PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PPPJJ) SCHOOL OF DISTANCE EDUCATION (SDE)
JMG 101 PENGANTAR GEOGRAFI
Malaysia Day
Penulis Modul & Pensyarah Kursus DR. NIK NORLIATI FITRI MD NOR
Penasihat Projek PROFESOR DR. ZORAINI WATI ABAS (Dekan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia) Tim Pembangunan iMODUL Penulis Modul: DR. NIK NORLIATI FITRI MD NOR Ketua Projek: SAHIDA BANU SALIM Ketua Pereka-Bentuk Pengajaran: Penyunting Bahasa: ? Pereka Muka Depan & Grafik: FAUZIYAH MD ARIS Sokongan Teknikal: ?
Direkabentuk dan dibangunkan oleh Future Learning Lab untuk Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia
Diterbitkan oleh: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia
© PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH, 2021 Hak Cipta Terpelihara. Terbitan Pertama, Jun 2021 Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. 0
ISI-KANDUNGAN
MS Sesi Suai-Kenal
4
Rakan-Rakan Sekuliah Anda
5
TOPIK 1: SEJARAH DAN PERMULAAN ILMU GEOGRAFI Pengenalan 1.1 Apakah Itu Geografi 1.2 Perkembagan Disiplin Geografi 1.3 Terma Penting Yang Berkaitan dengan Ruangan Dalam Geografi 1.4 Persekitaran Fizikal Dan Manusia 1.5 Sub-Bidang Dalam Geografi 1.6 Kepentingan Ilmu Geografi Ringkasan Kata-Kunci Rujukan
6 6 7 8 10 11 12 13 14 15 15
1
SESI SUAI-KENAL
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Selamat mengikuti JMG 101: KURSUS PENGANTAR GEOGRAFI yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh DR. NIK NORLIATI FITRI MD NOR. Sebelum memulakan sesi pembelajaran eloklah kiranya para pelajar dapat memperkenalkan diri masing-masing di ruangan yang disediakan. Ruangan ini juga diwujudkan bagi membolehkan saya mengenali semua pelajar yang mengambil kursus ini dan semoga ruangan ini juga boleh digunakan oleh para pelajar untuk saling mengenali dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Sila nyatakan nama penuh, pusat wilayah, harapan anda mengenai kursus ini dan sertakan gambar masing-masing. Sekian. Terima Kasih dan Selamat Maju Jayać
2
RAKAN-RAKAN SEKULIAH ANDA
*Nota: Klik pautan ini untuk berkenalan dengan rakan pelajar anda! https://padlet.com/nnfmnw/JMG101_SA20202021 3
TOPIK 1: SEJARAH DAN PERMULAAN ILMU GEOGRAFI
Objektif Pembelajaran Pelajar dapat MENAKRIF konsep-konsep asas yang berkaitan dengan ruangan dalam disiplin GEOGRAFI
PENGENALAN Topik 1 ini akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang APA yang dimaksudkan dengan GEOGRAFI? Apakah yang dimaksudkan dengan PERSEKITARAN FIZIKAL DAN MANUSIA? BAGAIMANA KONSEP RUANGAN itu sendiri digunakan dalam disiplin geografi? BAGAIMANA INTERAKSI yang berlaku dalam ruangan (interaksi manusia dan alam sekitar)? BAGAIMANA geografi membantu dalam MEMAHAMI MASALAH PERSEKITARAN yang berlaku sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa 4
1.1 APAKAH ITU GEOGRAFI?
Tahukah anda apa itu GEOGRAFI? Sebelum kita memulakan sesi pembelajaran ini, pelajar diminta untuk memberikan DEFINISI GEOGRAFI mengikut pemahaman masing-masing.
AKTIVITI 1.1 1. Kongsikan pendapat dan kefahaman anda tentang definisi Geografi. Tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda yang berkaitan dengan GEOGRAFI. Sila gunakan pautan berikut untuk memberi jawapan anda di platform PADLET; https://padlet.com/nnfmnw/w1sttje7t4hk756f
Nota: Aktiviti ini penting bagi melihat PEMAHAMAN AWAL para pelajar mengenai definisi GEOGRAFI yang terlintas dalam fikiran mereka. Jawapan daripada persoalan di atas akan dibincangkan semasa Sidang Webex 1.
5
1.2 PERKEMBANGAN DISIPLIN GEOGRAFI
Seterusnya, pelajar akan didedahkan dengan beberapa TOKOH GEOGRAFI dan bagaimana perkembangan disiplin ilmu GEOGRAFI. Tahukah anda SIAPAKAH yang mula-mula memperkenalkan istilah GEOGRAFI?
ERATOSTHENES • Istilah Geografi telah diperkenalkan oleh ERATOSTHENES (lebih 2200 yang lalu). • Permulaan tulisan beliau memfokuskan kepada struktur fizikal bumi dan aktiviti manusia
STRABO • STRABO mengatakan disiplin geografi adalah menggambarkan beberapa bahagian di dunia yang didiami.
HERODOTUS • HERODOTUS banyak menghasilkan tulisannya mengenai tanah air, bangsa, ekonomi, dan adat istiadat dari pelbagai bahagian Empayar Parsi sebagai latar belakang yang diperlukan untuk memahami sebab dan perjalanan perang Parsi.
6
1
3
5
Ahli geografi Yunani, Rom kemudian MENGUKUR BUMI, menanda garis lintang dan garis bujur, dan menggunakan grid itu.
melihat kepada CIRI FIZIKAL di sesebuah kawasan, ahli geografi memerhatikan; aktiviti manusia
Pada abad ke 18 banyak penyelidikan geografi wilayah dan peningkatan kesedaran ilmiah dan popular mengenai perkaitan antara PERKARA-PERKARA DALAM RUANGAN DAN TEMPAT.
seterusnya AHLI GEOGRAFI MODEN, memfokuskan tentang sistem sungai, diterokai, hakisan dan corak pemendapan, implikasi penebangan hutan, perubahan yang berlaku dalam lanskap semulajadi, dan menyatakan kesan akibat penyalahgunaan alam sekitar.
STRABO, berpegang kepada prinsip bahawa SIFAT DAN TINDAKAN MANUSIA ditentukan oleh PERSEKITARAN FIZIKAL tempat tinggal mereka.
2
4
AKTIVITI 1.2 Cuba berbincang dengan rakan anda mengenai PERMULAAN DISIPLIN ILMU GEOGRAFI dan tulis semula hasil perbincangan di ruangan FORUM yang disediakan di PORTAL PEMBELAJARAN: e-Learning PPPJJ SA 2020/2021 Sila klik pautan ini: https://elearnpppjj.usm.my/pjj2021/ *Nota: Pelajar akan dapat mempelajari dan memahami tentang permulaan disiplin geografi hasil perbincangan dengan rakan-rakan. 7
1.3 TERMA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN RUANGAN DALAM GEOGRAFI Tahukah anda, terdapat beberapa terma penting yang berkaitan dengan RUANGAN yang digunakan dalam GEOGRAFI.
TERMA-TERMA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN RUANGAN
Skala dan Saiz
Lokasi, Arah dan Jarak
Persamaan Tempat dan Wilayah
Hubungan antara Tempat
TERMA-TERMA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN RUANGAN
Ciri Fizikal dan Budaya / Manusia
Ciri Tempat yang sentiasa berubah
*Nota: Penerangan lanjut mengenai terma-terma yang berkaitan dengan ruangan akan dibincangkan semasa Sesi Webex. /.
