SelangorKIni

Page 1

SELAMAT HARI NATAL

PP 19570/07/2020 (035196) PERCUMA 24 - 30 Disember 2020, 9 - 15 Jamadilawal 1442

Hijrah tawar skim pinjaman beli alatan digital

Sitec lahirkan 650 usahawan e-dagang

Lagi 62 penjaja terima permit sementara

Bantuan sekolah RM34.6 juta untuk 70,000 anak asnaf

MUKA 4

MUKA 5

MUKA 18

MUKA 20

Kelonggaran bersyarat sektor pelancongan

Pusing Selangor Dulu! OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melancarkan kempen bagi menggalakkan orang ramai melancong ke negeri ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilonggar secara bertahap. Dato’ Menteri Besar berkata Tourism Selangor turut menyediakan subsidi 7,000 baucar pelancongan bernilai RM200 setiap satu dalam kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 43 penggiat sektor berkaitan termasuk pengusaha hotel, taman tema dan inap desa terlibat dalam pemberian subsidi itu. Beliau berkata baucar tersebut boleh ditebus menerusi platform Touch 'n Go eWallet dan Lazada manakala tempoh sah sehingga 31 Jun tahun depan. “Kita tidak boleh mengalah dan kehidupan perlu diteruskan. Kerajaan Negeri terus berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kita semua dapat bangkit kembali,” katanya pada 17 Disember. Tourism Selangor turut memperkenal Che Puan Juliana Evans, selebriti terkenal, sebagai duta pelancongan negeri. Pada 18 Disember, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan sektor pelancongan dan sukan dibuka bertahap dengan pematuhan tatacara piawai operasi (SOP) ketat. Pada 13 Julai, Amirudin mengumumkan pemberian subsidi baucar pelancongan bernilai RM2 juta bagi merancakkan sektor pelancongan susulan wabak Covid-19. Bulan lalu, seramai 553 penggiat termasuk pemandu pelancong berlesen, pengusaha inap desa dan Hos Komuniti Selangor turut menerima bantuan khas RM1,000 sekali bayar. BERITA BERKAITAN MUKA 3

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cenderamata kepada duta pelancongan negeri Che Puan Juliana Evans dalam kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ di Shah Alam. Hadir sama, EXCO Pelancongan, Hee Loy Sian (kanan), dan Speaker Dewan Negeri, Ng Suee Lim (kiri) pada 17 Disember. Foto Fikri Yusof

STFC rangka kaedah baharu bendung Covid-19 SHAH ALAM - Langkah terbaru bagi membendung penularan Covid-19 di negeri ini akan dilaksanakan pada awal tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sedang merangka usaha tersebut dan ia akan diumum dalam masa terdekat. “Beberapa strategi yang diumumkan membabitkan lokasi sasaran seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terpaksa diubah kerana memerlukan kos tinggi.

“Jadi, kita akan ubah dan susun balik langkah ini supaya berkesan mengekang penularan,” katanya pada 21 Disember. Beliau menjelaskan penularan virus di negeri ini terkawal meskipun kadar kes harian meningkat pada kadar tinggi berikutan saringan wajib yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara. “Ini jauh lebih baik (kes meningkat) sebab kita tahu dan dapat elak perebakan, malah ia menjadi pengajaran penting selepas timbulnya kluster Teratai. “Sekarang kita tangani guna kaedah berbeza. Dulu kita minta duduk rumah elak

jumpa orang tetapi sekarang keluarlah untuk kehidupan namun jaga tatacara operasi piawai dan kawal persekitaran,” katanya. Pada 23 Disember, Saringan Komuniti percuma secara bersasar dijalankan di Taman Bayu Perdana, Prima Bayu Apartment, Bayu Villa Apartment, Bandar Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas, semuanya di Klang. Seramai 915 individu membabitkan 80 peratus penduduk tempatan dan bakinya warga asing menjalani pemeriksaan percuma anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Klinik Selcare.


Utama

2

Utama golongan berisiko tinggi SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengutamakan golongan berisiko tinggi dalam pemberian suntikan vaksin Covid-19, kata pengerusi Pasukan PencegahanCovid-19 Selangor (STFC). Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata golongan itu termasuk petugas barisan hadapan, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik serta warga emas. “Saya ingatkan KKM dan kerajaan ambil perkara ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya pada 22 Disember. Kerajaan sebelum ini menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin Covid-19. Sebanyak satu juta dos vaksin dijangka diterima pada Mac tahun depan yang akan dikhaskan kepada petugas barisan hadapan. Bagaimanapun, suntikan itu tidak akan diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dan ibu mengandung.

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Saringan Komuniti diperluas

Kes Covid-19 dijangka naik mendadak OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Kes Covid-19 dijangka naik mendadak susulan peningkatan program Saringan Komuniti, kata pengerusi Pasukan PencegahanCovid-19 Selangor (STFC). Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya memperluas saringan dan kit ujian pantas (RTK) bagi mengawal jangki-

tan pandemik. “Fokus STFC buat saringan komuniti ini agar kadar jangkitan kurang lima peratus, setakat ini masih berada pada paras tinggi iaitu lapan peratus. “Ia memang angka cemas namun kita kena akui bahawa virus itu wujud dalam komuniti, yang penting patuhi tatacara operasi piawai (SOP),” katanya dalam

wawancara ‘Cabaran Tangani Peningkatan Kes Covid-19 di Selangor’ di Astro Awani pada 22 Disember. Dr Dzulkefly menambah pelaksanaan saringan dan ujian RTK bertujuan mendapat keputusan segera. “Kita juga mahukan proses saringan ini mudah dan mesra buat semua masyarakat di Selangor,” katanya.

Patuhi SOP ketika Krismas, tahun baru SHAH ALAM - Masyarakat dinasihat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika menyambut perayaan Krismas dan tahun baharu. Pengerusi Pasukan PencegahanCovid-19 Selangor (STFC) berkata langkah itu penting bagi mengelak wujudnya gelombang Covid-19. “Memang agak sukar untuk kita kawal perkara yang sudah biasa dilakukan tetapi jangan ambil mudah, ‘kita jaga kita’ sangat besar maknanya. “Peringatan ini bukan sahaja untuk penganut Kristian sebaliknya kepada semua, selagi vaksin belum sampai, amalkan SOP dan keluar hanya bila perlu,” kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada 22 Disember.

Hulu Langat paling banyak zon merah SHAH ALAM - Lima mukim Hulu Langat berada dalam zon merah, tertinggi di negeri ini dalam tempoh dua minggu sejak 6 Disember. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan mukim tersebut meliputi Ampang, Kajang, Cheras, Semenyih dan Hulu Langat. Menurut KKM, Petaling turut merekodkan bilangan zon merah yang tinggi membabitkan Bukit Raja, Petaling, Sungai Buloh dan Damansara. “Gombak, Klang dan Kuala Langat masing-masing memiliki dua mukim zon merah manakala Kuala Selangor dan Sepang mempunyai satu zon merah,” tulis KKM melalui Twitter pada 20 Disember.

Penduduk sekitar Klang hadir menjalani saringan Covid-19 percuma secara bersasar di Taman Bayu Perdana, Klang pada 23 Disember

915 individu jalani saringan komuniti percuma KLANG - Seramai 915 individu sekitar Klang menjalani Saringan Komuniti Covid-19 percuma anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Klinik Selcare pada 23 Disember. Ahli Dewan Negeri Pandamaran Tony Leong Tuck Chee berkata lebih 80 peratus penduduk tempatan dan bakinya warga asing mengikuti ujian itu. Beliau berkata majoriti daripada Taman Bayu Perdana, Prima Bayu Apartment, Bayu Villa Apartment, Bandar Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas. “Kita dimaklumkan ada juga penduduk dari kawasan lain berhampiran hadir dan dibenarkan berbuat demikian tetapi perlu mendaftar dengan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) terlebih dahulu. “Saringan kali ini menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dan

keputusan diketahui lebih cepat oleh petugas kesihatan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi saringan di Jalan Batu Unjur 3A, Taman Bayu Perdana. Sementara itu, beliau menggesa klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan tersebut supaya mengemas kini keputusan sampel saringan pelanggan ke dalam sistem informasi makmal kesihatan awam (Simka). Jelas Tony Leong, langkah itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan individu yang dijangkiti wabak sebelum mengambil tindakan selanjutnya. “Ramai penduduk mengadu selepas dikesan positif melalui saringan berkenaan, mereka tidak segera dibawa ke hospital untuk rawatan malah ada yang perlu menunggu sehingga

Ramai penduduk mengadu selepas dikesan positif melalui saringan berkenaan, mereka tidak segera dibawa ke hospital untuk rawatan malah ada yang perlu menunggu sehingga empat hari TONY LEONG TUCK CHEE Ahli Dewan Negeri Pandamaran

empat hari. “Jadi, saya minta klinik swasta terbabit masukkan keputusan dalam Simka dan hubungi KKM untuk pesakit ke hospital,” katanya lagi.


Utama SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

3

Hargai pengorbanan petugas hadapan

Baucar pelancongan RM200 diagih OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN SHAH ALAM - Sebanyak 3,000 baucar pelancongan bernilai RM200 setiap satu akan diagih kepada petugas barisan hadapan di Selangor pada awal tahun depan. Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif berjumlah RM600,000 bagi menghargai pengorbanan mereka yang ber-

tungkus-lumus mengekang penularan Covid-19. “Petugas barisan hadapan antaranya Kementerian Kesihatan, polis serta tentera bekerja siang dan malam tanpa mengenal penat. Jadi, inisiatif ini sedikit sebanyak menggembirakan mereka. “Kita akan berhubung dengan ketua jabatan masing-masing untuk memi-

lih siapa yang layak menikmati baucar tersebut,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pelancaran kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ pada 17 Disember. Pada 13 Julai, Kerajaan Negeri mengumumkan subsidi baucar RM2 juta yang boleh ditebus di hotel, taman tema dan inap desa berlesen menerusi platform Touch ‘n Go eWallet dan Lazada.

Sembilan daerah tawar enam segmen unik SHAH ALAM - Tourism Selangor melancarkan kempen pelancongan domestik kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!' untuk menggalak orang ramai melancong ke negeri ini. Kempen yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar turut memperkenal pelakon Che Puan Juliana Evans sebagai duta pelancongan Selangor. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya berusaha menarik pengunjung domestik menerusi pelancongan eko, agro, sukan, taman tema dan beli-belah.

“Melalui keunikan jaringan sembilan daerah di Selangor, pelbagai pengalaman unik tersedia untuk pelancong,” katanya. Beliau turut berkongsi enam segmen menarik antaranya: l Alam semula jadi – Sky Mirror Kuala Selangor, Institut Kajian Hutan Malaysia (FRIM), Taman Alam Kuala Selangor, Taman Eko Rimba Kanching dan Bukit Broga l Sukan ekstrem – Rakit redah jeram dan luncur udara di Kuala Kubu Bharu dan Gua Damai Ektreme Park

l Inap desa dan agro – Sungai Haji Dor-

ani Homestay, Sungai Sireh Homestay, Selangor Fruit Valley dan Banghuris Homestay l Warisan dan budaya – Program Royal Klang Town Heritage Walk dan Istana Bandar, Bukit Malawati dan Jugra l Taman tema – Sunway Lagoon, Kidzania, Bangi Wonderland, Jumpstreet Asia, i-City dan District 21 l Beli-belah – Mitsui Outlet Park, Sunway Piramid, GM Klang, One Utama, The Curve dan SACC Mall

Informasi

Terkini

di jari anda

Tebus 7,000 baucar mulai 8 Januari SHAH ALAM - Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu bermula 8 hingga 31 Januari tahun depan. Dato’ Menteri Besar berkata sebanyak 7,000 baucar boleh digunakan di hotel, inap desa berlesen dan taman tema menerusi platform Touch ‘n Go eWallet dan Lazada. “Untuk e-dompet, baucar boleh ditebus menerusi pakej pelancongan yang disenarai dalam platform tersebut. Untuk Lazada, orang ramai boleh tebus menerusi pautan kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! "Tempoh sah baucar sehingga 31 Jun 2021,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pelancaran promosi pelancongan domestik kempen Nak Cuti? ‘Pusing Selangor Dulu’ pada 17 Disember. Beliau berkata sebanyak 43 penggiat sektor pelancongan terdiri daripada pengusaha hotel, taman tema dan inap desa menyertai program baucar subsidi tersebut. “Kita tidak boleh mengalah dan kehidupan perlu diteruskan. Kerajaan Negeri terus berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kita semua dapat bangkit kembali,” katanya. Pada 13 Julai, Amirudin mengumumkan subsidi baucar pelancongan bernilai RM2 juta. Seramai 553 penggiat sektor pelancongan di Selangor termasuk pemandu pelancong berlesen, pengusaha inap desa dan hos komuniti Selangor menerima bantuan khas RM1,000 sekali bayar.

Rekod pelawat domestik tertinggi

Amirudin (tengah) bersama Exco Selangor, Hee Loy Sian (dua, kanan) dan Uskup Agung, Julian Leow Beng Kim (dua, kiri) serta wakil gereja selepas penyerahan sumbangan sempena Hari Krismas peringkat negeri pada 21 Disember

Bantuan RM240,000 untuk Hari Krismas SHAH ALAM - Sejumlah RM240,000 diperuntuk bagi membantu penganut Kristian yang kurang berkemampuan menyambut Hari Krismas. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata lebih 2,000 orang menerima barangan keperluan bagi merai perayaan pada 25 Disember ini. “Bantuan diserah kepada tiga badan

induk Christian Federation of Malaysia (CFM) dan masing-masing menerima RM80,000. “Mereka bertanggungjawab mengagihnya kepada golongan sasaran selain diberi kepada gereja untuk hari kebesaran mereka,” kata ketika majlis penyerahan sumbangan sempena Hari Krismas peringkat negeri pada 21 Di-

sember. Amirudin menjelaskan Kerajaan Negeri mahu menjadikan bantuan kepada golongan memerlukan sebagai sebagai budaya setiap kali perayaan. “Perayaan Deepavali juga kita peruntuk sejumlah dana dan agihan kepada penerima menerusi program Jom Shopping,” katanya.

