SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
1
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Ebook Yang Sedang Anda Baca Ini Adalah SAMPEL PERCUMA Yang Saya Hadiahkan Untuk Anda Ia Adalah Sedutan Beberapa Kisah Motivasi Kejayaan Dan Tips Yang Saya Ambil Daripada 3 Buah Buku Yang Saya Tulis Buku #1: DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM Buku #2: RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG Buku #3: RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA Buku ‘SAMPEL PERCUMA’ Yang Anda Terima Ini Adalah ‘HALAL CETAK
ROMPAK’. Ini Bermaksud Anda boleh Menghadiahkan Buku SAMPEL Ini Kepada Saudara Mara, Anak Anak, Sahabat Handai Dan Rakan-Rakan Anda Secara Percuma Tanpa Perlu Meminta Izin Daripada Saya. Percayalah Jika Anda Dapat Beramal Dengan Beberapa Tips Yang Saya Kongsikan Dalam SAMPEL PERCUMA Ini, Hidup Anda Akan Berubah Sedikit Demi Sedikit.
2
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Buku Ini Saya Dedikasikan Khas Kepada Kedua Ibu Bapa Saya, Tuan Haji Mat Saad Bin Hassan Dan Hajjah Hasenah Binti Embi, Isteri Saya Yang Tercinta Kam Maria Binti Abdul Mutalib, Anak-Anak Saya Yang Dikasihi, Muhammad Farees & Muhammad Fateh Serta Semua Guru Yang Pernah Mendidik Saya Sejak Saya Kecil Sehinggalah Saya Dewasa.
3
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
ISI KANDUNGAN BUKU 1 APA KATA MEREKA ................................................................................................5 CATATAN PENGARANG ........................................................................................13 MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI .........................................................................15 BAB 1 : LATAR BELAKANG KELUARGA ..................................................................21 BAB 2 : MENITI ALAM PERSEKOLAHAN ................................................................26 BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR ................................................28 BAB 4 : MRSM TAIPING - SENTIASA DI HATIKU....................................................35 BAB 5 : KOLEJ MARA BANTING – PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA.......................38 BAB 6 : SEINDAH SALJU DI BUMI SHEFFIELD ........................................................44 BAB 7 : JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN................................................50 BAB 8 : KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN ........................................................55 PENUTUP ..............................................................................................................57
Kandungan Dalam Buku SAMPEL PERCUMA Ini Tidak Mengikut Muka Surat Seperti Yang Dinyatakan Di Atas. Ini Kerana Ia Hanyalah Sedutan Daripada Keseluruhan EBOOK ini.
4
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
APA KATA MEREKA? TESTIMONI #1 : DOKTOR NOR AMLIZAN RAMLI Alhamdulillah. Tahniah buat pengarang 3 buah ebook dalam Siri Motivasi pelajar ini. “Dari Kampung Kedah ke United Kingdom”, “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang” dan “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. “My first impression”. Wahhh! Hebat pengarang ni. Kenapa saya kata hebat? Buku ini ditulis dari hati berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Kesukaran dan ‘seksa’ yang beliau lalui ketika bergelar pelajar adalah kisah benar. Bukan melalui rujukan dari kisah motivasi lain! Ini yang dapat saya rasakan. Kisah anak kampung yang diklasifikasikan gagal kerana tidak mendapat 4 A dalam UPSR dan bangkit dari kegagalan tersebut untuk terus memburu kejayaan. Tentu sahaja, semuanya tidak berlaku sekelip mata. Perit, pedih, sakit, sedih, sengsara tentu menjadi pengajaran berguna dalam beliau mengejar kejayaan. “Learn from the best!” Pengarang menjadikan abang sulungnya sebagai idola. Saya berani jamin ianya kisah benar! Abang Jan di dalam ketiga-tiga edisi ini memang saya kenal dan memang hebat orangnya. Testimoni terbukti! Mengapa anda perlu baca ketiga-tiga siri ini? Siri Pertama: Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom Ini kisah keseluruhan. Untuk kongsi aura positif pengarang. Siapakah beliau dan di mana beliau bermula? Bagaimana beliau mencapai apa yang beliau perolehi sekarang? Sangat mengujakan kerana beliau juga adalah orang biasa-biasa seperti majority rakyat Malaysia yang lain. Tidak dibesarkan di atas tilam emas. Tidak mandi susu. Tidak juga makan dalam pinggan emas. Beliau juga bukan pelajar yang 24-7 mengadap buku dan tidak tahu bergaul.
5
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Subhanallah..sejuk perut ibu yang mengandung dan melahirkan. Namun dengan semangat dan kesungguhan…beliau menjadi seorang yang hebat! Seorang yang “above average”. Ahli dalam banyak perkara! Siri Kedua: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang 25 tips! Banyak tips ini dan bacalah dengan hati. Hayatilah dengan kesungguhan. Tentu lebih ramai Mohd Firdaus yang lahir nanti. Sukar untuk menjadi orang yang berjaya. Namun, kesukaran itu cuma dalam tempoh sementara sahaja. Jika 10 tahun tempoh berjuang itu…hidup anda seterusnya bergantung kepada betapa sengsaranya anda ketika melalui tempoh 10 tahun itu. “Duplicate!” Baca dan hayatilah dengan tenang. Letak semua prasangka anda ke tepi ketika membaca siri kedua ini. Buka minda dan lapangkan dada. Ini kerana, memang lelah apabila membaca semua tips ini. Akan tetapi, ianya “workable, doable and most importantly! Duplicable.” Tirulah…imitasi tips dan cara pengarang ini berusaha. “Non-stop!” Membacanya pun saya dapat bayangkan kepenatan itu. Janganlah berhenti setakat membacanya. Namun aplikasikanlah. Berbaloi! In shaa Allah. “You have to start Now, Not Tomorrow!” Siri Ketiga: Rahsia Pelajar Luar Biasa Ini bukan sahaja sesuai untuk para pelajar di sekolah, kolej, universiti akan tetapi sesuai untuk semua insan yang sentiasa belajar seumur hidup mereka. Saya sendiri teruja untuk mengaplikasikan tips yang diberikan oleh pengarang. Memang luar biasa! Semoga perjuangan pengarang untuk berkongsi ilmu dengan khalayak pembaca mendapat Redha Ilahi. Semoga ilmu yang dikongsi ini menjadi ilmu yang bermanfaat.Tahniah sekali lagi buat pengarang. Doktor Nor Amlizan Ramli (Pensyarah Fakulti Farmasi / UiTM Kampus Puncak Alam)
6
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
TESTIMONI #2 : DOKTOR REZQA ABDULLAH HUSSIN Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Firdaus Mat Saad kerana berjaya menghasilkan tiga buah karya sekaligus. Kejayaan ini adalah satu daripada banyak capaian luar dari kebiasaan oleh beliau. Mohd Firdaus Mat Saad adalah seorang budak melayu yang biasa dan normal, lahir dalam keluarga yang sederhana dan kebanyakkan, hidup di dalam masyarakat kampong yang tipikal dan tidak ideal tetapi mampu untuk berjaya dan mencapai keluarbiasaan di dalam banyak aspek kehidupan anak muda melayu yang biasanya, biasa-biasa sahaja. Buku pertamanya ‘Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom’ menggarap perjalanan anak muda ini dari zaman awal persekolahan sehingga beliau tamat belajar, bekerja sebagai jurutera dan seterusnya menjadi usahawan tani yang berjaya. Catatan dan gaya bahasanya sederhana sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah lakaran kisah kejayaan dan pencapaian beliau di dalam akademik dan aktiviti di luar bilik darjah. Saya percaya ada ramai yang lebih berjaya dan cemerlang daripada beliau, tetapi hanya segelintir daripada mereka yang berjaya itu mampu atau mahu untuk berkongsi pengalaman kejayaan masing masing untuk menjadi inspirasi dan motivasi generasi masa hadapan. Kisah kejayaan beliau (dan adik beradik beliau) memberi jaminan dan tunjuk jalan kepada anak anak nusabangsa bahawa, walaupun mereka bukan dari keturunan golongan elitis dan terpilih, mereka juga mampu untuk berjaya dengan cara dan kemahuan yang betul. Selain itu, Firdaus Mat Saad adalah contoh bahawa kejayaan di dalam akademik bukan di atas pengorbanan aktiviti ko kurikulum, bahkan membuktikan sebaliknya. Saya percaya, kejayaan beliau menjadi usahawan tani banyak dibantu oleh ‘soft skill’ yang dibentuk oleh aktiviti luar bilik darjah berbanding kecemerlangan akademik beliau. Di dalam ‘Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang’ Firdaus telah berkongsi pengalaman dan teknik teknik belajar yang digunapakai. Beliau mulakan buku tersebut dengan muhasabah akan peripenting untuk cemerlang dalam pelajaran 7
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
dan kesan akibat gagal dalam pelajaran. Beberapa anekdot menarik disisipkan untuk renungan para pembaca. Seterusnya beliau menghuraikan 25 rahsia pelajar cemerlang. Saya begitu teruja membaca tips tips yang diberi kerana kesemuanya sangat praktikal dan diolah dengan baik berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Keterujaan saya bercampur dengan sedikit kekesalan kerana mengapa baru kini saya dapat membaca satu buku kaedah pembelajaran yang praktikal dan realistik untuk dipraktikkan. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap pelajar yang inginkan kejayaan. Buku ‘Rahsia Pelajar Luar Biasa’ adalah sebuah buku motivasi diri. Penekanan dan fokusnya adalah pada hidup yang bermatlamat dan memperkasakan potensi diri serta menjauhi sifat yang melemahkan. Kandungannya ringkas dan tidak berpura pura. Sarat dengan kisah inspirasi dan kata kata hikmah penulis sendiri, dan orang lain, buku ini mudah dan ringan untuk dibaca. Pengajaran dan hikmahnya pula berat dan menaikkan semangat. Buku ini perlu selalu dibaca berulang ulang untuk motivasi diri yang semangatnya acapkali menurun. Sesuai untuk semua golongan. Penutup Saya mengenali Firdaus sejak dari SMKA AL Mashoor lagi. Perjalanan akademik kami hampir serupa. Bermula di Al Mashoor, MRSM Taiping, dan Sheffield University. Membaca buku-buku tulisan beliau mengingatkan kembali kepada watak sang diri penulis. Salah satu sifat beliau yang saya ingat ialah sikap berani beliau, berani mencuba dan berani bercakap benar. Kali ini, beliau sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan mencebur bidang penulisan dan menulis kisah hidupnya yang masih muda dengan agak intim. Bukan mudah untuk menceritakan kejayaan diri sendiri yang masih lagi setahun jagung. Bukan senang untuk menulis dan berkongsi kaedah belajar diri. Bahkan paling sukar berkongsi rahsia menjadi insan luar biasa walaupun diri terasa biasa biasa sahaja. Tapi, demi hidup untuk memberi, dalam memburu matlamat akhir mencapai mardhatillah, lahirlah tiga karya yang sangat bermanfaat! Dr Rezqa (Doktor Pakar Bedah, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis) 8
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
CATATAN PENGARANG Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmatnya, saya dapat menyiapkan 3 buah buku secara serentak iaitu Buku Pertama ‘Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom’, Buku Kedua ‘Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang’ dan Buku Ketiga ‘Rahsia Pelajar Luar Biasa’. Buku-buku ini saya dedikasikan khas buat anak-anak saya yang masih kecil, Muhammad Farees dan Muhammad Fateh. Saya mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan bagi menulis buku ini. Saya bukanlah insan yang layak untuk menulis semua perkongsian ini. Masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih hebat dan lebih berjaya daripada saya dalam pelajaran mereka. Namun, saya rasakan pengalaman saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana yang masih bergelar pelajar. Semasa saya menulis buku ini, saya berusia 32 tahun. Saya perlu menggunakan ruang dan kesempatan yang diberikan Allah ini untuk berkongsi dengan para pembaca segala pengalaman yang telah saya lalui sepanjang kehidupan saya bergelar pelajar. Apa yang saya tulis di dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sepenuhnya. Kisah bagaimana saya belajar daripada saya kecil sehinggalah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kemudian pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai seorang jurutera, dan kini menjadi seorang usahawan yang berjaya. Apa yang lebih penting, melalui buku ini saya kongsikan bagaimana saya belajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut perspektif yang diajar Islam.
