1 minute read
Suara Kreatif Warga Kita II Mestamu Kitabullah
Kitabullah
Dari ratusan kitab yang diturunkan Al-Quran jadi pegangan Umat Islam seluruh alam Kepada Allah Yang Maha Esa hamba meminta Diberi petunjuk dan hidayah kepada hamba.
Advertisement
Puisi ini hamba karangi membawa niat Sebar ilmu sebar dakwah bermanfaat Ilham dikurnia diberi Allah Yang Maha Kuasa Moga diberi kekuatan membacanya.
Perlu berwuduk bersihkan diri sebelum dibaca Supaya dapat diserapkan segala isinya Hai saudara Al-Quran ini kitab suci Bila dibaca dengan ikhlas sucikan hati.
Kitab dibaca teman setia beri manfaat Penyuluh hidup sekalian muslimin muslimat Dari loh mahfuz dibawa turun ke muka bumi Dibawa Jibril penuh bermakna kepada nabi.
Pelbagai kisah diwahyukan buat pedoman Kisah awal hingga kisah akhir zaman Dalam Al-Quran terkandung isi segala panduan Tiada cacat tiada apa yang berkurangan.
Al-Quran dibaca dengan sempurna makhraj hurufnya Beroleh pahala buat bekalan di dunia sana Pada yang hidup tidak membaca pastinya rugi Menjauhkan diri dengan syurga yang kekal abadi.
Ayat Al-Makiyah, ayat Madaniyah dicantum semua Jadi karangan dalam kitab yang mulia Kepada Allah Yang Maha Esa hamba meminta Diberi petunjuk dan hidayah kepada hamba.
Kitabullah.. Kitabullah.. Kitabullah
Kuching, Jun 2021 MESTAMU KITABULLAH
Karya Asal: Milyana Arshad
JKKN Sarawak