SHAH ALAM - Selangor merekod kedatangan pelawat domestik paling tinggi di Malaysia iaitu 33.6 juta orang berdasarkan Laporan Kaji Selidik Pelancongan Domestik 2019. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu mengatasi Kuala Lumpur (22.6 juta), Sabah (22 juta), Perak (21.1 juta) dan Sarawak (19.8 juta). “Statistik menunjukkan Selangor memiliki pelbagai tempat unik dan menarik untuk dikunjungi. Jadi Kerajaan Negeri yakin mampu melonjakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas akibat Covid-19. “Sektor pelancongan antara penjana ekonomi utama Selangor yang membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat,” katanya pada 17 Disember. Tourism Selangor melancarkan kempen itu untuk menggalak orang ramai melancong ke negeri ini. Kerajaan Negeri juga menyediakan subsidi baucar pelancongan RM200 setiap satu antara 8 hingga 31 Januari tahun depan.


Utama

4

Pinjaman beli alat telekomunikasi SABAK BERNAM - Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) merancang mewujudkan skim pinjaman pembelian perkakas seperti alatan telekomunikasi bagi melahirkan lebih ramai usahawan digital. EXCO pembangunan usahawan berkata ia bakal dilaksanakan bermula tahun hadapan bagi memudahkan golongan berkaitan terutama pengusaha luar bandar. “Bukan saja perkakas seperti alatan telekomunikasi tetapi kita juga boleh bantu membina sistem bayaran e-dompet dan kaedah jualan dalam talian. “Ini kerana Kerajaan Negeri menuju ke arah pendigitalan termasuk melibatkan usahawan, kita akan bantu mereka menerusi skim pinjaman yang akan diumumkan kelak,” kata Rodziah Ismail pada 21 Disember. Beliau berkata, Hijrah menyasarkan 5,000 lagi usahawan akan dilahirkan pada 2021. “Tidak dinafikan, sepanjang Covid-19 terdapat penurunan jumlah peminjam Hijrah, ini mungkin kerana usahawan lebih berhati-hati namun dari sudut lain mereka sudah mula beralih kepada jualan dalam talian. “Oleh itu, kita akan membantu kumpulan ini untuk bersama-sama terus melangkah maju,” katanya.

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Tawar pinjaman, beri tunjuk ajar sejak 2015

Hijrah lahirkan 56,000 usahawan

Rodziah (tengah) bersama rombongan dan peserta selepas sesi lawatan Kembara Sukses Hijrah di kedai aksesori telefon bimbit, Cikgu Gadget di Sungai Besar pada 21 Disember OLEH NADIAH ZAMLUS SABAK BERNAM - Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) melahirkan seramai 56,000 usahawan dalam tempoh enam tahun. EXCO pembangunan usahawan berkata usaha tersebut bermula sejak 2015 menggunakan peruntukan pinjaman sebanyak RM244 juta. “Ramai antara usahawan berkenaan sudahpun berjaya dalam perniagaan masing-masing. Oleh sebab itu, kita mahu jejak mereka semula dan kisahnya dikongsi dengan masyarakat.

“Melalui kisah kejayaan sebegini, mungkin lebih ramai terdorong untuk bergelar usahawan pada masa akan datang. Malah Hijrah sedia membantu mereka,” kata Rodziah Ismail ketika sesi Kembara Sukses Hijrah Selangor di sini pada 21 Disember. Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah, Normaiza Yahya dan Pengurus Bahagian Khidmat Profesional Hijrah, Nur Siti Hazliana Mat Hashim. Rodziah berkata seramai 66 usahawan dari 20 cawangan seluruh Selangor tercalon menerusi program Kembara Suk-

ses Hijrah 2020 kali ini, 21 daripadanya terpilih. Bagi fasa pertama, beliau mengunjungi lima usahawan iaitu Elyna Muhammad Hambali selaku pengusaha bengkel kereta, Shafinaz Ainaa Muslim (pengusaha kuih kapit tradisional), Mohd Faizal Sarwani (pengusaha gerai ayam bakar), Syamsul Amir Ahmad (pengusaha aksesori telefon bimbit) dan Siti Zubaidah Husni (pengusaha kedai runcit). Kesemua usahawan berkenaan menerima sijil penghargaan dan sumbangan hamper daripada Hijrah.

Buka peluang kerja untuk penduduk SIDANG PENGARANG

Hafizan Taib, Aishah Amin & Norzilawati Sidek

Aliff Fikri aliff.fikri@mediaselangor.com GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha

Aras 11, Menara Bank Rakyat, No. 1, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

SABAK BERNAM - Usahawan dibantu Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) kini berjaya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Perkara itu terbukti apabila pengusaha kuih kapit, Shafinaz Ainaa Muslim menggaji tujuh pekerja di sekitar Tanjung Karang. “Saya mahu perniagaan yang diusahakan membantu kaum hawa menjana pendapatan dan sudahpun membuka peluang kepada suri rumah menjadi ejen untuk menjual kuih kapit ini. “Terkini, ada ejen jualan memperoleh pendapatan mencecah RM5,000 sebulan, terima kasih kepada Hijrah kerana akhirnya saya dapat membantu orang lain menjana pendapatan,” kata

pengusaha Ratu Kapit berusia 35 tahun. Beliau membuat pinjaman terkumpul dari Hijrah sebanyak RM15,000 dan kini produknya juga sudah menembusi pasaran China, Australia, Vietnam dan Thailand. Sementara itu, Syamsul Amir Ahmad juga usahawan dibantu agensi Kerajaan Negeri itu sudahpun mempunyai empat cawangan kedai aksesori telefon bimbit dinamakan Cikgu Gadget iaitu masing-masing dua di Sungai Besar dan Tanjung Karang. Beliau tidak menyangka kedainya dibuka di kawasan luar bandar kini dapat membuka peluang pekerjaan kepada pen-

duduk setempat. “Saya hanya membuat pinjaman dengan Hijrah iaitu RM50,000 untuk membuka cawangan Cikgu Gadget, sekarang mempunyai 10 pekerja dan kebanyakannya anak muda. “Dengan modal diperoleh saya dapat membuka lebih banyak cawangan sekali gus membolehkan ramai penduduk mendapat pekerjaan,” kata usahawan berusia 40 tahun. Kedua-dua usahawan berkenaan ditemui ketika lawatan Kembara Sukses Hijrah 2020 oleh EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah, Normaiza Yahya.


Utama SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

5

Informasi

Terkini

di jari anda

Sultan terima zakat perniagaan RM9.8 juta SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9.8 juta daripada lima syarikat korporat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan di sini pada 22 Disember. Pada majlis tersebut, Gas Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Hashimi Abdul Manap menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.5 juta, manakala Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn Bhd Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel pula menyerahkan RM1.25 juta, kedua-duanya bagi tahun kewangan berakhir 2020. Sementara itu, tiga lagi membuat pembayaran zakat untuk tahun kewangan 2019 iaitu SIRIM Berhad yang diwakili Pengerusinya Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali (RM2.28 juta), QSR Brands (M) Holdings (RM1.7 juta) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (RM1.11 juta). Majlis turut dihadiri Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail. – BERNAMA

Kes denggi turun 38 peratus

Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima cek cura berjumlah RM1.11 juta daripada Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan Abdul Hamid Bahari (dua, kanan)

Perluas program digital ekonomi

Sitec lahirkan 650 peniaga e-dagang OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) melahirkan 650 peniaga melalui platform itu sejak 2015. Ketua Eksekutifnya Yong Kai Ping berkata mereka turut membantu seramai 90 pakar penyedia perkhidmatan dalam landasan digital ekonomi. “Sitec menggalakkan lebih ramai peniaga menceburi e-dagang ketika du-

nia dilanda Covid-19 dan akan memperluas program ini ke kawasan luar bandar bagi memastikan tiada yang ketinggalan,” katanya pada program bual bicara anjuran Media Selangor di sini pada 21 Disember. Jelas Kai Ping, Sitec menyasar untuk membantu 100 lagi usahawan e-dagang tahun depan dan 30 pakar penyedia perkhidmatan dalam platform itu.

Katanya, agensi berkenaan turut mengadakan anugerah peniaga e-dagang bagi usahawan yang memiliki kualiti perkhidmatan, kreatif dan inovasi. “Peniaga perlu bijak mempromosi produk mereka supaya 80 peratus pelanggan ulang beli sementara 20 peratus lagi mendapatkan pelanggan baharu,” kata Kai Ping lagi. Sejak ditubuhkan, Sitec menganjurkan hampir 100 program bagi membantu usahawan menceburi perniagaan digital sesuai perkembangan masa kini.

Pengusaha: Jualan naik 10 kali ganda SHAH ALAM - Pinkboxcereal.com terus melangkah maju dengan jualan mencecah 10 kali ganda sejak menceburi perniagaan e-dagang. Pengasasnya berkata urus niaga menggunakan sistem tersebut dipelopori syarikatnya pada 2018 dengan peningkatan jualan dalam tempoh empat bulan pertama. “Sebelum kenali sistem e-dagang saya hanya berniaga secara fizikal pada 2017, dengan modal serendah RM500 dan dibantu suami, saya berusaha mencari pembekal kotak untuk jenamakan

“Emergency Beauty Kit”. “Alhamdulillah lama kelamaan sambutan diterima amat memberangsangkan selepas melebarkan perniagaan secara dalam talian,” kata Nurul Shafiqah Shafie pada program bual bicara anjuran Media Selangor pada 21 Disember. Turut sama, Ketua Eksekutif Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec), Yong Kai Ping.

Nurul Shafiqah memuji inisiatif disediakan Kerajaan Selangor terutama program anjuran Sitec yang banyak membantu usahawan dalam selok-belok perniagaan. “Saya galakkan lebih ramai orang mengambil peluang ini terutama ketika dunia dilanda Covid-19. Mulakan berniaga secara kecil-kecilan dan selongkar landasan disediakan,” katanya yang menjual produk kecantikan.

SHAH ALAM - Kes denggi di Selangor menurun kepada 43,941 setakat minggu ke51 tahun ini berbanding 70,869 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Pengarah kesihatan negeri berkata jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 38 peratus (26,928 kes) dengan 133 kawasan wabak dikesan. “Lima daerah yang merekod kes denggi paling tinggi ialah Petaling dengan 15,278 kes, Hulu Langat (9,634 kes), Klang (6,896 kes), Gombak (6,532 kes) dan Sepang (2,373 kes). “Sebanyak 37 kematian dilaporkan iaitu penurunan 32.7 peratus berbanding 55 kes dalam tempoh sama tahun lepas,” kata Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman menerusi kenyataan pada 22 Disember. Justeru, beliau sarankan masyarakat mengamal langkah pencegahan dengan membersih sekitar premis dan kediaman bagi mengelak pembiakan Aedes. “Luangkan hanya 10 minit seminggu, pastikan semua takungan air yang tidak digunakan dimusnahkan selain menutup takungan air kekal atau meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik,” katanya.

Limas urus hal ehwal selain Islam SHAH ALAM - Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam ditukar kepada Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas). EXCO berkenaan Hee Loy Sian berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan perkara itu bagi mengiktiraf sumbangan badan agama dalam mengekalkan keharmonian dan kecemerlangan negeri. “Dimaklumkan juga, mulai tahun hadapan Kerajaan Selangor akan menambah RM1 juta untuk pemurnian institusi keagamaan. “Pertambahan kepada RM7 juta itu membabitkan pemberian sumbangan kepada agama Buddha, Tao, Hindu, Silk, Kristian dan Katolik,” katanya pada 21 Disember. Sebelum ini, Kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta setahun kepada institusi agama berkenaan.


Utama

6 Perutusan Hari Krismas

S

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Hayati semangat memberi, berkongsi

ambutan Hari Krismas penting bukan sahaja bagi penganut agama Kristian di Selangor, Malaysia dan seluruh dunia. Krismas, yang diraikan untuk menyambut hari kelahiran Jesus atau juga disebut Nabi Isa A.S, mengajak kita menghayati nilai-nilai baik yang universal seperti kepedulian kepada jiran tetangga serta sekeliling, kemurahan hati, dan semangat berkongsi atau disebut “the spirit of giving and sharing”. Izinkan saya memetik kata-kata Pope Francis baru-baru ini. “Instead of complaining in these difficult times about what the pandemic prevents us from doing, let us do something for someone who has less: not the umpteenth gift for ourselves and our friends, but for a person in need whom no-one thinks of!”. Dengan mengambil kira semangat ini, Selangor akan terus memberi dan tidak pernah berhenti berkongsi kekayaan negeri untuk semua, terutamanya “the poor and the downtrodden” kerana kita berikrar untuk memastikan tiada sesiapa pun tercicir dalam kemakmuran ini atau

yang seringkali disebut: “no man left behind”. Ternyata, kepayahan dan kesukaran yang dihadapi rakyat amat berat dirasa, lebih-lebih lagi dengan ancaman wabak Covid-19 yang melatari. Justeru, Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Selangor 2021 telah menyediakan banyak inisiatif dalam erti kata membantu mereka yang paling terkesan dan memerlukan. Inisiatif Data Internet Selangor contohnya, dengan peruntukan RM17.5 juta diperuntukkan untuk membantu pelajar serta golongan yang memerlukan mendapat perkhidmatan internet pada harga yang berpatutan. Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah ditambah baik dengan peruntukan sebanyak RM62 juta yang turut memberi manfaat kepada 5,000 ibu tunggal, dan Skim Mesra Usia Emas 2.0 yang memberi bantuan khairat kematian RM500 bersekali dengan Jom Shopping SMUE sedia ada untuk ‘our old timers’. Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut tidak dilupakan dengan peruntukan

