Minda Pengarang
Alhamdulillah sekali lagi bertemu kita di sudut ini penerbitan Buletin Tekno Media Edisi Pertama 2014. Penerbitan buletin edisi ini adalah berkisar kepada aktiviti yang dilaksanakan di sepanjang Suku Tahun Pertama 2014. Di awal Tahun 2014 ini, saya menyeru kepada semua staf pentadbiran, barisan pensyarah dan juga pelajar-pelajar untuk terus mempertingkatkan prestasi kerja dan akademik masing-masing demi kecemerlangan bersama. Warga KKTM PJ semua perlu terus berinovasi dan tidak jemu menyertai dalam sebarang pertandingan. Pihak pengurusan akan terus menyokong semua aktiviti yang menjurus kepada kebaikan dan berfaedah untuk kolej. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua staf yang telah berjaya dalam semua pertandingan yang disertai yang mewakili KKTMPJ diperingkat MARA mahu pun diperingkat kebangsaan. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah mencapai keputusan akademik lebih baik pada semester yang lalu. Syabas dan tahniah juga kepada staf yang telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 baru-baru ini. Tingkatkan perkhidmatan kita sebagai warga MARA dalam mendukung Visi dan Misi MARA di samping terus menghayati agenda yang digaris dalam Pelan Transformasi MARA.
HAJAH FADILAH SHUKOR
3
Kelolaan En. Mohd Fauzi Lazim
Hazard Biologi Hazard biologi adalah organisma atau hasilan organisma yang mendatangkan hazard kepada kesihatan manusia.
1. Bakteria. Bakteria adalah organisma mikroskopik yang hidup di dalam tanah, air, bahan organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan dicirikan oleh pelbagai saiz dan struktur serta ketidakupayaan untuk menjalankan proses fotosintesis. Contoh: Escherichia coli (E. coli), Mycobacterium tuberculosis (TB) dan tetanus. 2. Virus. Virus adalah sekumpulan patogen yang terdiri daripada asid nukleik sebagai struktur sel. Virus bergantung sepenuhnya kepada perumah mereka untuk berkembang biak. Contoh: selesema biasa, influenza, campak, SARS, Hantavirus dan penyakit anjing gila.
ďżźmould
3. Kulat. Kulat adalah mana-mana kumpulan utama tumbuhan rendah yang kekurangan klorofil dan hidup di atas organisma yang telah mati atau masih hidup. Contoh: kutu air, mould, rusts, mildew, smut, yis dan cendawan. Selain itu, adalah seperti: - sengatan / gigitan serangga;- alahan, contoh: kacang tanah, debunga, sengatan lebah; - tumbuhan / haiwan beracun, contohnya: poison ivy, ular tedung, belladona.
belladonna
yis
rust
poison ivy
E.coli
Selalu utamakan keselamatan dan
kesihatan 4
hanta virus
mildew
smut
Rujukan: [1] Health And Safety Authority. Hazard and Risk. http://www.hsa.ie/eng/Topics/ Hazards/ [2] Alberta. Work Safe Alberta Occupational Health and Safety Teacher Resources. http://humanservices.alberta.ca/documents/OHS-TeacherResource-Binder-Chapter01.pdf [2 Disember 2013]
LANJUTAN PENGAJIAN PELAJAR KE AUSTRALIA Pada 16 Feb 2014 baru-baru ini, 4 orang pelajar KKTM Petaling Jaya telah berlepas ke Australia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Bachelor of Engineering (Electrical and Electronic).
Nurfasya Fathin Binti Dahlan
Dua orang pelajar ditempatkan di University of South Australia (UniSA), Adelaide, Australia iatu Nurfasya Fathin binti Dahlan dan Mohd Rizuan bin Khalid, Mohamad Afiq bin Abdul Samad dan Muhamad Nizam bin Abdul Saen. Dua orang pelajar lagi melanjutkan pengajian di University of Queensland, Brisbane, Australia iatu Mohamad Afiq bin Abdul Samad dan Muhamad Nizam bin Abdul Saen. Semua pelajar-pelajar ini telah berjaya menamatkan pengajian di KKTM PJ dengan pencapaian akademik melebihi CGPA 3.5.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar‌..
