Berita Harian - Dana RM25j bantu pelajar BERITA HARIAN – PELAJAR, INDIVIDU DITAJA SAMBUNG BELAJAR DI IPTS Objektif Dana KCM ditubuhkan adalah untuk membantu pelajar mahupun individu yang akan menyambung pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah di IPTS. Jumlah Dana yang diberikan adalah bermula dari RM 200 hingga ke RM 10,000 bergantung kepada pendapatan per kapita keluarga pelajar. Setiap pelajar layak memohon Dana ini tanpa mengambil kira keputusan akademik. Ini sejajar dengan objektif penubuhan Dana KCM iaitu untuk membantu dan meringkan beban setiap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian.
BERITA HARIAN – DANA RM 25 JUTA BANTU PELAJAR Bermula sebagai pusat tuisyen Kelas Cikgu Mariyam, kini dana telah berkembang menjadi sebuah organisasi korporat yang diberi nama Dana KCM. Dana ini diperoleh daripada ahli korporat, dermawan dan juga penglibatan syarikat GLC seperti MRCB dan Touch n Go dalam projek khidmat masyarakat berbentuk pendidikan. Dana ini diperuntukkan bagi membantu pelajar dan individu yang ingin menyambungkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
UTUSAN 23/9/2014 - Dana KCM Bantu Pelajar Lanjut Pengajian
Dana KCM diperkenalkan dan ditubuhkan bagi membantu serta meringankan beban pelajar bagi menampung wang belanja di IPTS. Dana ini diberikan secara percuma dan tidak perlu dibayar balik. Pelajar boleh membuat permohonan terus secara atas talian melalui laman web Dana KCM.
Senarai Penerima Bantuan Dana KCM November 2013 Berikut adalah sebahagian daripada penerima Dana KCM untuk November 2013 Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Sekolah Muhammad Nabil Bin Salim Nur Syukrina Binti Ismail Muhammad Husni Ashraf Bin Hashin Siti Noraishah Binti Shahadan Abidul Hafidz Bin Abdul Rahman Teo Pei Yin Foong Xiang Qin Tey Yee Qi Tan See Yee Tan Chin Guan Rachel Khoo Tze Ying Wee Khui Ching Lim Ying Chen Tong Seng yie Sathia a/p TamilChelvan
Nama SM Sains Muzaffar Syah SMK Agama Sharifah Rodziah SBP Integrasi Selandar SM Arab(JAIM) Assaiyidah Khadijah SMK Agama Sultan Muhammad SMK Infant Jesus Convent SMK Infant Jesus Convent SMK Infant Jesus Convent SMK Tun Mutahir SMK Bukit Baru SMK Yok Bin SMK Tinggi Melaka SMK ST Francis SMK Gajah Berang SMK Iskandar Shah
Kerjasama Dana KCM bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Program iThink 2014 Program I-Think dicetuskan bagi membudayakan kemahiran berfikir dan meransang teknik pemikiran yang reflektif di kalangan pelajar sekolah. Program ini telah diadakan di Trolak Residence Resort, Perak dan melibatkan guru-guru cemerlang sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Liputan Program Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) - Bersama DANA KCM & RTM1
Seminar Bersama Guru (Team Building) Program ini melibatkan penyertaan guru-guru kaunselor sekolah menengah dari seluruh daerah Batang Padang, Perak dan program ini diadakan di pejabat korporat Dana KCM bertempat di Boulevard Office, Midvalley Kuala Lumpur.
Bengkel Pintar Bahasa Inggeris (Tajaan MRCB dengan kerjasama Dana KCM) MRCB dan TOUCH n GO merupakan antara syarikat korporat yang amat prihatin tentang kualiti pendidikan anak-anak di Malaysia. Melalui usahasama dan kerjasam erat ini, Dana KCM merangka dan menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti pendidikan bagi membantu anakanak bangsa. Antara program yang dijalankan ialah Pintar English Workshop – Tajaan MRCB dengan kerjasama Dana KCM melibatkan pelajar UPSR di Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar. Selain itu, Dana KCM turut menjayakan Seminar Motivasi Minda Kental untuk pelajar PMR dan SPM – Tajaan Touch n Go melalui Dana KCM.
SMK Agama Slim River - Sekolah Angkat Dana KCM
Dana KCM terlibat dalam menjayakan beberapa program bersama sekolah ini antaranya, program kecemerlangan pelajar, seminar-seminar berbentuk ilmiah, Hari Kerjaya, dan sebagainya. Dana KCM turut menyumbang RM 2,000 kepada pihak sekolah untuk tujuan pembangunan fasiliti sekolah.
Seminar SPM Untuk Subjek BM & Sejarah Di IUMW Seminar ulangkaji subjek Bahasa Melayu dan Sejarah telah diadakan di Auditorium International University of Malaya – Wales (IUMW). Seminar ini telah disampaikan oleh 2 orang guru cemerlang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seminar ini melibatkan penyertaan seramai 200 orang pelajar dari 8 buah sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur.
Seminar Minda Kental Untuk Pelajar PMR & SPM (Tajaan Touch 'n GO dengan kerjasama Dana KCM)
DANA KCM & PLKN
Seminar Percuma : Anjuran Dana KCM Dengan usahasama KCM Examtips dan Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam (Effective Studying Skills) Seminar percuma ini diadakan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia termasuk SK, SMK, SMKA, SMJK, MRSM & SBP. Seminar ini meliputi pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran termasuklah kemahiran berfikir aras tinggi, Effectif Studying Skills (ESS速), subjek-subjek teras dan pencegahan jenayah disekolah.
DANA KCM di RTM 1 - Selamat Pagi Malaysia DANA KCM telah dipanggil untuk menghadiri sesi temu bual di RTM 1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. DANA KCM dengan cogan kata kini semua orang boleh belajar telah mula mendapat tempat di hati masyarakat. Dana yang diberikan adalah percuma dan tidak perlu dibayar balik. Mohon Dana KCM segera untuk mendapat bantuan tunai pendidikan tinggi.
DANA KCM di RTM 2 - Hello On Two
Penglibatan Astro Tutor TV dalam Majalah Dana KCM
Program Penyelarasan Takwim : Unit Bimbingan dan Kaunseling Tahun 2014
•
Program Penyelarasan Takwim Aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi tahun 2014 telah diadakan di PPD Batang Padang, Timur Laut, Seberang Perai Selatan pada 11 November 2013 dan PPD Tampin pada 12 November 2013.
•
Program ini melibatkan kaunselor sekolah - sekolah menengah mengikut daerah. Program ini mendapat kelulusan dan kerjasama oleh penolong PPD bahagian Bimbingan & Kaunseling. Antara aktiviti / program yang dirancang untuk tahun 2014 ialah :− Hari Kerjaya Peringkat Sekolah − Seminar Motivasi Pelajar (Cemerlang) − Seminar Motivasi Pelajar (Sederhana) − Program Lonjakan Saujana SPM - Subjek Sejarah / Bahasa Malaysia (Pelajar Aliran Sains) − Program Lonjakan Saujana SPM - Subjek Sejarah / Bahasa Malaysia (Pelajar Aliran Sastera) − Pengurusan Stress
•
Majlis Pelancaran Majalah Dana KCM Peringkat – Selangor
Majlis Pelancaran Majalah Dana KCM Peringkat – Kuala Lumpur
\
Majlis Pelancaran Majalah Dana KCM Peringkat – Kuala Lumpur
Majlis Pelancaran Majalah Dana KCM - Negeri Sembilan
Hari Kerjaya dan Seminar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
School SMK Dato Onn SMK Desa Petaling SMK Seri Permaisuri SMK Taman Maluri SMK Dato' Ibrahim Yaacob SMK Raja Ali SMK Seri Mutiara SMK Zon R1 Wangsa Maju SMK Danau Kota SMK Menjalara SMK Padang Tembak SMK Taman Bukit Maluri SMK Seri Titiwangsa SMK Taman Desa SMK Confucian
Date Tuesday, October 08, 2013 Wednesday, October 09, 2013 Thursday, October 10, 2013 Thursday, October 10, 2013 Thursday, October 10, 2013 Thursday, October 10, 2013 Wednesday, October 16, 2013 Wednesday, October 16, 2013 Thursday, October 17, 2013 Thursday, October 17, 2013 Thursday, October 17, 2013 Thursday, October 17, 2013 Tuesday, October 22, 2013 Tuesday, October 22, 2013 Wednesday, October 23, 2013
Program ini telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak ini melibatkan seramai 200 orang pelajar terdiri daripada 8 buah sekolah menengah seluruh daerah Manjung. Program ini mendapat kerjasama dari Pegawai PPD Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Pn Nor Ain bt Musa yang turut sama hadir di program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah tayangan slide dari KPJ University and College, aktiviti dalam kumpulan dan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai Dana KCM.
PROGRAM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN – PELAJAR SPM Program ini diadakan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Program ini melibatkan pelajar SPM seramai 200 orang bagi setiap lokasi. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah masingmasing.
Program Temuduga Dana KCM Negeri Perak
Sesi Taklimat Dan Pendaftaran Dana KCM Pulau Pinang
Selangor
Melaka
Negeri Sembilan