3 minute read

PM-INTERNATIONAL AG

PM-INTERNATIONAL AG CAPAI KEJAYAAN BESAR DI DSN GLOBAL 100

PM-INTERNATIONAL AG MENERIMA ANUGERAH ‘BRAVO INTERNATIONAL GROWTH AWARD’ DARI MAJALAH PERDAGANGAN AMERIKA SYARIKAT “DIRECT SELLING NEWS” ATAS KEJAYAANNYA MENCAPAI PERTUMBUHAN PENDAPATAN CEMERLANG. IA JUGA MENCATAT TEMPAT KE 10 DALAM SENARAI SEMASA DSN GLOBAL 100.

anugerah ‘Bravo International Growth Award’ telah disampaikan buat pertama kalinya bagi tahun 2021 berhubung dengan “DSN Global 100” yang memberi penghormatan kepada syarikat-syarikat terulung Jualan Langsung dunia atas pencapaian pertumbuhan pendapatan tahunan. PMInternational juga mencatatkan lonjakan pendapatan di antara syarikat jualan langsung terbesar sedunia apabila buat pertama kalinya dalam 2021 mencatat tempat ke 10 dalam senarai semasa DSN Global 100.

Senarai itu diterbitkan setahun sekali oleh majalah perdagangan Amerika Syarikat “Direct Selling News”. PM-International berjaya disenaraikan buat kali pertama pada 2010 dan bermula dari itu secara konsisten disenaraikan, yang terbaru di tempat ke 13. Faktor penentuan PALING UTAMA bagi lonjakan pertama kali ke tempat Ke 10 adalah jumlah jualan tahun lepas. Pada 2020, penyumbang produkproduk premium kesihatan, kecergasan dan kecantikan itu meningkatkan jualan tahunan kumpulan melebihi 50% ke $1.7 bilion. Bagi pertumbuhan jualannya pada 2021, PMInternational dianugerahkan dengan Bravo International Growth Award oleh Direct Selling News.

Dalam ucapan beliau semasa menerima anugerah, Rolf Sorg, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas PM-International menyatakan bahawa usaha berpasukan adalah penyumbang terhadap kejayaan itu. “Disenaraikan di tempat Ke 10 tempat teratas adalah satu penghormatan yang besar dan merupakan matlamat yang telah kami usahakan di PM-international selama lebih 25 tahun. Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada team partner, pemimpin-pemimpin dan para kakitangan di seluruh dunia atas kerja cemerlang yang mereka lakukan setiap hari. Terima kasih tidak terhingga juga kepada keluarga saya, kawan-kawan dan setiap orang yang percayakan wawasan kami.”

Senarai “DSN Global 100” menunjukkan syarikat mana yang sedang naik dan memberikan gambaran keseluruhan pembangunan industri ini di peringkat global – bukan sahaja untuk ahli-ahli industri tetapi juga para penyelidik, pelabur dan, paling penting, mereka yang mencari peluang dalam industri.

Rolf Sorg juga berkata bahawa pada 2020 semasa pandemik COVID-19 melanda, ‘Team partner’ PM-International telah melakukan tugas luar biasa di bawah keadaan yang paling rumit dengan bertindak balas secara fleksibel dan mengambil kesempatan terhadap penawaran perkembangan digital syarikat.

Sebagai salah satu syarikat jualan langsung terbesar di Eropah dalam bidang kesihatan, kecergasan, dan kecantikan, PM-International AG yang berpangkalan di Luxembourg, membangunkan dan memasarkan suplemen pemakanan dan kosmetik premium melalui FitLine®, jenamanya sendiri – banyak di antaranya memiliki teknologi yang dipatenkan.

Lebih daripada 700 juta produk FitLine® telah dijual di seluruh dunia termasuk PM-International Malaysia melalui Fitline (M) Sdn Bhd yang merupakan sebuah ibu pejabat PMInternational AG. Lebih daripada 1,000 olahragawan dan olahragawati hebat dari 60 disiplin dan 30 negara yakin dengan khasiat suplemen Fitline dan Fitline merupakan pembekal rasmi pelbagai persatuan sukan dan pasukan nasional. Nutrient Transport Concept (NTC®) mewakili kecekapan teras syarikat ia menghantar nutrien yang betul apabila ia diperlukan dan dimana ia diperlukan ke tahap selular- dari dalam luar. Untuk menjamin kualiti produk yang berterusan, produk-produk diuji secara bebas dan berkala dari semasa ke semasa oleh TÜV SÜD ELAB. Pelanggan boleh meninjau semula maklumat tentang analisisnya di laman web TÜV SÜD ELAB dengan mengimbas kod QR pada bungkusan produk. Tidak ada pesaing lain yang menawarkan tahap ketelusan sebegini.

Dalam kerangka satu konsep pemasaran sukan yang unik, terdapat kerjasama dengan Persatuan Ping Pong Korea (KTTA), Persekutuan Tinju Korea (KWF), Persatuan-persatuan Ski Jerman, Austria, Poland dan Kanada (DSV, ÖSV, PZN, ACA), Persekutuan Hoki Ais Jerman (DEB), Persekutuan Berbasikal Jerman (BDR), Persatuan Olahraga Jerman (DLV), Persatuan Gelongsor Switzerland (termasuk kereta luncur salju), Persekutuan Bola Baling Switzerland (SHV) dan lain-lain.

This article is from: