Direktori Industri Herba dan Rawatan Alternatif Malaysia
RUJUKAN BERWIBAWA TM
PP14145/6/2007
BIL 8
RM 7.00
MAC 2007
KECANTIKAN BERASASKAN HERBA (Penawar) Gout 'boleh diwarisi' (InfoSihat) Apa yang anda tidak tahu mengenai
pil langsing?
(DariProf ) Pemakanan & senaman penghidap kencing manis
(Itisi)
Kulat susu harimau
(ComelLote)
kulit bersisik
NESPURE
S-CLASS
B-POWER
Lebih banyak info produk herbaMac di dalam D’HERBA 2007
1
RencanaKhas
Tidak semua produk herba
selamat! Malah boleh memudaratkan...
K
ini ada kecenderungan orang ramai untuk mempercayai bahawa semua produk herba adalah lebih selamat berbanding ubat moden. Jika anda seorang daripadanya dan mahu terus kekal dengan kecenderungan itu, perhatikan kenyataan ini. “Banyak ubat komplimentari (termasuk herba) tidak berkesan, malah sesetengahnya berbahaya.” Kenyataan berkenaan dikeluarkan Professor Edzard Ernst, warga Britain pertama mendapat gelaran profesor perubatan komplimentari di negara itu. Kenyataan ini boleh ditemui di dalam panduan kesihatan dikenali ‘Desktop Guide To Complementary and Alternative Medicine: An Evidence Based Approach’. Tulisan ini tidak bertujuan menafikan kewujudan produk herba yang benarbenar berkesan serta selamat di pasaran tempatan.
2
D’HERBA Mac 2007
Namun sebagai pengguna, anda perlu lebih berhati-hati ketika membuat pilihan bagi mendapatkan produk terbaik untuk kegunaan sendiri atau keluarga. Ini kerana setiap produk herba mengandungi bahan aktif tertentu yang boleh memberi kesan mudarat kepada fungsi tubuh. Sesetengah bahan aktif berkenaan mungkin memberi risiko tertentu pada individu tertentu.Sesuatu produk herba tidak memudaratkan individu A, tetapi mungkin boleh memudaratkan individu B – bergantung kepada pelbagai faktor seperti tahap ketahanan tubuh, usia dan kesihatan masing-masing. Malah, ada sesetengah produk herba dikesan mengandungi unsur dadah, racun atau toksid yang memudaratkan sistem tubuh sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Tambahan pula, industri perubatan
herba berasaskan sains dan teknologi di negara ini masih baru walaupun ia rentetan daripada ilmu perubatan tradisional yang diwarisi sejak lama. Aspek penyelidikan saintifik dan ujian klinikal bagi perubatan herba di negara ini masih ‘muda’, malah dalam sesetengah kes cuba dielakkan oleh pihak pengeluar kerana ia membabitkan kos tinggi dan tempoh masa yang lama. Ini diburukkan lagi oleh segelintir pengusaha yang ‘rakus dan tamak’ mengejar keuntungan semata-mata dengan langsung mengabaikan kesejahteraan dan keselamatan pengguna. Tahap kesedaran, kepekaan dan pengetahuan pengguna pula masih cetek dan sering mengambil mudah dalam mencari penyelesaian kepada apa juga masalah kesihatan yang dihidapi. D’HERBA
INTI Sesetengah bahan aktif 1 di dalam herba mungkin memberi risiko tertentu pada individu tertentu
Pilih hanya produk yang se2 cara jelas menyatakan dos bagi pengambilan dan nisbah
kandungan bahan herba bagi setiap produk berkenaan.
atau bayi jika diambil ibu mengandung atau menyusukan bayi.
Sesuatu jenis ubat herba 3 yang dalam keadaan biSesetengah herba boleh asa, selamat diambil orang 4 memberi kesan mudarat dewasa, mungkin akan merkepada mereka yang akan encatkan pertumbuhan janin
menjalani pembedahan.
Jangan terjebak... S
ebagai pengguna, ada beberapa perkara penting anda perlu maklum dan ambil kira ketika membuat pilihan bagi membeli produk herba.
1
Info
Dapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada pelbagai sumber berwibawa mengenai sesuatu penyakit atau masalah kesihatan yang dialami serta produk herba paling sesuai serta selamat untuk diambil. Perlu disedari bahawa sesetengah produk herba, jika penyediaannya tidak mengikut prosedur yang betul, mungkin mampu merosakkan organ dalaman anda, termasuk hati dan buah pinggang.
2
Dos
3
Dakwaan
Pilih hanya produk yang secara jelas menyatakan dos bagi pengambilan dan nisbah kandungan bahan herba bagi setiap produk berkenaan. Ini kerana wujud di pasaran produk yang mengandungi campuran pelbagai herba, tetapi tidak jelas nisbah kandungan bahan masing-masing.
Sesetengah produk mungkin mengandungi dakwaan penyembuhan yang pelbagai meliputi segala jenis penyakit atau masalah kesihatan. Sesetengah dakwaan berkenaan keli-
hatan ‘hebat’ dan ‘memukau’. Tetapi, anda perlu lebih berhati-hati. Mungkin tidak semua dakwaan berkenaan benar, malah mengelirukan.
4
Ubat preskripsi
Perlu diketahui bahawa sesetengah ubat herba mungkin memberi kesan sampingan serius apabila ia dicampurkan dengan bahan berupa dadah tertentu atau ubat yang dipreskripsikan. Anda perlu sedar bahawa banyak kes ditemui produk herba tertentu dicampurkan dengan bahan seumpama itu.
bahagian daripadanya mungkin akan menyebabkan komplikasi tertentu seperti pendarahan berlebihan atau tekanan darah tinggi. Contohnya, berdasarkan kajian Universiti Malaya (UM), herba noni atau mengkudu dilaporkan boleh memungkinkan pendarahan berlebihan. Jadi berhati-hati dengan pengambilan ubat herba jika anda dijadual menjalani pembedahan. Maklumkan kepada doktor perubatan jika anda ada mengambil sebarang jenis produk berasaskan herba sebaik anda tahu bahawa anda perlu menjalani pembedahan.
5
Menyusu
7
6
Pembedahan
Jika anda mengandung atau menyusukan bayi, anda sebenarnya berada pada tahap paling ‘kritikal’ dalam konteks pengambilan sebarang jenis ubat sama ada berasaskan herba atau ubat yang dipreskripsikan. Sesuatu jenis ubat herba yang dalam keadaan biasa, sesuai serta selamat diambil orang dewasa, mungkin tidak selamat dan akan merencatkan pertumbuhan janin atau bayi jika diambil ibu mengandung atau menyusukan bayi.
Sesetengah herba boleh memberi kesan mudarat kepada mereka yang akan menjalani pembedahan. Se-
Doktor perubatan
Jangan sesekali abaikan doktor perubatan. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan serius, dapatkan nasihat doktor perubatan sebelum mengambil sebarang jenis ubat herba. Memang masih wujud segelintir doktor perubatan yang ‘sinis’ terhadap perubatan herba, tetapi kini semakin ramai daripada mereka mula mengakui kebaikan herba sebagai satu terapi. Berbincanglah dengan doktor perubatan yang bukan sahaja menguasai perubatan alopati, malah memahami dan mengakui kelebihan perubatan herba. Jadilah bukan sahaja sebagai pengguna bijak, malah membantu orang lain agar tidak turut terjebak. D’HERBA
D’HERBA Mac 2007
3
ComelLote
Rawat
kulit bersisik
dengan limau purut Kemampuan limau purut merawat kulit bersisik dan mengelupas dipercayai ada kaitan dengan kandungan bahan aktif tertentu di dalamnya. Limau purut memang diketahui mengandungi pelbagai bahan aktif berguna, termasuk tanin, triterpenoid dan saponin. Dengan itu, limau purut, terutama daunnya, berkhasiat sebagai perangsang dan penyegar kulit.