9
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Saya rasa, pengalaman ini perlu diabadikan di dalam buku ini agar anda semua dapat mengetahui bahawa bukan mudah untuk berjaya dalam pelajaran. Ia perlu dibayar dengan harga yang mahal. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Akhir sekali, saya berharap agar satu hari nanti, akan ada di kalangan anda yang membaca buku ini akan menjadi seorang pelajar yang berjaya, yang dihormati, yang disegani dan yang lebih penting menjadi seorang insan yang bertakwa. Selamat membaca, semoga ia terus memberi manfaat kepada anda semua. Saya doakan anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Wassalam. Mohd Firdaus Bin Mat Saad Parit Buntar, Perak 6 Jun 2013 / 27 Rejab 1434H
10
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
ABANG JAN – MENTOR UTAMA Abang Jan merupakan anak sulung dalam keluarga. Sejak di bangku sekolah rendah lagi, emak dan abah tak putus-putus memberikan dorongan dan kata-kata semangat untuk Abang Jan berjaya dalam pelajaran. Bagi emak, kejayaan Abang Jan dalam pelajaran amat penting kerana ia akan menjadi pembakar semangat untuk kami adik-beradik yang lain. Jika yang sulung berjaya, Insya Allah adik-adiknya akan lebih termotivasi untuk berjaya. Sejak di sekolah rendah lagi, Abang Jan telah belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, semasa peperiksaan Penilaian Darjah 5 pada tahun 1983 (sama dengan UPSR sekarang), beliau berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran (5A). Selepas tamat persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat Nibong Tebal, Abang Jan meneruskan pengajian di Sekolah Tun Syed Syeh Shahabudin (STSSS). Sebuah sekolah berasrama penuh di Bukit Mertajam. Abang Jan belajar di situ sehingga Tingkatan 5. Saya masih ingat, jika emak dan abah berkelapangan, kami akan melawat Abang Jan di sekolahnya. Setiap kali kami melawat Abang Jan, emak dan abah akan menasihatkan kami untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk ke sekolah berasrama penuh seperti Abang Jan. Walau pun ketika itu saya masih kecil, saya sudah rasa bersemangat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh macam abang saya juga. Setiap tahun di STSSS, Abang Jan menerima hadiah Pelajar Cemerlang di Majlis Penyampaian Hadiah sekolah. Malah, beliau juga terpilih sebagai Ketua Pelajar dan Pelajar Terbaik Keseluruhan semasa di Tingkatan 5. Sebagai adik, saya berasa bangga memiliki seorang abang yang hebat. Saya menanam impian agar satu hari nanti saya akan berjaya seperti abang saya juga. Alhamdulillah, Abang Jan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan mendapat tawaran biasiswa Petronas untuk melanjutkan 11
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
pelajaran di United Kingdom. Abang Jan ditawarkan untuk membuat A-Level di Maktab Sains MARA, Cheras Kuala Lumpur pada waktu itu. Setelah dua tahun membuat A-Level di sana, pada tahun 1992 Abang Jan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University of Manchester Institute of Science and Technology di Manchester, United Kingdom dalam bidang Electrical and Electronic Engineering. Di United Kingdom, beliau merupakan seorang yang aktif berpersatuan, dan dipilih sebagai Presiden Malaysian Students Society di situ. Dalam bidang akademik, beliau amat cemerlang. Beliau memperoleh First Class Honours dalam peperiksaan akhir tahun. Selepas pulang dari United Kingdom, beliau terus berkhidmat dengan sebuah syarikat minyak dan gas yang terkemuka di Malaysia. Sepanjang kerjayanya bersama syarikat minyak dan gas ini, Abang Jan telah merantau dan bertugas di banyak negara, antaranya Myanmar, Sudan, Turkmenistan, Indonesia, dan lain-lain lagi. Hari ini, Abang Jan hidup selesa di Shah Alam bersama keluarga yang tercinta. Kisah Ini Adalah Sedutan Sebahagian Daripada Kisah Inspirasi Kejayaan Adik Beradik Saya Yang Semuanya Belajar Di Luar Negara Iaitu Abang Jan Yang Merupakan Mentor Utama Saya. Dalam FULL VERSION, Anda Akan Turut Membaca Kisah Kejayaan Abang Saya Yang Kedua, Abang Arman Yang Belajar Dalam Bidang Perubatan Di Trinity College Dublin, Republic Of Ireland Dan Adik Saya Mohd Dzuha Yang Belajar Dalam Bidang Mechanical Engineering Di University Of Sheffield, United Kingdom.
12
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR Alhamdulillah saya ditawar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Mashoor (L), Pulau Pinang untuk pengajian di Tingkatan 1. Ia merupakan sebuah sekolah berasrama harian. Pada waktu itu, saya rasa amat bersyukur. Tak dapat masuk sekolah berasrama penuh, dapat ke sekolah agama pun jadilah. Boleh saya belajar banyak ilmu agama di sini nanti. Itu yang saya fikirkan pada waktu itu. Di sinilah kehidupan saya mula berubah. Saya pernah kecewa dengan keputusan peperiksaan UPSR saya dahulu. Saya tidak mahu kecewa sekali lagi. Saya mahu mengubah kehidupan saya. Saya mahu berjaya seperti abang-abang saya yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara di United Kingdom dalam bidang kejuruteraan dan kedoktoran. Saya mesti belajar sehingga ke luar negara seperti mereka juga.
HATIKU TERSENTAP!! Di SMKA Al Mashoor, saya tinggal di asrama. Setiap dua minggu, kami para pelajar yang tinggal di asrama dibenarkan pulang ke rumah. Suatu hari, saya pulang ke rumah untuk bercuti. Ayah saya mengajak saya untuk membantu beliau membancuh simen, dan siapkan lantai simen di tepi rumah saya. Kawasannya tidaklah besar. Kecil sahaja. Saya sekadar bantu mencampurkan simen, pasir dan air. Kemudian saya angkat simen yang siap dibancuh ke tempat yang hendak diturap. Setelah bekerja keras sekitar 2 jam, kerja itu dapat disiapkan.
13
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Saya berasa amat letih dan penat. Tambahan pula, petang itu saya perlu pulang ke asrama di Pulau Pinang dengan menaiki bas. Sebelum pulang ke asrama, saya bersalam dengan ayah saya. Satu soalan yang beliau tanya kepada saya membuatkan saya rasa ia memberi dimensi baru dalam hidup saya. “Daus, penat tak tadi buat kerja bancuh simen?” “Mestilah penat.” Saya menjawab ringkas. “Macam tu lah penatnya orang yang kerja buruh kasar. Kalau sekarang Daus belajar rajin-rajin, nanti bila dah besar boleh jadi engineer, tak perlu kerja beratberat macam tadi. Tapi kalau sekarang malas belajar, nanti bila dah besar susah nak dapat kerja. Kena kerja buruh kasar macam tadi.” Ayat itu benar benar menyentap perasaan saya. Sepanjang perjalanan saya pulang ke asrama menaiki bas, saya terbayang apa yang ayah saya katakan ini. Ia benar-benar meresap masuk ke dalam hati dan sanubari saya. Apa yang ayah saya katakan itu mungkin ada kebenarannya. Jika saya tak belajar bersungguh-sungguh sekarang, nanti apabila sudah besar, saya akan susah mendapat pekerjaan yang baik. Akhirnya, saya mungkin terpaksa memilih pekerjaan yang memerlukan kudrat dan tenaga yang banyak. Saya mungkin akan hidup susah.
PERUBAHAN DI SEKOLAH Di sekolah, saya mula berubah. Saya berazam untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Walaupun masih di Tingkatan 1, saya sudah pun berazam untuk mendapat gred A dalam semua matapelajaran (9A) dalam PMR nanti.
14
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Semasa di Tingkatan 1, Abang Jan mula menceritakan kepada saya rahsia untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Abang Jan berkongsi dengan saya satu persatu teknik belajar yang berkesan. Beliau mengajar saya teknik memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Beliau berkongsi dengan saya teknik membuat nota, teknik menghafal, persediaan sebelum kelas, semasa di dalam kelas dan selepas kelas. Beliau mengajar saya cara untuk berjaya dengan lebih mudah. Beliau turut berkongsi dengan saya pengalaman yang beliau telah lalui semasa belajar di STSSS dahulu. Beliau banyak memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk turut berjaya. Beliau mahu saya berjaya seperti beliau. Syukur Alhamdulillah saya mempunyai abang yang mampu untuk membimbing saya dalam pelajaran. Saya tersentuh dengan kata-kata semangat daripada beliau. Saya teruja dengan teknik pembelajaran berkesan yang beliau kongsikan dengan saya. Saya kagum dengan rahsia untuk menjadi pelajar luar biasa yang diajar kepada saya. Saya mula belajar bersungguh-sungguh. Saya amalkan segala teknik yang diajar oleh Abang Jan. Pada masa itu, barulah saya rasa belajar itu mudah. Mudah kerana saya sudah tahu cara untuk belajar dengan berkesan. [Segala teknik-teknik ini telah saya kongsikan secara terperinci dalam Buku Kedua iaitu Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang dan Buku Ketiga Rahsia Pelajar Luar Biasa.] Saya mula mensasarkan untuk masuk ke MRSM di Tingkatan 4 nanti. Saya mahu pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abang-abang saya. Saya tiada pilihan.
