Action Research IPG KPT Sci 2011

Page 1

Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2011 Sains Pendidikan Rendah

Jabatan Sains 20–23 September 2011

Editor Dr Siti Hendon Sheikh Abdullah Dr Tan Juat Ngoh Dr Norizan Ahmad

Panel Pembaca Pn Nordiana Mohd Yusof, Pn Ellyza Karim, Pn Haslinah Abdullah, Cik Dg Bibah Ag Tuah, Dr Rosmawati Shaharuddin, Dr Asha Kumari Lal, Pn Normah Abd Aziz, Pn Azizah Ngah Tasir, Pn Gomathi Naidu,

Reka bentuk kulit oleh Azlan Syazani Adanan aszas88@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Jalan Yaacob Latif 56000 Kuala Lumpur Tel: 03-91318058 Fax: 03-91315155 Laman web: www.ipteknik.edu.my Š Insitut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik Cetakan Pertama 2011

Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua darpada penerbitan boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronk, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur

Perpustakaan Negara Malaysia Penerbitan

Data Pengkatalogan-dalam-

Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Sains Pendidikan Rendah ISBN 978- 967- 10149-29 1. Penyelidikan Tindakan 2. Sains Pendidikan Rendah I. Judul

Dicetak oleh Syarikat Perniagaan Weng Sing 452-A & 446, Jln 18/2A Taman Seri Serdang 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2011 (Sains Pendidikan Rendah) (20 – 23 September 2011)

Jawatan kuasa kerja Pengerusi Dr Sabrina Abdullah

Naib-Pengerusi Dr Tan Juat Ngoh Dr Norizan Ahmad Dr Siti Hendon Sheikh Abdullah

Ahli jawatan kuasa Dr Asha Kumari Dr Rosmawati Shaharuddin Dr Faridah Yaakub Pn Nordiana Yusof Pn Ellyza Karim


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

KATA-KATA ALUAN Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Sains kerana telah berjaya menghasilkan prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2011. Kertas kerja melibatkan penyelidikan tindakan yang dilakukan oleh guru-guru pelatih dalam pelbagai bidang dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Ia boleh menjadi rujukan yang baik bagi guru-guru dan guru-guru pelatih yang ingin menjalankan penyelidikan tindakan pada tahun-tahun yang akan datang. Saya berharap pengalaman menjalankan penyelidikan menjadi pendorong dan motivasi bagi guru pelatih untuk terus menjalankan penyelidikan pada masa-masa yang akan datang. Saya juga berharap para guru pelatih akan terus, dan berupaya menjalankan penyelidikan yang “bermakna� apabila mereka berada di sekolah nanti. Hasil kajian tersebut boleh dikongsi dan digunakan oleh para guru untuk mempertingkatkan amalan pengajaran mereka. Guru-guru sains yang kompeten dalam ilmu pengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam menjalankan penyelidikan tindakan adalah dipercayai mampu memperkembangkan pengetahuan kandungan, pedagogi dan pedagogi isi kandungan dalam bidang pendidikan berkenaan. Melalui cara ini objektif Institut Pendidikan Guru dan kurikulum Sains sekolah rendah dapat dicapai Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan guru pelatih kerana telah berusaha untuk menyediakan prosiding ini. Saya berharap seminar dan prosiding seumpama ini akan terus menjadi amalan para pendidik. Penemuan-penemuan daripada penyelidikan tersebut boleh dikongsi oleh semua warga pendidik di sekolah, Institut Pendidikan Guru dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Dr Muhammad Bin Ab Rahman Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

UCAPAN PENGERUSI Tahniah dan syabas diucapkan kepada 36 pelajar PISMP Sains Kohot Dua, IPG Kampus Pendidikan Teknik yang telah berjaya melaksanakan penyelidikan tindakan mereka. Penyelidikan tindakan ini telah dilaksanakan sebagai memenuhi syarat bergraduat bagi Sarjana Muda Perguruan (dengan Kepujian) Sains Pendidikan Rendah. Dalam tempoh masa tiga hari, dari 20 hingga 23 September 2011, sebanyak 36 hasil kajian yang memperlihatkan pelbagai isu yang dihadapi oleh guru sains dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah dibentangkan. Penyelidikan tindakan merupakan kajian sistematik ke atas tindakan dan kesan yang terhasil daripada tindakan yang telah diambil. Penyelidikan tindakan membolehkan seseorang guru berkembang dan belajar melalui pengalaman sendiri. Dalam melaksanakan penyelidikan tindakan, guru berpeluang mengambil tindakan untuk memperbaiki penyampaian pengajaran dan pembelajaran diri sendiri di samping membantu murid-murid memperbaiki pembelajaran mereka. Demi meningkatkan profesionalisme keguruan, para pendidik dalam bilik darjah harus mengamalkan budaya penyelidikan ini. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah membimbing pelajar-pelajar dalam pelaksanaan penyelidikan mereka dan dalam pembentangan kertas di seminar ini, serta menyemak semula kertas-kertas prosiding ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ahli-ahli jawatankuasa kerja Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 yang telah menjayakan seminar ini. Semoga tradisi pelaksanaan seminar tahunan ini akan diperkembangkan dan terus dikekalkan.

Dr. Sabrina Abdullah Ketua Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

ISI KANDUNGAN Jawatan kuasa Kerja .............................................................................................................. Kata-kata Aluan...................................................................................................................... Ucapan Pengerusi................................................................................................................... Isi kandungan..........................................................................................................................

i ii iii iv

ALAT BANTU MENGAJAR Menyediakan Kit Eksperimen untuk Kegunaan Aktiviti Elektrik Sains Sekolah Rendah Soleh Mohd Noor dan Siti Hendon Sheikh Abdullah.............................................................

1

Aktiviti Luar Jangkaan Ketika Set Induksi Mampu Meningkatkan Minat Dan Motivasi Murid Dalam Pembelajaran Sains Noor Intan Zahara Abdullah dan Siti Hendon Sheikh Abdullah............................................ 6 Meningkatkan Pengajaran dan Minat Murid Tahun 5 Damai Dalam Pengajaran Sains Topik Siratan Makanan Dengan Penggunaan Aktiviti Video Di Sekolah Hanif Ab Rahman dan Faridah Yakob ..................................................................................

10

Menambahbaik Penerangan Konsep Sain Dengan Menggunakan Kaedah Buku Skrap Dalam Topik Rantai Makanan Tahun 5 Mohammad Shamsul Hadi Hamid dan Faridah Yakob ......................................................... 13 Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Konkrit dalam Pengajaran Sains Membantu Menambahkan Minat bagi Pelajar Tahun 5 Zubaidah Mohammad Suffian dan Asha Kumari Lal ...…………………………………… 18 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kaedah Latih Tubi Dapat Menambahbaikan Pendekatan Guru pada Fasa Mengaplikasi Idea Mohamad Najib Miseran dan Ellyza Karim........................................................................... 20 Improving Teacher‟s Facilitation Skill Using Jigsaw Cooperative Learning Darsshni Govindarajoo and Ellyza Karim ............................................................................ 23 Penyampaian Konsep Sains Menggunakan Aktiviti Simulasi untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Mohd Azizuddin Mohd Kamal dan Sabrina Abdullah ........................................................... 26 Penggunaan Mesyuarat Mini Berteraskan Subjek Membantu Menangani Masalah Tingkah Laku Murid Bermasalah Adib Baharuddin Abu Bakar dan Nordiana Mohd Yusof ..................................................... 29 Penambahbaikkan Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan Kontekstual untuk Meningkatkan Prestasi Murid Orang Asli Azlan Syazani Adanan dan Nordiana Mohd Yusof…………………………………..…….. 32 Penggunaan Pengajaran Kontekstual Membantu Guru Menerangkan Konsep Sains Amirul Umairaa Ghazali dan Nordiana Mohd Yusof ..………………………………….....

36


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Penandaan Lembaran Kerja Secara Maklum Balas Korektif Membantu Murid Menguasai Konsep Sains Mohd Syukur Abu Bakar dan Norizan Ahmad ......................................................................

39

Menambahbaik Cara Menerangkan Konsep Sains Menggunakan Kaedah Eksperimen Muhammad Shukri Rosli dan Asha Kumari Lal..................................................................... 42 Meningkatkan Cara Saya Memberikan Penerangan Kepada Murid Dengan Menggunakan Strategi 4M Mohd Syamsul Faisal Othman dan Tan Juat Ngoh ............................................................... 45 Bagaimana Saya Menambahbaik Pengajaran dan Pembelajaran Saya Dengan Menggunakan Gambarajah Sebagai Petunjuk Atau Klu Dalam Membantu Murid Membuat Inferens. Ahmad Bukhari Baharudin dan Faridah Yakob......................................................……....... 48

KOMUNIKASI Bagaimana Teknik Menyoal Berkesan dapat Meningkatkan Minat Murid dalam Matapelajaran Sains Mohamad Nabil Baharom dan Rosmawati Shaharuddin...................................................... 51 Menambahbaik Komunikasi dalam Pengajaran dengan Menggunakan Skrip Penerangan bagi Meningkatkan Kefahaman Murid Terhadap Konsep Sains Raja Musauddin Raja Yusoff dan Rosmawati Shaharuddin.................................................. 54 Penggunaan Kaedah Analogi untuk Menambahbaik Penerangan Konsep Sains Nurul Hafiffah Abdul Razak dan Rosmawati Shaharuddin ................................................... 57 Bagaimana Menambahbaik Pengurusan Aktiviti Berkumpulan di dalam Kelas Sains Menggunakan Kaedah Stesen Nurhidayah Afandi dan Nordiana Mohd Yusof……………………………………….......... 61 Meningkatkan Pengurusan Pembelajaran Koperatif Menggunakan Kemahiran Komunikasi Lisan yang Berkesan Siti Nurimah Binti Md Noor dan Asha Kumari Lal .……………………………………….

65

Meningkatkan Cara Saya Melibatkan Murid di dalam Aktiviti Sains dengan Memberi Peneguhan Positif (Pujian) Wan Mohd Azham Wan Hashim dan Asha Kumari Lal…................…………….................

68

Meningkatkan cara Penyoalan Menggunakan Soalan Terbuka Aras Tinggi Nur Wahidah Rahim dan Tan Juat Ngoh ..............................................................................

70

Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Guru dalam Memberi Arahan untuk Aktiviti Berkumpulan Mohd Akmal Arif Mohd Kusin dan Elyza Karim ................................................................... 73 Menambahbaik Penerangan Fakta Sains bagi Mengukuhkan Ingatan Murid dengan Kaedah Mnemonik Muhd Nasrullah Mohd Latiff dan Nordiana Mohd Yusof..................................................... 76


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 PENGUKUHAN / GANJARAN Menambahbaik cara Memberi Peneguhan Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Menggunakan Ekonomi Rosnoraini Mohamad dan Sabrina Abdullah ........................................................................ 79 Amalan Budaya Penyayang dalam Bilik Darjah Menggalakkan Murid Menghantar Kerja Rumah Mata Pelajaran Sains Joycelyn Chong Lee Jing dan Norizan Ahmad ................………………………………….

83

Meningkatkan Cara Menguruskan Aktiviti Kumpulan Menggunakan Ganjaran Noriah Ismail@Musa dan Tan Juat Ngoh ...…………………………………………….....

86

PENGURUSAN KELAS Meningkatkan Kawalan Kelas Menggunakan Peraturan Bilik Darjah Nik Ariezan Nik Man dan Asha Kumari Lal..………………………………………………. 90 Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Masa dalam Pengajaran Ahmad Izzat Khairi dan Siti Hendon Sheikh Abdullah........................................................... 93 How to Improve Time Management while Handling a Science Class Quek Chok Yew dan Siti Hendon Sheikh Abdullah ...............................................................

96

PENGURUSAN GRAFIK Penambahbaikkan Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap Proses Sains untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Menggunakan Carta Alir Ruzlan Che Husain dan Norizan Ahmad ............................................................................... 99 Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran dengan Menggunakan Kaedah Pengurusan Grafik Jaringan untuk Meningkatkan Pemahaman, Daya Ingatan, dan Prestasi Murid dalam Topik Sains „Spring‟ Mohd Aimman Shauqie Ahmad Akhir dan Norizan Ahmad …….............…………………. . Penambahbaikan Pengajaran Menggunakan Kaedah Peta Minda Anas Amzar Ismail dan Ellyza Karim....................................................................................

102

105

COOPERATIVE / GROUP LEARNING Menambahbaik Cara Melaksanakan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dengan Menggunakan Gerak Kerja Kumpulan Mohd Mustaqim Mohd Azali dan Tan Juat Ngoh................................................................... 108 Menambah Baik Pengajaran Sains Melalui Kaedah Pembelajaran Stesen Meningkatkan Kefahaman dan Tumpuan Murid Mohd Nasri Hj Mansor dan Rosmawati Shaharuddin...........................................................

111

Meningkatkan Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Sains Melalui Pembelajaran Koperatif Stad Nur Diyana Makhzani dan Norizan Ahmad ..........................................................................

114


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENYEDIAAN KIT EKSPERIMEN UNTUK KEGUNAAN AKTIVITI ELEKTRIK SAINS SEKOLAH RENDAH Soleh Mohd Noor dan Siti Hendon Sheikh Abdullah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menyediakan radas yang sesuai untuk murid menjalankan aktiviti elektrik di sekolah rendah. Ia melibatkan seramai 26 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Murid telah menjalankan eksperimen elektrik sebanyak dua kali iaitu tanpa kit dan dengan menggunakan kit. Data telah dikumpul dengan menggunakan senarai semak, soal selidik dan ujian kertas dan pensil. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa penggunaan kit dapat membantu murid menjalankan eksperimen dengan lebih baik. Hasil pemerhatian menunjukkan murid telah dapat menjalankan eksperimen dengan lancar dan memperoleh keputusan eksperimen yang tepat. Analisis soal selidik menunjukkan murid bersetuju kit memudahkan mereka menjalankan eksperimen dan mereka suka menjalankan eksperimen dengan menggunakan kit. Analisis ujian kertas dan pensil pula menunjukkan pencapaian murid dalam ujian telah meningkat daripada ujian pra ke ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kit Elektrik yang disediakan sesuai dengan keperluan eksperimen dan telah dapat membantu murid untuk menjalankan eksperimen litar elektrik dengan lebih baik.

1. PENGENALAN Sesaorang guru pelatih perlu menjalani sesi praktikum untuk mengaplikasikan teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka pelajari. Namun pelbagai masalah dihadapi mereka ketika menjalankan proses pengajaran dan pengajaran di sekolah yang mereka ditempatkan. Sebagai seorang guru pelatih, masalah utama yang sering saya hadapi adalah murid tidak dapat menjalankan eksperimen dengan lancar kerana radas yang saya sediakan adalah kurang sesuai dengan keperluan eksperimen. Hal ini menyebabkan eksperimen tidak dapat berjalan lancar dan murid tidak dapat memperoleh keputusan-keputusan eksperimen yang sepatutnya. Ini menyebabkan murid tidak dapat memperoleh keputusan eksperimen yang tepat dan tidak dapat membuat kesimpulan daripada eksperimen. Oleh itu saya ingin memperbaiki cara saya menyediakan radas eksperimen dengan menyediakan radas eksperimen dalam bentuk kit supaya murid dapat menjalankan eksperimen dengan mudah, memperoleh keputusan eksperimen dan seterusnya menguasai konsep sains dengan lebih baik. Dalam kajian ini, sebuah radas eksperimen Kit Elektrik telah disediakan bagi tujuan murid-murid tahun 5 menjalankan eksperimen litar sesiri dan litar selari. Saya telah memilih tajuk elektrik kerana murid sering terkeliru dengan simbol komponen-komponen elektrik dan menghadapi masalah memasang litar elektrik dengan betul ketika menjalankan eksperimen Switches Everywhere daripada arahan yang diberi dalam buku teks amali Sains. Hal ini demikian kerana wayar yang digunakan adalah terlalu panjang dan hujungnya disambung kepada klip buaya. Keadaan ini menyebabkan murid sukar menyambung litar seperti mana yang ditunjukkan di dalam rajah pada buku dan seterusnya tidak dapat mengenal pasti arah arus dalam litar sesiri dan selari


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 FOKUS KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki cara saya menyediakan radas eksperimen supaya kelas amali dapat berjalan lancar. Dalam menjalankan eksperimen, radas yang baik dan berfokus kepada sesuatu tema pembelajaran hendaklah digunakan [1][2]. Dengan berfokuskan kepada strategi pengajaran secara inkuiri terbimbing, alatan sesuai yang digunakan semasa menjalankan eksperimen dapat membantu murid menjalankan penyiasatan melalui aktivitiaktiviti yang telah dirancang, Namun dengan penggunaan radas eksperimen yang kurang sesuai sering kali menyebabkan murid memperoleh keputusan yang tidak tepat semasa menjalankan eksperimen. Hal ini jika berterusan boleh menyebabkan murid berputus asa untuk menjalankan eksperimen dan seterusnya menjadi tidak berminat dan bermotivasi untuk belajar sains. Selain itu keputusan eksperimen yang tidak tepat menjejaskan kefahaman murid terhadap konsep dan menyumbang kepada salah konsepsi [3]. Dalam kajian ini sebuah radas eksperimen dalam bentuk kit elektrik yang telah digunakan oleh murid-murid saya semasa menjalankan eksperimen litar sesiri dan selari. Untuk menangani masalah kekurangan radas di makmal, saya telah mengubahsuai radas yang sedia ada untuk memudahkan murid menjalankan eksperimen. Saya telah melakukan improvisasi terhadap radas dan merekacipta radas yang baru supaya lebih mudah digunakan dan berfungsi [4]. Kit Elektrik yang berkos rendah telah disediakan supaya murid dapat menjalankan eksperimen elektrik dengan mudah dan lancar serta memperoleh keputusan-keputusan eksperimen yang tepat.

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Kit elektrik yang dibina dengan menganalisis masalah, merekabentuk, membangunkan kit, implementasi dan menilai keberkesanannya. Dengan itu saya dapat mereka bentuk alat pendidikan yang generik dan teratur supaya produk yang dihasilkan dapat digunakan dengan cekap dan berkesan [5]. Saya telah menganalisis masalah murid melalui kajian melalui kaedah pemerhatian dan ujian kertas dan pensil (ujian pra). Seramai 26 orang murid daripada sebuah kelas tahun 5 telah diarahkan untuk menjalankan ekperimen menggunakan radas yang sedia ada di bilik Sains dan masalah mereka yang mereka hadapi telah dikaji. Seterusnya Kit Elektrik telah rekabentuk berpandukan kepada analisis pemerhatian kesukaran murid ketika menjalankan eksperimen. Dapatan ujian pra menunjukkan murid tidak dapat menguasai konsep yang dipelajari dengan baik apabila mereka tidak memperoleh keputusan eksperimen. Ini menyebabkan mereka memperoleh skor ujian yang rendah dalam ujian. Kit Elektrik kemudian dibangunkan berpandukan analisis dan pengujian kesukaran murid. Kit ini mengandungi komponen-komponen elektrik seperti mentol, suis, bateri, pemegang bateri dan wayar penyambung dan dibina dengan mengambil kira penggunaan bahan-bahan yang mudah dan murah seperti mounting board dan pelekat serbaguna untuk menggantikan papan litar. Dengan itu ia mudah diperoleh dan boleh digantikan pada bila-bila masa. Tujuan menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah adalah untuk memberi idea kepada murid bahawa eksperimen Sains tidak semestinya menggunakan bahan-bahan yang mahal dan canggih, namun boleh dijalankan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada disekeliling mereka. Kit elektrik ini diiringi dengan Panduan Murid dan senarai radas supaya murid dapat menjalankan eksperimen elektrik dengan mudah dan lancar. Selain itu, satu carta simbol disediakan supaya murid sentiasa peka kepada simbol-simbol komponen elektrik yang digunakan.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Kit Elektrik diimplementasikan kepada kumpulan murid yang sama supaya mereka dapat menjalankan eksperimen litar sesiri dan selari secara berkumpulan. Semasa murid menjalankan eksperimen, data-data telah dikumpul melalui pemerhatian dengan mengisi borang senarai semak pemerhatian untuk menilai keberkesanan kit. Pemerhatian dibuat ke atas penguasaan kemahiran-kemahiran proses Sains, komunikasi, penglibatan, minat dan kejayaan murid memperoleh data semasa menjalankan eksperimen. Selain itu, murid telah diminta untuk memberi respons kepada item-item soal selidik selepas menjalankan eksperimen untuk mengetahui persepsi mereka terhadap penggunaan kit. Sebuah ujian pasca seterusnya ditadbirkan untuk menguji kefahaman murid terhadap konsep litar sesiri dan selari. Analisis data-data ini memberi maklumat tentang kebolehan saya untuk menyediakan radas yang sesuai dengan keperluan eksperimen elektrik di sekolah rendah.

3. ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA Dalam kajian ini, saya telah menguji keberkesanan penggunaan kit melalui senarai semak pemerhatian, soal selidik ke atas murid dan ujian kertas dan pensil. Data telah dikumpul semasa dan selepas murid menjalankan eksperimen menggunakan Kit Elektrik. Semasa murid menjalankan eksperimen, pemerhatian telah dilakukan ke atas mereka dan borang senarai semak telah dilengkapkan (Jadual 1). Jadual 1 Senarai semak ke atas murid semasa menjalankan eksperimen Pemerhatian murid Dapat memanipulasikan alatan Dapat berkomunikasi dengan baik Dapat memperoleh data Terlibat dalam aktiviti Aktif dalam aktiviti yang dijalankan Menggunakan alatan dengan betul Membuat sambungan litar bersiri dengan betul Membuat sambungan litar selari dengan betul Dapat menjawab soalan yang ditanya semasa aktiviti dijalankan Berminat menjalankan aktiviti Dapat membuat kesimpulan daripada aktiviti

Tanpa menggunakan Kit / / / / /

/

Menggunakan kit / / / / / / / / / / /

Pemerhatian yang dilakukan menunjukkan dengan menggunakan dengan kit, murid dapat membuat sambungan litar sesiri dan litar selari dengan betul. Dengan sambungan litar yang betul, murid dapat memperoleh data yang tepat dan dapat menjawab soalan-soalan tentang litar elektrik. Murid juga diperhatikan boleh membuat kesimpulan tentang konsep elektrik daripada aktiviti yang telah mereka jalankan. Analisis pemerhatian murid menunjukkan penggunaan kit sewaktu menjalankan eksperimen dapat membantu murid memperoleh konsep yang betul dan seterusnya meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep elektrik. Hal ini disokong oleh Dourmashkin & King (2005) yang menyatakan bahawa kit pembelajaran dapat membentuk minat dan kefahaman murid dalam aktiviti pembelajaran [6].


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Jadual 2 Respons murid terhadap soal selidik Perkara Adakah kamu pernah membuat eksperimen Sains sebelum ini? Pernahkah kamu menggunakan kit untuk membuat eksperimen? Adakah kit memudahkan kamu membuat eksperimen? Adakah kit dapat menjimatkan masa aktiviti? Adakah kit yang digunakan sesuai dengan topik yang kamu pelajari? Adakah kamu menyukai eksperimen dengan menggunakan kit ataupun tanpa menggunakan kit? Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti yang telah dijalankan?

Respons “Ya� N (%) N=26 26 (100) 13 (50) 22 (84.6) 24 (92.3) 26 (100) 26 (100) 26 (100)

Murid diberikan soal selidik selepas mereka menjalankan eksperimen menggunakan kit untuk mengetahui persepsi mereka terhadap keberkesanan kit. Ini juga adalah untuk melihat sejauh mana kit yang disediakan itu sesuai dengan topik yang dipelajari (Jadual 2). Hasil soal selidik menunjukkan murid bersetuju penggunaan kit memudahkan mereka untuk menjalankan eksperimen, menjimatkan masa dan kit sesuai dengan topik yang diajar. Murid juga mengakui mereka lebih menyukai eksperimen yang dijalankan menggunakan kit dibandingkan dengan tanpa menggunakan kit. Ujian kertas dan pensil (ujian pra dan ujian pasca) telah ditadbirkan untuk menguji samada kit dapat membantu murid menguasai konsep elektrik dengan lebih baik. Peningkatan pencapaian murid daripada ujian pra ke ujian pasca memberi implikasi bahawa kit telah dapat membantu murid menguasai konsep elektrik dengan lebih baik dan seterusnya mereka dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan lebih baik. Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Markah yang diperoleh murid dikategorikan sebagai baik, sederhana dan lemah mengikut peratus pencapaian dalam keduadua ujian. Jadual 3 Pencapaian murid untuk ujian pra dan ujian pasca

Pencapaian Baik Sederhana Lemah

Skor 80-100 40-79 0-39

Ujian Pra Kekerapan % 4 15.3 12 46.1 10 38.4

Ujian Pasca Kekerapan % 15 57.7 4 15.4 7 26.9

Analisis pencapaian murid menunjukkan bahawa peratus markah murid yang mendapat pencapaian Baik telah meningkat daripada 15.3% (N=4) kepada 57.7% (N=15) daripada ujian pra ke ujian pasca. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kit untuk menjalankan eksperimen dapat membantu murid untuk memahami konsep litar elektrik, dan dengan itu murid dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan lebih baik. Namun masih terdapat 38.4% (N=10) murid yang mendapat pencapaian Lemah dalam ujian pasca. Ini menunjukkan selain menggunakan kit dan berbincang sesama sendiri, guru memainkan peranan penting untuk memastikan murid mencapai tahap pembelajaran yang optima[7].


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Dapatan kajian menunjukkan dengan menggunakan kit elektrik, murid berupaya menjalankan eksperimen dengan lancar. Murid telah dapat menyiapkan eksperimen dalam masa yang ditetapkan dan memperoleh keputusan-keputusan yang sepatutnya. Kelas berjalan lancar apabila murid dapat memasang litar dengan betul, memperoleh keputusan, membuat kesimpulan dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan eksperimen. Kefahaman murid yang lebih baik terhadap konsep elektrik dilihat melalui peningkatan prestasi mereka dalam ujian pasca. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa saya telah dapat menyediakan radas eksperimen yang sesuai dengan keperluan eksperimen Sains.

4. KESIMPULAN Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Kit Elektrik yang disediakan telah dapat membantu murid untuk menjalankan eksperimen litar elektrik dengan lebih baik. Selain meningkatkan prestasi kebanyakan murid dalam ujian pasca, kit juga dapat menarik minat murid untuk belajar tajuk ini dan menunjukkan penguasaan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti Sains. Kit ini juga telah digunakan oleh guru-guru mata pelajaran lain seperti Kemahiran Hidup untuk menjalankan eksperimen elektrik di kelas mereka.

RUJUKAN [1] Tobin, K. (1996). Cultural perspectives on the teaching and learning of science. Symposium of Traditional Culture, Science and Technology and Development: Toward a New Literacy for Science and Technology. Tokyo Institute of Technology. [2] Rios, J. M. (2005). Situating science using kits. Synergy Learning International, 1-5 [3] Ndirangu, M., Kathuri, N. J., and Mungai, C. (2003). Improvisation as a strategy for providing science teaching resources: an experience from Kenya. International journal of Educational Development, 23, 75-85. [4] Tsuma, O.G.K.(1998). Science Education in African Context. Jomo Kenyatta Foundation. [5] Dick, W., & Carey, L. 1996. The systematic design of instruction.Ed. ke-4. New York: Haper Collins College Publishers. [6] Dourmashkin, P., and King, G. J. (2005). Electricity and magnetism experiments from kits. Massachusetts Institute of Technology, 1-133. [7] Vygotsky, L. S.1930. Mind on society. Transcribed by: Andy Blunden and Nate Schmolze Cambridge, MA: Havard University Press.

Hubungi Penulis Soleh bin Mohd Noor, solehmohdnoor@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

AKTIVITI LUAR JANGKAAN KETIKA SET INDUKSI MAMPU MENINGKATKAN MINAT DAN MOTIVASI MURID DALAM PEMBELAJARAN SAINS. Noor Intan Zahara Abdullah dan Siti Hendon Sheikh Abdullah

ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan mempertingkatkan cara saya mengendalikan sesi set induksi dengan menggunakan Aktiviti Luar Jangkaan supaya saya dapat menarik minat, motivasi dan menyediakan suasana yang menyeronokkan untuk murid belajar Sains. Murid yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 35 orang iaitu 17 orang lelaki dan 18 orang perempuan. Mereka adalah dari Tahun 2 dari sekolah kebangsaan sekitar Ulu Langat yang mempunyai tahap kognitif yang pelbagai. Data dikumpulkan melalui tiga cara iaitu soal selidik, jurnal murid dan temubual. Analisis data soal selidik dan jurnal murid menunjukkan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh saya semasa set induksi telah berjaya menarik minat dan motivasi murid untuk belajar Sains. Murid juga mengakui bahawa Aktiviti Luar Jangkaan berjaya mewujudkan suasana awal pembelajaran yang menyeronokkan. Analisis temubual pula mendapati murid memberikan respon yang baik terhadap aktiviti yang seakan silap mata. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Aktiviti Luar Jangkaan semasa set induksi berkesan untuk membantu saya menarik minat dan motivasi murid. Ini memberi implikasi bahawa saya telah berjaya mempertingkatkan cara saya menjalankan sesi set induksi dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid saya.

1. PENGENALAN Pemilihan set induksi yang sesuai dapat memastikan murid terus berminat dengan sesi pembelajaran. Set induksi yang menarik boleh mengubah persepsi mental dan merangsang minat seseorang untuk meneruskan sesi pembelajaran[1]. Sepanjang tiga kali menjalani praktikum, saya dapati sukar bagi saya memulakan pengajaran dengan set induksi yang sesuai, menarik dan boleh memotivasikan murid. Akibatnya, saya mengalami kesukaran untuk meneruskan pengajaran kerana murid hilang fokus dan minat untuk meneruskan pembelajaran. Pensyarah pembimbing juga telah beberapa kali menegur saya berkenaan dengan pemilihan aktiviti set induksi yang tidak sesuai. Saya telah menilai kembali faktor-faktor yang menyebabkan murid saya hilang fokus dan minat untuk belajar. Biasanya saya memulakan pengajaran saya menggunakan beberapa kaedah seperti tayangan video dan bercerita namun, saya masih tidak mampu menarik perhatian murid dan mereka tidak bersedia untuk meneruskan pembelajaran. Maka untuk penyelidikan tindakan ini, saya percaya bahawa saya boleh memperbaiki cara saya mengendalikan sesi set induksi supaya lebih menarik, memotivasikan dan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan melakukan Aktiviti Luar Jangkaan. Aktiviti Luar Jangkaan didefinisikan sebagai aktiviti yang meletakkan keadaan kognitif murid dalam keadaan yang tidak seimbang (disequilibrium) dan memberi persediaan bagi mereka untuk belajar sesuatu yang baru [2]. Selain itu, murid juga dijangka lebih memberi respon dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan [3].


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Justeru, saya telah menyediakan dua soalan kajian bagi membantu saya semasa menjalankan kajian ini iaitu a) Bagaimana saya memperbaiki cara saya menjalankan aktiviti set induksi supaya dapat meningkatkan motivasi dan minat murid untuk belajar Sains? b) Bagaimana saya dapat memastikan murid seronok dengan Aktiviti Luar Jangkaan dan seterusnya menggalakkan mereka untuk belajar Sains?

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Seramai 35 orang murid Tahun Dua telah terlibat di dalam 17 daripadanya adalah murid lelaki dan 18 adalah murid perempuan dari sekolah kebangsaan sekitar Ulu Langat. Mereka adalah dari kelas pertama tetapi terdiri daripada murid yang berkepelbagaian dalam paras kognitif iaitu sederhana dan tinggi. Saya telah menggunakan tiga cara pengumpulan data iaitu soal selidik, jurnal murid dan temubual murid separa berstruktur. Kaji selidik mengandungi enam soalan ringkas bagi mendapatkan persepsi murid sama ada saya telah berjaya menarik minat atau memotivasikan murid untuk mengikuti pembelajaran dengan menggunakan Aktiviti Luar Jangkaan. Selain itu, saya juga menggunakan jurnal murid dan menemubual 3 orang murid untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perasaan mereka terhadap cara saya memulakan kelas. Saya telah menggunakan jurnal yang mana murid hanya perlu mengisikan tempat kosong dengan respon yang sesuai. Temubual pula dilakukan di akhir setiap kelas dengan menunjukkan Aktiviti Luar Jangkaan yang telah saya lakukan kepada murid sebagai peringatan semula.

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Peratus

Analisis soal selidik menunjukkan saya telah berjaya meningkatkan minat dan motivasi murid dengan menggunakan Aktiviti Luar Jangkaan. 100.5 100 99.5 99 98.5 98 97.5 97 96.5 96 95.5

M1

M2

M3

Murid berminat dengan Aktiviti Luar Jangkaan

97

100

100

Murid bermotivasi selepas melihat Aktiviti Luar Jangkaan

97

100

100

Murid seronok semasa melihat Aktiviti Luar Jangkaan

98.5

100

100

Rajah 1: Peratus murid yang berminat, bermotivasi dan seronok dengan Aktiviti Luar Jangkaan. Rajah 1 menunjukkan peningkatan peratusan pada minggu pertama (M1), minggu kedua (M2) dan minggu ketiga (M3). Hanya 97% murid bersetuju bahawa mereka berminat dan bermotivasi untuk belajar selepas melihat Aktiviti Luar Jangkaan. Peratus persetujuan murid meningkat menjadi 100% pada minggu kedua dan ketiga. Peratusan murid yang bersetuju


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 bahawa mereka seronok dengan Aktiviti Luar Jangkaan juga meningkat dari minggu pertama sehingga minggu ketiga iaitu 98.5% sehingga 100% pada minggu kedua dan ketiga. Ini memberi implikasi bahawa Aktiviti Luar Jangkaan yang saya pilih sesuai dengan tahap kognitif murid.

Peratus

Analisis jurnal murid pula menunjukkan majoriti murid merasakan bahawa mereka seronok dan tertarik dan ingin tahu jawapan terhadap Aktiviti Luar Jangkaan yang ditunjukkan oleh guru. 102 100 98 96 94 92 90 88 86

Seronok Tertarik Ingin tahu

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Rajah 2: Respon murid dalam jurnal. Rajah 2 menunjukkan bahawa pada minggu kedua, peratus murid yang mengakui mereka seronok dan tertarik dengan aktiviti Luar Jangkaan telah berkurang kepada 95% dan 92%. Ini mungkin kerana saya kurang persediaan lalu menyebabkan murid dapat meneka apa yang berlaku dan hilang rasa ingin tahu terhadap aktiviti yang ditunjukkan. Pada minggu ketiga pula, peratusan murid yang seronok, berminat dan ingin tahu kepada jawapan meningkat semula. Murid berpendapat bahawa aktiviti yang ditunjukkan oleh guru telah membuatkan mereka tertarik dan seronok lalu bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran dan mengetahui jawapan terhadap aktiviti yang ditunjukkan. Ini mungkin disebabkan saya telah memilih Aktiviti Luar Jangkaan yang sesuai dengan topik dan tahap kognitif murid serta melakukan persediaan yang rapi sebelum memulakan kelas. Analisis temubual terhadap 3 orang murid menunjukkan respon yang baik terhadap Aktiviti Luar Jangkaan yang dilakukan pada sesi set induksi. Murid memberi respon bahawa mereka berminat, seronok dan bermotivasi untuk belajar selepas melihat aktiviti-aktiviti yang saya tunjukkan. Antara respon yang diberikan adalah “Berminat. Sebab rasa sangat seronok sebab belajar Sains ni merupakan pengalaman yang hebat”, “Saya gembira..rasa nak belajar Sains tiap-tiap hari” dan “Saya rasa nak belajar Sains dengan betul-betul, nak dapat 100..nak berjaya”. Respon-respon murid ini menunjukkan bahawa Aktiviti Luar Jangkaan berjaya membuatkan murid teruja dan memotivasikan mereka untuk terus fokus dalam pembelajaran. Malahan ketiga-tiga murid juga bersetuju bahawa saya telah berjaya menyediakan suasana awal pembelajaran yang menyeronokan kerana aktiviti yang ditunjukkan adalah seakan-akan silap mata.