RM3.25 juta. Tidak cukup dengan sekadar memberi, Kerajaan Negeri turut secara agresif menggalakkan pengusaha dan keusahawanan serta keseluruhan aktiviti ‘job creation’. Antara yang utama adalah inisiatif Niaga Darul Ehsan (NaDi) yang memberi pinjaman perniagaan serendah RM1 ribu untuk rakyat Selangor memulakan perniagaan. Lain-lain program termasuklah Selangor Kerjaya dengan ‘new skilling’, ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ serta Selangor Freelancer bagi semua yang memerlukan fleksibiliti dalam meraih punca rezeki. Selain dari ‘the spirit of charitable giving’, sumbangan peribadi tokoh spiritual yang besar seperti Jesus kepada kita semua adalah berkenaan betapa pentingnya untuk kita terus berpegang kepada nilai dan akhlak. Tahun ini, pelbagai insiden telah berlaku di negara dan dunia kita melihat merosotnya kepercayaan atau ‘trust deficit’, malah nilai dan akhlak telah berkurangan dan sekaligus dilihat hampir

mereput ataupun apa yang diungkapkan sebagai ‘moral decay’ dan akibatnya, kebajikan rakyat menjadi mangsa. Kita semua seolah-olah hilang kompas moral. Dengan sebab itu, Selangor akan tetap meneruskan agenda reformasi yang digenggam erat selama ini. Keutuhan Kerajaan Negeri membuahkan permuafakatan yang bukan kepalang dan hasil daripada nilai-nilai ‘reform’ seperti ketelusan, kebertanggungjawaban, integriti, ‘good governance’ ini, rakyat mendapat nikmat kemakmuran bersama. Begitulah harapan kita dalam menyambut Hari Krismas yang membawa harapan kepada masyarakat yang menghadapi pelbagai cabaran, rintangan, dan ketidaktentuan kepada kestabilan dan keharmonian buat semua. Akhir kata, untuk seluruh komuniti Kristian, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada semua. Dato' Seri Amirudin Shari Dato’ Menteri Besar

Pengurusan bencana Cadang wujud insentif sekali bayar diiktiraf dunia SHAH ALAM - Projek Sistem Pengurusan Geospatial SmartSel (Selgem) menerima pengiktirafan antarabangsa apabila merangkul Anugerah Kecemerlangan Geospatial 2020 bagi kategori pentadbiran negeri. Ahli lembaga pengarahnya berkata anugerah itu mengiktiraf individu dan organisasi yang menghasilkan idea dan inovasi canggih dalam industri geospatial global. “Selangor negeri pertama di Malaysia yang mempunyai pangkalan data terlengkap dari segi topografi, utiliti dan demografi,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi pada 15 Disember. Beliau menambah sistem itu dimanfaat secara meluas meliputi pengurusan bencana, pemuliharaan alam sekitar serta pemetaan utiliti sejajar konsep Smart Selangor.

Pantau 13 lokasi panas dadah PETALING JAYA - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor memantau 13 lokasi yang dikenal pasti berlaku kes penyalahgunaan dadah di negeri ini bagi membanteras kegiatan itu dalam kalangan masyarakat. Pengarahnya, Dr Nazira Sadiron berkata lokasi berkenaan termasuklah Pangsapuri Desa Mentari, Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Kampung Nakhoda dan Kampung Gombak Utara. “Pemantauan ini dilakukan mulai tahun hadapan kerana hampir 60 peratus kes penyalahgunaan dadah dan jenayah berlaku di kawasan berkenaan,” katanya pada 17 Disember.

Negeri prihatin nasib pengusaha bas OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

PUCHONG - Kerajaan Negeri mempertimbang cadangan untuk memberi bantuan sekali bayar kepada pengusaha bas sekolah di Selangor yang terjejas akibat Covid-19. EXCO pengangkutan berkata penutupan sekolah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac menyebabkan mereka hilang pendapatan.

“Saya berjumpa dengan pemandu bas sekolah untuk mendengar rintihan mereka yang mengharapkan bantuan bagi meringankan beban. “Saya faham kesusahan mereka dan perkara ini akan dimaklum ke mesyuarat EXCO,” kata Ng Sze Han pada program sumbangan makanan asas di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara pada 18 Disember. Beliau turut berharap semua wakil rakyat

mengambil inisiatif membantu pengusaha bas sekolah yang terkesan di kawasan masing-masing. Sekolah ditutup antara 18 hingga 31 Mac sebelum dibuka berperingkat pada 15 Julai. Namun, kenaikan kes menyebabkan penutupan semula pada 9 November hingga hari terakhir persekolahan. Ia hanya dijadual dibuka semula pada 20 Januari 2021.

Pengusaha bas sekolah mohon bantuan PETALING - Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur memohon bantuan berikutan mereka hilang pendapatan sejak Mac akibat wabak Covid-19. Justeru, Pengerusinya Mohamad Haron Mohamad Sidik berharap Kerajaan Negeri dan persekutuan bekerjasama mencari jalan bagi meringankan beban pengusaha. “Sesi sekolah hanya berjalan sepenuhnya pada Januari dan Februari. Selepas itu, sekolah lebih banyak tutup, malah ada ibu bapa enggan guna bas

sekolah sebab risau penularan Covid-19. “Kami mohon bantuan kerajaan berikutan terbeban akibat pinjaman yang perlu dibayar setiap bulan,” katanya selepas menerima bantuan makanan asas daripada EXCO Pengangkutan Ng Sze Han pada 18 Disember. Pengusaha, Salbiah Harun berharap kerajaan dapat menyalur bantuan sebelum sesi persekolahan yang dijadual bermula 20 Januari tahun depan.

“Ini kerana kami perlu menyelenggara kenderaan yang tersadai berbulan-bulan lamanya. Malah, kami juga perlu menjalani pemeriksaan Puspakom. “Kami bersyukur jika kerajaan persekutuan dan Selangor dapat duduk semeja bincang bantuan yang boleh disalur,” katanya. Pada Julai, kerajaan persekutuan mengumumkan bantuan khas RM600 kepada 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara melibatkan peruntukan RM21 juta.


Utama SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

7

Sedia pertimbang permohonan pemaju

Bangun semula rumah pangsa uzur OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mempunyai perancangan untuk membangunkan semula semua rumah pangsa yang uzur di negeri ini. EXCO perumahan berkata sehubu-

ngan itu pihaknya sedia mempertimbang permohonan mana-mana pemaju untuk membaik pulih perumahan terbabit. “Kita memang ada perancangan rumah yang ingin dipulihkan, ‘diremajakan’ dan dibangunkan semula sepenuhnya malah kita sudah buat ketiga-tiga dasar ini dan

sekarang pihak yang ingin melaksanakannya perlu mengikut garis panduan," kata Rodziah Ismail pada sidang media di Hotel De’Palma di sini pada 22 Disember. Beliau berkata Kerajaan Negeri berjaya memulihkan sebuah rumah pangsa di bawah projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Datum Jelatek, Taman Keramat, Ampang. “Justeru, saya percaya ada banyak lagi tempat yang boleh kita bangunkan bersama,” katanya mengulas hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan program pembaharuan bandar di semua rumah pangsa yang mencecah usia 40 tahun termasuk projek persendirian dibangunkan pemaju swasta. Menterinya Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata unit kediaman rumah pangsa yang tidak sesuai diduduki, bersaiz kecil dan berstruktur lama akan dibina semula dengan pelbagai kemudahan serta kelengkapan sesuai.

Bantah turun harga jualan rumah milikan warga asing SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menolak cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menurunkan harga jualan rumah kepada warga asing menerusi skim Malaysia My Second Home (MM2H). EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata mengikut dasar Kerajaan Negeri, harga minimum ditetapkan kepada warga asing adalah sebanyak RM2 juta. Bagaimanapun, katanya kementerian terbabit mencadangkan penurunan harga minimum kepada golongan berkenaan sebanyak RM600,000. “Kita hanya pertimbangkan (harga minimum) RM1.5 juta sahaja kepada mereka (warga asing) kerana ia mungkin nampak

besar tetapi untuk pemilikan asing itu mereka menunggu untuk beli. “Jadi, KPKT kena buat harga kawalan kerana kalau tidak saya rasa peluang untuk warganegara memiliki itu akan terkesan,” katanya pada 22 Disember. Rodziah menjelaskan kebanyakan unit rumah tidak terjual bukan berpunca daripada kerajaan sebaliknya masalah pemaju itu sendiri. Beliau berkata pemaju seharusnya mencari pendekatan lain bagi membolehkan rakyat tempatan memiliki rumah tersebut. “Kalau dia (pemaju) mahu kerajaan memutuskan berapa (harga) supaya boleh jual kepada warga asing, saya rasa kita (Kerajaan Negeri) tidak boleh patuhi,” katanya.

Guna aplikasi lapor salah guna parkir OKU SHAH ALAM - Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) akan dinaik taraf bagi memudahkan pengguna melapor isu salah guna parkir orang kelainan upaya (OKU). EXCO kerajaan tempatan berkata orang ramai hanya perlu mengambil foto sebagai bukti dan menghantarnya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), lapor The Star. “Melalui ciri baharu dalam aplikasi ini,

kita berharap dapat mengekang sikap mementingkan diri,” kata Ng Sze Han. Selangor memperkenal sistem tempat letak kereta pintar pada Julai 2018 secara meluas membabitkan 10 PBT dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Aplikasi bagi mengurangkan penggunaan kertas dan penyelenggaraan mesin parkir menyasarkan sejuta pengguna tahun ini.

Informasi

Terkini

di jari anda

Bas mini percuma di kampung SHAH ALAM - Bas Smart Selangor mini bakal disediakan di kawasan perkampungan atau laluan sempit untuk manfaat penduduk setempat. EXCO pengangkutan awam berkata bas berkapasiti kecil dikhususkan untuk laluan kurang penumpang tetapi memerlukan khidmat tersebut. “Bas Smart Selangor tetap ada tetapi bilangannya dikurangkan dan digantikan dengan bas mini,” kata Ng Sze Han pada 15 Disember. Beliau berkata tambahan laluan atau pengubahan laluan sedia ada bagi perkhidmatan bas percuma itu akan ditentukan mengikut kesesuaian.


Nasional

8

Kekal agihan khas SHAH ALAM - Pemberian dividen khas Ehsan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) perlu dikekalkan dengan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Wakil rakyat Setiawangsa berkata langkah itu bagi memastikan golongan terbabit mendapat keuntungan lebih tinggi berbanding pemegang unit yang memiliki jumlah pelaburan besar. Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan hampir 80 peratus atau 7.4 juta pemegang unit ASB mempunyai unit kurang RM5,000 pada 2018 sementara 0.24 peratus memiliki RM500,001 ke atas. Menurutnya, pemegang unit ASB dalam kalangan B40 hanya mempunyai RM4.1 bilion manakala 9.15 peratus teratas mempunyai RM127.5 bilion dalam dana unit amanah. "Tiba masanya untuk Permodanan Nasional Berhad menjadikan pemberian dividen bertingkat sebagai dasar tetap bagi akaun B40 dan M40 seperti dilaksana Kumpulan Wang Simpanan Pusat Singapura," katanya pada 23 Disember.

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Pembayaran Ehsan 0.75 sen

Dividen ASB 4.25 sen SHAH ALAM - Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada 23 Disember lalu mengumumkan bayaran agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Ini membabitkan jumlah pembayaran agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan tambahan pembayaran Ehsan sebanyak 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama ASB yang dimiliki oleh pemegang.

Ketika mengumumkannya, Pengerusi PNB Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyifatkan prestasi ASB kekal kompetitif berbanding instrumen pelaburan berisiko rendah lain dan terus menjadi pilihan yang baik untuk individu dengan profil risiko rendah serta menyasarkan pelaburan jangka panjang. “Sejak beberapa tahun ini, pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif walaupun (indeks petunjuk utama) FBM KLCI mencatat prestasi negatif dalam tempoh lima tahun daripada enam tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Zoo, taman tema kembali dibuka SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) bermula 19 Disember. Menteri kanan (pertahanan) berkata kebenaran meliputi persidangan dan pameran, produk pelancongan, pameran hasil seni serta taman tema dan pusat hiburan keluarga. “Bagaimanapun, jumlah kehadiran pengunjung bagi sektor yang dilonggarkan ini tertakluk kepada 50 peratus keluasan premis dengan penjarakan fizikal. “Bagi sektor melibatkan persembahan pentas, ia dibenarkan tanpa kehadiran penonton,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SSM tawar daftar niaga percuma KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merangka kaedah yang membolehkan usahawan belia dan ibu tunggal mendapat manfaat skim pendaftaran perniagaan percuma. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata usaha itu bakal mencetus minat berniaga dan menggalakkan lebih ramai golongan tersebut untuk menceburi bidang perniagaan. “…(Ini dapat) menjana pulangan pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan seharian mereka seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan di negara ini,” katanya di Dewan Rakyat pada 15 Disember lalu. Nanta turut menyarankan golongan OKU untuk memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) untuk mendaftar perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma. -BERNAMA

Ini membabitkan jumlah pembayaran agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan tambahan pembayaran Ehsan sebanyak 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama ASB yang dimiliki oleh pemegang.

Tingkat kerjasama parti pembangkang SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan terus mengukuhkan Pakatan Harapan (PAKATAN) dengan meningkatkan kerjasama dalam kalangan pembangkang. Pengarah komunikasi KEADILAN berkata parti itu sentiasa mendukung prinsip kerjasama, persefahaman dan gabungan politik melalui Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat yang kini PAKATAN. Fahmi Fadzil berkata prinsip berkenaan didukung sejak penubuhan KEADILAN pada 1999 sebelum menem-

puh pilihan raya umum (PRU) pada tahun sama diikuti empat lagi kemudiannya. “Selama tempoh itu, kerjasama, persefahaman dan gabungan politik ini berpegang kepada prinsip mendukung agenda Reformasi, menolak rasuah, kronisme serta kebobrokan yang berlaku dalam negara. “Oleh itu, KEADILAN akan sentiasa menilai perkembangan politik semasa secara bersama selain meneruskan persiapan jentera dan perbincangan berkait PRU15,” katanya pada 20 Disember. Malah, ahli parlimen Lembah Pantai

menjelaskan kerjasama dalam kalangan pembangkang dilakukan semasa sesi parlimen lalu. Menurutnya, ketua pembangkang juga menjemput semua wakil parti pembangkang untuk membincangkan strategi menghadapi Belanjawan 2021. Terdahulu, KEADILAN mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat bulanan bagi membincangkan beberapa isu dasar berhubung masalah rakyat, tatakelola dan keadaan politik semasa. Melalui perbincangan, Fahmi berkata pimpinan diarah meneliti isu rakyat membabitkan pengangguran, harga barang dan ekonomi yang kekal suram ketika Covid-19.

