JULAI
2009
www.mileniamuslim.com.my
33
10
42 17 01 BINGKISAN Dunia IPT yang Berbeza Bersediakah Kita Sidang Sharm el-Sheikh: Satu Persoalan Menggalak Anak Membaca Menjana Pelajar Cemerlang Kuala Pilah Dahulu & Sekarang
6 6 7 8 9
10 14 18
06 PADA HEMAT Ilmu Mengurus
24 60
12 IQRAQ
34
08 SILATURRAHIM AzmiTidakJemuMencariAyah 38 40 IMAGNIA Rai Warga Kerja
Rohingya:ASEAN&Demokrasi 42 Myanmar
10 PEGANGAN Poligami: Nasihat untuk Adik 44
Persatuan Penerbit Majalah
48
“Kuasa”lelaki terhadap wanita 50
07 MATO-MATO MEDIA
Anggota:
30
09 ANTARABANGSA 20
04 ISU Lelaki Tiru Gaya Wanita Yang Mana Satu?
Pelajar Galus Berjaya Tanpa Kasih Sayang Ibu Bapa
Antara Ah Long & Gosip Artis 36
03 BICARA MUFTI Ulama Berani Demi Kebenaran
11 FAKTA & ANGKA
05 KORPORAT
02 FOKUS Melayu Suka Berhibur? Jadikan Artis Idola Polimik Konsert Jom Heboh Hiburan Melalaikan Tidak Digalakkan
27
13 PEGANGAN As-Syeikh Nuruddin Pejuangkan PengajianTalaqqi 52
14 NOTA MAHASISWA PembudayaanSainsPrasekolah 55 Guru Suluh Kegemilangan 56 Remaja & Jenayah 58
15 UMMAH “Hukuman Sivil Tidak Sama Hukuman Syariah” Ulama & Aktiviti Penulisan 1MALAYSIA & Perjuangan Pertahankan Islam
62 66 84
Bil 83 JULAI 2009
74
62
88
77
6 SAINS & TEKNOLOGI Teknologi Hijau
23 BUKU & KRITIK 70
73 73
74
Hiburan Lawak Jenaka
27 SILANG KATA ISLAM
9 SAJAK Terima Kasih Ya Allah, Ya Tuhanku..!
Di Sebalik Keindahan Pulau Pangkor
75
28 AKHIR KALAM
Gelojoh Kuasa Bawa Padah
20 REVIU FILEM The Queens of Langkasuka
88
26 KERANA NILA SETITIK . . .
8 PUJANGGA Sifat Manusia Buas
83
25 KEMBARA
7 000 TAFSIR Ketelitian... Lapar dan dahaga...
Panduan Jadi Ibu
00 MUKA HADAPAN
76
94 95
96
Hiburan adalah salah satu keperluan dalam kehidupan manusia. Cuma, berhibur secara berlebih-lebihan, boleh memudaratkan. Ia boleh membuatkan seseorang itu leka dan mengabaikan kewajipan kepada diri sendiri, keluarga dan bangsa, lebih buruk lagi jika merekamelalaikantanggungjawab kepada agama. Bagi sesetengah masyarakatMelayu,hiburansudah menjadi sebahagian daripada kemestiandalamrutinkehidupan. Apabila ada saja pesta, konsert atau keramaian, mereka akan beramai-ramaimemeriahkannya.