Oleh Nurmawati Syakroni
L
imau purut dengan nama saintifiknya Citrus hystrix yang terkenal sebagai bahan masakan, juga mengandungi banyak khasiat perubatan. Antaranya ia sesuai digunakan bagi merawat kulit bersisik dan mengelupas. Kulit bersisik yang dimaksudkan bukan masalah kulit yang ada kaitan dengan penyakit kulit kronik seperti psoriasis atau ekzema, sebaliknya merujuk kepada masalah kulit biasa yang boleh dirawat tanpa memerlukan ubat khusus. Kemampuan limau purut merawat kulit bersisik dan mengelupas dipercayai ada kaitan dengan kandungan bahan aktif tertentu di dalamnya. Limau purut memang diketahui mengandungi pelbagai bahan aktif berguna, termasuk tanin, triterpenoid dan saponin. Dengan itu, limau purut, terutama daunnya, berkhasiat sebagai perangsang dan penyegar kulit. Selain mengatasi kulit bersisik dan mengelupas, limau purut boleh digunakan bagi merawat rambut berbau serta menyegarkannya. Tumbuhan dari famili Rutaceae ini juga banyak digunakan dalam rawatan tradisional sebagai bahan merawat selesema, lemah badan dan menghilangkan keletihan. Mengikut amalan tradisional, buah limau purut dibelah menjadi di antara dua dan empat bahagian lalu digosokkan pada kulit bersisik.
4
D’HERBA Mac 2007
Bagi mengatasi rambut berbau dan menyegarkannya, air perahan buah limau purut dibasahkan pada rambut setelah disyampu, kemudian bilas dengan air biasa. Bagi mengatasi selesema, lemah badan dan menghilangkan keletihan, air perahan dua atau lebih buah limau purut dicampurkan dengan air masak, lalu diminum tiga kali sehari. Bagaimanapun, keberkesanan amalan tradisional ini banyak bergantung kepada kekerapan penggunaannya dalam tempoh tertentu. D’HERBA
InfoProduk
Limau purut?
L
imau purut adalah tumbuhan yang mempunyai sifat fizikal tersendiri. Daunnya majmuk dengan sebahagian tangkai melebar menyerupai anak daun. Helaian anak daun berbentuk bulat telur atau lonjong. Permukaan atasnya berwarna hijau tua dan agak berkilat, manakala permukaan bawah berwarna hijau muda atau hijau kekuningan. Ia mengeluarkan bau wangi jika diramas. Bunganya pula berbentuk bintang dan berwarna putih kemerahan atau kekuningan. Buahnya berbentuk bulat telur dengan kulit hijau berkerut dan berbonggol. Buah limau purut agak masam dan pahit. D’HERBA
Halia hutan rawat psoriasis & ekzema Diluluskan Kementerian Kesihatan MAL 06070088K
K
Tumbuhan dari famili Rutaceae ini juga banyak digunakan dalam rawatan tradisional sebagai bahan merawat selesema, lemah badan dan menghilangkan keletihan.
ini kepakaran saintifik berjaya mengesahkan sejenis tumbuhan halia dari keluarga Zingiberaceae, iaitu halia hutan, mempunyai kemampuan luar biasa dalam merawat penyakit kulit psoriasis dan ekzema. Tumbuhan ini dikesan mengandungi sebatian aktif oleh pakar tempatan bagi membolehkannya diproses sebagai penawar bagi kedua-dua penyakit kulit berkenaan. Berbanding ekzema, psoriasis adalah sejenis penyakit kulit lebih kronik dengan tompok kemerahan dan bersisik putih-perak. Penemuan berkenaan adalah hasil penyelidikan sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diketuai Prof Dr Azimahtol Hawariah Lope Pihie. Kajian di Makmal Endokrin Molekul dan Kanser, UKM menggunakan teknologi moden yang digabungkan dengan kepakaran serta pengetahuan teknikal, berjaya membuktikan secara saintifik bahawa herba itu memang mengandungi manfaat perubatan tinggi untuk merawat psoriasis dan ekzema. Kini penemuan itu dikeluarkan dalam bentuk produk siap dikenali ‘Krim Psorcare’ yang dihasilkan daripada 100 peratus ekstrak halia. Krim itu bertindak dengan cara membunuh sel psoriasis menerusi kaedah apoptosis, iaitu sel membunuh diri secara berprogram. Ia hanya perlu disapu pada bahagian dijangkiti psoriasis atau ekzema dan tidak mendatangkan kesan sampingan walaupun digunakan secara kerap serta tidak berbahaya bagi kanak-kanak dan ibu mengandung. Untuk membeli produk ini, sila lihat muka 27. D’HERBA
D’HERBA Mac 2007
5
SegarBugar “FASAL PADA MENYATAKAN SUATU PENYAKIT TUJUH NAMANYA PADA PEREMPUAN TURUN PUTEH-PUTEH” – ‘Buku Perubatan Ubat Melayu’ ditulis sebelum 1886 yang kini dikesan berada dalam simpanan dan menjadi hakmilik Persatuan Farmaseutikal Great Britain.
Manjakani
Atasi berdasarkan ramuan kitab tua
P
enyakit keputihan (leukorrhea) boleh mendatangkan ketidakselesaan peribadi terhadap wanita dan menjejaskan hubungan kelamin suami isteri. Selain menggunakan produk siap yang boleh didapati di pasaran, penyakit ini boleh diubati dengan pelbagai ramuan tradisional yang telah diamalkan sejak turun temurun. Antaranya ialah ramuan yang dicatatkan di dalam sebuah kitab tua mengenai rahsia perubatan Melayu dikenali sebagai ‘Buku Perubatan Ubat Melayu’. Kitab berkenaan ditulis sebelum 1886 dan dikesan berada dalam simpanan dan menjadi hakmilik Persatuan Farmaseutikal Great Britain. Ramuan lama D’HERBA berjaya mengesan kewujudan kitab terbabit dan memperolehi maklumat lengkap mengenai pelbagai ramuan
6
D’HERBA Mac 2007
herba berasaskan tradisi perubatan Melayu itu. Kitab bertulisan Jawi itu mengandungi 543 preskripsi membabitkan pelbagai campuran ramuan herba bertujuan mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit yang dihadapi lelaki, wanita dan kanak-kanak. (Maklumat lanjut mengenai kitab berkenaan disiarkan di muka 46) Kitab menggunakan bahasa Melayu lama itu turut mengandungi pelbagai ramuan bagi mengatasi penyakit keputihan yang dibahagikan kepada beberapa fasal. Antaranya fasal yang menyebut, “FASAL PADA MENYATAKAN SUATU PENYAKIT TUJUH NAMANYA PADA PEREMPUAN TURUN PUTEH-PUTEH”. (Ini adalah bahasa dan ejaan asal yang dipetik daripada versi terjemahan bahasa Inggeris kitab berkenaan). Preskripsi berkenaan dipercayai merujuk kepada penyakit keputi-
han yang banyak dialami kaum wanita kerana pada satu preskripsi lain, kitab itu menyebut, “…SEBAGAI KALAU TURUN PUTEHPUTEH ITU BUSUK BAUNYA.” Pati kunyit Di sini diperturunkan beberapa ramuan dari kitab berkenaan beerrtujuan mengatasi penyakit keputihan. Nama herba dikekalkan mengikut nama asal yang ditulis di dalam kitab terbabit. Pada Fasal 110, kitab itu mencatatkan bahawa penyakit keputihan boleh diatasi dengan menggunakan mengkudu hutan dan pati kunyit. Caranya ialah mengambil tujuh biji mengkudu hutan dan keluarkan isinya. Kemudian campurkan dengan pati kunyit. Minum ramuan itu selama tiga pagi berturut-turut. Pada Fasal 290, kitab itu mencatatkan bahawa penyakit keputihan boleh dihilangkan menerusi ramuan yang
InfoProduk
Manjakani Pada Fasal 295, kitab berkenaan mencatatkan bahawa penyakit keputihan juga dapat diatasi dengan menggunakan ramuan manjakani yang dicampurkan dengan gaharu, kapur barus dan ibu kunyit. Caranya ialah dengan mengambil sedikit manjakani, gaharu, kapur barus dan sebuku ibu kunyit. Lumatkan semua bahan berkenaan sehingga menjadi halus, kemudian perah untuk mendapatkan pati atau menjadi jus. Minum ramuan berkenaan selama tiga pagi berturut-turut. Semua ramuan tradisional berasaskan kitab lama itu dipercayai mampu mengatasi penyakit keputihan di kalangan wanita jika diamalkan secara betul dan konsisten. D’HERBA
&A
IN E
AL
IC
. Qualified Reference .