Teliti cadangan laksana Identiti Digital Nasional KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang meneliti cadangan berkaitan pelaksanaan Inisiatif Identiti Digital Nasional (IDN), seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa. Timbalan Menterinya Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata kerajaan memahami isu yang sering dihadapi orang ramai yang dikehendaki mengemukakan kad pengenalan bagi urus niaga tertentu termasuk semasa berurusan di JPN.

“IDN merupakan satu platform pengesahan yang boleh dimanfaatkan oleh individu, sektor awam dan swasta untuk pengesahan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara digital. “Bagaimanapun inisiatif IDN ini tidak akan menggantikan penggunaan dan fungsi MyKad fizikal, malah akan memperkukuhkan lagi pelaksanaan dan keselamatan MyKad sedia ada,” katanya pada 23 Disember. Sehubungan itu, beliau berkata urus niaga yang dijalankan dalam talian di-

jangka menjadi lebih selamat selain menangani isu keperluan untuk pelanggan menyertakan salinan MyKad kerana terdapatnya elemen semak dan imbang identiti melalui pengesahan biometrik secara digital oleh JPN. Menyentuh tentang cadangan untuk menukar atau menambah baik kad pengenalan yang sedia ada bagi membanteras isu pemalsuan, Ismail berkata MyKad sedia ada mempunyai ciri keselamatan bermutu tinggi dan terjamin daripada ancaman sindiket-sindiket pemalsuan. - BERNAMA


Nasional SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

9

Ku Nan bersalah terima rasuah RM2 juta KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Disember menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atau penjara enam bulan terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mendapatinya bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016. Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan. Terdahulu, semasa menyabitkan Tengku Adnan, 70, bersalah terhadap pertuduhan itu, Mohamed Zaini berkata pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah ke atas tertuduh dan Ahli Parlimen Putrajaya itu juga gagal

menangkis kes pendakwaan. Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya. Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016. Pertuduhan mengikut mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang

membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Keputusan berkenaan menjadi kes berprofil tinggi kedua melibatkan pemimpin UMNO yang didapati bersalah atas tuduhan jenayah yang dibawa semasa pemerintahan Pakatan Harapan selepas Barisan Nasional tumbang pada Mei 2018. Pada 28 Julai, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – BERNAMA

Tambahan 10 peratus bekalan

Malaysia peroleh 6.4 juta dos vaksin KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19, iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara. Beliau berkata ini bermakna kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan sebanyak 40 peratus, termasuk menerusi dua perjanjian yang dimeterai sebelum ini bersama fasiliti COVAX dan Pfizer. Menerusi perjanjian yang ditandatangani dengan fasiliti COVAX dan Pfizer pada 22 Disember lalu, Malaysia dijadualkan menerima bekalan yang meliputi 30 peratus rakyat negara ini. “Kerajaan juga dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan tambahan jaminan bekalan vaksin melebihi 80

peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta,” katanya. Kerajaan sebelum ini menyasarkan untuk memastikan liputan vaksin kepada 70 peratus rakyat. Perdana menteri berkata melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai setakat ini, ke-

rajaan akan membelanjakan keseluruhan AS$504.4 juta (RM2.05 bilion). Katanya, kerajaan sedar usaha mencegah pandemik Covid-19 daripada terus menular adalah penting bagi memastikan keadaan ekonomi rakyat dan negara dapat dibaik pulih pada kadar segera. – BERNAMA

Kos tunai haji dijangka naik susulan pandemik KUALA LUMPUR - Sebarang penambahan kos bagi bakal jemaah haji akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata pihaknya menjangkakan penambahan caj dan syarat dikenakan Kerajaan Arab Saudi ke atas bakal jemaah haji susulan langkah penguatkuasaan tatacara operasi piawai (SOP)

kerajaan itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Kita hanya menjangka (pertambahan) dahulu…saya sendiri akan pergi ke Arab Saudi untuk berbincang dengan menteri haji dan agamanya mengenai isu-isu berkaitan haji dan perincian keputusannya mungkin penghujung Januari,” katanya pada 22 Disember. Beliau berkata buat masa ini, orang ramai digalakkan menambah simpanan

dalam Tabung Haji (TH) namun, sebarang makluman pertambahan kos tidak akan dibuat secara mengejut dan berkata sebarang keputusan mengenainya akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Sementara itu, Zulkifli mengumumkan para pendeposit TH kini boleh membuat rayuan haji bagi tahun 2021 (1442H) yang dibuka bermula 22 Disember sehingga 13 Februari tahun hadapan, melalui aplikasi THiJARI. – BERNAMA

Informasi

Terkini

di jari anda

Patuhi SOP walau sudah disuntik KUALA LUMPUR - Walaupun telah menerima suntikan vaksin Covid-19, orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan sebagai usaha memerangi pandemik itu. Pakar Virologi dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata ini berikutan risiko untuk mendapat jangkitan wabak berkenaan tetap ada walaupun seseorang itu telah disuntik dengan vaksin. “Cara hidup kita telah berubah dan walaupun vaksin itu ada di tangan kita sekalipun, gaya hidup kita tidak boleh kembali seperti dahulu. “Namun itu tidak bermakna seseorang yang telah divaksin tidak boleh menjadi pembawa kepada virus itu sendiri,” katanya pada 22 Disember. Tambahan pula, katanya, vaksin yang dibangunkan sekarang hanya untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas. - BERNAMA

Separuh kematian akibat darah tinggi SHAH ALAM - Separuh daripada keseluruhan jumlah kematian akibat Covid-19 merupakan individu yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Susulan itu, KKM mengingatkan individu yang ada sejarah sakit berkenaan supaya patuh tatacara operasi piawai (SOP) norma baharu. “50.6 peratus kematian akibat penyakit darah tinggi. Jika anda atau ibu bapa menghidap sakit ini, maka tergolong individu berisiko tinggi dan perlu dilindungi. “Amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan,” menurut kementerian itu pada 17 Disember. KKM berkata tekanan darah tinggi bukan hanya dihidapi golongan berusia sahaja sebaliknya orang muda turut berisiko disebabkan gaya hidup masa kini.

Sindiket Macau Scam tumpas KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket Macau Scam dan judi dalam talian, selepas 11 individu ditahan termasuk empat warga China dalam tiga serbuan sekitar ibu negara pada 21 Disember. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan pertama kira-kira 3.30 petang itu, tiga lelaki warga China berusia 28 hingga 34 tahun ditahan di sebuah kondominium di Jalan Doraisamy, Off Jalan Sultan Ismail. Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 40 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit komputer, wang tunai negara China berjumlah 1,168 yuen (RM725) dan wang tunai kira-kira RM5,011. – BERNAMA


Fokus

10

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Tiada kedai, SSM boleh mohon pinjaman

Inisiatif tambah pendapatan OLEH NAZLI IBRAHIM PENDUDUK yang mahu memulakan perniagaan kecil tetapi kekurangan modal boleh memohon pembiayaan Inisiatif Khas Niaga Darul Ehsan (NaDi). Program itu menawarkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM3,000 sekalipun mereka tiada premis tetap atau pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mereka cuma perlu memohon permit perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Kemudahan sedemikian sekali gus membuka peluang kepada orang ramai yang pendapatan mereka terjejas akibat wabak Covid-19 menambah pendapatan. Mengikut ketua pegawai operasi Hijrah Selangor (Hijrah), NaDi mampu mengatasi isu kesukaran pembiayaan modal untuk memulakan perniagaan. "Lazimnya bank mengenakan pelbagai syarat antaranya sudah mendaftar dengan SSM dan hendaklah mempunyai premis perniagaan.

"Syarat ini sukar dipenuhi golongan ini kerana biasanya untuk menyewa premis memerlukan modal besar untuk membayar deposit dua atau tiga bulan sewa," kata Normaiza Yahya kepada SelangorKini. Apatah lagi, tempoh pembayaran balik NaDi juga tidak membebankan iaitu antara 25 minggu atau enam bulan hingga 150 minggu (tiga tahun). Bukan sahaja individu yang mahu menceburi perniagaan, bahkan program itu turut terbuka kepada penjaja sedia ada yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Inisiatif tersebut diumumkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2021 pada 30 Oktober lalu. Pelancaran NaDi dijadual berlangsung pada bulan depan. Syarat kelayakan Sebanyak RM10 juta diperuntuk kepada Hijrah untuk men-

jayakan program merancakkan ekonomi mikro. Tawaran tersebut juga dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Selangor tidak kurang lima tahun serta berusia antara 18 hingga 60 tahun layak

memohon. "Langkah ini menjamin kelangsungan ekonomi rakyat, membuka peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan kepada individu atau keluarga yang hilang pendapatan.

"Ia juga memastikan rakyat terus mendapat akses kepada keperluan asas sepanjang tempoh PKPB berjalan," kata Normaiza. Orang ramai yang berminat diminta menghubungi 20 cawangan Hijrah di seluruh Selangor.

Bantu penduduk B40 sewa, miliki rumah OLEH NURUL FARINA NAZLAN SKIM Smart Sewa to Ownership (2STAY) bakal membantu golongan berpendapatan rendah atau sukar memperoleh pembiayaan bank untuk memiliki kediaman pertama berharga bawah RM200,000. Program kesinambungan skim Smart Sewa antara insentif baharu Kerajaan Negeri yang diumum dalam Belanjawan Selangor 2021 membabitkan nilai hartanah RM750 juta. Pengarah Eksekutif Lembaga Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Dato' Dr Juhari Ahmad berkata peserta skim akan melalui dua fasa iaitu sewaan minimum dua hingga lima tahun dan tempoh pemilikan. "Selepas tempoh penyewaan lima tahun tamat, penyewa akan diberi pilihan sama ada membeli rumah tersebut atau sebaliknya. Jika penyewa memilih untuk tidak membeli kediaman itu, maka mereka perlu pindah dan dapat semula 30 peratus bayaran sewa ter-

kumpul di bawah skim berkenaan. "Penyewa yang membeli kediaman tersebut pula akan membayar pendahuluan melalui 30 peratus bayaran sewa yang terkumpul di bawah Skim Sewa Milik (Rent to Own). Baki perlu dijelaskan secara ansuran mengikut tempoh yang ditetapkan," katanya kepada SelangorKini baru-baru ini. Skim 2STAY membabitkan Rumah Selangorku yang diperoleh

daripada unit kontra percuma melalui program Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan. Tawaran tersebut untuk tempoh dua tahun bermula Julai lalu sehingga 31 Disember 2022. Sebanyak 2,674 unit Rumah Selangorku akan diterima Kerajaan Negeri daripada pemaju bagi pelaksanaan Skim 2STAY. Pada 2016, Kerajaan Selangor

memperkenal inisiatif Skim Smart Sewa bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menyewa sambil menyimpan. Pengalaman pembeli Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengumumkan tambahan RM20 juta bagi program Skim Smart Sewa meng-

gunakan dana Tabung Amanah Pengecualian Syarat Kuota Bumiputera. Bagi pembeli Rumah Selangorku Harmoni Elmina Sime Darby, Mohd Fahmi Abu Hahan, 36, inisiatif Skim 2STAY berbaloi untuk mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri tetapi sukar memperoleh pembiayaan bank, namun pembeli perlu tahu terma dan syarat jangka masa panjang terutama membabitkan kerosakan. "Bayaran pendahuluan melalui 30 peratus hasil sewa terkumpul memang baik kerana membantu pembeli selain memastikan mereka tidak salah memilih kediaman. Pengalaman saya, yuran penyelenggaraan Rumah Selangorku munasabah dan keluasan rumah sesuai dengan harga. "Kemudahan juga berbaloi termasuk dua ruang parkir untuk setiap rumah. Saya sendiri tidak kesah lokasi kediaman jauh sedikit dari bandar kerana terdapat akses keluar masuk yang strategik dan dekat dengan beberapa lebuh raya utama," kata jurujual kenderaan itu.


DARI KACA MATA MB

Informasi

11

di jari anda

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

ejak 1983, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Selama lebih sedekad, isu penagihan dadah berkembang menjadi masalah kritikal di seluruh negara dan mengakibatkan negara bukan hanya kerugian wang ringgit, malah yang paling utama kehilangan modal insan yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara di mana golongan remaja dan belia giat aktif berkecimpung dalam penagihan serta menjadi pengedar dadah. Pada 2006, National Institute on Drugs mengesahkan penagihan dadah salah satu penyebab utama kepada masalah kesihatan, penyakit berjangkit, isu jenayah dan pelbagai lagi masalah sosial yang memberi dampak kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Gejala tersebut dilihat semakin meruncing apabila saban tahun statistik penagih dadah baru dan penagih dadah berulang semakin meningkat. Pada 2017, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaporkan seramai 25,922 penagih dadah. Angka ini belum ditambah lagi dengan bilangan penagih dadah yang belum dikesan dan berada di luar sana. Lebih membimbangkan, hampir 60 peratus penagih yang dikesan itu dalam lingkungan umur 21 hingga 45 tahun, usia yang paling produktif untuk menyumbang kepada negara dan merekalah yang dianggap sebagai generasi pengganti pemimpin sekarang. AADK juga melaporkan klien termuda yang menerima rawatan dan pemulihan dadah pada 2016 seawal umur tujuh tahun. Tidak dapat dibayangkan apakah yang akan berlaku kepada generasi pelapis jika isu penagihan dadah ini tidak dibendung dan diambil tindakan.

