mempunyai rangkaian telefon dan perlu mencari restoran atau pusat membeli belah yang anda langsung tidak tahu alamatnya. Pada zaman sekarang, tiada lagi orang yang membawa peta. Jadi apa yang perlu dilakukan? Muat turun empat aplikasi peta navigasi yang boleh digunakan tanpa sambungan data yang akan membawa anda ke mana sahaja.

Maps.Me

Percuma untuk iOS dan Android maps.me

Aplikasi peta luar talian ini mempunyai peta yang boleh dimuat turun di seluruh negara termasuk pulau yang terpencil sehinggalah ke peringkat jalanan. Peta ini turut dilengkapi dengan laluan jalan dan akan memaklumkan tempat-tempat menarik, kesemuanya boleh dicari ketika di luar talian. Namun ia tidak mempunyai suara navigasi dan ia hanya boleh mencadangkan laluan mengikut lokasi semasa anda. HERE Maps

Percuma untuk iOS dan Android www.here.com

HERE Maps menyediakan navigasi suara bagi setiap simpang yang menggabungkan laluan kenderaan dan pejalan kaki. Aplikasi ini turut memaklumkan lokasi yang menarik walaupun laluan pengangkutan awam tidak begitu menyeluruh di sesuatu kawasan. Laluan yang dicadangkan sangat berguna jika anda memandu. Ia turut menyediakan fungsi ‘Glympse’ yang membolehkan rakan tertentu menjejaki anda ketika dalam perjalanan. Sygic

Percuma dengan pembelian aplikasi untuk iOS dan Android www.sygic.com

Walaupun ia adalah aplikasi peta luar talian yang percuma, namun anda perlu membayar sejumlah wang untuk memperolehi navigasi setiap simpang dan arahan suara. Fungsi utama seperti peta di luar talian dan rancangan laluan telah pun tersedia di dalam versi percuma ini. Malah, ia turut dilengkapi dengan ‘of note’ yang mampu memandu arah berdasarkan kepada ‘geotag’ gambar serta kaedah untuk mengesan tempat letak kenderaan berhampiran. MapFactor Navigator

Percuma untuk Android www.mapfactor.com

Untuk sebuah aplikasi percuma, peta navigasi luar talian ini antara yang terbaik dengan pelbagai kemudahan. Petanya akan sentiasa dikemaskini setiap bulan berdasarkan dari sumber terbuka iaitu OpenStreetMap. Ia juga mempunyai navigasi suara, serta peta 2D dan 3D yang sentiasa dikemaskini untuk lokasi menarik. Namun, paparan antara mukanya tidak mesra pengguna dan ianya sedikit perlahan apabila memaparkan sesebuah peta. 12 12

Q 4 2015 2 014 Q3


DIGITAL

PENGUMPULAN DANA AWAM 101 – Sertai Dunia Pengumpulan Dana Awam

Pengumpulan Dana Awam atau crowdfunding membenarkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan dana bagi sesuatu produk. Jika berlaku sesuatu, berkemungkinan anda tidak akan memperolehi sebarang manfaat.

I

dea pengumpulan dana awam bukanlah sesuatu yang baharu, namun ianya menjadi popular selepas beberapa projek berprofil tinggi berjaya mendapat dana melalui laman sesawang sejak beberapa tahun lalu. Antara projek berprofil tinggi yang berjaya ialah permainan konsol Android-powered Ouya, jam pintar Pebble dan fon kepala realiti maya Oculus Rift. Untuk makluman, laman web pengumpulan dana awam membolehkan usahawan mendapatkan dana dari sesiapa sahaja melalui internet, berbanding memohon pinjaman dari institusi perbankan. Untuk menggalakkan orang ramai melabur dengan lebih kerap, laman tersebut akan menawarkan ganjaran berperingkat; semakin banyak anda menyumbang semakin tinggi ganjaran akan diperolehi, termasuklah barangan dan perkhidmatan edisi terhad sebelum ia masuk ke pasaran. Malah pembiaya juga berpeluang untuk bertemu dengan pencipta produk tersebut. Terdapat laman web yang menyediakan platform untuk pelabur yang mahukan pulangan, malah ada juga untuk tujuan amal semata-mata. Perlu diingatkan, anda bukan membeli sesuatu produk atau perkhidmatan melalui pengumpulan dana awam, tetapi anda memberikan sumbangan dan sebagai balasan anda akan menerima ganjaran pada masa akan datang. Kebiasaannya, dana yang telah dilaburkan tidak akan dipulangkan semula. Walaupun ada projek yang berjaya mendapat dana, mahupun memasuki pasaran, namun masih terdapat projek yang gagal seperti projek drone Zano, sebuah drone fotografi bersaiz tapak tangan yang dikawal menggunakan telefon pintar. Pengeluarnya telah diisytiharkan muflis selepas mendapat dana berjumlah ÂŁ2.3 juta awal tahun ini. Penyumbang dana turut diabaikan tanpa mendapat sebarang ganjaran. Sebagai penyumbang dana, anda perlu memastikan projek yang ingin dilabur benar-benar berbaloi. Anda perlu membuat kajian terlebih dahulu sama ada ia akan memberi manfaat atau sebaliknya kerana penerima dana boleh menarik balik projek berkenaan. Pengumpulan dana awam ini adalah salah satu kaedah yang menarik bagi mengetahui perkara yang menjadi tren semasa termasuklah teknologi. Sebenarnya anda tidak perlu menyumbangkan wang dalam jumlah yang banyak. Paling penting, anda perlu mempunyai kebolehan melihat projek yang mampu membawa manfaat walaupun ianya kecil. Selamat menderma!

