COPD Patient Handbook - Malay

Page 1

Laluan Penjagaan Bersepadu

Program Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD) Buku Panduan Pesakit


Kandungan Kata Pengantar..........................................................................................

1

Apakah itu COPD?.....................................................................................

3

Apakah yang menyebabkan COPD?..........................................................

4

- Merokok ..........................................................................................

4

- Pencemaran udara ..........................................................................

4

- Peranan jangkitan ............................................................................

5

Bagaimanakah COPD terjadi?....................................................................

5

Apakah gejala-gejala COPD?......................................................................

5

Bagaimanakah cara mendiagnosis COPD?................................................

6

Bagaimanakah saya boleh membantu keadaan saya? ...............................

6

- Berhenti merokok.............................................................................

6

- Dapatkan vaksinasi..........................................................................

7

- Memahami ubat-ubat COPD anda...................................................

7

- Senaman dan pemakanan yang baik................................................

8

- Menjimatkan tenaga dan mengawal tekanan....................................

8

- Mengawal pernafasan......................................................................

8

- Pemulihan fungsi paru-paru..............................................................

9

- Terapi oksigen..................................................................................

9

- Menguruskan serangan akut............................................................

10

Bagaimana saya boleh merancang lebih awal?...........................................

11

Penjagaan semasa hampir di akhir hayat ...................................................

12


Kata Pengantar Program Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD) JurongHealth adalah yang pertama di Singapura yang mengintegrasikan pelbagai klasifikasi perkhidmatan bagi pesakit merentasi pelbagai saluran seperti poliklinik, klinik pengamal perubatan am (GP), hospital akut, hospital masyarakat dan penjagaan hospis di rumah. COPD adalah sejenis penyakit yang sangat melemahkan yang sering dialami sebagai batuk kronik dan sesak nafas. Jika tidak dikesan dan dirawat di peringkat awal, COPD boleh menjejas mutu kehidupan seseorang dan menyebabkan kesukaran untuk berjalan jauh, naik tangga dan mengambil bahagian dalam aktiviti kehidupan harian dan bekerja. COPD boleh menyebabkan serangan akut atau serangan yang memerlukan seseorang itu dimasukkan ke hospital dan dalam kes-kes yang teruk, membawa kepada kematian. Dengan intervensi awal dan pengurusan penyakit yang lebih baik, perkembangan COPD boleh dilambatkan atau juga dihalang.

1


Di bawah program ini, pesakit COPD JurongHealth meraih manfaat daripada pendekatan yang bersepadu dan pelbagai disiplin dalam pengurusan keadaan perubatan mereka. Penyelaras yang berdedikasi bersama sekumpulan doktor, jururawat, ahli teknologi pernafasan, ahli farmasi, ahli fisioterapi dan pekerja sosial perubatan akan: • Melakarkan pelan penjagaan khas bagi setiap pesakit • Memperkasakan pesakit ke arah pengurusan diri melalui pendidikan • Memantau perkembangan penyakit pesakit • Menyelaraskan rujukan dan temujanji pesakit merentasi saluran penjagaan Melalui kerjasama rapat dengan pesakit di bawah program COPD ini, JurongHealth berharap supaya dapat meningkatkan jangka hayat pesakit COPD serta meningkatkan mutu hidup mereka. Untuk maklumat lanjut tentang program ini atau untuk mendaftar, sila hubungi kami di 1800-JHS-COPD / 1800-547-2673 Isnin - Jumaat, 8.30pagi - 5.30petang COPD_ICP@juronghealth.com.sg

2


Apakah itu COPD? COPD adalah singkatan bagi “Pulmonari Obstruktif Kronik”.1 Kronik bermakna penyakit ini tidak akan hilang Obstruktif bermakna sebahagiannya tersekat Pulmonari berkaitan dengan paru-paru Individu yang menghidapi COPD mungkin mempunyai masalah untuk bernafas atau mengalami batuk yang tidak reda. Saluran udara yang menyalurkan udara ke paru-paru akan menjadi semakin kecil seperti dahan pokok. Di hujung setiap dahan kecil terdapat banyak pundi-pundi udara kecil yang kelihatan seperti belon-belon kecil. Di dalam tubuh orang yang sihat, setiap saluran udara adalah terbuka tanpa sebarang sekatan, dan ini membolehkan setiap pundi udara kecil dipenuhi udara, serta udara dapat dilepaskan dengan cepat. Bagi pesakit COPD pula, pembukaan saluran udara adalah lebih kecil dan udara yang masuk tidak mencukupi kerana: • Dinding saluran udara menebal dan bengkak • Saluran udara ini dihimpit oleh otot-otot kecil di sekelilingnya • Saluran udara ini menghasilkan lendir yang keluar apabila anda batuk Pundi-pundi udara kecil ini tidak dapat dikosongkan dan paru-paru terasa penuh. Pengurus kes bagi Program COPD boleh membantu anda memahami masalah yang anda alami dengan paru-paru anda. 1 2