S

Terkini

Cabaran tangani gejala dadah baharu Walaupun Selangor berada di tangga terakhir dengan nisbah 0.21 berdasarkan jumlah penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan mengikut negeri dan anggaran penduduk 2019, statistik AADK Selangor sehingga Oktober lalu menunjukkan jumlah penyalahgunaan dan penagih dadah serta bahan dalam kalangan golongan belia yang berumur dalam lingkungan 19 sehingga 39 tahun amat membimbangkan apabila mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 72.6

dadah tradisional atau semula jadi. Bahan psikoaktif adalah hasil gabungan bahan yang tidak dijadual sebagai dadah berbahaya tetapi mempunyai bentuk molekular dan membawa kesan sama dengan dadah berbahaya. Kesan sosial Penyimpangan bahan ini dilakukan bagi mengelakkan tindakan undangundang diambil terhadap penagih,

Inilah cabaran baru yang perlu dihadapi oleh pihak berkuasa kerana NPS belum lagi tersenarai dalam jadual dadah berbahaya mengikut Akta Dadah Berbahaya (1952) sekali gus menyukarkan tindakan perundangan diambil terhadap mereka peratus. Golongan dewasa dan remaja masing-masing mencatatkan 26.3 peratus dan 1.1 peratus. Selain itu, Malaysia juga dikatakan berdepan ancaman dadah gelombang keempat, iaitu bahan-bahan psikoaktif yang dikenali sebagai New Psychoactive Substance (NPS) sehingga memberi kesan lebih buruk berbanding dengan

pengedar atau pengeluar NPS. Inilah cabaran baru yang perlu dihadapi oleh pihak berkuasa kerana NPS belum lagi tersenarai dalam jadual dadah berbahaya mengikut Akta Dadah Berbahaya (1952) sekali gus menyukarkan tindakan perundangan diambil terhadap mereka. Keseriusan gejala penagihan pelbagai jenis dadah memberi kesan sosial yang

tinggi seperti peningkatan jenayah, pengedaran dadah dalam kalangan belia bawah umur dan isu kesihatan mental. Lebih membimbangkan, penagihan dadah melibatkan individu merentasi pelbagai profil dan latar belakang demografi. Bukan lagi faktor seperti latar pendidikan yang rendah mempunyai risiko menjadi penagih dadah, malah mereka yang mempunyai segulung ijazah juga tidak terkecuali. Ini juga dilihat sebagai salah satu simptom membimbangkan kerana jika tidak dirawat segera, mahasiswa tadi mungkin menderita sebagai penagih sehingga akhir hayat jika tidak diberi intervensi yang berkesan. Tidak dinafikan, penularan fenomena penagihan dadah melibatkan mahasiswa atau golongan terpelajar disebabkan dadah mudah diperoleh serta psikologi diri individu yang ingin mencarikan sesuatu yang baru. Peningkatan bilangan penagih dalam kalangan mahasiswa tentu akan merugikan negara kerana akan kehilangan aset dan pewaris masa hadapan negara. Dalam menyantuni pandemik penagihan dadah, Kerajaan Selangor memandang serius isu permasalahan dadah dan pelencongan sosial sekali gus mengatur strategi proaktif bagi memastikan rakyat negeri ini khususnya tidak menjadi penyumbang kepada statistik penagihan dadah di Malaysia.


Melawan cemar

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

12&13 Peralatan elektronik YSI 556 digunakan bagi mendapatkan bacaan setempat untuk mengetahui kandungan oksigen terlarut, kadar alkali atau asid (pH) dan suhu dalam air

K

akitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bekerja siang malam bagi memantau tahap kualiti air mentah supaya terpelihara dari tercemar. Mereka turut menjejak kemungkinan pencemaran dengan membuat ujian berkala terhadap sampel air di lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat. Sekalipun sukar membasmi sepenuhnya, sebanyak 13 daripada 20 kes pencemaran berjaya diatasi sekali gus mengelak henti tugas loji rawatan air setakat November. Wartawan Afix Redzuan dan jurufoto Remy Ariffin meninjau pemantauan LUAS pada 24 November.

Staf LUAS melaksanakan langkah nyahbau dengan meletakkan 12 beg karbon aktif (AC) bagi mengawal pencemaran di lokasi pertemuan Sungai Kundang, Rawang pada 23 Oktober Pasukan Pemantauan Op Sumber Air menggunakan deria bau terhadap sampel dalam insiden pencemaran di Sungai Selangor, Kuala Selangor pada 8 Disember Penguat kuasa pelbagai agensi melakukan pemeriksaaan ke atas premis yang disyaki melakukan pembuangan sisa secara tidak sah ke lurang kumbahan (manhole) yang mencemar loji rawatan kumbahan (LRK) IWK Taman Volex, Rawang pada 11 November

Sampel air Sungai Selangor diambil di muka sauk loji rawatan air Rantau Panjang secara berkala atau ada aduan pencemaran Sampel air Sungai Selangor dalam tiub kaca diukur menggunakan alat PF-12 bagi mendapatkan bacaan setempat sebelum di bawa ke makmal untuk analisis lanjut

Alat PF-12 digunakan untuk mengukur tahap pencemaran melalui sampel air. Termasuk menguji kandungan florida, kekeruhan, jumlah pepejal terampai atau ammonia

Kontraktor LUAS melakukan kerja pembersihan sisa minyak enjin yang ditemui di alur Sungai Balak, Kajang pada 28 Oktober

Pekerja LUAS dan Air Selangor meletakkan serbuk karbon aktif (AC) di longkang kawasan perumahan di Saujana, Rawang untuk proses menyahbau pada 14 November


ADN

14

Turun padang ziarah penduduk sakit SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal meluangkan masa menyantuni tiga individu yang mengalami masalah kesihatan di kawasannya. Kunjungan dilakukan di Kampung Sungai Ramal Dalam, Seksyen 7 dan Seksyen 5 Bandar Baru Bangi sempena program Salam Jumaat. “Ada yang sakit hingga cacat kaki, tidak boleh berdiri, ada yang cedera parah patah kedua kaki akibat kemalangan motosikal dan sedang berjuang melawan barah payudara,” kata Mazwan Johar pada 19 Disember. “Kesemua pesakit yang saya lawati diberikan sumbangan tunai serta pek barangan makanan keperluan asas daripada peruntukan ADN.” Selain menziarahi masyarakat yang berdepan masalah kesihatan, Mazwan juga memberi sumbangan sarapan kepada orang ramai.

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Ringan beban keluarga B40

3,000 pelajar dapat kelengkapan sekolah OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Seramai 3,000 pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras akan menerima bantuan kelengkapan sekolah sempena program Kembali ke Sekolah bagi sesi tahun depan. Ahli Dewan Negeri Mohd Khairuddin Othman berkata sumbangan baju sekolah, kasut, stokin, pelitup muka dan beg disalur dalam dua fasa iaitu pada 21 Disember dan 20 Januari

tahun depan. “Serahan bantuan disasar kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40). Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya pada 15 Disember. Orang ramai yang ingin memohon bantuan boleh hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras. Kriteria utama ialah ibu bapa dibuang kerja atau tidak bekerja dan ibu tunggal yang ada anak bersekolah.

Serahan bantuan disasar kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40). Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN Ahli Dewan Negeri Paya Jaras

Hulur 137 pek makanan PUCHONG - Pusat Khidmat DUN Kinrara mewujudkan pelbagai inisiatif bagi membantu penduduk yang terjejas susulan penularan Covid-19. Wakil rakyatnya berkata usaha meliputi penyediaan peti makanan yang membekal barangan asas dan boleh diambil berulang kali jika perlu. “Kita tidak agih bekalan dari rumah ke rumah tetapi keluarga terjejas boleh

YB Kita Ahli Dewan Negeri

N27 BALAKONG n Nama: Wong Siew Ki Sze Han menyerahkan sumbangan makanan asas kepada pengusaha bas sekolah di Taman Tenaga, Puchong pada 18 Disember

n Umur: 35 tahun n Negeri kelahiran: Perak

datang ambil makanan di pusat khidmat masyarakat,” kata Ng Sze Han pada 18 Disember. EXCO kerajaan tempatan turut melaksana program Dapur Kinrara yang menyediakan makanan sayuran setiap

n Aktiviti masa lapang: Mendengar muzik, memasak, membaca n Falsafah hidup: Jadikan setiap hari seperti hari terakhir n Pekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Ahli Majlis MPSJ, penggiat filem bebas n Alamat pejabat ADN: 1-12A, Jalan Kasturi 1, Taman Kasturi, Off Jalan Balakong, 43200 Batu 11 Cheras n Nombor telefon ADN: 03-9076 0331 n E-mel: dapn27balakong@gmail.com n Facebook: Wong Siew Ki

N27

BALAKONG

Ahad bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang. Sze Han memaklumkan sebanyak 137 pek makanan diagih setakat ini. Beliau turut mengalu-alukan sumbangan semua pihak.

Selenggara longkang setiap dua bulan elak banjir SHAH ALAM - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor membersihkan longkang dan parit sekitar Morib setiap dua bulan bagi mengelak banjir kilat. Bagaimanapun, wakil rakyat Morib berkata kedudukan beberapa kawasan yang rendah menyebabkan air sering naik terutama kebun di Jalan Sungai Hantu, Kelanang. Hasnul Baharuddin memaklumkan isu

sama turut berlaku di Permatang Pasir berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara dan Bandar Banting Baru. “JPS buat pembersihan ikut jadual tetapi disebabkan kawasan rendah, pergerakan air agak lambat. Longkang juga tidak mampu menampung aliran air yang tinggi susulan hujan lebat,” katanya pada 20 Disember.


Album SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

ADN SERI SETIA Halimey Abu Bakar

Menyampaikan sumbangan kepada penduduk di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya

ADN KAMPUNG TUNKU

Memberi pelitup muka kepada anggota balai polis Sungai Way, Petaling Jaya

ADN PELABUHAN KLANG

Mengedar kit kempen Hentikan Keganasan, Hormat Wanita di Pasar Awam, Pelabuhan Klang

Lim Yi Wei

Azmizam Zaman Huri

15

ADN HULU KELANG Saari Sungib

ADN BUKIT MELAWATI Juwairiya Zulkifli

ADN MERU

Mohd Fakhrulrazi Mohktar

Informasi

Terkini

di jari anda

Menziarahi dan memberi sumbagan kepada penduduk di Pangsapuri Taman Ar-Ridhuan, Ukay Perdana

Beramah mesra bersama penduduk dan mengagih kalendar 2021 di Pasar Pagi, Sungai Buloh

Menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada warga emas di Kapar, Klang


Hadiah Sastera Selangor

16 Oleh Azar Ishak

M

engambil apa yang ditakrifkan oleh Profesor Linguistik Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Hashim Musa, ‘budi’ ialah akal dan daya fikir untuk memahami sesuatu perkara dan kebolehan untuk berdalil serta menyimpulkannya secara rasional. Ia juga boleh dimaknakan sebagai kepandaian, keupayaan dan kebijaksanaan yang mampu melahirkan seorang yang ‘budiman’. Sebenarnya, perkataan budi memang telah sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu, sehinggalah munculnya perkataan seperti ‘akal budi’, ‘budi pekerti’, ‘balas budi’ dan sebagainya. Mungkin sebab itu jugalah, seorang cendekiawan ulung Melayu, Zainal Abidin Ahmad atau Pendeta Za’ba seringkali kali mengangkat ‘budi’ dalam banyak penulisannya. Za’ba juga selalu sahaja menyebut budi yang dikaitkannya dengan agama dan sikap orang Melayu. Lebih menarik, seperti mana yang pernah dikatakan oleh Pensyarah Pengajian Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Dr Azhar Ibrahim, walaupun Za’ba itu sering kali diangkat sebagai seorang ahli bahasa, tetapi secara realitinya penulisan Za’ba mengenai agama Islam lebih banyak dari hal-hal berkaitan bahasa itu sendiri. Akan tetapi malangnya, hanya kerana Za’ba itu dilihat dan tidak digolongkan dalam kalangan ulama, amat jarang sekali wacana Islam beliau diangkat, waima di pusat-pusat pengajian Melayu sendiri. Sebagai contoh, jika kita melihat penulisan Za’ba dalam bukunya, “Mencapai Keluhuran Budi” yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ia sarat dengan saranan untuk ‘tahu’ dan ‘faham’ bagi mencapai apa yang disebutkan sebagai “keluhuran budi”. Tingkat akal Ketika Za’ba membincangkan tentang agama, beliau tidak terburu-buru dalam mengajukan hukum agama, mengenai apa yang haram dan tidak, atau apa yang makruh dan harus. Sebaliknya, Za’ba memulakan penulisannya itu tentang persoalan apa itu agama, mengapa perlu didatangkan agama, apakah agama yang sebenar dan peri pentingnya pengetahuan agama. Cara Za’ba inilah yang dikatakan sebagai sebenar-benar tingkat budi apabila akal diangkat untuk menilai sebab dan musabab sesuatu perkara, bukannya hanya bertaklid buta sahaja. Seperti mana yang dikatakan oleh Za’ba: “…pengetahuan agama dengan sifat yang sebenar-benarnya sangatlah mustahak diberi atau diperoleh bagi tiap-tiap seorang, supaya dapat mereka tahu akan dia dengan ‘tahu’ yang sampai mendapat isinya.” Hal yang sama juga pernah disentuh oleh Muhammad Asad dalam karyanya “Islam at the Crossroads” bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini tidak pernah menghalang

Hariku cuma dua Dan bulan pun bercermin kabut selayaknya luka yang belum tertutup malam ini lena tidak bisa membawamu pulang dalam mimpiku yang berpetualang Di hujung semesta paling sunyi ada suara tangis yang masih bayi apakah hatiku yang merintih sepi atau kau yang tertikam peri? Aku cuma punya hari berjumlah dua antara semalam dan esok yang belum ada bagaimana mungkin kulengkapkan cerita jika kau; masih api tanpa suara. Hanasamali

