Julai - September 2013
http://www.moh.gov.my
www.facebook.com/pages/ KEMENTERIAN-KESIHATAN-MALAYSIA/
http://twitter.com/kkmputrajaya
http://www.youtube.com/ kementeriankesihatan
http://instagram.com/ kementeriankesihatanmalaysia
e-Buletin
Mutiara
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kata
Ke tua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Syukur Alhamdulillah, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita semua masih lagi diberi kekuatan untuk memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan. Sekalung penghargaan dan tahniah saya rakamkan jua kepada semua pihak yang terlibat di dalam penerbitan e-Buletin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bil 2 (Julai – Disember 2013). Ini merupakan julung kalinya buletin KKM disiar dalam bentuk atas talian (online) dan boleh dilayari di portal KKM. Mulai Januari tahun 2014, e-Buletin akan diterbitkan setiap bulan dan menjadi sebuah platform untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti KKM dengan orang awam cepat dan mudah. Sepanjang tahun 2013 pelbagai program dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Program seperti aktiviti turun padang oleh pengurusan tertinggi ke fasiliti KKM bukan sahaja memberi impak yang segera malahan dapat memberi gambaran sebenar rutin warga kerja KKM sewaktu bertugas. Dengan menerapkan moto Budaya Korporat KKM “Penyayang, Profesionalisme & Kerja Berpasukan”, saya berharap warga kerja KKM akan bekerja lebih dedikasi dengan memastikan aspek perkhidmatan untuk rakyat sentiasa terbaik dan cemerlang. Akhir kata, syabas saya ucapkan kepada semua warga kerja KKM yang telah berjaya memberikan komitmen tertinggi dalam menjayakan penerbitan Buletin Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga usaha penerbitan ini dapat dikongsi oleh semua lapisan masyarakat. Sekian, terima kasih
Majlis Amanat
YB Menteri Kesihatan Malaysia Menteri Kesihatan Malaysia yang ke-19, YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam memulakan tugas dengan memberi amanat kepada warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di perhimpunan bulan Julai di Ibu Pejabat KKM, Putrajaya. Pelbagai perkara dibangkitkan iaitu faktor pencegahan penyakit (NCD), halatuju KKM, Pemantapan Pelan Tindakan dan sebagainya. Majlis tersebut turut dihadiri YB Dato’ Seri Dr Hilmi bin Hj Yahaya Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Datuk Farida Mohd Ali Ketua Setiausaha KKM, YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Pengurusan Tertinggi KKM.
Datuk Farida Mohd Ali
Sidang Pengarang Ketua Setiausaha YBhg Datuk Farida Mohd Ali
Penasihat
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarang
YBhg Datuk Hasnah Binti Haji Saleh Hapsah binti Mohd Dusa
Pengarang
Mohamad Khusaini bin Abdul Manan Mohd Asyraf bin Che Mat Jurufoto
Kumpulan Jurufoto UKK KKM
Penolong Pengarang
Ariah Judah
E-BULETINKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAJULAI-DISEMBER 2013
1
e-Buletin KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
29 Ogos 2013 : Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Sambutan Hari Raya Perasmian Bangunan telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Ramah Mesra KSN Bersama Warga KKM
Majlis Ramah Mesra KSN bersama warga KKM adalah majlis yang dianjurkan untuk memberi ruang kepada warga KKM untuk mendapatkan maklumbalas serta memberi maklumbalas secara terus kepada YBhg. Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Pertukaran idea dalam sesi soal jawab juga boleh memberi impak yang positif dalam meningkatkan produktiviti dan kreativiti warga KKM. Majlis turut dihadiri oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), Datuk Farida Mohd Ali (Ketua Setiausaha KKM) dan Datuk Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia).
