Heart Failure Programme - Malay

Page 1

Laluan Penjagaan Bersepadu

Program Kegagalan Jantung Buku Panduan Pesakit


Kandungan Kata Pengantar

1

Soalan-soalan Yang Lazim Ditanya

2

Apakah gejala-gejala kegagalan jantung?

6

Pasukan kami yang berdedikasi

7

Pakar kardiologi

7

Pengurus kes

7

Ahli farmasi

7

Ahli fisioterapi

8

Jurupulih pekerjaan

8

Pakar diet

8

Pekerja Sosial Perubatan (MSW)

8

Apakah Perancangan Penjagaan Awal?

9

Soalan-soalan Yang Kerap Ditanya

9


Kata Pengantar Kegagalan Jantung (HF) adalah punca utama bagi kematian dan morbiditi di Singapura. Dianggarkan 1 hingga 2% daripada penduduk dewasa mempunyai HF dan ini meningkat kepada 6 hingga 10% bagi mereka yang berusia lebih daripada 65 tahun. Tanpa sejarah serangan jantung sebelumnya, risiko seumur hidup untuk mendapat HF ialah 1 dalam 9 untuk lelaki dan 1 dalam 6 untuk wanita yang berusia lebih daripada 40 tahun. Program Laluan Penjagaan Bersepadu (ICP) HF di JurongHealth menyediakan pendekatan pelbagai disiplin yang menyeluruh untuk membantu pesakit menguruskan kegagalan jantung. Pesakit menjadi lebih terlibat dalam pengurusan kegagalan jantung melalui pendidikan, laluan mudah ke hospital dan sumber dalam masyarakat. Model penjagaan seperti itu telah terbukti meningkatkan mutu kehidupan pesakit dan mengurangkan kemasukan ke hospital dan kadar kematian. Pasukan kami yang berdedikasi dan terdiri daripada pakar kardiologi, pengurus kes, ahli farmasi klinikal, ahli fisioterapi, jurupulih pekerjaan, pakar diet, pasukan penjagaan paliatif dan pekerja sosial tertumpu untuk membantu anda: • Mengenal dan mengesan gejala secara awal • Memulakan rawatan berdasarkan bukti • Melakarkan rancangan rawatan secara individu • Membekalkan anda dengan pendidikan diri sendiri • Melakarkan rancangan pemakanan secara individu • Melakarkan aturan senaman secara individu • Merancang wasiat semasa hayat anda • Mempermudahkan peralihan yang licin dari hospital ke penjagaan masyarakat Pesakit HF JurongHealth boleh meraih manfaat jangka pendek dan jangka panjang daripada menguruskan gejala kepada fungsi secara fizikal, mutu kehidupan, jangka hayat dan akses mudah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan. Jika anda berminat pada program HF kami dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda, sila hubungi kami di 6716 2222 antara 8.30 pagi dengan 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat). 1


Soalan-soalan Yang Lazim Ditanya Bagaimanakah jantung saya berfungsi? Jantung adalah otot yang bertindak seperti pam. Ia menghantar darah yang diisi dengan oksigen kepada badan. Apakah Kegagalan Jantung? Ia adalah keadaan apabila jantung anda tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan. Ini mengakibatkan cecair bertambah dalam paru-paru, kaki dan bahagian lain badan yang bergantung pada pembekalan darah. Bagaimanakah saya tahu fungsi pam jantung saya? Doktor anda akan menjadualkan satu ujian yang dipanggil "gema" untuk menilai fungsi pam jantung anda. Fungsi pam normal adalah > 50%. Normal

Kegagalan Jantung Otot jantung mengepam darah keluar dari ventrikel kiri.

Otot jantung yang lemah tidak dapat mengepam darah yang mencukupi.

Apakah gejala-gejala Kegagalan Jantung? • Kesesakan nafas • Batuk atau berdehit, terutamanya apabila anda bersenam atau berbaring • Kepenatan • Bengkak di kaki • Naik berat badan

2


Apakah sebab-sebab Kegagalan Jantung? • Serangan jantung • Penyempitan saluran darah di jantung yang dikenali sebagai penyakit arteri koronari

