MINIT MESYUARAT KURIKULUM KE 4 2020

Page 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID 05050 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

MESYUARAT INDUK KURIKULUM KALI KEEMPAT 2020

Tarikh

: 15 Oktober 2020

Hari

: Khamis

Masa

: 1.30 petang

Tempat

: Makmal ICT

Kehadiran

: Guru Besar Penolong Kanan Kurikulum. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Semua Ketua Panitia Semua Penyelaras Unit-unit Khas.

I.

1.

: Perutusan Pengerusi.

Pengerusi

mengucapkan

ribuan

terima

kasih

dan

mengalu-alukan

kehadiran Ahli

Jawatankuasa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Kali Keempat 2020. Beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen guru-guru kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan pelbagai program dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai kekangan kerana pandemic covid-19. Harapan beliau agar komitmen guru dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dapat ditingkatkan lagi untuk kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Makluman: semua guru.

II.

2.

: Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Pn. Raha Elliana binti Md. Rejab mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh Puan Sharipah binti Abdullah. Makluman: semua guru.


III.

: Perkara Berbangkit

3. Pengerusi memaklumkan mesyuarat PIBG telah dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

IV

: Isu-isu Pengurusan Kurikulum / Panitia

4. Penetapan Head Count (HC) sekolah / panitia : Pengerusi memaklumkan Ujian/ Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) akan diambil untuk dijadikan TOV bagi penetapan headcount pada tahun 2021. Semua panitia perlu menyediakan headcount bagi matapelajaran masing-masing.

5. Program Peningkatan akademik Sekolah: Puan Rosmiza memaklumkan antara program peningkatan yang telah dan akan dijalankan ialah .

Bil Program 1 Hari Pelaporan 2 Bacaan Yassin

Penglibatan Tahun1-6 Tahun 6

Tarikh 6 - 8 Disember 2020 Januari - Oktober

Perancangan program akhir thn 6 iaitu majlis graduasi serta jamuan akhir tahun tidak dpt diadakan kerana PKPP. Ekoran daripada itu, Guru Besar telah mencadangkan supaya jawatankuasa peningkatan menyediakan cenderahati berupa gmbar pelajar berpakaian graduasi serta hadiah iringan utk kenangan pelajar sblm meninggalkan sek.

Makluman : Semua guru.

6. Status perbelanjaan PCG : Pengerusi memaklumkan kemaskini maklumat kewangan untuk setiap panitia.

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8

Panitia Sains Matematik Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia Sejarah RBT PJK PK

Baki wang (RM) 1279.04 1845.19 2015.28 1765.11 2971.49 2807.69 5762.24 5311.89


9 10 7.

Muzik Bahasa Cina

3583.67 578.20

Pelaksanaan LDP / PLC : LDP : Puan Rosmiza memaklumkan semua warga skjp telah mencukupi bil 5 hari

yg

ditetapkan oleh kpm. Guru-guru hanya diminta mengikuti kursus kendiri/ individu bg mencukupkan jumlah min 42 mata kredit mereka.

Tindakan : Semua guru

8.

Semakan buku nota dan buku latihan murid : Pengerusi mengingatkan guru agar

menyemak buku nota murid dengan sempurna. Pastikan murid melakukan langkah pembetulan bagi kesilapan yang dibuat.

9.

Pencerapan PdP guru (SKPM-Borang standard 4) : Pengerusi memaklumkan

semua ketua panitia, guru-guru yang terlibat dengan pengurusan HEM dan semua guru penasihat Kelab / Persatuan, Badan Beruniform dan sukan permainan perlu mengisi boring SKPMg2. Tarikh akhir pengisisan di peringkat sekolah ialah 22 November 2020. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan akan membuat semakan sebelum dibuat pengesahan.

10.

RPH Guru: Pengerusi mengingatkan RPH sivik perlu dimasukkan pada setiap minggu

ke 4 bulan September dan Oktober.Disamping itu, beliau turut mengingatkan supaya guruguru agar menghantar RPH yang lengkap pada hari terakhir persekolahan. Penyediaan dan penghantaran RPH merupakan tanggungjawab semua guru dan perlu disedia dan dihantar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada tahun 2020, diharap penghantaran buku RPH mencapai 100%.