Buku Panduan Pesakit. Inisiatif Global bagi Penyakit Kronik Paru-Paru Obstruktif. 2011. T.P Ng et al. Perubatan Pernafasan (2009) 103, 895-901

3


Apakah yang menyebabkan COPD? Kira-kira 8 daripada setiap 100 orang di Singapura menghidapi COPD2. Setakat ini, merokok merupakan punca utama COPD, tetapi ia bukanlah satu-satunya punca. Bagi sebilangan kecil orang, punca utamanya adalah kecenderungan genetik atau pendedahan kepada bahan pencemar alam sekitar. Merokok Keradangan sistem pernafasan yang disebabkan oleh merokok mencetuskan banyak proses tubuh untuk merosakkan saluran udara dan melemahkan tisu paru-paru. Walaupun tabiat merokok adalah faktor risiko terbesar COPD, asap rokok juga boleh menyumbang kepada penyakit ini. Walaupun anda bukan seorang perokok, anda boleh mengalami risiko COPD daripada menyedut asap rokok isteri atau suami, ibu atau bapa atau perokok yang tinggal bersama anda atau yang anda meluangkan banyak masa bersama. Pencemaran udara Pendedahan yang berpanjangan kepada asap toksik serta asap dan habuk daripada industri boleh meningkatkan risiko anda mendapatkan COPD. Punca utama daripada pendedahan harian termasuklah sulfur dioksida (bahan kimia yang dilepaskan dari ekzos kereta), asap kilang dan asap hitam, yang mengandungi bahan zarah seperti jelaga (sebahagian daripada pencemaran udara). Kadmium, bahan kimia yang digunakan di sesetengah kilang, dipercayai meningkatkan lagi risiko COPD. Di negara-negara membangun, satu punca utama COPD adalah memasak di ruang yang tidak mendapat pengalihan udara, di mana asap daripada memasak mengisi udara di dalam rumah. Walau bagaimanapun, pencemaran udara adalah punca kecil COPD berbanding dengan merokok.

4


Peranan jangkitan Bakteria dan virus tidak menyebabkan COPD, tetapi ia boleh membuat gejalanya menjadi lebih teruk. Pesakit mungkin mengalami serangan apabila sesak nafas dan batuk meningkat. Serangan seperti ini mungkin disebabkan oleh jangkitan pernafasan yang tertentu. Orang yang menghidapi COPD juga lebih berkemungkinan mengalami jangkitan pernafasan. Doktor mengesyaki bahawa bakteria memainkan peranan kerana ia biasa terdapat dalam saluran udara orang yang mempunyai bronkitis kronik. Virus yang menyebabkan selesema dan flu biasa juga boleh menyebabkan serangan COPD. Sebagai pencegahan, doktor menasihatkan orang yang mempunyai penyakit paru-paru untuk mendapatkan vaksin selesema setiap tahun.

Bagaimanakah COPD terjadi? COPD terjadi secara beransur-ansur kerana perubahan di dalam saluran udara dan paru-paru berlaku selama bertahun-tahun. Dalam kebanyakan orang yang berpenyakit ini, masalah berpunca daripada keradangan yang berlaku apabila perengsa, biasanya asap rokok, merosakkan saluran pernafasan selama beberapa tahun. Perengsa seperti ini merosakkan saluran udara dan kelenjar yang bertanggungjawab menghasilkan mukus untuk melincirkan dinding saluran udara.

Apakah gejala-gejala COPD? Gejala-gejala yang utama termasuk: • Sesak nafas • Batuk yang berterusan • Berdehit • Pengeluaran kahak yang meningkat Beberapa daripada gejala ini sering dikelirukan orang sebagai tanda meningkatnya usia, kurang cergas tubuh badan dan menganggapnya sebagai masalah lama. 5


Walau bagaimanapun, sesak nafas adalah tanda bahawa paru-paru tidak berfungsi dengan betul. Ramai orang yang hidup dengan sesak nafas dan tidak menyedari bahawa sesuatu boleh dilakukan untuk membantu diri mereka.