2 SENAMAN Senaman Pernafasan Asmaul Husna
80
22 ADAB Melayu Mudah Terpengaruh 82
JULAI
2009
3
MEJA EDITOR
Mewujudkan Umat Islam Berilmu Perjuangan untuk menegakkan kebaikan, khasnya kepada masyarakat dan umat Islam, memerlukan satu jangka waktu yang panjang. Perjalanan yang jauh dan berliku-liku itu biasanya akan memberi pengertian dan kenikmatan yang lebih besar berbanding hasil atau pencapaian yang diibaratkan sekadar menunggu “bulan jatuh ke riba”. Namun, dalam dunia yang begitu pantas hari ini, umat Islam dilihat masih mengatur langkah untuk bertatih, sedangkan kaum dan penganut agama lain sudah berlari menuju ke garisan penamat. Pergerakan yang terlalu perlahan untuk mengejar kemajuan akan hanya menjadikan umat Islam lemah dan sentiasa berada di barisan belakang. Status “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan kaum-kaum lain, akan terus menjadi igauan. Ketika umat Islam mula belajar mengenai sesuatu teknologi, dunia sudah beralih kepada teknologi yang lebih canggih. Gerakan paling besar dan mulia dalam Islam ialah perjuangan rasullullah s.a.w. menegakkan Islam. Halangan dan rintangan yang baginda lalui tidak ada tolok bandingannya. Namun, baginda rasullullah s.a.w. tidak sedikit pun patah semangat. Hari ini, dari segi bilangan dan pengaruh, Islam sudah berada pada landasan yang cukup kukuh. Namun, umat Islam masih menghadapi dugaan paling ketara – sukar bersaing dengan kaum dan penganut agama lain dalam pelbagai bidang. Puncanya ialah ilmu yang dimiliki umat Islam tidak dapat menandingi kaum lain. Meskipun ada umat Islam yang membuktikan kemampuan mereka dalam bidang tertentu, tetapi bilangan mereka masih terhad. Selagi umat Islam tidak dapat menyaingi kemampuan ilmu yang dimiliki kaum lain khasnya dalam bidangbidang penting dunia seperti sains dan teknologi, umat Islam akan terus ketinggalan. Jika selama ini umat Islam bercita-cita untuk menjadi umat pencipta teknologi, tetapi jika masih bertelagah dalam hal remeh-temeh, lupakan saja hasrat untuk menjadi umat yang inovatif dan progresif.
Penaung Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad Yang Dipertua/Pengerusi Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) nakhaie@mmpcommunications.com Ketua Editor Kumpulan
Mior Kamarul Shahid Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com Wartawan Salawati Haris sal@mmpcommunications.com Dalia Ismail dalia@mmpcommunications.com Faizal Riduan faizalriduan@mmpcommunications.com
Pemangku Editor Editor Agama
Datuk Dr Abu Bakar Jaafar, Abu Bakar Ismail, Kurais Karim Abdullah, S.M. Zakir, Dr Sulaiman Dufford, Dr. Sidek Baba Penulis Kanan Dilyara Akmetova (Moscow), Mohd Sukki Othman, Dr Muhammad Nur Manuty, Nik Mahani Mohamed Penulis Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Feisal Tehrani, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Syarafuddin Sulaiman, Nabeela Naeem (Washington DC), Muhammad Uthman El-Muhammady Pengarah Seni Hanna Khairuddin hanna@mmpcommunications.com Pereka Grafik Jaztina Alias jazz@mmpcommunications.com Pereka Grafik Korporat Saiful Hanafi saiful@mmpcommunications.com Jurufoto Kanan Asraf Dahari ashraf@mmpcommunications.com Jurufoto Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan Naqiuddin Wan Yaacob, Jasman Md Noor Kolumnis
Penyelidik Foto
4
Arman Yusuf
Web Mohd Hafizi Md Tahir Pengurus Pemasaran
Omar Ahad omar@mmpcommunications.com
Eksekutif Produksi
Widya Natasya Md Salleh Ridzuan Besiri Eksekutif Pemasaran Nor Asreena Mohd Amin Penolong Pengurus Norizad Muhamad Zain Pengiklanan Eksekutif Jualan Azam Akbar Ramamam, Zakhwan Rizak, Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman Pengurus Produksi Khairi Ng Abdullah & Pengedaran khairi@mmpcommunications.com Eksekutif Pengedaran
Eksekutif Langganan
Penerbit
Pengurus Penerbitan
Rizal Abdul Rahman Mohamad Zairull Mohd Yusof ShahrulAzrin Shaharuddin Zulkeflee Abdullah Ridzuan Besiri
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA. www.yadim.com.my Tel: +603-2274 6077 Faks: +603-2276 2330 MMP Communications Sdn Bhd (146938-W) (dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd) (Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W))
68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425 Pencetak
Mior Kamarul Shahid
Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com