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

umatnya daripada menggunakan akal, malah Islam menghargai aktiviti intelektual manusia sehingga ke tahap menempatkannya mengatasi malaikat! Dalam masa sama, keluhuran budi itu tidak akan tercapai juga tanpa peranan ibu bapa yang dianggap oleh Za’ba sebagai teras awal pembentukan watak setiap manusia. Walaupun begitu, Za’ba menyarankan supaya fikiran anak-anak itu tidak dikongkong, sebaliknya diberikan latihan kepada mereka untuk menggunakan akal fikirannya sendiri. Bagi Za’ba, itulah sebesar-besar tanggungjawab dalam berumah tangga – sehingga beliau berpesan, janganlah sekalikali diberikan gambaran salah tentang perlunya ilmu itu hanya untuk hidup bersenang-senang dengan pangkat dan gaji besar sahaja. Kata Za’ba: “…belajar dan menuntut ilmu ialah supaya jadi pandai, bijak, berguna kepada manusia dan kepada dunia; supaya membaiki pihak hati, otak, fikiran, kebatinan, jiwa dan rohani; juga supaya dapat berbuat kebajikan kepada orang lain, bukan bagi faedah diri.” Berjimat-cermat Seterusnya, ada satu perkara yang cuba dibawa oleh Za’ba dan hal ini jarang-jarang diperkatakan iaitu tentang berjimatcermat, yang baginya sangat asing dan sukar diterapkan dalam jiwa bangsa Melayu. Lebih keras lagi, Za’ba mengatakan suruhan berjimat-cermat lebih menyusup masuk ke dalam sikap orang bukan Melayu-Islam seperti masyarakat Cina misalnya – yang tidak didatangkan Nabi kepada mereka. Sedangkan, orang MelayuIslam yang telah didatangkan Nabi, al-Quran dan hadis ini sering melanggar ajaran itu. Menurutnya lagi, berjimat-cermat itulah yang akan menyelamatkan bangsa ini di hari kemudian dan ia hanya diterima dalam kalangan manusia yang siuman akal fikirannya. Za’ba menulis: “Perangai jimat-cermat yang adil dan patut itu nyata kelebihannya kepada tiap-tiap orang yang siuman akal fikirannya.” Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Za’ba ini pernah juga dibangkitkan oleh sejarawan, Dr Ahmat Adam dalam satu ceramahnya di London pada 2012. Menurutnya, salah satu masalah utama Melayu adalah betapa liatnya mereka untuk menabung dan berjimatcermat. Hal itu nampaknya dibuktikan apabila dapatan statistik Jabatan Insolvensi

mendapati kaum Melayu mencatatkan kes kebankrapan tertinggi antara tempoh 2015 hingga 2019, dengan jumlah 56 peratus atau bersamaan sebanyak 45,147 kes. Keluhuran budi Oleh itu, apa yang diungkapkan oleh Za’ba ini dapat dilihat sebagai satu kesungguhan dalam menyeru orang Melayu tentang peri pentingnya keluhuran budi bagi menjamin kelangsungan bangsa. Za’ba selaku seorang tokoh berjiwa besar, tetap teguh menyeru bangsanya untuk keluar dari penjajahan diri sendiri lewat pemahaman tentang agama, sikap dan cara hidup. Tetapi, hal itu tidak sesekali mengeluarkan Za’ba dari kerangka Islam, yang dilihatnya sebagai tiang seri kekuatan masyarakat Melayu. Baginya, kegemilangan dan kemerosotan manusia itu adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri, dan tiada sebarang kaitan dengan Allah SWT sama sekali. Kemerosotan ini baginya disebabkan salah faham mereka tentang dunia dan agama, kemalasan mereka dan keterbelakangan mereka kepada ilmu pengetahun serta akal yang waras. Walaupun Za’ba pernah menyifatkan orang Melayu sebagai bangsa yang muda dan masih mentah jika dibandingkan dengan bangsa yang maju dan tinggi kedudukannya, namun, hal itu diungkapkannya lebih 80 tahun lalu dan kini setelah hampir 47 tahun Za’ba meninggalkan kita, bagaimana dengan budi Melayu? Sudah tercapaikah keluhurannya?


Informasi

Rencana SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Terkini

di jari anda

17

Upacaradijalankansecaramaya

Krismas dalam wabak OLEH AFIX REDZUAN Seperti perayaan lain sepanjang tahun ini, Hari Krismas juga dirai sederhana tanpa rutin kelaziman seperti sambutan tahun-tahun sebelumnya. Namun, pengisian perayaan terutama upacara agama tetap berlangsung sekalipun dalam bentuk berbeza terutama lokasi zon merah. Mengikut paderi Gereja Life Community Centre Sidang In-

jil Borneo Kuala Lumpur (SIBKL), penganut Kristian boleh mengikuti kemeriahan sambutan menerusi pautan siaran langsung di media sosial, norma baharu yang tidak boleh tidak. Gilbert Wee yakin sambutan sedemikian tetap menjalarkan persaudaraan sesama penganut, apatah lagi kebanyakan gereja sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan lokasi dalam zon merah meraikannya dalam talian. “Kita anggar hampir 200 penghuni rumah menyertai

sambutan secara maya. Kita sudah senaraikan program pada hari berkenaan. “Bagi gereja yang berada dalam zon hijau, mereka boleh pergi ke gereja dan menyambutnya seperti biasa,” katanya kepada SelangorKini. Upacara itu dijadual berlangsung sejam setengah bermula 8.30 pagi bagi sesi pertama dan jam 11 pagi untuk sesi kedua. Sebelum Covid-19 melanda awal tahun ini, lebih 2,000 orang hadir ke gereja untuk mengikuti upacara keagamaan setiap kali sambutan tersebut. Suasana pusat beli-belah yang lazimnya gamat dengan pengunjung kali ini bertukar sunyi. Namun, suasana pe-

rayaan tetap dirasai lewat hiasan Hari Krismas tetap didirikan. Malah, pengunjung meski bukan penganut Kristian turut berfoto di sisi replika pokok Krismas. Bagi paderi di Gereja Our Lady of Lourdes, Klang, beliau menyifatkan sambutan kali ini membuka peluang untuk penganut meraikannya bersama ahli keluarga dengan mematuhi arahan tatacara operasi piawai (SOP). Justeru, Fredrick Joseph berharap semua pihak yang meraikannya dengan berkumpul sesama ahli keluarga sambil meneruskan semangat berkongsi kegembiraan. “Inilah peluang kita untuk mengurangkan pergerakan ke

luar sebaliknya kekal bergembira bersama keluarga dan berkongsi kasih sayang bersama saudara-mara, rakan-rakan serta kanak-kanak,” katanya. Bagi memastikan Covid-19 terkawal, Majlis Keselamatann Negara menggariskan SOP antaranya maksimum 20 orang dalam sesebuah rumah bergantung kepada keluasan jika membuat ziarah. Upacara sembahyang dibuat hanya pada 24 dan 25 Disember, terhad pada waktu tertentu selain pemeriksaan suhu diwajibkan. Namun, lokasi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, ziarah dan upacara sembahyang tidak dibenarkan.

UCAPAN EXCO Perayaan Krismas tahun ini disambut sedikit berbeza berikutan penularan Covid-19. Tanggal 25 Disember sentiasa dinantikan penganut Kristian di seluruh dunia untuk meraikannya. Bagaimanapun tatacara operasi piawai (SOP) perlu dipatuhi bagi mengelak risiko penyebaran wabak. Kepelbagaian agama dan budaya adalah asas kekuatan jika kita berhasrat membina sebuah negara yang dihormati dan disegani dalam semua bidang. Selamat menyambut Hari Krismas kepada semua penganut Kristian.

Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh warga Selangor yang beragama Kristian. Semoga dengan kedatangan hari yang baik kali ini akan membawa kegembiraan dan kebaikan kepada mereka serta keluarga.

Dato’ Teng Chang Khim EXCO Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana

Ir Izham Hashim EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

Meskipun Krismas kali ini disambut dengan norma baharu dan pematuhan SOP, diharap ia dapat dimanfaatkan bersama keluarga dan komuniti setempat dengan gembira. Rodziah Ismail EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selamat menyambut Hari Krismas. Semoga sambutan tahun ini berlangsung meriah bersama keluarga dan patuhi SOP bagi mengelak penularan wabak. V Ganabatirau EXCO Pembangunan Sosio-Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja Selamat menyambut Hari Krismas kepada semua penganut Kristian. Semoga perayaan kali ini disambut penuh kegembiraan dan kesyukuran. Hee Loy Sian EXCO Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli

Selamat Hari Krismas kepada kawan-kawan yang menyambutnya. Semoga semua diberkati dengan kesihatan dan kebahagian. Ng Sze Han EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selamat Hari Krismas kepada mereka yang menyambutnya. Dalam kegembiraan sambutan jangan dilupa kita masih berada dalam wabak Covid-19. Terus patuhi SOP bagi mengelak penularan wabak. Kita jaga kita. Dr Siti Mariah Mahmud EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selamat menyambut Hari Natal bagi seluruh

penganut agama Kristian. Semoga sambutan ini memberi peluang untuk beramah mesra bersama keluarga dengan mematuhi SOP untuk mengekang penularan Covid-19 Mohd Khairuddin Othman EXCO Pembangunan Modal Insan, Generasi Muda dan Sukan Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian. Semoga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan agama di negeri ini dapat terus kita jaga dan nikmati bersama. Mohd Zawawi Ahmad Mughni EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Pastinya sambutan perayaan kali ini berbeza, namun kita harus akur dengan situasi semasa yang memerlukan kita mematuhi segala SOP. Selamat Hari Krismas kepada seluruh rakyat yang menyambutnya. Borhan Aman Shah EXCO Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan


PBT

18

Daftar bil digital dapat telefon pintar SHAH ALAM - Pemegang harta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang mendaftar maklumat penerimaan bil digital cukai taksiran berpeluang menang 18 unit telefon pintar. Hadiah itu ditawar menerusi cabutan bertuah sempena pelancaran kempen daftar, bayar dan menang cukai taksiran 2021 serta pelancaran aplikasi MyMPS pada 21 Disember. “Pemegang cukai yang mendaftar dan mengemaskini maklumat di digitalbil.mps. gov.my layak untuk menyertai cabutan bertuah. “Sebanyak 36,157 pegangan atau pemilik mengemas kini maklumat sebelum 31 Oktober 2020,” kata Bahagian Perhubungan Awam MPS pada 16 Disember. Bahagian itu menambah pertukaran kepada bil digital cukai taksiran akan menghentikan cetakan bil kertas secara pos bermula tahun hadapan.

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Buka peluang jana pendapatan

62 penjaja peroleh permit sementara

Nyahkuman di pasar setiap dua minggu SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menutup pasar borong dan awam di kawasan pentadbirannya setiap dua minggu untuk proses nyahkuman. Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin memaklumkan inisiatif bermula November bertujuan mengekang penularan Covid-19. “Kerja nyahkuman melibatkan keseluruhan pasar dan kedai PKNS dalam kawasan MPK,” katanya. Kompleks Pasar Besar Jalan Meru dan kedai PKNS Jalan Pasar Baru juga ditutup dua hari mulai 20 Disember. Manakala Pasar Pelabuhan Klang ditutup pada 1, 15 dan 29 Disember, Pasar Pandamaran (2, 16 dan 30 Disember) dan Pasar Pekan Kapar (3, 17 dan 31 Disember).

Perbaharui lesen elak dikompaun SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggesa peniaga memperbaharui permit sebelum hujung tahun ini bagi mengelak dikompaun. Pihak berkuasa tempatan itu berkata tempoh tiga bulan telah diberikan kepada pemilik lesen dan ia mesti dibuat sebelum 31 Disember ini. "Mulai Januari depan, notis pembaharuan lesen tidak lagi dihantar melalui pos, tapi status proses permohonan boleh disemak melalui sistem ePS," katanya pada 22 Disember. "Daftar sekarang sebagai pengguna ePS untuk membuat semakan dan pembayaran lesen. Perbaharui lesen anda, elak dari dikompaun."

Peniaga mohon permit sementara di Dewan Liparis, Seksyen 31, Shah Alam pada 19 Disember OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Sebanyak 62 permit perniagaan sementara diluluskan kepada penjaja dan peniaga kecil sekitar Kota Kemuning di sini. Dato’ Menteri Besar berkata lesen itu diluluskan Majlis Bandaraya Shah Alam

(MBSA) menerusi pembukaan kaunter permohonan pada 19 dan 20 Disember di Dewan Liparis, Seksyen 31. “Program ini akan diperluas ke seluruh negeri bagi membantu mereka yang ingin berniaga,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari. Sementara itu, ketua Bahagian Kor-

porat dan Perhubungan Awam MBSA berkata inisiatif tersebut memberi peluang orang ramai menjana pendapatan. Shahrin Ahmad juga memaklumkan tapak penjaja sementara akan dibuka di beberapa lokasi yang dikenal pasti antaranya Seksyen 26, 27, 28, 31 dan 35.

Dulu di jalanan, kini niaga di medan selera SHAH ALAM - Penantian empat tahun sekumpulan penjaja jalanan di sini hampir berbaloi apabila medan selera baharu di Seksyen 15 siap sepenuhnya. Setiausaha Persatuan Peniaga Medan Selera @15B, Rohani Md Jani berkata 13 penjaja yang ditempatkan mula berniaga setakat ini. “Kami lebih selesa (berniaga), ada tempat letak kereta yang luas dan mudah untuk pelanggan datang. “Surau dan tandas yang selesa juga disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk kemudahan peniaga dan pelanggan,” katanya. Peniaga makanan sayuran, Liew Kok Meng, berharap medan selera berkenaan dipromosi lebih kerap memandangkan ia baru sahaja dibuka. “Kebanyakan yang datang adalah pelanggan lama saya kerana mereka tahu kami akan berpindah ke sini. Tetapi sekarang peniaga lebih ramai dan ia mem-

bolehkan orang ramai membuat pelbagai pilihan,” katanya. Medan Selera @15B di Jalan Soket 15 pula dibuka pada 7 Disember lalu. Kemudahan seliaan MBSA yang mampu menempatkan 40 peniaga dilengkapi

pelbagai kemudahan termasuk surau, tandas dan parkir. Medan selera itu turut menempatkan kedai jahitan, kedai kek, kedai menjual barangan kering atau sejuk beku dan kedai produk biodegradasi.


PBT SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

19

Pelantikan PeKT tidak diiktiraf SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf pelantikan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) bagi mengelakkan percanggahan dengan peranan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT). EXCO kerajaan tempatan berkata ahli majlis mewakili kepentingan masyarakat di kawasan mereka berdasarkan peruntu-

kan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). “Tiada keperluan melantik PeKT untuk bertindak sebagai perantara antara komuniti dan kerajaan memandangkan tugas itu dipertanggungjawabkan kepada setiap ahli majlis,” kata Ng Sze Han pada 16 Disember.