RB
Air mawar Satu lagi ramuan bagi mengatasi keputihan ialah dengan menggunakan hempedu kambing hitam, kapur barus, cendana janggi dan air mawar. Ini dicatatkan pada Fasal 292 kitab berkenaan. Caranya ialah ambil sebiji hempedu kambing hitam, sedikit kapur barus dan cendana janggi lalu gosokkan di atas batu berpermukaan kasar dengan air mawar. Kemudian gaulkan semua hasil ramuan itu sehingga benar-benar berbaur dan perah bagi mendapatkan airnya. Minum air perahan berkenaan untuk tempoh tiga hari berturut-turut.
ATA RAW N ALTE R
. Rujukan Berwibawa .
TM
HE
Kapur barus Pada priskpsi lain dalam Fasal 291, kitab berkenaan mencatatkan bahawa penyakit keputihan dapat diatasi dengan menggunakan ramuan ibu kunyit, kalambak, kayu manis, pisang masak dan kapur barus. Ambil sejumlah besar ibu kunyit, kopekkan pisang masak, sedikit kayu manis dan kapur barus lalu gaulkan semuanya sehingga lumat menggunakan air suam. Sapukan pada perut dan punggung.
A&
TIF NA
HE RB
menggabungkan pijar dan gula batu. Kedua-dua bahan berkenaan mestilah dalam timbangan yang sama berat. Hancurkan kedua-duanya dan larutkan di dalam air suam. Minum air ramuan berkenaan untuk tempoh tiga hari berturut-turut.
LT E R N ATI V E M
ED
M a h k o t a Beautiful Mahkota Beautiful
T
eknologi ‘Far Infrared Rays’ (FIR) sudah menjadi sebutan ramai pengguna, terutama kerana kemampuan dan keberkesanannya dalam meningkatkan serta mengekalkan kesihatan dan kecantikan wanita. Sebelum ini, teknologi itu dikaitkan dengan pakaian dalam Premium Beautiful yang membantu pembentukan kontur badan wanita. Kini teknologi FIR, buat kali pertama di pasaran, dimanfaatkan bagi menghasilkan produk anak tudung. Produk yang menjadi pelengkap bagi penjagaan kesihatan dalaman wanita itu sudah diakui di seluruh dunia dari segi keberkesanannya dalam meningkatkan serta mengekalkan kesihatan dan kecantikan wanita. Antara keistimewaan produk ini ialah ia membantu menghilangkan sakit kepala, migrain dan sakit mata serta mengaktifkan sel otak yang menyumbang kepada peningkatan kecerdesan minda (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ). Ia juga membantu memulihkan dan mengekalkan pertumbuhan akar rambut, sekali gus melindungi rambut daripada kesan percemaran alam yang kini semakin kronik. Lebih daripada itu, produk ini turut membantu mengaktifkan sel badan dan meningkatkan metabolisme serta membaiki aliran darah dari kepala. Mahkota Beautiful juga dapat mencantikkan kulit dan mewujudkan rasa selesa, nyaman serta segar kepada pemakainya. Pertanyaan atau pembelian produk ini boleh dibuat menerusi Puan Azie Ilham di talian 012-9783769. D’HERBA
D’HERBA Mac 2007
7
Teraju
Ismadi Zawawi Award Life Beauty Marketing
Rahsia sihat & cantik
di Award Life Beauty P
roduk Herba Kencana yang diformulasikan dan diedarkan Award Life Beauty Marketing adalah lahir daripada rentetan pengalaman peribadi pengasasnya sendiri dalam mengharungi derita serangan penyakit seawal usia 34 tahun. Pengasasnya, Ismadi Zawawi, berkata pada asalnya produk itu ditemui sebagai ‘pemakanan peribadi’ beliau sendiri sebelum dikeluarkan sebagai produk siap dan dipasarkan kepada umum. Menceritakan pengalamn getir itu kepada D’HERBA, Ismadi berkata, pada usia 34 tahun beliau disahkan pakar perubatan menghidapi hipertensi atau darah tinggi, batu karang dalam buah pinggang, jantung mengembang melebihi saiz asal, asid urik dan kolestrol berlebihan, gastrik dan kebas anggota badan. “Pasa usia semuda itu, situasi sedemikian memberi tekanan emosi kepada saya. Saya seolah-olah sukar menerima hakikat itu. “Semua penyakit itu seolah-olah meragut lebih 60 peratus kehidupan yang saya jalani selama ini,” katanya. Sejak itu juga, beliau sentiasa memikirkan bagaimana untuk menerima
8
D’HERBA Mac 2007
kenyataan menghidap hipertensi dan apakah kaedah rawatan terbaik bagi memulihkan tahap kesihatannya kepada sedia kala. Komplikasi Langkah pertama beliau ialah mengamalkan pengambilan ubat yang disyorkan doktor perubatan secara berjadual. “Alhamdulillah, tekanan darah saya kembali normal. Tetapi selepas kira-kira enam bulan mengamalkan ubat disyorkan doktor, saya terpaksa pula berdepan dengan komplikasi lain. “Pening kepala, keletihan melampau, kebas sebelah kiri badan, tidak boleh berdiri lama, terutama di bawah panas matahari, lemah tenaga batin, pendiam, berpeluh sebelah badan, penghadaman tidak lawas, penglihatan jadi kabur, gastrik, sukar tidur, lenguh anggota badan dan saluran darah di leher berasa tegang. “Dalam mengharungi suasana hidup sedemikian, saya hanya dapat berasakan ‘mati bakal mendatang’. Gaya hidup yang terpaksa saya lalui juga amat mengecewakan,” katanya. Justeru, bagi memulihkan komplikasi itu, beliau membelanjakan ribuan ring-
git mencuba dan mengamalkan banyak produk pemakanan kesihatan yang ada di pasaran, tetapi tidak memberi kesan memuaskan sebagaimana beliau harapkan. Dengan itu, mahu tidak mahu, Ismadi terpaksa terus bergantung sepenuhnya kepada ubatan berjadual yang disyorkan doktor. “Saya kecewa dan amat putus asa,” katanya mengimbas kembali pengalaman lalu. Bertemu penawar Bagaimanapun, akhirnya tiba juga detik Allah swt menserasikannya dengan penawar yang dicari apabila beliau dipertemukan dengan seorang lelaki yang pada tanggapannya memiliki keistimewaan tersendiri. Lelaki itulah yang mendedahkan rahsia perubatan herba berasaskan amalan tradisional kepadanya sehingga terumus ramuan yang berjaya memulihkan Ismadi daripada komplikasi kesihatan sehingga hari ini. “Rupa-rupanya hamba Allah ini ‘dihantar’ oleh Allah swt kepada saya untuk memberi nafas baru dalam hidup saya. “Dialah guru yang mengajar saya bagaimana menyelesaikan konflik
Rasional Award Life Beauty:
Lagi mengenai Herba Kencana di muka 27.