Times Offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
JULAI
2009
BINGKISAN
Dunia IPT yang Berbeza
B
agi yang menjejakkan kaki ke menara gading, hayatilah kata-kata pujangga ini – “Kecemerlangan tidak akan berulang dengan usaha yang sama”. Dalam konteks ini ia bermaksud, dunia persekolahan tidak sama dengan dunia Pusat Pengajian Matrik atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT), terutamanya IPT luar negara. Perbezaan sistem pengajian dan pembelajaran di IPT/Matrik dengan di sekolah berbeza ibarat langit dan bumi. Di peringkat sekolah, pelajar disuap dengan soalan serta skema jawapan. Pelajar menjawab berpandukan skema untuk mendapat markah penuh. Di bandar atau kampung, semuanya menggunakan kaedah yang sama. Itulah sistem pendidikan dan peperiksaan peringkat sekolah menengah berlandaskan
skema yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan negara. Jika pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar mengambil 10 hingga 20 mata pelajaran untuk tempoh dua tahun, pada peringkat IPT secara purata, pelajar mengambil lima hingga sembilan mata pelajaran bagi tempoh empat bulan saja. Ini adalah salah satu contoh sistem pembelajaran yang berbeza. Banyak lagi perbezaannya. Untuk berjaya, setiap pelajar perlu memahami sistem pengajian di IPT secara menyeluruh. Pelajar akan berjaya jika memahami dan cepat menyesuaikan diri dengan sistem pengajian di IPT. Sistem dan perjalanan kelas, sistem peperiksaan dan sistem graduan perlu difahami oleh pelajar. Pelajar perlu mendampingi pensyarah untuk mengetahui kae-dah perjalanan setiap mata pelajaran. Pemarkahan ditentukan
oleh pensyarah. Sistem semester selama empat bulan menuntut pelajar memberi fokus sepanjang tempoh berkenaan. Soalan peperiksaan sudah berubah daripada mempunyai skema kepada bentuk menganalisis, menerangkan atau membahaskan jika soalan berbentuk subjektif. Kuliah yang pantas memerlukan pelajar bersedia sebelum kuliah dan soal jawab boleh diutarakan semasa kuliah atau sesi tutorial. Waktu kosong pensyarah perlu digunakan untuk temu janji bagi bertanya masalah pelajaran. Terdapat pelajar yang gagal atau terencat kecemerlangannya apabila mereka tidak faham dengan kehendak sistem di IPT. Pelajar perlu berjumpa juga dengan penasihat pelajar yang bagi menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Penasihat pelajar akan menasihati pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran mereka. Senior yang cemerlang (bukan yang sederhana) juga dapat membantu pelajar yang bermasalah. Persekitaran belajar di IPT begitu menyeronokkan. Pelajar perlu menggunakan waktu bukan setakat menambah ilmu akademik saja tetapi juga meneroka segala kemahiran dan peluang. Pertajamkan kebolehan sama ada berbentuk soft skill atau hard skill. Gunalah peluang ini sebaik baiknya untuk menyiapkan diri menjadi pemimpin masa depan yang cemerlang di samping berbakti kepada agama dan bangsa. Azhar Mohammad 4935A Jln Sg.Keladi Kota Bharu, 15300, Kelantan azhar_berek12@hotmail.com
Sidang Sharm el-Sheikh: Satu
persoalan
su Palestin di Gaza yang dulu hangat diperkatakan kini semakin menyepi. Bagaimana pun, bumi Palestin tetap tidak pernah sunyi daripada pelbagai isu dan perancangan pihak yang mempunyai agenda tertentu. Selepas melalui episod perang yang boleh dikatakan pembunuhan beramai-ramai terbesar abad ini, sekali lagi rakyat Gaza terpaksa menghadapi perang psikologi yang bukan saja disertai Israel tapi juga negara-negara lain. Tragedi yang memusnahkan kira-kira 4,000 buah rumah kediaman dan mengorbankan lebih 1,300 rakyat Palestin mengheret Gaza ke satu lagi episod perjuangan iaitu pasca perang di Gaza. Persidangan Sham el-Sheikh yang berlansung Mac 2009 menjadi titik tolak pembinaan semula Bandar Gaza
pembangunan Gaza sebagai fokus utama, tapi lebih kepada gula-gula untuk memujuk rakyat Palestin mengadakan genjatan senjata kepada perang yang sebenarnya dicetuskan oleh Israel sendiri dan untuk terus tunduk kepada kekejaman Israel. Akhirnya, seperti seorang budak kecil, Gaza terus cedera dibelasah oleh Israel. Pembuli itu pula terus dibiarkan membelasah tanpa apa-apa tindakan atau hukuman dikenakan ke atasnya. Semoga Rakyat Palestin terus kuat dalam menghadapi episod-episod perjuangan dan umat Islam akan terus bersatu dalam membantu bumi Isra’ mikraj ini.
