Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengetua diiringi barisan tertinggi kepimpinan pelajar. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang. Hadirin diminta berdiri. (Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang) Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ikrar rukun negara. Untuk itu majlis dengan ini mempersilakan pengawas bertugas untuk mengetuai lafaz ikrar rukun negara. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar dipersilakan duduk. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.
Yang Berusaha Encik Wan Aziz Bin Megat Zainon Pengetua SMK Seri Balik Pulau Yang Dihormati Puan Hayati Binti Mohamed
Penolong Kanan Pentadbiran Yang Dihormati Encik Amran Bin Othman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Dihormati Puan Muzirah Binti Mohamad Penolong Kanan Kokurikulum Yang Dihormati Encik Abdul Naim Bin Ibrahim Penolong Kanan Pengurusan Tingkatan Enam Guru-guru Kanan Guru-guru seterusnya para pelajar sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasihNYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Minggu Apresiasi Bahasa sekali gus merangkumi perhimpunan mingguan sekolah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana diberi ruang dan peluang bagi merealisasikan pelancaran Minggu Apresiasi Bahasa pada pagi ini untuk sesi 2014. Dari Perlis puspa ku mohon, Puspa dipilis buat azimat; Tangan ditadah doa dipohon, Semoga majlis mendapat berkat.
Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Untuk itu majlis dengan ini mempersilakan saudara pengawas bertugas untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya. (Bacaan Doa) Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengalungkan ucapan terima kasih kepada saudara pengawas bertugas di atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini akan lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T Bismillah itu permulaan kalam, Dengan nama Allah Khalikul Alam, Berkat Muhammad Sayid Al-Anam, Memberi rahmat siang dan malam. Tirai majlis kita pada pagi yang berbahagia ini dimulakan dengan ucapan amanat daripada pihak pentadbir mahupun guru yang berhajat untuk menitipkan pesanan buat pendengaran bersama.
Untuk itu majlis dengan ini mempersilakan manamana guru yang ingin menyampaikan ucapan atau membuat pengumuman. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ucapan/Pengumuman guru) Di sini kita bermadah, Berkongsi ceritera indah, Mencoret tinta senyum dan gundah, Sementara nafas masih merekah... Hadirin, majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan istimewa sempena Majlis Perasmian Minggu Apresiasi Bahasa, Sek. Men. Keb. Seri Balik Pulau untuk tahun 2014. Dengan itu majlis mempersilakan _______________________________ yang bakal ______________________ berjudul _____________________________ . (Persembahan Pelajar) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________ di atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi. Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara. Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada Guru Kanan Bahasa SMK Seri Balik Pulau Sesi 2014. Untuk itu majlis mempersilakan Puan Zarina Binti Zainon untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. (Ucapan Guru Kanan) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Zarina Binti Zainon atas ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Selasih mekar di tengah desa, Mencelah sama kembang melati; Bahasa kebangsaan jiwa bangsa, Perpaduan disemai bersatu hati.
Melilit rotan di dahan Ara, Di celah angsana mekar sekata; Ucapan amanat Tuan Pengetua, Tampil mengisi madah berkata. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Wan Aziz Bin Megat Zainon, Pengetua SMK Seri Balik
Pulau untuk menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan Minggu Apresiasi Bahasa SMK Seri Balik Pulau untuk tahun 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ucapan Tuan Pengetua) Majlis mempersilakan Tuan Pengetua diiringi Guru Kanan Bahasa untuk upacara memalu gong sebagai simbolik perasmian Minggu Apresiasi Bahasa SMK Seri Balik Pulau untuk tahun 2014. Malis dengan ini mempersilakan. (Simbolik perasmian) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik Wan Aziz Bin Megat Zainon atas bingkisan ucapan dan kesudian merasmikan Minggu Apresiasi Bahasa 2014 sebentar tadi. Cincin suasa tersemat di jari, Hiasan tersohor DatoBahaman; Bahasa Kebangsaan indah terperi, Menjulang martabat zaman berzaman. Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga; Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa. Untuk pengetahuan para pelajar secara khusunya Pihak Panitia Bahasa Melayu telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang sambutan Minggu Apresiasi Bahasa pada tahun ini. Para pelajar boleh merujuk maklumat berkaitan aktiviti sama ada di papan bulletin atau langsung merujuk kepada mana-mana guru Panitia Bahasa Melayu. Diharapkan pelajarpelajar memberi sokongan dan kerjasama bagi setiap aktiviti yang telah dirancang. Seterusnya, para pelajar diminta bersedia untuk menyanyikan lagu sekolah dengan iringan muzik.
(Nyanyian Lagu Sekolah) Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara. Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Jejaran mengkudu bias kesuma Dicelah angsana di Kuala Sedeli Akhir di sini noktah bersama Di lain masa bersua kembali
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...