15
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Saya mula berubah. Saya mula fokus kepada pengajaran cikgu di kelas. Saya membuat persediaan yang rapi sebelum ke kelas. Saya mengulangkaji dengan segera selepas pulang dari kelas. Setiap kerja sekolah disiapkan segera. Saya rajin berjumpa dengan guru. Pendek kata, saya melakukan semua perkara yang dinasihatkan oleh abang saya. Saya rasakan seolah-olah inilah peluang terakhir untuk saya berubah.
NASIHAT SEORANG GURU Di sekolah, hampir setiap hari cikgu akan memberi nasihat kepada kami untuk belajar bersungguh sungguh. Pada suatu hari, seorang guru masuk ke kelas saya. Saya masih ingat, nama cikgu ini Cikgu Abdul Rashid. Beliau mengajar subjek Kemahiran Hidup. Sebelum memulakan kelas, beliau selalu memberi kata-kata nasihat kepada kami semua. Di dalam kelas, beliau bertanya kepada kami. “Saya nak tanya kamu semua dua soalan mudah. Yang pertama, berapa umur kamu semua sekarang?” “13 tahun cikgu,” kami semua menjawab serentak. “Soalan kedua saya, kebiasaannya pada umur berapa seseorang itu akan mati?” “60-70 tahun cikgu,” kami memberi jawapan pelbagai. Mengikut sangkaan masing-masing. “Ok, sekarang ini, umur kamu 13 tahun. Insya Allah, dalam tempoh 10 tahun lagi umur kamu 23 tahun, waktu itu kamu dah habis belajar sampai peringkat ijazah. Kamu semua sedar tak, kamu sebenarnya hanya akan belajar selama 10 tahun sahaja lagi.” Cikgu Rashid menerangkan kepada kami.
16
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
“Sekarang, katakanlah seseorang itu mati umur 63 tahun. Maksudnya selepas umur 23 tahun. Kamu masih ada lagi 40 tahun untuk hidup. Betul tak?” Cikgu Rashid bertanya kepada kami. “Betul cikgu,” kami semua menjawab. Pada waktu itu, saya masih tidak faham. Apa rasionalnya cikgu bertanya kami dua soalan ini. Sehinggalah cikgu menerangkan kepada kami. “Sebenarnya macam ni. Saya nak kamu semua faham. Kamu hanya akan belajar di sekolah dan universiti dalam tempoh 10 tahun saja lagi. Kalau nak susah untuk baca buku pun, dalam 10 tahun ini sajalah. Kalau nak belajar rajin-rajin pun, 10 tahun ini sajalah. Lepas tu kamu tak payah belajar di sekolah atau universiti lagi dah.” “Tapi kamu sedar tak, kalau kamu belajar betul-betul sekarang ni, kamu akan dapat keputusan yang baik. Nanti kamu akan dapat pekerjaan yang baik-baik. Dapat gaji yang besar. Kamu akan hidup senang lagi 40 tahun. Tapi, kalau kamu main-main dalam tempoh 10 tahun ni, keputusan peperiksaan kamu tak bagus, kamu akan susah mendapat pekerjaan. Gaji kamu pun rendah nanti. Kesannya, kamu mungkin akan hidup susah selama 40 tahun lagi.” “Jadi, saya nak nasihatkan kamu. Belajarlah bersungguh-sungguh sekarang ni. Korbankan ‘keseronokan’ kamu untuk 10 tahun ini. Insya Allah. Kamu akan hidup senang selepas itu.” Ya Allah, saya baru faham apa yang cikgu maksudkan. Mendalam maksud cikgu tu. Nasihat yang Cikgu Rashid sampaikan kepada saya itu benar-benar terkesan di hati saya. Lebih kurang sama macam nasihat yang ayah saya berikan sebelum ini. Ia menambah semangat saya untuk terus belajar bersungguh sungguh. Saya yakin, jika saya korbankan ‘keseronokan’ saya untuk tempoh 10 tahun ini. Saya akan mendapat kesenangan dalam tempoh 40 tahun kemudian. Tetapi, jika saya memilih untuk berseronok dalam tempoh 10 tahun ini, hidup saya mungkin akan susah untuk tempoh 40 tahun kemudian. Saya tidak mahu begitu. 17
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
MENGATUR LANGKAH MARA KE HADAPAN Saya amat bersyukur. Selepas mendapat dua nasihat daripada ayah dan guru saya, saya semakin bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Walau pun masih di Tingkatan 1, saya tidak mahu terlalu berseronok. Ketika di Tingkatan 2, saya semakin fokus. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan saya menunjukkan peningkatan yang positif. Semasa cuti sekolah di Tingkatan 2 untuk masuk ke Tingkatan 3, saya mengikut nasihat yang abang saya berikan. Saya gunakan masa cuti ini untuk mengulang kaji semua subjek Tingkatan 1 dan 2. Saya mahu membuat persediaan awal. Saya mahu masuk ke Tingkatan 3 dalam keadaan bersedia. Apabila masuk ke Tingkatan 3, saya terus masuk ‘gear’ untuk memecut. Saya semakin fokus terhadap pelajaran saya. Saya semakin rajin untuk berjumpa dengan guru untuk mendapatkan penjelasan sesuatu yang saya tidak faham. Pada waktu itu, saya dah tak kisah. “By Hook Or By Crook” saya mesti dapat 9A dalam PMR dan saya nak masuk ke MRSM. Setiap hari, saya menunaikan Solat Hajat agar Allah memperkenankan doa saya ini. Semasa di Tingkatan 3, saya dapat mengenal pasti kelemahan utama saya adalah dalam Subjek Bahasa Inggeris. Saya perlu memberi keutamaan dalam subjek ini. Alhamdulillah saya tidak mempunyai banyak masalah untuk faham subjek-subjek lain. Memandangkan kelemahan utama saya adalah untuk membuat karangan Bahasa Inggeris, saya meletakkan usaha yang lebih untuk ini. Hampir setiap minggu, saya berjumpa dengan guru kelas saya. Saya meminta beliau untuk mengajar teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris dalam PMR. Ia dilakukan secara personal. Hanya saya dan guru sahaja. Setiap minggu, saya akan membuat satu karangan dan meminta kepada guru tersebut untuk menyemaknya. 18
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Apa yang saya lakukan ini adalah atas inisiatif saya sendiri. Bukan kerana ia kerja sekolah yang perlu saya selesaikan. Menjelang peperiksaan, saya tiada pilihan. Saya perlu menghafal karangan Bahasa Inggeris. Ya, ia satu kerja gila. Saya mula menghafal beberapa karangan penting yang boleh diaplikasikan dalam banyak soalan. Misalnya, saya menghafal karangan berbentuk ucapan, surat rasmi dan tidak rasmi di bahagian pendahuluan dan penutup. Saya juga menghafal berpuluh-puluh peribahasa dalam Bahasa Inggeris. Ini semua saya lakukan bagi memudahkan saya menjawab soalan PMR nanti. Alhamdulillah, menjelang peperiksaan PMR saya agak yakin kebolehan dan kemampuan saya dalam Bahasa Inggeris. Saya turut memberi penekanan untuk subjek-subjek yang lain. Sepanjang tahun, saya bekerja keras bagi mencapai apa yang saya impikan. Kesannya amat memberangsangkan. Alhamdulillah. Saya memperoleh keputusan yang amat cemerlang . Saya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. Termasuk Subjek Bahasa Arab. Terus-terang saya katakan, tips dan teknik belajar berkesan yang abang saya ajarkan benar-benar membantu saya dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR.
Ini Adalah Sedutan Sebahagian Daripada Buku DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM Yang Saya Ambil Dari Bab Ketiga Buku Ini Iaitu : “Turning Point” Di SMKA Al Mashoor(L). Dalam FULL VERSION Buku Ini, Saya Turut Berkongsi Pengalaman Hidup Saya Di Sekolah Rendah, Mengapa Saya Gagal Di Situ? Seterusnya Saya Berkongsi Kisah Kejayaan Saya
19
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Di MRSM Taiping, Kolej Mara Banting Dan Di University Of Sheffield Sehingga Saya Menjadi Pelajar Terbaik Di Sana. Saya Turut Menyelitkan Gambar-Gambar Saya Ketika Di Luar Negara Sebagai Inspirasi Kepada Mereka Yang Membaca Untuk Belajar Bersungguh-Sungguh. Jika Seorang Anak Kampung Yang Biasa Biasa Macam Saya Boleh Berjaya, Mengapa Tidak Anda? Anda Hany a Perlu Tahu Caranya Sahaja.