Bagaimanakah cara mendiagnosis COPD? Hubungi pengurus kes atau doktor anda jika anda mempunyai masalah bernafas atau batuk yang berterusan selama lebih daripada sebulan. Anda boleh dirujuk untuk menjalani ujian bagi menilai pernafasan anda. Ini mungkin termasuk: • Ujian pernafasan (juga dikenali sebagai ujian fungsi paru-paru atau spirometri). Ujian yang mudah dan tidak menyakitkan, anda akan diminta untuk menghembuskan nafas dengan kuat ke dalam tiub getah yang disambungkan ke mesin yang dipanggil spirometer. • X-ray dada yang mungkin diperlukan untuk mengecualikan diagnosis yang lain.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu keadaan saya? Pada masa ini tiada penawar bagi COPD. Walau bagaimanapun, terdapat ubat-ubatan untuk merawat gejala dan komplikasi. Perubahan pada gaya hidup boleh memberi kesan kepada perkembangan keadaan ini secara ketara.

6


Berhenti merokok Tidak terlambat untuk berhenti. Anda boleh mula merasakan manfaatnya dalam beberapa hari, tidak kira berapa usia anda atau berapa lama anda sudah merokok. Berhenti merokok membantu anda kekal sihat dan hidup lebih lama. Orang yang berhenti merokok sebelum mencapai usia 50 tahun juga dapat mengurangkan risiko kematian dalam masa 15 tahun akan datang kepada separuh, berbanding dengan mereka yang terus merokok. Bekas perokok menikmati mutu hidup yang lebih baik dan kurang mengalami penyakit seperti selesema dan flu. Mereka juga berasa lebih sihat daripada orang yang terus merokok. Minta bantuan daripada doktor, ahli farmasi atau pengurus kes anda, kerana mereka boleh memberikan anda preskripsi pil, gula-gula getah khas, atau pelekat khas untuk kulit bagi membantu anda berhenti merokok. Dapatkan vaksinasi Jangkitan virus atau bakteria, seperti selesema atau radang paru-paru boleh menjangkiti orang yang menghidapi COPD dengan mudah oleh kerana mereka lebih mudah mendapat jangkitan berbanding orang yang sihat. Pesakit COPD disyorkan untuk mendapatkan vaksinasi selesema dan radang paru-paru setiap tahun jika mereka berusia lebih daripada 65 tahun. Memahami ubat-ubat COPD anda Memahami ubat-ubat anda dan mengambilnya secara kerap adalah langkah yang sangat penting bagi kehidupan lebih baik dengan COPD. Ubat-ubatan memperbaiki pernafasan anda dan mengurangkan gejala-gejala yang tidak menyelesakan sekiranya ia diambil dengan betul. Banyak jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat COPD. Jenis-jenis yang paling penting ialah: • Bronkodilator, yang mencegah dan membalikkan otot-otot yang mengetat di sekitar saluran udara (kekejangan otot pernafasan). • Ubat anti-radang, yang mengurangkan keradangan dan bengkak pada saluran udara. Jika keradangan dan otot yang mengetat dapat dikawal, masalah berdehit dan sesak nafas boleh diperbaiki.

7


• Antibiotik boleh digunakan untuk merawat jangkitan, serangan akut, atau serangan yang semakin teruk. Senaman dan pemakanan yang baik COPD membuat paru-paru dan jantung anda bekerja lebih keras untuk membawa oksigen ke semua bahagian tubuh anda. Kawal berat badan anda untuk mengurangkan tekanan pada jantung dan paru-paru dan bincangkan dengan doktor atau ahli fisioterapi anda untuk melakarkan program senaman untuk menguatkan otot dada serta memperbaiki pernafasan anda. Senaman aerobik seperti berjalan kaki dan menunggang basikal juga meningkatkan stamina atau “daya tahanâ€? anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk menjalankan aktiviti harian. Latihan kekuatan untuk bahagian atas tubuh memberikan manfaat yang sama. Kesihatan yang baik adalah mustahil tanpa pemakanan yang betul. Bincangkan dengan doktor, pengurus kes atau pakar diet anda mengenai cara-cara untuk merancang dan menyediakan makanan yang sihat. Berat badan yang sihat adalah sangat penting dalam mengawal COPD. Makan dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari dan elakkan makan tiga kali dalam jumlah yang banyak. Perut anda terletak di bawah paru-paru anda dan makan dengan banyak akan menghimpit diafragma anda dan menjadikannya sukar bagi anda untuk bernafas. Minum air dengan banyak untuk memastikan lendir di dalam saluran udara anda nipis dan bebas mengalir. Menjimatkan tenaga dan mengawal tekanan Kebanyakan orang yang menghidapi COPD perlu melakukan kerja pada kepantasan yang tidak membebankan diri mereka untuk mengelakkan diri daripada keletihan di sepanjang hari. Jimatkan tenaga dengan tip-tip praktikal yang diajarkan oleh profesional penjagaan kesihatan kami. Tip-tip ini akan membantu anda merasa lebih berupaya tanpa mengalami sesak nafas. Mengawal pernafasan Teknik pursed-lip breathing di mana anda bernafas melalui hidung, kemudian secara perlahan-lahan menghembus nafas keluar melalui bibir yang tidak dibuka sepenuhnya, boleh membantu anda rehat dan menolak lebih banyak oksigen ke dalam paru-paru anda untuk mencegah sesak nafas. Amalkan teknik 8


pernafasan ini sehingga ia berkesan untuk anda. Ahli fisioterapi anda boleh memberikan nasihat tentang senaman nafas ini. Pemulihan fungsi paru-paru Pemulihan fungsi paru-paru bertujuan untuk membantu anda mengawal atau mengurangkan sesak nafas. Ia mengembalikan semula keadaan tubuh anda supaya anda berasa kurang sesak nafas. Dengan senaman dan pendidikan, orang yang menghidapi COPD boleh mengurangkan pergantungan mereka pada ubat-ubatan, kurang dimasukkan ke hospital, menikmati mutu hidup yang lebih baik, dan meningkatkan jangka hayat. Doktor dan ahli fisioterapi anda akan melakarkan satu program pemulihan yang sesuai untuk anda, yang mungkin merangkumi latihan fizikal, pendidikan tentang penyakit, serta intervensi pemakanan sihat, psikologi dan tingkah laku. Dengan menghadiri kelas-kelas pemulihan fungsi paru-paru, anda akan memperoleh pengetahuan mengenai apakah yang tidak kena dengan paru-paru anda, apakah fungsi ubat-ubat anda, bilakah masanya untuk menghubungi penyedia penjagaan kesihatan anda, dan bagaimanakah untuk mengelakkan diri anda daripada dimasukkan ke hospital. Semasa sesi-sesi berkumpulan, anda juga boleh bertemu dengan pesakit lain dalam perjalanan ini untuk berkongsi keprihatinan dan cara-cara untuk hidup dengan lebih baik dengan COPD. Terapi oksigen Jika penyakit anda menjadi lebih teruk dan paruparu anda tidak dapat membekalkan oksigen yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh anda, doktor anda boleh memberikan anda preskripsi bagi terapi oksigen di rumah. Pesakit yang memerlukan bantuan untuk tempoh yang singkat daripada sesak nafas diberikan preskripsi silinder oksigen. Penumpu oksigen akan dicadangkan bagi pesakit yang mendapat manfaat daripada oksigen untuk tempoh yang lebih lama setiap hari, walaupun ketika mereka sedang tidur. Penumpu oksigen adalah cara yang mudah untuk membekalkan sumber oksigen yang tetap kepada pesakit. 9


Oksigen yang terlalu sedikit dalam darah adalah satu keadaan yang dikenali sebagai hipoksemia. Gejala-gejalanya termasuk mengantuk, sakit kepala di pagi hari, cepat marah, kurang daya tumpuan, sesak nafas yang semakin teruk, dan pengekalan cecair badan. Tahap oksigen yang rendah juga menambahkan tekanan pada jantung, menyebabkannya kurang efisyen semasa mengepam. Ramai orang cuba untuk tidak menggunakan oksigen kerana bimbang mereka akan menjadi terlalu bergantung padanya. Walau bagaimanapun, terapi oksigen sebenarnya meningkatkan tenaga dan pernafasan anda untuk membantu anda meraih mutu hidup yang lebih baik. Ia memperbaiki pertukaran oksigen di dalam tubuh anda dan mencegah komplikasi COPD yang tertentu. Gunakan oksigen seperti yang diarahkan atau tanyakan kepada doktor atau pengurus kes anda tentang tempoh untuk menggunakannya. Menguruskan serangan akut Serangan akut bermakna gejala yang semakin teruk/serangan teruk, yang biasanya disebabkan oleh jangkitan. Punca serangan tidak selalu diketahui, tetapi orang yang menghidapi COPD biasanya mengalami jangkitan berulang. Elakkan jangkitan atau mengesannya di peringkat awal dengan mengenali gejala-gejala anda. Tanda-tanda serangan akut: • Perubahan pada warna dan jumlah lendir anda • Lebih banyak lendir atau kesukaran mengeluarkan lendir dari paru-paru anda • Batuk yang yang kerap

lebih

teruk

atau

batuk

• Gejala selesema atau flu, seperti hidung berair, sakit tekak, rasa sengal, menggigil, demam, atau rasa seperti hendak demam • Sesak nafas yang meningkat apbila melakukan aktiviti ataupun semasa berehat • Berdehit atau bunyi bersiul di dada 10