Beliau berkata PeKT tidak boleh menggunakan nama PBT Selangor dalam kepala surat rasmi berikutan tiada kaitan antara kedua-dua organisasi. “Sebarang penggunaan nama PBT Selangor oleh PeKT dalam apa jua bentuk juga adalah tidak dibenarkan dan tidak sah,” katanya.

Mula operasi 2022

MBSA buka pusat transit warga emas OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini mewujudkan pusat transit untuk warga emas. EXCO kesejahteraan bandar berkata pusat meliputi 12 unit rumah dijangka dibina awal tahun hadapan atas tanah seluas 0.8943 hektar dalam kawasan Kompleks Warga Emas Seksyen 24, di sini. Rodziah Ismail menjelaskan pusat itu dilengkapi kemudahan antaranya pusat riadah dan tempat berehat dengan pengawasan rapi. “Kita mahu warga emas yang selama

ini tinggal bersendirian di rumah dapat melakukan aktiviti di pusat ini selain mengurangkan kebimbangan anak-anak terhadap keselamatan orang tua mereka semasa bekerja. “Apabila siap kelak, pusat ini mampu menempatkan hampir 100 penghuni pada satu-satu masa membabitkan (warga emas) dari seluruh bandar raya ini,” katanya pada 22 Disember. Beliau ditemui selepas majlis pecah tanah pusat transit berkenaan pada 22 Disember yang turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Haris Kasim dan Pengerusi Kelab Warga Emas Shah Alam Dato’ Emran Kadir.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Tiga berkata tiada bayaran dikenakan kepada anak atau ahli keluarga yang mahu menempatkan orang tua mereka di pusat transit berkenaan. “Ini salah satu program tanggungjawab sosial MBSA yang diharap boleh dikembangkan ke seluruh PBT Selangor supaya menjadi contoh kepada pihak luar. “Sekiranya sambutan menggalakkan, kita sedia untuk bangunkan (pusat transit) di zon utara dan selatan Selangor,” katanya. Pusat tersebut dijangka memulakan operasi pada 2022.

Rodziah (tiga, kanan) melancarkan majlis pecah tanah Pusat Transit Warga Emas Shah Alam pada 22 Disember

MBPJ jadi PBT pertama kompaun JMB SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama negeri ini mengenakan kompaun terhadap badan pengurusan bersama (JMB). Mengikut Unit Komunikasi Korporatnya, tindakan itu berikutan JMB berkenaan gagal menyerahkan dokumen dan laporan kewangan beraudit kepada perbadanan pengurusan (MC).

Menerusi Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), majlis mengkompaun dua ahli jawatankuasa JMB dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Pengkompaunan Kesalahan) 2019 dengan nilai RM12,500 seorang. “Ini menjadikan COB MBPJ yang pertama di Selangor dan kedua di seluruh Malaysia menjalankan penguatkuasaan kompaun bagi kesalahan mengikut Akta 757.

“Akta ini melalui Pengurusan Strata 2013 menetapkan kompaun boleh dikenakan tidak lebih 50 peratus daripada denda maksimum,” kata unit itu pada 19 Disember. “Jika kompaun dibayar, maka tiada prosiding dikenakan namun jika sebaliknya Pesuruhjaya Bangunan boleh memulakan pendakwaan tanpa notis selanjutnya."

Informasi

Terkini

di jari anda

100 penduduk perindah kawasan SHAH ALAM - Bagi mewujudkan persekitaran bersih dan ceria, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan program Pemberdayaan Komuniti di Pangsapuri Bukit Puchong pada 20 Disember lalu. Pihak berkuasa tempatan berkata gotong-royong yang bermula pada 8 pagi itu disertai 100 penduduk. Pelbagai acara lain turut dijalankan termasuk program kumpul dan tukar barang terpakai untuk dikitar semua, kios kesedaran bahaya denggi serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. "Kita mahu memupuk nilai murni dalam budaya bantu membantu sesama masyarakat dan berganding bahu menjaga kebersihan agar tiada pembiakan nyamuk Aedes," katanya. "Program ini juga dapat membina dan mengukuhkan jaringan perhubungan antara penduduk dengan MBSJ." Program turut disertai Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan dan Ahli Majlis MBSJ Zon 17, Thomas Low Yew Sin.

Bayar parkir guna Touch ‘n Go eWallet SHAH ALAM - Bayaran tempat letak kereta di sini dan Petaling Jaya boleh dibuat melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Kaedah tanpa tunai itu dibuat dengan kerjasama Flexi Parking dan Smart Selangor Parking, lapor portal technave.com. Melalui aplikasi itu, pengguna juga diberi peringatan 15 minit sebelum tempoh parkir berakhir. “Anda cuma perlu menekan ikon ‘tempat letak kereta’ (huruf P) di menu utama dan masukkan tempoh masa, lokasi dan nombor pendaftaran kenderaan,” maklum laman sesawang itu. Kaedah itu dilaksanakan di Subang Jaya dan Kuala Langat. Lokasi lain meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Machang.

10 persatuan terima alat keselamatan SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyumbang set alat keselamatan kepada 10 persatuan penduduk menerusi program Bandar Selamat. Pegawai Perhubungan Awam Kamarul Izlan Sulaiman berkata alatan yang diagih pada 15 Disember lalu adalah jaket, lampu suluh dan wisel. “Penyediaan semua alatan ini akan memudahkan persatuan penduduk menjalankan rondaan di kawasan masing-masing dari semasa ke semasa. “Usaha ini secara tidak langsung mencegah salah laku jenayah sekali gus menjamin keselamatan masyarakat setempat,” katanya pada 17 Disember.


Pendidikan

20

Yayasan Selangor kini syarikat berhad SHAH ALAM - Yayasan Selangor yang beroperasi sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini telah menyelesaikan isu tadbir urus yang tertunggak sejak 2015. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor telah mengambil langka proaktif bagi memperkemas tadbir urus melalui pelantikan ketua pegawai eksekutif baharu pada Julai 2019 dan meluluskan pelan tindakan strategik pada Disember tahun sama. "Untuk makluman terkini, senarai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor telahpun dikemas kini di SSM pada 14 September 2020 selaras dengan keperluan Akta Syarikat 2016. "Manakala Penyata Kewangan Beraudit Yayasan Selangor bagi Tahun Kewangan 2015 sehingga 2019 telahpun disiapkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Selangor Ke-43 pada 18 Disember lalu," kata kenyataan yayasan itu pada 22 Disember. Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari selaku pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor berkata pengurusan yayasan dan Kerajaan Negeri bersedia untuk maju bersama dengan memastikan penjanaan pendapatan yang berterusan.

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Persiapan sesi persekolahan

RM34.6 juta untuk 70,000 anak asnaf OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagih bantuan berjumlah RM34.6 juta kepada anak asnaf fakir dan miskin untuk sesi persekolahan tahun depan. Ketua pegawai eksekutifnya berkata lebih 70,000 asnaf dari peringkat prasekolah hingga menengah menerima manfaat

meliputi yuran dan kelengkapan sekolah. Saipolyazan M Yusop memaklumkan sumbangan disalur melalui tiga kaedah iaitu kredit ke akaun bank ketua keluarga, baucar dan tunai. “Setiap pelajar menerima bantuan yuran antara RM100 hingga RM250 seorang bergantung kepada tahap persekolahan,” katanya pada program agihan bantuan persekolahan sesi 2021 pada

16 Disember. “Kelengkapan sekolah pula boleh ditebus menggunakan MyKad ketua keluarga di pasar raya terpilih seperti Tesco, Sakan, Jakel, Canggih dan Fairuz Ramdan Designs.” Saipolyazan berkata penerima bagi Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang boleh menebus bantuan tersebut melalui Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.


Informasi

Agama SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

mereka perlu mendapatkan tarikh bagi tujuan berkenaan terlebih dahulu,” katanya menerusi kenyataan. Waktu urusan bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang sahaja manakala bagi urusan pembayaran di kaunter kewangan dibuka sehingga jam 3 petang namun tidak memerlukan janji temu. Senarai nombor telefon: l Pengurusan wasiat, hibah, harta pusaka dengan perkara berkaitan Baitulmal (019-383 0032 / 019-266 1404 / 03-5514 3772 / 3772 / 3773) l Sewaan hartanah (019-230 2040 / 019-264 0631 / 03-5514 3400 ext

2187) Bahagian pendaftaran mualaf (014-324 5146 / 03-3361 4000) l Bahagian pemulihan ar-riqab (019-264 6277 / 03-3361 4088 / 03-3361 4080) l Bahagian kewangan (019-666 4123 / 03-5514 3753 / 03-5514 2741) l Unit guaman syarie – nasihat perundangan syariah dan permohonan bantuan guaman syarie (03-5514 3643) Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat Mais di talian 03-5514 2175. l

Perkenal sistem pengurusan tauliah

Lahir pendakwah berkualiti OLEH NORRASYIDAH ARSHAD SHAH ALAM - Sistem pengurusan tauliah diperkenal untuk memantau dan membentuk pendakwah mengikut lunas Islam serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. EXCO hal ehwal agama Islam berkata usaha melahirkan pendakwah memerlukan tempoh panjang disertai ujian dan latihan di lapangan. “Kita lihat banyak kemunculan penceramah dari program realiti yang menampilkan imej versatil dan mesra anak muda tetapi harus dikemaskan dengan asas kukuh. “Tidak boleh dua tiga malam sahaja, perlu beri ujian kemudian barulah boleh digelar dai. Jika sekadar populis kita bimbang jadi terkenal, kalah dengan godaan,” kata Mohd Zawawi Ah-

di jari anda

21

Urusan Mais melalui janji temu SHAH ALAM - Orang ramai yang mahu berurusan di Majlis Agama Islam Selangor (Mais) diminta membuat janji temu sehingga 31 Disember ini. Agensi berkata langkah berkenaan dibuat susulan negeri itu masih di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). “Pelanggan boleh mendapatkan waktu dan tarikh janji temu menerusi panggilan telefon atau e-mel kepada pro@mais.gov.my “Mais mengambil langkah proaktif bagi memastikan urusan pelanggan tetap diteruskan namun

Terkini

Seru tunai zakat, asnaf bertambah SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru lebih ramai umat Islam menunaikan zakat bagi membantu golongan asnaf yang dijangka bertambah tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan M Yusop berkata peningkatan itu susulan pandemik Covid-19 yang berlarutan sepanjang tahun. “Bila sebut Selangor, orang kata kita ada jumlah kutipan zakat paling banyak, tetapi pada masa sama kita juga mempunyai bilangan asnaf paling ramai untuk dibantu. “Malah, 60 peratus asnaf fakir terdiri daripada miskin bandar, dan mereka terjejas akibat Covid-19. Saya seru umat Islam supaya tunailah zakat agar dapat bantu golongan kurang mampu,” katanya pada 16 Disember. LZS turut menjangka jumlah kutipan zakat tahun depan menyusut ekoran banyak perniagaan mengalami kerugian.

mad Mughni pada 15 Disember. Mengikut portal Jabatan Agama Islam Selangor, hanya pendakwah memiliki kad tauliah dibenarkan berceramah di negeri ini. Tempoh sah laku kad selama lima tahun. Tauliah mengajar tertakluk mengikut Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016 meliputi empat kategori iaitu: D1: Tauliah berceramah D2: Tauliah mengajar fardu ain D3: Tauliah mengajar al-Quran D4: Tauliah khas (pengurusan jenazah/ perbandingan agama/perbankan Islam/motivasi) Individu yang mengajar atau berceramah tanpa tauliah boleh didakwa mengikut Seksyen 119 Enakmen Pen-

24 - 30 Disember 2020 9 - 15 JAMADILaWAL 1442

tadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016. Jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Bantu peniaga dapat sijil halal SHAH ALAM - Program International Muslim Friendly Affiliation Network (Imfan) diperluas bagi melayakkan lebih ramai peniaga memperoleh sijil halal. EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata sasaran untuk tahun depan meliputi usahawan mikro yang berdaftar dengan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah). “Bukan semua produk memerlukan sijil halal, sebaliknya hanya yang perlu sahaja kita bantu melalui agensi yang pakar sekali gus membolehkan peniaga pergi lebih jauh,” katanya pada 15 Disember.

Bercakap pada program bual bicara Kontroversi Makanan Halal dan Imej Dakwah anjuran Media Selangor baru-baru ini, beliau berkata program yang dilancarkan dua tahun lalu kian mendapat sambutan. Imfan adalah inisiatif Kerajaan Negeri melalui Halal International Selangor dan Hijrah untuk membantu usahawan mikro memperoleh sijil halal menerusi modul tertentu. Selangor menyasar sekurang-kurangnya 2,000 peniaga memperoleh pensijilan halal melalui program berkenaan.