PENUTUP Daripada pengalaman yang saya lalui, saya dapat merasakan betapa pentingnya untuk seseorang pelajar sedar mereka perlu belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pelajar cemerlang. Tak salah untuk anda bermain dan bersukan di sekolah. Yang tak bolehnya, anda main-main di sekolah. Anda perlu bijak untuk menguruskan masa. Jika anda berjaya fokus dalam pelajaran di peringkat awal, Insya Allah. Anda akan mudah fokus walau di mana jua anda belajar. Seandainya anda berjaya dalam peperiksaan terdahulu. Jangan lalai dan leka dengan pencapaian itu. Anda perlu terus fokus dan berusaha. Anda berjaya hari ini, bukan bermaksud anda akan berjaya selama-lamanya. Seandainya anda pernah gagal dalam peperiksaan terdahulu, jadikanlah ia sebagai pengajaran. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Bangkitlah daripada kegagalan. Terus berusaha. Insya Allah. Kejayaan pasti menanti anda. Apa yang penting, anda hanya perlu tahu teknik belajar yang betul. Anda perlu tahu apa rahsia untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Anda perlu tahu rahsia untuk hidup luar biasa. 20
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Insya Allah. Terdapat banyak ilmu dan perkongsian yang akan saya kongsikan dalam buku seterusnya. Semuanya berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Juga berdasarkan pemerhatian saya terhadap pelajar-pelajar yang lain. Selepas ini, bacalah Buku Kedua saya iaitu, “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang”. Di dalam buku ini, saya mendedahkan 25 rahsia teknik belajar berkesan yang saya amalkan dahulu. Teknik ini juga digunakan oleh abang-abang dan adik saya sehingga kami semua berjaya dalam bidang masing-masing. Abang Jan mendapat First Class Honours dalam bidang Electrical Engineering di University Manchester Institute Science And Technology, Manchester, Abang Arman dalam bidang perubatan di Trinity College Dublin, Republic of Ireland dan adik saya Mohd Dzuha dalam bidang Mechanical Engineering di University of Sheffield, United Kingdom. Percayalah, kesemua 25 rahsia ini amat mudah dipraktikkan. Saya benar-benar berharap agar anda dapat menggunakan kesemua teknik ini dalam proses pembelajaran anda. Jika anda mampu untuk amalkan segala tips yang telah saya lakukan ini, anda bukan sahaja ‘terpaksa’ berjaya seperti saya, malah anda akan mampu untuk lebih berjaya daripada saya. Insya Allah. Tidak ketinggalan, bacalah Buku Ketiga saya iaitu “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. Buku ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengubah hidup anda daripada seorang pelajar biasa-biasa kepada seorang pelajar yang luar biasa. Saya berkongsi dengan anda 11 tips hebat yang akan mengubah cara pemikiran anda. Ia akan mengubah destinasi hidup anda. Anda akan menjadi seorang yang luar biasa hebat. Teruskan membaca Buku Kedua dan Buku Ketiga. Semoga anda semua berjaya. Insya Allah. Wassalam.
21
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Tamat Sedutan Buku #1 : DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM. Sila Baca Sedutan Buku Kedua Dan Ketiga Selepas Ini.
22
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
23
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
ISI KANDUNGAN BUKU #2 CATATAN PENGARANG ........................................................................................................................... 5 TIPS #1 : BERSYUKUR ............................................................................................................................ 12 TIPS #2 : JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH ......................................................................................... 16 TIPS #3 : HIDUP BERMATLAMAT ........................................................................................................... 21 TIPS #4 : KENAPA ORANG GAGAL DAN TERUS GAGAL .......................................................................... 29 TIPS #5 : BIJAK URUSKAN MASA ........................................................................................................... 36 TIPS #6 : SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS KELAS ................................................................................ 42 TIPS #7 : BUAT NOTA RINGKAS ............................................................................................................. 47 TIPS #8 : LATIHAN DAN PAST YEARS PAPERS ........................................................................................ 51 TIPS #9 : BUKU NOTA PENTING ............................................................................................................. 58 TIPS #10 : RAJIN BERJUMPA GURU ....................................................................................................... 60 TIPS #11 : TEKNIK MENGHAFAL YANG BERKESAN ................................................................................. 66 TIPS #12 : STUDY GROUP ...................................................................................................................... 71 TIPS #13 : BANTU KAWAN ANDA .......................................................................................................... 79 TIPS #14 : JAGA MASA TIDUR................................................................................................................ 85 TIPS #15 : “TODAY. NOT TOMORROW” ................................................................................................ 88 TIPS #16 : PERSEDIAAN AKADEMIK ....................................................................................................... 91 TIPS #17 : PERSEDIAAN KEROHANIAN .................................................................................................. 96 TIPS #18 : PERSEDIAAN PADA HARI PEPERIKSAAN.............................................................................. 100 TIPS #19 : AKHLAK DENGAN RAKAN ................................................................................................... 109 TIPS #20 : AKHLAK DENGAN GURU ..................................................................................................... 115 TIPS #21 : AKHLAK DENGAN IBU BAPA ............................................................................................... 119 TIPS #22 : SIFAT PELAJAR CEMERLANG ............................................................................................... 124 TIPS #23 : PELAJARI ILMU AGAMA ...................................................................................................... 132 TIPS #24 : DOA SEORANG PELAJAR ..................................................................................................... 141 TIPS #25 : DOA IBU BAPA UNTUK ANAK ............................................................................................. 152 KESIMPULAN ...................................................................................................................................... 156
24
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Sedutan Daripada EBOOK KEDUA : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG
TIPS #4 : KENAPA ORANG GAGAL & TERUS GAGAL Dalam hidup ini, cuba kita perhatikan di persekitaran kita, ada orang yang berjaya dan terus berjaya. Tetapi ada juga orang yang selalu gagal. Mereka gagal dan terus gagal dalam kehidupan. Adakalanya, kita tertanya-tanya mengapa orang yang berjaya asyik berjaya dan mengapa orang yang gagal asyik gagal? Jawapannya, orang yang berjaya mereka tahu cara untuk berjaya. Sebaliknya, orang yang gagal mereka tidak sedar yang mereka sedang melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Mereka tidak sedar yang mereka sedang menuju kegagalan. Persoalannya sekarang, sampai bila orang ini akan terus gagal? Selagi mana orang ini tidak mengetahui kesilapan yang dia lakukan. Selagi itulah orang itu akan berterusan gagal. Sebelum ini, saya sering melihat ada orang di sekeliling saya yang gagal. Tapi saya sendiri tidak perasan mengapa mereka gagal. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya jarang gagal dalam apa yang saya lakukan. Tetapi, saya sendiri juga tidak perasan mengapa saya selalu berjaya dalam apa yang saya lakukan. Sehinggalah satu hari, saya terdengar satu ceramah yang disampaikan oleh Doktor Azizan Osman. Beliau berkongsi dengan para pendengar 3 sebab mengapa seseorang itu selalu gagal dalam kehidupan. 25
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Selepas itu baru saya sedar, ramai insan-insan disekeliling saya yang gagal kerana mereka melakukan 3 kesilapan besar dalam hidup mereka. Tetapi, mereka tidak sedar mereka sedang melakukan kesilapan itu. Dalam bahagian ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca 3 faktor mengapa seseorang itu gagal, gagal dan terus gagal dalam kehidupannya.
FAKTOR #1 : Belajar Daripada Orang Yang Salah Inilah punca pertama mengapa ramai orang gagal hari ini. Mereka melakukan kesilapan dalam memilih ‘guru’. Apabila mereka mahu melakukan sesuatu perkara, mereka bertanya kepada orang yang bukan ‘ahlinya’. Sebagai contoh, seorang pelajar yang kurang cemerlang apabila dia mahu bertanya sesuatu yang dia tidak faham. Dia bertanya kepada kawan baiknya yang juga tidak berapa cemerlang dalam pelajaran. Kesannya, sama ada kawan baiknya itu gagal menerangkan kepadanya dengan baik tentang perkara itu ataupun diajarnya ilmu yang salah. Lebih teruk lagi jika kawannya itu memperlecehkan semangat dia yang mahu belajar. Akhirnya, semangat itu hilang dan orang ini akan terikut-ikut dengan perangai kawannya itu. Akhirnya, orang ini akan gagal dalam pelajarannya. Saya berikan satu lagi contoh lain yang mudah untuk kita fahami kes ini. Jika kita hendak belajar bagaimana mahu menggunakan Ipad, kemudian kita bertanya kepada kawan kita yang tidak mempunyai Ipad dan meminta dia mengajarkannya kepada kita. Sudah pasti, kawan kita ini tidak dapat mengajar kita cara menggunakan Ipad dengan betul. Kesannya, agak sukar untuk kita memahami cara menggunakan Ipad itu. Inilah kesannya apabila kita bertanya atau ikut orang yang salah.
26
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Dalam hidup ini, jangan sesekali kita ikut orang yang salah. Jika kita tersalah memilih ‘guru’, hidup kita akan susah. Sekarang mari kita renungkan bersama, selama ini jika kita pernah gagal dalam melakukan sesuatu perkara. Tanyalah diri kita sendiri, siapa sebenarnya yang kita ikut? Adakah kita ikut orang yang betul, atau kita ikut orang yang salah? Jika sebelum ini kita ikut orang yang salah, betulkan kesilapan ini. Jangan ikut orang yang salah selama-lamanya. Berubahlah, pilihlah orang yang betul yang boleh membimbing kita ke arah kejayaan. Jika anda mampu lakukan ini, kehidupan anda akan berubah. Jika sebelum ini anda selalu gagal, selepas berubah anda akan memperoleh kejayaan demi kejayaan.
FAKTOR #2 : Tidak Mencari Mentor Yang Betul Apa yang saya perhatikan, sebab kedua mengapa ramai orang yang gagal adalah kerana mereka tidak mahu belajar daripada mereka yang telah terbukti berjaya. Mereka malu untuk mendekati golongan yang berjaya. Apabila ingin melakukan sesuatu perkara, mereka tidak mahu merujuk golongan ini. Percayalah, orang yang berjaya mereka mempunyai “Pola Kejayaan” mereka yang tersendiri. Mereka tahu rahsia bagaimana mahu berjaya. Mereka juga tahu cara mudah untuk berjaya. Jika kita sering mendekati golongan ini, adalah lebih mudah untuk kita berjaya melakukan sesuatu perkara.
27
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Masalahnya sekarang, orang yang gagal tidak mahu belajar daripada mereka yang sudah berjaya. Mentaliti mereka, orang yang sudah berjaya selalunya sombong. Orang yang sudah berjaya tidak mahu membantu mereka. Persoalannya, sudahkah kita meminta pertolongan daripada mereka yang sudah berjaya? Kita belum bertanya lagi, kita sudah buat andaian yang negatif. Tidak dinafikan, ada segolongan yang sudah berjaya bersikap sombong dan kedekut ilmu. Tetapi percayalah, ia hanya segelintir sahaja. Ramai lagi golongan yang berjaya yang baik hati dan suka membantu orang lain. Jika anda mahu berjaya, anda kena ubah sikap. Belajarlah dengan mereka yang sudah pun terbukti berjaya. Saya berikan satu contoh mudah. Jika anda lemah dalam Subjek Matematik, carilah seorang sahabat anda yang ‘pakar’ dalam subjek ini. Mintalah bantuan daripada beliau. Bercakaplah dengan lemah lembut dan berharap kepadanya. “Khairul, aku nak minta tolong kau sikit. Aku ada masalah. Aku ni lemah dalam subjek Matematik. Dah banyak kali aku cuba fahamkan, tapi aku tak faham juga. Boleh tak aku nak minta tolong kau ajar aku subjek ni. Kalau boleh, aku nak minta tolong kau jadi mentor aku. Aku betul-betul nak berubah. Aku pun nak berjaya macam kau juga. Boleh tak kau tolong aku?”