11.

Jadual Waktu : Pengerusi memaklumkan semua panitia menghantar cadangan jadual

waktu guru mengikut matapelajaran untuk penyediaan jadual waktu pada tahun 2020.

12.

Penggunaan Bilik Khas : Pengerusi mengingatkan bilik khas hendaklah dibersih dan

dikemaskan sebelum bermula cuti persekolahan.


13.

Penggunaan Makmal / bengkel : Pengerusi mengingatkan bilik khas hendaklah

dibersih dan dikemaskan sebelum bermula cuti persekolahan. Diharapkan guru beri perhatian kepada aspek pengurusan keselamatan yang melibatkan fizikal makmal/ bengkel seperti susun atur perabot, alat radas dan penyelenggaraan elektrik.

14.

Ujian, peperiksaan dan pentaksiran : Pengerusi memaklumkan Semakan Aspirasi

Akhir Tahun 2020 akan diadakan pada 8hb – 12hb November untuk murid tahap 2 sahaja. Mnakala pada 6hb – 8hb Disember 2020 akan diadakan Hari Pelaporan untuk pelajar tahun 1 -6 seperti ketetapan berikut :

Tarikh

Tahun

6 Disember 2020

Tahun 1 dan 2

7 Disember 2020

Tahun 3 dan 4

8 Disember 2020

Tahun 5 dan 6

Masa

Tempat

9.00pg – 12.00 thghari

Dewan SKJP

Slip PBS akan diberikan kepada waris. Oleh yang demikian semua guru kelas diminta untuk mencetak slip markah dan diserahkan kepada Guru Besar untuk ditandatangani.

15.

Penggunaan SPBT : Puan Nor Amizatoon memaklumkan 14 Disember 2020 ialah tarikh pemulangan buku teks. Sekiranya buku tidak dibalut murid-murid akan didenda sebanyak RM 1. Tetapi jika buku teks tersebut hilang, murid perlu membayar harga buku teks kepada Unit SPBT sekolah. Setiap kelas akan diberikan fail untuk memudahkan pengurusan pemulangan dan penerimaan buku teks. Semua murid akan mendapat buku teks sesi 2021 pada 15 Disember 2020. Buku Teks tahun 5 akan dilupuskan.

16.

Memelihara Masa Instruksional (MMI) : Pengerusi mengingatkan kehadiran guru ke sekolah mestilah mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebarang urusan peribadi perlu diuruskan di luar waktu sekolah. Semua guru perlu sentiasa beramanah dengan masa dan jadual yang ditetapkan.

17.

Sukatan mata pelajaran (SP) / Dokumen Standard (DSKP) : Pengerusi memaklumkan DSKP tahun 5 merupakan DSKP KSSR Semakan bagi tahun 2021. Oleh itu semua guru yang


mengajar tahun 5 perlu mencetak dan menyediakan DSKP tersebut melalui laman sesawang http://bpk.moe.gov.my. Maklumat berkaitan DSKP dan PdP boleh dirujuk kepada guru-guru yang telah hadir Kursus Penataran Online KSSR pada tahun 2020.

18.

Laporan panitia : Pendidikan Islam : Pada 13 Ogos 2020, panitia Pendidikan Islam telah menghantar beberapa video ke Pertandingan Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kota Setar secara dalam talian tahun 2020. Antara acara yang disertai ialah Tarannum siber lelaki dan perempuan, Khat Siber lelaki dan perempuan , e-Daie Cilik lelaki dan perempuan, e Kalam Arabiy lelaki dan perempuan dan e- Nyanyian Solo Lagu Kerohanian. Selain daripada itu, panitia juga turut menghantar penyertaan untuk Pertandingan Mumtaz Jawi dan Pertandingan Poster peringkat Daerah.

Selain itu, En Zainuddin memaklumkan Sambutan Maulidur Rasul akan disambut di peringkat sekolah. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan Poster MaulidurRasul, ceramah di dalam kelas untuk semua murid dan pertandingan mewarna untuk murid tahun 1,2 dan 3 serta diadakan jamuan untk semua warga sekolah.