I
baru. Persidangan yang dirasmikan oleh Presiden Hosni Mubarak itu, turut dihadiri oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Rodham Clinton. Dari satu sudut pandang, ini adalah petanda positif yang menunjukkan meningkatnya kesedaran masyarakat dunia terutama negara-negara Islam kepada isu Palestin. Namun dari sudut berbeza, persidangan Sharm el-Sheikh ini mencetuskan beberapa persoalan dan kekaburan kepada matlamat hala tuju sebenar persidangan. Lebih menyedihkan, pergerakan HAMAS yang mentadbir Genting Gaza tidak dipanggil untuk menyertai sidang berkenaan. Boleh dikatakan persidangan Sharm el-Sheikh ini bukanlah menjadikan
Mashitah Abdul Muthalib. Timbalan Presiden 3, Majlis Perwakilan Pelajar, UIA.
Menggalak
Anak Membaca
M
emupuk budaya amalan membaca perlu bermula dari peringkat kanak-kanak. Ia seharusnya bermula sewaktu bayi berada dalam kandungan ibu. Ibu mengandung memang digalakkan membaca buku. Islam menggalakkan seseorang ibu mengandung membaca surah-surah pilihan daripada al-Quran. Ia bertujuan untuk merangsang pertumbuhan minda anak-anak. Secara simboliknya budaya membaca itu diterapkan sejak kanak-kanak itu belum pun lagi melihat dunia. Penerapan budaya sukakan aktiviti membaca juga harus bermula menerusi dorongan ibubapa. Amalan memberi hadiah patung atau barang-barang permainan kepada anakanak perlu ditukar kepada buku. Ibu bapa perlu membawa anak-anak ke kedai-kedai buku berbanding kedai-kedai yang menjual barang-barang permainan kanak-kanak sewaktu membeli belah. Amalan membaca buku di kalangan kanak-kanak tidak seharusnya bermula setelah mereka pandai membaca. Ia harus bermula seawal umur tiga tahun dengan memperkenalkan mereka kepada kad huruf bergambar. Latihlah mereka mengenal huruf dan menyebut beberapa patah perkataan berdasarkan kad bergambar yang berwarna-warni. Ini akan merangsang perkembangan minda kanak-kanak. Selain itu amalan mendodoikan anakanak dengan lagu-lagu pop dan kurang berunsur pendidikan haruslah dihentikan. Ia boleh ditukar dengan pembacaan cerita nasihat yang lebih memberi manfaat. Banyak buku-buku cerita kanak-kanak di pasaran yang sesuai diperdengarkan kepada anak-anak. Cerita yang didengarkan kepada anak-anak boleh merangsang minda mereka seterusnya menanamkan kecintaan kepada buku. Bawalah anak-anak ke pameran-pameran buku. Berikan mereka kebebasan memilih bahan bacaan yang disukai. Cara ini dapat menerapkan minat mereka terhadap buku. Penerapan minat membaca di kalangan kanak-kanak berkait rapat dengan pemilihan bahan bacaan yang betul. Kanakkanak di peringkat sekolah rendah sudah membentuk beberapa hobi dan minat di
dalam minda mereka. Mereka sukakan buku-buku mengenai pengembaraan, lawatan, cerita penyiasatan dan sebagainya. Manakala buku-buku sejarah dan mitos membantu mereka memahami persekitaran. Ia merangsang imaginasi mereka ke suatu tahap pengembaraan yang tidak terbatas. Penerapan nilai-nilai murni seperti erti persahabatan, kepimpinan yang diambil daripada pembacaan akan membantu proses kematangan. Kelekaan membaca boleh mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan aktiviti yang tidak menguntungkan. Membaca majalah di kalangan kanakkanak juga boleh mampu memberi impak. Membaca majalah boleh merangsang minat kanak-kanak. Ini kerana majalah menyediakan beberapa ruangan yang diminati oleh kanak-kanak. Kaedah lain untuk menggalakkan anakanak suka membaca ialah menggalakkan mereka mengunjungi perpustakaan. Kewujudan perpustakaan daerah dan desa sepatutnya membantu usaha menggalakkan budaya membaca. Cuma, usaha promosi perlu digandakan ke tahap maksimum. Penambahan keahlian perlu digerakkan di kalangan murid sekolah.
