Aa210 pengurusan dalam islam

Page 1

BAB 1: KONSEP PENGURUSAN ISLAM DEFINISI PENGURUSAN

Pengurusan dari segi Islam boleh ditakrifkan sebagai satu proses melakukan dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah sifat semula jadi dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan. Selain itu, sumber organisasi digunakan dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Ahmad Ibrahim Abu Sin mendefinisikan pengurusan ialah satu kajian ilmiah terhadap bakat, kebolehan dan kemahiran seseorang menjadi pengurus. Beliau menyenaraikan tiga pendapat sarjana lain a) Satu kajian ilmiah yang berpandukan kepada prinsip yang dirancang dari semasa ke semasa dan kemampuan seseorang pemimpin melaksanakan rancangan tersebut b) Satu bentuk kemahiran dan bakat mengurus c) Satu pengkhususuan yang berasaskan kepada prinsip dan peraturan tertentu. Taji seorang sarjana India mendefinisikan Pengurusan sebagai melaksanakan perintah dan menyelaraskan kegiatan bersama kelompok. Umar bin al-Khattab menjelaskan pengurusan sebagai melayan kehendak awam atau rakyat. Kesimpulan dasar pendapat sarjana di atas tentang definisi pengurusan boleh dikategorikan sebagai a) Kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat b) Sebagai pelaksanaan dasar pemerintahan untuk kebajikan awam atau rakyat c) Penyelaras antara agensi kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah diputuskan bagi mencapai matlamat Negara iaitu kebajikan dan keperluan awam.

Definisi Pentadbiran

Pentadbiran berasal daripada makna menjaga. Sesetengah tokoh menyatakan pentadbiran adalah menjaga atau menangani pentadbiran manusia menguruskan segala hal.ada yang mengatakan pentadbiran terdiri daripada penyelarasan tenaga manusia dalam urusan kerajaan supaya bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.


NAMA

PENDAPAT perkataan pentadbiran atau administration dalam bahasa inggeris dari segi bahasa latin iaitu amninistration yang membawa maksud pengurus.

Muhammad A. Al-Buraey

Pentadbiran sebagai mengurus dan mengawas manusia untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan.

Gladden

Proses pelaksanaan untuk mencapai sesatu matlamat atau menyelaras tenaga manusia agar mengikut perancangan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan

Muhammad Abd Rauf

Pentadbiran merupakan pentadbiran Negara secara sistematik untuk tujuan kebajikan dan memenuhi keperluan sosial

H.G Federickson

PERANAN TAUHID SEBAGAI ASAS PENGURUSAN Prinsip tauhid yang membawa kepada tiga perhubungan iaitu:

PRINSIP TAUHID

manusia dengan Allah

manusia dengan manusia

manusia dengan alam sekitar


i)

MANUSIA DENGAN ALLAH Perhubungan seseorang muslim dengan Allah SWT ialah kecintaan dan kepatuhan, kepercayaan penuh dan timbang rasa, keamanan dan penghargaan, kesetiaan dan ibadah yang berterusan. Perhubungan ini bebas daripada perantaraan dan dijelaskan dengan nyata menerusi ayat berikut :

Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati. ( al-Taghabun 64:4) Dalam perniagaan, perhubungan ini sentiasa memantau setiap aktiviti perniagaan. Seseorang harus mengambil kira bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan tindakan manusia sama ada tindakan tersebut bersesuaian dengan undang-undang dan peraturan Islam ataupun tidak. Organisasi perniagaan Islam tidak mempunyai pilihan melainkan daripada mematuhi panduan dan undang-undang muamalah Islam serta nilai-nilai etika Islam untuk mencapai keberkatan

ii)

MANUSIA DENGAN MANUSIA Dengan adanya hubungan yang baik dengan Allah SWT hubungan manusia sesame manusia seharusnya disemai dengan nilai-nilai kepercayaan,kebenaran,ketegasan,keadilan,menghormati undang-undang, kebaikan,toleransi dan lain-lain. Orang Islam perlu membina kesedaran social yang baik dan memupuk perasaan ambil berat , bersikap pemurah kepada orang yang berada di bawah tanggungannya serta memenuhi keperluan asas mereka.Dalam perniagaan, ketua mestilah menghormati hak semua orang seperti pemegang saham, pekerja,pembekal alam sekitar dan sebagainya. Tindakan seseorang Islam terhadap orang-orang lain mestilah dalam bentuk amal salih yang menjadi kunci kea rah pencapaian kejayaan.

iii)

