Falsafah pengajaran say1

Page 1

FALSAFAH PENGAJARAN SAYA Falsafah Pendidikan Negara merupakan sistem pendidikan yang menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti. Sebagai seorang warga pendidik, saya juga mempunyai falsafah pengajaran saya sendiri selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Secara ringkasnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bertujuan untuk melahirkan seorang individu yang seimbang dari segi lahiriah dan batiniah berasaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan. Ini kerana individu seperti ini amat penting untuk menyumbang kepada kemajuan negara pada masa akan datang. Sebagai guru sains yang terlatih matlamat falsafah pengajaran saya adalah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar saya. Ini adalah selaras dengan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera dan Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Bagi mencapai matlamat tersebut saya mestilah mempunyai sikap dedikasi, berobjektif dan telus dalam segala bidang berkaitan dengan pengajaran. Pada hakikatnya, biarlah jasa dan bakti yang telah saya curahkan kepada semua pelajar melalui pendekatan yang dibuat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Selain itu, pelajar juga perlu mempunyai

sahsiah yang terpuji, nilai-nilai murni perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di dalam makmal sains. Penekanan nilai-nilai murni ini perlu bagi mendokong falsafah pendidikan negara. Saya sentiasa memastikan pelajarpelajar saya sentiasa menunjukkan nilai-nilai murni agar ianya menjadi amalan dalam kehidupan seharian mereka.


Komitmen merupakan satu lagi komponen yang penting dalam falsafah pengajaran saya. Saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya dalam menyampaikan pengajaran saya. Pengajaran berpasangan, lesson study dan pemantauan oleh ketua jabatan merupakan satu alat yang dikenalpasti dapat membantu saya dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Saya akan sentiasa berbincang dengan guru-guru dalam panitia yang sama dalam memperbaiki perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Saya juga sentiasa bersedia menerima komen-komen daripada ketua jabatan atau pencerap dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Pencerapan daripada pihak ketua jabatan atau pencerap ini saya percaya ia dapat membantu saya lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan saya dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya juga perlu merujuk kepada pejabat pendidikan daerah melalui SIC+, yang mana pengawai berkenaan lebih arif tentang perkembangan atau perubahan kurikulum semasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan di dalam hidup pada abad ini. ICT ini adalah satu teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan, dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan numerasi. Perubahan ini disebabkan oleh peralihan mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada kemunculan teks secara elektronik. Sebagai guru, perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru itu sebagai guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini. Memang tidak dinafikan kini pelajar kini adalah pelajar yang dekat dengan dengan teknologi atau lebih dikenali sebagai generasi Y. Generasi ini terdedah dengan kemajuan-kemajuan teknologi ICT. Saya perlu memperbaiki kaedah penyampaian saya dengan mengintergrasikan teknologi-teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Sebagai contoh, eksperimen atau amali yang sukar atau bahaya untuk dilaksanakan dalam bilik sains boleh disimulasikan melalui ICT sahaja. Penggunaan ICT ini juga membolehkan pelajar membuat eksplorasi maklumat dengan lebih cepat dan banyak. Guru hanya membantu pelajar dalam menapis maklumat yang diperlolehi oleh pelajar. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar juga menjadi keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Suasana yang kondusif dapat mendorong pelajar dalam memahami apa yang diajar. Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat


murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Sebagai seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku pelajar. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid dapat menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid seterusnya mengaplikasikan pengalaman ini dalam kehidupan seharian. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan,

pengudaraan

dan

perabot

serta

kebersihan

perlu

diambilkira

bagi

mengoptimumkan lagi suasana pembelajaran yang kondusif seterusnya menggalakkan pelajar belajar dengan selesa. Selain itu, saya juga akan menekankan psikososial yang merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman

dan bahaya

fizikal, suasana yang

merangsang pembelajaran,

menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Pembelajaran koperatif merupakan salah satu kaedah yang dapat mengembangkan dan memberikan pengalaman kepada pelajar dalam hubungan sosial pelajar. Saya juga perlu menitikberatkan pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru dalam bilik darjah. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid. Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Saya percaya dengan amalan yang konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid. Peraturan dan rutin bilik darjah juga perlu dititikberatkan.Sebagai guru perlu menitikberatkan peraturan dalam bilik darjah dan juga perkara rutin yang perlu diamalkan


dalam bilik darjah. Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Murid-murid pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Selain itu, saya juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkahlangkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut Kesimpulannya, falsafah pengajaran saya ialah mempunyai sikap dedikasi, berobjektif dan telus segala bidang berkaitan dengan pengajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, menekankan hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya, peraturan dan rutin dalam bilik darjah. Falsafah ini dapat membantu saya menjadi guru yang berkualiti dan sentiasa berdaya saing dalam memastikan murid-murid dapat belajar dengan baik dalam suasana yang kondusif.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.