Malah, budaya membaca di perpustakaan ini sepatutnya menjadi agenda keluarga dimulai dengan ibubapa. Kempen saja tidak mencukupi selagi ibubapa tidak menyokong penuh usaha galakan membaca di kalangan kanak-kanak. Bagi memperkasakan usaha murni itu, usaha untuk mewujudkan perpustakaan mini di rumah perlu diberi perhatian. Perlu ada usaha untuk mewujudkan pusat sumber mini di rumah demi untuk anakanak mencintai buku. Menyediakan satu ruangan kecil di rumah untuk membaca boleh menjadi gelanggang mengasah bakat anak-anak, selain menjadi sudut ilmu seisi keluarga. Galakan membaca untuk kanak-kanak memerlukan komitmen semua pihak. Ibubapa pasti menjadi guru utama ke arah merealisasikan usaha itu. Guru-guru adalah tulang belakang mendorong minat kanak-kanak untuk membaca. Penulis dan penerbit buku pula perlu berusaha menghasilkan buku atau bahan bacaan yang bermanfaat. Ruzain Syukur Mansor Tanjung Karang Selangor JULAI
2009
BINGKISAN
Menjana Pelajar Cemerlang
K
ejayaan cemerlang Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini membuka mata banyak pihak. Kejayaan ini begitu istimewa apabila dilihat dari latar belakang Nik Nur Madihah yang berasal daripada keluarga yang serba kekurangan, namun ia tidak dijadikan sebagai alasan dan penghalang untuk beliau mencapai kejayaan. Pelajar cemerlang SPM tahun 2008 ini mendapat 20A (19A1 dan 1A2) dan ini adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan. Ini membuktikan bahawa material bukanlah motivasi utama untuk pelajar memperoleh kecemerlangan akademik. Motivasi di dalam pembelajaran adalah salah satu daripada aspek yang cukup penting untuk mendorong seseorang pelajar berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan akademik. Motivasi dapat didefinisikan sebagai pendorong
yang wujud dalam diri manusia yang juga akan mempengaruhi cara seseorang itu bertindak. Motivasi juga dapat diertikan sebagai kekuatan dari dalam diri individu yang mendorong untuk membuat sesuatu perkara. Dari perspektif psikologi pula, motivasi ditakrifkan sebagai satu proses yang kompleks melibatkan keadaan dalaman manusia iaitu naluri dan rangsangan, serta luaran individu iaitu perlakuan dan tindakan. Persoalannya, di manakah titik pertemuan di antara motivasi dan kecemerlangan akademik yang dapat membantu pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan? Adakah hanya dengan bermotivasi sudah cukup untuk menjadi daya penggerak dan pemangkin bagi mencapai keputusan yang diharapkan? Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Malaya (UM), kecemerlangan akademik dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti mendapat perhatian penuh i ibu bapa dan tenaga pengajar, sifat kendiri yang tinggi dan bermotivasi tinggi untuk berjaya. Di samping itu, faktor disiplin diri, suasana pembelajaran yang kondusif, pengurusan masa yang baik dan kekerapan mengulang kaji pelajaran juga memainkan peranan dalam membantu pelajar memperoleh keputusan akademik yang cemerlang. Seorang penulis barat pula menyatakan bahawa kejayaan ataupun kegagalan seseorang pelajar itu banyak bergantung kepada komitmen pelajar, ibu bapa dan juga guru. Pihak ibu bapa dan guru perlulah menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dalam memastikan pelajar bermotivasi untuk berjaya. Bagaimanapun, faktor-faktor ini tidak akan dapat membantu pelajar sekiranya mereka sememangnya tidak bermotivasi untuk belajar dan menyebabkan mereka kehilangan fokus sewaktu sesi pembelajaran dijalankan. Kesan pengaruh buruk di sekeliling mereka seperti pengaruh rakan sebaya dan juga penglibatan dalam masalah-masalah sosial adalah faktor yang menyumbang kepada hilangnya motivasi untuk belajar. Dari sudut pandangan Islam pula, punca utama seseorang itu bermotivasi tinggi bukan saja disebabkan oleh tubuh badan yang sihat, tetapi bergantung pada ketenangan hati. Hati yang tidak tenteram menandakan hati itu sebenarnya tidak sihat. Firman Allah s.w.t.: “Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)� (Al-Baqarah:10) Hati sebegini bukan saja membuatkan pelajar tidak fokus kepada pelajaran dan tidak bermotivasi untuk berjaya, malah masalah ini akan menjadi lebih serius sekiranya ia mendorong pelajar terjerumus dalam gejala negatif seperti pengambilan dadah, meminum minuman keras, pergaulan bebas dan sebagainya. Menurut Imam Al-Ghazali, sebelum seseorang pelajar itu mendalami ilmu, dia mestilah terlebih dahulu membersihkan jiwanya daripada kecenderungan dan peran-