4. DAPATAN KAJIAN Analisis soal selidik menunjukkan majoriti murid bersetuju bahawa saya telah berjaya memulakan kelas dengan aktiviti yang menarik minat, menyeronokkan dan memotivasikan


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 murid untuk terus belajar. Hal ini disokong oleh hasil analisis jurnal murid yang menunjukkan bahawa ramai murid mengakui dalam sesi-sesi seterusnya bahawa mereka berminat dan bermotivasi untuk belajar selepas melihat Aktiviti Luar Jangkaan. Temubual dengan murid mengukuhkan penyataan diatas. Murid berpendapat bahawa aktiviti yang ditunjukkan oleh guru membuatkan mereka lebih meminati Sains dan tertunggu-tunggu untuk mempelajari Sains dan topik baru pada hari berikutnya. Ia selari dengan kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa individu yang secara semulajadi tertarik dengan sesuatu yang diluar jangkaan akan mengalami motivasi dalaman untuk terus belajar [3].

Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa saya telah berjaya memperbaiki cara saya mengendalikan set induksi supaya lebih menarik dan memberi motivasi kepada murid. Maka, mereka terus menumpukan perhatian untuk mengikuti sesi pembelajaran seterusnya saya menjadi lebih kreatif terhadap pemilihan, persediaan bahan dan pengubahsuaian Aktiviti Luar Jangkaan agar ia sesuai dengan tahap kognitif murid. Justeru, dengan menggunakan Aktiviti Luar Jangkaan yang sesuai semasa set induksi, saya telah berjaya menarik minat, memotivasikan murid saya dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan mereka. 5. KESIMPULAN Saya dapati dengan menggunakan Aktiviti Luar Jangkaan semasa sesi set induksi saya telah berjaya menarik minat dan memotivasikan murid untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Malahan, kajian ini telah membantu saya untuk menjadi lebih kreatif dalam pemilihan aktiviti semasa sesi set induksi. Selain itu, saya juga perlu mengambil kira kesesuaian Aktiviti Luar Jangkaan tersebut terhadap tahap kognitif murid dan topik-topik Sains yang lain. Aktiviti Luar Jangkaan ini bukan sahaja sesuai dilakukan semasa sesi set induksi tetapi sesuai juga dijadikan aktiviti utama atau dijadikan bahan perbincangan semasa peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN [1] Oman, M. D. (2001). Using anticipatory set demonstrations to promote interest in science: An investigation into an 8th grade integrated science classroom. Unpublished Master’s thesis, University of Wisconsin, (1-56) [2] Charlseworth, R., & Lina, K. (2006). Math science for young children. UK: Thompson Delmar Learning. [3] Appleton, K. (1996). Studensâ€&#x; responses during discrepant event science lesson. Research in Science Teaching, (2-22) [4] Stipek, D. (1988). Motivation to learn: From theory to practice. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Hubungi penulis Noor Intan Zahara Abdullah, noorintanzaharaaabdullah@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN MINAT MURID TAHUN 5 DAMAI DALAM PENGAJARAN SAINS TOPIK SIRATAN MAKANAN DENGAN PENGGUNAAN AKTIVITI VIDEO DI SEKOLAH Hanif Ab Rahman dan Faridah Yakob ABSTRAK Kajian tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk menambahbaik pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran dan minat pelajar tahun 5 dalam pengajaran sains topik siratan makanan melalui penggunaan aktiviti video di sekolah kebangsaan sekitar daerah Cheras. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji samada penggunaan aktiviti video dapat meningkatkan fokus dan minat murid dalam pengajaran topik siratan makanan Tahun 5 sekali gus menambahbaik pengajaran guru. Aspek yang dikaji adalah peningkatan penguasaan murid, dan peratus persetujuan pelajar terhadap peningkatan minat mereka terhadap penggunaan aktiviti video. Instrumen yang digunakan adalah ujian pra dan pasca serta soal selidik yang dijalankan terhadap 30 orang responden. Data kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang ketara semasa hasil ujian pra dan pasca iaitu seramai 19 orang murid yang mencapai tahap peningkatan yang amat tinggi. Pada keseluruhannya, peratus peningkatan min skor iaitu sebanyak 34.4 %. Ini jelas menunjukkan berlakunya peningkatan kefahaman murid. Hasil daripada keputusan soal selidik menunjukkan item soal selidik yang menjurus kepada minat pelajar terhadap penggunaan video dalam pengajaran mencatat keputusan 100 peratus murid bersetuju bahawa penggunaan bahan video ini menarik minat mereka justeru, ia dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan penguasaan pembelajaran Sains Topik Siratan Makanan.

1. PENGENALAN Pelbagai kaedah telah digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa berminat dalam bilik darjah dan juga menguasai pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya disampaikan oleh guru. Inilah cabaran yang saya hadapi semasa beberapa kali saya berpraktikum. Jelas bahawa saya menghadapi masalah dalam menghasilkan satu medium pengajaran yang berkesan dalam pengajaran sains. Saya amat berminat untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran saya agar sesuai dan lebih efektif serta yang paling penting adalah sentiasa menarik minat pelajar dalam bilik darjah sains saya. Saya ingin menceburi satu kaedah yang mempelbagaikan medium dan menggunakan medium sedia ada secara optimum, iaitu dengan menggunakan kaedah penggunaan video dalam pengajaran saya. Saya merasakan bahawa saya tentunya dapat mampu meningkatkan kualiti pengajaran saya dan dan seterusnya berkesan dalam mengajar murid. Ini adalah penting kerana aktiviti pengajaran-pembelajaran dengan menggunakan video ini pastinya dapat menarik minat murid, merangsangkan minda murid-murid dan dapat mengurangkan kebosanan murid-murid semasa belajar (Jamalludin, 2008). Untuk itu, saya telah memilih kaedah menggunakan video ini agar pengajaran saya akan lebih menarik dan efektif dalam pengajaran sains khususnya pada pelajar 5 di sekolah tersebut.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Kajian ini dimulakan dengan pengajaran topik siratan makanan tanpa menggunakan video sebagai satu pengukur sejauh mana keberkesanan pengajaran saya tanpa menggunakan kaedah video. Kemudian murid-murid tadi akan diberi ujian (ujian pra) yang bertujuan untuk melihat pencapaian pelajar apabila rawatan tidak dikenakan. Dalam kes ini rawatan adalah tindakan yang dirancang iaitu, penggunaan video dalam pengajaran-pembelajaran. Kumpulan sasaran yang terdiri dari murid-murid darjah 5, seramai 30 orang di sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur ini akan mengikuti pengajaran-pembelajaran dengan menggunakan video. Sejurus selepas itu, murid ini menjalani soalan ujian pasca. Seterusnya, borang soal selidik yang bahagikan kepada kod minat dan kod kefahaman akan diberikan untuk mengetahui sejauh mana pandangan murid-murid terhadap penggunaan video dalam pengajaran saya.

3. ANALISIS DAN INTEPRETASI Pada keseluruhannya, data min pencapaian menunjukkan peningkatan dimana catatan min Ujian Pra adalah 48.57 dengan sisihan piawai 20.65 manakala setelah menjalani rawatan pengajaran menggunakan video, minnya meningkat kepada 82.83 dengan sisihan piawai 13.25. (Jadual 1) Peratus peningkatan min skor pra dan min skor pasca berada pada tahap baik iaitu sebanyak 34.4%. Ini membawa maksud bahawa kaedah pengajaran topik siratan makanan dengan menggunakan teknik video dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap pembelajaran mereka. Selain terdapat juga murid yang telah membuat peningkatan secara mendadak iaitu peratus peningkatan adalah melbihi seratus peratus. Peningkatan yang paling cmerlang adalah kepada responden 19 yang mencapai peratus peningkatan yang amat tinggi iaitu melebihi 100% iaitu sebanyak 411.76% iaitu peningkatan skor daripada ujian pra kepada ujian pasca adalah 17 peratus kepada 87 peratus. Mengikut gred pula responden 19 telah melonjak daripada gred F ke Gred A. Borang soal selidik juga menunjukkan satu keputusan yang positif. Hasil keputusan soal selidik untuk kod kefahaman juga menunjukkan 100% murid bersetuju bahawa penggunaan video dapat meningkatkan kefahaman murid dalam belajar sains dan memahami konsep sains. Hasil keputusan ini menunjukkan bahawa penggunaan aktiviti video dapat meningkatkan pengajaran saya tentang topik siratan makanan ini kerana ia mampu meningkatkan fokus pembelajaran murid-murid tahun 5 Damai kerana melalui video pelbagai animasi boleh dijadikan sebagai pembantu untuk memudahkan lagi pemahaman murid terhadap konsep sains yang dipelajari. Hasil keputusan soal selidik untuk kod minat pula menunjukkan peratus persetujuan murid adalah antara 83% - 100%. Hasil keputusan item yang menunjukkan samada murid berminat untuk belajar apabila mendapat penerangan melalui kaedah video juga telah menunjukkan hasil keputusan 100%. Dapatan ini menunjukkan bahawa melalui pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran berbantukan video menjadi tarikan kepada murid-murid khususnya murid sekolah rendah (Yahya 2011). Hasil daripada keputusan ini menunjukkan penggunaan video dapat meningkatkan keseronokan murid untuk belajar seterusnya dapat meningkatkan motivasi untuk belajar. Apabila mereka bermotivasi murid-murid akan terus berminat untuk belajar.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Jadual 1 Jadual Min, Sisihan Piawai dan Peratus Peningkatan Ujian Pra dan Pasca Ujian Pra Ujian Pasca

Min 48.57 82.83

Sisihan Piawai 20.65 13.25

4. KESIMPULAN Daripada kajian yang dijalankan, penggunaan aktiviti video sangat releven dan baik untuk dilaksanakan oleh guru kerana ia dapat menjadikan satu arena pembelajaran yang seimbang untuk semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Bagi pengkaji, penggunaan aktiviti video ini seharusnya dijadikan satu elemen pengajaran yang penting terutama sekali pada konsep yang sukar untuk diterangkan melalui verbal sahaja. Ini adalah supaya murid nampak dengan lebih jelas konsep dan hubungkait dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran Sains. Setiap guru seharusnya mencuba kaedah baru seperti penggunaan aktiviti video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana telah terbukti melalui pelbagai kajian bahawa penggunaan aktiviti video dapat menambah baik amalan guru, meningkatkan pemahaman murid memahami konsep sains, dan meningkatkan minat murid dalam pembelajaran sains seterusnya menyediakan satu wadah pengajaran yang mampan.

RUJUKAN [1] Tsung. (2010). Educational Benefits Of Multimedia Skills Training.Tech trends January 2010,Volume 54, Number 1. [2] Noor. (2002). Reka Bentuk Dan Keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Multimedia Pendekatan Konstruktivisme Bagi Sains KBSM. Dimuat Turun Pada (23 Ogos 2011) http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf.

Hubungi Penulis Hanif Ab Rahman, frwrd_87@yahoo.com.my


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENAMBAHBAIK PENERANGAN KONSEP SAINS DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH BUKU SKRAP DALAM TOPIK RANTAI MAKANAN TAHUN 5 Mohammad Shamsul Hadi Hamid dan Faridah Yakob

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asas Sains dengan menggunakan buku skrap sebagai pemangkin pembelajaran dan seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran guru. Kajian ini membuktikan bahawa kaedah menggunakan buku skrap yang paling sesuai untuk kefahaman murid terhadap konsep asas Sains. Kajian tindakan ini melibatkan 30 orang pelajar murid tahun 5 di salah sebuah sekolah di sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Dengan mengambil kira tujuan penyediaan buku skrap yang mempunyai dimensi berbeza, dapatan kajian menunjukkan pelajar berupaya mengaplikasikan kecerdasan pelbagai serta kecerdasan emosi dalam pembelajaran, melaksanakan reflektif bersendirian serta berkolaboratif dengan rakan/penyelidik dengan lebih berfokus, lebih seronok serta menunjukkan minat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan suasana yang menyeronokkan. Kajian ini mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan bagi menyediakan pelaksanaan buku skrap secara tersusun dan lebih sistematik dalam menguji tahap kefahaman murid terhadap sesuatu topik. Saya telah menggunakan ujian Pra dan Pasca sebagai instrumen di dalam kajian ini, Ujian ini mengandungi 20 soalan objektif mengenai topik Rantai Makanan. Dapatan menunjukkan murid menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka dalam menjawab soalan ujian dan kesimpulannya ternyata kaedah buku skrap dapat meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap konsep Sains terutama dalam topik Rantai Makanan. Ini juga bermakna bahawa persoalan berkenaan kualiti pengajaran juga tidak boleh dipertikaikan dan semestinya kajian ini menunjukkan peningkatan pada kualiti pengajaran saya sebagai seorang guru pelatih.

1. PENGENALAN Saya dapati bahawa kelemahan saya yang paling ketara adalah berpunca daripada kegagalan saya dalam membina satu aktiviti hands on yang dipercayai dapat mmemudahkan pelajar untuk memahami konsep sains. Ini membawa kepada pelajar yang kurang bermotivasi, tidak prihatin, dan strategi pembelajaran dan pengajaran yang hambar dan kurang menarik. Setelah melakukan pemerhatian pada refleksi pengajaran yang lepas, masalah utama saya adalah saya tidak dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep sains. Saya terfikir untuk menghasilkan satu projek sains yang berasaskan aktiviti hands on seperti menampal, mewarna dan melukis boleh mengembangkan minat melalui aktiviti-aktiviti yang memuaskan dan seterusnya mempunyai cenderung untuk merangsang bagi aktiviti seterusnya. Saya berasa amat teruja apabila saya terfikir untuk menjalankan kajian mengenai kaedah aktiviti pemusatan murid seperti ini dapat membantu mereka dalam pembelajaran sains. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tumpu pada kaedah ini.

2. METODOLOGI


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Kajian ini melibatkan 30 orang murid Tahun 5, yang terdiri daripada 15 murid lelaki dan 15 murid perempuan. Bagi memastikan kaedah buku skrap ini berjalan dengan sistematik. Saya telah membuat beberapa perancangan untuk mengumpul data. Antara instrumen yang saya gunakan ialah, borang soal selidik, temubual tak berstruktur dan skor ujian pra dan ujian pasca. Sebagai permulaan, saya telah menjalankan tinjauan masalah terhadap murid-murid untuk mengenalpasti masalah murid dan keinginan murid dengan menggunakan kaedah borang soal selidik dan temubual tak berstruktur. Seterusnya, untuk mengumpul data, saya telah menggunakan ujian pra dan pasca. Ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah buku skrap yang digunakan melalui kefahaman murid. Melalui borang kaji selidik yang diberikan kepada murid-murid, saya dapat menilai sekiranya mereka menggemari serta mempraktikkan kaedah buku skrap ini. kelangsungan daripada kaji selidik tersebut, saya mengadakan temubual yang melibatkan seorang guru untuk menyiasat kaedah yang sesuai digunakan untuk murid-murid. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hasil dapatan kaji selidik yang telah dibuat. Saya telah menggunakan ujian pra sebelum melaksanakan kaedah buku skrap dan ujian pasca selepas melaksanakan kaedah buku skrap. Perbandingan skor antara ujian pasca dan ujian pra menentukan keberkesanan kaedah ini untuk digunakan dalam pengajaran.

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI Jadual 1 menunjukkan min skor Ujian Pra dan Pasca. Data menunjukkan terdapat peningkatan pada min skor untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca di mana min skor untuk Ujian Pra adalah 75.33 manakala min skor untuk Ujian Pasca adalah 93.50. Perbezaan peratus min skor untuk Ujian Pra dan Pasca adalah sebanyak 18.17%. Ini membawa maksud terdapat peningkatan ketara dalam ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra. Jadual 1 : Min Skor Ujian Pra dan Pasca N (Bilangan) Ujian Pra Ujian Pasca

30 30

Min Skor 75.3 93.5

Sisihan Piawai 11.1 4.6

Berdasarkan temubual yang saya bersama guru sains di sekolah saya berpraktikum sebelum ini, didapati strategi pengajaran yang saya guna sebelum ini sememangnya tidak berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep Sains. Ini kerana strategi pengajaran saya bercorakkan pemberian kuliah dan tidak sesuai digunakan untuk mengajar murid tahun 5. Seperti apa yang dinyatakan oleh seorang guru sains di sekolah tersebut “ ....Kalau nak buat aktiviti yang lebih seronok dan berkesan, murid itu sendiri yang perlu buat aktiviti itu sendiri bukannya guru yang buat�. Kaedah buku skrap dilihat berkesan dalam menambahbaik kualiti pengajaran saya dan meningkatkan tahap kefahaman murid tentang konsep Sains dalam mempelajari topik Rantai Makanan. Hal ini dibuktikan berdasarkan kepada keputusan ujian yang telah dijalankan. Berdasarkan keputusan itu, peningkatan yang mendadak dapat dilihat dalam Ujian Pra dan Pasca yang dijalankan selepas saya mengajar kaedah buku skrap. Dalam Ujian Pra muridmurid mencatatkan markah minimum iaitu 50.0% dan markah maksimum adalah 95.0%.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Walaupun markah maksimum agak tinggi, tetapi kebanyakan murid-murid mencatat keputusan yang sederhana di antara 60.0% ke 80.0%. Ini menunjukkan murid tidak dapat menguasai konsep Sains dalam topik Rantai Makanan sebelum menjalani program kaedah buku skrap. Setelah 3 minggu, didapati Ujian Pasca mencatatkan keputusan yang memberangsangkan iaitu semua murid mencatatkan peningkatan dalam nilai peratus min iaitu sebanyak 18.2%. Keputusan ini jelas menunjukkan penggunaan kaedah buku skrap dalam pengajaran pengajaran konsep sains sangat efektif di samping mewujudkan keseronokan belajar. Selain itu, pelaksanaan kajian ini telah meningkatkan kemahiran saya dalam menjalankan proses pengajaran agar lebih menarik dan berkesan. Jika sebelum ini, saya lebih banyak mengamalkan pengajaran cara tradisional terhadap murid-murid saya, namun sekarang saya dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dengan menggunakan buku skrap. Kajian yang dijalankan telah menunjukkan hasil yang membuktikan bahawa pengajaran menggunakan buku skrap lebih berkesan meningkatkan kemahiran murid saya dalam mempelajari asas konsep Sains berbanding dengan pengajaran cara tradisional. Ini secara tidak langsung menambah kualiti pengajaran menjadi lebih berkesan kepada murid-murid saya. Pencapaian murid dalam ujian Pasca meningkat selepas menggunakan buku skrap. Ini memberi implikasi bahawa saya telah berjaya menyediakan modul penghasilan buku skrap yang sesuai dengan topik rantai makanan dalam pengajaran saya. Peningkatan peratus markah murid dalam ujian pasca ini menunjukkan penyediaan radas dalam bentuk buku skrap sesuai dengan topik yang ingin dipelajari. Hal ini disokong oleh (Rios, 2005) yang menyatakan penggunaan buku skrap dalam aktiviti pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid tentang konsep Sains yang dipelajari. Penggunaan buku skrap merangkumi pelbagai format dan fungsi. Kesimpulan keputusan ujian Pra dan Pasca menunjukkan penilaian alternatif menggunakan buku skrap adalah sangat berguna dan buku skrap juga berkesan bagi memudahkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan menggunakan buku skrap pelajar akan dapat memilih dan menilai pembelajaran sendiri. Saya juga berupaya mengesan murid yang lemah dan dapat menumpukan perhatian yang lebih pada murid-murid yang lemah.Untuk itu, pelajar dapat membuat pilihan, menilai dan menyaring sampel tugasan yang dilaksana yang barangkali sudah tentu akan memudahkan mereka memindahkannya ke tempat kerja nanti. Ini menunjukkan murid dapat melihat kemampuan mereka sendiri berpandukan buku skrap yang dihasilkan oleh mereka sendiri dan saya dapat memperbaiki strategi pengajaran saya sebelum ini. Hal ini hampir sama dengan saranan Johnson, McDaniel dan Willeke (2000) bahawa buku skrap berupaya memudahkan pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar dapat menunjukkan objektif profesional , pelajar dapat melihat hubungan teori dengan amalan, pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam konteks khusus [1]. Pembelajaran berjaya dicapai dan dipertingkatkan melalui penerangan guru yang jelas, pengalaman murid yang bererti dan kegiatan yang menyeronokkan murid dan guru. Oleh itu, murid dapat menumpukan perhatian dan fokus apabila melakukan aktiviti ini bersama guru. Ini juga memudahkan guru untuk berkomunikasi dengan murid semasa mengajar Sains dan menjadikan pengajaran saya lebih bermakna. Berdasarkan analisa ujian Pra dan Pasca yang menunjukkan murid lelaki menunjukkan perubahan ketara melalui nilai peratus min, ternyata kaedah ini sangat berkesan kepada murid lelaki. Ini menunjukkan murid lelaki lebih mahir dalam penggunaan bahan maujud daripada murid perempuan. Buku skrap juga menguji deria mereka dan kepekaan mereka supaya


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 mereka menjadi lebih peka setelah melibatkan mereka di dalam penggunaan bahan-bahan yang guru bawa semasa di dalam kelas. Hasil ujian Pra dan Pasca menunjukkan penggunaan buku skrap adalah berkesan di mana keputusan peningkatan ujian ini menyokong hasil kajian saya iaitu untuk menguji kefahaman murid terhadap konsep sains dan menambaik kualiti pengajaran saya berdasarkan kaedah buku skrap yang telah saya sediakan untuk aktiviti di kelas. Persepsi murid terhadap buku skrap adalah sangat memberansangkan dan murid menyatakan bahawa buku skrap berkesan untuk mempertingkatkan pembelajaran mereka. Ini menunjukkan penggunaan buku skrap digunakan dalam proses pembelajaran membantu murid untuk membentuk sikap yang positif dalam pelajaran dan mendapatkan maklumat tepat di samping mengajar saya bagaimana membuatkan murid minat dengan pengajaran saya. Hasil keputusan ujian Pra dan Pasca yang dijalankan ini adalah untuk melihat keberkesanan buku skrap dan juga menghubungkait hasil yang diperoleh daripada kajian rintis. Saya juga merasakan pencapaian murid yang meningkat dalam ujian Pra dan Pasca ini juga disebabkan strategi pengajaran yang berkesan dengan menggunakan buku skrap. d mana bahan bantu mengajar seperti buku skrap boleh membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah dan menjimatkan masa dan murid akan memahami pengajaran dengan lebih berkesan. Ini membuatkan murid akan berasa teruja semasa di dalam kelas dan saya sebagai guru dapat menjalankan pengajaran dengan lancar. Semasa selesai melaksanakan ujian Pra Dan Pasca, mereka kelihatan gembira dan tidak sabar untuk mengetahui keputusan ujian mereka dan perbandingan markah antara ujian Pra dan Pasca. Dapatan kajian menunjukkan berjaya menarik minat mereka terhadap Buku Srap. Dapatan kajian menunjukkan kaedah buku skrap dapat meningkatkan tahap kefahaman murid-murid tentang konsep sains terutama dalam topik rantai makanan. Kaedah ini dapat meningkatkan tahap kualiti pengajaran saya di samping menguji minda dan mencabar pemikiran murid terhadap sesuatu konsep Sains.

4. KESIMPULAN Penyelidikan tindakan penggunaan buku skrap dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam mempelajari konsep asas Sains dilihat sebagai satu proses mempertingkatkan hasil pembelajaran di sekolah rendah. Saya berharap dapatan kajian ini member implikasi kepada pengetahuan, kefahaman dan peningkatan kemahiran kepada bukan sahaja murid yang terlibat dalam kajian ini,bahkan kepada saya sebagai seorang guru dan juga pengkaji yang masih mencari ilmu keguruan. Selanjutnya, saya menyimpulkan hasil kajian ini sebagai berikut iaitu pertama adalah guru boleh mengubah amalan pengajaran yang tradisional dan direktif kea rah penggunaan buku skrap yang lebih kreatif, manipulatif, kreatif dan inovatif. Kedua, penggunaan buku skrap dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid untuk meningkatkan kefahaman dalam pelajaran, menambahkan kemahiran, dan meningkatkan kefahaman dalam pelajaran, menambahkan kemahiran, dan meningkatkan rasa seronok murid terhadap pelajaran. Penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan juga membantu murid mencapai kemahiran kolaborasi kerana adanya rasa penghargaan, kejelekitan, dan menerima perbezaan sesama mereka. Oleh itu, penggunaan buku skrap dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting diberikan semasa peringkat awal persekolahan bagi memudahkan kefahaman murid ke atas pelajaran dan member nilai-nilai sosial dengan lebih awal yang mengandungi nilai-nilai murni.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

RUJUKAN [1] Johnson, R.L., McDaniel H.F dan Williece M.J. (2000). Using portfolios in program evaluation: An investigation of inter-rater reliability, American Journal of Evaluation vol. 21(1)65-85 Hubungi penulis Mohammad Shamsul Hadi Hamid, aeros_cougars5@yahoo.com.my


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR KONKRIT MENGGUNAKAN AKTIVITI DALAM KUMPULAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS Zubaidah Mohammad Suffian dan Asha Kumari Lal

ABSTRAK Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar konkrit dengan menggunakan aktiviti dalam kumpulan bagi mata pelajaran sains. Kajian ini telah dijalankan ke atas 33 orang murid dari tahun 5 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kajian ini memberi tumpuan bagaimana saya dapat menguruskan penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk konkrit bagi murid tahun 5. Kajian ini telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian oleh guru kelas dan rakan, soal selidik murid dan temu bual terhadap murid-murid yang dipilih sahaja. Hasil kajian menunujukkan saya telah berjaya dalam meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar konkrit dalam aktiviti kumpulan.

1. PENGENALAN Antara masalah yang saya hadapi semasa sesi praktikum ialah kurang mendapat perhatian daripada murid, sukar untuk menerangkan konsep sains dengan mudah, dan lemah dalam menyediakan bahan bantu mengajar. Masalah ini telah menyebabkan saya berasa gagal untuk membantu murid-murid meminati mata pelajaran sains. Fokus kajian saya adalah untuk menarik minat murid-murid tahun 5 dalam mata pelajaran sains dengan menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk konkrit dan meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar yang berbentuk konkrit oleh guru. Mempelajari menggunakan deria berupaya menajamkan deria dengan itu dapat mengembirakan dan menarik minat mereka di dalam bilik darjah [2].

2. CARA MENGUMPUL DATA Sasaran murid untuk kajian ini adalah seramai 33 orang tahun 5 dan kajian ini telah dijalankan selama sebulan. Kajian ini telah menggunakan tiga jenis kaedah bagi mengumpul data iaitu pemerhatian oleh guru, soal selidik murid dan temu bual terhadap murid. Semua kaedah kajian telah digunakan semasa kedua-dua sesi pengajaran. Semasa pengajaran, guru pembimbing dan rakan telah duduk di belakang kelas dan memerhati saya dan sikap muridmurid di dalam kelas tersebut berdasarkan borang pemerhatian yang telah disediakan. Soal selidik dan temu bual dijalankan selepas saya mengajar dalam kelas. Saya mengambil masa 30 minit untuk menjalankan sesi soal selidik dan meminta murid-murid menjawab soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik tersebut.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 3. ANALISIS DAN INTERPRETASI Hasil daripada kajian, kedua-dua pemerhati (guru) sangat setuju menyatakan bahawa saya telah meningkatkan pengajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit semasa di dalam kelas. Perkara ini juga telah dibuktikan dalam dapatan temu bual bersama beberapa orang murid untuk pengajaran pertama dan kedua. Berdasarkan soalan temu bual yang pertama, murid-murid suka apabila saya menggunakan bahan bantu mengajar semasa di dalam bilik darjah. Mereka juga seronok apabila saya memberi peluang untuk menyentuh bahan-bahan yang saya bawa ke dalam kelas dalam kedua-dua pengajaran. Berdasarkan dapatan soal selidik, murid sangat suka apabila mereka dapat menyentuh bahan-bahan yang saya bawa daripada mendengar saya bercakap sambil menunjukkan bahan-bahan konkrit yang di bawa. Peningkatan peratusan daripada pengajaran pertama kepada pengajaran kedua telah membuktikan bahawa saya telah berjaya meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar konrit ini dengan melibatkan murid-murid di dalam kelas tersebut. Mereka telah bersetuju bahawa apabila saya telah memberi mereka peluang untuk menyentuh bahan-bahan yang telah saya sediakan.

4. KESIMPULAN Pada keseluruhannya, keputusan kajian telah menunjukkan saya telah dapat meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk konkrit ini. Minat murid juga telah dapat dittingkatkan apabila saya telah memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan bahn bantu mengajar yang telah disediakan. Bahan konkrit ini juga dapat menolong murid-murid belajar dengan gembira dan mudah tertarik dalam pengajaran guru [1]. Disamping itu, penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk konkrit dapat memberikan impak positif terhadap murid-murid. Murid-murid banyak mendapat faedah daripada pengajaran saya yang menggunakan bahan bantu mengajar ini. Murid dapat mengekalkan minat mereka di dalam kelas, murid mudah untuk memahami dan menjawab soalan yang diberikan oleh saya. Saya juga dapat meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar konkrit semasa di dalam kelas.

Rujukan [1] Abu S. (2000). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Jabatan Kemahiran Hidup.Universiti Pendidikan Sultan Idris. [2] Hayazi .(2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Diklangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Men. Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia

Penulis Zubaidah Bt Mohammad Suffian, zue_cyg@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

KAEDAH LATIH TUBI DAPAT MENAMBAHBAIKAN PENDEKATAN GURU PADA FASA MENGAPLIKASI IDEA Mohamad Najib Miseran dan Ellyza Karim

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat penerapan pendekatan latih tubi dalam pengajaran. Fokus saya dalam kajian ini adalah untuk membuat penambahbaikan dalam pendekatan pengajaran saya iaitu pada fasa mengaplikasi idea yang dipraktikkan dalam „Lima Fasa Needhamâ€&#x;. Kaedah latih tubi ini merangkumi kuiz, penggunaan kad imbasan, dan latihan bertulis. Dalam kajian ini, data-data diperolehi melalui beberapa instrumen, iaitu ujian pra dan ujian pasca, borang soal selidik, temubual berstruktur, dan catatan rekod anekdotal. Pemerhatian dibuat ketika ketiga-tiga kaedah latih tubi dipraktikkan sewaktu pengajaran pada tiga waktu kelas yang berbeza. Secara keseluruhan, kaedah latih tubi secara kuiz, kad imbasan dan latihan bertulis memberikan hasil yang pelbagai. Kuiz adalah aktiviti yang paling digemari, tetapi sebaliknya bagi latih tubi secara latihan bertulis. Pada akhir pelaksanaan kaedah latih tubi ini, ujian pasca diberikan kepada murid-murid. Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan bilangan murid yang mendapat Gred A meningkat daripada 4.5 peratus ke 77 peratus.

1.

PENGENALAN

Saya mendapati kelemahan paling utama saya ialah daripada aspek keberkesanan pengajaran. Ini dibuktikan apabila murid-murid hanya sekadar menunjukkan pencapaian yang agak sederhana dalam ujian. Walaupun saya menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menarik, saya dapati ianya tidak mencukupi. Murid-murid ini perlu didedahkan dengan latihan yang mencukupi dan mereka perlu sering diuji dengan pelbagai soalan yang mencabar kefahaman mereka. Peningkatan kemajuan prestasi selalunya terhasil melalui latihan bahan individu (Cohen, Servan-Schreiber, & McCelland, 1992), dan peningkatan jumlah latih tubi selalunya dianggap sebagai pendekatan yang paling efektif untuk kemajuan pembelajaran (Chase & Symonds, 1992) [2]. Setelah melaksanakan beberapa amalan refleksi, saya dapati murid-murid menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan dalam ujian yang dijalankan. Oleh yang demikian, secara tidak langsung saya mengenalpasti kelemahan adalah berpunca daripada kekurangan latihan dan perbincangan soalan sesama murid. Maka, latih tubi merupakan satu pendekatan yang boleh saya laksanakan untuk menambahbaik pengajaran saya. Dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqraâ€&#x; beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya[3]. Latih tubi memberi makna latihan yang dilakukan secara berulangkali dan berterusan. Kaedah latih tubi yang saya gunakan adalah seperti kuiz, penggunaan kad imbasan, dan latihan atau ujian bertulis.

2.

KAEDAH MENGUMPUL DATA

Kajian ini melibatkan seramai 31 orang murid Tahun 5, iaitu terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Bagi memastikan proses latih tubi ini berjalan dengan


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 sistematik, saya telah membuat beberapa perancangan untuk mengumpul data. Antara instrumen yang saya gunakan ialah rekod pemerhatian anekdotal, skor ujian pra dan ujian pasca, borang kaji selidik dan temubual berstruktur. Sebagai permulaan, saya telah menjalankan ujian pra terhadap murid. Ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah latih tubi yang digunakan. Melalui borang kaji selidik yang diberikan kepada murid-murid, saya dapat menilai sekiranya mereka menggemari serta mempraktikkan kaedah latih tubi ini. Kelangsungan daripada kaji selidik tersebut, saya mengadakan temubual yang melibatkan 6 orang murid yang telah dipilih secara rawak. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hasil dapatan kaji selidik yang telah dibuat. Saya telah menggunakan tiga kaedah latih tubi pada tiga kelas yang berbeza. Kaedah tersebut adalah kuiz, penggunaan kad imbasan dan latihan bertulis. Pada setiap kelas tersebut, saya menggunakan catatan pemerhatian anekdotal untuk mengumpulkan data. Pemerhatian yang dibuat adalah berstruktur. Setelah kaedah latih tubi itu dilaksanakan, ujian pasca diberikan kepada murid. Perbandingan skor antara ujian pasca dan ujian pra menentukan keberkesanan kaedah ini untuk digunakan dalam pengajaran.

3.

ANALISIS, INTERPRETASI DAN DAPATAN KAJIAN

Data dikumpulkan melalui instrumen yang telah dilaksanakan. Analisis dibuat terhadap data kualitatif dan data kuantitatif. Skor keseluruhan ujian pra menunjukkan kira-kira 4.5 peratus murid sahaja yang mencapai gred A. Hasil dapatan kaji selidik mendapati majoriti murid jarang sekali mempraktikkan kaedah latih tubi ini. Maka, hasil dapatan ini menyokong skor keseluruhan murid yang sederahana pada ujian pra. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan temubual yang dibuat terhadap enam orang murid. Temubual menunjukkan hanya dua daripada enam responden sahaja yang selalu membuat latih tubi, manakala empat lagi sekadar kadang-kadang sahaja. Berdasarkan respon yang diberikan, 100 peratus memilih kuiz sebagai latih tubi yang digemari. Hal ini disebabkan kuiz memberikan faktor keseronokan dalam pembelajaran mereka. Manakala, berdasarkan catatan pemerhatian anekdotal pula turut memperlihatkan dapatan yang serupa dengan hasil temubual yang diperolehi. Murid dilihat bersungguh-sungguh dan aktif melibatkan diri sewaktu kaedah latih tubi secara kuiz dijalankan, tetapi berbeza halnya ketika latihan bertulis diberikan. Latih tubi merupakan latihan yang sempurna kepada murid-murid. Menurut David A. Sousa (2000), latihan tidak menjadikan kesempurnaan. Latihan menjadikan kekal. Walau bagaimanapun, latihan yang sempurna menjadikan kesempurnaan”. [1] Jadual Perbandingan Kekerapan Antara Ujian Pra Dan Ujian Pasca Gred

Skor

A B C D E

100 – 80 79 – 65 64 – 45 44 – 30 29 – 0

Kekerapan Ujian Pra Ujian Pasca 1 17 2 5 10 0 4 0 5 0

Pencapaian murid-murid adalah lebih baik pada ujian pasca berbanding ujian pra. Bilangan pelajar yang mendapat gred A adalah tinggi, iaitu seramai 17 orang berbanding pada ujian pra, hanya seorang sahaja yang berjaya mencapai gred A. Bagi ujian pasca, gred A menunjukkan skor yang dominan di kalangan murid-murid. Sejumlah 17 orang murid berjaya mencapai skor antara 80 peratus hingga 100 peratus, selebihnya mendapat gred B, iaitu skor


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 antara 65 peratus hingga 79 peratus. Semua murid lulus pada ujian pasca berbanding ujian pra terdapat segelintir minoriti murid yang gagal.

4.

KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kaedah latih tubi ini didapati memberikan impak yang positif terhadap pengajaran saya. Ia mampu membekalkan latihan yang berterusan dan berulangkali. Objektif pengajaran saya pada setiap kelas tercapai. Murid-murid memberi respon kepada soalan yang diajukan dengan jawapan yang betul. Pencapaian murid-murid dalam ujian yang diberikan turut meningkat. Namun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat, kaedah latih tubi yang digunakan perlulah lebih menarik dan dapat melibatkan kesemua murid ketika dilaksanakan. Kaedah peneguhan juga perlu diterapkan ketika kaedah latih tubi ini dijalankan supaya dapat memberikan motivasi kepada murid. Secara keseluruhan, kaedah latih tubi secara kuiz, kad imbasan dan latihan bertulis memberikan hasil yang pelbagai. Kuiz adalah aktiviti yang paling digemari, tetapi sebaliknya bagi latih tubi secara latihan bertulis. Kaedah latih tubi mampu menambahbaik pengajaran saya pada fasa Aplikasi Idea dalam pendekatan Lima Fasa Needham yang saya gunakan sewaktu pengajaran.

RUJUKAN [1]

David A. Sousa, 2000, How The Brain Learn, Second Edition, Corwin Press Inc.

[2]

Chase, D.H., & Symonds, P.M. (1992). Practice vs. motivation. Journal of Educational Psychology, 84, 282-289

[3]

Ahmad Mohd Saleh, 1997, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd

Hubungi Penulis: Mohamad Najib bin Miseran, mutek.22@gmail.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

IMPROVING TEACHER’S FACILITATION SKILLS USING JIGSAW COOPERATIVE LEARNING Darsshni Govindarajoo and Ellyza Karim ABSTRACT The purpose of this study is to improve my facilitation skills using jigsaw cooperative learning. The study involved 28 Year 5 pupils in a primary school in Cheras, Selangor. Data was collected through video recordings, peer observations and questionnaire. The data was analyzed, interpreted and triangulated to draw conclusions. The video recordings showed that I have played an important role as a facilitator during my science class to encourage pupils to be independent for their own learning. The peer observation showed that the level of my facilitation skills during the group discussion has improved. The analysis of the questionnaire indicated that I have good facilitating skills during the jigsaw co-operative learning. The findings of the research indicated that I have improved my facilitation skills using jigsaw cooperative learning in my science lesson.

1. INTRODUCTION Different teachers have different styles of teaching. As for me, I always like to use group work during my teaching and learning session. But I realised that I always have a problem whenever I implement group work during the lesson. I believe that pupils should be more responsible for their own learning. They should be more independent rather than depending on the teacher. Facilitation skills are used to facilitate individuals and also groups. According to the social constructivist approach, instructors have to adapt to the role of facilitators and not teachers. A facilitator helps the learner to get to his or her own understanding of the content. Thus, I am going to improve my facilitation skills by using jigsaw cooperative learning method.

2. OBJECTIVE OF STUDY I realised that without good facilitation skills it is hard for me to help the pupils to be independent learners. Therefore, I have chosen jigsaw cooperative learning method to improve my facilitation skills. Co-operative learning is a set of teaching principles that engage three or more pupils to help and work together to achieve task interdependence [1]. Studies have proven that pupils in the co-operative learning groups are more willing to work as a team because they understand that it requires everyoneâ€&#x;s cooperative effort to produce the final product [2].The research is basically about improving my facilitation skills which will help me to guide the pupils during the teaching and learning activities and produce pupils who can be independent learning. Thus, the research was conducted to improve my facilitation skills using jigsaw cooperative learning.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 3. ACTION AND DATA COLLECTION The target group for the study consisted of 28 pupils in Year 5 in a primary school in Cheras, Selangor. The jigsaw cooperative learning was carried out in five stages. First, the pupils were divided into group of four. Secondly, the material to be read and learnt was divided into four parts. Each pupil in a group was asked to focus on reading one part of the material. Thirdly, upon finishing the reading, pupils from different groups who have read the same part of the material formed an expert group to discuss their part. Fourthly, after the discussion, the group members went back to their home group and reported what they had discussed in the expert group. After listening to each “expert” in the group, all the group members become familiarized with all the four parts of the material. Finally, a test was conducted to test their understanding of the content. I conducted the jigsaw cooperative learning method in two lessons to have more valid data. Video recordings, peer observations and questionnaires were used to collect data. Video recordings and peer observations were done with the help of a colleague to see my facilitation skills. Questionnaires were given out to pupils to see the presence or absence of my facilitation skills.

4. DATA ANALYSIS AND INTERPRETATION The data collected from the different resources were analysed. The video recording was coded and categorised into four main skills which were presence, adaptability, communication and consistency. The video analysis indicated that I have facilitated my pupils well during both lessons. The analysis of the questionnaires showed that the percentage of pupils who agreed that I have facilitated well has increased from my first lesson to the second lesson. This was also supported by high ratings from peer observation which indicated my facilitation skills has improved using jigsaw cooperative learning method. Data analysis indicated that I have improved my facilitation skills in the four main areas which are presence, adaptability, communication and consistency. As a facilitator, I have showed my presence during the lesson and showed high level of warmth and care through my verbal and non-verbal expression. I have also given enough time for the pupils to do their discussion. A facilitator needs to maintain the agenda and manage time [3]. This was supported by questionnaire data whereby all the pupils agreed that the time given to them to do discussion was enough. Peer observation rating on my facilitation skills has increased from the first lesson to the second lesson. As a facilitator, I have adapted myself to bring out new ideas for the pupils in the discussions. As shown by the findings of the video recordings and the questionnaires, most pupils agreed that I have managed to give them new ideas to discuss their ideas further. However, a few pupils diagreed due to the fact that these pupils already thought of the idea that I have suggested. Besides that, I have related new ideas to the previous lesson to give them a clear idea on what they are learning. A study showed that the facilitator should be offering new ideas and making statements that are in the meta-cognitive category, centered around monitoring the groups‟ progress in problem solving and self directed learning [3]. As for the peer observations, the observer commented that I have prepared well for my lesson. This is proved by the ratings given by the observer for both lessons. As facilitators are skilled communicators, they actively listen, making sure to playback and confirm important points. I feel it is important to have good questioning skills. Questions should be used to evaluate what pupil‟s know but today‟s constructivist learning use


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 questioning to elicit pupils thinking, encourage them to elaborate on their thinking and help them construct conceptual knowledge[4]. In the video recording analysis, my questioning skills has helped the pupil to think further. I used clarifying and probing questions to get more explanation from pupils. The final skill is my consistency as a facilitator where I created and maintained a productive and safe environment in which participants with diverse styles and culture can engage in interactions that stay focused on achieving the goal. In the video recording analysis, I was able to make all the pupils in the group to participate. Besides that, the observer has commented that I have divided the pupils into groups fairly according to gender and race. This could contribute to improvement of pupilsâ€&#x; social skills.

5. FINDINGS The results of the study support the view that my facilitation skills using jigsaw cooperative learning has improved. In the jigsaw cooperative learning, the pupils are responsible for their own learning and none of the pupils was left behind because all the pupils have responsibility to teach others. As facilitator, teacher organizes practice and communicative activities, but this does not mean leaving the students to learn all by themselves. Instead the teacher should try to help the students take greater control over their learning by becoming actively involved.

REFERENCES [1] Slavin, R.E. (1987). Cooperative learning and the cooperative school. Educational Leadership, 47(1),7-13.

[2] Hijzen,D., Boekaerts,M. & Vedder,P. (2007). Exploring the links between studentsâ€&#x; engagement in cooperative learning, their goal preferences and appraisals of instruction conditions in the classroom. Learning and Instruction, 17(6), 673-678. doi: 10.1016/j.learninstruc.2007.09.020. [3] Silver, C. ( ) The constructivist teacher: Facilitating problem- based learning. Retrieved from http://estep.wceruw.org/images/PDF/ConstructivistTeacher.pdf [4] Chin,C. (2005). Teacher questioning in science classroom: Approaches that stimulate productive thinking. Journal of Research in Science Teaching, 44(6), 815-843. Corresponding author: Darsshni Govindarajoo, gdarsshni52@hotmail.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENYAMPAIAN KONSEP SAINS MENGGUNAKAN AKTIVITI SIMULASI UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID Mohd Azizuddin Mohd Kamal dan Sabrina Abdullah

ABSTRAK Aktiviti simulasi bermaksud mengajuk atau meniru sesuatu keadaan atau suasana seolah-olah betul atau hampir sama dengan keadaan yang sebenar. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana penggunaan aktiviti simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kefahaman murid terhadap suatu topik yang diajar. Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 20 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah rendah di kawasan Kuala Lumpur. Borang pemerhatian guru, borang penilaian guru pembimbing dan ujian pra dan pasca telah digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan aktiviti simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains mampu untuk meningkatkan tahap kefahaman murid di dalam sesuatu topik yang di ajar.

1. PENDAHULUAN Berdasarkan pengalaman mengajar, ketika saya mengajar topik The Solar System menggunakan persembahan powerpoint dan gambar, saya mendapati murid-murid cenderung untuk bercakap-cakap, bersikap pasif dan tidak dapat menjawab soalan lisan dan set soalan yang diberikan dengan tepat. Ini adalah kerana mereka hanya duduk, melihat dan mendengar penerangan yang saya berikan. Mereka mengalami masalah untuk memahami topik yang tiada kaitan dengan kehidupan seharian mereka seperti susunan planet-planet di dalam sistem suria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Pada pendapat saya, murid-murid harus terlibat secara langsung ketika belajar topik tersebut di mana mereka terlibat di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teknik yang biasa digunakan sebelum ini melibatkan murid-murid hanya perlu duduk, mendengar dan melihat sahaja apa yang guru terangkan di dalam proses P&P. Hal yang sedemikian boleh menyebabkan murid-murid mengalami kesukaran untuk memahami topik yang diajar. Oleh itu, saya berpendapat bahawa penggunaan aktiviti simulasi dalam proses P&P boleh membantu murid lebih memahami topik yang diajar oleh guru. Menurut Alessi dan Trollip (2001), aktiviti simulasi dapat memberi pengalaman kepada murid bagaimana sesuatu teori atau konsep diaplikasikan di dalam masalah sebenar[1].

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Dalam kajian ini, saya telah menggunakan aktiviti simulasi sebagai aktiviti di dalam sesi P&P di mana murid-murid diberikan watak untuk melakonkan atau mengajuk sesuatu situasi yang merujuk kepada satu konsep sains itu untuk memudahkan mereka memahami konsep itu menggunakan imaginasi mereka. Dalam kajian ini, saya telah memilih untuk mengajar mata pelajaran sains Tahun 4 yang bertajuk The Solar System. Saya telah menjalankan dua sesi P&P yang berbeza bagi tajuk yang sama. Sesi P&P yang pertama, saya lakukan tanpa


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 melaksanakan aktiviti simulasi tetapi dengan menggunakan persembahan powerpoint dan gambar manakala sesi P&P yang satu lagi dilaksanakan dengan aktiviti simulasi. Dua sesi P&P yang berbeza ini ini diadakan untuk membezakan kesan penggunaan aktiviti simulasi terhadap kefahaman murid berbanding dengan kaedah tanpa simulasi. Sebelum bermulanya aktiviti simulasi, saya telah melukis satu lukisan berbentuk bulatan yang melambangkan orbit bagi planet-planet di atas lantai di kawasan belakang kelas. Lukisan orbit ini penting agar murid dapat membayangkan kedudukan planet yang sebenar. Setelah itu, murid dipilih secara rawak dan diberikan peranan untuk dimainkan. Ketika berlangsungnya aktiviti simulasi tersebut, saya akan menerangkan konsep tersebut pada setiap peringkat main peranan.

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Data melalui pemerhatian guru yang telah dijalankan ketika aktiviti simulasi dijalankan, guru mendapati murid lebih berebut-rebut untuk menjawab soalan lisan yang diberikan oleh guru, murid menjawab soalan tanpa merujuk buku dan murid menjawab dengan yakin dan lantang. Selain itu, kualiti jawapan yang diberikan oleh murid juga baik dan mengikut kehendak soalan. Ini adalah kerana, aktiviti simulasi telah membantu mereka untuk membayangkan dan seterusnya memahami topik yang diajar. Oleh itu, mereka cenderung untuk menunjukkan kefahaman mereka dengan menjawab soalan-soalan lisan yang telah diberikan oleh guru. Melalui instrumen borang penilaian pemerhatian guru pembimbing pula, terdapat beberapa aspek pemerhatian yang telah diperhatikan iaitu perancangan aktiviti, kesan aktiviti, penglibatan murid, perhatian murid dan kefahaman murid. Hasil analisis data mendapati guru bersetuju bahawa aktiviti simulasi boleh meningkatkan kefahaman murid kerana respon aktiviti yang disediakan telah berjaya menarik minat murid untuk belajar.Ujian pra dan pasca menunjukkan markah bagi setiap murid meningkat bagi kedua-dua set ujian. Selain itu, min markah bagi ujian pra dan pasca juga telah meningkat. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman murid telah meningkat kerana aktiviti simulasi yang digunakan telah melibatkan murid secara langsung di dalam proses P&P dan memudahkan murid untuk memahami topik yang diajar.

Jadual 2: Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca Ujian pra Markah

Peratus

7.3

47.6 %

Ujian pasca Markah Peratus 13.3

83.9%

4. DAPATAN KAJIAN Hasil kajian menunjukkan penggunaan aktiviti simulasi di dalam sesi P&P boleh membantu murid meningkatkan kefahaman terhadap topik yang diajar. Ini adalah kerana aktiviti simulasi dapat membantu murid membayangkan sesuatu proses atau susunan bagi topik-topik yang tidak dapat dikaitkan dengan kehidupan harian mereka seperti susunan planet di sistem solar. Hal ini juga disokong oleh Lim Chien Yee (2002) yang turut menyatakan dalam kajian beliau bahawa dengan menggunakan aktiviti fizikal, penglibatan murid amat penting dan mereka akan lebih mudah tertarik untuk belajar [2]. Selain itu, aktiviti simulasi juga boleh menarik


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 minat murid untuk belajar dan membantu murid melibatkan diri secara langsung di dalam sesi P&P.

RUJUKAN [1] Alessi, M. S. dan Trollip, R. S. (2001). 3rd Edition Multimedia for Learning-Methods and Development. Needdham Heights, Massahusetts. [2] Lim C.Y. (2002). Pengajaran Dan Pembelajaran Komputer Berasaskan Video Interaktif Dan Simulasi. Projek Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kejuruteraan Awam). UTM

Hubungi Penulis, Mohd Azizuddin Bin Mohd Kamal, aku.judin@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENGGUNAAN MESYUARAT MINI BERTERASKAN SUBJEK MEMBANTU MENANGANI MASALAH TINGKAHLAKU MURID. Adib Baharuddin A. Bakar dan Nordiana Mohd. Yusof

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambahbaikkan cara saya menangani masalah tingkahlaku murid melalui kaedah mesyuarat mini berteraskan subjek. Ia melibatkan seramai 37 orang murid di salah sebuah sekolah rendah di daerah Selangor. Murid telah menjalani dua sesi kelas iaitu tanpa menjalani menyuarat mini dan setelah menjalani mesyuarat mini. Data kajian telah dikumpul dengan menggunakan kaedah nota lapangan, soal selidik, temubual dan senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan yang perlaksanaan aktiviti mesyuarat mini sebelum kelas memberi kesan positif terhadap kelancaran perjalanan aktiviti kelas seterusnya. Kadar masalah tingkahlaku yang di lakukan oleh murid mula menurun. Terdapat peningkatan dari segi minat dan motivasi murid terhadap subjek sains selain memupuk nilai murni seperti memberi kerjasama dalam aktiviti kumpulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa saya telah berjaya meningkatkan cara saya menangani masalah tingkahlaku murid-murid saya dengan baik melalui penggunaan mesyuarat mini ini.

1. PENGENALAN Setelah menjalani latihan praktikum di beberapa buah sekolah, saya mendapati masalah yang sering saya hadapi semasa praktikum adalah masalah mengawal kelas, terutamanya yang berkaitan dengan masalah tingkahlaku murid. Maka, saya telah menjalankan mesyuarat mini sebagai salah satu kaedah dalam mengawal dan menangani masalah ini. Nelsen, Lott & Glenn (1997) dalam kajian yang telah mereka jalankan menyatakan bahawa memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas turut membantu mereka untuk memahami suasana kelas dan ahli kelas dengan lebih baik dan mampu meningkatkan motivasi dalaman [1]. Dengan menjalankan aktiviti mensyuarat mini ini, murid-murid dapat membuat persediaan diri terhadap kelas akan datang, selain memahami peranan yang perlu mereka jalankan ketika sesi kelas berlangsung. Ini sekaligus membantu mengurangkan tingkahlaku bermasalah yang di lakukan oleh murid selain menambah minat murid terhadap subjek sains. Selain itu menurut hasil kajian Mastropien dan Scrugga, (1994) mendapati bahawa suasana kelas yang positif mampu memberi faedah apabila ianya melibatkan semua ahli seperti mana yang di jalankan dalam kajian ini iaitu melalui kaedah mesyuarat mini [2].

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Pada peringkat awal, saya telah menjalankan pengajaran tanpa melakukan aktiviti mesyuarat mini terlebih dahulu. Hasilnya masalah tingkahlaku murid kerap kali timbul dan ini menjejaskan prestasi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Saya telah merekod peristiwa-peristiwa yang berlaku melalui kaedah nota lapangan dan borang senarai


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 semak. Catatan ini di jalankan pada waktu-waktu tertentu terutamanya bagi mendapatkan respons penglibatan murid dalam aktiviti mesyuarat mini dan kesannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) berlangsung. Selain itu, beberapa ujian soalan selidik juga telah di jalankan bagi mendapatkan maklumbalas awal murid terhadap kaedah mesyuarat mini yang di jalankan. Temubual juga turut di laksanakan bagi mendapatkan penjelasan dan huraian mendalam maklumbalas murid terhadap aktiviti mesyuarat mini dan kesannya terhadap motivasi dan perubahan positif tingkahlaku murid.

3. ANALISIS DAN INTEPRETASI Analisis keempat-empat instrumen menunjukkan penggunaan mesyuarat mini di dalam kelas dapat membantu saya mengawal masalah tingkah laku murid dengan amat berkesan. Jadual 1 Pemerhatian kekerapan masalah tingkahlaku yang di lakukan oleh murid Aspek masalah tingkah laku

11 Julai

19 Julai

26 Julai

Murid tidak melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan/kelas

3

1

0

Murid berjalan-jalan di dalam kelas

7

2

2

Murid berbual dengan murid lain (mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan isi pengajaran)

8

3

2

Murid bergurau dan bermain sesama sendiri

4

2

3

Murid tidak mengikut arahan yang telah di beri

4

2

1

Jadual 1 di atas menunjukkan penurunan kekerapan masalah tingkahlaku yang di lakukan oleh murid. Mesyuarat mini yang di jalankan sebelum kelas seterusnya telah memberi murid persediaan awal dalam minda mereka mengenai aktiviti atau projek yang akan di jalankan dalam sesi p&p. Ini membuat murid lebih bersedia dan fokus dalam melakukan aktiviti dan seterusnya sekaligus mengurangkan kadar masalah tingkahlaku. Jadual 2 Peratusan Sangat Setuju Murid berdasarkan soal selidik Bil

Item

Sangat Setuju (%)

1

Saya tidak sabar untuk masuk ke kelas sains

83.33

2

Saya berasa gembira apabila guru mendengar cadangan saya

72.22

3

Saya berasa seronok apabila guru menggunakan idea yang saya cadangkan

77.77

4

Saya suka cara guru mengajar sains

88.88

5

Saya berasa puas belajar subjek sains

91.66

Bagi aspek motivasi , Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa murid-murid berasa begitu seronok untuk menghadiri dan mempelajari subjek Sains. Kebanyakan murid menyatakan


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 bahawa mereka amat seronok dalam meluahkan pandangan dan idea. Lebih menarik lagi apabila idea dan pandangan mereka di terima dan di laksanakan dalam pengajaran kelas ketika sesi p&p. Melalui kaedah mesyuarat mini ini juga, selain menambah minat murid untuk menghadiri dan mempelajari subjek sains, ianya juga memupuk sikap berfikiran kreatif dan berani mencuba dalam diri murid-murid.

4. KESIMPULAN Hasil kajian ini menunjukkan bahawa saya telah berjaya meningkatkan cara saya mengawal masalah tingkahlaku murid melalui kaedah mesyuarat mini. Selain mengurangkan masalah tingkahlaku, saya juga telah secara tidak langsung menarik minat murid untuk menghadiri dan mempelajari subjek Sains. Melalui kaedah mesyuarat mini ini juga, saya tidak hanya setakat mengawal masalah tingkahlaku dan meningkatkan motivasi murid, bahkan ianya turut membantu saya dalam memahami emosi, pencapaian kognitif dan latar belakang murid melalui idea dan luahan yang murid-murid saya sampaikan ketika sesi menyuarat mini berlangsung.

RUJUKAN [1] Nelsen, J. Lott, L., & Glenn, S. (1997). Positive discipline in the classroom. Rocklin, Ck Prima Publishing. [2] Mastropieri, M., & Scruggs, T. (1994). Effective instruction for special education. Austin, TX: Pro-ed.

Hubungi Penulis Adib Bahruddin A. Bakar , srk_adib1@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENAMBAHBAIK PENGAJARAN SAINS MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID ORANG ASLI Azlan Syazani Adanan dan Nordiana Mohd Yusof

ABSTRAK Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menambahbaikkan pengajaran saya dengan menggunakan pendekatan kontekstual bagi meningkatkan pencapaian sains murid Orang Asli. Kumpulan sasaran terdiri daripada sembilan orang murid dari tahun empat sebuah sekolah Orang Asli di negeri Selangor. Data kajian dikumpulkan menggunakan kaedah ujian akhir, temubual murid, dan borang penyeliaan pengajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan pendekatan kontekstual dapat meningkatkan pencapaian murid Orang Asli. Selain itu, minat dan kefahaman murid-murid Orang Asli dapat ditingkatkan melalui penggunaan pendekatan kontekstual. Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa penggunaan strategi menghubungkait, mengalami, menggunakan, bekerjasama, dan memindahkan dapat meningkatkan kefahaman murid Orang Asli dalam membuat hubungkait di antara isi pelajaran yang dipelajari dengan konteks kehidupan sebenar mereka. Hasil kajian juga mendapati bahawa tindakan saya menggunakan pendekatan kontekstual dapat membantu saya dalam mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna dalam diri murid Orang Asli.

1. PENGENALAN Sepanjang menjalani praktikum di sekolah Orang Asli suku Mahmeri dan sekolah Orang Asli suku Temuan, saya dapati bahawa murid Orang Asli tidak dapat memahami isi pelajaran sains yang saya sampaikan. Hal ini berlaku adalah kerana mereka tidak dapat membuat perkaitan di antara isi pelajaran dengan konteks kehidupan mereka. Pada awalnya, saya mengandaikan bahawa cara saya menggunakan pelbagai bahan dan radas sains semasa proses pengajaran akan membantu saya dalam mewujudkan perkaitan yang baik di antara isi pelajaran dengan konteks kehidupan mereka. Namun begitu, jangkaan saya adalah salah dan hal ini mengakibatkan pembelajaran yang lebih bermakna tidak dapat diwujudkan. Oleh itu, pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual digunakan bagi mewujudkan perkaitan di antara isi pelajaran dengan konteks kehidupan murid Orang Asli. Crawford, M. (2001) suasana pembelajaran yang baik adalah yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi[1]. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah bagi membentuk pembelajaran yang lebih bermakna dengan mewujudkan perkaitan di antara isi pelajaran yang dipelajari oleh murid Orang Asli dengan konteks kehidupan sebenar mereka. 2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Pengajaran sains menggunakan pendekatan kontekstual dilaksanakan sebanyak dua sesi. Saya membuat perkaitan di antara isi pelajaran dengan konteks kehidupan mereka supaya pembelajaran yang lebih bermakna diwujudkan. Semasa pengajaran dilaksanakan, seorang guru dan pensyarah pembimbing diminta untuk mengisi senarai semak pemerhatian pendekatan kontekstual. Selepas tamat setiap sesi pengajaran, murid Orang Asli menduduki


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 ujian akhir bagi kedua-dua topik. Temubual dilaksanakan selepas murid Orang Asli selesai menduduki ujian akhir. Data dianalisis selepas semua pengumpulan data tersebut selesai ditadbirkan.

3. ANALISIS DAN INTEPRETASI Analisis ketiga-tiga instrumen menunjukkan penggunaan kit ketika menjalankan eksperimen amembantu meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep yang diajar.

Peratus Markah Murid (%)

90 80 70 60

50

GRED A (80%-100%)

40

GRED B (79%-60%)

30 20 10 0 Topik 8:Reuse,Reduce and RecycleTopik 9: Rusting

Rajah 1 Pencapaian Ujian Akhir murid Orang Asli Berdasarkan keputusan ujian akhir (Rajah 1), didapati peratus markah murid yang mendapat gred A telah meningkat. Ini memberi implikasi bahawa penggunaan pendekatan kontekstual dalam pengajaran sains dapat membantu murid membina konsep dengan mudah pembelajaran yang lebih bermakna. Peningkatan peratusan murid yang berjaya mendapat gred A menunjukkan bahawa murid lebih faham konsep apabila dapat membuat perkaitan di antara isi pelajaran yang dipelajari di dalam kelas dengan konteks kehidupan seharian mereka. Ini menyebabkan mereka dapat mencapai skor ujian yang lebh tinggi selepas didedahkan dengan topik yang diajar secara kontekstual.

Jadual 1: Senarai semak Pemerhatian Guru Pembimbing Bil

Soalan/kriteria

Pengajaran 1

Pengajaran 2

1.

Konsep baru hubungkaitkan dengan pengalaman dan kehidupan sebenar

2.

Konsep diajar menggunakan contoh-contoh dalam konteks kehidupan murid Konsep Sains disampaikan dalam konteks yang diketahui murid-murid

Contoh dan latihan menggunakan fenomena yang berkaitan dengan kehidupan murid-murid Contoh dan latihan menyebabkan mereka sering berkata “saya perlu belajar perkara ini” Murid mengumpul dan menganalisa data setelah diberikan panduan untuk memahami konsep-konsep penting Murid diberi peluang untuk mengumpul dan menganalisa data di luar waktu persekolahan?

X

X

X

X

X

X

3. 4. 5. 6. 7.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 8.

9. 10.

Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan menggalakkan murid untuk aplikasikan konsep dan maklumat dalam konteks yang lebih bermakna dan membuatkan mereka terfikir tentang masa hadapan Murid digalakkan untuk bekerjasama dalam kumpulan Pengajaran, latihan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat meningkatkan kebolehan murid-murid dalam kemahiran proses Sains

√ √

√ √

Pemerhatian guru pembimbing mendapati bahawa kesemua kriteria pembelajaran kontekstual wujud dalam kedua-dua sesi pengajaran (Jadual 1). Hanya bagi item-item 5, 6 dan 7 tidak diperhatikan dalam kedua-dua sesi pengajaran. Temubual dijalankan selepas murid Orang Asli menjalani pembelajaran menggunakan pendekatan kontekstual menunjukkan bahawa mereka memahami isi pelajaran yang disampaikan. Hasil dapatan temubual juga menunjukkan bahawa murid menyukai pendekatan kontekstual yang digunakan semasa mempelajari sains. Murid juga memberi respon bahawa guru mengaitkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman dan contoh-contoh yang mudah. Data yang dikumpul menunjukan markah murid bagi ujian akhir meningkat apabila murid diajar melalui pendekatan kontekstual. Hal ini menunjukkan saya telah dapat meningkatkan cara saya menyampaikan konsep sains melalui kaedah inii. Analisis borang pemerhatian juga menunjukkan bahawa saya telah melaksanakan kesemua kriteria yang diperlukan dalam suatu pendekatan kontekstual. Analisis temubual murid pula menunjukkan saya telah berjaya membuat hubungkait di antara isi pelajaran yang diajar dengan konteks kehidupan murid Orang Asli melalui pendekatan ini.

4. KESIMPULAN Hasil kajian menunjukkan bahawa saya telah berjaya menambahbaikkan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. Penggunaan pendekatan kontektsual ini juga dapat meningkatkan pencapaian sains murid Orang Asli. Murid Orang Asli dapat membina pembelajaran yang lebih bermakna kerana pengalaman dan konteks kehidupan seharian mereka digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sains yang dilaksanakan.

RUJUKAN [1] Crawford, M. (2001). Teaching Contextually; Reaserch, Rationale, And Techniques For Improving Student Motivation And Achievement In Mathematics And Science, Texas: Center For Occupational Research And Development.

Hubungi Penulis Azlan Syazani bin Adanan, aszas88@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENGGUNAAN PENGAJARAN KONTEKSTUAL MEMBANTU GURU MENERANGKAN KONSEP SAINS Amirul Umairaa Ghazali dan Nordiana Mohd Yusof

ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penerangan konsep sains dengan menggunakan pengajaran kontekstual. Kajian ini melibatkan 32 orang murid Tahun Tiga di salah sebuah sekolah rendah di Selangor. Data dikumpul melalui tiga kaedah iaitu pemerhatian oleh guru, soal selidik dan temubual murid. Hasil pemerhatian guru menunjukkan bahawa pengajaran kontekstual telah dapat mengingkatkan kefahaman dan penglibatan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Soal selidik menunjukkan kefahaman, dan tumpuan murid meningkat apabila pengajaran kontekstual dijalankan. Temubual murid menunjukkan majoriti murid mampu menyatakan semula perkara yang mereka pelajari dan menyatakan contohcontoh yang terdapat dipersekitaran mereka. Mereka juga turut menyatakan bahawa mereka semakin seronok untuk mempelajari sains. Perkara ini membuktikan bahawa penggunaan pengajaran kontekstual telah membantu guru menerangkan konsep sains seterusnya meningkatkan kefahaman, motivasi dan tumpuan murid semasa pengajaran sains dijalankan.

1. PENGENALAN Berdasarkan pengalaman saya pada kedua-dua sesi praktikum yang lepas, saya dapati kebanyakan murid-murid saya tidak dapat mengaitkan ilmu sains yang mereka pelajari dikelas dengan perkara-perkara berkaitan yang terjadi di dalam kehidupan seharian mereka. Guru perlu menekankan perhubungan pengajaran dengan konteks kehidupan sebenar supaya murid dapat melihat dan memahami perkaitan tersebut. [1] Konteks ditimbulkan dengan menggunakan lima strategi iaitu strategi menghubungkait, strategi mengalami, strategi menggunakan, strategi bekerjasama dan strategi memindahkan [2]. Kesemua strategi ini digunapakai sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sains yang bermula dengan menghubungkait perkara yang akan dipelajari dengan pengalaman yang murid telah alami. Melalui penggunaan contoh-contoh yang telah dinyatakan, saya berharap saya dapat menerangkan konsep sains supaya murid akan lebih mudah untuk memahami dan mengingati konsep tersebut terutamanya konsep yang abstrak dan sukar untuk diterangkan secara verbal seperti konsep berkaitan dengan magnet seperti medan magnet yang tidak dapat dilihat [2]. Perkara ini, seterusnya akan dapat meningkatkan prestasi mereka didalam subjek sains. Saya juga akan cuba menggalakkan pelajar untuk memilih sumber pembelajaran yang mudah untuk mereka dapati di persekitaran mereka. Perkara ini adalah supaya mereka lebih mudah memahami perkara yang dipelajari apabila perkara tersebut terdapat disekeliling mereka ataupun yang sering terjadi kepada mereka.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 2. KAEDAH PENGUMPULAN DATA Bagi menjawab kepada persoalan kajian saya, saya telah menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik dan temubual. Kaedah pemerhatian tersebut dijalankan oleh guru sains yang mengajar kelas berkenaan sepanjang sesi pengajaran secara kontekstual yang saya jalankan. Pemerhati dibekalkan dengan senarai semak yang telah saya sediakan. Saya memilih kaedah ini supaya sebarang perbuatan saya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan akan dapat direkod dalam senarai semak oleh guru yang membuat pemerhatian tersebut. Oleh itu, saya akan dapat menentukan sama ada telah melaksanakan pengajaran kontekstual ataupun tidak. Soal selidik pula dijalankan kepada murid untuk melihat pendapat mereka mengenai pengajaran kontektual serta kefahaman mereka dengan meminta mereka menyatakan contoh bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang tidak boleh menyerap air yang terdapat disekeliling mereka. Kaedah ini juga akan membantu menyokong hasil pemerhatian yang dijalankan oleh guru mereka. Disamping itu juga kaedah ini turut membantu saya untuk mengetahui sama ada mereka suka akan pengajaran kontekstual yang saya laksanakan ataupun tidak. Bagi mengukuhkan lagi data yang diperolehi, saya telah menebubual murid dan bertanyakan soalan aplikasi penyerapan yang terjadi di rumah dan persekitaran mereka. Saya memilih keadah ini untuk saya mengetahui sejauh mana kefahaman mereka setelah saya menjalankan pengajaran secara kontekstual berdasarkan contoh-contoh yang mereka nyatakan. Selain itu, melalui temubual ini saya dapat menyelami perasaan dan juga pendapat mereka secara peribadi mengenai kaedah pengajaran kontekstual yang saya jalankan.

3. DAPATAN KAJIAN Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa murid-murid pada awalnya kurang bersemangat sewaktu kelas bermula. Tetapi apabila guru meminta mereka memberi contoh yang terdapat di rumah dan sekitar mereka, ramai murid sangat bersemangat untuk menyatakan contoh masing-masing. Bagi kaedah soal selidik yang dijalankan, saya telah membahagikan lima soalan tersebut kepada dua tema utama iaitu kefahaman murid dan aplikasi amalan pengajaran secara kontekstual yang saya jalankan. Analisis data menunjukkan murid dapat memahami konsep sains yang mereka pelajari. Majoriti murid menyatakan saya banyak mengaitkan pelajaran sains dengan persekitaran mereka. hasil keseluruhan soal selidik tersebut telah saya rumuskan dalam Jadual 1 dibawah. Hasil temubual turut menunjukkan murid dapat menyatakan aplikasi bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang tidak boleh menyerap air. Mereka juga turut menyatakan apa akan terjadi jika bahan tersebut boleh menyerap dan tidak boleh menyerap air. Ke semua murid menyatakan mereka faham akan tajuk yang dipelajari berdasarkan contoh yang terjadi di persekitaran mereka. Perkara ini menunjukkan pengajaran kontekstual yang dijalankan sangat membantu kefahaman murid.[3]


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Jadual 1

Hasil dapatan soal selidik

Bil Perkara . 1. Selepas sesi pengajaran ini, saya lebih memahami konsep penyerapan (absorption) ini

Ya

Tidak

94%

6%

2.

Guru sains saya menggalakkan saya memberikan contoh yang terjadi dalam kehidupan seharian untuk sesuatu konsep sains

94%

6%

3.

Saya lebih memahami tajuk ini setelah melihat contoh yang terjadi/ terdapat dirumah serta persekitaran saya

100%

-

4.

Saya dapat melihat banyak kejadian yang melibatkan penyerapan di persekitaran saya

78%

22%

5.

Saya dapat memberi contoh peralatan yang boleh menyerap air(absorbent material) dan peralatan yang tidak menyerap air (non-absorbent material) dan yang terdapat dirumah saya yang menggunakan seperti : Peralatan yang boleh menyerap air Kain Kertas Tisu Kapas

Peralatan yang tidak menyerap air Barangan Plastic Peralatan Besi Barangan Getah

4. KESIMPULAN Melalui pengajaran kontekstual yang dijalankan, murid-murid kelihatan lebih berminat apabila guru meminta mereka menyatakan contoh kejadian proses penyerapan dirumah mereka. Perkara ini telah dibuktikan melalui senarai semak yang telah diisi oleh guru sains kelas tersebut sepanjang pemerhatian yang dijalankan. Ini menunjukkan bahawa pengajaran kontekstual telah dapat meningkatkan kefahaman murid serta penglibatan mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sains dijalankan.