Muhamad Nizam Bin Abdul Saen
Mohamad Afiq Bin Abdul Samad
5
Ke Arah Pengiktirafan Penuh MQA Pearson BTEC Level 5 HND Diploma In Electronic Engineering
$JHQVL .HOD\DNDQ 0DOD\VLD 0DOD\VLDQ 4XDOLILFDWLRQV $JHQF\
Lawatan Persediaan Audit Akreditasi MQA ke MJII Beranang
5 Mac 2014
Lawatan ini adalah bertujuan melihat langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak MJII dalam menghadapi Pengauditan Akreditasi MQA. Lawatan ini telah menyumbang bagi memantapkan persediaan KKTMPJ bagi menghadapi pengauditan sebenar oleh MQA.
Mock Visit Audit Akreditasi MQA oleh BKT
20 - 21 Mac 2014
Mock Visit atau Pra Audit MQA oleh pihak BKT ini adalah lebih kepada untuk mengenal pasti kekurangan dan kelemahan bagi menghadapi proses audit sebenar oleh MQA nanti.
Audit Akreditasi MQA: 2 - 3 April 2014 2 - 3 April 2012
Pengauditan sebenar Akreditasi MQA telah berlangsung selama 2 hari. MQA telah melantik 3 orang panel bagi melaksanakan Audit Akreditasi, iaitu: 1.
Prof. Madya Dr. Hashim Hizam (Upm)
2. Dr. Ahmad Hairi Bin Abu Bakar (Uitm Shah Alam) 3. Cik Rohaidah Kadir (Pegawai MQA) Proses pengauditan ini telah berjalan dengan lancar dan semua warga kerja dan pelajar KKTM PJ telah memberi kerjasama dan komitmen yang amat baik.
6
selamat datang ke kktm petaling jaya
Pendaftaran pelajar baru dan Minggu Silaturahim Sesi Jan - Jun 2014 Seramai 33 orang pelajar baru telah mendaftar termasuk 13 orang pelajar dari MRSM bagi mengikuti program Pearson BTEC Level 5 HND Diploma In Electronic Engineering. Seperti amalan kebiasaan, semua pelajar ini telah mengikuti program Minggu Silaturahim (MSR) selama seminggu di bawah kendalian Majlis Perwakilan Pelajar
7
Lawatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam Lawatan ini adalah sebahagian daripada program MSR yang melibatkan pelajar-pelajar baru dan Majlis Perwakilan Pelajar. Perpustakaan Raja Tun Uda adalah sebuah perpustakaan moden yang mempunyai konsep dan identiti tersendiri. Perpustakaan ini lebih berkonsepkan mesra pengguna dan ciri-ciri daya tarikan kepada segenap lapisan umur untuk datang ke sini.
Program Pemuafakatan SMK Meru bersama Institusi Latihan Kemahiran Majlis ini telah diadakan pada 24 Januari 2014 Program Pemuafakatan (Sekolah Angkat) ini di antara KKTM Petaling Jaya dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru adalah sebagai platform untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang akan dirancang dan dilaksanakan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama bagi mewujudkan jaringan informasi tentang peluang pendidikan kerjaya dan latihan kemahiran. Pemuafakatan ini juga memberi ruang dan peluang kepada KKTM Petaling Jaya untuk menyalurkan maklumat berkaitan program yang ditawarkan seterusnya membuka laluan yang lebih mudah dan terjamin kepada pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran.
8
Sambutan MauliduR rasul 1435H Peringkat MARA
27 Januari 2014: Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijriah Peringkat Ibu Pejabat MARA diadakan dengan penuh penghayatan melalui satu majlis yang dianjurkan. Antara pengisian sambutan tersebut adalah pertandingan perarakan yang disertai oleh warga kerja MARA. KKTM Petaling Jaya turut menyertai sambutan ini dengan menghantar kontinjen seramai 20 orang yang terdiri daripada kalangan staf dan pensyarah. Sambutan seumpama ini merupakan manifestasi MARA dalam menghayati kehidupan Rasulullah SAW untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan warganya.
Sambutan bermula dengan perarakan dan diteruskan dengan program pengisian di Tingkat 6, Primiera Hotel. Sebanyak 33 kontinjen terdiri daripada 1,000 orang warga MARA telah menyertai perarakan sempena sambutan ini. Bicara Santai serta Persembahan Keagamaan adalah antara pengisian program pada sambutan kali ini. Sementara itu, Program Bicara Santai yang diadakan mengenengahkan Imam Muda Taufiq.
Penyerahan dan Edaran
Baucar Buku BB1M Dalam Pembentangan Bajet Tahun 2014 pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan 1 telah mengumumkan pemberian BB1M bernilai RM250 kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT warganegara Malaysia. Penyerahan BB1M kepada pelajar-pelajar KKTM Petaling Jaya telah diadakan pada 28 Februari 2014. Seramai 195 orang pelajar telah menerima BB1M pada hari tersebut. BB1M juga telah diedar kepada pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri.
9
5S:
Pemantapan Lean Management Amalan 5S di KKTM Petaling Jaya ditambah baik dengan perlaksanaan Lean Management. Untuk perlaksanaan ini Lean Management dimantapkan dengan: • Seminar Lean Management oleh MPC • Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa 5S ke Air Asia & Creanova Lean 2014.
Penyertaan Pelajar KKTMPJ
di Strategic Thinking and Leadership Talk
Bersama Gary Kasparov Program ini adalah di bawah anjuran pihak ibu pejabat MARA yang telah berlangsung di Maju Junction pada 23 April 2014. Gary Kasparov adalah pemain catur dengan ranking dunia sebanyak 225 kali sejak 1986 hingga 2005. Menurut Kasparov permainan catur adalah satu permainan yang menjana minda ke arah pemikiran yang lebih berstrategik dan kecemerlangan. Pelajarpelajar telah diberi peluang bermain catur bersama Kasparov semasa program ini.
10
Forum on 21st Century Employability Skills:
Workplace Readiness & Workplace Success
Organised by Semester 5 Students
Students learned directly from alumni on the preparation for entering the job market. The forum held a strategic discussion on graduate employability and the alumni shared their work experiences. The forum proved to be an energising and engaging way to develop employability skills in a highly effective way among KKTM PJ students.
Employability skills or “soft skills” are the key to workplace success.
Professional Skills The general employability skills above help you to get hired and to keep any job. In addition, anyone who wants to advance in their careers and people working in higher-level jobs should have the following professional skills.
Employability skills allow you to: • communicate with coworkers • solve problems • understand your role within the team • make responsible choices, and • take charge of your own career
11
CERAMAH
PENCEGAHAN
RASUAH
Satu sesi ceramah berkaitan pencegahan rasuah telah diadakan di Dewan KKTM Petaling Jaya pada 14 April 2014. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Abd Latif bin Osman, Ketua Unit Integriti MARA. Ceramah ini adalah bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran tentang akibat dan bahaya dalam amalan rasuah dalam kalangan masyarakat. En. Abd Latif adalah seorang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipinjamkan untuk berkhidmat sementara di MARA.
AKTIVITI PROMOSI KOLEJ SMK Meru Klang, Selangor
SMK Kuang Selangor
SMK Jalan Kebun Kelang, Selangor
Flyers...sisipan dalam akhbar perdana
12
Malaysia International Robot Competition 2014 (MIRoC) Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan Malaysia International Robot Competitions (MIRoC) 2014 yang berlangsung pada 12 dan 13 April lalu di perkarangan Dewan Peperiksaan, Kampus UniMAP di sini. Pertandingan yang disertai lebih 40 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi dari dalam dan luar negara serta sekolah menengah seluruh Malaysia. Sebanyak empat kategori dipertandingkan pada MIRoC 2014 iaitu, Fire Fighting Robot, Rope Climbing Robot; Conquer Robot dan Rescue Robot. KKTM Petaling Jaya turut menyertai dengan menghantar pasukan yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar. Dua kategori disertai iaitu Conquer Robot dan Rope Climbing. KKTM Petaling Jaya berjaya mendapat pingat Perak untuk kategori Conquer Robot sementara Rope Climbing mendapat pingat Gangsa. Tahniah kepada Robotic Club KKTM PJ.
13
Gotong-Royong
Membina Gelanggang Pentanque Atas inisiatif sendiri kakitangan kolej telah bersamasama mengadakan gotong-royong bagi membina sebuah gelanggang pentanque pertama kolej. Pembinaan gelanggang ini bertujuan membuat persiapan kepada atlit pentanque ke temasya Sukan Kakitangan IKM & KKTM (SUKAT) 2014.
FUTSAL PERSAHABATAN 6 PENJURU Pasukan futsal KKTM PJ telah menyertai futsal persahabatan 6 penjuru bagi zon tengah anjuran Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT). Bertempat di GMI Bangi dan telah diadakan pada 8 Februari 2014 yang lalu. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada persiapan Kontinjen KKTM PJ menjelang sukan kakitangan IKM & KKTM (SUKAT 2014) di IKM Jasin.
14