Arteri Normal Aliran darah yang normal

• Tekanan darah tinggi • Sakit kencing manis • Penyakit injap jantung

Penyempitan Arteri

• Masalah tiroid

Aliran darah yang tidak normal

• Ritma jantung tidak normal • Minuman keras Bagaimanakah ia dirawat? • Doktor anda akan memberi anda ubat untuk menguatkan jantung anda dan pil air untuk menghapuskan cecair yang berlebihan • Diet rendah garam akan disarankan • Jumlah air yang anda minum dipantau • Pembedahan atau alat peranti jantung mungkin diperlukan Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurus kegagalan jantung? • Ikuti nasihat doktor anda • Ambil ubat anda secara tetap • Ambil berat badan anda setiap hari untuk melihat sama ada terdapat kenaikan dalam berat badan • Kurangkan makan garam • Berhenti merokok • Bersenam secara tetap • Kurangkan minum cecair • Nilai semula kesihatan anda secara tetap dengan doktor anda

3


Apakah berat badan asas saya? Berat badan asas diukur apabila tubuh anda telah dapat menghilangkan cecair berlebihan, misalnya selepas anda buang air kecil atau sebelum anda makan sarapan. Berapakah jumlah garam yang boleh saya makan? Kami menyarankan tidak lebih daripada 2g (1 sudu teh) garam sehari. Pakar diet kami boleh menasihati anda tentang perkara ini. Berapakah jumlah air yang saya boleh minum? Ini bergantung pada fungsi pam jantung anda. Jumlah yang disyorkan adalah 4 hingga 6 cawan (1.0 hingga 1.2 liter) sehari. Doktor anda akan dapat menasihati anda. Bolehkah saya bersenam dengan Kegagalan Jantung? Ya, anda boleh menyertai program senaman kami yang dikhaskan untuk pesakit HF. Jantung saya lemah, bolehkah saya melibatkan diri dalam kegiatan seks? Secara umumnya, anda boleh meneruskan kegiatan seks seperti biasa tetapi jangan melakukan hubungan seks jika anda berasa sesak nafas atau penat. Tanya doktor anda semasa lawatan anda. Apakah yang patut kesukaran bernafas?

saya

lakukan

jika

• Hubungi pengurus kes anda antara 8.30 pagi dengan 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat). • Pengurus kes kami akan menjadualkan supaya anda berjumpa dengan seorang doktor. • Sila pergi ke Jabatan Kecemasan selepas waktu pejabat. Bergantung pada keadaan anda, anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian lanjut. Apakah yang harus saya awasi? • Naik berat badan lebih daripada 1kg (2 hingga 3 paun) sehari • Bengkak di kaki/pergelangan kaki 4

saya

menghadapi


• Sukar bernafas • Tidak dapat baring secara rata • Sakit dada Saya tinggal bersendirian dan sukar untuk pergi ke hospital. Apakah yang boleh saya lakukan? Kami boleh uruskan aturan khas untuk anda datang berjumpa doktor keluarga di kawasan kejiranan anda. Adakah saya memerlukan peranti jantung diimplan dalam badan saya? Ini akan bergantung pada keadaan jantung anda. Doktor anda akan menasihati anda. Terdapat dua peranti biasa yang dikenali sebagai Terapi Penyelarasan Semula Jantung (CRT) dan Defibrilator Kardioverter Boleh Diimplan (ICD). CRT membantu atrium sebelah kanan dan kiri jantung anda mengepam dengan lebih baik manakala ICD membantu mengendalikan ritma jantung anda yang mengancam nyawa. Adakah saya memerlukan sebarang vaksinasi dan apakah sebabnya? Pesakit Kegagalan Jantung disyorkan supaya mendapat vaksin Influenza setahun sekali. Untuk vaksin Pneumokokus, satu dos mencukupi, walau bagaimana, satu dos perangsang mungkin diperlukan setiap 5 tahun. Komplikasi yang berkaitan dengan selesema adalah lebih tinggi di kalangan pesakit yang mengalami kegagalan jantung. Adakah saya memerlukan jantung baru? Ini bergantung pada keadaan jantung anda. Doktor anda akan menasihati anda jika anda memerlukan pemindahan jantung. Bagaimanakah saya membuat perancangan awal? Pesakit yang mengalami kegagalan jantung peringkat akhir dirujuk kepada pasukan penjagaan Paliatif, di mana hasrat mengenai rawatan dan arahan awal (wasiat semasa hayat) boleh dibincangkan. Saya mempunyai lebih banyak soalan, apakah yang harus saya lakukan? • Rujuk kepada doktor/pengurus kes anda pada temujanji anda yang berikutnya. • Hubungi kami di 6716 2222 semasa waktu pejabat daripada 8.30 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Kami mengalu-alukan soalan-soalan anda.