RUJUKAN [1] Mohd Ali, A. Nurulazam, Zurida Ismail (2003). Kesan pengajaran kontekstual terhadap pencapaian dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Teknikal. Jilid 2 (1). [2] Zurida Ismail, Sh. Norhaidah, Mohd. Ali Samsuddin, (2003). Kaedah mengajar sains. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti. [3] Kokom Komalasari (2009). The effect of contextual learning in civic education on studentsâ€&#x; civic competence. Journal of Social Science, 5, 261-270 Hubungi Penulis Amirul Umairaa Bt. Ghazali, amie_umyra@yahooo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENANDAAN LEMBARAN KERJA SECARA MAKLUM BALAS KOREKTIF MEMBANTU MURID MENGUASAI KONSEP SAINS Mohd Syukur Abu Bakar dan Norizan Ahmad

ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk menambahbaikkan pengajaran saya dengan berfokuskan kepada cara penandaan lembaran kerja murid menggunakan teknik maklum balas korektif. Kumpulan sasaran terdiri daripada 21 orang murid tahun 4 secara amnya dan tiga orang murid berlainan pencapaian, secara khususnya di sebuah sekolah rendah di daerah Hulu Langat. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah soal-selidik murid, analisis lembaran kerja, pemerhatian berdasarkan soalan dan penilaian ujian pencapaian.Terdapat empat elemen maklum balas yang digunakan dalam penandaan kerja murid iaitu elemen fokus, perbandingan, fungsi dan peneguhan. Hasil analisis data mendapati murid berkebolehan baik hanya perlu dibimbing dengan elemen fokus ketika penandaan kerja mereka. Murid lemah pula perlu dibimbing secara beransur-ansur dengan memberikan maklum balas menggunakan kesemua elemen dalam maklumbalas korektif terhadap kesalahan yang dilakukan. Secara keseluruhannya, menunjukkan penandaan dengan teknik maklum balas korektif telah membantu murid meningkatkan penguasaan terhadap konsep Sains yang diajar. 1. FOKUS KAJIAN Kajian ini menfokuskan kepada penandaan lembaran kerja secara maklum balas korektif. Maklum balas korektif menggabungkan maklum balas lisan dan bertulis. Saya menerangkan kepada murid setiap kesalahan dan pembetulan yang boleh dibuat bagi memenuhi jawapan yang dikehendaki. Maklum balas ini turut ditulis bagi mengelakkan mereka lupa tentang maklumat yang dibincangkan. Empat elemen dalam pemberian maklum balas korektif terdiri daripada elemen pertama ialah fokus, penerangan maklum balas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kedua, elemen perbandingan iaitu maklum balas terhadap pencapaian murid. Ketiga, elemen fungsi maklum balas terhadap pemerhatian guru kepada murid sepanjang kelas diadakan. Elemen keempat ialah peneguhan. Kata-kata semangat dan ganjaran terhadap murid. Elemen pertama dinyatakan secara lisan dan elemen kedua, ketiga dan keempat ditulis pada ruang komen pada lembaran kerja murid. Maklum balas yang diberikan pada penandaan adalah pemberian maklumat kepada murid dalam mengubah pemikiran dan sikap untuk meningkatkan lagi penguasaan terhadap pembelajaran [1]. Selain itu maklum balas yang diberikan dapat membina keyakinan dan menyebabkan murid terus berusaha dalam memantapkan pencapaian akademik [2].

2. METODOLOGI KAJIAN Kajian tindakan ini mengambil masa selama empat minggu. Empat teknik pengumpulan data telah digunakan. Bermula dengan analisis lembaran kerja. Tiga orang murid dipilih berdasarkan tahap pencapaian berbeza. Analisis ini melalui dua peringkat dan dijalankan pada minggu pertama dan ketiga. Bermula dengan pemberian maklum balas dan diikuti dengan rekod pembetulan yang dilakukan oleh murid terhadap kesalahan dalam lembaran kerja.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Seterusnya melalui kajian soal-selidik murid. Terdapat lapan item yang dibahagi kepada dua tema iaitu tema daya tarikan dan peningkatan penguasaan murid. Ia ditadbirkan kepada murid-murid saya pada minggu pertama dan ketiga. Cara ketiga ialah melalui Pemerhatian Berdasarkan Soalan (PBS). PBS dilakukan pada minggu kedua dan keempat. Ia dijalankan pada bahagian „Introductionâ€&#x; selama 10 minit untuk melihat perubahan pada tahap penguasaan melalui maklum balas korektif yang diberikan terhadap konsep Sains yang telah diajar. Ia melibatkan dua bahagian iaitu bahagian pertama murid menjawab secara lisan dan bahagian kedua murid menulis jawapan berdasarkan soalan yang dipamerkan. Cara keempat ialah penilaian ujian pencapaian. Ini digunakan untuk menganalisis tahap penguasaan murid secara keseluruhan sebelum dan selepas pelaksanaan kajian tindakan. Ia telah dijalankan pada minggu keempat kajian. Rajah 1 menunjukkan tindakan yang telah saya jalankan sepanjang tempoh empat minggu kajian ini dilakukan.

M1 Analisis Lembaran Kerja 1

M2 Kajian soal-selidik 1

M3 PBS1

Analisis Lembaran Kerja 2

M4 Kajian P B S 2 Penilaiaan soal-selidik Ujian 2 Pencapaian

Rajah 1 Pembahagian masa aktiviti sepanjang kajian.

Walaupun kesemua data pembelajaran kesemua murid telah diambil, analisis terperinici adalah difokuskan kepada tiga orang murid sahaja; Batrisya (pencapaian baik), Hanim (pencapaian sederhana) dan Balqis (pencapaian lemah). Pada minggu pertama, saya hanya memberi maklum balas menggunakan elemen fokus tkepada ketiga-tiga pelajar ini. Saya mendapati gagal membantu Balqis dalam membuat pembetulan. Balqis hanya berjaya membuat pembetulan setelah dibimbing untuk peringkat pembetulan kali ketiga bagi dua kesalahan untuk lima soalan. Hanim pula hanya memerlukan sekali bimbingan dalam membuat pembetulan. Setelah dianalisis, saya mendapati elemen fokus tidak diberikan secara jelas dan diberikan secara am kepada Balqis. Pada minggu ketiga, menunjukkan Balqis berjaya membuat pembetulan setelah dibimbing sebanyak dua kali; pertama elemen fokus, kemudian elemen perbandingan dan penerangan fungsi, bagi empat kesalahan untuk lapan soalan. Selain itu didapati Balqis respon dengan baik kepada elemen ransangan ketika maklum balas kali kedua. Balqis telah menguasai konsep Sains yang telah diajar berdasarkan keupayaan Balqis membuat pembetulan dengan baik bagi dua kesalahan yang lain. Batrisya dan Hanim berjaya membuat pembetulan dengan sekali bimbingan. Hasil analisis Pemerhatian Berdasarkan Soalan (PBS) pula menunjukkan perubahan positif terhadap murid. Minggu kedua menunjukkan penguasaan murid masih lemah. Ini berdasarkan kepada hasil penandaan bagi soalan yang dipamerkan. Balqis hanya berjaya memberi jawapan tepat bagi satu soalan. Batrisyia dan Hanim pula dalam tahap penguasaan baik dan mampu memberikan jawapan tepat bagi semua soalan. Berbeza dengan minggu keempat, Batrisya dan Hanim dapat memberikan jawapan tepat bagi semua soalan manakala Balqis walaupun masih melakukan kesalahan tetapi dapat diperhatikan penguasaan dalam memahami konsep Sains semakin bertambah baik berdasarkan jawapan yang ditulis. Analisis soal-selidik murid berdasarkan kepada dua tema. Kesemua item bagi tema daya tarikan murid berlaku peningkatan pada minggu pertama dan ketiga. Sebaliknya hanya satu item di bawah tema peningkatan penguasaan murid berlaku penurunan. Item- item yang lain berlaku peningkatan. Hasil perbincangan dan temubual mendapati murid-murid mengakui


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 mereka tidak pasti pencapaian pada ujian akan datang akan meningkat jika penandaan cara ini tidak diteruskan oleh guru lain. Bagi analisis ujian pencapaian bilangan murid gagal berkurangan. Ujian pencapaian 1 dijalankan bagi topik „Measurement‟ (sebelum kajian) dan mendapati 16 orang murid gagal. Ujian pencapaian 2 bagi topik „Material‟ (selepas kajian) dan hanya tiga orang murid gagal

5. DAPATAN KAJIAN Hasil kajian telah menunjukkan bahawa penandaan dengan maklum balas korektif beserta empat elemen yang dinyatakan telah dapat membantu murid lemah. Elemen fokus perlu diberikan secara jelas dan tidak secara am dalam membantu murid menguasai konsep Sains yang telah diajar. Murid lemah juga perlu dibimbing secara berperingkat, iaitu mereka perlu dibantu sedikit demi sedikit supaya konsep yang ingin diajar dapat diterima dengan baik. Elakkan penangguhan masa dalam penandaan dan aspek pembetulan kerana menyebabkan murid akan lupa serta terus tidak akan menguasai konsep yang telah diajar di dalam kelas.

RUJUKAN [1] Shute, V. J., Focus on formative feedback. Research Report Educational Testing Service (ETS), 2007, RR-07-11, 1-47. [2] Black, P. & Wiliam, D., Raising Standards Through Classroom Assessment. Inside the Black Box, BERA Short Final Draft Research, 2001, 1-14.

Hubungi Penulis Mohd Syukur Abu Bakar, cikgusyukur@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENAMBAHBAIK CARA MENERANGKAN KONSEP SAINS MENGGUNAKAN KAEDAH EKSPERIMEN Muhammad Shukri Rosli dan Asha Kumari Lal ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambahbaik cara saya menerangkan konsep sains menggunakan kaedah eksperimen. Kajian ini melibatkan seramai lapan orang murid dari sebuah sekolah rendah di Selangor. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian oleh rakan guru, temu bual bersama murid-murid dan ujian kertas pensil. Daripada hasil dapatan kajian, murid-murid bersetuju dengan cara saya menerangkan konsep sains menggunakan kaedah eksperimen. Saya juga melibatkan penggunaan kemahiran psikomotor (hands-on) dan menggunakan perkataan yang mudah serta arahan yang jelas semasa aktiviti tersebut dijalankan. Selain daripada itu, saya juga telah memberitahu kepada murid-murid tentang objektif pengajaran pada awal sesi pengajaran supaya mereka dapat memahami kehendak yang saya inginkan iaitu menerangkan konsep sains menggunakan kaedah eksperimen. Hasil kajian menunjukkan bahawa saya dapat menambahbaik cara saya menerangkan konsep sains menggunakan kaedah eksperimen.

1.

PENGENALAN

Sepanjang saya menjalankan sesi praktikum, saya menghadapi masalah untuk menerangkan konsep sains kepada murid-murid semasa pengajaran. Saya menyedari bahawa kaedah pengajaran yang saya gunakan sebelum ini tidak dapat menerangkan konsep sains yang ingin saya sampaikan. Kaedah yang saya gunakan sebelum ini seperti tayangan video dan penggunaan gambar rajah tidak dapat memberikan kefahaman yang sepenuhnya kepada murid-murid. Spitzer (1996), menyatakan bahawa pengajaran yang melibatkan pergerakan dan keseronokan akan merangsang pelajar untuk lebih aktif dalam pemikiran seterusnya memberi kefahaman kepada pelajar tentang isi pengajaran [1]. Eksperimen adalah satu kaedah dimana muridmurid dapat mengalami sendiri pengalaman bagaimana sesuatu konsep sains itu dapat dibentuk di mana murid-murid akan menggunakan sepenuhnya kemahiran manipulatif mereka dalam aktiviti yang disediakan. Kaedah ini memerlukan murid-murid untuk bergerak aktif, berbicangan antara ahli kumpulan serta berfikir secara aktif. Dengan bukti-bukti yang mereka perolehi daripada aktiviti tersebut, mereka dapat memahami konsep sains yang ingin disampaikan.

2.

CARA MENGUMPUL DATA

Kajian ini melibatkan lapan orang murid di sebuah sekolah rendah dan dijalankan selama empat minggu. Saya menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu menggunakan pemerhatian oleh rakan guru, temu bual bersama murid-murid serta ujian kertas pensil. Saya mulakan kajian saya dengan memilih konsep pepejal, cecair dan gas sebagai konsep yang ingin disampaikan. Sebelum eksperimen dijalankan, saya memberi arahan bagaimana aktiviti tersebut dijalankan. Di samping itu juga saya membekalkan lembaran kerja yang mempunyai


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 langkah-langkah bagaimana aktiviti tersebut dijalankan. Semasa eksperimen berjalan, saya melihat sejauh mana kesempurnaan aktiviti tersebut dijalankan oleh murid-murid. Rakan guru saya juga diminta untuk membuat pemerhatian ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam kelas semasa eksperimen berjalan. Setelah selesai eksperimen dijalankan, ujian kertas pensil diedarkan kepada murid. Soalan-soalan dalam ujian kertas pensil disediakan untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka dalam konsep yang diajar. Seterusnya temu bual dijalankan bersama murid-murid untuk mengetahui pandangan mereka tentang aktiviti yang mereka jalani.

3.

ANALISIS DAN INTERPRETASI

Setelah data diperolehi dari ketiga-tiga instrumen, dapat disimpulkan bahawa eksperimen memainkan peranan yang penting dalam membina pengalaman pembelajaran yang bermakna. Ini kerana melalui eksperimen murid-murid menggunakan kemahiran psikomotor mereka untuk menjalankan aktiviti tersebut. Kemahiran psikomotor memberi kesan kepada pembinaan kognitif, malah banyak teoris pendidikan seperti Dewey, menyokong pembelajaran menggunakan pengalaman psikomotor [2]. Secara umumnya, penggunaan eksperimen dalam pengajaran bermaksud murid-murid dapat belajar melalui pengalaman. Di sini murid-murid mengendalikan alatan sains dan menggunakan objek ketika mereka belajar. Hal tersebut diperkukuhkan dengan keputusan yang saya perolehi hasil daripada ujian kertas pensil yang dijalankan. Keputusan tersebut menunjukkan murid-murid memperoleh purata markah sebanyak 97.25%. Markah ini membuktikan bahawa murid-murid dapat memahami konsep yang saya ajar iaitu pepejal, cecair dan gas. Selain itu juga melalui hasil temu bual yang dijalankan, murid-murid menyukai kaedah pengajaran ini atas beberapa sebab. Di antaranya adalah kerana mereka berasa seronok menjalankan aktiviti ini. Mereka mengatakan bahawa mereka bergerak aktif menjalankan aktiviti yang dijalankan dan minat serta kefahaman mereka tentang konsep yang saya ajar meningkat. Pemerhatian yang dilakukan oleh rakan guru saya juga memberitahu bahawa murid-murid dapat bergerak aktif jika bahasa dan arahan yang diberikan dapat difahami dengan mudah. Disamping itu, murid-murid dapat mengalami sendiri pembelajaran tersebut, penggunaan bahasa yang mudah ketika memberi penjelasan ini juga dapat menjamin pemahaman yang lebih mendalam terhadap konsep yang disampaikan. Minat murid-murid dapat ditingkatkan apabila seseorang mengalami aktiviti pembelajaran yang menyenangkan dan ini memberi ransangan kepada mereka [3]. Minat dan ransangan tersebut menjadikan eksperimen sesuai dijalankan dalam kelas sains.

4.

KESIMPULAN

Hasil daripada ketiga-tiga dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan eksperimen dalam menerangkan konsep sains amatlah berkesan. Penggunaan eksperimen ini dapat membuatkan murid-murid lebih seronok untuk belajar dan mereka dapat bergerak bebas membina kefahaman mereka sendiri melalui eksperimen yang telah dijalankan. Dengan penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah difahami eksperimen dapat dijalankan dengan lancar. Disamping itu juga, keadaan ini dapat meningkatkan minat murid-murid untuk belajar matapelajaran sains amnya dan khususnya menerangkan konsep sains. Oleh itu, saya telah meningkatkan cara saya menerangkan konsep sains dengan menggunakan eksperimen dalam kelas sains.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

RUJUKAN [1]

Kimberly, J. V. (2006). The Effect of Hands on Activities on Student Understanding and Motivation in Science. Hands-On Activities in Science e-Journal for Student Teachers and New Teachers 1: 1-12.

[2]

Anthony, R. K. Ronald, E. J. Do Hands-on, Technology- Based Activities Enhance Learning by Reinforcing Cognitive Knowledge and Retention.

[3]

Holstermann, N. Grube, D. Bogeholz, S. (2009). Hands on Activities and Their Influences on Students’ Interest. Res Sci Educ, 40, 743-757.

Pengarang Muhammad Shukri Rosli, szalinski_88@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN CARA SAYA MEMBERIKAN PENERANGAN KEPADA MURID DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI 4M Mohd Syamsul Faisal Othman dan Tan Juat Ngoh ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaikkan cara saya memberikan penerangan kepada murid semasa pengajaran Sains dengan menggunakan Strategi 4M. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada 29 orang murid iaitu 13 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan dari tahun 5 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpul melalui 3 kaedah iaitu secara pemerhatian berstruktur, soal selidik dan , penandaan hasil kerja murid. l Analisis borang pemerhatian berstuktur, soal selidik dan pemeriksaan, penandaan hasil kerja murid menunjukkan bahawa guru berjaya meningkatkan cara beliau memberikan penerangan semasa pengajaran Sains dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam aspek pembelajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan strategi 4M berjaya meningkatkan pengajaran guru dan memberi kesan terhadap pembelajaran murid secara keseluruhannya. 1. PENDAHULUAN Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, yang memerlukan saya untuk memberikan penerangan bagi menyampaikan ilmu dan maklumat kepada murid. Namun saya mendapati penerangan, ayat dan arahan yang saya berikan kepada murid kurang berkesan. Penerangan yang berkesan di sini adalah keupayaan guru untuk menyampaikan isi pengajaran kepada murid tanpa perlu membuat pengulangan beberapa kali. Saya telah melaksanakan pemerhatian awal bagi membuktikan bahawa isu keperihatinan yang dikenal pasti memang wujud. Saya turut melaksanakan kaji selidik awal membabitkan kumpulan sasaran saya seramai 29 orang. Soalan dan hasil daripada kaji selidik awal itu ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 Soalan dan Hasil Kaji Selidik Awal Soalan Penerangan yang diberkan guru senang difahami. Guru menggunakan ayat yang senang difahami. Guru menggunakan soalan yang senang difahami. Saya selalu bertanya guru kerana tidak jelas. Guru menggunakan arahan yang senang difahami. Saya dapat menjawab soalan dan arahan guru.

Ya 0% 0% 0% 100% 0% 0%

Tidak 100% 100% 100% 0% 100% 100%

2. OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan cara saya memberikan penerangan kepada murid dengan menggunakan Strategi 4M supaya pengajaran dan pembelajaran Sains lebih terancang dan sistematik. Kajian ini akan menjawab soalan kajian berikut: (1) Bagaimanakah strategi 4M ini berkesan dalam meningkatkan cara saya memberikan penerangan kepada


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 murid? (2) Bagaimanakah peningkatan penerangan menggunakan strategi 4M meningkatkan pembelajaran murid dalam kelas Sains?

3. PROSEDUR TINDAKAN Bagi tujuan menambahbaikkan amalan dalam cara saya memberikan penerangan kepada murid, saya telah melaksanakan pelan tindakan bagi mempertingkatkan lagi amalan tersebut. Saya telah menggunakan Strategi 4M (menggunakan, mengulang, menulis dan menampal) bagi aktiviti pembelajaran Sains supaya dapat mempertingkatkan keupayaan murid dalam melaksanakan aktiviti Sains secara individu atau berkumpulan. (a) Saya menggunakan ayat, soalan dan arahan yang paling ringkas iaitu menggunakan tidak lebih daripada 7 perkataan dalam satu-satu masa dan intonasi yang digunakan adalah bersesuaian dengan saiz kelas. Dalam memberi penerangan saya memastikan suara saya kuat dan lantang, sebutan saya jelas, intonasi guru perlu sesuai dengan aspek kelancaran pengajarannya [1]. Contohnya dalam tajuk “Understanding the water cycle�, saya telah menggunakan soalan dan arahan yang mudah dan ringkas. Contohnya: Bagaimanakah awan dan hujan terbentuk?. (5 Perkataan). (b) Seterusnya, saya mengulang ayat, soalan dan arahan yang paling ringkas di-atas beberapa kali bergantung kepada tahap kesukarannya dengan pengulangan minima sebanyak dua kali. (c) Saya juga menulis ayat, soalan dan arahan yang paling ringkas di atas papan hitam. Rasional bagi menulis ayat, soalan dan arahan adalah untuk membantu mengukuhkan lagi kefahaman dan kejelasan murid terhadap apa yang diperkatakan oleh saya. Dengan bantuan tulisan ini, maka apa yang telah diperkata dan disampaikan oleh saya tadi dapat diperkukuhkan lagi. (d) Seterusnya, saya menampal ayat, soalan dan arahan yang paling ringkas dalam bentuk kad, berukuran (30 sentimeter x 10 sentimeter) di atas papan hitam.

4. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Bagi tujuan mengumpul data untuk melihat keberkesanan prosedur tindakan, saya telah menggunakan 3 kaedah iaitu, soal selidik untuk diedarkan kepada murid, borang pemerhatian berstruktur untuk mencatat serta merekodkan beberapa perkara selepas pelaksanaan prosedur tindakan dan penandaan hasil kerja murid. Bagi item 1 hingga 5 dalam soal selidik yang berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh guru didapati semua 29 murid atau 100% bersetuju bahawa soalan senang difahami, arahan yang diberi oleh guru senang diikuti dan ayat yang digunakan oleh guru mudah difahami menunjukkan semua murid iaitu seramai 29 orang atau 100% bersetuju. Guru berjaya menggunakan soalan, arahan dan ayat yang yang sesuai dengan tahap murid. Bagi item 6 hingga 10, seramai 29 orang murid atau 100% bersetuju bahawa mereka dapat menjawab soalan guru dalam masa yang singkat. Disebabkan penerangan guru yang meningkat dan berkesan, murid dapat memahami isi pengajaran dan mampu menjawab soalan guru dalam masa yang singkat. Borang Pemerhatian turut merekodkan dapatan yang positif, contohnya aspek keupayaan guru dalam memberikan penerangan kepada murid adalah lebih baik, tingkah laku murid adalah lebih baik, komunikasi antara murid meningkat, keupayaan murid dalam menjawab soalan,


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 ayat dan arahan guru dalam tempoh masa yang ditetapkan dan lebih cepat. Penerangan yang jelas dan baik mampu memotivasikan murid untuk belajar dengan baik dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran [2]. Kaedah kutipan data yang terakhir iaitu penandaan hasil kerja murid sebanyak 3 kali mendapati hasil kerja murid lebih baik dan berkualiti berdasarkan kriteria permarkahan yang telah ditetapkan. Bilangan murid yang mencapai aras 5 meningkat dengan ketara iaitu seramai 25 orang disepanjang tempoh kajian dijalankan.

5. DAPATAN Daripada analisis dan interpretasi data, saya mendapati wujudnya 2 dapatan utama. Dapatan yang pertama penerangan guru meningkat hasil penggunaan strategi 4M dan dapat dilihat melalui kaedah soal selidik di mana 29 orang murid atau 100% bersetuju bahawa guru menggunakan soalan, ayat dan arahan yang jelas. Bahasa guru juga mudah difahami dan suara guru juga amat jelas dan kuat. Dapatan ini disokong oleh catatan borang pemerhatian yang menunjukkan guru yakin dalam pengajarannya, guru juga dapat memberikan penerangan semasa pengajaran dengan lancar, penggunaan masa oleh guru juga turut meningkat [3]. Dapatan yang kedua adalah dalam peningkatan pembelajaran murid.Ini dilihat melalui kaedah soal selidik di mana, 29 orang murid atau 100% bersetuju bahawa murid dapat melaksanakan tugasan dengan mudah, murid lebih bermotivasi dan bersemangat semasa di dalam kelas Sains dan dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat dan pantas. Dapatan ini disokong oleh borang pemerhatian yang menunjukkan murid memberikan perhatian semasa guru mengajar. , Ini menunjukkan murid bermotivasi dan bersemangat. Borang Pemerhatian merekodkan murid mampu menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan murid mampu menjawab soalan, ayat dan arahan guru dengan baik. Kedua-dua dapatan ini disokong oleh dapatan hasil kerja murid di mana didapati melalui penandaan hasil kerja murid sebanyak 3 kali wujudnya peningkatan yang ketara dan jelas dengan bilangan murid yang mendapat markah 5 iaitu markah tertinggi meningkat dengan bilangan awal seramai 9 orang meningkat kepada 14 orang dan seterusnya seramai 25 orang

RUJUKAN [1] Mok, S. S. (2000). “Pedagogi II: Pelaksanaan pengajaran�. Shah Alam: Fajar Bakti. [2] Habibah Elias, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Rahil Mahyuddin. (1995). Persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 14, 1 – 9 [3] Nor Shahfrin A., Fadzilah A. dan Rahimi C.A. (2009). Kemahiran komunikasi guru pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24, 125 – 142

Hubungi Penulis Mohd Syamsul Faisal Bin Othman, syamsul.pismp@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENAMBAHBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DENGAN MENGGUNAKAN GAMBARAJAH SEBAGAI PETUNJUK ATAU KLU UNTUK MEMBANTU MURID MEMBUAT INFERENS Ahmad Bukhari Baharudin dan Faridah Yakob

ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian tindakan khusus untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan khusus untuk membantu murid tahun 5 dalam membuat inferens mengenai konsep Sains. Kajian ini melibatkan murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di sekitar Cheras. Fokus kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan gambarajah sebagai klu dapat membantu murid dalam membuat inferens mengenai konsep sains. Gambarajah diberi kepada murid sebagai klu bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, murid dikehendaki membuat sedikit perkaitan mengenai gambarajah tersebut dengan inferens yang ingin dibina. Ini memungkinkan murid membuat tekaan dan akhirnya membina ayat inferens berdasarkan klu yang telah diberikan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang dijalankan mampu menambahbaik pengajaran-pembelajaran saya melalui peningkatan kemahiran menulis inferens mengenai konsep Sains setelah 4 minggu pelaksanaan kaedah ini dijalankan mengikut pembuktian pada prestasi murid dalam ujian pra dan pasca yang diberikan.

1.

PENDAHULUAN

Masalah murid tidak dapat membuat inferens bagi konsep Sains merupakan masalah yang biasa bagi guru-guru Sains. Melalui pengalaman saya melalui beberapa kali berpraktikum di beberapa sekolah, jelas bahawa saya cuba untuk mengatasi masalah tersebut melalui pelbagai teknik baru kerana kegagalan membantu murid membuat inferens akan menyebabkan masalah yang lebih besar berlaku seperti membantutkan terus semangat mereka untuk belajar dan seterusnya akan mengurangkan motivasi mereka dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Ini akan menyukarkan saya untuk terus mengajar mereka. Teknik Scaffolding yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky (1924), menjadi satu platform untuk saya ubahsuai dalam teknik pengajaran-pembelajaran saya [1]. Menurut teori ini, guru akan membantu menjana pemikiran murid-murid melalui beberapa bantuan ketika sesi pengajaran sedang berlaku seperti memberikan klu, memberikan contoh-contoh yang ringkas, membuat demonstrasi dan juga memberikan ganjaran kepada murid-murid. Ini jelas boleh digunakan untuk membantu murid dalam pembinaan ayat inferens melalui bantuan klu agar mereka mampu membuat inferens. Penulisan inferens amat penting kepada murid. Kemahiran ini merupakan satu kemahiran yang paling penting dalam kemahiran proses Sains. Memahirkan diri mereka ini membawa maksud member aspirasi kepada mereka untuk belajar dan seterusnya meningkatkan prestasi dan kualiti belajar mereka. Bukan itu sahaja ia juga membawa makna yang lebih mendalam kepada diri kita kerana dapat meningkatkan kualiti pengajaran-pembelajaran kita.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 2.

METADOLOGI

Kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca dan borang soal selidik. Ujian yang diberikan adalah bedasarkan kepada soalan-soalan khusus yang menguji kemahiran murid dalam membuat inferens. Selain dari itu, borang soal selidik pula menguji kefahaman mereka dalam membuat inferens. Terdapat 4 fasa pelaksanaan kajian iaitu, (1) Ujian pra telah diberi kepada murid dan soalan ini berdasarkan beberapa topik yang telah mereka pelajari; (2) Murid didedahkan dengan kaedah gambarajah sebagai klu untuk membantu mereka membuat inferens dan kaedah ini dijalankan sebanyak 4 sesi yang meliputi topik-topik sains yang akan ditanya didalam soalan pra dan soalan pasca; (3) Pelaksanaan ujian pasca dan markah daripada ujian ini akan dibuat analisa dan akan dibandingkan dengan markah pencapaian ujian pra untuk melihat sejauh mana pencapaian murid-murid tersebut; dan akhirnya (4) memberikan borang soal selidik dan borang penilaian untuk melihat sejauh mana kaedah ini dapat membantu mereka membuat inferens mengenai konsep sains. Min ujian pra dan pasca dianalisis dan akhir sekali peratus persetujuan item digunakan bagi mendapat makna bagi dapatan dari soal selidik.

3.

KEPUTUSAN DAN DAPATAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pada keseluruhannya, terdapat peningkatan kepada min ujian pra dan pasca, iaitu sebanyak 24% Kajian ini telah mengenalpasti kategori prestasi murid sebagai meningkat, tidak berubah dan menurun. 59% murid didapati meningkat, 23% murid tidak berubah dan 18% murid menurun. Carta 1 menunjukkan pencapaian murid mengikut jantina dan kategori prestasi murid. Berdasarkan jantina dan kategori pencapaian pula, didapati bahawa murid perempuan menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi daripada murid-murid lelaki. Seramai 7 orang daripada 11 orang murid perempuan menunjukkan peningkatan bagi ujian pasca (64%) manakala hanya 10 orang murid lelaki sahaja (58%) yang menunjukkan peningkatkan skor. Peningkatan ini disebabkan oleh penggunaan kaedah gambarajah sebagai klu telah memberi impak yang baik kepada murid-murid dalam menulis inferens. Bagi murid-murid di dalam ketagori yang tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam skor ujian pra dan pasca mereka, sebanyak 27 % daripada murid-murid perempuan (3 orang) dan bagi murid-murid lelaki pula peratusannya ialah sebanyak 18 %. Namun begitu, terdapat juga murid-murid yang menunjukkan penurunan dalam kedua-dua ujian tersebut walaupun setelah kaedah menggunakan gambarajah sebagai klu dalam membuat inferens telah di perkenalkan kepada mereka sebelum ujian pasca dijalankan. Penurunan pencapaian bagi murid perempuan ialah sebanyak 9 % dan bagi murid lelaki pula penurunannya adalah sebanyak 24 %. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa kaedah ini mungkin tidak sesuai dengan mereka dan oleh sebab itu pencapaian mereka menurun.


markah untuk ujian bulanan

Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% MENINGKAT

TIDAK BERUBAH

MENURUN

Rajah 1 Pencapaian murid mengikut jantina dan kategori prestasi murid Soal selidik pula menunjukkan bahawa murid 100% bersetuju bahawa klu membantu dalam penulisan inferens. Jelas bahawa walaupun terdapat penurunan pada prestasi murid tetapi klu merupakan satu teknik yang baik untuk membantu mereka dalam membina inferens sesuatu konsep sains. Jelas dapatan ini menunjukkan bahawa teknik penggunaan klu ini sangat memberi makna yang mendalam kepada pelajar dalam mengetahui, memahirkan diri mereka dalam membuat inferens dalam kelas. Ini membawa maksud bahawa pengajaran-pembelajaran yang digandingkan bersama penggunaan klu dapat menambahbaik kualiti pengajaran-pembelajaran saya secara keseluruhan dan meningkatkan prestasi murid.

5.

KESIMPULAN

Penambahbaikan dengan menggunakan teknik ini dibuat ini diharapkan dapat memperkembangkan kaedah ini secara meluas dan cuba mengaplikasikan ke kelas-kelas yang lain. Saya melihat bahawa teknik ini penting dan berguna kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran proses sains mereka. saya juga berharap agar guru-guru lain dapat menggunakan kaedah ini terhadap mata pelajaran yang lain seperti matematik dan kemahiran hidup. Selain itu, saya juga bercadang agar kaedah ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang sedang menunggu masa untuk menduduki peperiksaan PMR dan juga SPM kerana kajian saya mendapati melalui kaedah ini juga, murid-murid cepat mengingat dan juga memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.

RUJUKAN [1] Joyce.E.M., Deborah. D., Donna. L. T., Kim. C.(2009). Profiles of three preservice school teacherâ€&#x; development of instructional scaffolding. Reading psychology, 30 :148-174,2009.

Hubungi Penulis Ahmad Bukhari Baharudin, Nymph.misogynist@gmail.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

BAGAIMANA TEKNIK MENYOAL BERKESAN DAPAT MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM MATAPELAJARAN SAINS. Mohammad Nabil Baharom dan Rosmawati Shaharuddin

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Sains dengan menggunakan teknik menyoal yang berkesan. Selain menarik minat murid, kajian ini turut bertujuan untuk mengukuhkan teknik menyoal di dalam kelas serta menggalakkan murid untuk terlibat dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Kajian ini melibatkan 39 orang responden iaitu murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Cheras, Selangor. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan juga temubual. Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan jika guru berjaya merancang soalan dengan baik sesi pembelajaran akan berlaku lebih lancar dan penglibatan murid lebih tinggi. Soal selidik menunjukkan majoriti responden berminat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang menekankan teknik menyoal ini. Temubual pula menunjukkan pandangan individu responden yang bersetuju teknik ini dapat membantu mereka mereka mengingat kembali pelajaran dan merangsang pemikiran mereka. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa minat responden terhadap matapelajaran akan meningkat jika guru dapat menggunakan teknik menyoal yang betul. Ini menunjukkan kaedah ini berkesan untuk menarik minat responden mengikuti pelajaran.

1. PENGENALAN Sepanjang pengalaman saya mengajar praktikum yang lepas, saya menghadapi beberapa masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Masalah utama yang mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran ialah saya gagal untuk menggunakan teknik menyoal dengan berkesan ketika sedang mengajar. Kesannya kawalan kelas menjadi tidak terkawal dan murid mula mula hilang fokus untuk belajar. Oleh sebab itu dalam kajian saya ini saya ingin menerapkan penggunaan teknik menyoal yang berkesan untuk menarik minat pelajar dalam matapelajaran sains ini. Menurut Alyssa (2010), murid memerlukan soalan sebagai alat bantuan untuk merangsang mereka mengingati apa yang mereka pelajari [1]. Perkara ini menunjukkan kepentingan soalan itu sendiri kepada murid. Saya telah menerapkan teknik menyoal berkesan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran saya seperti teknik sebaran soalan, teknik henti sebentar, laras dan gaya bahasa yang sesuai, dan teknik bahasa tubuh. Kajian saya ini turut disokong oleh kajian Beth dan Jason (2009) yang mengatakan teknik menyoal berkesan ini dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna bagi pelajar kerana mereka dapat mengingat kembali apa yang mereka pelajari [2].


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Dalam kajian ini, saya mulakan dengan menerapkan sesi pembelajaran dan pengajaran saya dengan teknik menyoal berkesan ini. Sebelum sesi pengajaran, saya telah merancang dan menyusun soalan-soalan yang akan saya ajukan kepada murid. Saya juga akan memastikan ketika memberi soalan, saya akan menggunakan teknik-teknik menyoal berkesan ini. Saya telah merangka tiga kaedah untuk melihat keberkesanan teknik menyoal ini adakah dapat menarik minat murid saya. Ketika saya mengajar, saya telah meminta salah seorang guru sains untuk memerhatikan dan menilai saya mengajar. Saya telah menyediakan borang pemerhatian yang mengandungi aspek-aspek tertentu mengenai teknik menyoal berkesan. Saya juga turut menyediakan satu soal selidik kepada murid mengenai penggunaan kaedah menyoal berkesan ini. Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada teknik menyoal berkesan ini dapat membantu murid lebih minat dalam matapelajaran sains. Saya juga turut memanggil beberapa orang murid untuk ditemubual bagi mengetahui perasaan sebenar mereka apabila teknik menyoal berkesan ini digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. ANALISIS DAN INTEPRETASI Bahagian ini membincangkan analisis soal selidik, temubual dan pemerhatian kelas. Soal selidik ini mengandungi soalan berkaitan minat murid dalam mengikuti dan menjawab soalan-soalan sains, teknik memberi soalan dengan berkesan dan mengenai keberkesanan teknik menyoal sama ada ianya berkesan memberi impak kepada responden. Jadual 1 Soalan dan Peratusan Soal Selidik Perkara

Kod

Adakah anda meminati matapelajaran sains?

Minat

Bil Ya N (%) N=39 37(95%)

Adakah minat menjawab soalan guru sekali lagi walaupun jawapan anda sebelum ini tidak tepat?

Minat

35(90%)

Adakah guru kerap bertanyakan soalan kepada anda?

Teknik

36(92%)

Adakah anda minat menjawab soalan sains?

Minat

37(95%)

Adakah guru memberi peluang kepada semua murid untuk menjawab soalan?