28
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Saya yakin, jika anda boleh merayu sebegini kepada rakan anda. Pasti rakan anda akan membantu anda. Apabila seseorang yang pakar membantu anda melakukan sesuatu perkara, pasti hidup anda akan lebih mudah. Kejayaan semakin hampir dengan anda. Anda tidak akan gagal lagi.
FAKTOR #3 : Suka Memberi Alasan Inilah punca utama kegagalan ramai orang. Mereka tinggal di sebuah pulau yang bernama ‘Pulau Alasan’. Dalam kehidupan seharian, ramai pelajar gagal kerana mereka memberikan alasan.
sering
Contoh mudah, dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Anda akan ada banyak kerja sekolah, assignment, tutorial dan sebagainya. Akan ada orang yang mengajak anda untuk membuat kerja-kerja ini. Jika anda mula memberikan alasan untuk menangguhkannya. Anda sebenarnya selangkah lebih hampir kepada kegagalan. “Alah, cikgu nak lambat lagi lah. Nantilah kita buat. Sekarang ni awal lagi.” “Esoklah kita buat, sekarang kita main bola dulu.” “Arghh… Buat apa susah-susah. Bagi orang lain buat dulu. Nanti kita tirulah.” “Tunggu dulu. Kita pergi ‘outing’ dulu. Lepas ‘outing’ baru kita buat.” Jika anda ada sikap-sikap sebegini. Percayalah, anda sukar untuk berjaya. Hidup anda akan selalu gagal. Hidup anda dipenuhi dengan alasan. Ada lagi satu golongan mereka yang gagal. Selepas gagal melakukan sesuatu perkara, mereka ini akan berfikir. Apa alasan yang hendak diberikan kepada diri mereka sendiri untuk menyejukkan hati mereka disebabkan kegagalan yang telah dihadapi. 29
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Sebagai contoh, seorang pelajar ini gagal dalam subjek Matematik. Dia mula berfikir bagi memberikan pelbagai alasan untuk menyejukkan hatinya bahawa dia telah gagal dalam subjek itu. “Alah, bukan aku seorang saja yang gagal subjek ni, kawan-kawan aku pun ramai yang gagal jugak. So, kira ok lah” “Dalam keluarga aku pun, abang dan kakak aku dulu pun ‘failed’ jugak subjek ni. Jadi, bukan aku seorang la.” “Alah… Aku subjek lain ok. Cuma subjek Matematik ni saja yang aku tak ok.” “Subjek Matematik ni memang susah pun. Tak apa lah. Satu subjek saja pun yang aku gagal.” Cuba kita perhatikan. Alasan-alasan yang diberikan oleh pelajar ini. Langsung tidak menampakkan sebarang usaha untuk mengatasi kelemahan yang ada. Dia cuma memberikan alasan atas kegagalan yang dihadapinya. Jika gagal dalam subjek Matematik ini dia memberikan seribu satu alasan tanpa memikirkan jalan penyelesaiannya, percayalah jika dia gagal dalam perkara lain sekali pun, dia akan melakukan perkara yang sama. Dia akan berfikir apa alasan yang mahu diberikan untuk menyejukkan hati nya setelah gagal. Orang ini sebenarnya orang yang amat berfikiran negatif. Dia termasuk dalam golongan yang tidak mahu melakukan perubahan. Jika dia kekal hidup sebegini, hidupnya akan selama lamanya susah. Ini kerana, dia akan berterusan memberi alasan atas setiap satu kegagalan yang dialaminya. Sebab itulah saya tulis buku ini. Saya nak sedarkan anda mengapa ramai orang yang gagal dalam kehidupan mereka. Jika anda tahu mengapa orang gagal dan anda tidak melakukan perkara yang sama, Insya Allah. Anda tidak akan gagal.
30
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Sebaliknya, satu demi satu kejayaan akan datang kepada anda. Anda akan menjadi seorang insan yang amat berjaya suatu hari nanti.
Tamat Tips #4 : Kenapa Pelajar Gagal Dan Terus Gagal. Kita Teruskan Membaca Tips #22: Sifat Pelajar Cemerlang.
TIPS #22 : SIFAT PELAJAR CEMERLANG Setiap pelajar yang berjaya, mereka mempunyai kisah kejayaan mereka yang tersendiri. Anda percaya atau tidak, kesemua pelajar yang cemerlang ini mempunyai sifat-sifat yang hampir sama. Sifat yang ada pada Pelajar Cemerlang A pasti ada pada Pelajar Cemerlang B. Jika anda mengetahui sifat-sifat ini dan cuba beramal dengannya, Insya Allah anda ‘terpaksa’ berjaya seperti mereka. Untuk tips yang ke-22 iaitu Sifat Pelajar Cemerlang, saya tidak bercadang untuk menghuraikan kesemua sifat yang perlu ada. Sebaliknya ia lebih banyak dihuraikan dalam buku saya yang seterusnya iaitu Rahsia Pelajar Luar Biasa. Dalam topik ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa sifat penting yang perlu ada pada diri anda jika mahu menjadi pelajar yang cemerlang.
Yakin & Percaya Kebolehan Diri Sendiri Semasa saya masih belajar, abang saya memberi motivasi kepada diri saya. Beliau menyuruh saya yakin dan percaya akan kebolehan diri saya sendiri. Jauh di lubuk hati saya, saya tanam perasaan bahawa saya pasti akan berjaya. Saya yakin saya akan memperoleh 9A dalam PMR, saya yakin akan memperoleh 9A dalam SPM, saya yakin akan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Inilah keyakinan dan kepercayaan yang saya tanam dalam diri saya sejak dahulu lagi. Alhamdulillah, saya dapat capai semua yang saya impikan. 31
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Kisah Katak Panjat Pokok Dalam sebuah negeri, seekor raja katak ingin mencari seekor pemuda katak untuk dijadikan isteri kepada puterinya yang cantik. Pemuda katak yang dicari itu mestilah bijak, tangkas dan kuat. Lalu raja katak itu membuat pengumuman di negerinya. “Beta akan menganjurkan satu pertandingan, mana-mana katak yang dapat memanjat pokok kelapa ini sampai ke atas dahulu, katak itu akan beta kahwinkan dengan puteri beta. Kemudian, katak itu akan menjadi raja di negeri ini satu hari nanti.” Pada waktu itu, semua katak hampir tidak percaya. Mana mungkin seekor katak boleh panjat naik pokok kelapa. Walau bagaimana pun, ada beberapa ekor katak yang mahu mencuba. Apabila mereka mula memanjat pokok kelapa itu, terdengar bunyi riuh rendah daripada katak-katak lain yang menjerit ke arah mereka. Ada katak yang mengutuk, ada katak yang mengkeji, dan ada juga katak lain yang memuji mereka. Seekor demi seekor katak jatuh yang memanjat pokok kelapa tadi jatuh. Akhirnya, ada seekor katak yang melompat untuk memanjat pokok kelapa itu. Bila katak itu memanjat, terdengar bunyi bising katak-katak lain yang mengutuk dan memperkecilkan keupayaan katak ini. Perlahan-lahan, katak itu memanjat dan akhirnya sampai ke puncak pokok kelapa. Apabila pemuda katak ini turut ke bawah, raja katak bertanya kepada pemuda katak. “Beta ingin bertanya kepada kamu, bagaimana kamu boleh berjaya naik ke atas puncak pokok kelapa ini?” Pemuda katak itu menjawab.
32
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
“Saya yakin dan percaya pada diri saya sendiri yang saya boleh panjat pokok kelapa ini. Saya kuatkan semangat, dalam hati saya katakan saya akan naik pokok kelapa ini sampai ke atas. Semasa saya naik, ramai katak-katak lain yang mengutuk saya. Saya pekakkan saja telinga saya. Akhirnya, saya berjaya naik ke atas.” Inilah rahsia kejayaan yang ingin saya kongsikan dengan anda. Walaupun agak mustahil untuk seekor katak memanjat pokok kelapa, tetapi sekiranya ada keyakinan dan kepercayaan dalam diri sendiri yang mengatakan dia mampu melakukannya, dia akan berjaya. Perkara yang sama saya lalui dahulu. Semasa saya belajar di Tingkatan 1, impian saya adalah untuk belajar di luar negara sama seperti abang-abang saya. Impian itu agak besar sebenarnya. Bukan mudah untuk seorang pelajar Tingkatan 1 seperti saya yang baru ‘gagal dan kecewa’ kerana tidak mendapat 4A dalam UPSR memiliki impian sebesar itu. Tetapi, saya kuatkan semangat saya. Saya yakin yang saya akan mampu untuk melakukannya. Alhamdulillah, impian saya ini tercapai. Apa yang ingin saya kongsikan dengan anda, apabila saya yakin dengan diri saya, semangat juang saya amat tinggi untuk mengharungi semua cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang saya impikan. Dalam perjalanan ini, banyak cabaran dan halangan yang saya tempuhi. Tetapi, saya telah pun bertekad. “Biar apa orang kata. Biar apa orang cakap. Nak… Saya nak… Saya nak juga.” Dalam hidup, Allah amat menyukai seseorang yang melakukan sesuatu perkara dengan terbaik. Sebab itulah dahulu saya belajar bersungguh-sungguh. Apabila saya buat sesuatu perkara, saya berikan yang terbaik. Saya berjanji dalam diri saya, “Saya akan melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik. Only My Best.” Inilah yang memberikan kekuatan kepada saya untuk berjaya. Sekarang, fikirkanlah. Sejauh mana anda sanggup melakukan yang 33
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
terbaik untuk pelajaran anda? Jika anda sanggup memberikan yang terbaik, Insya Allah. Anda akan berjaya.
Tidak Mudah Berputus Asa Sifat kedua yang perlu ada pada pelajar yang cemerlang adalah tidak mudah berputus asa. Dalam kehidupan, kita tidak dapat lari daripada menghadapi kegagalan. Kegagalan adalah sebahagian daripada rencah kehidupan kita.