1.4 PERSEKITARAN FIZIKAL DAN MANUSIA
Apakah yang dimaksudkan PERSEKITARAN FIZIKAL DAN MANUSIA/ BUDAYA? Apakah CIRI-CIRI persekitaran fizikal dan manusia yang ada di tempat tinggal anda? Tajuk video : Physical & Human Geography - GEOGRAPHY BASICS Durasi : 3:32 minit Arahan : Sila tonton video di bawah ini yang menjelaskan tentang persekitaran fizikal dan manusia. Selepas menonton video ini, anda akan berupaya untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kaitan Geografi Fizikal dengan Persekitaran Fizikal dan Proses Semulajadi Bumi.
sumber: https://youtu.be/5VJV5FMpDqM?t=83
AKTIVITI 1.3 1. CUBA FIKIRKAN CIRI CIRI FIZIKAL dan MANUSIA atau BUDAYA yang terdapat di kawasan tempat tinggal anda. 2. SENARAIKAN ciri ciri tersebut di ruangan CHAT di PORTAL PEMBELAJARAN: e-Learning PPPJJ SA 2020/2021 Sila klik pautan ini: https://elearnpppjj.usm.my/pjj2021/ *Nota: Anda akan dapat lihat TERDAPATNYA PERBEZAAN ciri fizikal dan budaya antara tempat tinggal anda dan rakan anda. //
1.5 SUB-BIDANG DALAM GEOGRAFI
Tahukah anda, terdapat beberapa SUB-BIDANG dalam GEOGRAFI? Apakah sub-bidang GEOGRAFI yang anda tahu?
AKTIVITI 1.4 1. SENARAIKAN sub-bidang geografi yang anda tahu. 2. SENARAIKAN ciri ciri tersebut di laman web MENTIMETER. Sila klik pautan ini: https://www.menti.com/814eomcxmq Anda akan lihat terdapatnya PELBAGAI SUB-BIDANG YANG UTAMA dalam GEOGRAFI.
/0
1.6 KEPENTINGAN ILMU GEOGRAFI
Tahukah anda terdapat pelbagai kepentingan ILMU GEOGRAFI? Ilmu yang diperoleh juga boleh digunakan oleh para pelajar bagi MEMAHAMI PROSES ATAU INTERAKSI YANG BERLAKU DALAM RUANGAN. APAKAH interaksi alam sekitar fizikal dan manusia yang berlaku? BAGAIMANA ia berlaku? Dan MENGAPA ia berlaku?
AKTIVITI 1.5 1. Sebagai seorang pelajar APAKAH KEPENTINGAN ilmu geografi kepada anda? 2. BAGAIMANAKAH ANDA MENGAPLIKASIKAN kepentingan tersebut dalam kehidupan seharian anda? Berikan jawapan anda dengan menulis perkataan dengan tidak lebih daripada 250 karakter di laman web MENTIMETER berikut: https://www.menti.com/eczd1pcgnw
AKTIVITI KENDIRI 1. Bagaimana terma jarak, kebolehcapaian, dan saling-hubungan menunjukkan interaksi manusia boleh berlaku? /1
RINGKASAN
Pelajar dapat MEMBERIKAN definisi asas Geografi.
Pelajar dapat MENGENALPASTI ciri ciri fizikal dan manusia di sekeliling.
Pelajar dapat MENGAPLIKASI konsep ruangan itu sendiri digunakan dalam disiplin geografi konsep konsep asas yang berkaitan dengan geografi bagi memahami interaksi yang berlaku dalam ruangan iaitu interaksi manusia dan alam sekitar.
Pelajar dapat MENGHUBUNGKAIT bagaimana geografi membantu dalam memahami masalah persekitaran yang berlaku sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.
/2
KATA-KUNCI
01
TEMPAT
02
RUANG
03
JARAK
04
LOKASI
05
ARAH
06
PERSEKITARAN
07
BUDAYA
08
MANUSIA
KATA-KUNCI UNTUK TOPIK 1
RUJUKAN 1. Getis, A., Bjelland, M., & Getis, V. (2018). Introduction to Geography (15th Edition). New York: Mc Graw Hill Education. 2. Holden, J. (2017). An Introduction to Physical Geography and the Environment (4th Edition). Pearson. 3. Taylor, G. (Ed.). (2015). Geography in the Twentieth Century: a Study of growth, fields, techniques, aims and trends. Routledge. /4
Kami Memimpin “Mentransformasikan Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok”
Malaysia Day JMG 101 PENGANTAR GEOGRAFI
© PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH, 2021