Teknik

39(100%)

Adakah guru menggunakan ayat yang mudah difahami ketika menanyakan soalan kepada anda?

Teknik

39(100%)

Adakah guru memberi anda masa untuk berfikir sebelum menjawab soalan?

Teknik

37(95%)

Adakah guru anda menggunakan suara yang jelas ketika memberi soalan kepada anda?

Teknik

38(97%)

Adakah soalan yang ditanyakan guru menggalakkan anda berfikir?

Berkesan

35(90%)

Adakah soalan yang ditanyakan oleh guru membantu anda memahami topik yang anda sedang pelajari?

Berkesan

39(100%)

Adakah soalan yang ditanyakan guru menarik minat anda untuk mempelajari matapelajaran sains ini?

Berkesan

38(97%)


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Data daripada Jadual 1 menunjukkan responden bersetuju dengan menggunakan kaedah menyoal berkesan ini, responden mula mengikuti matapelajaran sains dengan baik seterusnya membantu responden untuk lebih memahami dan meminati apa yang mereka pelajari. Ini dapat dilihat apabila lebih daripada 90% responden bersetuju untuk setiap soalan mengenai aspek keberkesanan teknik. Data daripada soal selidik ini juga menunjukkan saya berjaya menerapkan teknik menyoal berkesan ini dengan baik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Temubual dilakukan dengan menyediakan soalan berstruktur. Teknik temubual ini dipilih kerana penyelidik dapat mengetahui perasaan dan pandangan responden ketika teknik menyoal dengan berkesan ini dilaksanakan. Saya juga dapat mengetahui sebab-sebab sesuatu itu berlaku daripada responden itu sendiri. Soalan temubual adalah mengenai kesan penggunaan teknik menyoal berkesan ini kepada murid. Ketiga-tiga responden yang dipilih bersetuju bahawa dengan teknik menyoal ini membuatkan mereka lebih fokus untuk belajar dan membantu merangsang pemikiran mereka. Kaedah temubual dijalankan bertujuan untuk melihat dengan lebih jelas adakah teknik menyoal berkesan ini menjawab soalan kajian saya. Selain itu saya juga dapat melihat sama ada saya berjaya menerapkan teknik ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan adalah mengenai teknik yang diterapkan, dan keberkesanan teknik menyoal ini kepada murid. Dapatan pemerhatian ini menunjukkan bahawa apabila teknik menyoal berkesan ini diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, responden menjadi lebih fokus dan menunjukkan minat kepada pembelajaran.

4. KESIMPULAN Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa teknik menyoal dengan berkesan ini dapat meningkatkan minat murid dalam matapelajaran sains. Malah dengan memberi soalan berkesan ini juga dapat merangsang pemikiran murid dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Sebagai seorang guru yang menjadi perancang utama dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran haruslah bijak mengaplikasikan teknik ini dengan berkesan.

RUJUKAN [1] Alyssa, C. B. T., & Eucabeth, O. (2010). Effective Questioning Techniques to Increase Class Participation. e-Journal of Student Research, 2(1). [2] Beth, D. U., & Jason R. L. (2009). Using the Four-Questions Technique to Enhance Learning. Teaching of Psychology, 36, 38–41.

Hubungi Penulis Mohammad Nabil bin Baharom, nabilgenius@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENAMBAHBAIK KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN SKRIP PENERANGAN BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TERHADAP KONSEP SAINS Raja Musauddin Raja Yusoff dan Rosmawati Shaharuddin

ABSTRAK Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menambahbaik kemahiran komunikasi saya semasa sesi pengajaran matapelajaran sains dengan menggunakan skrip penerangan. Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 37 orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah rendah di Cheras, Kuala Lumpur. Kajian dijalankan dengan mengadakan dua fasa sesi pengajaran iaitu sesi pengajaran tanpa menggunakan skrip penerangan dan sesi pengajaran dengan menggunakan skrip penerangan. Data-data kajian dikumpul dengan menggunakan tiga kaedah iaitu ujian pra dan ujian pasca, temubual berstruktur, dan soal selidik. Keputusan ujian menunjukkan peratus markah keseluruhan murid dalam ujian pasca adalah lebih tinggi berbanding peratus markah keseluruhan murid dalam ujian pra. Analisis bagi data temubual pula menunjukkan murid-murid berpendapat bahawa penerangan tentang konsep sains yang diberikan oleh saya dengan menggunakan skrip penerangan semasa sesi pengajaran adalah lebih jelas dan memuaskan. Keputusan soal selidik juga menunjukkan majoriti murid bersetuju bahawa penerangan tentang konsep sains yang diberikan oleh saya dengan menggunakan skrip penerangan adalah lebih jelas serta membantu mereka untuk memahami isi pelajaran dengan baik. Kesimpulannya, skrip penerangan dapat membantu saya dalam menambahbaik komunikasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains. 1.PENGENALAN Saya menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan baik semasa melaksanakan sesi pengajaran dimana murid-murid tidak dapat memahami sepenuhnya konsep sains yang saya terangkan. Hal ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu suara yang perlahan, nada suara yang kurang sesuai serta intonasi suara yang kurang menarik. Akibatnya, murid-murid saya sering meminta saya mengulang sekali lagi apa yang saya terangkan dan keadaan ini menyebabkan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas serta bersemangat [1]. Sekiranya saya dapat berkomunikasi dengan teknik yang betul, saya percaya bahawa muridmurid saya akan mudah faham tentang konsep sains yang diajar. Justeru, dalam kajian ini saya telah menggunakan skrip penerangan bagi menambahbaik cara saya membuat penerangan tentang konsep sains yang diajar semasa sesi pengajaran. 2.TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Kajian ini melibatkan 37 orang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah rendah di Cheras, Kuala Lumpur dan dilaksanakan dalam tempoh empat minggu. Sesi pengajaran dilaksanakan dalam dua fasa iaitu sesi pengajaran tanpa menggunakan skrip penerangan dan sesi pengajaran


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 dengan menggunakan skrip penerangan untuk menambah baik komunikasi. Data-data dikumpul dengan menggunakan tiga kaedah iaitu ujian pra dan ujian pasca, temubual berstruktur, dan soal selidik. Ujian pra dilaksanakan selepas tamat sesi pengajaran fasa pertama manakala ujian pasca pula dilaksanakan selepas tamat sesi pengajaran fasa kedua. Temubual berstruktur dan soal selidik pula hanya dilaksanakan selepas tamat sesi pengajaran fasa kedua dimana saya telah menggunakan skrip penerangan. Temubual hanya dilaksanakan ke atas beberapa orang murid yang dipilih secara rawak manakala ujian dan soal selidik melibatkan semua murid. 3.ANALISIS DAN INTERPRETASI Analisis terhadap data yang diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peratus markah keseluruhan murid dalam ujian pasca adalah lebih tinggi berbanding peratus markah keseluruhan murid dalam ujian pra. Peningkatan peratus markah keseluruhan murid dalam ujian pasca menunjukkan bahawa penggunaan skrip penerangan dapat membantu murid-murid memahami konsep sains yang diterangkan dengan baik. Jadual 1 : Peratus markah keseluruhan murid dalam ujian pra dan ujian pasca Ujian Ujian pra Ujian pasca

Peratus markah keseluruhan murid (%) 47.27 62.59

Pengajaran yang baik berlaku apabila terdapat komunikasi dua hala yang berkualiti antara guru dan pelajar [2]. Aspek ini dapat saya perbaiki berdasarkan respon murid-murid yang ditemubual. Kesemua murid yang ditemubual bersetuju bahawa penerangan tentang konsep sains yang saya berikan dengan menggunakan skrip penerangan adalah lebih jelas dan memuaskan serta membantu mereka untuk memahami konsep sains dengan baik. Berdasarkan data soal selidik pula, majoriti murid memilih skala 4 (setuju) dan skala 5 (sangat setuju) terhadap item-item yang berkaitan dengan kualiti penerangan yang saya berikan. Data ini membuktikan bahawa penggunaan skrip penerangan adalah berkesan untuk menambahbaik komunikasi saya semasa sesi pengajaran seterusnya membantu murid memahami konsep sains yang diajar dengan baik. Jadual 2 : Peratus bilangan responden bagi setiap item soal selidik Peratus bilangan responden, N (%) Item

1

2

3

4

5

1. Saya mudah faham tentang apa yang diajar oleh guru saya. 2. Guru saya menerangkan dengan jelas tentang sesuatu konsep sains.

0 (0%) 0 (0%)

0 (0%) 0 (0%)

9 (24.3%) 4 (10.8%)

18 (48.7%) 10 (27%)

3. Guru saya memberikan contoh yang mudah difahami semasa memberikan penerangan tentang konsep sains.

0 (0%)

0 (0%)

4 (10.8%)

14 (37.8%)

4. Penerangan yang diberi oleh guru saya membolehkan saya menjawab soalan dengan mudah.

0 (0%)

0 (0%)

9 (24.3%)

18 (48.7%)

10 (27%) 23 (62.2% ) 19 (51.4% ) 10 (27%)

5. Saya berpuas hati dengan cara guru saya memberikan penerangan tentang konsep sains yang saya pelajari.

0 (0%)

0 (0%)

2 (5.4%)

12 (32.4%)

23 (62.2% )


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

4.KESIMPULAN Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan skrip penerangan telah dapat membantu saya untuk menambahbaik komunikasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, murid-murid dapat memahami penerangan tentang konsep sains yang saya berikan dengan baik seterusnya membantu mereka untuk menjawab soalan-soalan latihan yang diberikan dengan mudah. Selain itu, minat murid terhadap matapelajaran sains juga dapat dikekalkan apabila mereka faham tentang apa yang dipelajari.

RUJUKAN [1] Che Su Mustafa & Mohd. Foâ€&#x;ad Sakdan (1993). Komunikasi yang Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Jurnal Guru. Keluaran 5. [2] Habibah Elias, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Rahil Mahyuddin. (1995). Persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 14, 1-9.

Hubungi Penulis Raja Musauddin bin Raja Yusoff, rjmuse87@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENGGUNAAN KAEDAH ANALOGI UNTUK MENAMBAHBAIK PENERANGAN KONSEP SAINS Nurul Hafiffah Abdul Razak dan Rosmawati Shaharuddin

ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk menambahbaik penerangan konsep sains dengan menggunakan kaedah analogi. Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai objektif iaitu untuk menambahbaik penerangan konsep sains dengan menggunakan kaedah analogi bagi meningkatkan pembelajaran murid. Kajian ini melibatkan 26 orang murid Tahun Lima di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Data telah dikumpulkan melalui kaedah ujian, soal selidik dan temubual murid. Hasil ujian menunjukkan bahawa penggunaan analogi oleh guru semasa penerangan konsep sains telah dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid tentang topik litar bersiri. Soal selidik pula menunjukkan bahawa kefahaman, tumpuan dan ingatan murid terhadap konsep sains meningkat apabila kaedah analogi digunakan. Temubual murid pula menunjukkan majoriti murid mampu menyatakan semula analogi yang diberikan dan mengaitkan analogi ini dengan konsep sains yang dipelajari berkenaan litar bersiri. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah analogi merupakan kaedah yang berkesan untuk menambahbaik penerangan konsep sains kerana telah dapat meningkatkan penguasaan, kefahaman, tumpuan dan daya ingatan murid-murid terhadap konsep sains yang diajar.

1. PENGENALAN Konsep sains yang abstrak adalah sangat mencabar untuk dipelajari dan agak sukar untuk diajar [1]. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan pada praktikum yang lepas, saya telah dapat mengenalpasti beberapa masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung antaranya ialah murid-murid lebih cenderung untuk menghafal segala isi pembelajaran tanpa memahami konsep yang diajar dengan sempurna. Hal ini menyebabkan mereka hanya berupaya menguasai soalan-soalan pada aras pengetahuan dan pemahaman sahaja tetapi tidak kepada soalan-soalan aras tinggi. Di samping itu, murid-murid juga, gagal untuk menyatakan kembali konsep sains tersebut secara terperinci dan mereka kurang menunjukkan kesungguhan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Saya juga kadang-kala tercari-cari perkataan yang sesuai bagi memudahkan pemahaman murid terhadap konsep sains dan seringkali menggunakan contoh yang terlalu kompleks dan tidak berkait dengan kehidupan seharian murid menyebabkan mereka keliru dan sukar memahami konsep sains. Oleh yang demikian, menurut Thiele dan Treagust (1994), terdapat satu kaedah yang dapat membentuk konsep abstrak di kalangan murid iaitu menggunakan kaedah analogi sebagai satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analogi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menerangkan konsep sains terutamanya menyediakan gambaran tambahan kepada konsep sains yang abstrak [2].

2. PELAN TINDAKAN


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Kaedah analogi adalah berkaitan dengan penggunaan pengetahuan sedia ada murid untuk menjana pemahaman baru dalam bentuk konseptual. Kaedah analogi berperanan menyediakan satu kerangka konseptual dalam pembinaan kefahaman bagi mewakili konsep saintifik yang kompleks. Bagi memastikan kajian dapat dilaksanakan dengan sistematik, efisien dan berkesan, saya telah menjalankannya berdasarkan kepada empat tindakan utama. Tindakan yang telah diambil adalah berdasarkan kepada pelan pada Rajah 1:

Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memperkenalkan analogi Pengajaran menggunakan analogi adalah berdasarkan kepada Teaching with Analogies Model [3]

Penilaian oleh guru Saya telah meminta murid menerangkan semula konsep sains yang dipelajari dengan menggunakan analogi yang telah diajar bagi mengetahui kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik „Litar Bersiriâ€&#x;

Ujian Murid telah diuji berkenaan isi pelajaran yang telah diajar dan pencapaian murid dinilai berdasarkan peratusan markah yang diperolehi oleh setiap murid.

Menjalankan soal selidik dan temubual murid Kaedah ini dijalankan bagi menyokong data-data yang didapati sebelum ini.

Rajah 1

Carta alir pelan tindakan

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI Segala data yang diperolehi telah dianalisis dan diinterpretasi bagi menjawab soalan-soalan kajian. Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian yang diperolehi murid. Bilangan murid yang mendapat markah bagi setiap gred telah dikenalpasti dan dikira dalam bentuk peratusan. Majoriti murid telah mendapat gred A berbanding gred-gred yang lain. Hanya sedikit sahaja bilangan murid yang mendapat markah terendah iaitu gred C dan gred D. Keputusan ini menunjukkan bahawa murid-murid ini telah mencapai kefahaman dan dapat menguasai topik yang diajar serta mampu menyatakan jawapan yang tepat tentang konsep „Litar Bersiriâ€&#x; hasil daripada penggunaan kaedah analogi sebagai kaedah untuk menerangkan konsep sains.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Jadual 1 Keputusan ujian Markah (%) 80 – 100 60 – 79 50 – 59 40 – 49 0 – 39

Gred A B C D E

Bilangan Murid 13 9 2 2 -

Peratus (%) 50 34.6 7.7 7.7 0

Jadual 2 pula menunjukkan dapatan soal selidik yang telah dijalankan ke atas 26 orang murid yang terlibat untuk mendapatkan persepsi pelajar tentang minat, kefahaman dan ingatan murid terhadap pembelajaran sains. Terdapat sembilan item disediakan dan item-item ini telah dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian-bahagian tersebut adalah untuk mengukur lima elemen utama iaitu minat murid terhadap mata pelajaran sains, tumpuan murid terhadap pembelajaran sains, kefahaman murid terhadap pembelajaran sains, ingatan murid terhadap konsep sains yang diajar dan keberkesanan penggunaan kaedah analogi semasa penerangan konsep sains. Hasil daripada penambahbaikan amalan saya menggunakan kaedah analogi, murid bersetuju bahawa elemen tumpuan, kefahaman dan ingatan telah ditingkatkan dan berpuas hati dengan kaedah yang digunakan dan berasakan kaedah analogi yang saya aplikasikan mampu untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam pembelajaran sains. Jadual 2 Dapatan soal selidik Bah. A

Aspek Minat murid terhadap mata pelajaran sains

B C

Tumpuan murid terhadap pembelajaran sains Kefahaman murid terhadap pembelajaran sains

D E

Ingatan murid terhadap konsep sains yang diajar Keberkesanan penggunaan kaedah analogi semasa penerangan konsep sains

Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Respons ‘Ya’ 26 25 6 24 23 24 22 21 20

Bagi temubual murid pula, murid-murid sangat menyukai kaedah ini kerana analogi yang digunakan berkait dengan topik yang diajar dan sesuai dengan tahap pemikiran murid. Mereka juga mampu untuk menyatakan semula analogi serta konsep sains yang telah dipelajari dengan baik. Ini menunjukkan bahawa murid-murid faham tentang konsep litar bersiri dan telah memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa penerangan guru serta sekaligus menunjukkan bahawa ingatan murid terhadap konsep sains juga turut meningkat.

4. KESIMPULAN Hasil kajian yang telah diperolehi menunjukkan bahawa penggunaan kaedah analogi adalah sangat berkesan dalam menambahbaik amalan saya. Berdasarkan dapatan kajian, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan kaedah analogi telah menambahbaik penerangan konsep sains dan ini telah meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep sains, tumpuan murid terhadap pembelajaran sains serta dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap konsep sains.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 RUJUKAN [1] Hancock, Y., & Onsman, A. (2004). Using analogy to teach complex concepts in science: The true of „Ellie the Electron‟. Dipetik pada Februari 2011, daripada http://www.aare.edu.au/ 05pap/han05274.pdf [2] Thiele, R. B., & Treagust, D. F. (1994). An Interpretive Examination of High School Chemistry Teachers‟ Analogical Explanations. Journal of Research in Science Teaching, 31, 227-242. [3] Glynn, S. M., & Takahashi, T. (1998). Learning from Analogy-Enhanced Science Text. Journal of Research in Science Teaching, 35, 1129-1149.

Hubungi Penulis Nurul Hafiffah Abdul Razak, nuhaar_comeiy@yahoo.com.my


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

BAGAIMANA MENAMBAHBAIK PENGURUSAN AKTIVITI BERKUMPULAN DI DALAM KELAS SAINS MENGGUNAKAN KAEDAH STESEN Nurhidayah bt Afandi dan Nordiana bt Mohd. Yusof

ABSTRAK Pembelajaran kumpulan merupakan satu kaedah pembelajaran yang sering dilaksanakan di dalam kelas sains. Kaedah ini telah banyak membantu murid di dalam menjalankan eksperimen dan penyiasatan terhadap sesuatu konsep sains. Kajian ini bertujuan untuk untuk menambahbaik pengurusan aktiviti berkumpulan di dalam kelas sains menggunakan kaedah stesen. Kajian ini telah dijalankan ke atas 36 orang murid Tahun 3 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Instrumen soal selidik murid, senarai semak guru pembimbing dan catatan lapangan guru digunakan untuk mengumpul data kajian. Hasil kajian mendapati saya dapat menambahbaik pengurusan aktiviti berkumpulan dimana aspek pengurusan masa semakin meningkat. Perubahan tingkah laku murid kearah yang lebih positif dapat dilihat selepas kajian dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan saya dapat menamatkan aktiviti kumpulan mengikut masa yang dirancang dan penglibatan murid di dalam aktiviti kumpulan telah meningkat. Murid – murid berasa seronok dan gembira menjalani kaedah stesen kerana banyak melibatkan pergerakan di dalam kelas. Murid – murid bersaing diantara kumpulan secara positif untuk menyiapkan tugasan dengan cepat dan betul mengikut masa yang telah ditetapkan oleh saya.

1. PENGENALAN Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sains, saya banyak menggunakan kaedah aktiviti berkumpulan di dalam menjalankan penyiasatan dan eksperimen yang melibatkan murid yang ramai . Saya mendapati murid – murid amat menggemari aktiviti berkumpulan. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti sewaktu saya melaksanakan aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Hasil dari pemerhatian saya semasa aktiviti berkumpulan, murid – murid tidak mempunyai persaingan di antara kumpulan yang lain dalam menyiapkan tugasan. Terdapat kumpulan yang menyiapkan tugasan awal dan ada pula yang sebaliknya. Terdapat kumpulan yang tidak dapat menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya juga mendapati terdapat ahli kumpulan yang tidak melibatkan diri semasa aktiviti dan hanya melihat rakan-rakannya menyiapkan tugasan. Kesannya, banyak masa saya dihabiskan untuk menunggu kumpulan yang lambat menyiapkan tugasan. Oleh itu, saya kekurangan masa untuk membincangkan dapatan dari aktiviti kumpulan di dalam kelas. Saya menyedari saya perlu bertindak tegas kepada murid – murid terutamanya dalam aspek pengurusan masa semasa aktiviti kumpulan. Saya juga perlu meningkatkan penglibatan murid semasa aktiviti kumpulan supaya semua murid melibatkan diri dan bersaing untuk menyelesaikan tugasan dengan cepat dan betul.

2. KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Di dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga jenis kaedah pengumpulan data. Kaedah pertama ialah pemerhatian senarai semak guru pembimbing. Guru pembimbing dibekalkan dengan senarai semak dan perlu memerhati saya melaksanakan aktiviti kumpulan menggunakan stesen. Kaedah kedua ialah catatan lapangan guru. Catatan ini diambil oleh saya sendiri semasa aktiviti stesen dijalankan. Saya juga menggunakan rakaman video bagi membantu saya mengenalpasti tingkah laku murid yang saya terlepas pandang semasa mengambil catatan lapangan. Kaedah ketiga ialah soal selidik murid yang terdiri dari soalan tertutup „YAâ€&#x; atau „TIDAKâ€&#x;. Soal selidik murid telah dijalankan keatas semua murid selepas saya menggunakan aktiviti stesen di dalam kelas. Kesemua kaedah pengumpulan data ini digunakan untuk menjawab soalan kajian saya iaitu: (1) Bagaimana kaedah stesen dapat mempertingkatkan cara saya mengurus aktiviti kumpulan? (2) Bagaimana penambahbaikan cara saya menguruskan aktiviti kumpulan menggunakan kaedah stesen dapat meningkatkan penglibatan murid di dalam kelas sains?â€?

3. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN Terdapat enam langkah yang dijalankan di dalam kajian tindakan ini. Langkah satu ialah menyediakan stesen dan aktiviti dengan mengambil kira bilangan stesen dan bahan bantu mengajar yang diperlukan. Langkah kedua ialah pembahagian kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari enam orang murid. Langkah ketiga ialah memberikan arahan aktiviti stesen seperti memasukkan kerusi di bawah meja dan mengemas meja. Pertukaran stesen perlu dilakukan selepas guru meniupkan wisel dan setiap murid perlu menyelesaikan tugasan di stesen tidak melebihi tiga minit. Langkah keempat ialah memberi tugasan aktiviti berdasarkan topik yang dipelajari. Setiap murid dibekalkan dengan satu kertas tugasan. Murid perlu melengkapkan tugasan semasa aktiviti stesen dijalankan. Langkah kelima ialah melakukan pergerakan stesen. Terdapat enam buah stesen yang disediakan dimana semua murid perlu bergerak kesemua stesen untuk melengkapkan tugasan yang diberi.

4. DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan dari catatan lapangan guru dan senarai semak guru pembimbing mendapati saya dapat menamatkan aktiviti kumpulan mengikut masa yang dirancang. Saya juga dapat membincangkan dapatan dari tugasan aktiviti kumpulan bersama-sama murid di dalam kelas.Ini menunjukkan kaedah stesen telah membantu saya menguruskan masa semasa aktiviti kumpulan dengan lebih baik dan amalan pengurusan masa saya telah meningkat. Disamping itu, penggunaan kaedah stesen semasa aktiviti kumpulan telah meningkatkan penglibatan murid semasa aktiviti kumpulan. Berdasarkan dapatan dari senarai semak dan soal selidik, murid tahu apa yang perlu dibuat sebelum,semasa dan selepas aktiviti stesen [2]. Jadual 1 di bawah menunjukkan item penglibatan murid dari senarai semak yang diperhatikan oleh guru pembimbing.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Jadual 1 Senarai semak item penglibatan murid Penglibatan murid

Ya

a) Murid meletakkan semula bahan ketempat asal b) Semua murid melibatkan diri semasa aktiviti c) Murid bersaing dengan kumpulan lain untuk menyiapkan tugasan dengan cepat dan betul. d) Murid membantu rakan-rakan menyiapkan tugasan. e) Murid berasa bosan semasa aktiviti. f) Murid dapat mendengar dan mengikuti arahan guru.

Tidak

√ √ √ √ √ √

Jadual 2 di bawah merupakan dapatan yang diperolehi melalui hasil soal selidik terhadap murid selepas saya melaksanakan aktiviti stesen di dalam kelas. Jadual 2

Respons murid terhadap item soal selidik

Item soal selidik murid 1.1. Saya suka aktiviti stesen 2.2. Saya memasukkan kerusi di bawah meja dan mengemas meja sebelum dan selepas aktiviti stesen. 3.3. Aktiviti di setiap stesen menarik. 4.4. Saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan. 5.5. Saya bersaing dengan kumpulan lain menyiapkan tugasan dengan cepat dan betul. 6.6. Saya seronok menyertai aktiviti stesen.

untuk

7.7. Semua rakan saya melibatkan diri di dalam aktiviti stesen. 8.8. Saya meletakkan semula bahan-bahan di setiap stesen ke tempat asal selepas digunakan. 9.9. Saya bosan dengan aktiviti stesen

Bilangan murid (%) N = 36 YA TIDAK 97.2% 2.7% (n=35) (n=1) 100% 0% (n=36) (n=0) 97.2 % 2.7% (n=35) (n=1) 88% 11.11% (n=32) (n=4) 97.2% (n=35) 97.2% (n=35) 91.6% (n=33) 100% (n=36) 5.55% (n=2)

2.7% (n=1) 2.7% (n=1) 8.33% (n=3) 0% (n=0) 94.4% (n=34)

5. KESIMPULAN Kaedah stesen telah banyak membantu saya menambahbaik pengurusan aktiviti kumpulan terutamanya pada aspek pengurusan masa. Pengurusan masa semasa aktiviti kumpulan juga lebih terancang dan aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan guru. Peningkatan pengurusan masa saya semasa aktiviti telah meningkatkan penglibatan murid terhadap aktiviti kumpulan. Terdapat banyak perubahan tingkah laku murid yang lebih positif dapat dilihat selepas saya menggunakan kaedah stesen. Pembelajaran berkumpulan mempunyai lebih kesan


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 positif ke atas pelajar [3]. Kaedah stesen yang melibatkan banyak pergerakan amat disukai oleh murid dan memenuhi kehendak murid untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak berasa bosan di dalam kelas. Ini sekaligus dapat meningkatkan minat murid untuk belajar di dalam kelas sains.

RUJUKAN [1] Koseoglu, P., Soran,H., & Storer,J.(2009). Developing learning station for the purification of waste water. Procedia Social and Behavioural Science 1 (2009), 210-214 [2] Yun- wei Tseng. (2008). Effect of using the learning station model as a phonic remedial program in an elementary school. Thesis tidak diterbitkan, National Pingtung University of Education [3] Khairulhelmi Katip, Bazitah Abu Bakar & Malia, F.F.(2005). Tinjauan pelaksanaan pembelajaran berkumpulan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Johor Bahru. Seminar penyelidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM

Hubungi penulis, Nurhidayah bt Afandi, hidayahafandi@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MENGGUNAKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI LISAN YANG BERKESAN Siti Nurimah Md Noor dan Asha Kumari Lal

ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan cara saya menguruskan pembelajaran koperatif menggunakan kemahiran komunikasi lisan yang berkesan. Tiga aspek kemahiran komunikasi lisan telah saya gunakan iaitu memberi arahan dengan jelas, mempelbagaikan nada suara dan mengawal kelajuan suara semasa mengendalikan pembelajaran koperatif. Seramai 30 orang murid tahun 3 daripada sebuah sekolah di Kuala Lumpur terlibat dalam penyelidikan ini. Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik dan temubual murid. Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa apabila saya menggunakan ketiga-tiga aspek kemahiran komunikasi lisan semasa menjalankan pembelajaran koperatif, didapati aktiviti berkumpulan dapat berjalan lancar dan murid dapat menyiapkan tugasan pada waktunya. Data soal-selidik dan temubual pula menunjukkan bahawa saya berjaya menggunakan ketiga-tiga aspek kemahiran komunikasi lisan untuk membantu menguruskan pembelajaran koperatif dengan baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa apabila guru menggunakan komunikasi lisan dengan berkesan semasa menguruskan pembelajaran koperatif, murid dapat melaksanakan aktiviti dengan betul dan berupaya membantunya memahami topik yang dipelajari.

1. PENGENALAN Saya telah menjalani praktikum sebanyak tiga kali. Memandangkan saya belum berkemahiran dalam mengajar, saya telah menghadapi beberapa masalah ketika mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains. Namun begitu, masalah yang paling ketara ialah dari segi pengurusan pembelajaran koperatif di mana guru pembimbing dan pensyarah pembimbing berpendapat bahawa saya tidak dapat menguruskan pembelajaran koperatif dengan baik dan hal ini berpunca daripada kelemahan saya dari aspek komunikasi. Antara kelemahannya ialah arahan yang tidak jelas, penerangan tentang tugasan diberi terlalu laju sehingga sukar difahami dan intonasi suara yang tinggi pada sepanjang masa menyebabkan murid-murid tidak dapat membezakan antara maklumat yang penting dan maklumat yang kurang penting. Aspek komunikasi lisan seperti intonasi suara, kejelasan sebutan dan kelancaran guru semasa pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran [1]. Komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah, justeru itu komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah [2]. Oleh yang demikian, saya berusaha untuk meningkatkan pengurusan pembelajaran koperatif dengan menggunakan kemahiran komunikasi lisan yang berkesan. Saya akan memberi arahan dengan jelas, mengawal kelajuan suara dan menggunakan intonasi suara yang pelbagai supaya saya dapat menghasilkan pembelajaran koperatif yang berkesan bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Sains.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 2. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian saya ialah meningkatkan cara menguruskan pembelajaran koperatif dengan menggunakan kemahiran komunikasi lisan bagi menghasilkan pembelajaran murid yang lebih berkesan. Kajian ini akan menjawab soalan; (1) Bagaimanakah saya meningkatkan cara saya menguruskan pembelajaran koperatif dengan menggunakan kemahiran komunikasi lisan guru? dan (2) Bagaimanakah kemahiran komunikasi lisan guru dapat menghasilkan pembelajaran murid dengan lebih berkesan?

3. PELAN TINDAKAN Dalam kajian ini, saya telah mengaplikasikan pengurusan pembelajaran koperatif Slavin (1983 ), semasa mengendalikan pembelajaran Sains [3]. Saya akan menerapkan penggunaan ketiga-tiga aspek komunikasi lisan iaitu nada suara, kelajuan suara dan kejelasan arahan bagi meningkatkan pengurusan pembelajaran koperatif . Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut . Aspek Komunikasi Lisan Langkah 1: Pembahagian kumpulan.

Arahan yang jelas.

Langkah 2: Pemberian tugasan berkumpulan.

Arahan yang jelas. Nada suara yang pelbagai. Kelajuan suara yang sesuai.

Langkah 3: Pelaksanaan tugasan berkumpulan.

Nada suara yang pelbagai. Kelajuan suara yang sesuai.

Langkah 4: Pembentangan hasil tugasan berkumpulan.

Nada suara yang pelbagai. Kelajuan suara yang sesuai.

Rajah 1 : Pelan Tindakan Saya telah menggunakan tiga kaedah untuk pengumpulan data iaitu pemerhatian oleh seorang rakan guru pelatih, soal-selidik ke atas 30 orang murid dan temubual terhadap 5 orang murid.

4. DAPATAN Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa pemerhati bersetuju bahawa saya telah berjaya menggunakan ketiga-tiga aspek komunikasi lisan semasa menguruskan pembelajaran koperatif. Hal ini telah disokong oleh data soal-selidik pada sesi pengajaran kedua di mana 83% murid bersetuju bahawa saya menggunakan kelajuan suara yang sesuai dan dapat difahami, 90% murid berpendapat bahawa guru menggunakan pelbagai nada suara yang menarik ketika mengajar, dan 100% murid dapat mendengar arahan aktiviti berkumpulan yang saya berikan dengan jelas. Selain itu, kelima-lima orang murid yang ditemubual


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 bersetuju bahawa guru telah menggunakan kesemua aspek komunikasi lisan semasa pengurusan pembelajaran koperatif. Saya juga dapati bahawa apabila saya menggunakan kemahiran komunikasi lisan yang berkesan semasa menguruskan pembelajaran koperatif, aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Data pemerhatian menunjukkan bahawa apabila saya menggunakan kesemua kemahiran komunikasi lisan, murid dapat memahami arahan yang diberikan, dapat melaksanakan aktiviti dengan betul dan menyiapkan tugasan pada waktunya. Data soalselidik juga menunjukkan 83% murid bersetuju bahawa mereka dapat melaksanakan tugasan berkumpulan yang diberikan dengan betul. Selain itu, melalui temubual, saya dapati murid dapat menceritakan semula aktiviti berkumpulan yang ditugaskan kepada mereka dan menyatakan apa yang telah mereka pelajari pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini. Namun, saya juga mendapati bahawa tidak semua murid bersetuju dengan pembelajaran secara koperatif. Analisis temubual menunjukkan beberapa orang murid mengakui bahawa mereka tidak suka belajar secara berkumpulan kerana mereka tidak selesa dengan ahli kumpulan mereka. Selain itu, melalui pemerhatian, saya dapati ada kumpulan yang sering bertingkah semasa menjalankan tugasan berkumpulan. Disamping itu, saya dapati bahawa untuk menguruskan pembelajaran koperatif dengan baik, guru bukan sahaja perlu mengutamakan kemahiran komunikasi lisan sahaja, malah perlu mengambil berat juga mengenai penyediaan bahan dan pemilihan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Guru perlu menyediakan bahan yang mencukupi untuk semua kumpulan dan memilih aktiviti yang sesuai dilaksanakan oleh mereka.

5. RUMUSAN Dalam kajian ini, saya telah meningkatkan cara saya menguruskan pembelajaran koperatif dengan menggunakan kemahiran komunikasi lisan yang berkesan iaitu memberi arahan dengan jelas, menggunakan kelajuan suara yang sesuai dan nada suara yang pelbagai ketika memberi arahan dan penerangan kepada murid. Komunikasi yang berkesan dapat membantu murid melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. RUJUKAN [1] Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah, & Rahimi Che Aman. (2009). Kemahiran komunikasi guru pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24, 125-142. [2]Pearson. J.C & Nelson P.E. (2000). “An introduction to human communication understanding and sharing� (8th edition). Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. [3] Slavin, R. E. (1983). Cooperative Learning. New York: Longman.

Hubungi Penulis Siti Nurimah Binti Md Noor, sitinurimah11@gmail.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN CARA SAYA MELIBATKAN MURID DI DALAM AKTIVITI SAINS DENGAN MEMBERI PENEGUHAN POSITIF Wan Mohd Azham Wan Hashim dan Asha Kumari Chhunnu Lal ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sama ada peneguhan positif dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti Sains. Kajian ini melibatkan 24 orang murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Data dikutip dengan menggunakan kaedah soal selidik, temubual dan juga pemerhatian nota lapangan. Semua kaedah digunakan pada masa yang sama iaitu semasa dan selepas sesi pengajaran berlangsung. Dua sesi pengambilan data telah dilakukan bagi kajian ini iaitu pada 21 Julai dan 2 Ogos 2011. Hasil analisis data menunjukkan sebahagian besar murid semakin berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti Sains selepas diberi peneguhan positif. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa saya telah berjaya meningkatkan cara saya melibatkan murid di dalam aktiviti Sains dengan memberi peneguhan positif.

PENGENALAN Semasa mengajar pada sesi praktikum yang lepas, saya menghadapi masalah untuk melibatkan murid di dalam setiap aktiviti yang saya jalankan di dalam kelas. Saya melihat kebanyakan murid tidak mahu melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan. Setiap kali saya menjalankan aktiviti di dalam kelas, tidak ramai murid yang ingin menyertai aktiviti tersebut. Mereka seperti tidak bersemangat untuk belajar mata pelajaran Sains tersebut. Oleh sebab itulah saya merancang penyelidikan ini untuk melihat bagaimana saya dapat meningkatkan penglibatan murid dengan menggunakan kaedah peneguhan positif pujian. Saya merasakan dengan penggunaan kaedah peneguhan positif pujian ini, ia dapat meningkatkan penglibatan murid di dalam aktiviti Sains yang saya jalankan.