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Alam sekitar merupakan medan penerokaan dan menjadi objek untuk dinikmati oleh orangorang Islam. Perlindungan ke atas alam sekitar seperti mana penggunaan sumber-sumber semulajadi untuk tujuan perniagaan sepatutnya dilakukan dengan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Tanggungjawab social korporat Islam menuntut agar tidak ada kemusnahan yang dilakukan terhadap alam sekitar semasa proses pembanguan ataupun penggunaan sumber alam. Ahli perniagaan Islam adalah diharapkan untuk memelihara dan melindungi persekitaran semulajadi mereka.Firman Allah SWT:


(Al-A’raf

KONSEP AL-ISTIKHLAF PERBANDINGAN PENGURUSAN ISLAM DAN BARAT

MODEL PENGURUSAN ZAMAN RASULULLAH SYURA DAN KERJASAMA Nabi Muhammad sentiasa berunding dan meminta pendapat daripada orang-orang yang bijak pandai, kuat iman, warak serta orang-orang yang bersemangat untuk memperkembangkan Islam. Majlis Syura pada masa itu terdiri daripada tujuh orang daripada golongan muhajirin dan tujuh orang daripada kalangan ansar. Mereka ialah Hamzah, Jaafar, Abu Bakar, Umar, Ali, Ibnu Masud, Salman, Ammar, Khuzaifah, Abu Zar, Miqdad dan bilal. Mereka dinamakan Nuqaba yang bermaksudorang yang menjadi ketua. Ini kerana mereka sanggup mengislamkan kaum mereka. PENYUSUNAN DAN PEMBAHAGIAN TUGAS Nabi Muhammad melantik Ali bin Abi Talib sebagai jurutulis yang mencatat perjanjian apabila pihak Islam dan Quraisy memeterai perjanjian. Khuzaifah bin Al-Yaman menjadi setiausaha sulit manakala AlHarith bin Auf menjadi pemegang mohor. Cop mohor yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W terdiri daripada sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi yang berwarna dan di permukaannya disadur dengan perak iaitu mempunyai tiga garisan di mana setiap garisan bertulis Muhammad, Rasul dan Allah. PEMILIHAN GABENOR Gabenor pada zaman Rasulullah terdiri daripada kira-kira tiga perempat daripada golongan Bani Umaiyyah. Jawatan itu dipilih di kalangan orang yang berjasa serta orang-orang kaya di kalangan orangorang islam. Abu Sufian adalah mereka yang dilantik sebagai gabenor di Najran dan Itab bin Usaid sebagai gabenor di Makkah dengan gaji sebanyak satu dirham sehari dibayar secara harian. Sistem gaji yang pertama yang dilaksanakan untuk pekerja-pekerjanya yang terdiri dari kalangan sahabat. Kadangkala sahabat juga menerima ganjaran dari harta rampasan perang. Setengah-setengah daripada mereka tidak mengambil gaji kerana mereka terdiri daripada golongan yang kaya sejak jahiliah lagi. MASYARAKAT SEDERHANA DAN ADIL Pada zaman Rasulullah tidak terdapat baitulmal kerana harta-harta rampasan perang dibahagibahagikan pada hari itu juga. Keistimewaannya jika rampasan perang itu terdiri daripada binatang ternakan seperti unta, biri-biri,kuda dan keldai, Rasulullah membahagikan harta rampasanperang dengan kadar dua bahagian bagi mereka yang sudah berkeluarga dan satu bahagian kepada merekayang belum berkeluarga. Orang-orang Islam pada zaman Rasulullah saling percaya-mempercayai antara satu sama lain, memadai dengan kehidupan mereka serta mesra sesame mereka. Ini kerana mereka mengamalkan sifat tolong-menolong sesame mereka sama ada dalam soal-soal kewangan atau lainlain.Orang-orang miskin boleh mendapat harta daripada orang yang kaya melalui zakat dan sedekah. Firman Allah Taala:


“dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka sangat berhajat kepadanya…” Al-hasy: 9 Demikian suatu gambaran mengenai pentadbiran dan pengurusan Rasulullah S.A.W yang mempunyai penyusunan tugas yang teratur dan menetapkan gaji mengikut kemampuan. Pegawai-pegawainya diarah berlaku adil dan tidak pilih kasih terhadap rakyat jelata. Kesannya terbentuk suatu masyarakat mukmin merasakan kasih sayang akan saudara seagamanya seperti dia saying akan dirinya.