gai yang buruk. Ini kerana ilmu itu tempatnya di hati. Seandainya seseorang pelajar mempunyai perangai yang buruk, mereka mungkin berkeupayaan untuk memperoleh ilmu, tetapi ia tidak akan dapat menuai faedah yang terhasil daripada ilmunya. Pada dasarnya, punca utama hati menjadi tidak tenteram dan tidak sihat adalah kerana meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan melakukan apa yang ditegah olehNya. Hati sebegini juga disifatkan sebagai hati yang keras, sebagaimana yang disabdakan oleh rasulullahlah s.a.w. yang bermaksud: “Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah adalah mereka yang berhati keras.” (Hadis riwayat At-Tarmizi). Setiap penyakit memerlukan penawar, begitu juga hati. Hati yang tidak sihat memerlukan penawar yang cukup ampuh untuk menyihatkannya. Penawar yang terbaik adalah dengan menghadirkan ingatan yang berterusan kepada Allah s.w.t. serta memperbaiki hubungan denganNya. Allah s.w.t. berfirman “Sesungguhnya beruntunglah
orang yang membersihkan diri (dengan taat dan beramal soleh ). Dan dia mengingati nama tuhannya lalu dia sembahyang.” (Al – A’laa: 14 - 15). Seorang penyelidik pula menganjurkan bahawa suasana yang harmonis dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dan hubungan manusia sesama manusia akan timbul sekiranya kehidupan mereka berpaksikan kepada ajaran tauhid. Manusia pasti akan dapat memahami hakikat budaya ilmu dengan baik dan dapat mengekalkan identiti dan fungsi ilmu yang sebenar iaitu sebagai alat yang boleh membawa kepada kebenaran. Ketenangan hati akan mendorong pelajar untuk tidak melakukan perkara yang dianggap sia-sia. Pengaruh hati yang baik akan dapat membantu mereka bermotivasi dan memberi tumpuan yang penuh kepada pelajaran. Kaedah Islam ini akan dapat membantu usaha kerajaan dalam membentuk modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan juga pembinaan jati diri
yang tinggi serta sifat tawadhu’ yang dapat menetapkan satu hala tuju, iaitu kearah pembinaan pelajar yang cemerlang rohani dan jasmaninya. Harnizam Zahari Razlan Adli Zain UiTM Terengganu
Buku ini adalah tajaan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd (www.pts.com. my atau 03-4142 7413/16)
Kuala Pilah Dahulu & Sekarang
17
Ogos 2006, adalah hari pertama saya bertugas di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan, Cawangan Kuala Pilah. Kerap kali orang bertanya Negeri Sembilan ada UiTM ke? Di mana letaknya UiTM Negeri Sembilan? Sehingga hari ini, sudah dua tahun setengah saya berulang alik dari Melaka ke Kuala Pilah. Namun apa yang ingin disampaikan di sini ialah mengenai pekan Kuala Pilah. Bagi saya, keadaan fizikal di sini sama saja sejak mula bekerja sehinggalah ke hari ini. Tidak banyak yang berubah. Keadaan jalan yang sama dengan kemudahan asas yang tidak seberapa dibandingkan dengan bandar-bandar kecil yang lain. Kedai-kedai juga tidak banyak yang beroperasi, jauh sekali gedung membeli belah. Kedai makan pula boleh dikira
dengan jari, tidak banyak pilihan. Harganya pula seperti harga makanan di kedai makanan segera. Yang peliknya elaun sara hidup bagi kakitangan kerajaan yang bekerja di sini hanyalah RM100. Mungkin sedikit kajian perlu dibuat dalam membuat justifikasi elaun sara hidup bagi kakitangan awam rakyat Malaysia. Pengalaman dalam membuat soal selidik dan temubual dengan penduduk dan peniaga tempatan di Kuala Pilah sewaktu menjalankan Kajian Impak 2007/2008 (kerjasama dengan semua cawangan UiTM di Malaysia) juga memberikan saya ruang untuk menyelami masalah penduduk dan peniaga tempatan di sini yang dahagakan pembangunan. Memetik soalan temubual Milenia Muslim kepada Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan
Negeri Sembilan (sekarang bekas) dalam Milenia Muslim Bil.78, terdapat ramai orang Negeri Sembilan yang handal-handal dan berjaya di Kuala Lumpur, rumah bertingkat-tingkat tetapi apa sumbangan mereka kepada surau dan masjid di kampong mereka? Terdetik juga di hati saya, apa pula sumbangan saya kepada pembangunan di Kuala Pilah? Sekarang, keadaan sudah jauh berbeza. Kuala Pilah bagi saya amat istimewa. Walaupun keadaan fizikalnya tidak berubah, tapi persepsi saya terhadapnya sudah jauh berubah. Semoga Kuala Pilah akan maju serba sedikit dengan adanya kampus tetap yang akan beroperasi tidak lama lagi. Staf UiTM, Kuala Pilah
Hantarkan pandangan dan cadangan anda kepada: Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap MILENIA MUSLIM.