Daripada sihat, lahirlah cantik T
ujuan asal penghasilan produk Herba Kencana berasaskan beberapa herba terpilih ialah sebagai pemakanan kesihatan bagi menghapuskan komplikasi akibat penyakit yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pengambilan ubat moden secara berjadual. Antara herba yang menjadi bahan asas produk ini ialah bunga pakma dan pelbagai bungaan serta buahan herba lain seperti tengkuk biawak, cengkih, bijirin hitam, mengkudu dan hempedu bumi. Bagaimanapun menurut Pengasasnya, Ismadi Zawawi, berdasarkan pengalamannya sendiri serta individu lain, termasuk wanita yang menggunakan produk itu, ia didapati menghasilkan impak istimewa terhadap kecantikan. Ini tidak mustahil kerana kecantikan hanya akan terhasil dan lebih menyerlah jika diri fizikal serta mental seseorang sentiasa dalam keadaan sihat. Dalam amalan tradisional, bunga pakma sendiri banyak digunakan bagi mengempiskan perut dan melangsingkan badan. Ia juga digunakan dalam
"...Wanita memang sentiasa mendambakan kecantikan, tetapi lelakilah yang lebih mengetahui makna sebenar kecantikan wanita. " - Ismadi rawatan ibu lepas bersalin bagi mencuci rahim dan memulihkan bentuk tubuh agar kembali seperti anak dara. Air rebusan bunga pakma juga diminum selepas haid untuk menjaga kesihatan wanita. Herba lain yang terkandung di dalam produk ini juga, kata Ismadi, akan membolehkan berlakunya proses pembersihan dalaman di kalangan wanita yang menggunakannya. Ia juga berfungsi melindungi kulit daripada kedutan, sekali gus menjadikan kulit lebih licin, cerah dan lembut serta melambatkan kesan penuaan. “Memang tujuan asal saya adalah menghasilkan produk pemakanan kesihatan bagi menghapuskan komplikasi akibat penyakit yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pengambilan ubat moden secara berjadual.
“Tetapi ramai pengguna, termasuk wanita, menyatakan produk ini membantu menghasilkan kecantikan paras rupa dan bentuk badan. Saya sendiri terkejut,” katanya. Berikutan itu jugalah, menurutnya, produk berkenaan dipasarkan atas jenama yang ada kaitan dengan kecantikan. Bercakap mengenai kecantikan sedangkan beliau yang merumuskan ramuan produk itu adalah lelaki, Ismadi berkata, wanita memang sentiasa mendambakan kecantikan tetapi lelakilah yang lebih mengetahui makna sebenar kecantikan wanita. D’HERBA
kesihatan dan emosi saya selama ini. Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi,” katanya.
masalah kesihatan sepertimana yang pernah saya alami dan bagi mereka yang mementingkan kesihatan,” katanya.
Kelulusan Sejak itu, Ismadi juga dinasihatkan beberapa rakan yang amat arif dengan keadaan kesihatannya sebelum itu bahawa ‘kamu sekarang telah menemui emas, sebarkanlah nilainya kepada manusia lain, semoga mereka mendapat manfaat bermakna sepertimana kamu’. Atas nasihat itu jugalah beliau mengorak langkah memohon kelulusan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan formula ramuan perubatan herbanya dikeluarkan dan diedarkan secara sah sebagai produk siap. Walaupun ramuan penawar itu masih menjadi rahsia Award Life Beauty Marketing yang berpejabat di Pasir Putih, Kelantan, menerusi penghasilan produk siap, hasil ramuan itu kini dikongsi den-
Kekalkan ubat doktor Bagaimanapun beliau menasihatkan pengguna Herba Kencana, terutama yang sudah lama bergantung kepada ubat yang disyorkan doktor perubatan agar tidak berhenti mengambil ubat preskripsi itu. "Pada masa sama, gunakanlah produk Herba Kencana untuk menghapuskan komplikasi akibat penyakit yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pengambilan ubat moden secara berjadual," katanya. Untuk membeli produk Herba Kencana, sila lihat mukasurat 27 atau hubungi 019-6130160. Untuk menjadi pengedar, sila hubungi talian 09-7528288 atau 017-9379228 (Ismadi Zawawi). D'HERBA
ISMADI... inilah hasil pengalaman getir.
gan orang ramai yang masih tercari-cari penawar mujarab bagi masalah kesihatan masing-masing. “Setelah mendapat kelulusan itu, saya persembahkan sedikit hasil usaha saya yang tidak seberapa ini untuk dimanfaatkan mereka yang mengalami
D’HERBA Mac 2007
9
HerbaUtama
misai berubat Kaedah pembiakan dan penanaman di muka 30
10
D’HERBA Mac 2007
Info
Nama popular: Misai kucing Nama saintifik: Orthosiphon aristatus / Orthosiphon stamineus
Nama lain: Kumis kucing (Indonesia), kidney tea dan Java tea (Eropah). Famili: Lamiaceace
M
isai kucing kini muncul antara tumbuhan herba berpotensi besar bagi tujuan komersial dalam bentuk produk siap. Ini kerana selain mudah ditanam dan dibiakkan serta cepat matang untuk dituai, ia terbukti secara saintifik mengandungi bahan aktif yang mampu merawat masalah kesihatan berkaitan buah pinggang serta sistem saluran kencing (urinary system). Selain popular sebagai herba untuk mencegah dan merawat batu karang, ia dipercayai mampu melegakan pelbagai gejala penyakit lain, termasuk darah tinggi, gout dan kencing manis. Kini pelbagai jenama produk siap berasaskan misai kucing boleh ditemui di pasaran. Bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati dalam memilih produk benar-benar berkualiti, berkesan, tulen serta selamat. Identiti Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon aristatus / Orthosiphon stamineus adalah tumbuhan herba
Perubatan
D
alam perubatan tradisional, misai kucing dipercayai mengandungi unsur anti alahan dan anti radang. Ia biasanya digunakan untuk merawat batu karang, gout, kencing manis, sakit sendi, sengal tulang dan masalah pundi kencing. Bahagian pokok yang banyak digunakan bagi tujuan perubatan ialah daunnya. Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa penyelidik syarikat farmaseutikal antarabangsa, mendapati misai kucing mengandungi bahan aktif tertentu, termasuk cirsimaritin, cryptoxanthin, tetramethoxyflavone, inositol, myo-
dari famili Lamiaceace. Ia turut dikenali dengan nama lain, termasuk kumis kucing (Indonesia), kidney tea dan Java tea (Eropah). Herba ini dikenali sebagai Java tea kerana suatu masa dahulu ia dibawa pulang ke Eropah oleh Belanda yang menjajah Indonesia. Nama kidney tea pula popular di Eropah kerana masyarakat benua itu mendapati ia amat mujarab untuk merawat masalah yang ada kaitan dengan batu karang, buah pinggang dan sistem saluran kencing. Fizikal Misai kucing adalah tumbuhan herba renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga kira-kira 1.5 meter. Batangnya berwarna hijau keperangan dan sedikit berbulu. Daunnya pula bersaiz kecil dan tirus berwarna hijau kebiruan dengan corak bergerigi di bahagian tepi. Bahagian paling menarik pada tumbuhan herba ini ialah bunganya. Bentuk bunganya amat unik. Ia berwarna putih dengan jambak bertingkat. Bahagian inilah dikaitkan dengan namanya sebagai misai kucing. Kecantikan dan keunikan bunganya juga menyebabkan ramai gemar menjadikan tumbuhan herba ini sebagai tanaman hiasan.
inositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, salvigenin, essential oil, flavonoid, glucoside, mineral, phenylpropanoid, terpenoid dan salvigenin. Dari sudut farmakologi pula, misai kucing didapati mengandungi unsur
Kegunaan tradisional: Merawat batu karang, masalah sistem saluran kencing, sakit sendi, sengal tulang, darah tinggi, gout dan kencing manis. Bahagian yang digunakan: Daun
Penggunaan
S
elain menggunakan produk siap, khasiat perubatan herba misai kucing dapat dimanfaatkan dengan cara merendamkan daunnya di dalam air panas. Dua atau tiga helai daun misai kucing dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas dan tutup bekas itu hingga airnya menjadi suam. Kemudian minum airnya. Cara lain ialah dengan mengisar misai kucing yang telah dikeringkan. Kemudian ambil sesudu teh bahan yang telah dikisar itu dan kacaukan di dalam segelas air panas. Biarkan air itu menjadi suam lalu diminum. Ia boleh dicampurkan dengan madu. Herba ini juga dapat dimanfaatkan dengan menjadikan daun dan bunganya sebagai ulam atau daunnya digoreng dengan tepung. Amalkan pengambilan herba ini setiap pagi dan petang. Keberkesanannya banyak bergantung kepada tahap amalan yang konsisten. Pastikan juga aspek kebersihan sentiasa dititikberatkan ketika memetik dan menyediakan ramuan tumbuhan herba ini sebelum diminum atau dijadikan ulam sebagai satu ikhtiar penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan bagi mengelak sebarang gangguan kesihatan lain. D’HERBA
anti kulat, anti radang dan anti bakteria. Ujian klinikal yang pernah dibuat terhadap tumbuhan herba ini mendapati ia menampakkan kesan kepada kandungan air kencing selepas 12 jam atau 24 jam pengambilannya. D'HERBA
D’HERBA Mac 2007
11
SegarBugar
UNIK... Rupa genggam fatimah setelah direbus.
Genggam fatimah ketatkan rahim K
elonggaran otot rahim, terutama selepas melahirkan anak, boleh merencatkan hubungan kelamin dengan pasangan masing-masing. Justeru, ia perlu dirawat. Ada pelbagai kaedah biasa digunakan bagi membetulkan keadaan itu. Selain berurut, masalah ini boleh diatasi menerusi pengambilan herba tertentu – sebaik-baiknya setelah mendapat nasihat dokor atau pengamal perubatan berkelayakan. Jika bahan semulajadi menjadi pilihan, satu daripadanya ialah genggam fatimah. Amalan perubatan tradisional percaya tumbuhan ini dapat mengetatkan semula rahim yang longgar akibat proses melahirkan anak. Menurut pembekal tumbuhan berkenaan, Syed Ali Zuhari Syed Mohammad Noor Alam Shah, genggam fatimah hanya tumbuh di kawasan gunung berapi tidak aktif di Pulau Bengka, Sumatera dan Gunung Gui, China. Ia biasanya tumbuh seperti rumput dan mengembang serta beranak berdekatan kawasan kawah gunung berapi. “Kadang-kadang ia melekat pada batu yang ada tanah,” katanya kepada D’HERBA menjelaskan sifat dan kegunaan tumbuhan yang jarang dijumpai itu. Syed Ali Zuhari, dari Pulau Pinang, ditemui ketika memasarkan tumbuhan berkenaan di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini. Menurutnya, mereka yang pernah menggunakan tumbuhan itu mengakui ia mampu mengecutkan, merapatkan dan mengetatkan otot rahim menerusi pengambilan yang betul serta konsisten.
12
D’HERBA Mac 2007
Gambar bawah: Syed Ali Zuhari dan Anizah menunjukkan cara merebus genggam fatimah. Gambar sebelah: Genggam fatimah belum direbus
InfoProduk Genggam atau sanggul?
T
Gambar A
Gambar B
umbuhan yang dinamakan genggam fatimah ini (Gambar A) mungkin menimbulkan kekeliruan kerana wujud sejenis tumbuhan lain yang pada sesetengah orang atau tempat, juga dipanggil dengan nama sama atau hampir sama. Bagaimanapun, menurut Syed Ali Zuhari, berbanding genggam fatimah yang berasal dari Sumatera, sejenis tumbuhan lain itu (Gambar B) adalah berasal dari Mekah. Tumbuhan dalam Gambar B biasanya lebih dikenali dengan nama sanggul fatimah. D’HERBA
Ini diakui sendiri isterinya, Anizah Omar yang berpengalaman menggunakan genggam fatimah. Syed Ali Zuhari berkata, selain mengetatkan rahim, tumbuhan itu mampu membantu mengatasi masalah lain yang banyak dialami wanita, termasuk senggugut, keputihan dan ketidaksuburan. Ia juga dipercayai membantu membetulkan kitaran haid, merawat luka dalaman dan mengempiskan perut, sekali gus melangsingkan tubuh. Bagaimanapun, wanita hamil dilarang mengambil genggam fatimah. Selain wanita, lelaki boleh menggunakan genggam fatimah untuk pencegahan dan rawatan kesihatan, termasuk yang ada hubungan dengan gout. Ini kerana genggam fatimah dipercayai mampu berfungsi menyingkirkan toksin di dalam badan. “Sesetengah orang mungkin berasa pening ketika baru mengambil air rebusan genggam fatimah. “Ini mungkin kerana bahan berkenaan sedang membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam badan,” katanya. Menurut Syed Ali Zuhari, genggam fatimah juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghilangkan kebas kaki dan tangan, membuang angin dalan badan, melawaskan kencing dan air besar, sekali gus membuang lemak dalam badan. Bagaimanapun beliau mengingatkan agar tidak meminum terlalu banyak air rebusan genggam fatimah kerana boleh menyebabkan sukar tidur. Beliau menjual tumbuhan itu pada harga RM10 untuk tiga pokok atau kelopak. Mereka yang berminat menjadi pengedar juga boleh menghubungi talian 012-5615391 atau 066470097. D’HERBA Cara rebus genggam fatimah di muka 64
Lady’s Spring bantu wanita
jalani kehidupan sihat
S
ekurang-kurangnya lima masalah kesihatan kerap dialami wanita - kelonggaran rahim dan vagina selepas melahirkan anak, dingin seks, kurang tenaga, keputihan dan haid tidak teratur. Sebahagian masalah itu, selain mengganggu rutin harian, turut merencatkan hubungan kelamin dengan pasangan masing-masing. Produk Lady’s Spring yang dirumus khusus berasaskan herba, bertujuan membantu menguatkan serta membersihkan bahagian dalam rahim serta saluran peranakan wanita, terutama selepas bersalin. Lebih daripada itu, ia berfungsi menguatkan dan menegangkan otot vagina serta rahim, membaiki kitaran haid serta mengatasi keputihan. Lady’s Spring juga dirumus bagi mengurangkan dan menghilangkan lendir berlebihan apabila bersama pasangan serta meningkatkan keinginan seks dan menguatkan tenaga ketika hubungan kelamin. Selain itu, ia dihasilkan bertujuan merawat sendi, menghilangkan lenguh dan menjadikan badan berasa lebih ringan serta bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Produk ini tidak disyor diambil ketika haid dan dilarang bagi wanita hamil. Mereka yang berminat menjadi pengedar atau membeli produk ini sila lihat mukasurat 39. D’HERBA
D’HERBA Mac 2007
13
'dewa'
Itisi
Penawar daripada
'DEWA' yang dimaksudkan ialah tumbuhan berubat mahkota dewa. Jika benar ia ‘ajaib’ dari segi perubatan sebagaimana dianggap ramai orang yang mengenalinya, nama tumbuhan ini sahaja sudah cukup untuk menggambarkan keajaiban itu. Itu belum mengenai khasiatnya. Khasiatnya yang pelbagai dikatakan sudah cukup untuk menjadikan mahkota dewa sebagai antara musuh paling digeruni banyak jenis penyakit, terutama yang ditarafkan sebagai kronik serta punca utama kematian. Mari kita selami sebahagian info mengenai tumbuhan berubat ini. - Editor
Fizikal
M
ahkota dewa adalah sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga lima meter. Ia mengeluarkan buah berwarna hijau ketika muda dan merah menyala apabila matang. Selain buahnya yang menarik, jaringan dahan dan daunnya menjadikan mahkota dewa juga cantik sebagai tanaman hiasan.
