DC GASAK PANCING MAGAZINE Issue 004

Page 1

tren memancing masa kini

VOL.4/2021



Trolling Alu-Alu Pulau Bidan

TIPS DAN PENGALAMAN

R U P M GE N

N A R I A PENG IARA

T U M U A PUL

 



KENALI GEREPOH @ GIANT TREVALLY

SI RAJA TERUMBU KARANG  




07

Perairan Pulau Pinang

31

21

Panjang Pulau Bidan

Panglima Hitam Ikan Tarpon


INDEKS 39

Gasak Komuniti

41

47

Info Spesis Giant Trevally

Iklan Bersama Gasak




Gempur Pengairan

PULAU MUTIARA LOKASI : PERAIRAN PULAU PINANG PRO-STAFF : KECIQ



Tips Kesan

Kehadiran Tenggiri Sesudah melabuhkan sauh di spot pilihan anda, cuba perhatikan di kawasan sekeliling. Jika kelihatan kelibat anak ikan kecil melompat-lompat di permukaan air disusuli lompatan Tenggiri, ia adalah bonus untuk trip anda. Jangan buang masa lagi terus siapkan set pancing dan lontarkan apa jua jenis umpan di kawasan berkenaan dan peratusan untuk mendapatkan hentaman Tenggiri sangat tinggi. 009


Tiada musim yang khusus untuk memburu Tenggiri dan itu menjadikan ia sentiasa menjadi sasaran kepada kaki pancing sepanjang tahun dalam kalendar memancing. Boleh dikatakan kawasan unjam, tuas, tukun dan terumbu karang yang difikirkan sebagai hot spot tidak akan sunyi dengan kehadiran pemancing tidak kira siang atau malam kecuali ketika cuaca dan alun yang kurang baik.

010


Teknik Memancing 1) FAST JIGGING

Untuk memburu Tenggiri sekiranya menggunakan gewang jig, warna yang sesuai digunakan dan perlu diutamakan dan wajib terdapat dalam senarai jig adalah silver atau hijau. Saiz jig dalam anggaran 50gram hingga 70gram boleh dikatakan killer jika dipraktikkan di beberapa kawasan unjam di kawasan perairan Pulau Pinang. Sementara itu, bagi mengelakkan tali putus disebabkan gigi Tenggiri yang tajam, anda wajib melakukan karauan yang laju supaya Tenggiri hanya sempat membaham mata kail sahaja tidak termasuk tali. Sekiranya perlahan, ikan pemangsa ini akan terus menghentam keseluruhan jig sehingga ke tali, jadi peratusan tali untuk putus sangat tinggi. Kadangkala, spesis Tongkol juga akan membaham jig ini disebabkan diet pemakanannya juga hampir sama seperti Tenggiri. 011


2) TEKNIK DASAR Untuk teknik dasar (bottom), ia boleh diaplikasikan bagi memburu spesis dasar seperti Kerapu, Jenahak dan ada kalanya Landok. Kebiasaannya untuk teknik ini, ramai kaki pancing yang akan mencubanya pada sebelah malam. Ini kerana berdasarkan pengalaman, spesis pemangsa di kawasan dasar lebih galak untuk memberikan cagutan pada sebelah malam. Umpan untuk teknik bottom terbahagi kepada umpan hidup dan mati. Anda perlu membuat persiapan kedua-dua jenis umpan ini kerana ada kalanya selera ikan berubah dan tidak menentu. 012


Perkhidmatan

Bot dan Tekong Jeti Pulau Betong atau Balik Pulau menyediakan perkhidmatan untuk memancing di kawasan unjam perairan luar Pulau Pinang. Kos yang dikenakan dalam anggaran RM200 hingga RM300 untuk seorang dan ia bergantung kepada jumlah pemancing. Kebiasaannya satu bot mampu memuatkan 6 orang pemancing pada satu-satu masa. Pastikan membuat survey terlebih dahulu mendapatkan mana-mana tekong supaya segala perancangan yang diatur dapat berjalan dengan baik.

013


JENIS UMPAN Umpan Hidup : Sotong kurita Udang lipan Ikan hasil apollo Umpan Mati : Hiriskan sedikit pada bahagian badan umpan untuk keluarkan darah bagi menaikkan lagi selera ikan pemangsa.

014


TAKSONOMI (tenggiri) Kingdom : Animalia Phylum : Chordata Class : Actinopterygii Order : Perciformes Family : Scombridae Genus : Scomberomorus Species : Scomberomorus commerson (Lacépède, 1800)

015


Set DevilCraft Fishing Pro-staff Keciq Reel : DC IguanaX 3000HS Rod : DC Light Monster Jigging P.E 0.8-1.5 Line : Hinotsu Senshi Multicolour P.E 2.5 (main line) Hinotsu Strong Flex SF-1 50LB (leader line) Jig : Santec Sparrow Green Yellow 55gram

016




DUEL HARDCORE

HEAVYSINKING MINNOW 50MM

Direka khas untuk aktiviti mengilat jarak jauh tidak kira bagi lontaran laju atau perlahan. Sistem Magnetic Weight Transfer menjadikan gewang sentiasa berada dalam keadaan stabil semasa lontaran dilakukan dan ketika berada di dalam air meskipun memiliki berat yang ringan.