PROSEDUR Soal selidik, temubual dan pemerhatian nota lapangan adalah instrumen-instrumen yang digunakan untuk melihat penerimaan murid-murid terhadap peneguhan positif yang dijalankan tersebut. Soal selidik diberikan kepada kesemua 24 orang murid sebanyak 2 kali, temubual diberikan kepada 3 orang guru sebanyak 2 kali dan pemerhatian nota lapangan juga dilakukan oleh saya sebanyak 2 kali.

DAPATAN Data keseluruhan menunjukkan peneguhan positif pujian dapat meningkatkan penglibatan murid di dalam aktiviti Sains. Semasa menjalankan pemerhatian nota lapangan, murid-murid menunjukkan bahawa mereka berebut-rebut untuk menjalankan soalan di dalam kedua-dua sesi pemerhatian yang saya jalankan. Murid-murid berebut untuk menjawab soalan yang guru ajukan dengan harapan bahawa mereka akan menjawab dengan dan akan memperolehi pujian dari guru. Mereka akan berasa bangga selepas mendapat pujian daripada guru. Keputusan soal


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 selidik juga menunjukkan situasi yang hampir sama apabila terdapat peningkatan dalam dua soal selidik yang dilakukan dimana hanya 20 orang murid yang bersetuju di dalam soal selidik 1 namun ia meningkat dalam soal selidik 2 apabila kesemua 22 orang murid bersetuju bahawa mereka semakin berminat untuk melibatkan diri selepas diberikan peneguhan positif pujian. Kebanyakan murid semakin berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti Sains kerana mereka ingin mendapat pengiktirafan pujian yang diberikan guru kepada murid yang dapat mendapat soalan dengan betul. Hasil analisis temubual guru juga menunjukkan pujian dari guru telah membuatkan murid semakin berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti Sains apabila ketiga-tiga orang guru bersetuju bahawa pujian telah meningkatkan minat murid untuk menyertai aktiviti Sains di dalam kedua-dua temubual. Hal ini kerana murid berasa gembira apabila penglibatan mereka menjadi tumpuan, menjadi lebih bermotivasi, merasa bangga apabila pendapat mereka dihargai dan lebih berkeyakinan untuk mencuba sesuatu perkara.

KESIMPULAN Murid akan berasa gembira dan bangga sekiranya mereka diberikan pujian di hadapan rakanrakan mereka. Pengunaan peneguhan positif pujian sememangnya merupakan satu cara yang berkesan untuk meningkatkan penglibatan murid di dalam pengajaran Sains.

RUJUKAN [1] Siegel, C. T. (2008). School-wide Positive Behavior Support Programs in Elementary Schools. Retrieved on September 15, 2011 from http://eric.ed.gov/ [2] Sigler, E. A., & Aamidor, S. (2005). From Positive Reinforcement to Positive Behaviors: An Everyday Guide for the Practitioner. Early Childhood Education Journal, 32(4), 249253. [3] Tapp, A., & Lively, D. L., Think Twice Before You Speak: Using effective praise in the early childhood and university setting. Research In Higher Education Journal.

Hubungi Penulis Wan Mohd Azham Wan Hashim, antinates@yahoo.com.my


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN CARA PENYOALAN MENGGUNAKAN SOALAN TERBUKA ARAS TINGGI Nur Wahidah Rahim dan Tan Juat Ngoh

ABSTRAK Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk menambahbaikkan cara guru bertanyakan soalan menggunakan soalan terbuka aras tinggi seterusnya dapat meningkatkan pembelajaran murid. Kajian ini melibatkan 23 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di , Kuala Lumpur. Data telah dikumpul melalui kaedah soal selidik, pemerhatian serta nota lapangan. Seterusnya, data dianalisiskan, diinterpretasikan dan ditriangulasikan di antara ketiga-tiga kaedah pengumpulan data untuk membuat kesimpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru banyak menggunakan soalan bentuk terbuka dan beraras tinggi yang memerlukan murid untuk berfikir secara kritikal. Soalan guru telah berjaya mencabar pemikiran serta meningkatkan pembelajaran murid. Penglibatan murid dalam sesi soal jawab meningkat dan murid kelihatan teruja, bersorak, bertepuk tangan serta mampu memberikan jawapan yang lebih panjang. Mereka turut mampu memberikan penjelasan kepada jawapan yang diberikan serta mengaitkan dengan kehidupan harian mereka.

1. PENGENALAN Sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru, saya telah berpeluang menjalani sesi praktikum sebanyak tiga kali. Berdasarkan pengalaman yang saya perolehi semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya mendapati bahawa saya sering menghadapi kesukaran untuk bertanyakan soalan semasa sesi soal jawab. Berdasarkan refleksi dan pemerhatian yang telah dilakukan, saya mendapati apabila saya bertanyakan soalan semasa sesi soal jawab, hanya murid yang sama akan mengambil peluang untuk menjawab dan jawapan yang diberikan adalah sangat pendek dan ringkas. Mereka juga tidak mampu untuk memberikan penerangan terhadap jawapan mereka apabila diminta. Sebagai seorang guru, saya merasakan bahawa murid akan dapat belajar dengan lebih baik jika guru menggunakan teknik penyoalan yang betul semasa bertanyakan soalan [1]. Hal ini kerana teknik penyoalan yang betul dapat mencabar daya pemikiran murid seterusnya mendorong mereka untuk mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu tajuk atau perkara.

2. FOKUS DAN OBJEKTIF KAJIAN Fokus kajian ini adalah untuk menambahbaikkan cara guru menyoal menggunakan soalan terbuka aras tinggi bagi meningkatkan pembelajaran murid. Ini kerana, sebagai seorang guru amat penting bagi saya untuk menguasai kemahiran menyoal kerana penggunaan teknik penyoalan yang berkesan dapat meningkatkan penglibatan serta pembelajaran murid dalam bilik darjah [2].


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Oleh itu dalam kajian ini, saya ingin menambahbaikkan cara saya bertanyakan soalan menggunakan soalan terbuka aras tinggi bagi meningkatkan pembelajaran murid. Soalan terbuka aras tinggi adalah soalan yang tidak boleh dijawab dengan „Yaâ€&#x; atau „Tidakâ€&#x; sebaliknya memerlukan murid berfikir secara mendalam merangkumi aras analisis, sintesis dan penilaian berdasarkan aras kognitif Bloom. Pembelajaran murid pula dilihat melalui bagaimana murid mengambil bahagian di dalam sesi soal jawab serta reaksi yang ditunjukkan apabila guru meminta murid untuk menjawab soalan. Ia boleh dilihat melalui mimik muka atau perlakuan murid sama ada teruja, gembira, mengangkat tangan atau menunjukkan perasaan kurang minat untuk melibatkan diri. Selain itu, bentuk jawapan yang diberikan juga menunjukkan pembelajaran aktif telah berlaku. Maka soalan kajian saya adalah (i) Bagaimanakah meningkatkan cara menanyakan soalan menggunakan soalan terbuka aras tinggi? (ii) Bagaimanakah peningkatan pengajaran Sains menggunakan soalan terbuka aras tinggi dapat meningkatkan pembelajaran murid?

3. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 23 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang berusia 11 tahun. Seramai 10 orang pelajar lelaki serta 13 orang murid perempuan yang terdiri daripada 91.3% berbangsa Melayu dan 8.7% berbangsa India terlibat dalam kajian. Mereka terdiri daripada murid-murid yang berasal dari keluarga berstatus ekonomi sederhana. Sebilangan besar daripada mereka berkomunikasi di dalam bahasa Melayu dan hanya sebilangan kecil yang dapat memahami bahasa Inggeris. Selain itu, berdasarkan markah pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains pada peperiksaan akhir tahun 2010 dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik murid adalah sederhana.

4. TINDAKAN DAN& CARA PENGUMPULAN DATA Langkah pertama adalah menyediakan rancangan pengajaran harian dan menyenaraikan soalan yang akan ditanyakan kepada murid mengikut aras yang bersesuaian. Dalam langkah kedua, saya telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dan mengemukakan soalan kepada seluruh kelas. Saya memberikan masa selama 5 saat kepada murid untuk memikirkan jawapan sebelum mereka memberikan jawapan. Langkah ketiga, saya mengedarkan borang kaji selidik kepada murid dan meminta mereka untuk menjawab penyataan-penyataan yang dikemukakan di dalam borang tersebut. Saya telah menggunakan tiga kaedah untuk mengumpulkan data iaitu soal selidik, pemerhatian dan catatan nota lapangan. Data telah dikumpul sebanyak 3 kali sesi pengajaran. Saya telah mengedarkan 17 set soal selidik bagi setiap kali sesi pengajaran.

5. DAPATAN Hasil pemerhatian menunjukkan saya banyak menggunakan soalan bentuk terbuka aras tinggi yang dapat mencabar pemikiran murid. Hal ini turut disokong oleh data soal selidik di mana pada akhir sesi pengajaran yang ketiga, 94% (N=16) murid menyatakan bahawa guru telah menanyakan banyak soalan semasa mengajar dan 100% (N=17) murid bersetuju bahawa saya telah menanyakan soalan yang mencabar pemikiran mereka.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Saya juga mendapati penglibatan murid dalam sesi soal jawab turut meningkat. Data soal selidik menunjukkan 100% (N=17) murid suka menjawab soalan yang dikemukakan guru dan 88.24% (N=15) gembira jika diberi peluang untuk menjawab soalan. Data nota lapangan juga menunjukkan lebih separuh kelas mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Murid juga tidak lagi berdiam diri sebaliknya teruja dan mencuba untuk memberikan jawapan. Selain itu, melalui pemerhatian, saya mendapati murid terlibat secara aktif dalam sesi soal jawab dimana mereka kelihatan teruja, bersorak, bertepuk tangan serta memberikan jawapan yang lebih panjang. Dapatan kajian menunjukkan murid telah mampu memberikan jawapan yang lebih panjang dan bermakna. Daripada analisis data nota lapangan, saya mendapati jawapan yang diberikan murid lebih panjang dan murid dapat mengaitkan soalan dengan kehidupan harian mereka. Analisis pemerhatian turut menyokong dapatan ini bahawa murid mampu memberikan penjelasan terhadap jawapan yang diberikan.

6. RUMUSAN Kajian ini menunjukkan saya berjaya meningkatkan cara bertanyakan soalan menggunakan soalan terbuka aras tinggi iaitu saya telah menambahbaikkan bentuk-bentuk soalan yang ditanya dan cara bertanyakan soalan tersebut kepada murid. Saya percaya apabila saya telah berjaya meningkatkan kualiti soalan yang diajukan semasa sesi soal jawab, murid saya akan memahami isi pelajaran dengan lebih baik. Hal ini kerana penyoalan yang baik akan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid [3].

RUJUKAN [1] Ee, A. M. (1989). Pedagogi satu pengenalan. Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd [2] Critelli, A. & Tritapoe, B. (2010). Effective questioning techniques to increase class participation. e-Journal of Student Research, 2, 1-7 [3] Abd. Rahman, H. (1994). Soal-jawab yang berkesan dalam bilik darjah. Jurnal IPDA, 4751 Hubungi Penulis Nur Wahidah binti Rahim, awa_jom56@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM MEMBERI ARAHAN UNTUK AKTIVITI BERKUMPULAN Mohd Akmal Arif Mohd Kusin dan Elyza Karim

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memperbaiki kemahiran saya dalam menyampaikan arahan untuk aktiviti berkumpulan. Responden bagi kajian ini adalah murid-murid Tahun Lima di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Dalam menjalankan kajian tindakan ini, saya telah mengenalpasti empat aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam penyampaian arahan iaitu laras bahasa, intonasi, kelancaran dan mengikut prosedur. Cara pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian, temubual dan borang penilaian. Hasil daripada analisis dan interpretasi data mendapati dengan memastikan keempat - empat aspek ini dijalankan dengan baik, kualiti arahan yang disampaikan menjadi lebih baik dan murid mudah untuk memahami arahan yang disampaikan .

1.PENGENALAN Berdasarkan pengalaman praktikum sebagai guru pelatih, saya dapati kebanyakan guru termasuk saya mengalami masalah dalam menyampaikan arahan kepada murid semasa menjalankan kerja kumpulan. Seorang guru harusah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terutama untuk memberi arahan kepada murid mereka [1]. Namun, masih terdapat ramai guru yang kurang kemahiran untuk menyampaikan arahan ini. Antara aspek penting semasa menyampaikan arahan adalah kualiti suara, perubahan intonasi, volum dan tahap kepantasan bersuara [2]. Sekiranya arahan yang disampaikan sukar untuk difahami oleh murid, ia pastinya akan menganggu kelancaran keseluruhan aktiviti kumpulan yang dijalankan. Oleh itu, kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah mengenai bagaimana saya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam memberi arahan untuk aktiviti berkumpulan.

2.KAEDAH MENGUMPUL DATA Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan murid Tahun Lima di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Dalam kajian ini, empat aspek penting yang saya titikberatkan semasa menyampaikan arahan ialah laras bahasa, intonasi, kelancaran dan mengikut prosedur. Sebelum arahan disampaikan, saya telah menyediakan nota kecil di tangan agar saya tidak lupa perkara yang hendak disampaikan supaya arahan yang diberikan menjadi lancar. Semasa penyampaian arahan juga, saya telah meninggikan nada suara apabila menyentuh perkara – perkara yang penting seperti peraturan dan tempoh masa yang diberikan. Antara aspek lain yang turut diberikan penekanan ialah bahasa yang mudah dan tidak dicampur aduk antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam arahan. Bagi kaedah pengumpulan data, kaedah pertama adalah pemerhatian. Saya telah mencatatkan pemerhatian saya di dalam nota lapangan untuk semua pemerhatian saya selepas saya menyampaikan arahan. Kemudian,


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 beberapa kod telah saya sediakan bagi memudahkan data ini dianalisis. Kaedah kedua adalah temubual murid di mana saya memilih lima orang murid untuk ditemubual selepas kelas. Kaedah ketiga adalah borang penilaian oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan memberi markah terhadap cara penyampaian arahan saya mengikut gred yang telah disediakan.

3.DAPATAN Secara keseluruhannya, analisis dan interpretasi data menunjukkan dengan memastikan aspek laras bahasa, intonasi, kelancaran dan mengikut prosedur dijalankan dengan baik, murid dapat memahami arahan dengan mudah dan perjalanan kerja kumpulan menjadi lancar dan mencapai objektifnya. Ini dibuktikan dengan data pemerhatian saya. Didapati semua kumpulan dapat menyiapkan kerja dalam masa yang diberikan kerana murid faham akan arahan yang saya sampaikan berkaitan dengan aspek masa. Data temubual juga menunjukkan kesemua lima responden dapat memberitahu semula apa yang mereka lakukan sepanjang aktiviti dijalankan. Ini menunjukkan mereka faham akan apa yang perlu dilakukan untuk aktiviti berkumpulan ini. Murid juga tidak mempunyai masalah untuk memahami arahan yang saya sampaikan. Bagi borang penilaian guru pembimbing pula, markah yang diberikan adalah 85% bagi kedua-dua penilaian. Merujuk kepada „Instructor Observation and Evaluation Formâ€&#x; oleh Dr. Karl M. Kapp, markah 85% dikategorikan sebagai cemerlang [3]. Gred Penilaian Borang Penilaian oleh Dr Karl M . Kapp Peratus Skor (%) 0 - 39 39 - 79 80 - 100

Gred Lemah Sederhana Cemerlang

Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa guru pembimbing saya juga bersetuju dengan cara penyampaian arahan saya di mana empat aspek penting dalam menyampaikan arahan yang perlu dititikberatkan adalah laras bahasa, intonasi, kelancaran dan mengikut prosedur .

4. KESIMPULAN Arahan yang berkesan adalah sangat penting dalam menjalankan aktiviti berkumpulan bagi murid. Berdasarkan kajian ini, saya dapati empat aspek yang perlu dititikberatkan untuk memastikan arahan yang disampaikan menjadi lebih berkesan adalah laras bahasa, intonasi, kelancaran dan mengikut prosedur. Dengan memastikan empat aspek ini dipatuhi, muridmurid menjadi mudah untuk memahami arahan yang disampaikan sekaligus melancarkan perjalanan aktiviti berkumpulan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Walaupun arahan lisan telah disampaikan dengan baik, namun tidak semestinya semua murid dapat memahami dengan baik dan tertarik untuk menjalankan aktiviti kerana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang. Penggunaan teknologi maklumat boleh diselitkan dalam penyampaian arahan agar arahan yang disampaikan lebih menarik dan lebih mudah difahami. Maka, saya mencadangkan pengkaji mengintegrasi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi untuk meningkatkan kualiti arahan yang disampaikan. RUJUKAN


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 [1] Ivey, M. B. (1999). Intentional interviewing and counseling. New York: Cole Publishing Company [2] Kapp, K.M. (2009). Instructor evaluation. Retrieved 7 February, 2011, from http://www.karlkapp.com/materials/instructor%20evaluation.pdf [3] Nor Shafrin Ahmad. (2009). Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik, 24, 125–142

Hubungi Penulis: Mohd Akmal Arif B. Mohd Kusin, akmalarif88@gmail.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENAMBAHBAIK PENERANGAN FAKTA SAINS BAGI MENGUKUHKAN INGATAN MURID DENGAN KAEDAH MNEMONIK Muhd Nasrullah Mohd Latiff dan Nordiana Mohd. Yusof ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti penerangan saya dan meningkatkan keupayaan murid mengingat fakta Sains menggunakan kaedah Mnemonik. Responden kajian tindakan ini terdiri daripada 30 orang murid tahun 3 di sebuah sekolah rendah di daerah Cheras, Kuala Lumpur. Urutan prosedur yang dilaksanakan adalah: (1) Sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa penggunaan kaedah mnemonik, (2) Perlaksanaan ujian pra, (3) Sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pengaplikasian kaedah mnemonik, (4) Perlaksanaan ujian pasca, (5) Pengaplikasian kaedah mnemonik oleh murid melalui lembaran kerja, dan (6) Perlaksanaan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa saya telah dapat menambah baik penerangan dan murid dapat memahami dan mengingat fakta Sains dengan lebih mudah. Selain itu, kaedah yang digunakan turut membantu murid mengingat dan membantu mereka ketika menjawab soalan.

1. PENGENALAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat lama dalam ingatan murid dan menyebabkan ingatan lama mula hilang. Ini kerana, maklumat yang hilang itu tersimpan dalam ingatan jangka pendek [1]. Kaedah mnemonik ialah satu kaedah yang boleh membantu murid mengingat dengan mengaitkan sesuatu konsep sains atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat dengan sesuatu yang bermakna kepada murid itu [2]. Terdapat tiga jenis teknik dalam kaedah mnemonik iaitu akronim, akrostik dan jingle [3]. Akronim adalah perkataan yang dihasilkan daripada huruf pertama sesuatu maklumat manakala akrostik pula menggunakan huruf pertama perkataan membentuk ayat. Rhyme atau jingle pula adalah nyanyian dengan menggunakan tangga nada tertentu yang dapat membantu dalam mengingat informasi. Kaedah mnemonik bukan sahaja dapat membantu murid mengingat untuk jangka masa panjang tetapi turut membantu memudahkan saya memberi penerangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran [4].

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Data dikumpul menggunakan ujian pra dan ujian pasca, lembaran kerja serta penggunaan borang soal selidik. Saya telah menjalankan ujian terhadap murid-murid sebanyak dua kali iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dilaksanakan sebelum saya mengajar dengan menggunakan kaedah mnemonik manakala ujian pasca dilaksanakan selepas saya mengajar menggunakan kaedah mnemonik kepada murid. Seterusnya, murid dibekalkan dengan satu lembaran kerja. Lembaran ini bertujuan untuk melihat dan menguji tahap keupayaan murid untuk mengaplikasikan kaedah mnemonik secara individu atau berkumpulan tanpa bantuan saya. Murid kemudianya menjawab kesemua sepuluh soalan yang terdapat di dalam borang


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 soal selidik dengan dibimbing oleh saya dimana saya menerangkan setiap soalan kepada murid-murid supaya lebih mudah difahami. Murid-murid diingatkan untuk menjawab kesemua soalan tersebut dengan jujur.

3. ANALISIS DAN INTEPRETASI Jadual 1 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Skor

31– 40

41 – 50

51 – 60

61 – 70

71 – 80

81 – 90

91 – 100

Ujian Pra Ujian Pasca

2 0

1 0

5 1

13 4

7 9

2 11

0 5

Jadual 2 Keputusan Soal Selidik Aspek

Setuju

Bilangan Murid

Tidak Setuju

Bilangan Murid

Penerangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran meningkat

87%

26

13%

4

Murid dapat mengingat fakta Sains dengan mudah

90%

27

10%

3

Murid berasa seronok dengan aktiviti yang dikendalikan guru

83%

25

17%

5

Saya mendapati kualiti penerangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung meningkat. Ini terbukti apabila keputusan ujian pasca (Jadual 1) menunjukkan peningkatan berbanding daripada keputusan ujian pra. Dapatan soal selidik (Rujuk Jadual 2) menunjukkan bahawa 87% murid bersetuju bahawa penerangan saya mudah untuk difahami. Ini turut dibuktikan iaitu semasa aktiviti kumpulan dijalankan, saya hanya memberi penerangan sebelum aktiviti dijalankan dan murid telah berjaya melakukannya dengan sempurna tanpa perlu saya mengulangi arahan. 90% murid menyatakan kaedah mnemonik berjaya meningkatkan keupayaan mereka mengingat fakta dan kata kunci Sains dengan mudah. Peningkatan pencapaian murid ketika menjawab soalan Sains secara tidak langsung menunjukkan keupayaan murid untuk mengingat sudah meningkat. Daripada keputusan soal selidik, murid juga berjaya menyatakan fakta Sains dengan lebih cepat apabila mengingatnya dalam bentuk ayat menggunakan kaedah Mnemonik yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

4. RUMUSAN Kesimpulanya, kaedah mnemonik yang digunakan dapat menambahbaikkan penerangan saya dan meningkatkan keupayaan murid mengingat fakta dan kata kunci Sains. Selain itu juga, saya mendapati keberkesanan pengajaran dapat dipertingkatan dan murid-murid berupaya belajar dalam situasi yang seronok dan menggembirakan. Malahan, daya kreativiti muridmurid dapat di cungkil semasa menjalankan aktiviti menggunakan kaedah mnemonik. Pengajaran menggunakan kaedah mnemonik juga boleh saya laksanakan dalam pelbagai keadaan yang difikirkan sesuai. Selain itu juga, pelaksanaan pengajaran kaedah mnemonik ini mudah dan boleh ditadbir berdasarkan kepada peruntukan waktu mengajar yang diberikan kepada guru.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 RUJUKAN [1] Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. (2005). Kemahiran belajar untuk kursus persediaan Ijazah Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. [2] Tang, G.L. (2005). Meningkatkan keupayaan pelajar mengingat fakta Sejarah dengan menggunakan kaedah mnemonik. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005, 97-107. Dimuat turun pada 12 Januari 2011 daripada http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/11%20%20tang% 20mneumonik.pdf [3] Suwito, N.S. (2005). The art memory dan estetika pembelajaran (Implementasi mnemonic dalam pembelajaran Bahasa Arab). Ibda‟, Vol.3, No.2, 275-296. Dimuat turun pada 16 Januari 2011 daripada http://ibda.files.wordpress.com/2008/04/8-the-art-of-memory-danestetika-pembelajaran.pdf [4] Jamaludin Ag. Damit. (2008). Penggunaan ’Sistem Trek’ dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F. Dimuat turun pada 12 Januari 2011 daripada http://www.smk-majakir.net/modules/news/Jurnal%20Munsyi/Arman.pdf

Hubungi Penulis Muhd Nasrullah Bin Mohd Latiff, sk8ter_nash@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENAMBAHBAIK CARA MEMBERI PENEGUHAN SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN EKONOMI Rosnoraini Mohamad dan Sabrina Abdullah

ABSTRAK Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk menambahbaik cara guru memberi peneguhan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains dengan menggunakan ekonomi token. Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Perubahan pada empat tingkah laku murid diperhatikan iaitu membawa buku teks dan amali, menyiapkan tugasan, menghantar buku, dan menyiapkan tugasan serta menghantar buku hasl daripada penggunaan ekonomi token. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ekonomi token telah dapat membantu saya meningkatkan cara memberi peneguhandan berjaya mengubah tingkah laku murid kepada yang diingini. Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa murid semakin bermotivasi untuk belajar dan cuba melibatkan diri dalam pembelajaran Sains setelah diberi token beserta pujian dan motivasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru telah berjaya menambahbaik cara memberi peneguhan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan meningkatkan tingkah laku murid yang diingini.

1. PENGENALAN Saya telah menjalani praktikum sebanyak dua kali sepanjang tahun 2010. Sebagai seorang guru pelatih sememangnya banyak masalah yang timbul ketika menjalankan proses pengajaran. Masalah yang sering saya hadapi ketika praktikum adalah kurang mempraktikkan amalan peneguhan dan murid saya sering tidak membawa buku, tidak menyiapkan tugasan dan tidak menghantar buku untuk semakan. Oleh itu dalam kajian ini, saya telah menggunakan ekonomi token serta memberi pujian dan motivasi kepada murid dalam usaha untuk menambahbaik amalan peneguhan saya dan seterusnya memperoleh tingkah laku yang diingini daripada murid. Myint, dan rakan (2005) menjelaskan beberapa jenis salah laku yang dihadapi guru di kelas adalah murid mengganggu, tidak menumpukan perhatian, tidak membawa buku ke kelas, tidak membuat kerja dan menggunakan bahasa yang tidak sopan atau kesat. Ini bermakna salah laku dalam kalangan murid ini biasa ditemui oleh para guru [1]. Oleh itu adalah penting untuk saya mengatasi masalah ini dengan menggunakan peneguhan yang bersifat lebih mesra dengan murid. Dalam kajian ini saya telah memberikan peneguhan menggunakan ekonomi token beserta pujian dan motivasi kepada murid untuk meningkatkan tingkah laku mereka yang diingini dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Dalam kajian ini, saya telah menjelaskan peraturan kelas terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pelaksanaan ekonomi token. Semasa mengajar saya telah memberikan token kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini semasa dalam kumpulan. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan token tertinggi dapat menukarkan token mereka


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 kepada hadiah yang disediakan. Pemerhatian dilakukan ke atas murid menggunakan senarai semak sepanjang pengajaran sebelum dan selepas pelaksanaan ekonomi token. Seorang rakan pelatih guru memerhatikan kelakuan saya dalam aspek memberi peneguhan dan melengkapkan borang pemerhatian senarai semak. Soal selidik diedarkan kepada murid pada pembelajaran ketiga untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang pelaksanaan ekonomi token.

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI Dalam kajian ini, saya telah menggunakan ekonomi token untuk meningkatkan amalan peneguhan dan seterusnya meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Jadual 1 Amalan peneguhan guru

Aspek Memuji Murid Memberi Motivasi

Pembelajaran 1 8 1

Kekerapan (N) Pembelajaran 2 12 11

Pembelajaran 3 15 13

Amalan peneguhan guru dicatatkan oleh rakan guru pelatih pada senarai semak pemerhatian. Analisis menunjukkan bahawa kekerapan guru memuji murid telah meningkat daripada 8 kali kepada 15 kali pada pembelajaran ketiga (Jadual 1). Kekerapan guru memberi motivasi juga meningkat daripada 1 kali pada pembelajaran pertama kepada 13 kali pada pembelajaran ketiga. Ini memberi implikasi bahawa amalan peneguhan saya telah meningkat daripada pembelajaran pertama ke pembelajaran ketiga. Jadual 2 Pemerhatian terhadap amalan peneguhan Item 1 Guna token yang menarik 2 Beri hadiah yang sesuai 3 Motivasi murid melalui papan markah

Pembelajaran 1 Ya Tidak / / /

Pembelajaran 2 Ya Tidak / / /

Pembelajaran 3 Ya Tidak / / /

Pemerhatian yang dilakukan oleh rakan guru pelatih menunjukkan saya telah meningkatkan amalan peneguhan saya dengan menggunakan token yang menarik, memberi hadiah yang sesuai dan menggunakan papan motivasi yang dapat memotivasikan murid. Pada pembelajaran pertama tiada token yang menarik dan hadiah disediakan tetapi pada pembelajaran kedua dan ketiga saya telah menggunakan token menarik, memberi hadiah yang sesuai dan memotivasikan murid melalui penggunaan papan markah.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Jadual 3 Tingkah laku murid dalam setiap pembelajaran Bil

Item

1

Murid membawa buku (teks dan amali) Murid menyiapkan tugasan Murid menghantar buku Murid menyiapkan tugasan serta menghantar buku

2 3 4

Peratus Murid (%) Sebelum Diberi Selepas Diberi Token Token Pembelajaran 1 Pembelajaran Pembelajaran 2 3 88 88 94 12 24 12

75 69 69

100 100 100

Analisis senarai semak murid menunjukkan bahawa tingkah laku murid dalam aspek yang diingini iaitu membawa buku teks dan amali, menyiapkan tugasan, menghantar buku, dan menyiapkan tugasan serta menghantar buku telah meningkat setelah mereka diberi token. Peratusan murid yang menyiapkan tugasan dan menyiapkan tugasan serta menghantar buku meningkat dengan ketara dengan hanya 12% pada pembelajaran pertama kepada 100% pada pembelajaran ketiga. Ini menunjukkan bahawa penggunaan ekonomi token telah berjaya meningkatkan peratus tingkah laku murid yang diingini di dalam kelas saya.

Peratus %

120 100 80 60 40

75

100

95

20

60

100 50

100 50

sebelum selepas

0 Bawa buku

Siapkan tugasan

Hantar buku Siapkan tugasan dan hantar buku

Rajah 1 Perbandingan tingkah laku murid yang diingini sebelum dan selepas diberi token Soal selidik telah dijalankan selepas token diberi kepada murid pada pembelajaran ketiga dengan tujuan melihat perbandingan antara tingkah laku murid yang diingini sebelum dan selepas diberikan token (Rajah 1). Analisis soal selidik menunjukkan bahawa penggunaan ekonomi token merangsang murid untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini seperti membawa buku teks dan amali, menyiapkan tugasan, menghantar buku, dan menyiapkan tugasan serta menghantar buku kerana terdapat peningkatan peratus tingkah laku yang diingini ini sebelum dan selepas diberi token.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Jadual 4 Soal selidik makum balas murid tentang pelaksanaan ekonomi token Bil 10 11 12 13 14 15

Item Puji murid bawa buku Puji murid siap tugasan Puji murid hantar buku Token menarik Hadiah menarik Motivasi melalui papan markah

Peratus peningkatan% Ya Tidak 85 15 90 10 90 10 100 0 100 0 90 10

Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa murid bersetuju bahawa saya telah memuji mereka apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang diingini. Murid juga mengakui bahawa token dan hadiah yang saya sediakan menarik dan mereka berasa bermotivasi untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini apabila saya menggunakan papan markah semasa melaksanakan ekonomi token. Ini memberi implikasi bahawa penggunaan ekonomi token dapat membantu saya meningkatkan amalan peneguhan dan membantu murid meningkatkan tingkah laku yang diingini di dalam kelas. Dapatan ini disokong oleh kajian Yap (2010) ke atas 38 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Cheras yang mendapati bahawa murid-murid bermotivasi untuk menyiapkan tugasan kerja rumah jika diberi token yang kemudiannya boleh ditukarkan dengan hadiah [2].

4. KESIMPULAN Hasil kajian ini menunjukkan bahawa saya telah berjaya menambah baikkan cara memberi peneguhan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains menggunakan ekonomi token. Hasilnya, tingkah laku murid daripada aspek membawa buku teks dan amali, menyiapkan tugasan, menghantar buku, dan menyiapkan tugasan serta menghantar buku turut meningkat. Selain meningkatkan tingkah laku murid kepada tingkah laku-tingkah laku yang diingini, saya juga telah dapat memotivasikan murid untuk belajar dan menggalakkan penglibatan murid dengan menggunakan ekonomi token semasa mengajar. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan ekonomi token untuk meningkatkan amalan peneguhan saya seterusnya meningkatkan tingkah laku murid dalam aspek yang diingini berkesan.

RUJUKAN [1] Myint, S.K., Lourdusamy, A., Quek, C. L., & Wong, A. F. L. (Eds.). (2005). Classroom management: Facilitating teaching and learning. Singapore: Prentice Hall, Pearson Education South Asia Pte Ltd. [2] Yap, L.A.L. (2010). Research of Primary Science Education: How I use token system to reinforce homework accomplishment. Unpublished bachelorâ€&#x;s thesis, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Hubungi Penulis Rosnoraini Mohamad, ain_meteor88@yahoo.com.my


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

AMALAN BUDAYA PENYAYANG DALAM BILIK DARJAH MENGGALAKAN MURID MENGHANTAR KERJA RUMAH MATA PELAJARAN SAINS Joycelyn Chong Lee Jing dan Norizan Ahmad

ABSTRAK Kerja rumah merupakan satu tugasan yang diberikan dengan tujuan untuk melihat pemahaman murid serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu tajuk. Kajian ini dijalankan untuk menggalakan murid supaya menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Kumpulan sasaran adalah 26 murid Tahun 4 Arif yang dilaporkan sering tidak menyiapkan kerja rumah. Murid-murid ini tergolong dalam kumpulan sederhana dan lemah. Data dan maklumat dikumpulkan mengunakan kaedah pemerhatian, temu bual tak berstruktur, dan soal selidik. Kajian awal mendapati bahawa hubungan antara saya dengna murid adalah tidak memuaskan. Saya dapati perasaan dan sikap terhadap pembelajaran sains merupakan faktor utama murid-murid ini gagal untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Namun begitu, apabila amalan budaya penyayang dipraktikkan oleh saya, didapati berlaku sedikit peningkatan bilangan murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah. Secara keseluruhannya, saya perlu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengaplikasian budaya penyayang agar hubungan saya dengan murid dalam bilik darjah dan dalam menyiapkan tugasan dapat dipertingkatkan seterusnya mampu membantu murid-murid ini untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

1. PENGENALAN Sewaktu saya ditugaskan mengajar sains kepada murid Tahun 4 Arif, saya diberitahu oleh guru pembimbing bahawa murid-murid ini sukar menyiap dan mneghantar kerja rumah. Oleh kerana saya adalah guru dalam latihan, saya percaya bahawa saya perlu membina hubungan mesra dengan murid-murid saya supaya arahan dan pengajaran saya mudah diterima. Tetapi apabila memasuki kelas ini, saya dapati mereka kurang â€&#x;menerimaâ€&#x; saya sebagai guru sains mereka. Situasi ini benar-benar wujud dan ianya disokong dan di sahkan dengan merujuk kepada laporan-laporan refleksi praktikum saya yang lalu. Justeru itu, saya menjalankan kajian ini sebagai usaha saya ingin meningkatkan hubungan kemesraan antara anak murid dengan saya dengan menggunakan Amalan Budaya Penyayang Selain daripada itu, saya juga mendapati isu tidak menyiap dan menghantar kerja rumah. Latihan atau kerja rumah didefinisikan sebagai tugasan yang diberikan oleh guru agar dapat disiapkan oleh murid selepas waktu persekolahan [2]. Kerja rumah ini juga selalu diberikan sebagai satu alat pengukuhan dan juga bertujuan untuk mengisi masa lapang murid terutamanya di musim cuti sekolah [1]. Namun begitu, saya selalu menghadapi masalah murid gagal menyiapkan kerja rumah terutamanya murid-murid dalam kategori murid lemah. Kegagalan mereka menyiapkan kerja rumah ini sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini kerana kerja rumah ini diberikan agar prestasi akademik murid akan dapat dipertingkatkan. Ini menyebabkan kebanyakan mereka gagal untuk memahami dan menguasai tajuk dengan baik.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Saya berpendapat apabila murid tidak berminat terhadap apa yang diajar oleh saya adalah disebabkan oleh hubungan di antara anak murid dengan saya adalah tidak baik. Hal ini akan mengakibatkan murid-murid tidak ingin menyiap dan menghantarkan kerja rumah yang diberikan oleh saya, dan seterusanya akan menjejaskan pencapaian prestasi akademik muridmurid. Ekoran daripada masalah tersebut, saya ingin meningkatkan kemesraan antara murid dengan saya melalui Amalan Budaya Penyayang, dan seterusnya meningkatkan bilangan murid menyiap dan menghantar kerja rumah.