Mahkota dewa bermula di istana
B
erasal dari kepulauan Papua, tumbuhan asli Indonesia ini dibawa masuk ke dalam budaya hidup masyarakat istana atau keraton. Pada zaman lampau, hanya keraton Mangkunegara di Solo dan keraton di Yogjakarta mengetahui rahsia khasiat mahkota dewa. Di dua istana itulah fungsi mahkota dewa sebagai bahan penawar, dikenal pasti dan dimanfaatkan sejak berkurun lama sebelum ‘rahsia’ itu terbongkar kepada masyarakat umum. Menurut sumber lisan dan bertulis, kedua-dua istana itu menggunakan mahkota dewa bagi tujuan merawat pelbagai masalah kesihatan, termasuk sakit jantung, ketumbuhan, kencing manis, hepatitis, darah tinggi dan penyakit kulit. Malah perajurit zaman silam digalakkan memakan buah mahkota dewa sebelum ke medan perang agar menjadi lebih sihat dan kuat. D’HERBA
Khasiat Di Indonesia sendiri, penawar mahkota dewa masih dianggap ‘pendatang baru’ dalam dunia perubatan herba. Walaupun baru, ia menimbulkan ‘kejutan’ kerana kemujarabannya dilaporkan luas biasa. Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selesema dan insomnia. Apa paling menarik ialah kemampuan mahkota dewa menangani kanser. Berdasarkan pengalaman pengguna, ia dikesan dapat menyekat pertumbuhan sel kanser, sekali gus membantu penghidap berkenaan. Bagaimanapun, tumbuhan ini tidak digalakkan digunakan wanita hamil. Buahnya juga dikatakan beracun dan jika dimakan mentah, boleh menyebabkan alahan, terutama pada kanak-kanak. D’HERBA
14
D’HERBA Mac 2007
Info: Nama popular: Mahkota dewa Nama lain: Pusaka dewa, buah dewa, umbi dewa, beluntas cina dan semalakama Nama saintifik: Phaleria papuana Famili: Thymelacea Bahagian yang digunakan: Hampir semua bahagian pokok, termasuk buah
Myherbs Farm Sdn Bhd membekalkan secara eksklusif:
'mahkota dewa' (Phaleria papuana)
Myherbs bekal mahkota dewa
M
• Dalam bentuk kering • Serbuk ekstrak (powder extract)
yherbs Farm Sdn Bhd (Myherbs) yang berpengalaman mengeluarkan produk serta membekalkan bahan mentah herba, kini turut membekalkan mahkota dewa kepada mana-mana pihak berminat menghasilkan produk berasaskan bahan itu. Pengurus Besarnya, Azizul Azmi Abdul Rani, berkata syarikatnya membekalkan buah mahkota dewa yang sudah dikeringkan dan dalam bentuk serbuk ekstrak (extract powder). “Kami membekalkan mahkota dewa dalam kuantiti banyak (bulk) kepada mana-mana pengusaha herba yang berminat menghasilkan produk berasaskan bahan ini. “Kami hanya membekalkan bahan mentah mahkota dewa, bukan produk siap berasaskannya. Kami tidak mengeluarkan produk daripada mahkota dewa,” katanya kepada D’HERBA ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, Myherbs juga sedia memformulasikan produk herba berasaskan mahkota dewa untuk dikomersilkan mana-mana pengusaha berminat. Selain mahkota dewa, syarikat itu membekalkan daun kari, daun limau purut, daun misai kucing, daun serai wangi, mas cotek, mengkudu hutan, daun kesum, serbuk serai, hempedu bumi, kacip fatimah dan tongkat ali. Myherbs boleh dihubungi di talian 012-2888400 atau 03-82100800 (Azizul Azmi). D’HERBA
Lagi mengenai mahkota dewa dalam D'HERBA keluaran depan Rencana kali ini sekadar pengenalan awal kepada mahkota dewa. Banyak lagi maklumat menarik yang perlu dan patut anda tahu mengenai pokok 'ajaib' ini. D'HERBA akan menyiarkan lebih banyak info berguna mengenai tumbuhan berubat ini pada keluaran depan. Antara lain, kami akan memperincikan info mahkota dewa dari sudut kandungan bahan aktif yang dikesan mempunyai fungsi pencegahan dan penyembuhan. - Editor
Myherbs Farm Sdn Bhd berpengalaman dalam: • Pembekalan bahan mentah • Pengilangan kontrak (contract manufacturing) - formulasi, pengisaran (grinding), uncang teh, kordial herba dan air minuman herba • Penyelesaian pembungkusan herba • Pengeluar produk 'Bio Aktif'
Kami juga membekalkan bahan mentah herba/ ekstrak: . Daun kari . Daun limau purut . Daun misai kucing . Daun serai wangi . Mas cotek . Mengkudu hutan . Daun kesum . Serai serbuk . Hempedu bumi . Jus limau . Kacip fatimah . Tongkat ali . Dan lain-lain (atas permintaan)
Myherbs Farm Sdn Bhd www.myherbs-farm.com Lot 802A, Diamond Complex, Bangi Business Park Jalan Medan Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Tel: 603-8210 0800 Fax: 603-8922 3579
H/Phone: 012-2888400 (Azmi) 15 D’HERBA Mac 2007 Email: azmi@myherbs-farm.com
Itisi
Dari titisan susu raja rimba, tumbuhlah…
M
encarinya bukan kerja mudah. Ini kerana anda perlu menyelinap ke tengah hutan belantara yang menjadi tempat harimau berkeliaran. Itulah kulat susu harimau yang dipercayai dalam amalan perubatan tradisional, mempunyai banyak khasiat perubatan. Namanya sudah cukup menggerunkan – kulat susu harimau. Ia bukan kulat (cendawan) biasa yang boleh ditemui di mana-mana pasar basah atau pasar tani. Sebaliknya, kulat ini dipercayai terhasil daripada titisan susu harimau ketika menyusukan anak. Dan anda pun tahu – harimau tidak menyusukan anak di atas Jalan Tunku Abdul Rahman di tengah bandar raya Kuala Lumpur atau mana-mana lokasi seumpamanya. Jadi, untuk mencari kulat ini, anda perlu menyelinap masuk ke kawasan habitat raja rimba itu di tengah hutan belantara. Dan jika benar kulat ini terhasil daripada titisan susu harimau - yang memang terkenal sebagai haiwan paling kuat dan gagah perkasa - anda sendiri boleh membayangkan khasiat serta ‘kekuatan’ tumbuhan berkenaan, terutama dari sudut perubatan. Menurut pengamal perubatan tradisional, Roslan Mamat, ketika menyusukan anak, titisan susu ibu haiwan itu mungkin tumpah di atas daun atau tanah. “Kalau anak dia tak jilat atau hisap semula susu tu, dalam tempoh tertentu, akan tumbuh menjadi kulat. Sebab itu orang panggil kulat susu harimau,” katanya kepada D’HERBA ketika ditemui, baru-baru ini. Untuk mencarinya, menurut Roslan, ia lebih mudah pada malam hari kerana
16
D’HERBA Mac 2007
Kulat susu harimau
Dan jika benar kulat ini terhasil daripada titisan susu harimau - yang memang terkenal sebagai haiwan paling kuat dan gagah perkasa - anda sendiri boleh membayangkan khasiat serta ‘kekuatan’ tumbuhan berkenaan, terutama dari sudut perubatan. kulat ini lebih tampak bersinar keputihan berbanding siang hari. “Nak cari (kulat susu harimau), kena cari waktu malam sebab ‘payungnya’ mudah nampak bersinar putih. "Ia tidak mudah ditemui dan sudah tentulah kena cari di kawasan yang ada harimau,” katanya. Menjelaskan mengenai kulat terbabit,
beliau berkata. ia sejenis kulat yang unik berbanding kulat biasa. Menurutnya, jika dipotong atau dibelah, bahagian dalam kulat ini lebih lembut berbanding kulat biasa. Bagaimanapun, katanya, jika disimpan lama tanpa penjagaan betul atau tidak ditutup, kulat ini mudah rosak atau dimakan bubuk. D’HERBA
Rawat payudara
dengan kulat susu harimau
M
PERDU... bahagian inilah paling banyak digunakan dalam amalan perubatan tradisional Melayu. Perdu kulat susu harimau biasanya ditemui berbaur dengan tanah bukit.