Bahasa Malaysia : Pada 11 Ogos 2020 telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kota Setar secara online. Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai telah mengambil bahagian dalam acara Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2 dan Pidato. Dalam Karnival tersebut, peserta Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai telah memenangi johan dalam acara Pidato, tempat kedua dalam acara Bercerita Tahap 2 dan tempat ketiga dalam acara Bercerita Tahap 1. Hadiah kemenangan yang diterima oleh pemenang ialah sijil. Pada 1 September 2020 telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Kedah secara onlie. Dalam karnival tersebut sebanyak sembilan daerah yang bertanding. Peserta Pidato Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Ummul Hasanain binti Azhar telah memenangi tempat keenam. Pada 1 Oktober 2020 telah berlangsung majlis penyampaian hadiah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Kedah di Dewan al-Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri.

Peserta Pidato

Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Ummul Hasanain binti Azhar telah menerima hadiah kemenangan tempat keenam dalam majlis tersebut. Ummul Hasanain telah menerima hadiah


kemenangan berupada piala dan sijil.

Guru yang mengiringi Ummul Hasanain ke majlis

penyampaian hadiah tersebut ialah Uztaz Azhar. Bahasa Inggeris: Puan Raha Elliana memaklumkan beberapa pertandingan diperingkat sekolah telah diadakan seperti Don’t Rush Challenge, Can’t Wait to go Back to school, Padlet What Say You, dan Poster Covid.

19.

PBD Puan Nurfadhlinallyani memaklumkan laporan pentaksiran bilik darjah untuk tahap 1 dan tahap 2 hendaklah diisi oleh semua guru matapelajaran . Semua guru matapelajaran perlu merujuk tahap penguasaan (tp) mengikut DSKP matapelajaran masing-masing. Slip PBS akan diberikan kepada waris murid tahap 1 dan 2 pada Hari Pelaporan . Sekiranya murid murid mendapat tp 1 dan 2, mereka dikira gagal dalam pentaksiran tersebut. Oleh yang demikian guru matapelajaran akan mengisi maklumat kegagalan tersebut.

Tindakan : S/U PBS , Guru Kelas, Guru Mata pelajaran.

SEGAK Guru-guru Pendidikan Jasmani perlu mengisi markah SEGAK dalam sistem PAJSK bagi kelas yg selesai melakukan ujian sebelum 22hb Oktober 2020 dan tanda status TL(Tidak Laksana)bagi yang belum melaksanakan ujian.

Tindakan : Guru matapelajaran PJ

PSIKOMETRIK Puan Kharizad memaklumkan Sijil Ujian Pentaksiran Psikometrik akan diberikan pada 8hb Disember iaitu pada Hari Pelaporan kepada semua murid tahun 6.

PAJSK


Puan Nazreyana memaklumkan semua guru kelas perlu mengemaskini laporan PAJSK dengan memasukkan penglibatan dan pencapaian murid dalam bidang Ko-Kurikulum. Semua guru kelas tahun 6 perlu menyediakan semua komponenen PBD untuk diserahkan pada Hari Pelaporan.

Makluman : semua guru kelas

v: Hal-hal Lain

20,m. Pengerusi memaklumkan tarikh mesyuarat penting untuk sesi persekolahan 2021

Bil 1 2 3. 4

Perkara Mesyuarat Guru kali 1 2021 Mesyuarat Kurikulum , HEM, Kokurikulum Kali 1 2021 Pendaftaran Pra Sekolah dan Tahun 1 2021 Persediaan Buka Sekolah

Tarikh 17 / 1 2021 18 / 1 / 2021 16 / 1/ 2021 19 / 1/ 2021

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

……………………………….

Disahkan oleh,

…………………………………………………….

( HAFIDZAH BINTI GHAZALI )

( HJ. MOHAMAD FAUZI BIN CHE BAKAR )

Setiausaha

Pengerusi

Jawatankuasa Induk Kurikulum

Jawatankuasa Induk Kurikulum

SK Jalan Pegawai.

SK Jalan Pegawai.



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.