e-mel: editor@mileniamuslim.com.my atau Ruangan Bingkisan Milenia Muslim. No. 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur.
JULAI
2009
9
FOKUS
Melayu Suka Berhibur
Jadikan artis idola Oleh DALIA ISMAIL Foto YUSRI SHAKJEE
0
Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim... (Versi digital)
Milenia Muslim, - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh.
www.mileniamuslim.com.my
JULAI
2009 11
bicara mufti
Ulama Berani Demi
Kebenaran
Kalau merujuk kepada al-Quran dan hadis, ia ada menyebut supaya kita menyatakan kebenaran meskipun menyatakan kebenaran itu amat pahit. 20
Oleh SALAWATI HARIS Foto Yusri shakjee
U
lama mengeluh kerana sukar untuk mengatakan kebenaran terutamanya soal agama yang dikaitkan dengan politik. Oleh itu, ada antara mereka, termasuk mufti, menerima tekanan. Namun, demi agama, mereka tetap teguh dengan perkara yang berkaitan hukum yang sudah jelas dalam al-Quran dan hadis. Perbezaan pendapat adalah antara cabaran yang terpaksa diharungi oleh kebanyakan ahli agama. Milenia Muslim menemui mufti Pahang, Dato’ Haji Abdul Rahman Haji Osman di Jabatan mufti Negeri Pahang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan dan penjelasan mengenai beberapa perkara, antaranya cabaran mufti dan isu berkaitan institusi keagamaan.
Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim... (Versi digital)
Milenia Muslim, - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh.
www.mileniamuslim.com.my
JULAI
2009 21
MATO-MATO MEDIA
Along Dan Gosip Artis
P
Oleh MIOR KAMARUL SHAHID
endedahan media cetak dan elektronik pada 27 Mei 2009 mengenai tiga lelaki dizalimi seperti binatang dengan leher dan kaki mereka dirantai dan dikurung dalam lokap oleh ceti haram atau ah long, patut diberi pujian. Laporan seperti ini, lengkap dengan gambar, sepatutnya menjadi bahan yang sentiasa disiarkan oleh media untuk memberi tahu kepada masyarakat mengenai kepincangan dalam masyarakat Malaysia. Tidak ada perkara yang perlu dimalukan kerana ini adalah realiti yang berlaku di negara ini. Tidak kira kaum atau penganut agama mana sekali pun yang melakukan kesalahan, jika perbuatan buruk mereka memerlukan pendedahan, media tidak sepatutnya segan silu melakukannya. Walau pun menjijikkan, perbuatan seperti itu tidak boleh disembunyikan kerana ia akan ditakrif sebagai memberi perlindungan kepada manusia zalim ibarat hidup di zaman Jahiliah. Media sewajarnya bertanggungjawab 36
mendedahkan kegiatan buruk seperti ini hingga ke akar umbi. Apa yang membanggakan, selepas berita itu disiarkan, media terus membuat beritaberita susulan menjejaki mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu dengan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa. Sudah tentu, tindakan polis juga amat dipuji kerana memberi kerjasama sepenuhnya kepada media. Sebagai anggota masyarakat, mereka mengharapkan wartawan mengikuti setiap perkembangan dan tindakan yang dilakukan pihak polis untuk mengesan, menjejaki dan menangkap Ah Long yang menjadi onar dalam masyarakat hari ini. Mereka sanggup menjadikan wang sebagai pertaruhan nyawa manusia. Biasanya ah long memberi pinjaman kepada seseorang dengan mengenakan bayaran faedah atau bunga yang amat tinggi. Mereka mempunyai rangkaian samseng yang akan mendapatkan bayaran balik dengan apa cara sekali pun,
walau pun terpaksa melakukan jenayah. Berita yang boleh dianggap lengkap dengan maklumat itu, membuka mata banyak pihak, hinggakan pelbagai cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah itu. Media bukan saja mendapatkan maklumat berita daripada pihak polis, malah daripada lelaki yang menjadi mangsa Ah Long itu sendiri. Laporan itu terbukti menarik perhatian banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang negara terhadap ah long. Sebagaimana diharapkan oleh Dato’ Sri Najib, rakyat Malaysia akan sedar dan menjadikan kejadian itu sebagai iktibar kepada mereka untuk tidak sama sekali meminjam daripada Ah Long. Ada pihak mencadangkan institusi kewangan membantu golongan yang memerlukan bantuan dengan menyediakan kemudahan lebih longgar bagi mengelakkan mereka berurusan dengan ah long, khas-
Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim... (Versi digital)
Milenia Muslim, - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh.