WEIG HT

MAGNET

SISTEM MAGNETIC WEIGHT TRANSFER


SUNTING BARRACUDA

PULAU BIDAN


LOKASI : PULAU BIDAN, YAN KEDAH PRO-STAFF : PANJANG


da

) (Ba u l G i g i i k a n a lu - a

rr

u ac

SERANGAN ALU-ALU

Tali putus secara tiba-tiba meskipun tidak berasa sebarang sentapan atau cagutan ikan, anda perlu tahu kebiasaannya spesis Alu-Alu (Barracuda) merupakan penyebab utama berlakunya situasi tersebut. Ini kerana giginya yang tajam seakan-akan spesis Tenggiri menjadikannya musuh dalam selimut utama kepada kaki pancing yang cuba menerjah ke kawasannya. 023


TEKNIK PEMANCINGAN

Ikan alu-alu boleh dipancing dengan pelbagai teknik termasuklah trolling atau menunda. Teknik trolling boleh dikatakan sebagai teknik yang paling bersahaja kerana kurang mengerah tenaga tidak seperti casting atau jigging. Tetapi kali ini kelainannya adalah dengan menggunakan kayak dimana kelajuannya bergantung kepada kekutan dayungan anda. 024


Spot Alu-Alu /

Barracuda Untuk menduga Alu-Alu yang boleh diklasifikasikan sebagai ganas, mana-mana pemancing yang berkunjung ke sini perlu memberikan fokus kepada kawasan perairan di bahagian belakang Pulau Bidan. Struktur batu yang lebih banyak di bahagian tebing selain mampu menghasilkan percikan air apabila di hempas ombak menjadikannya sebagai taman permainan terbaik buat spesis Barracuda. Kebiasaannya Barracuda bersaiz 2kg ke atas akan bermain di kawasan ini selain memburu anak ikan yang terkandas selepas di hempas ke kawasan batu.

025


Kawasan ini juga turut di huni oleh beberapa spesis lain termasuk Gerepoh (Giant Trevally) atau nyioq-nyioq untuk berat bawah 2kg bagi panggilan pemancing sebelah utara. Sebagai peringatan untuk berdepan kedua-dua spesis yang mana sifatnya juga sama dan terkenal dengan pecutan laju disebabkan ekornya berbentuk “V”, anda perlu berwaspada kerana sekali sentapan ganasnya mampu membuat anda berputih mata jika tidak mempersiapkan peralatan yang terbaik.

026


Set DevilCraft Fishing Pro-staff Faiz Panjang Rod: DC Black Pearl Bass Game 8-20LB Line: Kirin Assasin-X 30LB (mainline) Hinotsu Strong Flex SF-1 50LB (leader line) 027


Teknik Trolling

Pacak joran berukuran 6 kaki atau 7 kaki, dibelakang kayak dan lepaskan tali joran kira-kira 10m – 15m. Kayuh kayak berlawanan ombak /arus untuk menghasilkan aksi gewang yang terbaik. Jika terima cagutan, biar untuk beberapa saat sebelum melakukan sentapan.

Gewang

Antara yang efektif: gewang minnow 110M anggaran selaman 3 meter. Pilih warna gewang seakan-akan warna ikan belanak seperti perak (silver), emas dan hijau.

TAKSONOMI (ALU-ALU) Keluarga: Sphyraedinae Nama Lain: Kekacang, Kacang-Kacang, Tenuk Ciri Fizikal: Badan berbentuk selinder bulat memanjang dan leper di bahagian ekor. Mulut tirus dan di barisi gigi tajam yang kuat. Diet: Ikan, sotong, udang. Habitat: Kawasan persisiran pantai dan luar pantai berkarang, kuala sungai dan pulau. Taburan: Semenanjung, Sabah dan Serawak. Laut China Selatan hingga selatan laut Pasifik. 028




LOKASI : TAMAN REKREASI AIR HITAM,SUNGAI DUA, BUTTERWORTH. PEMANCING : PANGLIMA HITAM



Spesis Tarpon atau Bulan sememangnya terkenal dengan aksi akrobatiknya di kawasan permukaan air. Kebolehannya melambungkan badan tersebut membuatkan kaki casting tidak keruan untuk merasai nikmat berdepan dengannya apabila menemui spot terbaik.