Adalah sangat penting untuk mengenali gejala di peringkat awal bagi mengelakkan serangan yang teruk atau dimasukkan ke hospital. Sertai pelan rawatan bersama doktor atau pengurus kes anda supaya dapat mengawal penyakit anda. • Ikuti preskripsi doktor anda dengan teliti dan habiskan antibiotik walaupun anda sudah mula merasa lebih sihat • Gunakan ubat batuk untuk mengeluarkan lebih banyak lendir • Bincangkan dengan doktor anda mengenai terapi oksigen. Ia mungkin perlu diubah • Ambil ubat-ubatan lain, seperti steroid dan bronkodilator semasa serangan akut walaupun anda biasanya tidak berbuat demikian

Bagaimana saya boleh merancang lebih awal? Merancang untuk keadaan di akhir hayat adalah perlu jika anda menghidapi COPD peringkat lanjut. Bincangkan keprihatinan anda dengan doktor, pengurus kes atau pekerja sosial perubatan anda, dan libatkan keluarga anda untuk memastikan bahawa keinginan anda dihormati walaupun anda terlalu sakit untuk mengkomunikasikannya.

11


Penjagaan semasa hampir di akhir hayat Didapati bahawa mutu penjagaan di akhir hayat bagi pesakit COPD menjadi lebih teruk berbanding dengan pesakit yang hidup dengan penyakit lain. Pesakit COPD mempunyai kawalan gejala yang kurang baik, menghabiskan lebih banyak masa secara progresif di hospital menjelang akhir hidup mereka dan lebih berkemungkinan mati di hospital. Perkara utama tentang penjagaan akhir hayat bagi pesakit COPD melibatkan persediaan untuk proses kematian, serta menentukan pilihan intervensi semasa fasa akhir kehidupan. Bincangkan dengan doktor, pengurus kes atau profesional penjagaan kesihatan anda untuk mengetahui lebih lanjut. Ingat: Doktor tidak boleh menyembuhkan COPD, tetapi mereka boleh membantu memperbaiki gejala yang anda alami dan melambatkan kerosakan kepada paru-paru anda. Apabila anda mengikuti arahan doktor dan profesional penjagaan kesihatan anda, • Anda akan mengalami kurang sesak nafas • Anda kurang mengalami batuk • Anda menjadi lebih kuat dan sembuh lebih cepat • Anda akan berasa lebih ceria

12


Nota-Nota:

13


For more information

1 Jurong East St 21, Singapore 609606 General enquiries: 6716 2000 Fax: 6716 5500 www.ntfgh.com.sg

Jurong Medical Centre 60 Jurong West Central 3, Singapore 648346 General enquiries: 6716 2000 Fax: 6551 7999 www.jmc.com.sg

Clinical and appointment line hours (closed on Sundays and public holidays)

Clinical and appointment line hours (closed on Sundays and public holidays)

For appointments, please call 6716 2222 Monday - Friday 8.00am - 5.30pm, Saturday 8.00am - 12.30pm

For appointments, please call 6716 2222 Monday - Friday 8.00am - 5.30pm, Saturday 8.00am - 12.30pm

For dental appointments, please call 6716 2233 Monday - Thursday 8.00am - 5.30pm, Friday 8.00am - 5.00pm

For dental appointments, please call 6716 2233 Monday - Thursday 8.00am - 5.30pm, Friday 8.00am - 5.00pm

Getting there

Getting there

By train

By train

Jurong East MRT Station

Boon Lay MRT Station

By bus

By bus

From Jurong East Bus Interchange SBS 49, 51, 52, 66, 78, 79, 97, 97e, 98, 98M, 105, 143, 143M, 160, 183, 197, 333, 334, 335, 506

SBS 30, 79, 154, 157, 174, 179, 181, 182, 192, 193, 194, 198, 199, 240, 241, 242, 243 W/G, 246, 249, 251, 252, 254, 255, 257, 405 SMRT 172, 178, 180, 187

Along Boon Lay Way SBS 99, Private bus service 625

Disclaimer: The information in this brochure is meant for educational purposes and should not be used as substitute for medical diagnosis or treatment. Please seek your doctor’s advice before starting any treatment or if you have any questions related to your health, physical fitness or medical condition.

Copyright Š JurongHealth B M 022-13 May 2013 Updated June 2015

Ng Teng Fong General Hospital and Jurong Community Hospital


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.