Resepi pelbagai masakan ikan

Page 1

RESEPI PELBAGAI MASAKAN IKAN

Bahan-Bahan 

5 ekor ikan kerisi (ikan apa2 pun boleh)

1 btng serai- di titik

2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air

Garam dan sedikit gula

Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan

Minyak secukupnya

1 cawan air atau secukupnya Bahan di hiris 

2 tangkai cili hijau/merah

6 tangkai cili padi

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

2 cm halia Cara-Cara 


1. Siang ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu. 2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi. 3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit) 4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan. 5.

Sedap di makan bersama nasi putih panas.

Bahan-Bahan 5 ekor ikan kerisi ~ siang dan cuci bersih  Sedikit garam dan kunyit Bahan kisar 

    

6 ulas bawang merah 1 labu bwng besar 3 ulas bawang putih 1 inc halia 10 tangkai cili padi


   

15 tangkai cili kering ~ Yatie guna 3 sudu besar cili kisar 1 sudu teh ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih

Rempah tumis              

1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum cengkih 5 biji pelaga 1 helai daun pandan simpul 2 biji tomato ~ belah 2 2 Tangkai lada hijau ~ di hiris kasar 1 labu bawang besar ~ di hiris 2 tangkai daun sup ~ di mayang halus 200 ml air asam jawa 100 ml minyak 1 ketul gula Melaka- Yatie guna 1/2 ketul je 5 camca besar kicap manis garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediannya. 1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan ketepikan 2. Panaskan 1/2 cwn minyak dalam kuali. 3. Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum 4. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi 5. Masukkan air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka 6. Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air dan masak hingga didih 7. Masukkan ikan kerisi.Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan daun sup 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, angkat dan hidangkan


Bahan-Bahan 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong  2 biji tomato-belah 4  secekak daun kesom-agak2lah ya  1 btng bunga kantan-belah 2  1 btng serai- di ketuk  3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)  Garam dan sedikit gula  minyak utk menumis Bahan Kisar 

1 cawan cili kisar  1 inci kunyit hidup  1 inci halia  1 biji bawang besar  5 biji bawang merah  3 ulas bawang putih  1/2 inci belacan, dibakar  1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)  Air secukupnya -dlm 4 cwn Cara-Cara 

1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.


2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya. 3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih. 4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih. 5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya. 6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih. .

BAHAN-BAHANNYA :-)  2 ekor ikan kerisi saiz besar, siang dan kelar, cuci bersih*  Sedikit garam dan serbuk kunyit*(*dilumur pada seluruh ikan termasuk bahagian dalam, perap 10 minit)  2 biji limau kasturi, diperah jusnya  Gula dan garam secukup rasa  minyak masak secukupnya BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)  5 tangkai cili merah  3 biji cili padi merah  4 ulas bawang merah  2 ulas bawang putih


2 biji buah keras hiris

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Goreng ikan tadi hingga masak, tak perlu sampai terlalu garing, angkat, toskan dan alih ke dalam pinggan yang sesuai. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa, akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul dan masak sekejap. 3. Ceduk sambal tadi dan letak atas ikan kerisi goreng, ratakan dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba.. .

Bahan-Bahan 5 ekor ikan kerisi (ikan apa2 pun boleh)  1 btng serai- di titik  2 helai daun limau purut  sedikit belacan  2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air  Garam dan sedikit gula  Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan  Minyak secukupnya  1 cawan air atau secukupnya Bahan di hiris 

   

2 tangkai cili hijau/merah 6 tangkai cili padi 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih


2 cm halia Cara-Cara 

1. Siang ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu. 2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi. 3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit) 4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, daun limau purut dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan. 5. Sedap di makan bersama nasi putih panas. .

Bahan-Bahan 2 ekor ikan pari sederhana besar- potong, cuci dan toskan  2 biji buah tomato- di belah 4  1/2 cawan air asam jawa  3 sudu besar kari ikan*  2 sudu besar kari daging*  2 sudu besar cili kisar*( *bancuh dngn 1/2 cwn air)  air secukupnya  minyak utk menumis Bahan Kisar 

5 ulas bawang merah


4 ulas bawang putih  1 biji bawang besar  1/2 inci halia  sedikit kunyit  2 biji buah keras Bahan Tumis 

1 ulas bwng putih- di hiris  2 biji bwng merah di hiris  1 btng kayu manis  1 tangkai daun kari  1 btng serai di titik Cara menyediakannya. 

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau sebati. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg di bancuh dngn sedikit dan gaul lagi. Tumis hingga terbit minyak. 3. Masukkan air asam jawa dan kacau lagi. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan pari dan biarkan mendidih. Tambahkan air lagi ikut kepekatan yg di kehendaki. Masukkan garam dan sedikit gula. 5. Masukkan buah tomato yg di belah 4. Biarkan mendidih lagi. 6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan. .

Bahan-Bahan  

8 ekor ikan mata besar/ ikan kembong 1/2 cwn air asam jawa-sederhana pekat


Garam dan sedikit gula  1 helai daun kunyit-di siat sikit  2 cwn air atau lebih Bahan Kisar 

20 btng cili kering(rendam dngn air panas dulu)  6 biji bawang merah  3 biji bwng putih  1 inci halia  1 inci kunyit hidup  sedikit belacan Cara-Cara 

1. Ikan di siang, di bersihkan dan di toskan. Ketepikan dulu. 2. Masukkan bahan2 yg telah di kisar ke dlm periuk. 3. Biarkan mendidih...tambahkan sedikit air lagi. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Setelah mendidih masukkan ikan dan daun kunyit. 5. Gaul sebati. Perasakan garam dan gula. 6. Sekiranya dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan. .