24 Khamis 25 Jumaat 26 Sabtu 27 Ahad 28 Isnin 29 Selasa 30 Rabu

5:53 5:53 5:54 5:54 5:55 5:55 5:56

6:03 6:03 6:04 6:04 6:05 6:05 6:06

7:13 7:13 7:14 7:14 7:15 7:15 7:16

1:16 1:16 1:17 1:17 1:18 1:18 1:19

4:38 4:39 4:39 4:40 4:40 4:41 4:41

7:13 7:13 7:14 7:14 7:15 7:15 7:16

8:28 8:28 8:29 8:29 8:30 8:30 8:30

24 Khamis 25 Jumaat 26 Sabtu 27 Ahad 28 Isnin 29 Selasa 30 Rabu

5:56 5:56 5:57 5:57 5:58 5:58 5:59

6:06 6:06 6:07 6:07 6:08 6:08 6:09

7:15 7:16 7:16 7:17 7:17 7:17 7:18

1:18 1:19 1:19 1:20 1:20 1:21 1:21

4:41 4:41 4:42 4:42 4:43 4:43 4:44

7:14 7:15 7:15 7:16 7:16 7:17 7:17

8:29 8:30 8:30 8:30 8:31 8:31 8:32

24 Khamis 25 Jumaat 26 Sabtu 27 Ahad 28 Isnin 29 Selasa 30 Rabu

5:53 5:53 5:54 5:54 5:55 5:55 5:56

6:03 6:03 6:04 6:04 6:05 6:05 6:06

7:14 7:14 7:15 7:15 7:16 7:16 7:17

1:16 1:17 1:17 1:18 1:18 1:19 1:19

4:39 4:40 4:40 4:41 4:41 4:42 4:42

7:14 7:14 7:15 7:15 7:16 7:16 7:17

8:28 8:29 8:29 8:30 8:30 8:31 8:31


Kebajikan

22

Yide bantu tujuh keluarga SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyampaikan sumbangan kecemasan kepada tujuh keluarga mangsa kebakaran di Kampung Ampang Indah, Lembah Jaya Selatan, Ampang. Sumbangan berbentuk bantuan kewangan dan kit penjagaan peribadi iaitu tuala, kain pelikat, sepasang baju, selimut dan kit pembersihan diri. “Terima kasih kepada penyumbang yang menderma melalui Tabung Dana Musibah,” maklum yayasan itu. Kejadian 12 Disember lalu dipercayai berlaku akibat litar pintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan MPAJ Lembah Permai.

SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

TNB agih RM25,000 buat pendayung sampan SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyantuni 36 pendayung sampan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor ekoran pendapatan mereka terjejas akibat wabak Covid-19. Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Datuk Omar Sidek berkata sumbangan berjumlah RM25,500 disampaikan pada

17 Disember lalu. “TNB peka dengan keadaan ekonomi pendayung sampan di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan yang tidak lagi menerima kedatangan pengunjung seperti dahulu. “Sebagai melaksanakan tanggunjawab sosial, TNB menghulurkan bantuan bagi

meringankan beban mereka yang terjejas agar dapat bangkit semula dengan lebih kuat apabila keadaan mengizinkan,”katanya. Menurut Omar, Kampung Kuantan merupakan kampung angkat TNB selaras keprihatinan terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar bagi manfaat generasi akan datang.

Ziarah Medik ke 43 DUN

Pekawanis ringan beban pesakit kronik OLEH SHEEDA FATHIL

Mangsa kebakaran dapat RM1,500 SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalur sumbangan kecemasan RM1,500 kepada sebuah keluarga mangsa kebakaran di Taman Anggerik Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Ketua operasi agihan Sepang Mohd Helmi Mohd Nuri berkata bantuan itu bagi meringankan beban Mohamad Rosenizam Hashim, 39, sekeluarga akibat musibah itu. “Diharapkan keluarga ini bersabar dan tabah dengan ujian yang menimpa mereka. Semoga sumbangan daripada LZS dapat digunakan untuk mencari kediaman lain buat sementara waktu,” katanya. Beliau menyerahkan sumbangan tersebut bersama Ketua Kampung Salak Mohd Nazlan Yahya. Kebakaran berlaku pada 14 Disember lalu disyaki berpunca daripada kereta milik mereka yang tiba-tiba meletup ketika enjin dihidupkan.

3,611 asnaf terima alatan sekolah SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntuk RM4.188 juta bagi membantu persediaan persekolahan 3,611 keluarga asnaf di Kuala Selangor. Sumbangan itu berbentuk bayaran yuran dan pembelian peralatan sekolah kepada asnaf yang ada tanggungan anak bersekolah pada tahun depan. “Jumlah penerima membabitkan 2,662 keluarga miskin, 914 keluarga fakir serta 36 dari kategori mualaf. “Semoga dengan bantuan ini, anak-anak asnaf mampu mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna dan menjadi pembayar zakat suatu hari nanti,” katanya pada 20 Disember.

Masdiana menyerahkan sumbangan kepada penerima bantuan dalam program Ziarah Medik Pekawanis

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM150,500 bagi membantu beberapa pesakit membabitkan 43 Dewan Undangan Negeri (DUN). Yang Dipertuanya berkata setiap pesakit diberi bantuan tunai RM250 dan RM100 serta beberapa barangan keperluan harian melalui program Ziarah Medik Pekawanis. “Program dilaksanakan untuk menyantuni dan meringankan beban golongan wanita atau kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik. “Kriteria penerima dipilih berdasarkan maklumat daripada ketua kampung dan ahli majlis,” kata Datin Seri Masdiana Muhammad pada 18 Disember.

Air Selangor sumbang komputer riba SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagih komputer riba dan pelan data internet percuma kepada anak-anak warga kerjanya pada 17 Disember. Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat Sesama Mara bagi membantu melancarkan sesi persekolahan 2021 dalam situasi pandemik Covid-19. “Inisiatif julung kali diharap membantu 75 anakanak kepada 40 warga kerja golongan berpendapatan rendah dalam proses pembelajaran di rumah secara dalam talian yang menjadi norma baharu. “Sumbangan ini antara usaha untuk meringankan bebanan mereka yang ada anak-anak yang mengikuti pembelajaran dalam talian di rumah,” katanya dalam kenyataan. Katanya, program itu suatu inisiatif bagi mengukuhkan hubungan Air Selangor bersama masyarakat setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan badan bukan kerajaan.

Air Selangor mengagihkan sumbangan komputer riba dan pelan data internet percuma kepada anak-anak warga kerjanya pada 17 Disember


Informasi

Kebajikan SelangorKini 24 - 30 Disember 2020

Terkini

di jari anda

23

Bantu insan memerlukan

Team Selangor hulur sumbangan

KDEBWM agih 145 kotak makanan asas OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mengagih 145 Kotaq Infaq Covid-19 kepada individu terjejas akibat pandemik. Pengarah Urusan Ramli Mohd Tahir berkata penerima terdiri daripada asnaf, miskin bandar, orang kelainan upaya dan mereka yang hilang pendapatan. “Sumbangan dengan kerjasama Syarikat Bidara Mills Sdn Bhd berupa barangan keperluan asas antaranya beras, minyak masak, gula, sardin dan susu pekat dan pelbagai lagi. “Sumbangan kali keempat ini dengan peruntukan RM10,800 adalah hasil terkumpul warga kerja KDEBWM,” katanya dalam kenyataan.

MEDIA SELANGOR LOGO

Ramli (kiri) mengisi barangan keperluan di dalam Kotaq Infaq Covid-19 untuk diagihkan pada 18 Disember

SHAH ALAM - Team Selangor menyumbang lampin pakai buang kanak-kanak dan telur kepada 40 penerima sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang pada 15 Disember. Pegawai programnya berkata bantuan tertumpu kepada keluarga berpendapatan rendah di Kampung Bagan Sungai Yu Pasir Penambang, Taman Raja Musa, Kampung Sungai Terap dan Kampung Sungai Yu. Ahmad Bakrin Sofawi Abu Bakar berkata usaha itu bagi meringankan beban golongan yang terkesan akibat wabak Covid-19. “Semua maklumat penerima diperoleh daripada pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Permatang melalui ketua kampung dan taman masing-masing,” katanya. “Walaupun bantuan ini kecil MAIN LOGO LOGO MAIN tetapi kebanyakan penerima berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat kesusahan dihadapi mereka.” Agihan sumbangan dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia turut disertai wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin. SECONDARY LOGO LOGO SECONDARY

Pakej iklan terbaik 200,000 naskhah*

setiap minggu

HUBUNGI KAMI

Nadhrah Azlan nadhrah@mediaselangor.com Syahir Khadri syahir@mediaselangor.com

03-5523 4856 03-5523 5856 info@mediaselangor.com Media Selangor Sdn Bhd

anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI)

Aras 11 Menara Bank Rakyat No. 1 Jalan Indah 14/8, Seksyen 14 40000 Shah Alam * Edisi bahasa Melayu diedar seluruh Selangor

Baca edisi e-akhbar kami di selangorkini.my/e-selangorkini/

Tidak termasuk: 70,000 naskhah edisi Mandarin (dwimingguan) 70,000 naskhah edisi Inggeris (bulanan) 50,000 naskhah edisi Tamil (bulanan)


Intisari & inisiatif Belanjawan Selangor 2021 Maklumat lanjut, layari

Persiapan hadapi cabaran Liga-M

Dua tonggak perkukuh Red Giants OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Selangor memperkenalkan dua lagi pemain baharu bagi memperkukuh persiapan menghadapi Liga Malaysia 2021 dengan mengikat R Dinesh dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim. Perkhabaran gembira diumum Selangor FC menyaksikan Dinesh, akan mengisi posisi pertahanan kiri menggantikan K Prabakaran yang tamat kontrak bersama pasukan itu bulan lalu. Pengarah Teknikal Selangor FC Michael Feichtenbeiner menyifatkan pemain yang membuat penampilan dalam 16 perlawanan bersama skuad Tok Gajah pilihan tepat bagi melengkapkan persediaan ‘The Red Giants’ untuk musim akan datang. “Dinesh masih muda, namun sudah mempunyai pengalaman luas bermain dalam saingan Liga Super.

Saya yakin beliau dapat membantu Selangor FC sebagai pemain pertahanan kiri atau sayap kiri dengan kemahiran dimilikinya. “Kami bersyukur kerana memiliki seorang lagi pilihan pemain yang sesuai selain Zikri Khalili untuk menampung kehilangan Prabakaran yang dilepaskan pada hujung musim ini. Beliau adalah pengganti terbaik,” katanya

dalam kenyataan pada 15 Disember. Sementara itu, Nik Sharif merupakan bekas pemain tengah Pahang yang beraksi bersama skuad Tok Gajah pada 2019 dan 2020, malah menjaringkan tiga gol dalam 10 penampilan. Ketua Jurulatih Selangor FC Karsten Neitzel berkata pemain muda berkenaan mempunyai keistimewaannya tersendiri untuk membantu Selangor terutama dari segi kebolehan menganalisis corak permainan. “Dia (Nik Sharif ) memiliki aspek teknikal yang baik serta mempunyai visi yang hebat dalam membaca permainan biarpun usianya yang masih muda. Dia juga boleh bermain sebagai pemain sayap atau membantu bahagian tengah dengan efektif. “Saya percaya Nik Sharif bakal memainkan peranan penting dalam pasukan Selangor musim hadapan. Saya tidak sabar melihatnya beraksi untuk persediaan pramusim,” katanya.

Anjur program cungkil bakat muda PUTRAJAYA - Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) berhasrat mencungkil bakat muda negara dalam sukan berbasikal menerusi penganjuran KPS Junior Cycling Programme. Pengarah Bersekutu, Perhubungan Pelabur & Komunikasi Strategik KPS Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata program tersebut menyasarkan remaja bawah umur 14 tahun dan ke bawah dengan proses pemilihan peserta dibuat pada Oktober lepas. “Kita menerima penyertaan membabitkan seramai 25 kanak-kanak dan remaja dan daripada keseluruhan jumlah itu, 15 orang terpilih untuk menyertai program yang dilaksana selama lapan minggu,” katanya. Beliau berkata program tersebut yang juga merupakan antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, dilaksanakan pada setiap Sabtu bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari yang turut membabitkan sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. “Kita mahu para penunggang muda

mengetahui asas berbasikal termasuk hal keselamatan di jalan raya yang menjadi perkara penting dalam aktiviti ini,” katanya. Mohd Fauzi berkata KPS Junior Cycling Programme dikendali oleh Mohd Sabri Md Taib dari kelab berbasikal, Clever Speda, yang melibatkan jurulatih berpengalaman termasuk bekas at-

let berbasikal Mohd Yafiz Jamaludin serta pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR). “Sasaran kita daripada kumpulan pertama ini, sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka dapat menyerlahkan bakat untuk dilatih ke program seterusnya bagi pemilihan atlet berbasikal mewakili negeri Selangor,” katanya.-BERNAMA

SUKMA: Harap KBS longgar syarat umur SHAH ALAM - Majlis Sukan Negeri Selangor berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membenarkan atlet melebihi had umur bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2022. Pengarah Eksekutif Mohamad Nizam Marjugi berkata langkah itu memberi peluang atlet yang berlatih sejak dua tahun lepas bertanding pada kejohanan yang tertangguh akibat Covid-19. “Atlet menjalani proses latihan yang sangat sukar dengan norma baharu dan tatacara operasi piawai (SOP) ketat bagi mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi. “Malah atlet yang sudah sampai had umur menjadikan SUKMA sebagai pentas terakhir untuk membuktikan mereka memiliki potensi ke peringkat lebih tinggi, jadi kita wajar beri peluang,” katanya pada 20 Disember. Namun, beliau berkata pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk merangka program latihan baharu untuk atlet pelapis jika KBS enggan meminda had umur.

Sesi motivasi atlet secara maya SHAH ALAM - Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor mengadakan perbincangan secara maya bersama jurulatih dan atlet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengarah Eksekutifnya Mohamad Nizam Marjugi berkata langkah tersebut bertujuan memantau prestasi atlet dan mendengar cadangan untuk menambah baik program latihan. “Setakat ini, MSN mengadakan mesyuarat dalam talian melibatkan lebih 10 jenis sukan kerana kita mahu mereka kekal fokus dan berdisiplin. “Kita juga mempertimbang untuk mengadakan sesi motivasi secara maya atau bersemuka awal tahun depan. Cadangan ini akan dibincangkan lebih lanjut,” katanya pada 20 Disember. Mohamad Nizam berkata MSN sebelum ini menganjur kem berpusat dengan menjemput pakar psikologi bagi menguatkan mental atlet dan memastikan mereka kekal bersemangat ketika tiada kejohanan besar. Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2020 Johor yang dijadual berlangsung pada 6 hingga 14 Mac dibatal susulan penularan Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga. Johor kekal diberi hak penganjuran untuk edisi 2022 kerana negeri itu hampir 99 peratus bersedia dari segi perancangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan.

Diterbitkan oleh Media Selangor Sdn Bhd (sebelumnya dikenali Communication Corporation Sdn Bhd), Aras 11, Menara Bank Rakyat, No. 1, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. Dicetak oleh Print Towers Sdn Bhd, Balai Berita Shah Alam, No.16, Jalan Astaka U8/88, Seksyen U8, Taman Industri Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.