Laman Web Pengumpulan Dana Awam Popular

www.kickstarter.com www.indiegogo.com www.pitchin.my www.rockethub.com www.gofundme.com

Tip Pengumpulan Dana Awam! Apa itu Pengumpulan Dana Awam? Berikut tips untuk anda yang ingin memulakan Pengumpulan Dana Awam

Buat Kajian Periksa latar belakang pencipta projek dan sebarang projek yang dilakukan sebelum ini. Jika mereka tidak mempunyai rekod projek yang gagal, boleh teruskan niat anda.

Adakah mereka berkomunikasi? Anda perlu melihat bagaimana pencipta projek itu memberi maklum balas dan kekerapan mereka mengemas kini. Jika kemas kini jarang dilakukan, ia petanda untuk anda jauhi projek berkenaan.

Memahami Peraturan Setiap laman web pengumpulan dana awam mempunyai peraturan yang berbeza. Seperti Kickstarter, ia tidak akan mengambil kira cagaran anda jika jumlah pembiayaan tidak dicapai.

Kos Penghantaran mungkin meningkat Jika anda membeli sesuatu produk, anda berkemungkinan akan membayar lebih dari nilai asal. Anda mungkin dikenakan caj penghantaran dan cukai dari Jabatan Kastam. QQ3 4 22015 014

1313 9


MOBILITI

meja bantuan cfm

SURAT PILIHAN

Masalah Melayari Internet

S

Saya kini melanggan pelan data dengan sebuah syarikat telekomunikasi (telco) dan masih terikat dengan kontrak. Selain terpaksa membayar bil setiap bulan untuk data dan panggilan suara seperti yang terdapat di dalam kontrak, saya masih tidak boleh melayari internet pada waktu siang dan malam di kediaman saya. Pihak pengeluar telefon juga telah memeriksa telefon pintar saya dan ia berfungsi dengan begitu baik sekali. Walaupun saya boleh membuat panggilan, saya rasa amat membazir kerana terpaksa membayar walaupun tidak dapat menggunakan data. Keadaan ini amat mengecewakan walaupun sudah banyak aduan dibuat, tetapi telco masih gagal untuk menyelesaikannya. Mohon bantuan. Anna

J

Hasil siasatan terhadap masalah anda, kami mendapati kawasan anda hanya mempunyai perkhidmatan 2G dari telco anda. Lebih menyedihkan, telco itu juga tiada satu tarikh tetap untuk menambah baik perkhidmatan mereka di kawasan anda selain daripada panggilan suara. Kami mencadangkan agar anda beralih kepada telco lain yang mempunyai rangkaian yang lebih baik di kawasan anda. Sebelum membuat pertukaran, tanya kepada telco lain sama ada mereka menyediakan perkhidmatan 3G atau yang lebih baik di kawasan anda. MEJA BANTUAN CFM Anda ada pertanyaan atau pertikaian mengenai talian tetap, perkhidmatan mudah alih, Internet, TV atau radio? Hantarkan aduan anda kepada CFM melalui e-mel di aduan@cfm.org.my. Aduan terpilih dan penyelesaian daripada pihak kami akan dikongsikan di bahagian ini agar pembaca dapat memahami tentang hak AND MULTIMEDIA mereka sebagai pengguna. COMMUNICATIONS CONSUMER FORUM OF MALAYSIA 14

Q3 2015

Talian Bantuan Tidak membantu Saya kini menetap di New Zealand dan mempunyai talian pasca bayar dengan pembekal perkhidmatan di Malaysia. Saya jarang menggunakan talian tersebut tetapi mahu mengekalkan nombor saya dan mahu bertukar kepada talian prabayar. Saya sangkakan ia satu langkah mudah, tetapi jangkaan saya meleset. Saya telah membuat panggilan beberapa kali kepada talian hotline telco berkenaan dari New Zealand, namun tiada jalan penyelesaian diberikan ditambah pula dengan pelbagai alasan diberikan. Saya hanya memerlukan nombor itu ditukar kepada prabayar. Itu pun susah nak buat? Kenapa pembekal perkhidmatan saya terlalu susah untuk membuat permintaan yang mudah? Sidney Kami telah menghubungi pembekal perkhidmatan bagi pihak anda dan telah berjaya melakukan pertukaran nombor anda kepada talian prabayar. Kami juga telah menasihatkan pembekal perkhidmatan anda untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan terhadap sesiapa sahaja pelanggan mereka.

S

J

Mesej yang tidak dikehendaki

S

Saya telah menerima banyak SMS yang tidak diminta daripada dua nombor kod ringkas dengan mesej-mesej yang pelik. Saya tidak pernah melanggan sebarang perkhidmatan SMS sebelum ini. Apabila saya periksa bil pascabayar saya, saya dapati setiap SMS yang saya terima dikenakan caj ke dalam akaun saya. Saya terpaksa membayar RM60 terhadap SMS yang tidak dikehendaki ini walaupun saya tidak pernah melanggannya. Saya telah membuat aduan rasmi kepada telco saya dan mahu duit saya dikembalikan, namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini. Amar Anda telah mengambil langkah yang tepat dengan membuat aduan kepada telco mengenai percanggahan yang berlaku terhadap akaun pascabayar anda. Selepas menghubungi telco anda, mereka memaklumkan SMS tidak diminta dengan dua kod ringkas yang dihantar ke akaun anda telah dinyahaktifkan dari nombor telefon anda. RM60 telah dikreditkan dalam bil bulanan anda yang seterusnya.

J

*Penggunaan bahasa dalam surat pilihan telah diubahsuai bagi memudahkan bacaan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.