2
E-BULETINKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAJULAI-DISEMBER 2013
e-Buletin
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Anugerah
Majlis Anugerah Media Kesihatan 2013 anjuran Kementerian Kesihatan berlangsung dengan jayanya pada 30 Ogos 2013 di Damansara Utama, Selangor. Sebanyak 5 kategori dipertandingan dan disertai oleh pelbagai agensi media. Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik bagi kategori akhbar Inggeris, Tamil dan Cina dimenangi wartawan Selvayoga M. Selvaratnam (The Star), M. S. Malaiyandi (Malaysia Nanban) dan Thong Siew Li serta Chong Lee Choo (Guang Ming Daily). Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah untuk kategori akhbar bahasa Melayu dan wartawan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB)
Media Kesihatan
2013
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Farida Mohd. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya merangkap Ketua Juri. Dalam majlis tersebut, YB Dato’ Seri Hilmi Haji Yahaya juga turut melancarkan Buku Garis Panduan Tempat Kerja Bebas Asap Rokok.
Sementara itu, wartawan Bernama Radio 24, Norindah Khairi memenangi Anugerah Program Kesihatan Terbaik kategori radio manakala wartawan TV3, Nurulhuda Abd. Aziz pula memenangi Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik bagi kategori televisyen. Kesemua anugerah tersebut disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya.
E-BULETINKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAJULAI-DISEMBER 2013
3
e-Buletin KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
OBB Champion
Ministry Program 2013 Pada 21 Ogos 2013, telah diadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkenaan dengan perlaksanaan "Outcome Based Budget". Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan kementerian terbesar yang mempunyai pelbagai jenis program untuk dilaksanakan dengan sembilan jenis program diikuti oleh Kementerian Pendidikan. Kementerian Kewangan memandang serius dan sedang mengkaji bagaimana untuk mengubah dan mengatur semula strategi untuk menguruskan bajet. Ini penting bagi memastikan wang yang dibelanjakan dapat digunakan dengan cara yang bijak dan memberi banyak manfaat kepada rakyat. Perbincangan itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Ketua Setiausaha.
4
E-BULETINKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAISU JUL-DIS 2013
Kenaikan Pangkat & Bertukar Masuk Pegawai Kanan
e-Buletin
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jawatan/Tempat Asal
: Timbalan Ketua Setiausaha Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred Utama B Jabatan Perdana Menteri
Jawatan/ Tempat Baru
: Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred Utama A (M)
Tarikh Berkuatkuasa
: 15 Jun 2013
Jawatan/Tempat Asal
: Pengarah Kawalan dan Pengamalan Kesihatan Pergigian Pegawai Pergigian (Pentadbir) Gred Utama C Bahagian Kesihatan Pergigian
Jawatan/ Tempat Baru
: Pengarah Perkembangan Kesihatan Pergigian Pegawai Pergigian (Pentadbir) Gred Utama B (Memangku) Bahagian Kesihatan Pergigian
Tarikh Berkuatkuasa
: 15 Julai 2013
Jawatan/Tempat Asal
: Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar Kewangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred 54 Bahagian Kewangan
Jawatan/ Tempat Baru
: Setiausaha Bahagian Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama C (M) Bahagian Perolehan dan Penswastaan
Tarikh Berkuatkuasa
: 1 Ogos 2013
Jawatan/Tempat Asal
: Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Perancangan Tenaga Manusia & Dasar Latihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 Bahagian Pengurusan Latihan
Jawatan/ Tempat Baru
: Setiausaha Bahagian Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama C (M) Bahagian Pembangunan Kompetensi
Tarikh Berkuatkuasa
: 1 Ogos 2013
En Balasubramaniam A/L Aeramboo Jawatan/Tempat Asal
: Ketua Akauntan Akauntan Gred Jusa C Kementerian Pertahanan
Jawatan/ Tempat Baru
: Ketua Akauntan Akauntan Gred Jusa C Bahagian Akaun
Tarikh Berkuatkuasa
: 1 September 2013
E-BULETINKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAJULAI-DISEMBER 2013
5