033


Meskipun kelihatan galak bermain di permukaan air tetapi kebiasaannya spesis ini akan “jual mahal” dan bukan jenis yang rembat apa sahaja gewang yang lalu depan mata. Kawasan permukaan air menjadi taman permainan utamanya ekoran sifatnya yang suka menghirup / mengambil udara terutamanya waktu awal pagi dan lewat petang. Untuk menjeratnya, sebolehnya guna gewang permukaan berkilat atau cerah dan saiz biarlah bersesuaian seperti dalam anggaran 3inci untuk penggunaan softplastic. Elakkan gewang yang terlalu besar kerana spesis ini kebiasaannya kurang dari 2kg jika anda berkunjung ke spot ini.

034


Jangan gopoh ketika strike kerana Tarpon jarang membawa tali masuk ke kawasan reba atau kayu sebaliknya akan melakukan aksi akrobatik di kawasan terbuka untuk melepaskan diri. Set pancing ringan sudah memadai untuk merasai kerakusan sambaran Tarpon, tapi hook perlu kuat dan tajam kerana aksi akrobatiknya dipermukaan ketika strike seringkali membuatkan kaki pancing kecewa.

Set DevilCraft Fishing Panglima Hitam Reel : DC Cetus Trinity 1000H-SW Rod : DC Black Pearl Finesse Game 2-6LB 035


TAKSONOMI (tARPON) Kingdom : Animalia Phylum : Chordata Class : Actinopterygii Superorder : Elopomorpha Order : Elopiformes Family : Megalopidae (D. S. Jordan, 1923) Genus : Megalops (Valenciennes, 1847) Species : M. atlanticus / M. cyprinoides Binomial name: Megalops atlanticus Valenciennes, 1847) / Megalops cyprinoides 036


BERAKSI TANPA KOMPROMI


Direka khas untuk aktiviti mengilat jarak jauh tidak kira bagi lontaran laju atau perlahan. Sistem Magnetic Weight Transfer menjadikan gewang sentiasa berada dalam keadaan stabil semasa lontaran dilakukan dan ketika berada di dalam air meskipun memiliki berat yang ringan.



KOMUNITI


INFO SPESIS GT Giant Trevally (GT) atau Gerepoh yang boleh dikatakan raja terumbu karang mampu menguji adrenalin kepada pemancing yang berdepan dengannya. Spesis yang mempunyai sirip pektoral lebar dan panjang serta sirip kaudal besar berbentuk “V” membuatkan kemampuan pecutan lariannya yang luar biasa terutama ketika gewang tersangkut dimulutnya. Jika anda berada dalam situasi ini, kawalan drag memainkan peranan sangat penting bagi mengelakkan GT. meluru ke kawasan karang untuk menyelamatkan dirinya dengan memutuskan tali anda.

041


DIET GEREPOH (GT) Anak ikan kecil dan masih berstatus juvenil merupakan sumber makanan utama buat spesis GT. Untuk aktiviti memancing, umpan hidup yang digunakan antaranya adalah: Bilis Anak tamban hidup Udang hidup (kawasan hampir muara / pesisir ) Anak ikan kekunyit Anak selar Anak kembung

042


Habitat GT

Gerepoh yang telah mencapai dewasa atau matang dalam sekitar usia 3-4 tahun dipanggil “GT kerbau”, spesis ini menjadikan kawasan terumbu karang, pulau berbatu atau tukun sebagai habitat utamanya. Pada usia ini, kebiasaannya akan bergerak secara “solo” berbanding saiz kecil. Spesis ini lebih aktif ketika air mempunyai arus kerana ketika ini sesuai baginya untuk mencari makanan dan memburu anak ikan.

043


TIPS

PEMANCINGAN DASAR :

Gantungkan sedikit umpan sebaik sahaja mencecah dasar kerana kebiasaannya GT bermain di pertengahan air dan jarang rapat ke dasar.

Habitat ikan ini berpecah mengikut saiz. Bagi yang masih berstatus juvenil dan anggaran bawah 5kg mudah ditemui di kawasan persisir pantai atau laut cetek. Ada juga kaki pancing boleh temuinya di kawasan muara apabila air pasang untuk melakukan serangan hendap ke atas anak-anak ikan yang turun dari kawasan sungai. Di kawasan ini, kebiasaannya kaki pancing biasa daratkan GT dengan anggaran berat 2kg.

044


WARNA DAN CORAK Warna badan GT secara asasnya adalah putih, perak sehingga ada kalanya kehitaman jika usianya telah mencapai dewasa. Bahagian siripnya, sesekali anda dapat lihat ia seperti keemasan. Corak yang jelas boleh hadir terutama pada bahagian belakang badan. Ini sering terjadi jika ikan ini mempunyai warna belakang badan yang lebih gelap berbanding bahagian lain, kontra warna akan mewujudkan garisan perak cerah dan akan kelihatan corak bintik kehitaman pada badannya.

045


TAKSONOMI Kingdom: Animal Phylum: Chordata Class: Actinopterygii Order: Perciformes Suborder: Percoidei Superfamily : Percoidea Family: Carangidae Genus: Caranx Species: Caranx ignobilis (Forsskål, 1775) Nama lain: Gerepoh, Giant Trevally, GT

046







Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.