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Sepanjang sebulan kajian dijalankan, beberapa instrumen kajian telah digunakan bagi memastikan bahawa kajian ini dapat memberikan impak yang bermakna. Antara instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan papan „sticker‟. Sebelum tindakan dijalankan, saya telah mengumpul data penghantaran kerja rumah murid Tahun 4 Arif seramai 26 orang. Saya telah memilih Pendekatan Budaya Penyayang sebagai satu kaedah penghargaan dan pemberian pengiktirafan supaya ia dapat memotivasikan murid saya untuk memyiap dan menghantar kerja rumah. Saya berpendapat bahawa jika hubungan mesra terjalin antara saya dengan murid, maka akan timbul ada rasa mahu untuk menyiap dan menghantar kerja rumah. Saya menggunakan kaedah pemberian „sticker‟ sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang dapat menyiap dan menghantar kerja rumah mereka. Pada minggu pertama saya menjalankan amalan budaya penyayang dalam bilik darjah, saya telah menyediakan satu papan “sticker” untuk merekodkan bilangan penghantaran kerja rumah murid. Saya juga membina satu papan “budaya penyayang” di mana murid saya dapat meluahkan melalui tulisan dengan menulis kata-kata pujian dan galakan. Bermula dari minggu kedua sehinggalah minggu keempat, saya telah mengamalkan amalan budaya penyayang dengan melebarkan salam, melafazkan kata-kata memuji dalam pengajaran dan memberikan penghargaan dan pengiktirafan melalui papan “budaya penyayang”. Pada masa yang sama, saya juga telah memberikan bimbingan dan dorongan supaya anak murid saya mengahantar dan menyiapkan kerja rumah tepat pada masa, dengan ini saya akan membuat rekod setiap kali murid saya menghantar kerja rumah mereka dengan pemberian “stiker” sebagai satu tanda penghargaan atas kejayaan dan usaha yang telah mereka lakukan untuk menyiapkan kerja rumah. “Stiker” tersebut akan dikumpulkan dan dilekatkan pada papan “stiker” kerja rumah murid.

3. ANALISIS DAN INTEPRETASI Hasil daripada kajian yang mengambil masa hampir sebulan, saya mendapati bahawa berlaku sedikit peningkatan di dalam bilangan murid yang menghantar kerja rumah yang saya berikan. Keputusan menunjukkan bilangan murid yang menyiapkan kerja rumah sebelum dan selepas tindakan. Sebelum tindakan dijalankan hanya 3 orang murid sahaja dapat menyiapkan sebahagian kerja yang diberi. Manakala 5 orang murid tidak menunjukkan sebarang perubahan iaitu murid-murid berkenaan boleh dikatakan langsung tidak menyiapkannya. Dapatan analisis soal selidik saya turut menunjukkan bahawa murid-murid sederhana menunjukkan peningkatan yang sedikit. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan didapati hanya sebilangan murid yang suka untuk menyiapkan kerja rumah dimana hanya 38%


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 daripada mereka yang suka membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Namun begitu, bilangan mereka yang akan menyiapkan kerja sedikit meningkat. Ini mungkin kerana faktor terpaksa menyebabkan mereka terpaksa menyiapkan kerja tersebut. Faktor terpaksa adalah seperti takut kepada dendaan dan hukuman oleh guru. Hasil daripada soal selidik juga mendapati kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja rumah kerana sikap malas. Namun begitu, ianya tidak menghairankan saya kerana kebanyakan mereka terdiri daripada murid lemah yang kurang motivasi untuk belajar.

4. KESIMPULAN Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kajian saya pada kali ini memang telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah murid saya menyiap dan menghantarkan kerja rumah, namun begitu peningkatan tersebut dikatakan kurang ketara. Namun begitu, saya dapati amalan Budaya Penyayang ini berksan kepada murid yang berpencapaian baik dan tinggi tetapi kurang berkesan terhadap pelajar lemah. Suatu kaedah atau strategi lain mungkin diperlukan untuk kumpulan pelajar ini. Hal ini adalah mungkin juga disebabkan oleh tempoh pelaksanana Amalan Budaya Penyayang yang terhad kepada masa sebulan sahaja. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya kajian ini boleh dilaksanakan pada tempoh atau suatu jangka masa yang agak panjang supaya murid-murid boleh betul-betul merasakan diri mereka dihargai dan disayangi.

RUJUKAN [1] Abdul Rahim Bin Hamdan., & Azharul Nizam Bin Zahari. (2010). Konsep pendidikan bersepadu serta penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik menengah rendah. Universiti Teknologi Malaysia. [2] Mahyudin Bin Ashaari. (2009). Strategi pendekatan penyayang dalam pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam, 9(3), 1-8.

Hubungi Penulis Joycelyn Chong Lee Jing, joycelyn128@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN CARA MENGURUSKAN AKTIVITI KUMPULAN MENGGUNAKAN GANJARAN Noriah binti Ismail@Musa dan Tan Juat Ngoh

ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan cara saya menguruskan aktiviti kumpulan menggunakan ganjaran. Kajian ini melibatkan 28 orang murid Tahun 4 yang mempunyai pencapaian sederhana di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah senarai semak, soal selidik dan temubual. Data dianalisis, diinterpretasi dan ditriangulasikan daripada data pelbagai kaedah untuk membuat kesimpulan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pengurusan aktiviti kumpulan menggunakan ganjaran dan aktiviti kumpulan berjalan dengan lancar. Suasana semasa aktiviti kumpulan juga semakin baik kerana masalah tingkahlaku dan displin murid semakin berkurangan. Minat murid untuk melakukan aktiviti dalam kumpulan juga meningkat.

1. PENGENALAN Semasa menjalani praktikum, saya banyak menggunakan strategi aktiviti pembelajaran berkumpulan ketika mengajar. Ini kerana dalam pembelajaran berkumpulan, murid boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat pembelajaran yang sama, serta dapat berkongsi menyelesaikan tugasan yang diberi [1]. Pembelajaran berkumpulan memberi kebaikan kepada murid dari segi akademik, individu dan kemahiran sosial [2]. Namun, saya mendapati masalah utama yang saya hadapi ialah saya tidak dapat menguruskan aktiviti kumpulan dengan baik. Saya sukar membuatkan murid melibatkan diri secara aktif, bekerjasama serta berminat membuat aktiviti dalam kumpulan tersebut. Maka, dalam kajian ini, saya menggunakan kaedah memberi ganjaran untuk meningkatkan cara saya menguruskan aktiviti kumpulan dengan baik. Banyak kajian telah membuktikan bahawa ganjaran sangat berkesan untuk meningkatkan minat intrinsik dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran murid [3]. Ganjaran juga merupakan salah satu teknik yang paling berkesan yang dapat digunakan oleh guru untuk mengubah, atau memulihkan tingkahlaku murid [4].

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Dalam kajian ini, saya membahagikan murid kepada 6 kumpulan. Setiap ahli di dalam kumpulan diberi peranan masing-masing iaitu ketua kumpulan, penolong ketua kumpulan, pencatat dan pembentang. Setiap sesi pengajaran, peranan tersebut ditukar sesama ahli kumpulan. Kemudian murid diberikan kertas tugasan dan mereka melaksanakan tugasan tersebut. Semasa melaksanakan tugasan, beberapa peraturan perlu dipatuhi oleh murid untuk mendapatkan markah berbentuk star. Akhir sekali, kumpulan yang berjaya mengumpul star paling banyak akan mendapat ganjaran.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Semasa murid melaksanakan tugasan aktiviti di dalam kumpulan, seorang rakan guru telah membuat pemerhatian menggunakan borang senarai semak terhadap cara saya menguruskan aktiviti kumpulan tersebut serta perlakuan yang ditunjukkan oleh murid. Selesai menjalani sesi pembelajaran tersebut, murid diberi satu borang soal selidik untuk mengetahui pandangan murid terhadap penggunaan ganjaran dalam aktiviti kumpulan tersebut. Kemudian, 3 orang wakil murid telah dipilih untuk ditemubual bagi mendapatakan maklumat yang lebih terperinci terhadap penggunaan ganjaran tersebut.

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Data dianalisis, diinterpretasi dan ditriangulasikan daripada hasil senarai semak, temubual murid dan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pengurusan aktiviti kumpulan menggunakan ganjaran dan aktiviti kumpulan telah berjalan dengan lancar. Jadual 1 Keputusan senarai semak Bil.

Perkara

1

Guru memberikan arahan dengan jelas dan mudah difahami. Murid mendengar arahan daripada guru tanpa membuat bising. Masing-masing bertanggungjawab dengan peranan yang diberi Setiap ahli dalam kumpulan menunjukkan nilai kerjasama yang tinggi. Tugasan yang diberi dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru. Tiada perselisihan faham berlaku semasa melakukan tugasan dalam kumpulan. Pengurusan kumpulan lebih terkawal (guru tidak perlu mengeluarkan suara yang tinggi setiap masa) Pemberian ganjaran adalah adil (kumpulan yang mendapat markah yang tinggi diberikan ganjaran) Hasil pembelajaran tercapai.

2 3 4 5 6 7

8

9

Pengajaran 1 Ya Tidak / /

Pengajaran 2 Ya Tidak / /

/

/

/

/ /

/

/

/

/

/

/

/

/

/

Keputusan senarai semak dalam Jadual 1menunjukkan berlaku peningkatan terhadap pengurusan aktiviti dalam kumpulan dari pengajaran 1 kepada pengajaran 2. Didapati arahan guru jelas dan murid mendengar arahan tersebut tanpa membuat bising, murid bertanggungjawab terhadap peranan yang diberi, bekerjasama, dapat menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan dan tiada masalah disiplin berlaku. Saya juga tidak perlu mengeluarkan suara yang tinggi dan hasil pembelajaran tercapai. Ini menunjukkan bahawa kelas berjalan dengan lancar semasa aktiviti kumpulan. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa saya telah berjaya menguruskan aktiviti kumpulan dengan baik.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Hasil temubual 3 orang murid mendapati minat mereka mula meningkat selepas saya menggunakan sistem ganjaran semasa aktiviti berkumpulan. Mereka juga menyatakan suasana aktiviti lebih baik berbanding sebelum menggunakan ganjaran. Menurut mereka, masalah tingkahlaku dan disiplin semakin berkurangan kerana mereka ingin mendapatkan ganjaran. Kelas juga sudah tidak bising. Ini menunjukkan suasana aktiviti kumpulan telah berjalan dengan lancar dan juga menunjukkan saya berjaya menguruskan aktiviti kumpulan dengan baik. Jadual 2 Keputusan soal selidik Bil. Perkara 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Suka melakukan aktiviti sains dalam kumpulan. Aktiviti dalam kumpulan meningkatkan pemahaman tentang Sains. Suka bekerjasama semasa aktiviti dalam kumpulan. Lebih berminat membuat tugasan selepas guru menjanjikan ganjaran. Berusaha menjaga tingkahlaku supaya markah tidak dipotong. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan. Membantu ahli kumpulan memahami topik yang diajar. Penggunaan „starâ€&#x; menarik dapat minat murid. Cara guru memberikan markah adalah adil. Guru dapat menguruskan aktiviti kumpulan dengan lebih baik selepas memperkenalkan sistem ganjaran.

Sangat setuju 75

Maklum balas (%) Setuju Tidak Jumlah setuju 25 0 100

70.83

29.17

0

100

95.83

4.17

0

100

62.5

20.83

16.67

100

100

0

0

100

91.67

8.33

0

100

45.83

41.67

12.5

100

79.17

20.83

0

100

87.5

12.5

0

100

91.67

8.33

0

100

Soal selidik dijalankan selepas saya menggunakan ganjaran. Berdasarkan Jadual 2, didapati murid suka bekerjasama semasa aktiviti kumpulan, lebih berminat membuat tugasan, berusaha menjaga tingkahlaku dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan tersebut. Murid juga menyatakan bahawa cara saya mengendalikan sistem pemarkahan untuk mendapatkan ganjaran adalah adil dan penggunaan star menarik minat mereka. Ini menunjukkan bahawa penggunaan ganjaran telah memberi impak yang positif kepada murid serta membantu membentuk suasana kelas yang lebih baik semasa aktiviti kumpulan. Ini terbukti dengan 91.7% murid sangat bersetuju bahawa saya dapat menguruskan aktiviti kumpulan dengan baik selepas menggunakan sistem ganjaran. .

4. KESIMPULAN Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan penggunaan ganjaran, saya telah berjaya membentuk suasana aktiviti kumpulan yang lebih baik dan dapat berjalan dengan lancar. Saya juga dapat mengurangkan masalah disiplin dan tingkahlaku murid yang boleh menggangu


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 perjalanan aktiviti kumpulan. Selain itu, saya telah dapat meningkatkan minat mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dan setersnya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Justeru, boleh disimpulkan bahawa saya telah berjaya menguruskan aktiviti kumpulan dengan baik menggunakan sistem ganjaran.

RUJUKAN [1] Dimitrios, S., Andreas D. & Georgios T (2006). A study of group interaction process in lower secondary Physics. Journal of Research in Science Teaching, 43(6), 556-557. [2] Lazarowitz. R., Hertz-Lazarowitz. R., & Baird, J. H. (1994). Learning Science in cooperative setting: Academic achievement and affective outcomes. Journal of Research in Science Teaching, 31(10), 1121-1131. [3] Cameron, J. and Pierce W. D. (1996). The debate about rewards and intrinsic motivation: Protest and accusations Do Not Alter the Results. Review of Educational Research, 66, 175-199. [4] Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1985). Ilmu pendidikan : Pedagogy. Selangor, Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

Hubungi Penulis Noriah binti Ismail@Musa, nur_cahayaisma@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 .MENINGKATKAN

KAWALAN KELAS MENGGUNAKAN PERATURAN BILIK DARJAH

Nik Ariezan Bin Nik Man dan Asha Kumari

ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai bagaimana peraturan bilik darjah mampu membantu saya meningkatkan kawalan kelas. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang murid tahun 3 dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik guru dan rakan sejawat, temubual murid dan nota lapangan. Tindakan yang dijalankan adalah memperkenalkan peraturan bilik darjah kepada murid-murid, menerangkan setiap peraturan bilik darjah kepada murid-murid berserta dengan penerangan akibat kepada pelanggaran peraturan bilik darjah. Saya juga selalu mengingatkan murid-murid tentang peraturan bilik darjah semasa sesi pengajaran. Jika murid mematuhi peraturan bilik darjah pujian atau ganjaran akan diberikan dan jika murid melanggar peraturan bilik darjah peneguhan positif akan dikenakan. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan perubahan tingkahlaku murid-murid ke arah positif. Manakala hasil dapatan temubual murid menunjukkan murid-murid suka dengan suasana kelas selepas peraturan bilik darjah diperkenalkan. Hasil dapatan nota lapangan pula menunjukkan saya berpuas hati dengan kawalan kelas saya. Analisis kesemua kaedah menunjukkan bahawa kawalan kelas saya telah meningkat dengan menggunakan kaedah peraturan bilik darjah.

1. PENGENALAN Berdasarkan pengalaman saya menjalani praktikum, saya menghadapi masalah mengawal kelas. Saya berasa kecewa dengan keadaan ini kerana masalah ini mengakibatkan saya tidak dapat menguruskan masa pengajaran dengan baik. Ini seterusnya mengakibatkan saya tidak dapat mengajar seperti yang dirancang. Pencapaian murid juga turut terjejas. Saya cuba mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Antara jalan penyelesaian yang saya dapati adalah dengan mewujudkan peraturan bilik darjah. Menurut Rosenberg (1986) peraturan adalah dasar kepada pengurusan kelas yang berkesan yang mana pelajar mengetahui peraturan dan bagaimana untuk mengikuti peraturan-peraturan ini adalah berkait rapat dengan tingkahlaku yang sesuai[1]. Peraturan mungkin dapat menghapuskan tingkahlaku yang menganggu bilik darjah dan secara tidak langsung ia dapat menambahbaik kawalan bilik darjah saya. Saya percaya bahawa pendekatan ini dapat menyelesaikan masalah kawalan kelas saya.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 2. PENGUMPULAN DATA Semasa sesi pengajaran pertama, saya telah memperkenalkan peraturan bilik darjah kepada murid. Saya menampal kertas mahjong yang mengandungi enam senarai peraturan. Peraturan juga telah ditulis dalam bahasa yang mudah dan ringkas agar murid dapat memahami dan mengingatinya dengan mudah. Saya telah membaca keenam-enam peraturan tersebut satu persatu dan menerangkan kepada murid-murid tentang peraturan bilik darjah ini. Ketika sesi pengajaran berlangsung saya selalu mengingatkan murid tentang peraturan bilik darjah supaya mereka mematuhi peraturan bilik darjah yang telah dilaksanakan. Saya juga mengenakan peneguhan positif kepada murid yang melanggar peraturan bilik darjah agar tingkahlaku yang mengganggu bilik darjah dapat dikurangkan dan memuji murid yang mematuhi peraturan bilik darjah supaya tingkahlaku tersebut dapat dikekalkan. Semasa sesi pengajaran, guru pembimbing dan rakan sejawat berada di dalam kelas saya untuk memerhatikan pengajaran saya dan mengisi borang soal selidik yang telah disediakan untuk mereka. Selepas sesi pengajaran, saya telah menemubual murid untuk mengetahui persepsi murid terhadap keadaan kelas saya. Seterusnya saya telah menulis nota lapangan untuk menceritakan apa yang berlaku di dalam kelas dan meluahkan perasaan saya terhadap sesi pengajaran yang telah berlangsung.

3. ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA Dalam kajian ini, saya menguji keberkesanan peraturan bilik darjah untuk meningkatkan kawalan kelas melalui soal selidik guru dan rakan sejawat, temubual murid dan nota lapangan. Analisis ketiga-tiga kaedah kajian menunjukkan kawalan kelas saya telah meningkat dengan menggunakan peraturan bilik darjah.

Jadual 1: Analisis borang soal selidik guru dan rakan sejawat Bil Item persoalan

1 2 3 4 5 6 7 8

Guru selalu mengingatkan murid tentang peraturan bilik darjah Guru memberi ganjaran kepada murid yang menuruti peraturan Guru melaksanakan peneguhan positif kepada murid yang melanggar peraturan Suasana bilik darjah menjadi lebih kondusif Peraturan yang diperkenalkan sesuai dengan kelas Peraturan bilik darjah meningkatkan kawalan kelas guru Peraturan bilik darjah membantu murid belajar dengan lebih baik Murid mematuhi peraturan Jumlah purata (%)

Peratus Persetujuan % Sesi 1 Sesi 2 0 100 100 100 0 100 100 100 100 100

100 100 100 100

33.33

66.66

66.67

95.83


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Analisis soal selidik menunjukkan tingkahlaku murid yang mematuhi peraturan bilik darjah pada sesi pengajaran kedua telah meningkat berbanding sesi pengajaran pertama. Ini menunjukkan kawalan kelas saya telah meningkat dengan menggunakan peraturan bilik darjah. Berdasarkan temubual murid yang dijalankan menunjukkan murid-murid suka dengan peraturan bilik darjah yang telah dilaksanakan. Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan yang baik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga suka dengan suasana kelas selepas peraturan bilik darjah dilaksanakan kerana suasana kelas menjadi lebih kondusif untuk mereka belajar. Ini menunjukkan kawalan kelas saya telah meningkat kerana suasana kelas telah menjadi lebih selesa untuk murid belajar dan ini dapat dibuktikan dengan keadaan kelas yang lebih terkawal. Berdasarkan analisis nota lapangan, terdapat lima kod penting yang telah saya wujudkan iaitu mengingatkan murid tentang peraturan, memuji murid yang mematuhi peraturan, mengenakan peneguhan positif kepada murid yang melanggar peraturan, murid mematuhi peraturan dan kawalan kelas.

4.KESIMPULAN Hasil kajian menunjukkan bahawa kawalan kelas saya telah meningkat dengan menggunakan kaedah peraturan bilik darjah. Peraturan bilik darjah ini disertakan dengan pujian ke atas murid yang mematuhi peraturan dan mengenakan peneguhan positif terhadap murid yang melanggar peraturan. Hal ini disokong oleh Charles H. Madsen (1968) iaitu peraturan bilik darjah hanya memberikan kesan yang kecil untuk meningkatkan tingkahlaku yang baik tetapi dengan kombinasi pujian dan peneguhan positif sangat berkesan untuk mencapai tingkahlaku murid yang optimum[2]. Selain itu, peraturan bilik darjah meningkatkan keberkesanan pengajaran saya kerana murid dapat memberikan tumpuan hasil daripada kawalan kelas yang baik dan suasana kelas yang kondusif.

RUJUKAN [1] Rosenberg, M. S. (1986). Maximizing the effectiveness of structured classroom management programs: Implementing rule-review procedures with disruptive and distractible students. Behavioral Disorders, 11, 239-248. [2] Charles H. Madsen, Jr., Wesley C. Becker, and Don R. Thomas. (Summer 1968). Rules, Praise, And Ignoring:Elements Of Elementary Classroom Control. Applied Behavior Analysis , Vol. 1, pp. 139-150, Number 2.

Hubungi Penulis Nik Ariezan Bin Nik Man, buje_5553@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGURUSAN MASA DALAM PENGAJARAN Ahmad Izzat Khairi dan Siti Hendon Sheikh Abdullah

ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah supaya saya dapat menghabiskan kelima-lima fasa dalam Model Konstruktivis 5 Fasa Needham mengikut perancangan dalam buku rancangan mengajar. Kajian ini melibatkan 25 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tindakan yang digunakan untuk mempertingkatkan cara saya mengurus masa di bilik darjah adalah melalui amalan meletakkan jam dinding di belakang bilik darjah dan menampal nota kecil di hadapan bilik darjah semasa pengajaran berlangsung. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah jurnal reflektif, temubual bersama guru pembimbing dan senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pengurusan masa pembelajaran dan pembeajaran dan kelima-lima fasa Model Needham dijalankan mengikut perancangan mengajar.

1. PENGENALAN Berdasarkan pengalaman saya menjalani praktikum pada dua semester yang lepas, saya amat lemah dalam menguruskan masa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Walaupun perancangan melalui rekod mengajar telah dibuat, namun seringkali apa yang dirancang tidak dapat dihasilkan mengikut anggaran masa yang ditetapkan. Akibatnya hasil pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya seperti yang dirancang. Seandainya saya tidak dapat menguruskan masa dengan berkesan, ia akan mengakibatkan tekanan wujud dalam diri saya. Hal ini disokong oleh kajian yang mendapati bahawa "pengurusan masa berada dalam kedudukan tertinggi punca stres dalam kalangan guru� [1]. Semasa pengajaran dan pembelajaran Sains, saya mempraktikkan penggunaan Model Konstruktivis 5 Fasa Needham yang mempunyai lima fasa iaitu Orientation, Eliciting of Idea, Restructuring of Idea, Application of Idea dan Reflection. Fokus kajian adalah meningkatkan kecekapan pengurusan masa supaya saya dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang mengikut perancangan dalam rancangan pengajaran tanpa melebihi waktu yang ditetapkan.

2. METODOLOGI Saya melaksanakan kajian ini ke atas murid Tahun 4 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur selama satu bulan. Tindakan yang dijalankan terdiri daripada tiga langkah iaitu meminta guru pembimbing menyemak rancangan pengajaran, meletakkan jam dinding di belakang bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menampal nota peringatan (sticky notes) di papan putih. Sewaktu kelas berlangsung pada minggu pertama, saya meminta guru


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 pembimbing menyemak rancangan pelajaran untuk memberi komen tentang kesesuaian waktu yang diperuntukkan untuk setiap fasa. Seterusnya, pada sesi pengajaran di minggu kedua, saya meletakkan jam dinding di belakang bilik darjah untuk menguji keberkesanan tindakan ini. Pada sesi pengajaran di minggu ketiga, saya hanya menampal sticky notes di papan putih. Pada pengajaran minggu keempat, tindakan menampal sticky notes di papan putih dan meletakkan jam dinding di belakang bilik darjah dilaksanakan serentak. Data diambil dengan menggunakan kaedah jurnal reflektif, temubual bersama guru pembimbing dan senarai semak.

3. DAPATAN KAJIAN Penggunaan teknik meletakkan jam dinding di belakang kelas dan penggunaan sticky notes di hadapan kelas berjaya meningkatkan kecekapan pengurusan masa saya. Ini dapat dibuktikan melalui data temubual bersama guru pembimbing selepas saya mengimplementasikan keduadua tindakan. Guru pembimbing bersetuju bahawa tindakan menampal sticky notes di papan putih kelas dan meletakkan jam dinding di belakang kelas berkesan dalam membantu meningkatkan kecekapan mengurus saya. Data yang diperoleh melalui senarai semak menunjukkan bahawa saya telah berjaya menghabiskan kelima-lima fasa Model Needham mengikut waktu yang ditetapkan dalam rancangan mengajar. Selain itu, saya juga mendapati bahawa pengurusan masa berkait rapat dengan pengurusan/ kawalan kelas. Ini dapat dibuktikan melalui pemerolehan catatan jurnal reflektif. Pada satu-satu masa, saya mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk sesi pengajaran kepada perkaraperkara menyelesaikan masalah disiplin murid dan juga kerana murid lewat sampai ke makmal Sains, bersesuaian dengan kajian yang menyatakan bahawa 65% masa yang digunakan dalam lima minit pertama dalam bilik darjah digunakan untuk menyelenggara, membina hubungan dan tujuan lain [2]. Namun, berdasarkan komen yang diberikan oleh guru pembimbing tentang cara pengajaran, saya dapat mengenal pasti masa yang perlu untuk saya ambil perhatian dan mengurus masa yang tinggal dengan sebaiknya. Maka, saya berupaya menghabiskan pengajaran saya sebagai mana yang dirancang.

4. KESIMPULAN Dapatan kajian menunjukkan saya telah berjaya memperoleh peningkatan menyeluruh dalam mengurus masa dalam pengajaran di mana tindakan yang saya ambil telah meningkatkan kecekapan saya dalam mengurus masa. Tindakan tersebut adalah meminta guru pembimbing menyemak rancangan pengajaran, meletakkan jam dinding di belakang bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menampal nota peringatan (sticky notes) di papan putih. Untuk kajian akan datang, saya mencadangkan agar tempoh kajian dipanjangkan lagi supaya penilaian yang lebih jitu dan persis dapat dibuat. Selain itu, saya berpendapat cara pengumpulan data harus ditambah dengan rakaman video supaya masa yang diambil untuk satu-satu sesi pengajaran dapat dinilai kuantiti masa yang diambil.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

RUJUKAN [1] Hawkins, F. & Klass, L. (1997). Time management as a stressor for helping professionals: Implications for Employment. Journal of Employment Counseling, halaman 2 – 6. [2] Wells, C.F. (2005). Making lasting impressions: Teachers‟ use of the first and last five minutes of class time. Journal of Studies in Teaching – 2005 Research Digest, halaman 126 – 130.

Hubungi Penulis Ahmad Izzat Khairi, ibnu_khairi@gmail.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

HOW TO IMPROVE TIME MANAGEMENT WHILE HANDLING A SCIENCE CLASS Quek Chok Yew dan Siti Hendon Sheikh Abdullah

Abstract This research is about improving time management while handling a science class. In order to gain results, actions such as proper allocation of time, setting ground rules, placing a clock in front of the classroom, placing a stopwatch in each group and electing a group leader for each group were being taken. Observation checklist, reflective journals and questionnaire were used to collect data for this research. The findings of this research shows that the actions taken had been effective to the selected target group. During the first week, pupils were not time cautious at all. But after implementing the actions, there were slight improvement in the time for them to reach the science laboratory. When further actions were implemented, pupils became more effective in finishing tasks, arriving to the laboratory on time, and were more focused until the last 10 minutes of the lesson.

Introduction During my 3 months teaching during practicum, I had faced many issues concerning the teaching of science. The most obvious reason I could not carry out my lessons effectively was due to my poor time management skills. Student learning depends on how the available time is used and without enough learning time, the teacher will not achieve his learning outcome [1]. As a teacher, I believed that I should abide the time allocated for each phase of the lesson planned. Hence, time is a very important entity itself. As investigation and experiments are main activities in a science lesson, without the sufficient time management, experimental activities will only be wasted as it would only be partially completed. Pupils will not be able to conduct a proper scientific investigation or make a conclusion from the activities. Therefore, I have to make sure that there is enough time for pupils to carry out interesting experiments to promote an optimum learning. I believe that time management is the key to optimize pupils learning in the science lab. Without a proper time management, no matter how well the lesson is planned, the teacher wil not be ale to complete it, thus will not achieve the learning objectives.

Action and collection of data I carried out the action such as allocating proper timing for each lesson plan, setting the ground rules, placing a clock and the usage of stopwatches will be used. The ground rules are that pupils are allowed a maximum 5 minutes delay to reach the lab to minimize the loss of time in the science lesson. Other actions like placing a clock at the back of the classroom, placing a


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 stopwatch at each group while they were doing their activities and electing a group leader were added one by one for each of my lesson. By the end of the fourth week, I have implemented all four actions in my class which I hoped will improve that my time management. In order to review my plans and to access its effectiveness, a proper form of data collection must be taken into consideration. I came up with 3 most appropriate way to gather my data that would be analysed in the form of words, visual and statistic. These methods are observation checklist, reflective journal and questionnaire. Analysis and interpretation of data The data was analysed and interpreted based on the 3 methods used to collect data which are observation checklist, reflective journal and questionnaire. Table 1 shows the analysis of observation checklist for week 1, 2, 3 and 4 of my research. The checklist was marked (√) when each behaviour is observed. Table 1 Observation checklist from week 1 to week 4 Behavior Pupils arrived at the science laboratory within 5 minutes Pupils only speak when they are prompted with questions Pupils will not move around the class without permission Majority of the pupils are fully involved in group activities Time allocated for each phase is done as planned. Pupils becomes more attentive when teacher is giving instruction Pupils follow the time frame set for each activity The group activity is smoother when the group leader collects all the apparatus from the teacher. All group members work cooperatively in doing the task given Pupils are focused during the last 10minutes of the class. TOTAL

WK 1

WK 2

WK 3

WK4

0

0

0

0

0

0

0

I

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

1

6

7

8

After four weeks of carrying out actions to improve my time management skills, my observation of the pupils‟ behavior was as shown in Table 1. The outcomes of the actions are that the number of ticks had increased from 1 to 8 ticks form week 1 to week 4. Pupils arrived


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 at the science laboratory within 5 minutes after the bells ring. They only moved around after being given permission to do so. Majority of the pupils are fully involved in group activities. and the Needham 5 phase lesson plan was carried out smoothly as planned. Pupils were observed to be more attentive when teacher was giving instructions and abided by the time frame given for each group activities. Pupils are observed to be more focused during the last 10 minutes of the class and each group members worked cooperatively in finishing the task given. I reflected upon the success of my plan on my reflective journals. The reflective journals were used for me to reflect on each lesson and my actions could had improved my time management. The analysis of the reflective journals indicated that I was able to be more focused on my teaching with a proper time management and able to complete a lesson as planed. Table 2 Pupils responses to questionnaire Items Is there a sense of urgency to enter the science lab earlier? Do you have enough time to finish the task given? Are you able to cooperate with your group members to finish the task? Are you more alert on the task given when a clock is set up in front of the class?

Pupils agreement N ( %) N = 40 (97.5) 37 (87.5) 35 (80.0) 32 (95.0) 36

The analysis of the questionnaire, shows 97.5% pupils agreed that they have a sense of urgency to enter the science lab earlier. This implied that pupils acknowledge the importance of following the ground rules and followed the rules accordingly. A total of 87.5% pupils agreed that they have enough time to finish the tasks given. These results shows that the time allocated at each phase of the lesson in the lesson plan is relevant. Only 5 pupils did not manage to finish the task in time. A total of 80% of the pupils were able to cooperate with the group members to finish the task. The last action is to set up a clock in the classroom. The action plan that I was not able to carry out during my practicum was electing a leader which lead to pupils having problem cooperating during the experiment. At the end of the fourth week, a total of 95% pupils claimed that they are more alert of the time and manage to finish their task on time. The findings of my study are supported by Santa and Havens (1995) who stated that a set of classroom rules would help teacher manage the class effectively, thus manage their time wisely and effectively [2]. Conclusion The results of the study shows that I have managed to improve my time management and thus improved pupilsâ€&#x; learning in my science lessons. Pupils were more alert during my lesson and had time to finish the tasks given. They are also more time cautious when attending a science classroom.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 References [1] Stallings, J. (1980). Allocated academic learning time revisited, or beyond time on task. American Educational Research Assciation, 9, 11, 11-16. [2] Santa, C. & Havens, L. (1995). Creating independence through student-owned strategies: Project CRISIS. Dubuque, IA: Kendall-Hunt

Corresponding Author Quek Chok Yew, chokyew@gmail.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENAMBAHBAIKKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP PROSES SAINS MENGGUNAKAN CARTA ALIR Ruzlan Che Husain dan Norizan Ahmad ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran terhadap proses Sains untuk meningkatkan kefahaman murid menggunakan carta alir. Kajian ini melibatkan 23 orang murid-murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah di daerah Cheras, Kuala Lumpur. Data dikumpul melalui ujian pencapaian (pra-ujian dan pasca-ujian), aktiviti carta alir manusia dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati bahawa penggunaan carta alir dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid.

1. PENGENALAN Carta alir adalah satu perwakilan grafik atau simbolik daripada sesebuah proses [1]. Setiap langkah dalam proses ini diwakili oleh simbol yang berbeza dan mengandungi keterangan singkat mengenai langkah sesuatu proses. Simbol carta alir yang dihubungkan oleh anak panah menunjukkan arah aliran sesuatu proses. Simbol carta alir yang berlainan mempunyai maksud yang berlainan. Saya mendapati pelajar saya sukar memahami pengajaran saya yang bersifat „chalk and talk‟. Objektif kajian tindakan ini adalah untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan carta alir sebagai alat untuk menerangkan konsep „Rantai Makanan‟. Ia cuba untuk menjawab dua soalan kajian: Apakah kesan penggunaan carta alir dalam pengajaran dan pembelajaran sains terhadap pemahaman sains? Adakah pencapaian murid meningkat selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan carta alir digunakan?

2. CARA PENGUMPULAN DATA DAN TINDAKAN Saya menggunakan teknik carta alir manusia dalam kajian tindakan ini. Data dikumpul melalui pemerhatian ke atas tiga kaedah iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian aktiviti carta manusia dan soal selidik. Dalam kaedah pertama, kertas ujian pra dan pasca ditadbir kepada kesemua 23 murid tahun 4 disebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran topik „Rantai Makanan‟. Dalam kaedah kedua, pemerhatian dilakukan terhadap aktiviti membina Carta Alir Manusia secara berkumpulan ketika topik tersebut diajar. Kaedah ketiga, borang kaji selidik untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran sains dan juga penggunaan carta alir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 3. DAPATAN Jadual 1 menunjukkan perbandingan gred pencapaian murid antara ujian-pra dan ujian-pasca. Didapati bahawa ada peningkatan yang ketara dalam pencapaian murid bagi gred A(21.7%) dan B (52.2%) pada keputusan ujian-pasca. Jadual 1 Gred Pencapaian Ujian Pra dan Pasca PRA-UJIAN

PASCA-UJIAN

GRED

Bilangan murid

Peratus (%)

Bilangan murid

Peratus (%)

A ( 80 - 100 )

0

0

5

21.7

B ( 60 - 79 )

1

4.3

12

52.2

C ( 40 - 59 )

11

47.8

5

21.7

D ( 0 - 39 )

11

47.8

1

4.3

Analisis soal selidik (Jadual 2) menunjukkan ramai murid bersetuju (78%) bahawa kaedah carta alir yang digunakan dalam pengajaran tajuk „Rantai Makananâ€&#x; meningkatkan kefahaman pembelajaran sains mereka. Selain daripada itu, 74% pelajar suka belajar sains menggunakan teknik carta alir dan 74% menyatakan setuju bahawa penggunaan carta alir dalam pengajaran dan pembelajaran membuatkan pelajaran sains menarik. Jadual 2 Analisis soal selidik terhadap penggunaan carta alir Bi l 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

8. 9.