enurut pengamal perubatan tradisional, Roslan Mamat, bahagian paling banyak digunakan dalam amalan perubatan tradisional Melayu pada kulat susu harimau ialah perdunya (gambar sebelah). Beliau mengakui kulat susu harimau adalah antara bahan perubatan yang banyak digunakan dalam tradisi perubatan tradisional itu, termasuk bagi merawat barah payu dara. Roslan sendiri pernah merawat pesakit yang menghadapi masalah kesihatan sedemikian menggunakan kulat susu harimau dan berjaya pulih. Menurutnya, kulat berkenaan adalah sejenis tumbuhan yang dikelaskan oleh amalan perubatan tradisional sebagai 'bersifat sejuk’. “Jadi, penyakit yang sesuai dirawat menggunakan kulat susu harimau ialah penyakit bersifat panas,� katanya. Biasanya pengamal perubatan tradisional tahu bagaimana mengenal pasti dan mengkelaskan di antara penyakit bersifat sejuk dan penyakit bersifat panas. Sementara itu, D'HERBA difahamkan belum ada mana-mana badan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini menjalankan kajian terhadap kulat susu harimau. D’HERBA
Note: Lagi mengenai kulat susu harimau dalam D'HERBA keluaran depan.
INTI Kulat ini dipercayai terha1 sil daripada titisan susu harimau ketika menyusukan anak.
Jika dipotong atau dibelah, 2 bahagian dalam kulat ini lebih lembut berbanding kulat biasa.
Bahagian paling banyak 3 digunakan dalam amalan perubatan tradisional Melayu UNIK... Bahagian bawah 'payung' kulat susu harimau.
pada kulat susu harimau ialah perdunya.
D’HERBA Mac 2007
17
TakTernama
Info:
“Dukung anak pecah batu�
18
D’HERBA Mac 2007
Nama popular: Dukung anak Nama saintifik: Phyllanthus niruri Famili: Euphorbiaceae Kegunaan tradisional: Merawat batu karang, demam kuning atau penyakit kuning, busung atau kembung air, jangkitan salur kencing, sakit urat atau lenguh badan, perut kembung, menjarakkan kelahiran anak, merawat ulser, luka, lebam atau bengkak dan batuk. Bahagian yang digunakan: Semua bahagian pokok
D
i Malaysia, dukung anak belum dikomersilkan secara besar-besaran. Tidak banyak tumbuhan herba ini dihasilkan sebagai produk siap. Ia hanya popular sebagai bahan perubatan oleh bomoh dan bidan kampung dalam amalan perubatan tradisional. Namun di beberapa bahagian dunia seperti Amerika Selatan dan India, kemampuan dukung anak dari sudut perubatan sudah diakui rakyat negara terbabit. Di negara berkenaan, herba ini dihasilkan dalam bentuk produk siap seperti tonik dan esktrak. Identiti Tumbuhan herba ini dipercayai berasal dari kawasan tropika. Sejak lama, terutama dalam amalan perubatan tradisional, ia banyak dikaitkan dengan kemampuannya memecahkan batu karang. Malah ia popular di kawasan Amazon sebagai herba ‘stone breaker’ (pemecah batu). Batu yang dimaksudkan ialah penyakit batu karang. Herba ini turut mendapat perhatian dunia sekitar 1980-an apabila kajian mendapati ia mengandungi unsur anti viral yang mampu merawat Hepatitis B. Fizikal Dukung anak adalah sejenis tumbuhan herba kecil yang tumbuh menegak dengan ketinggian biasa di antara 15 sentimeter dan 20 sentimeter. Bagaimanapun, sesetengahnya mampu mencecah 60 sentimeter. Dengan daunnya bersaiz kecil berwarna hijau, herba ini mempunyai batang bercabang serta berbunga kecil. Ia mudah tumbuh liar di sekitar rumah, taman, kawasan terbiar dan tepi jalan. Dukung anak mudah tumbuh dan membiak menerusi biji benih daripada pokok yang telah matang berusia di antara dua bulan hingga tiga bulan. Biasanya herba ini mampu ‘menyesuaikan diri’ dengan apa juga keadaan persekitarannya. Namun bagi memastikan kesuburannya, ia lebih sesuai ditempatkan di kawasan redup dan tanah lembap serta mempunyai sistem saliran yang baik. Atas sifatnya sebagai tumbuhan liar, dukung anak tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia juga kurang mengha-
dapi masalah serangan serangga atau penyakit tumbuhan. Kajian mendapati ia sesuai dituai selepas berusia kira-kira dua bulan. Perubatan Dalam amalan perubatan tradisional, dukung anak banyak digunakan untuk merawat batu karang, demam kuning atau penyakit kuning, busung atau kembung air, jangkitan salur kencing, sakit urat atau lenguh badan dan perut kembung. Ia juga digunakan oleh bidan dan penduduk kampung sebagai ramuan selepas bersalin serta bagi tujuan menjarakkan kelahiran anak, merawat ulser, luka, lebam atau bengkak dan batuk. Semua bahagian pokok herba ini digunakan dalam amalan perubatan tradisional untuk pelbagai tujuan rawatan yang berkenaan. Kajian yang pernah dibuat syarikat farmaseutikal di Jepun dan Majlis Sains Negara Sri Lanka mendapati dukung anak mengandungi bahan aktif tertentu, termasuk geraniin, niruriside, phyllanthin, rutin, repandusinic, asid karbolik, kalsium oxalate, astragalin, cymene, asid ellagic, vitamin C, alkaloid, asid lemak dan phenolic. Dari sudut farmakologi pula, kajian mendapati dukung anak mengandungi unsur anti tumor dan anti viral. Pemerhatian klinikal yang pernah dibuat terhadap tumbuhan herba ini menunjukkan ia tidak mendatangkan kesan sampingan berbahaya kepada manusia.