BAB 2 OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM

AL-UBUDIYYAH

AL-ADALAH

AS-SYURA

AL-HURRIYAH

AL-MUSAWAH

Pengurusan islam mempunyai beberapa prinsip. Di antara prinsip-prinsip Islam ialah: a) Al- Ubudiyyah Kepatuhan kepada Keesaan Allah menjadi teras kepada Islam. Seluruh aktiviti manusia terikat dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Agong mentadbir dan mengurus segala-galanya. Kepatuhan manusia kepada keesaan dan kekuasaan Allah akan melahirkan para pekerja, pentadbir dan pengurus yang sedar tentang tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Justeru pentadbiran atau pengurusan akan menjadi perantaraan serta alat yang boleh memartabatkan kemanusiaan dalam diri manusia. Ia boleh menyusun dan mengagihkan segala nilai yang diperlukan oleh manusia secara adil dan saksama. Inilah hasrat yang ingin dicapai oleh sesuatu pengurusan atau pentadbiran


a) Al-Adalah Adil merupakan matlamat yang lahir dari sifat amanah.Apabila seseorang pengurus atau penilai menunaikan amanah mengikut keperluan kerja dan organisasinya secara langsung sudah berlaku aadil terhadap diri dan pekerjanya.Adil tidak bermaksud persamaan dalam segala perkara.Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ciri-ciri keadilan dalam pengurusan termasuklah memberi kerja yang bersesuian dengan fitrah individu masing-masing dan berdasarkan kepakaran pekerja dalam bidang masing-masing.

b) As-Syura Islam mewajibkan agar setiap keputusan yang hendak diambil oleh pihak pengurusan mestilah diadakan trlebih dahulu perundingan,perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan. Ini bertujuan memberi peluang penyertaan yang luas bagi setiap ahli yang terlibat di dalam organisasi itu. Pendapat majority menjadi keputusan utama.Implikasi dariapda amalan syura dapat meluaskan setiap ahli. Ini tidak dapat menimbulkan diskriminasi kerana setiap anggota mengambil bahagian. Sesuatu masalah dapat dilihat beberapa sudut. Ini dapat mengurangkan kesilapan berlaku. Setiap individu akan berasa puas hati kerana berpeluang memberikan pendapat. Individu akan merasa bertanggungjawab setiap keputusan.

c) Al-Hurriyah Mengtumakan Kebebasan (al-Hurriyyah) Mengikut undang-undang, setiap orang berhak untuk mendapat kebebasan dalam perkara berikut: i. Kebebasan diri ii. Kebebasan beragama iii. Kebebasan bergerak iv. Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat v. Kebebasan mencari dan memiliki harta dengan cara yang halal.

d) Al-Musawah Para pentadbir, pengurus, ketua dan lain-lain adalah sama di sisi peraturan dan undang-undang Islam. Tiada sesiapa yang boleh dilucutkan hak asasinya melainkan mengikut undang-undang. Setiap pekerja adalah sama dari segi: i. Tanggungjawab terhadap undang-undang. ii. Tanggungjawab terhadap hukuman. iii. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudaha


BAB 3 PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

PROSES PENGURUSAN

MERANCANG

PENGORGANISASIAN

KEPIMPINAN

PENGAWASAN

Gambarah di atas merupakan proses pengurusan dalam Islam. Proses ialah suatu cara teratur melakukan kerja dan mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses kerana semua mengurus tidak kira apapun kecenderungan atau kemahirannya terlibat dalam aktiviti-aktiviti tertentu yang saling berkaitan dengan tujuan untuk mencapaai matlamat yang diingini.

a) Merancang Para pengurus memikirkan terlebih dahulu tentang matlamat dan tindakan mereka. Tindakan mereka biasanya digerakkan berdasarkan sesuatu kaedah, rancangan atau logic bukan firasat. b) Mengorganisasi Para pengurus menyelaraskan sumber-sumber tenaga manusia dan bahan organisasi. Keberkesanan sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaanya menentukan segala menentukan penggunaan segala sumber ini bagi mencapai matlamatnya.Sesebuah organisasi akan menjadi lebih efektif hanya jika kerja-kerjanya lebih bersepadu dan selaras. Sebahagian daripadatugas seorang pengurus ialah mewujudkan keselarasan ini. c) Memimpin Pengurus mengarah dan penpengaruhi para surbordinat iaitu bertindak supaya mereka tugastugas yang perlu. Dengan mewujudkan suatu suasanan kerja yang sesuai, para pengurus membantu surbordinates supaya amemberi khidmat yang sebaik-baiknya.

d) Mengawal


Para pengurus berusaha memastikan bahawa organisasi bergerak kea rah matlamatnya. Sekiranya sebahagian daripada organisasi bergerak mengikut haluan yang salah maka pengurus akan mencari sebab dan memperbetulkan haluannya.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.