Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) http://bantuansarahidup.my
Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 dengan nama yang baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).
Jumlah bantuan akan dikekalkan dan proses pembayaran Fasa Kedua bantuan akan dibuat mulai 6 Jun 2018 secara berperingkat kepada pemohon yang berjaya dalam permohonan pertama mereka.
Semakan status permohonan yang berjaya menerima pembayaran BR1M Fasa Pertama boleh disemak bermula 19 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, pemohon yang gagal dalam permohonan dan telah membuat rayuan yang ditutup pada 31 Mei yang lalu, LHDN akan melakukan proses terhadap rayuan yang dikemukakan oleh pemohon.
Pemohon boleh membuat semakan status rayuan mereka pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Status Kelulusan bantuan akan mengambil masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensiagensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Tarikh semakan keputusan mereka yang berjaya dalam rayuan BSHR akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Bantuan Sara Hidup Rakyat. Pemohon boleh membuat semakan status BSHR secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut. Cara semakan status kelulusan adalah mudah. Pemohon atau penerima hanya perlu log masuk laman aplikasi MyBSHR (Dahulunya MyBR1M).
BSHR (yang dulu dikenali sebagaikan BR1M) merupakan skim bantuan kewangan disediakan oleh kerajaan. BSHR dibayar tiga kali setahun kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. http://bantuansarahidup.my