Penggunaan Mengikut amalan perubatan tradisional, akar atau daun muda dukung anak biasanya dijadikan jus atau ekstrak bagi merawat batu karang dan menguatkan fungsi ginjal atau buah pinggang. Selain itu, daun dan akarnya dijemur hingga kering sebelum direbus dan air rebusan itu diminum tiga kali sehari selepas makan. Daunnya yang muda juga sering digunakan bagi merawat batuk, terutama di kalangan kanak-kanak. Daun dan batangnya, setelah dilumatkan, juga digunakan untuk menghilangkan ketidakselesaan akibat terkena ulat bulu. Bagi rawatan lepas bersalin, dukung anak dimanfaatkan dengan cara merebusnya bersama beberapa tumbuhan herba lain serta kulit kerang selama 44 hari. Air rebusan itu digunakan sebagai bahan mandian. Bagi mengatasi penyakit kuning, daun herba ini diambil ketika ia masih berkeadaan basah, kemudian digiling hingga lumat dan diperah hingga keluar air. Campurkan dengan susu kambing yang segar untuk diminum. Khasiat perubatan dukung anak juga sesuai dimanfaatkan dalam bentuk teh hijau, terutama bagi melindungi sel daripada gangguan pencemaran alam sekitar serta mengurangkan stres. Bagaimanapun, pastikan aspek kebersihan sentiasa dititikberatkan ketika memetik dan menyediakan ramuan tumbuhan herba ini bagi mengelak sebarang gangguan kesihatan lain. D’HERBA
D’HERBA Mac 2007
19
HerbaUtama
Apabila bumi menumbuhkan
hempedu...
Nama popular: Hempedu bumi Nama lain: Akar cerita, cengkam bumi Nama saintifik: Andrographis paniculata Famili: Acanthanceae Bahagian yang digunakan: Semua bahagian pokok 20
D’HERBA Mac 2007
Oleh Nurmawati Syakroni
Fizikal
H
empedu bumi lebih berupa tumbuhan semak dengan ketinggian di antara 50 sentimeter dan 90 sentimeter. Batangnya mempunyai banyak cabang berbentuk seakan empat segi. Daunnya tunggal bertangkai pendek dan tumbuh pada posisi berhadapan secara bersilang. Pangkal daun dan hujungnya meruncing, manakala tepi adalah rata. Bahagian atas daun berwarna hijau tua dan bahagian bawah pula hijau muda. Panjang daun tumbuhan ini ialah di antara dua sentimeter dan lapan sentimeter, manakala lebarnya di antara satu sentimeter dan tiga sentimeter. Ia juga mempunyai bunga berbentuk malai yang keluar dari hujung batang atau ketiak daun. Bunga kecil itu berwarna putih dengan sedikit ungu. Hempedu bumi turut mengeluarkan buah dengan ukuran panjang sekitar 1.5 sentimeter dan lebar 0.5 sentimeter. Pangkal dan hujung buah berbentuk tajam. Apabila masak, buah ini akan pecah membujur menjadi empat kepingan. Biji di dalamnya yang berwarna coklat muda, agak nipis dan kecil.
Bahan aktif Daun dan cabang hempedu bumi mengandungi lakton terdiri daripada deoksi-andrografolit, andrografolit (zat pahit), neu-andrografolit, 14-deoksi-11,12-didehidro-andrografolit dan homo-andrografolit. Tumbuhan ini juga mengandungi flavonoid, alkana, keton, aldehid, mineral (kalium, kalsium, natrium), asam kersik dan damar. Flavonoid banyak daripada akar, iaitu jenis polimetoksiflavon, andrografin, panikulin, mono-O-metilwithin dan apigenin-7 serta 4-dimetileter. Bahan aktif andrografolit terbukti berkhasiat bagi melindungi sel hati.
Khasiat Herba yang terkenal dengan rasa pahit ini juga mengandungi unsur anti bakteria dan anti radang. Dengan kandungan bahan aktif tertentu yang dikesan di dalamnya, ia dipercayai mampu meredakan demam, menghilangkan panas dalam badan dan menjadi penawar racun. Menerusi kaedah ramuan yang tepat, tumbuhan ini turut dipercayai mampu merawat hepatitis, jangkitan saluran hempedu, tipoid dan selesema, radang tonsil, radang paru-paru, radang saluran nafas, radang buah pinggang akut, radang telinga tengah dan radang usus. Ia juga dipercayai mampu merawat sakit gigi, malaria, kencing bernanah, kencing manis, batuk, asma, darah tinggi dan kusta. Malah dengan kandungan bahan aktif tertentu di dalamnya, hempedu bumi dipercayai dapat merawat keracunan akibat cendawan, ubi kayu dan makanan laut. Tumbuhan ini juga dipercayai berkeupayaan merawat kanser dan penyakit yang ada kaitan dengan kehamilan serta tumor.
Hempedu bumi
Habibat dan pembiakan Biasanya hempedu bumi tumbuh liar di tempat terbuka seperti kebun, tepi sungai, tanah kosong yang agak lembab atau pekarangan rumah. Ia tumbuh di dataran rendah di bawah 700 meter daripada aras laut. Tumbuhan berubat ini membiak menerusi biji benih atau keratan batang.
Penggunaan Hempedu bumi boleh dituai ketika ia berbunga. Bersihkan, kemudian potong kecil dan keringkan. Dalaman: Rebuskan di antara10 gram dan 20 gram hempedu bumi kering, kemudian giling sehingga halus menjadi tepung lalu campurkan dengan air. Minumlah persediaan herba berkenaan di antara tiga kali dan empat kali sehari. Bagaimanapun, lebih baik jika mendapatkan nasihat pakar perubatan herba atau doktor perubatan (medical doctor) terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesihatan semasa anda jika mahu menggunakan herba ini untuk kegunaan dalaman. Luaran: Untuk kegunaan luaran, rebuskan hempedu bumi yang masih segar. Gunakan air rebusan itu atau gilingkan herba ini sehingga halus. Tampalkan pada anggota badan yang sakit seperti digigit ular berbisa, gatal-gatal atau bisul.
Komersial Dengan pelbagai khasiat yang ada pada tumbuhan berubat ini, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersilannya patut ditingkatkan lagi.
D’HERBA Mac 2007
21
D'HERBA adalah direktori industri herba dan rawatan alternatif berbahasa Melayu dalam format majalah yang pertama seumpamanya.
''
Kami memberi makna baru kepada 'pembacaan majalah' Direktori Industri Herba dan Rawatan Alternatif Malaysia Malaysia Herbal and Alternative Medicine Industry Directory
Panduan penggunaan produk herba dan rawatan alternatif Info produk herba dan rawatan alternatif Panduan kecantikan dan kesihatan berasaskan herba dan rawatan alternatif
D
lua el &
r
d a ta n g akan ba r
R D'HE at k a f n -l y a m r menarik serta be
Maklumat peluang perniagaan dan pemasaran Berita R&D dan penemuan baru Pelbagai berita herba dan rawatan alternatif
D'HERBA kini boleh didapati di Hospimart Shoppe di hospital utama Lembah Klang: • Hospital Putrajaya • Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) • Hospital Pediatrik HKL • Hospital Selayang • Hospital Tunku Ampuan Rahimah (Klang) • Hospital Kajang.
Peningkatan imej industri
Pembiayaan industri
Pengiktirafan nasional dan antarabangsa
Rujukan berwibawa
dherba.com Pendidikan kepenggunaan
22
D’HERBA Mac 2007
Penyelidikan dan kemajuan industri
Pemasaran dan pembangunan perniagaan
Satu lagi percikan idea oleh: Another scintillating idea from: