2 minute read
Kekal sihat, kekal hijau
KEKAL SIHAT KEKAL HIJAU ORIENTAL INCHAWAY, SYARIKAT YANG DITUBUHKAN DI SINGAPURA PADA 2016, MENYARANKAN PEMAKANAN SUPERFOOD SECARA SENTIASA UNTUK MENGEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT.
oriental Inchaway telah mengasaskan perniagaannya di sekitar tanaman renek sederhana Amazon jenis memanjat yang dikenali sebagai Sacha Indi. Tumbuh liar dengan lumayan di Peru terutamanya, kaum pribumi telah meraihnya sebagai pemakanan kesihatan yang unik selama beberapa abad.
Menyedari tentang potensinya untuk memanfaatkan lebih ramai orang, syarikat ini telah dengan jayanya memindah dan menanam Sacha Inchi di Asia Tenggara. Ditanam di atas ladang seluar 2,000 ekar di Laos, tanaman ini telah berkembang subur di dalam suasana yang hampir bebas daripada baja dan racun serangga. Ladang ini kini diuruskan oleh seorang profesional dari Taiwan, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pertanian.
MAKANAN ISTIMEWA SACHA INCHI
Sacha inchi (Plukenetia volubilis) adalah sejenis tanaman yang mempunyai benih yang besar yang boleh dimakan yang kaya dengan asid berlemak omega-3, Vitamin E dan beta-sitosterol. Ia juga kaya dengan protein, serat, antioksidan dan lebih penting lagi, penuh dengan asid berlemak politidaktepu.
Satu kajian yang diterbitkan di dalam Journals of Agriculture and Food Chemistry pada 2002 mendapati yang serbuk sacha inchi mempunyai kandungan tryptophan yang luar biasa tingginya, asid amino yang penting bagi seseorang itu mengeluarkan serotonin (sejenis bahan kimia sistem saraf yang terlibat dalam mengatur selera makan).
Tentang Oriental Inchaway pula, ia
sebuah syarikat yang telah mengguna pakai teknologi tekan-sejuk yang maju bagi mengeluarkan minyak virgin ekstra dari sacha inchi.
Dikenali ramai sebagai “Incha Oil”, memakannya boleh membantu melawan kesan sampingan diet yang tak seimbang, sering berlaku kerana gaya hidup yang serba-serbi pantas. Selain daripada kandungan pemakanannya, Incha Oil memiliki pensijilan halal.
LAIN-LAIN PRODUK
Syarikat ini juga mengeluarkan Cellpro, yang dianggap sebagai makanan sel pintar generasi baru 5G. Ia dikatakan mengatur detoksifikasi, nutrien dan metabolisme badan.
Sementara itu, Aqua X, sejenis campuran minuman botanik, dirumuskan untuk membantu pengekalan air bagi lelaki dan perempuan. Timbunan air berlebihan boleh membawa kepada darah tinggi, diabetes, ateroselrsis, batu empedu dan sebagainya. Aqua X mengandungi ekstrak bahagian atas bunga meadowsweet, benih dandelion, buah-buah fennel manis dan bahagian-bahagian arial goldenrod.
Dalam masa beberapa tahun ini, para penyelidik bersama komuniti perubatan telah mengiktiraf betapa pentingnya kesihatan usus kepada kesihatan keseluruhan seseorang. Kira-kira 70% daripada sel imun letaknya di usus. Oleh itu, mempunyai kesihatan usus boleh membantu kita melawan patogen sambil menyimpan bakteria yang baik.
Untuk meningkatkan kesihatan usus, syarikat telah memperkenalkan
InchaGuard. Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi, laporan klinikal produk ini menunjukkan nilai keselamatan dan pemakanannya.
Produk ini telah kelihatan membantu menghalang memperbaiki persekitaran intestine, yang boleh membawa kepada reaksi yang menurun terhadap alahan dan penyakit umum – demam, selsema, sakit tekak, berhingus dan batuk.
DIBINA SUPAYA KEKAL
Oriental Inchaway mempunyai model perniagaan yang fokus terhadap pendidikan dan latihan yang sentiasa dijalankan dengan diiringi banyak lagi peluang-peluang kerjaya dan berkongsi keuntungan. Ia sudah sedia mengembangkan rangkaiannya ke Thailand, Indonesia, Filipina, Kambodia, Taiwan, Australia dan China.