Bahan-Bahan      

8 ekor ikan kunyit/ ikan kembong 1/2 cwn air asam jawa-sederhana pekat Garam dan sedikit gula 1 helai daun kunyit-di siat sikit 1/2 biji nenas madu- di kupas dan belah kecil2 3 cwn air atau lebih


Bahan Kisar  10 btng cili padi merah  2 btng lada merah  5 biji bawang merah  3 biji bwng putih  1 inci halia  1 inci kunyit hidup  sedikit belacan Cara-Cara 1. Ikan di siang, di bersihkan dan di toskan. Ketepikan dulu. 2. Masukkan bahan2 yg telah di kisar ke dlm periuk. 3. Biarkan mendidih...tambahkan sedikit air lagi. Masukkan nenas yg di potong kecil. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Setelah mendidih masukkan ikan dan daun kunyit. 5. Gaul sebati. Perasakan garam dan gula. 6. Sekiranya dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan .

Bahan-bahan * 1 biji nenas, kupas dan belah2(saya guna dlm tin je) * 2 ekor ikan merah, potong 3 * 1 helai daun kunyit, dikoyak2kan * 1 keping asam gelugor * Garam dan gula secukup rasa * 1 cwn santan pekat * 2 cwn santan cair * 8 biji bawang merah kecil* * 3 ulas bawang putih*


* 4 biji cili merah* * 1 inci kunyit hidup* * 1 keping nipis hirisan lengkuas* * 1/2 inci belacan*(*dikisar halus) * 1 btng serai- di ketuk Cara-cara 1. Siang ikan dan bersihkan. Sementara itu kisar bahan2 yg bertanda *. 2. Dalam periuk, masukkan nanas yg telah dipotong bersama bahan2 kisar, gaul rempah dan nenas hingga rata dan tenggekkan diatas dapur, masak dgn api perlahan utk 2 - 3 minit. 3. Masukkan santan cair, biarkan mendidih. Masukkan ikan merah, asam gelugor dan daun kunyit yg telah dikoyak2kan tadi. Masukkan serai yg di ketuk tadi. 4. Bila mendidih perlahankan api dan tuang santan pekat. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih sambil di kacau ...jngn pecah santan. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama nasi putih panas dan ikan masin.


Bahan-bahan 10 bji cili api  3 biji cili merah  1/2 labu bawang besar  1 biji tomato  2 sb kerisek  1/2 cawan air asam jawa  garam (secukup rasa)  Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.  sedikit gula-saya tambah Cara-cara 

1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur. 2. Bawang besar & tomato - potong dadu. 3. Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan air asam jawa dan kerisek. 4. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Dah boleh makan.. .


Bahan Utk Di tumbuk 1 sudu besar lada putih  1 inci halia  3 ulas bwng putih  6 ulas bwng merah  1 kg ikan kerisi  4 cwn air  Daun sup, daun bawang(cincang) dan bawang goreng- utk taburan Bahan Tumis 

1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga Cara-Cara 

1. Ikan di siang, cuci dan toskan. 2. Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat. 3. Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis, masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik minyak. 4. Masukkan sedikit air, biarkan mendidih.....masukkan ikan dan kacau sedikit. 5. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan. 6. Sekiranya dah ok, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan. .


BAHAN-BAHANNYA :-) 2 ekor ikan tongkol (anggaran 1.2 kg) disiang, dan kerat, cuci bersih dan toskan#  2 keping asam gelugor#  1 inci halia, dititik#  1 camca teh garam#(#untuk direbus bersama ikan)  1.5 liter santan  2 biji cili merah, belah 2  2 biji cili hijau, belah 2  1 camca besar gula melaka  3 camca besar rempah kari ikan  Garam secukup rasa  1 keping asam gulogor  2 camca besar kerisik  2 biji bawang besar*  3 ulas bawang putih*  1 inci halia*  1 1/2 inci lengkuas*  1/2 cawan cili kisar(boleh tambah kalau nak pedas)*  1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus) CARA MEMBUATNYA :-) 1. Masukkan ikan dalam periuk bersama bahan bertanda (#), tuang air lebih kurang 1.5 liter dan rebus hingga ikan masak (kurang lebih 20 minit). Satukan bahan2 kisar bersama rempah kari, kacau rata dan ketepikan. 2. Dalam periuk lain, panaskan minyak 1 cawan minyak masak. Tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan gula melaka dan asam gelugor. Tuang santan dan biar mendidih. 3. Masukkan ikan, tapis air rebusan ikan dan masukkan sekali ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan kerisik. Tambah sedikit garam dan masak hingga mendidih. 4. Kecilkan api dan reneh gulai sehingga pekat dan terbit minyak (kurang lebih 2 jam). 


Masukkan cili belah dan masak lagi 5 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar.

.

Bahan-Bahan 2 ekor ikan sembilang sederhana besar  2 biji tomato-belah 4  1 cekak daun kesom  2 btng serai- di ketuk  3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)  Garam dan sedikit gula  minyak utk menumis Bahan Kisar 

1 cawan cili kisar (20 tangkai lada kering)  1 inci kunyit hidup  1 inci halia  1 biji bawang besar  5 biji bawang merah  3 ulas bawang putih  1/2 inci belacan, dibakar  1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus/guna yg serbuk pun boleh)  Air secukupnya -dlm 4 cwn Cara-Cara 

1. Ikan sembilang di siang, potong ikut suka, rendam sebentar dngn air asam jawa, cuci bersih dan toskan. Sementara itu belah 4 tomato dan ketepikan dulu.


2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih. 3. Bila mendidih, masukkan ikan sembilang dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih. 4. Tambah tomato dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya. 5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.