www.mileniamuslim.com.my
JULAI
2009 37
REVIU FILEM
The
Queens Of
Langkasuka
Oleh S.M. Zakir
T
he Queens of Langkasuka filem Thailand diterbitkan dan diarahkan oleh Nonzee Nimibutr ini adalah filem yang mengangkat sejarah pemerintahan Raja-Raja Perempuan Pattani pada abad ke-16 dan ke-17 Masehi. Tajuk asal filem ini ialah The Queens of Pattani tetapi diubah menggunakan nama tua Pattani iaitu Langkasuka oleh faktor politik Thailand berhubung dengan pergolakan di Selatan Thailand. Skrip filem ini ditulis oleh Win Lyovarin, penulis yang memenangi dua kali anugerah S.E.A Write Awards iaitu anugerah penulisan yang paling berprestij di Asia Tenggara. Keberanian Nonzee menampilkan sejarah keagungan Melayu Pattani harus diberikan pujian. Kecenderungan Nonzee dalam menjengah suasana politik khususnya pergolakan Thai Buddha dengan penganut Islam khususnya orang Melayu di Selatan Thailand 76
menyerlahkan keinginannya yang kuat untuk menggunakan landasan budaya sebagai saluran untuk memahami manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Nonzee, adalah generasi pengarah muda Thailand yang melihat filem sebagai tipa atau model budaya. Di tangan Nonzee lahir filemfilem hebat Thailand seperti Nang Nak, Jan Dara, Bang Rajan dan sebagainya. Sebuah filem Nonzee iaitu Ok Baytong menyusur konflik di Selatan Thailand dengan melihat kepada sudut kemanusiaan antara penganut Buddha dan Melayu Islam. Nonzee juga mengarahkan filem bertajuk Toyol, mengenai budaya kepercayaan orang Melayu berkenaan makhluk hantu syaitan. Langkasuka adalah kerajaan Melayu tua yang wujud sejak awal abad Masehi lagi, iaitu sekitar tahun 80-100 Masehi. Kerajaan Langkasuka dikatakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian di Kedah yang dikenali juga sebagai kerajaan
Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim... (Versi digital)
Milenia Muslim, - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh.
www.mileniamuslim.com.my
JULAI
2009 77
SENAMAN
SENAMAN PERNAFASAN
ASMAUL HUSNA Oleh RAFLIS SABIRIN
Setelah memberi contoh gerakan senam dari gerakan kepala dan bahu, pada keluaran lalu, kali ini dilanjutkan kepada gerakan tangan.
80
GERAKAN TANGAN Pertama kita tetap berdiri lurus dengan kedua-dua kaki renggang sekitar jarak satu meter. Dalam hati kita tetap beri tumpuan membaca kalimat tauhid “ Laa ilaha illa Allah” sambil menarik nafas perlahan-lahan melalui hidung, dan menahan nafas seberapa mampu sambil menyilangkan kedua-dua belah anak-anak jari tangan, lalu menaikkannya ke atas sampai habis, kira-kira lapan kali hitungan naik dan turun sebagaimana pada rajah. Ulang gerakan senam ini tiga kali. Apabila hendak menghembus nafas, keluarkan melalui mulut. Apabila mengakhiri dari setiap satu gerakan senam, hendaklah akhiri dengan membaca kalimat takbir “ Allahu” menarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan tahan (ukuf ) nafas seberapa lama yang boleh, dan lafaz “ Akbar” mengeluarkan nafas melalui mulut.