Pernyataan Kaedah carta alir membantu saya meningkatkan pembelajaran saya dalam Sains. Saya suka belajar Sains dengan menggunakan carta alir Carta alir membuatkan Sains kelihatan satu matapelajaran yang menarik untuk dipelajari. Belajar menggunakan carta alir adalah suatu yang baru untuk saya. Kaedah carta alir memotivasikan saya untuk belajar dan mengetahui Sains dengan lebih mendalam. Sains adalah matapelajaran yang menarik. Saya boleh mengingati isi pelajaran dengan lebih baik bila saya belajar Sains dengan menggunakan carta alir. Kaedah carta alir membantu saya untuk menyusun idea dengan lebih baik dan jelas. Saya suka belajar Sains.

Setuju (%) 78

Tidak Pasti (%) 17

Tidak setuju (%) 5

74

17

9

74

17

9

70

30

0

70

22

8

65

30

5

63

23

14

61

39

0

57

30

13


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 10. Saya boleh faham dengan baik dan lebih mudah bila

57

43

0

saya belajar Sains dengan menggunakan carta alir. Dari aspek ketepatan pelajar membina carta alir dalam aktiviti kumpulan, didapati kesemua empat kumpulan murid (Jadual 3) dapat melaksanakan aktiviti membina carta alir manusia dengan ketepatan sususnan aliran isi kandungan dan kefahaman langkah-langkah penyusunan aliran carta alir dengan simbol yang betul. Walaupun begitu, didapati kumpulan 2 dan 3 kurang menunjukkan kerjasama antara ahli kumpulan.

Jadual 3 Bil. 1. 2. 3.

Markah Pencapaian Aktiviti Carta Alir Manusia Kriteria

Ketepatan susunan aliran isi kandungan dalam carta alir. Kefahaman langkah-langkah penyusunan aliran carta alir. Kerjasama antara ahli kumpulan. Jumlah

1 5

Markah Kumpulan 2 3 4 5 5 5

5

5

5

5

5

4

3

5

15

14

13

15

4. KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan penggunaan carta alir dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid. Kajian ini juga menunjukkan carta alir adalah teknik mengajar yang mampu menarik minat dan menjadikan pembelajaran sains lebih menarik[2]. Bagaimanapun, penggunaan carta alir tidak boleh digunapakai sebagai alat untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Kesimpulannya, carta alir adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bagus dalam meningkatkan kefahaman murid, alat yang bagus untuk memantapkan pengajaran untuk memenuhi kepentingan murid dan menguasai ilmu pengetahuan Sains, dan juga alat penilaian atau petunjuk yang berkesan untuk mengukur prestasi murid. RUJUKAN [1]

Morgan , P. (2008). The Course Improvement Flowchart: A description of a tool and process for the evaluation of university teaching. Journal of University Teaching and Learning Practice, Vol 5/2.

[2]

Courter, S. Balaraman,Prabhu.Lacey,J. & Clark Hochgraf. (1996). Strategies for Effective Teaching: A Handbook for Teaching Assistant. University Of Wisconsin.

Hubungi Penulis Ruzlan Che Husain, pokler9661@gmail.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENGURUSAN GRAFIK JARINGAN DALAM TOPIK SAINS ‘SPRING’ Mohd Aimman Shauqie Ahmad Akhir dan Norizan Ahmad

ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk menambahbaik cara saya meningkatkan daya ingatan, kefahaman dan prestasi murid-murid dalam topik „spring‟ dengan menggunakan kaedah Pengurusan Grafik (Jaringan) di sekolah rendah. Kajian ini melibatkan seramai 39 orang murid tahun 3 di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Data kajian telah dikumpul dengan menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pasca, serta soal selidik. Analisis data menunjukkan pencapaian murid dalam ujian yang dijalankan telah meningkat pada ujian pasca. Analisis soal selidik kepada murid-murid juga menunjukkan mereka faham dan berminat menggunakan kaedah ini dalam pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa saya telah berjaya menambahbaik amalan saya dalam menyampaikan isi pengajaran untuk topik Sains „Spring‟ dengan menggunakan kaedah Pengurusan Grafik (Jaringan).

1. PENGENALAN Berdasarkan kepada situasi dan pengalaman yang berlaku dalam pengajaran saya pada praktikum yang lalu, saya telah mendapati bahawa kebanyakan murid-murid agak sukar untuk mengingati fakta sains terutama berkaitan topik-topik yang penting, iaitu topik yang berkaitan dengan magnet, spring, dan litar elektrik. Pembelajaran bermakna boleh dijalankan dengan menggunakan pengurusan grafik [1]. Murid yang menggunakan strategi pengurusan grafik lebih cemerlang berbanding murid-murid yang menggunakan strategi belajar yang lain. Kaedah pengurusan grafik bukan sahaja membantu pelajar dalam merekod dan mengkategorikan maklumat, tetapi juga membantu murid supaya faham tentang sesuatu konsep dan fakta Sains serta hubungan antara idea-idea [2]. Saya percaya kaedah ini juga dapat memberikan impak positif kepada pencapaian murid. Justeru itu, saya telah memilih kaedah Pengurusan Grafik( Jaringan) untuk membantu meingkatkan kefahaman murid terhadap topik „spring‟ yang dikatakan sukar difahami murid.

2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Bagi mengumpul data, saya telah memilih beberapa kaedah yang sesuai dengan prosedur yang telah dirancangkan. Saya telah memilih penggunaan ujian pra dan ujian pasca untuk menilai pencapaian prestasi murid, sebelum dan selepas mengunakan teknik Pengurusan Grafik (Jaringan). Selain daripada itu, saya juga telah menggunakan borang soal-selidik untuk mendapatkan persepsi murid terhadap penggunaan Pengurusan Grafik (Jaringan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Saya telah menumpukan penggunaan teknik Pengruusan Grafik (Jaringan) pada fasa elicitation of idea dan restructuring of idea mengikut model konstruktivisme 5-fasa Needham. Rajah 1 menunjukkan proses kajian yang telah dijalankan.

Pengajaran menggunakan kaedah konvensional

Menguji tahap penguasaan murid (Ujian Pra)

Membuat analisis data dan kesimpulan

Pengajaran menggunakan teknik PENGURUSAN GRAFIK (JARINGAN)

Mengkaji minat murid

Menguji tahap penguasaan murid

(Soal Selidik)

(Ujian Pasca)

Rajah 1 Proses pelaksanaan kajian

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI Rajah 2 menunjukkan peratusan markah yang dicapai oleh murid kelas 3 Matahari iaitu peratusan purata Ujian Pra adalah sebanyak 77.3 % manakala peratusan purata Ujian Pasca pula adalah 92.3 %. Terdapat perbezaan yang ketara selepas kesemua responden menggunakan pengurusan grafik dalam pembelajaran iaitu peningkatan peratusan markah sebanyak 15.0 %. 95.00% 90.00% 85.00% 80.00% 75.00% 70.00% 65.00% Ujian Pra

Ujian Pasca

Rajah 2 Perbandingan pencapaian markah murid bagi ujian pra dan ujian pasca.


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Analisis soal selidik (Rajah 3) yang diberi kepada murid di akhir pembelajaran topik „spring‟ menunjukkan persetujuan 100% terhadap item 8, 9 dan 10. Item 8 adalah “Adakah anda boleh mengingat fakta Sains menggunakan kaedah pengurusan grafik jaringan sendiri selepas ini?”. Item 9 adalah “Adakah anda akan terus menggunakan kaedah Pengurusan Grafik Jaringan ini?” dan item10 ialah “Adakah anda seronok ketika mengingat fakta Sains menggunakan kaedah Pengurusan Grafik Jaringan? 120 100 80 60

YA

40

TIDAK

20 0 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Rajah 3 : Peratusan Jawapan Responden terhadap Soal Selidik Item 3 (Adakah anda tahu teknik pengurusan grafik jaringan sebelum ini?) menunjukkan bahawa tidak semua pelajar tahun mengenai Pengurusan Grafik Jaringan sebelum teknik ini digunakan di dalam pembelajaran sains mereka. Perkara yang menarik yang diperhatikan daripada analisis soal selidik ini ialah terhadap item 4 (Adakah teknik pengajaran dan pembelajaran guru membantu anda mengingat fakta Sains?). 92% pelajar menjawab „ya‟. 4. KESIMPULAN Untuk kajian tindakan ini, saya hanya menumpukan kepada kaedah pengurusan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran hanya untuk murid-murid tahun 3 ketika fasa elicitation of idea sahaja. Hasil dapatan daripada kajian ini, telah menunjukkan impak yang positif melalui penggunaan kaedah pengurusan grafik. Daya pemahaman dan ingatan murid dapat dipertingkatkan melalui amalan pengajaran saya dengan menggunakan pengurusan grafik jaringan. Selain itu, keyakinan dan minat murid untuk menggunakan kaedah pengurusan grafik turut meningkat. Saya berharap untuk kajian tindakan akan datang, saya ingin menggunakan kaedah pengurusan grafik ini bagi murid tahap dua iaitu murid darjah 4 dan 5. Saya ingin melihat kesan pengajaran menggunakan pengurusan grafik terhadap pemahaman dan daya ingatan murid-murid tersebut sama ada memberikan keputusan yang sama seperti dapatan kajian tindakan ini, mahupun sebaliknya.

RUJUKAN [1] Amer, A.A. (1994). The effect of knowledge-map and underlining training on the


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 reading comprehension of scientific texts. English Specific Purposes, 13, pp. 35-45. [2] Clark, A. (2007). GOs and the school library program. University of Alberta Department of Elementary Education. Hubungi Penulis Mohd Aimman Shauqie Bin Ahmad Akhir, fly_winger@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA Anas Amzar Bin Ismail dan Ellyza Bt Karim ABSTRAK Kajian ini bertujuan menambahbaik amalan pengajaran guru menggunakan kaedah peta minda supaya murid sederhana lemah mendapat keputusan prestasi yang lebih baik dalam pembelajaran dan peperiksaan Sains mereka. Kumpulan sasaran terdiri daripada 24 orang murid sederhana lemah. Temubual, soal selidik dan ujian pra dan pasca digunakan sebagai kaedah mengumpul data di mana kaedah temubual menunjukkan peta minda sememangnya dapat membantu guru dalam proses pengajaran. Penggunaan Peta Minda membolehkan murid memahami pengajaran dengan mudah serta menyeronokkan.

1. PENGENALAN Tujuan kajian ini adalah untuk menambahbaik pengajaran saya melalui kaedah Peta Minda. Kumpulan sasaran meliputi murid darjah 5 seramai 24 orang di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Maklumat untuk kajian ini dikumpul melalui ujian sebelum dan selepas untuk topik “Food Chain”, soal selidik, dan temubual. Keputusan daripada ujian pra dan pasca menunjukkan peningkatan dalam ujian selepas daripada ujian sebelum. Murid-murid memberi maklum balas yang positif terhadap penggunaan Peta Minda di dalam pengajaran Sains. Kajian ini menunjukkan bahawa Peta Minda dapat menambahbaik pengajaran saya dalam Sains, meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan boleh digunakan sebagai kaedah penilaian untuk menilai pemahaman murid terhadap Sains.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN Pengkaji telah memutuskan dan mengumpul kelebihan nota ringkas dalam pengajaran. Semasa praktikum saya di sekolah rendah, saya sedar bahawa murid-murid menunjukkan keputusan yang lemah dalam mata pelajaran Sains semasa Ujian Bulanan. Murid-murid berdepan kesukaran dalam mengingati konsep Sains dan ketika melakukan latih tubi. Oleh itu, saya memilih untuk menambahbaik pengajaran saya dalam Sains melalui penggunaan peta minda. Soalan kajian saya adalah seperti berikut : (1) Adakah Peta Minda dapat membantu proses pengajaran guru supaya murid lebih mudah menjawab soalan berkaitan topik “Food Chain”? (2) Adakah murid-murid dapat menerima kaedah penggunaan Peta Minda untuk topik “Food Chain”? (3) Adakah penggunaan Peta Minda dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik “Food Chain”?


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 3. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Peta minda dapat membantu proses pengajaran supaya murid lebih mudah menjawab soalan berkaitan 'Food Chain'. Saya mendapati bahawa penggunaan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid mengingati maklumat penting dalam sesuatu topik tanpa terkeluar dari skop asal lantas membantu mereka menjawab soalan ujian pasca dengan cemerlang. Murid sebenarnya dapat menerima kaedah peta minda ini namun mereka perlukan tunjuk ajar yang berterusan kerana mereka tidak suka jika perlu membuat sendiri peta minda. Setelah penerapan kaedah peta minda dilaksanakan, murid didapati seronok menghasilkan peta minda dan lebih yakin ketika menjawab soalan setelah didedahkan dengan kaedah ini. Pengkaji turut mendapati murid mudah mengingati fakta dan menjawab soalan. Peta minda juga dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik 'Food Chain'. Peratus murid yang cemerlang meningkat daripada 0 peratus kepada 50.4 peratus manakala peratus murid yang gagal menurun daripada 16.8 peratus kepada 4.2 peratus. Penggunaan peta minda memberi impak yang positif terutama melibatkan pencapaian ujian mereka.

4. DAPATAN DATA Hasil analisis soal selidik menunjukkan murid berminat secara mendalam terhadap penggunaan peta minda. Murid turut menyatakan bahawa mereka akan terus menggunakan kaedah peta minda ini pada masa akan datang tetapi mereka tidak setuju jika mereka perlu membuat peta minda sendiri selepas ini. Hasil ujian pasca menunjukkan peningkatan ketara dan ini jelas membuktikan murid lebih mudah mengingati fakta Sains dengan kaedah peta minda. Penggunaan peta minda memberi impak yang positif terutama melibatkan pencapaian ujian mereka. Ini menunjukkan murid lebih mudah menjawab soalan pasca setelah penggunaan peta minda sepertimana yang dibuktikan dalam analisis temubual.

Peratus Kelulusan Murid - Ujian Pra gagal

baik sederhana Cemerlang (Tiada) Baik (1 orang)

lemah

Sederhana (3 orang) Lemah (4 orang)

sangat lemah

Sangat Lemah (12 orang) Gagal (4 orang)


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Peratus Kelulusan Murid - Ujian Pasca sangat lemah

gagal

lemah

Cemerlang (12 orang) Baik (6 orang)

sederhana

cemerlang

Sederhana (2 orang) Lemah (1 orang)

baik

Sangat Lemah (2 orang) Gagal (1 orang)

5. KESIMPULAN Daripada kajian yang dijalankan, penggunaan peta minda dianggap relevan dan masih dapat diterima walaupun bagi murid yang berada pada tahap sederhana namun mereka masih memerlukan tunjuk ajar yang berterusan. Bagi saya, penggunaan peta minda ini seharusnya dijadikan satu eleman pengajaran terutama sekali pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid nampak dengan lebih jelas konsep dan hubungkait dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran Sains. Setiap guru seharusnya mencuba kaedah baru seperti penggunaan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana telah terbukti melalui pelbagai kajian bahawa penggunaan Peta Minda dapat menambahbaik amalan guru, meningkatkan pencapaian murid dalam ujian, dan memudahkan murid memahami konsep Sains. RUJUKAN Chia-Ying, L., Yeat-Eng, C. & Fui-Tze, C. (2003). Penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan bergambar Bahasa Cina. Kota Kinabalu: MPG. Zalekha binti Haji Elle (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan Kaedah Minda dan Kata Soal. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005. Kuching: Maktab Perguruan Batu Lintang. Hubungi Penulis: Anas Amzar Bin Ismail, anasamzar@yahoo.co.uk


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENAMBAHBAIKKAN CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DENGAN MENGGUNAKAN GERAK KERJA KUMPULAN Mohd Mustaqim Bin Mohd Azali dan Tan Juat Ngoh ABSTRAK Tujuan penyelidikan tindakan ini adalah untuk meningkatkan cara gurumelaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains dengan menggunakan gerak kerja kumpulan. Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah terdiri daripada 15 orang murid Tahun 4 daripada sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik, temubual dan nota lapangan. Data dianalisiskan, diinterpretasikan dan ditriangulasikan dengan data kajian yang berbeza untuk memperolehi kesimpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid berpuas hati dan berasa seronok dengan aktiviti gerak kerja kumpulan yang telah dijalankan. Mereka juga sentiasa tolong-menolong, bekerjasama dan berkongsi idea semasa membuat aktiviti. Penggunaan gerak kerja kumpulan dapat meningkatkan cara guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains.

2. PENGENALAN Saya telah menjalani tiga sesi praktikum di beberapa buah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Pelbagai pengalaman telah diperoleh sepanjang menjalani dua fasa praktikum ini. Saya memasuki kelas dan mengajar dengan cara „chalk and talk‟, bertanyakan soalan, membaca buku teks, dan ianya terbukti membosankan. Membosankan itu bermaksud murid – murid hanya berdiam diri, tidak memberi perhatian dan membuat hal lain di dalam kelas semasa proses pengajaran dijalankan. Apabila saya mengajukan soalan terhadap mereka, mereka hanya berdiam diri dan membisu. Tidak nampak sebarang perbincangan di antara mereka. Semasa saya mengajar saya juga nampak murid – murid banyak bercakap sesama sendiri. Saya mendapati mereka bukan berbincang mengenai topik yang sedang saya ajar, mereka berbincang tentang hal lain yang tiada kena – mengena dengan topik pengajaran saya. Apabila saya pergi ke arah mereka untuk melihat dengan lebih jelas apa yang sedang mereka lakukan, saya mendapati ada yang sedang melukis, membuat kerja rumah yang tidak siap, dan lain – lain lagi. Melalui pemerhatian saya mendapati kebanyakan murid tidak berminat untuk belajar subjek Sains di sekolah. Saya juga pernah bertanya kepada seorang murid di salah satu sekolah tersebut, mengapa tidak berminat untuk belajar sains? Beliau menyatakan bahawa, subjek sains adalah subjek yang susah dan membosankan. Kee (2006) mengatakan bahawa „many pupils may find science to be just plain boring, with customary chalk and talk method used by teachers‟. [1]


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Daripada kenyataan itu, saya befikir saya perlu membuat sesuatu untuk menarik minat serta melibatkan murid dalam aktiviti supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan. Seperti kata seorang ahli falsafah dari China iaitu Confucius „ I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand’. 2. TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Saya membuat keputusan untuk menggunakan aktiviti gerak kerja kumpulan untuk menambahbaikkan cara saya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kajian ini. Menurut Wong (2001) „group work is one of the best researched of all teaching strategies’ [2]. Saya telah menggunakan beberapa langkah dalam melaksanakan tindakan dalam kajian ini. Langkah pertama adalah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Kemudian, setiap ahli kumpulan akan diberikan peranan seperti ketua kumpulan, penolong ketua kumpulan, pencatat dan pembentang supaya semua murid akan melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan. Seterusnya saya akan memberi arahan tentang apa yang mereka perlu lakukan. Hal ini dilakukan sebelum bahan diberikan supaya murid dapat memberi perhatian semasa arahan diberi. Kemudian bahan akan diberikan kepada setiap ketua kumpulan untuk diberikan kepada ahli kumpulan masing-masing. Akhir sekali murid membuat aktiviti tersebut. Saya telah memilih beberapa cara pengumpulan data yang dilakukan semasa pelaksanaan kajian. Antara cara pengumpulan data tersebut adalah soal selidik, temubual, dan nota kerja lapangan. Soal selidik dan temubual dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelejaran menggunakan aktiviti gerak kerja kumpulan dijalankan. Ia dilakukan semasa waktu rehat kerana pada waktu itu terdapat perhimpunan kecil sebelum mereka kembali masuk ke kelas. Tembual dijalankan terhadap tiga orang murid daripada setiap kumpulan. Saya menulis nota lapangan sebaik sahaja selepas tamat proses pngajaran dan pembelajaran kerana ingatan tentang apa yang berlaku semasa di dalam proses tersebut masih segar dalam ingatan. Ia mengandungi latar konteks, individu / kumpulan, tindakan dan perbualan tentang apa yang telah diperhatikan. Laporan tentang peristiwa khas, huraian aktiviti, pelakuan / tindakan saya juga ditulis dan direkodkan dalam nota lapangan.

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Dalam kajian ini data yang dikumpulkan menggunakan kaedah soal selidik, temubual dan nota lapangan dianalisiskan dan di interpretasikan untuk mendapatkan maklumat dan isi penting. Daripada analisis data, kajian menunjukkan murid – murid berasa seronok dan merasakan aktiviti yang disediakan adalah aktiviti yang menarik. Semua murid telah melibatkan diri dalam setiap aktiviti berkupulan yang disediakan dan mereka bekerjasama dalam menyempurnakan tugasan berkumpulan tersebut. Kaedah menggunakan gerak kerja berkumpulan di dalam kelas dapat membentuk sifat bekerjasama dalam diri murid. Data temubual menunjukkan murid – murid sentiasa bekerjasama dengan ahli – ahli lain dalam kumpulan demi menyempurnakan tugasan dalam aktiviti yang diberikan. Setiap ahli kumpulan telah diberikan peranan sebelum memulakan sesebuah aktiviti berkumpulan. Mereka diberi peranan seperti ketua kumpulan, penolong ketua kumpulan, pencatat dan pembentang. Di


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 samping itu, data soal selidik menunjukkan murid – murid juga sentiasa tolong – menolong di antara satu sama lain semasa membuat aktiviti berkumpulan kerana tugasan yang diberikan hendaklah disiapkan sebelum masa yang diberikan tamat. Murid – murid juga tidak henti – henti berbincang di dalam kumpulan mereka dan mereka bercakap dan mendengar secara aktif semasa aktiviti berkumpulan berjalan. Semangat kerjasama di antara ahli kumpulan sangat tinggi seperti yang ditunjukkan dalam data soal selidik.. Mereka berkongsi idea dan pendapat di dalam kumpulan supaya dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik daripada kumpulan mereka. Johnson dan Johnson (1994) menunjukkan kaedah aktiviti berkumpulan bukan saja membantu meningkatkan pencapaian akademik, malah berkesan untuk memupuk sifat kerjasama [3]. Kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti kerja berkumpulan menjadikan murid- murid sangat seronok dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Daripada data nota lapangan, soal selidik dan temubual, murid – murid melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti tersebut disamping berkongsi idea di antara sesama ahli dalam menyempurnakan tugasan. Murid sentiasa tolong-menolong di antara sesame ahli kumpulan mereka. Kee (2006) dalam kajiannya mendapati bahawa kerja berkumpulan ini adalah satu kaedah pengajaran yang bagus kerana ia dapat membentuk sifat kepimpinan, bertanggungjawab dan pemahaman yang lebih tentang topik sains yang diajar dalam diri seseorang murid tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar yang tinggi pencapaian akademiknya bukan sahaja bertanggungjawab terhadap dirinya, malah berasa bertanggungjawab dalam memastikan orang lain juga dapat belajar dan faham tentang apa yang dipelajari.

4. KESIMPULAN Hasil kajian menunjukkan bahawa , murid – murid sentiasa bekerjasama dan sentiasa tolong – menolong dalam menyempurnakan tugasan berkumpulan. Mereka berkongsi idea dan pendapat di dalam kumpulan supaya dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik daripada kumpulan mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa aktiviti kerja berkumpulan menjadikan muridmurid telah melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang diberikan. RUJUKAN [1] Kee. H. L. (2006) A teacher‟s personal reflection on the usage of cooperative learning strategies in teaching primary school Science. Jurnal Penyelidikan Tindakan. Volume 1, Page 12 – 28. [2] Wong, T. (2001). Groupwork in science learning – international scenarios and implications for teaching and learning in Hong Kong. Directory of Open Access Journals, 2(2), 9. [2] Johnson & Johnson. (1994). Learning together and alone : Cooperative, competetive and individualistic learning. Massachusetts Allyn and Bacon. Hubungi Penulis Mohd Mustaqim Bin Mohd Azali, shesviolin@yahoo.com


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN TUMPUAN MURID MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN STESEN Mohd Nasri Hj Mansor dan Rosmawati Shaharuddin ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambah baik cara pengajaran saya dalam aktiviti sains dengan menggunakan kaedah pembelajaran stesen. Responden dalam kajian ini terdiri dari 20 orang murid iaitu 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan dari Tahun 4. Data dikumpul melalui tiga kaedah iaitu secara pemerhatian, ujian dan temubual. Pemerhatian dibuat semasa murid menjalankan eksperimen dengan menggunakan kaedah pembelajaran stesen. Pelaksanaan ujian dijalankan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat kefahaman murid setelah menjalankan kaedah pembelajaran stesen. Temubual dibuat selepas waktu proses pembelajaran dan pembelajaran. Hasil analisis ujian menunjukkan 15 responden mendapat gred A dan 5 responden mendapat gred B. Analisis temubual pula menunjukkan murid menyatakan kaedah ini dapat meningkatkan tumpuan dan pemahaman mereka. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pembelajaran stesen dapat meningkatkan pemahaman dan tumpuan murid. Keputusan kajian menunjukkan kaedah pembelajaran stesen dapat membantu saya dalam meningkatkan cara pengajaran saya.

1.PENGENALAN Berdasarkan pengalaman pratikum yang telah saya lalui terdapat pelbagai kelemahan yang dapat saya kenalpasti. Kelemahan yang dapat dilihat adalah dari aspek pengajaran, memberi arahan dan kaedah pengajaran yang dijalankan. Saya juga dapat melihat pelajar bermasalah dalam memahami konsep sains yang dipelajari. Hal ini dapat dikenalpasti melalui pengalaman mengajar dan refleksi yang dibuat selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna, guru perlu menyediakan kaedah belajar yang menarik dan dapat difahami oleh murid. Oleh itu, adalah amat penting bagi murid untuk memberi tumpuan dan memahami konsep sains yang dipelajari. Apabila saya dapat menyediakan kaedah pengajaran yang menarik dan berkesan, murid-murid saya akan dapat memberi tumpuan dan memahami konsep sains yang dipelajari. Dalam kajian ini saya telah memilih kaedah pembelajaran stesen bagi menambah baik cara pengajaran saya dan meningkatkan tumpuan dan kefahaman murid. Murid-murid seronok belajar dengan pembelajaran stesen dan meningkatkan pemahaman mereka [1].

2.TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Kajian dijalankan di salah sebuah sekolah di Ampang dan melibatkan seramai 20 murid dari Tahun 4. Saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran stesen. Data-data diperolehi dengan menggunakan 3 kaedah iaitu


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 pemerhatian ujian dan temubual. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan kaedah pembelajaran stesen. Ujian dilaksanakan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran untuk menguji kefahaman murid terhadap konsep sains yang dipelajari. Temubual dilaksanakan di luar waktu proses pengajaran dan pembelajaran dan responden dipilih secara rawak mewakili murid cemerlang, sederhana dan lemah.

3.ANALISIS DAN INTEPRETASI Dalam kajian ini, kefahaman murid tentang konsep sains diuji dengan menggunakan ujian. Analisis terhadap data yang diperloleh dinilai berdasarkan jumlah markah yang diperoleh. Jumlah markah yang diperoleh digredkan kepada A, B, C, D dan E. Setiap gred telah dinilai dalam bentuk peratusan. Jadual 1 Keputusan Ujian Markah ( % )

Gred

Bilangan Murid

Peratus ( % )

80 – 100

A

15

75

60 – 79

B

5

25

50 – 59

C

0

0

40 – 49

D

0

0

0 – 39

E

0

0

Analisis pencapaian murid dalam ujian menunjukkan 15 orang dari responden telah mendapat gred A iaitu sebanyak 75%. Responden yang mendapat gred B adalah sebanyak 25%. Bilangan responden yang mendapat gred B seramai 5 orang. Tiada responden yang mendapat gred C, D dan E . Semua responden lulus di dalam ujian ini. Ini menunjukkan kaedah pembelajaran stesen dapat membantu meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains. Kaedah stesen pembelajaran yang berpusatkan murid telah memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman untuk memahami konsep yang dipelajari [2].

Pemerhatian yang dibuat menunjukkan murid-murid berminat dan memberikan tumpuan semasa kaedah pembelajaran stesen dijalankan kerana mereka tidak bermain dan berkeliaran. Justeru, melalui kaedah pembelajaran stesen, saya dapat melihat murid-murid menumpukan perhatian dan seronok menjalankan eksperimen di setiap stesen. Murid-murid bekerjasama dan membantu di antara satu sama lain semasa dalam kumpulan. Hal ini dapat dilihat semasa mereka berbincang dan menyelesaikan tugasan sebelum bertukar stesen. Kaedah ini mengurangkan gangguan dan bising, memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan menambah peratusan masa murid menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik [2].


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 Berdasarkan temubual yang dijalankan, responden yang ditemubual menyatakan mereka dapat memberikan tumpuan ketika kaedah pembelajaran stesen dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua murid yang ditemubual menyatakan dapat menjawab soalan perbincangan dengan baik. Semasa melakukan aktiviti stesen mereka perlu melakukan eksperiman dan menjawab soalan perbincangan di setiap stesen untuk melihat kefahaman mereka tentang konsep sains yang dipelajari. Hal ini kerana mereka menyatakan dalam sesi temubual dapat menjawab soalan perbincangan dengan baik tanpa sebarang masalah dan memahami konsep sains yang dipelajari.

4.KESIMPULAN Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran stesen dapat membantu saya menambahbaik cara pengajaran sains. Selain itu, kaedah pembelajaran stesen juga dapat membantu murid meningkatkan kefahaman dan tumpuan mereka. Kaedah pembelajaran stesen memberi perubahan yang amat positif terhadap minat, penguasaan kemahiran dan perubahan tingkah laku murid.

RUJUKAN [1] Bulunuz, N., & Jarret, O. S. (2008). The Effect of Hand on Learning Station on Building American Elementary Teachersâ€&#x; Understanding about Earth and Space Science Concepts. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 6(2), 85-99. [2] Reith, H. & Everton, C. (1988). Variables related to the effective instructions of difficult to teach children. Focus on Exceptional Children 10(5) 1-8 Hubungi Penulis Mohd Nasri bin Hj Mansor, ee_blg@yahoo.com.my


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF STAD Nur Diyana Makhzani dan Norizan Ahmad

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk memperbaiki amalan pengajaran saya dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Student Team Achievement Division (STAD) bagi meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Sains dan meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti bilik darjah. Kumpulan sasaran terdiri daripada 40 orang murid pelbagai tahap pencapaian dari kelas Tahun 2 Dahlia iaitu kelas yang keempat daripada lapan kelas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, ujian, dan nota lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa markah yang diperoleh bagi setiap individu dan kumpulan meningkat dari satu ujian ke ujian yang seterusnya. Saya juga dapati tingkah laku negatif murid telah berkurangan dan murid yang pasif sudah mula berinteraksi. Murid yang mendominasi aktiviti kumpulan juga telah menunjukkan kerjasama dalam menyiapkan tugasan kumpulan, menunjukkan wujudnya kebergantungan yang positif antara ahli kumpulan.

1. PENGENALAN Saya menghadapi masalah untuk melibatkan murid yang pasif dan murid yang terlalu mendominasi untuk bekerjasama ketika aktiviti kumpulan. Selain itu, saya juga perlu mengawal tingkah laku murid yang mengganggu perjalanan (disruptif) sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan masalah tersebut, saya mengambil inisiatif untuk melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif STAD agar murid-murid saya mendapat manfaat daripada kaedah yang saya gunakan ini. Soalan kajian saya ialah „Bagaimana pembelajaran secara koperatif STAD yang digunakan dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran sains?‟ dan „Bagaimana aktiviti dalam kumpulan yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD berkesan dalam mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah?‟. Saya memilih kaedah pembelajaran koperatif sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi kerana unsur-unsur asas yang membentuk pembelajaran secara koperatif iaitu kebergantungan yang positif, akauntabiliti individu, interaksi promotif secara bersemuka, kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan. Kaedah pembelajaran koperatif STAD dipilih kerana ia membantu interaksi antara murid-murid di dalam bilik darjah dan menambahbaik tingkah laku, keyakinan kendiri dan hubungan interpersonal; kesemuanya menyumbang kepada tingkah laku yang positif terhadap sains [1]. Selain itu, murid-murid yang bekerja


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011 secara koperatif mempersembahkan dengan lebih baik berbanding murid-murid yang bekerja sendiri [2]. 2. PELAN TINDAKAN Prosedur tindakan terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebelum mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran, muridmurid yang seramai 40 murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli. Kebanyakan daripada murid-murid berkenaan mempunyai pencapaian akademik yang sederhana. Saya telah menjalankan tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD. Kerja kumpulan diberikan setelah tamat sesi pengajaran saya. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengumpul data dengan membuat pemerhatian tingkah laku murid menggunakan senarai semak dan catatan nota lapangan. Setelah tamat aktiviti di dalam kumpulan, satu ujian diberikan. Markah yang diperoleh bagi setiap murid dicatat.

3. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Jadual 1 menunjukkan pencapaian murid semasa pengajaran kedua dan pengajaran ketiga. Terdapat peningkatan dalam markah yang diperoleh oleh murid dari pengajaran kedua kepada pengajaran ketiga. Bilangan murid yang memperoleh pencapaian cemerlang didapati bertambah. Jadual 1 Pencapaian murid semasa pelajaran 2 dan pelajaran 3 Markah Kumpulan (%) 80 - 100 (cemerlang) 40 - 79 (sederhana) 0 - 39 (lemah)

Pengajaran Kedua Ketiga 16 33 11 1 7 0

Jadual 2 menunjukkan kekerapan tingkah laku negatif yang diperhatikan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kekerapan perlakuan negatif murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung didapati berkurangan. Jadual 2 Kekerapan tingkah laku negatif yang diperhatikan Item Bercakap-cakap ketika guru mengajar Bermain ketika guru sedang mengajar Mengajak rakan bermain bersama ketika guru sedang mengajar Memonopoli tugasan kumpulan Hanya memerhati ketika rakan sekumpulan yang lain menyiapkan tugasan kumpulan

Pengajaran Pertama Kedua Ketiga 10 4 1 6 1 0 6 1 0 5 6

1 4

0 0


Seminar Penyelidikan Tindakan 2011

Jadual 3 menunjukkan kekerapan tingkah laku positif yang diperhatikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kekerapan tingkah laku positif murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan didapati meningkat dari pengajaran pertama ke pengajaran ketiga. Analisis data bagi item 1 (memberi tumpuan ketika guru mengajar) mendapati tumpuan yang murid berikan berkurangan dari pelajaran pertama ke pelajaran yang kedua. Hal ini kerana murid yang berusia 8 tahun sukar untuk mengekalkan tumpuan untuk tempoh masa yang lama berbanding orang dewasa. Jadual 3 Kekerapan tingkah laku positif yang diperhatikan Item Memberi tumpuan ketika guru mengajar Menolong rakan sekumpulan menyiapkan tugasan

Pengajaran Pertama Kedua Ketiga 13 10 16 5 7 14

4. DAPATAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman murid bertambah apabila mereka bekerja dalam kumpulan koperatif dengan dibuktikan melalui peningkatan markah ujian yang diperoleh. Selain itu, penglibatan murid yang ditunjukkan melalui kerjasama dan interaksi juga semakin meningkat. Menurut Lazarowitz, Hertz-Lazarowitz and Baird (1994) menyatakan bahawa apabila mod pembelajaran koperatif dimasukkan dalam pendekatan pembelajaran masteri, murid-murid memperoleh manfaat dalam bidang akademik dan bukan akademik [3]. 5. KESIMPULAN Pembelajaran koperatif adalah efektif untuk meningkatkan pembelajaran murid. Pencapaian akademik dapat ditingkatkan dan tingkah laku dapat dikawal dengan lebih berkesan. Namun, kaedah pembelajaran koperatif ini memerlukan masa untuk menunjukkan perubahan tingkah laku murid. Oleh itu, cadangan kajian seterusnya adalah melanjutkan tempoh kajian daripada sebulan kepada dua bulan. Selain itu, saya cadangkan kaedah pengumpulan data ditambah dengan merakam video dan temu bual dengan murid. RUJUKAN [1]Balfakih, Nagib. M. A. (2003). The effectiveness of student team-achivement (STAD) for teaching high school chemistry in the Arab Emirates. International Journal of Science Education, 25. Dimuat turun Mei 2, 2011, dari http://ipac.kacst.edu.sa/eDoc/2006/161313_1.pdf [2] Stamovlasis, D., Dimos, A., & Tsaparlis, G. (2006). A study of group interaction processes in learning lower secondary physics. Journal of Research in Science Teaching, 43, 556-576. [3] Lazarowitz, Reuven., Hertz-Lazarowitz, Rachel., & Baird, J. H. (1994). Learning science in a cooperative setting: Academic achievement and affective outcomes. Journal of Research in Science Teaching, 31, 1121-1131. Hubungi Penulis Nur Diyana Makhzani, angah_noni@yahoo.com.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.