Teori vygotsky

Page 1

1.0

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme iala teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina

pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Dua orang tokoh teori ini ialah Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali dengan konstruktivisme psikologi/individu/kognitif, manakala teori yang dianjurkan oleh Lev Vygotsky ialah konstruktivisme sosial. Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam pendidikan.

Dalam pendidikan

konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu

pengetahuan dibina oleh murid, setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan

murid. Pembelajaran dan pengajaran

yang berdasarkan

konstruktivisme ini menyeimbangkan peranan guru dan murid untuk saling bers andar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang kepada untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu. Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai pembina pengetahuan dan bukan sebagai penerima pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Perkembangan kognitif kanak-kanak dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat sensori motor (lahir – 2 tahun), peringkat praoperasi (2 – 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 – 15 tahun).


Semasa mengajar murid peringkat praoperasi, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menerokai persekitaran melalui kaedah pengajaran belajar sambil bermain atau aktiviti penyelesaian masalah. Pada peringkat praoperasi, guru perlulah menekankan demonstrasi kepada murid untuk memudahkan murid membina pengajaran secara sendiri. pada peringkat operasi konkrit pula, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari sesuatu menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud kerana ia akan meningkatkan kognitif murid yang melibatkan diri secara aktif. Pada peringkat operasi formal, murid-murid menggunakan pemikiran yang reflektif dan lebih kompleks berbanding peringkat yang lain kerana pada peringkat ini, murid perlu memahami konsep, membuat refleksi dan berfikiran terbuka. Menurut Vygotsky pula, interaksi sosial adalah penting untuk membantu dan menyokong pembelajaran dan meningkatkan pemikiran aras tinggi. Semasa pembelajaran berlaku, teknik scaffolding dilakukan untuk membimbing dan menyokong pelajar mengikut keperluan pelajar itu sendiri. Bimbingan itu akan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga pelajar dapat menguasai pembelajaran tersebut. Menurut beliau juga, berkomunikasi dengan diri sendiri (private-speech) juga boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak sering bercakap dengan diri sendiri berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri. Oleh yang demikian, guru dicadangkan menggalakan murid-murid menggunakan private-speech semasa berfikir dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, guru boleh memberikan pendahuluan cerita kepada murid dan meminta murid menyambung cerita tersebut dengan fikiran sendiri. Di samping itu, guru boleh mengadakan gerak kerja berkumpulan dan perbincangan untuk mewujudkan interaksi dan komunikasi yang berkualiti dan bermakna. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dengan memberikan idea-idea yang bernas, penukaran pendapat dan mendapat pemahaman yang lebih.

2.0

Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Setiap guru akan menghadapi masalah di mana setiap pengajaran yang telah

diterangkan masih belum difahami oleh sebahagian pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa seseroang guru dapat mengajar sesuatu pengajaran kepada pelajar dengan baik dan berkomited, namun masalah ini datang dari pelajar itu sendiri. Usaha keras seorang guru dalam mengajar tidak sepenuhnya memberikan hasil yang baik kepada pelajar kerana pelajar juga perlulah berusaha dengan keras dan melapangkan dada untuk menerima ilmu dan memahami pengajaran yang telah diajar oleh guru. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri serta mempunyai pemahaman dan pengetahuan sedia ada.


Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan pengawal bilik darjah. Guru hanya perlu membimbing pada permulaannya dan seterusnya para pelajar perlu menguasai pembelajaran tersebut secara sendiri atau menggunakan bantuan rakan-rakan lain. Para pelajar perlulah bersedia untuk melibatkan diri secara aktif untuk membina pengetahuan melalui pengalaman sendiri. Guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan objektif pengajaran dan hasil pembelajaran melalui RPH. Dengan penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran ini, guru dapat mengenalpasti dan mengetahui jika pelajar telah mencapai objektif pengajaran dan menguasai hasil pembelajaran. Guru juga perlu mengambil kira keupayaan pelajar dengan mengetahui tentang perbezaan individu di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Pelajar perlulah merancang strategik pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru perlulah menyediakan bahan bantu mengajar serta contoh yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu tentang pembelajaran tersebut. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Oleh itu, guru perlu menerapkan pelbagai kaedah pengajaran di dalam bilik darjah seperti simulasi, main peranan atau lakonan. Kaedah pengajaran ini mampu menarik minat pelajar kerana ia melibatkan interaksi di antara rakan-rakan yang lain. Lembaran kerja seperti ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi, mewujudkan perkongsian idea dan pemahaman yang lebih jelas di antara pelajar-pelajar. Pelajar lebih mudah faham apabila rakan sebayanya membimbingnya.

3.0

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, teori konstruktivisme ini amat menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif, dinamik dan berpusatkan murid. Para pelajar dapat membina konsep dan pengetahuan baharu berasaskan pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi. Melalui pengalaman ini, setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri. Teori ini amat sesuai sekali untuk diaplikasi ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan sistem pendidikan masa kini yang menuntut pelajar untuk melibatkan diri secara aktif, berpusatkan murid dan guru hanya menjadi pembimbing.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.