Sebenarnya, lagi cepat kita gagal. Lagi bagus. Ini kerana, apabila kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara kita akan mendapat banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran yang dapat diambil atas kegagalan itu. Gagal di peringkat awal memudahkan kita untuk berjaya di peringkat yang seterusnya. Kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Apa yang penting, kita tidak boleh berputus asa atas kegagalan kita yang lampau. Apa jua cabaran yang kita hadapi, kuatkan semangat. Teruskan berjuang. Fokuskan matlamat yang ingin kita capai. Insya Allah, kita akan berjaya.
34
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Analogi Kapal Terbang Bayangkan anda menaiki sebuah kapal terbang dari Kuala Lumpur dan mahu ke Los Angeles, Amerika Syarikat. Perjalanan ini akan mengambil masa 24 jam. Sepanjang perjalanan ini, kapal terbang anda sudah pun berada dalam ‘Mode Auto Pilot’. Ia sudah dirancang untuk berhenti seketika di Tokyo sebelum menyambung perjalanan ke Los Angeles. Dalam perjalanan ini, kapal terbang ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan ketika sedang terbang. Adakala, terpaksa berhadapan dengan kawasan angin lintang. Apabila ini berlaku, kapal terbang ini akan ‘divert’ ke arah yang lain. Sistem ‘Auto Pilot’ akan mengembalikan kapal terbang ini ke arah yang betul. Selepas beberapa ketika, kapal terbang ini perlu berhenti di Tokyo bagi berehat dan mengisi minyak. Kemudian, kapal terbang ini akan meneruskan perjalanan ke Los Angeles. Apabila menyambung perjalanan ini, kapal terbang ini terpaksa mengharungi kawasan ribut taufan pula. Kapal terbang bergoyang-goyang dan tidak stabil. Tetapi, selepas beberapa ketika kapal terbang itu kembali seperti sedia kala. Selepas 24 jam menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya kapal terbang ini selamat tiba ke destinasinya di Los Angeles. Pengajaran dari kisah ini, sebenarnya perkara yang sama juga berlaku dalam kehidupan kita. Apabila kita mempunyai sesuatu matlamat yang ingin kita capai, kita merasakan ia terlalu jauh untuk dicapai. Sepanjang perjalanan itu, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Adakalanya, kita berasa letih dan lemah. Adakalanya kita gagal. Kita hilang fokus buat seketika. Kita perlu berehat seketika untuk menenangkan keadaan. Kemudian kita perlu bangun semula untuk meneruskan perjuangan.
35
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Jika kita menghadapi lagi cabaran, kuatkan semangat. Teruskan berjuang. Kita perlu sedar, tidak semua yang kita rancang akan berjalan lancar seperti yang kita harapkan. Insya Allah, jika kita tidak berputus asa. Kita akan sampai ke destinasinya.
Kebangkitan Semula Inilah yang berlaku dalam kehidupan saya semasa saya bergelar pelajar dahulu. Semasa saya menduduki peperiksaan UPSR, saya hanya mendapat 3A dan 1B sahaja. Saya gagal mendapat tawaran ke mana-mana MRSM ataupun asrama penuh. Ia satu tamparan buat saya. Syukur Alhamdulillah, saya ditawarkan masuk ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang. Di situlah saya bangkit semula. Saya belajar bersungguh-sungguh. Saya tidak berputus asa dengan kegagalan saya yang lalu. Kegagalan semasa menduduki UPSR memberi pengajaran penting dalam hidup saya. Ia memberi kekuatan untuk saya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Biarlah saya gagal sekali, saya tidak mahu gagal buat kali kedua. Inilah yang saya katakan, lagi cepat kita gagal. Lagi bagus. Sebab ia akan menjadi pengajaran dalam hidup supaya kita tidak lagi gagal dalam ujian yang lebih besar selepas itu. “Peninju yang hebat bukan sahaja peninju yang pantas, tetapi peninju yang cepat bangun apabila dia terjatuh”
36
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Komitmen 100% Salah satu sifat yang perlu ada untuk menjadi pelajar yang cemerlang adalah memberikan komitmen 100% dalam apa juga perkara yang dilakukan. Ramai orang mempunyai impian yang besar, tetapi mereka tidak mampu memberikan komitmen yang tinggi. Impian mereka hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Mereka mulakan sesuatu dengan impian yang besar, tetapi lama-kelamaan impian mereka semakin pudar. Mereka tidak mampu memberikan komitmen yang tinggi. Mana mungkin seseorang yang tidak boleh memberikan komitmen untuk berjaya dengan cemerlang. Kejayaan memerlukan pengorbanan. Untuk mendapatkan sesuatu, anda perlu mengorbankan sesuatu. Jika anda mahukan kejayaan, banyak yang perlu anda korbankan. Anda perlu mengorbankan sedikit keseronokan semasa anda belajar. Anda perlu bekerja keras untuk berjaya. Memberikan yang terbaik dalam semua perkara yang anda lakukan. Semasa saya belajar dahulu, saya sentiasa memberikan komitmen 100%. Saya berikan yang terbaik. Masa belajar, saya belajar. Masa main, saya bermain. Masa aktiviti persatuan, saya berpersatuan. Saya buat semua perkara. Tetapi, saya cuba berikan komitmen yang terbaik dalam semua perkara yang saya buat. Alhamdulillah, saya dapat merasakan apabila saya memberikan komitmen 100% dalam aktiviti-aktiviti yang saya lakukan. Impaknya sangat hebat. Saya berjaya mencapai apa yang saya mahukan.
37
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Semasa saya belajar dahulu, satu masalah yang saya perhatikan, ramai yang tidak mampu untuk memberikan komitmen yang maksimum dalam pekerjaan mereka. Kesannya, mereka tidak mendapat result yang maksimum. Insya Allah, saya akan mendedahkan kepada anda semua rahsia bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang luar biasa dalam buku saya yang seterusnya iaitu Rahsia Pelajar Luar Biasa. Bacalah buku itu, hayatilah. Jika anda beramal dengan semua rahsia yang saya berikan. Percayalah, anda terpaksa hidup luar biasa.
Di Dalam SAMPEL PERCUMA Ini, Saya Hanya Berkongsi 2 Daripada 25 Tips Dan Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang Yang Hebat. Anda Perlu Mengetahui 23 Tips Lagi Yang Saya Amalkan Dahulu Sehingga Saya Menjadi Pelajar Terbaik Dalam Department Electrical Engineering Di University of Sheffield, United Kingdom. Tips Tambahan Ini Boleh Diperoleh Dalam Full Version EBOOK Ini Yang Boleh Didapati Di http://www.rahsialuluscemerlang.com
38
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
KESIMPULAN Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada anda yang telah pun berjaya membaca buku ini sehingga muka surat ini. Percayalah, apa yang saya tulis ini tidak akan diajar oleh mana-mana orang kepada anda. Tidak ada silibus di manamana sekolah atau universiti yang akan ‘cover’ topik ini. Apa yang saya tulis ini semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika saya belajar. Saya juga membuat pemerhatian terhadap sahabat-sahabat saya yang lain dalam pelajaran mereka. Kesemua pengalaman saya belajar selama 10 tahun bermula dari Tingkatan 1 sehingga ke peringkat universiti saya kongsikan dengan anda begitu detail. Saya mahu anda tahu, untuk berjaya anda perlu berusaha. Anda perlu berubah. Berani berubah untuk melakukan sesuatu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini. Semua tips dan panduan yang saya tulis dalam buku ini tidaklah perlu anda ikut 100%. Anda boleh ikut mana-mana tips yang anda rasakan perlu. Mungkin, anda hari ini jauh lebih hebat berbanding saya dahulu. Anda boleh kekalkan teknik belajar yang anda gunakan sekarang. Mungkin satu dua tips yang saya kongsikan boleh anda gunakan bagi memantapkan lagi skil-skil anda untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Atau sekurang-kurangnya buku ini boleh dijadikan panduan untuk anda bagi merancang masa hadapan anda selepas ini. Saya sudah pun mendedahkan segala rahsia dan teknik yang saya gunakan semasa saya belajar dahulu. Sekarang, terpulang kepada anda sama ada anda mahu mengamalkannya atau tidak. Saya tidak menjanjikan kejayaan apabila anda membaca buku ini. Tetapi, saya berani berkata Insya Allah anda akan berjaya sekiranya anda beramal dengan semua tips-tips ini.
39
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Saya sudah pun memberikan yang terbaik kepada anda. Sekarang terpulanglah kepada anda. Segala ilmu dan tips ini tidak berguna jika anda tidak mengamalkannya. Saya yakin, datanglah pakar motivasi mana pun kepada anda, sekiranya anda tidak mahu bertindak, anda tidak akan ke mana. Ayuh adik-adikku, serlahkan potensimu. Tunjukkan kebolehanmu. Tunjukkan kemampuanmu. Jika anda berusaha hari ini, anda bukan berusaha untuk orang lain, tetapi anda berusaha untuk diri anda sendiri. Kalau anda leka hari ini, anda bukan leka untuk orang lain. Tetapi, kesannya adalah terhadap diri anda sendiri. Kehidupan anda 5-10 tahun akan datang bergantung kepada apa usaha anda hari ini. Saya mendoakan agar anda yang membaca buku ini akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang, berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda dalam kehidupan anda selepas ini. Jangan lupa, pastikan anda membaca Buku Ketiga saya, “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. “Mengapa pilih untuk jadi pelajar biasa-biasa kalau anda boleh pilih untuk menjadi PELAJAR LUAR BIASA!!!!!” Selamat Membaca. Wassalam.
Tamat EBOOK #2 : Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Ayuh Kita Baca Sedutan Ebook #3: Rahsia Pelajar Luar Biasa
40
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
41
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
ISI KANDUNGAN CATATAN PENGARANG ..........................................................................................5 TIPS #1 : SKRIP KEHIDUPAN ...................................................................................7 TIPS #2 : KUASAI MINDA ANDA............................................................................14 TIPS #3 : BUAT KEPUTUSAN .................................................................................19 TIPS #4 : BERI TUMPUAN (FOCUS) .......................................................................22 TIPS #5 : MAKSIMUMKAN POTENSI DIRI..............................................................26 TIPS #6 : KUASA TINDAKAN PANTAS....................................................................33 TIPS #7 : PILIH SAHABAT YANG POSITIF ...............................................................39 TIPS #8 : ‘DUPLICATE’ ...........................................................................................46 TIPS #9 : BELAJAR ‘PUBLIC SPEAKING’..................................................................50 TIPS #10 : KELUAR DARI ‘ZON SELESA’ .................................................................55 TIPS #11 : DIRI SENDIRI PENGHALANG UTAMA ...................................................60 PENUTUP ..............................................................................................................66
Dalam SAMPEL PERCUMA ini, saya hanya memberikan TIPS #7: PILIH SAHABAT YANG POSITIF. Jika Anda Berminat Untuk Mendapatkan Baki 10 Tips Rahsia Pelajar Luar Biasa, Anda Boleh Dapatkan Full Version Ebook Ini Di http://www.rahsialuluscemerlang.com
42
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
CATATAN PENGARANG Bersyukurlah kepada Allah kerana anda sudah pun sampai ke buku saya yang ketiga, “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. Tak ramai yang berpeluang untuk membaca buku ini. Alhamdulillah, Allah telah memilih anda untuk membacanya. Saya berharap anda akan mendapat inspirasi dan motivasi selepas membaca buku pertama, “Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom”. Saya mahu anda menjadi pelajar cemerlang walau di mana jua anda belajar sekarang ini. Kalau boleh pasangkan impian hari ini agar suatu hari nanti anda akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya juga sudah mendedahkan 25 tips dan teknik bagaimana untuk anda menjadi pelajar cemerlang dalam buku kedua “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang”. Saya berharap anda dapat menghayati dan mengamalkan segala tips dan teknik yang telah saya kongsikan dengan anda dalam buku ini. Jika anda sanggup ‘paksa’ diri anda untuk mengamalkannya, Insya Allah. Anda akan berjaya dalam pelajaran anda. Ramai yang sudah membaca buku “Rahsia Pelajar Luar Biasa” ini. Alhamdulillah, saya mendapat respon yang amat positif daripada mereka. Mereka berasa teruja dengan rahsia-rahsia yang saya kongsikan. Percayalah, jika anda mengamalkan segala rahsia ini anda akan menjadi seorang pelajar yang luar biasa. Terus-terang saya katakan, buku ini harus dibaca oleh mereka yang ingin mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Buku ini harus dibaca oleh mereka yang mahu menjadi manusia luar biasa. Jika anda tidak berhasrat untuk berubah, anda tidak perlu membaca buku ini. Untuk berjaya dalam hidup ini, anda perlu menjadi seorang yang luar biasa. Anda tidak boleh berjaya jika anda hidup biasa-biasa sahaja.
43
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Untuk menjadi seorang yang luar biasa, ia harus bermula dengan anda menjadi seorang pelajar luar biasa terlebih dahulu. Insya Allah, saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk menjadi seorang pelajar luar biasa. Rahsia ini tidak akan diajar di mana-mana buku teks semasa anda belajar di sekolah, kolej atau universiti. Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa saya belajar dahulu. Walaupun semua rahsia ini ditulis secara khusus untuk golongan pelajar, tetapi rahsia yang sama juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita semua. Jika diamalkan, hidup kita akan bertambah baik. Kita akan dapat mencapai banyak perkara yang sebelum ini kita sukar untuk capai. Saya mendoakan agar anda yang membaca buku ini akan menjadikan hari ini sebagai titik perubahan dalam hidup anda. Jika anda tidak berubah sekarang, bila lagi anda mahu berubah. Sama-samalah kita berubah ke arah hidup yang lebih baik. Bacalah buku ini dengan hati yang tenang. Terlalu banyak perkara yang ingin saya kongsikan. Jika anda perhalusi setiap rahsia ini dan kemudian mengamalkannya, ia akan memberi kesan positif dalam hidup anda. Sedikit demi sedikit hidup anda akan berubah ke arah yang lebih baik. Selamat Membaca! Mohd Firdaus Mat Saad Parit Buntar 6 Jun 2013 / 27 Syaaban 1434H
Dalam SAMPEL PERCUMA ini, saya hanya memberikan TIPS #7: PILIH SAHABAT YANG POSITIF. Jika Anda Berminat Untuk Mendapatkan Baki 10 Tips Rahsia Pelajar Luar Biasa, Anda Boleh Dapatkan Full Version Ebook Ini Di http://www.rahsialuluscemerlang.com 44
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
TIPS #7 : PILIH SAHABAT YANG POSITIF Pentingkah kawan dalam kehidupan anda? Jika anda bertanya kepada saya. Jawapannya. Teramat penting. Di dalam ceramah Prof Muhaya, Prof banyak menekankan “Anda Adalah Siapa Kawan Anda”. Kalau anda nak tahu bagaimana perangai dan sikap anda, lihatlah bagaimana perangai dan sikap sahabat-sahabat yang rapat dengan anda. Kalau baik sahabat-sahabat anda, insya Allah, anda juga akan menjadi baik. Tapi kalau kawan-kawan anda buruk perangainya, maka kemungkinan besar perangai buruk itu akan berjangkit kepada anda juga. Jika anda mahu hidup luar biasa, jika anda mahu menjadi seorang yang berjaya, anda mesti dikelilingi oleh mereka yang berjaya. Ini bukan satu pilihan. Tapi, ini satu kemestian. Perhatikan di dalam kelas, siapa yang duduk di sebelah anda. Perhatikan dalam ‘study group’ anda, siapa yang selalu bersama anda. Perhatikan di sebelah kanan dan kiri anda. Lihat siapa di hadapan dan di belakang anda. Mereka ini turut memainkan peranan dalam menentukan masa depan anda. Saya mahu anda menjawab satu soalan. Adakah mereka yang rapat dengan anda merupakan seorang yang sentiasa berfikiran positif atau pun seorang yang sentiasa berfikiran negatif?
45
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Getaran Setiap benda dalam dunia ini bergetar. Kita manusia ini juga ada getarannya. Seseorang yang berfikiran positif akan mengeluarkan gelombang positif dari dalam dirinya. Seseorang yang berfikiran negatif juga akan mengeluarkan gelombang negatif dari dalam dirinya. Sebab inilah penting untuk kita memilih kawan yang betul. Jika kita dikelilingi oleh orang yang berfikiran positif, kita akan terasa lebih yakin apabila berada bersama mereka. Mereka yang berfikiran positif akan menolak kita ke atas. Tetapi kalau kita dikelilingi oleh orang yang berfikiran negatif, kita akan terasa lemah. Tahap keyakinan kita akan berkurang. Ini kerana mereka yang berfikiran negatif akan menarik kita ke bawah.
Uji Kaji Di Sebuah MRSM Ketika saya menyampaikan satu ceramah motivasi pelajar cemerlang di sebuah MRSM, saya ingin menunjukkan bukti yang mudah kepada seluruh pelajar yang lain betapa pentingnya mencari sahabat yang berfikiran positif. Saya ingin tunjukkan secara ‘Live’ kepada mereka betapa pentingnya kita dikelilingi oleh mereka yang berjaya. Saya meminta salah seorang pelajar yang cemerlang untuk berdiri. Beliau memperoleh PNG 3.96. “Adik, boleh berikan nama sahabat yang paling rapat dengan adik,” saya bertanya kepada beliau. “Sahabat baik saya bernama Ana,” beliau menjawab. 46
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Kemudian, saya bertanya pula kepada Ana. “Adik, berapa ‘pointer’ adik?” Ana menjawab, “3.84” Selepas itu, terus saya terangkan kepada pelajar yang lain teori seorang sahabat. “Anda adalah siapa sahabat anda. Kalau kita tengok sekarang, Ana bersahabat baik dengan pelajar terbaik di sini. Mahu tak mahu, Ana pun ‘terpaksa’ berjaya macam sahabat baiknya. Sebab itulah saya katakan, penting untuk kita memilih bersahabat dengan mereka yang berjaya” Kemudian, saya bertanya soalan seterusnya kepada semua pelajar lain. “Boleh tak sesiapa yang dapat pointer di bawa 2.50 untuk angkat tangan?” Ada beberapa pelajar yang mengangkat tangan. Ini menunjukkan mereka memperoleh pointer di bawah 2.50 untuk semester yang lepas. Saya meminta salah seorang daripada mereka untuk bangun dan saya bertanya kepadanya. “Ok adik, berapa pointer adik untuk semester yang lepas?” “2.40,” beliau menjawab ringkas. Kemudian saya bertanya soalan cepu emas kepadanya. “Boleh tak adik beri tahu siapa nama sahabat di sini yang paling rapat dengan adik?” Beliau menamakan Ali sebagai sahabat yang paling rapat dengannya. Saya meminta Ali untuk bangun dan bertanya pointer Ali untuk semester yang lepas. Ternyata, pointer Ali juga tidak banyak berbeza dengan pointer sahabat baiknya itu. Nah, adakah anda nampak kesan pengaruh sahabat dalam kisah ini? Ini bukanlah bermaksud kita tidak boleh berkawan dengan mereka yang lemah. Sememangnya kita perlu berkawan dengan semua orang. Tetapi kita perlu lebih rapat dengan mereka yang lebih berjaya untuk belajar daripada mereka. Apabila bersama dengan kawan-kawan yang lemah pula, kita bantulah mereka untuk sama-sama berjaya. Barulah hidup kita lebih berkat. 47
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Pilih Sahabat Yang Berfikiran Positif Adalah sangat penting untuk kita berada di sekeliling mereka yang berfikiran positif dan berjaya. Ini kerana, mereka yang berfikiran positif dan berjaya pasti akan berusaha membantu kita untuk sama-sama berjaya. Sebaliknya, mereka yang berfikiran negatif, hanya akan sentiasa mengeluarkan aura negatif dari badan mereka. Maka mereka ini akan selalu menjuruskan kita ke arah kegagalan. Jika kita rapat dengan mereka, kehidupan kita juga akan dipengaruhi oleh mereka. Apabila kita berada di sekeliling mereka yang berjaya dan bijak pandai, amat mudah untuk kita meminta pertolongan daripada mereka.
Mentor Dalam Pelajaran Semasa saya belajar dahulu, sama ada di MRSM Taiping, di Kolej Mara Banting atau di University of Sheffield, saya mempunyai seorang mentor untuk setiap subjek yang saya lemah. Saya meminta bantuan mereka untuk membimbing secara personal. Merekalah yang banyak membantu saya untuk berjaya dalam pelajaran. Syukur Alhamdulillah. Apa yang pasti, dahulu saya bijak memilih sahabat. Saya BERKAWAN dengan semua orang. Tetapi, saya BERSAHABAT dengan mereka yang berfikiran positif sahaja.
48
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
‘Biawak’ Berkaki Dua Tahukah anda? 80% manusia di sekeliling kita berketurunan ‘biawak’. ‘Biawak’ yang saya maksudkan di sini adalah manusia yang suka menarik orang lain ke belakang untuk gagal bersama-sama dengannya. Yang lebih menyedihkan, ramai orang yang gagal kerana bersahabat dengan ‘biawak-biawak’ berkaki dua ini. Saya memberi contoh, apabila kita membuat sesuatu kerja rumah untuk disiapkan segera, sedangkan kerja itu sepatutnya dihantar pada minggu hadapan. Golongan ‘biawak’ ini akan berkata. “Elehhh… Nak buat apa buat sekarang. Kerja ni kan nak hantar minggu depan” Apabila kita hendak pergi awal ke kelas atau kuliah. Golongan ‘biawak’ ini akan berkata. “Elehh… Rileks la.. Awal lagi ni. Pergi awal-awal pun bukannya cikgu sampai lagi.” Apabila kita buat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Golongan ‘biawak’ ini akan berkata. “Elehhh… Kenapa yang nak study awal-awal.. Exam kan hujung tahun ini. Lambat lagi bro. Rileks la dulu.” Golongan ‘biawak’ ini adalah mereka yang banyak memberi komen-komen negatif. “Tak payah la.. Tak boleh la… Rileks la.. Tunggu dulu la… Nanti la…..” Perkataan negatif ini sering meniti di bibir mereka yang dikategorikan sebagai ‘biawak berkaki dua’. Jika ramai dikalangan sahabat baik anda mempunyai sikap begini, anda harus lebih berhati-hati dengan mereka. Jangan biarkan diri anda ditarik ke bawah oleh golongan ‘biawak’ ini. 49
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Be In A Mastermind Group Jika anda mahu hidup luar biasa, dan mahu berjaya, buatlah satu kumpulan. ‘Be In A Mastermind Group’. Dalam kumpulan ini, anda mesti sentiasa bantumembantu. Tidak bersaing antara satu sama lain. Sebaliknya, anda semua bekerjasama untuk sama-sama berjaya. Pastikan hanya yang berfikiran positif berada dalam kumpulan anda. Orang yang berfikiran positif, memikirkan masalah 10% dan memikirkan penyelesaiannya 90%. Tetapi mereka yang negatif memikirkan masalah 90% dan memikirkan penyelesaian hanya 10%. Sebab itulah saya amat tekankan kepada anda semua. Jika mahu berjaya, tukarlah sahabat anda. Peliharalah getaran anda. Jika anda jumpa orang yang berfikiran negatif dan anda rasa anda tak mampu untuk menolong mereka, anda hanya perlu lari jauh-jauh daripada mereka. Percayalah… Anda adalah siapa sahabat anda.
50
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
5 Nasihat Imam Al Ghazali Dalam Memilih Kawan : 1. Pilihlah kawan yang berakal. Jangan memilih kawan yang bodoh. Kawan yang bodoh akan menjadi musuh & menyakitkan hati kamu. 2. Pilihlah kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat. Kawan yang jahat akan dirangsang oleh nafsu jahatnya. 3. Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik. Kawan yang fasik akan mengajak kita kepada perkara dosa dan maksiat. 4. Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak. Kawan yang tamak akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah. 5. Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang bercakap bohong. Kawan yang suka berbohong akan memusnahkan jiwa. Buat para pembaca yang dikasihi. Ketahuilah bahawa mencari sahabat yang baik itu sangat dituntut oleh agama kita. Maka, cari dan pilihlah sahabat yang baik akhlaknya. Jika sahabat disekeliling anda tidak begitu, tukarlah sahabat anda. Lakukanlah demi masa depan anda. Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik. Kita seharusnya terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain. Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat yang baik, maka nanti Allah akan kurniakan kita sahabat yang baik di sekeliling kita. Insya Allah.
51
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
PENUTUP Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya membaca buku ini sehingga ke muka surat ini. Anda sudah berjaya menghabiskan ketiga-tiga buku yang saya tulis. Syabas kerana anda telah memberikan komitmen yang baik untuk meluangkan masa membaca buku ini. Bagi saya, tidak ada sebarang jaminan bahawa anda akan berjaya selepas membaca buku-buku ini. Anda boleh baca buku ini seribu kali, tetapi sekiranya anda tidak melakukan sebarang tindakan, anda tidak beramal dengan ilmu-ilmu yang dikongsikan, semuanya sia-sia. Saya sudah menjalankan tugas saya iaitu untuk berkongsi rahsia kejayaan saya dahulu dengan anda. Semua rahsia, tips dan teknik yang saya lakukan telah pun saya kongsikan dalam ketiga-tiga buku ini. Sekarang terserah kepada anda untuk mengamalkan apa yang telah saya kongsi. Seperti yang saya tulis di awal buku pertama, tujuan saya menulis buku ini adalah kerana saya mahu memberi inspirasi dan motivasi kepada para pelajar untuk berjaya. Saya mahu anda tahu, anda sebenarnya boleh berjaya sekiranya anda mahu dan berusaha. Untuk mendapat sesuatu, anda perlu korbankan sesuatu. Kejayaan tidak datang bergolek di hadapan anda. Jika anda tidak sanggup berkorban ‘keseronokan’ yang anda ada sekarang, sukar untuk anda berjaya di kemudian hari. Anda rasa susah, penat atau letih semasa anda belajar? Kepenatan ini hanyalah bersifat sementara. Berapa usia anda sekarang? Insya Allah anda akan habis belajar sekitar umur 23 tahun. Jika sekarang anda berumur 18 tahun, ini bermaksud anda hanya perlu
52
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
‘susah’ selama 5 tahun sahaja lagi. Ya, 5 tahun yang anda korbankan ini akan menampakkan hasilnya selepas itu. Tetapi, jika anda memilih untuk berseronok sekarang, hidup anda mungkin akan sengsara di kemudian hari. Buatlah pilihan yang tepat. Saya komited untuk melihat anak bangsa saya berjaya. Jika tidak, saya tidak akan menulis buku ini. Saya mahu anda berjaya, saya mahu anda menjadi pelajar cemerlang, saya mahu anda berubah ke arah yang lebih baik. Sebab itulah, saya bersedia untuk menganjurkan satu pertandingan. Selepas 6 bulan hingga satu tahun dari sekarang (Jun 2013), saya akan menganjurkan satu pertandingan. “Perkongsian Pengalaman: Perubahan yang anda rasakan dalam hidup Sebelum dan Selepas membaca buku ini.” Saya mahu anda hayati dan pelajari setiap perkongsian yang saya lakukan dalam ketiga-tiga buku ini. Saya mahu anda amalkan segala tips dan rahsia yang telah saya kongsikan. Saya mahu melihat perubahan dalam hidup anda. Saya mahu melihat anda berjaya. Kemudian, saya mahu anda kongsikan dengan saya apa perubahan hidup anda selepas mengamalkan semua ilmu ini dalam tempoh 6 bulan – 1 tahun dari sekarang. Pemenang yang terpilih kelak akan menerima Hadiah Istimewa daripada saya!! Saya hanya mahu melihat anak bangsa saya berjaya. Saya mahu lihat ummat Islam berjaya. Saya suka melihat orang lain berjaya. Anda perlu bangkit, anda tidak boleh ‘tidur’ lagi. Jika sebelum ini anda berjalan, sekarang anda perlu ‘berlari’ bagi mencapai semua impian anda. 53
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Jika anda rasakan buku ini bermanfaat untuk anda, Insya Allah buku ini juga akan memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain. Cadangkan kepada mereka untuk mendapatkan buku ini juga dengan melayari laman web http://www.rahsialuluscemerlang.com dan facebook kami di https://www.facebook.com/RahsiaLulusCemerlang. Ini bukan isu saya mahu mendapat keuntungan hasil jualan buku ini, tetapi kita mahu lebih ramai anak bangsa kita yang berjaya. “Jika Anda Mahu Berjaya, Bantu Orang Lain Untuk Turut Berjaya, Insya Allah. Anda Terpaksa Berjaya” Akhir sekali, saya mendoakan agar anda yang membaca buku ini dapat mengambil iktibar dari kisah hidup saya ini. Semoga anda semua kaya dan berjaya, menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Wassalam Mohd Firdaus Bin Mat Saad Parit Buntar 6 June 2013
54
SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Dalam SAMPEL PERCUMA Ini, Saya Telah Memberikan Anda Satu Topik Sebagai Sedutan Daripada Buku #1: Dari Kampung Kedah Ke United Kingodm, 2 Tips Dari Buku #2:Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang Dan 1 Tips Dari Buku #3: Rahsia Pelajar Luar Biasa. Jika Anda Berminat Untuk Mendapatkan Full Version Ebook Ini, Anda Boleh Mendapatkannya Di http://www.rahsialuluscemerlang.com
Harga Untuk Ketiga-Tiga Ebook Ini Adalah RM35 Sahaja. 3 Buah EBOOK = RM35 Untuk Pengetahuan Anda, Sebahagian Daripada Keuntungan Hasil Jualan Buku Ini Akan Diinfakkan Kepada Orang Miskin, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal, Pembelian Makan Dan Minum Di Rumah Anak Yatim, Pembangunan Surau Dan Masjid Serta Untuk Pembangunan Islam. Jika Anda Membeli ‘Full Version’ Ebook Ini, Ini Bermaksud Anda Membeli Sambil Menderma Sekiranya Selepas Membeli Ebook Ini, Anda Merasakan Ebook Ini Tidak Bermanfaat Untuk Anda, Anda Boleh Menghubungi Saya. Saya Akan Memulangkan Wang Anda Sepenuhnya Tanpa Sebarang Soalan. Ini Komitmen Yang Saya Berani Berikan Kerana Saya Tahu Buku Ini Amat Berkualiti Untuk Membantu Anak Anda. Ada Lagi !!!! Sekiranya Anda Susah, Anda Miskin, Anda Tidak Merokok Dan Anda Kekurangan Wang Untuk Membeli Ebook Ini, Maklumkan Kepada Saya. Saya Akan Berikan Kepada Anda Secara Percuma Saya Komited Untuk Membantu Anak Bangsa Saya. Jika Anda Berhasrat Untuk Membantu Anak Anda Berjaya, Cemerlang Dalam Kehidupan Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat, Inilah Buku Yang Sepatutnya Mereka Baca. Semoga, Anak Anak Anda Akan Bersemangat Selepas Membaca Ebook Ini. Semoga Mereka Tahu Bagaimana Jalan Pintas Untuk Mereka Berjaya. 55