5


Apakah gejala-gejala kegagalan jantung? Gejala-gejala kegagalan jantung mungkin ringan ataupun teruk. Ia mungkin tetap, atau boleh muncul sekali-sekala. Gejala-gejala ini disebabkan perubahan yang berlaku di dalam jantung dan badan anda. • Sesak nafas, atau kesukaran bernafas ketika berehat atau apabila berbaring rata di atas katil. Sesak nafas berlaku apabila cecair kembali ke paruparu (kongesi) atau apabila badan anda tidak mempunyai darah yang kaya dengan oksigen yang mencukupi untuk membolehkan anda meneruskan kegiatan atau senaman anda tanpa rehat. Walaupun anda mengaitkan pernafasan sebagai masalah paru-paru, masalah jantung anda juga boleh menyebabkan sesak nafas. Dalam sesetengah kes, gejala boleh menyebabkan anda terjaga tiba-tiba pada waktu malam dan mengganggu corak tidur normal anda. • Batuk kering yang berulang atau berdesit. • Pergelangan kaki, kaki dan perut bengkak, dan berat badan naik. Kurang aliran darah ke buah pinggang menyebabkan penampungan cecair dan air, yang menyebabkan bengkak dan naik berat badan kerana lebihan air. • Kepenatan (keletihan) dan kelemahan semasa senaman atau kegiatan kerana jantung tidak mengepam darah yang kaya dengan oksigen yang mencukupi ke organ-organ utama dan otot. • Degupan jantung yang cepat atau tidak tetap (palpitasi). Apabila otot jantung tidak mengepam dengan baik, denyutan jantung menjadi lebih cepat untuk membantu jantung membekalkan darah yang kaya dengan oksigen yang mencukupi ke organ-organ utama dan otot, atau denyutan jantung boleh menjadi tidak normal.

6


Pasukan kami yang berdedikasi Pakar kardiologi Anda akan ditemui oleh doktor yang pakar tentang penyakit jantung. Dikenali sebagai Pakar Kardiologi, beliau akan mengesahkan diagnosis dan memadankan pendekatan individu untuk anda. Ini termasuk pematuhan kepada ubat-ubatan dan mengubah gaya hidup anda untuk mengurangkan perkembangan penyakit, kemasukan semula ke hospital dan kematian. Ia juga akan membantu memperbaiki gejala anda dan memastikan mutu kehidupan yang lebih baik. Pengurus kes Pengurus kes menyelenggarakan penjagaan anda sejak masa kemasukan, pelepasan dan sesi susulan. Beliau akan menelefon anda untuk memantau perkembangan anda, memberikan nasihat penjagaan diri sendiri untuk meningkatkan kemahiran anda mengurus diri dan menawarkan sokongan penjaga. Bantuan juga akan disediakan untuk mengakses sumber-sumber masyarakat tempatan. Ahli farmasi Ahli farmasi membantu doktor dalam menyesuaikan dos ubat kegagalan jantung anda, dan memantau kesan sampingan. Anda boleh bertemu ahli farmasi di antara temujanji doktor untuk memastikan bahawa ubat-ubatan anda berada pada dos yang optimum.

7


Ahli fisioterapi Ahli fisioterapi akan membimbing dan menunjukkan kepada anda senaman yang betul untuk dilakukan dan pada intensiti yang betul. Di hospital, satu program berstruktur selama 8 minggu yang dijalankan oleh ahli fisioterapi disesuaikan mengikut keperluan dan matlamat anda. Program senaman ini akan membantu anda membina stamina dan kekuatan anda, dan membantu anda menjalankan kegiatan yang mudah seperti berjalan kaki. Senaman ini perlu diteruskan di rumah untuk anda terus meraih manfaat daripada program senaman ini. Ahli fisioterapi seterusnya boleh memberikan anda nasihat berharga tentang bagaimana mengekalkan tahap kegiatan fizikal menurut masa anda sendiri. Jurupulih pekerjaan Seorang Jurupulih Pekerjaan bertujuan membantu anda mengembalikan keupayaan fungsi anda dengan melibatkan diri anda dalam kegiatan harian termasuk penjagaan diri dan untuk riadah. Jurupulih pekerjaan akan menyediakan anda dengan nasihat dan pendidikan mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan kegiatan kehidupan harian (ADL), yang mungkin termasuk teknik pemuliharaan tenaga, latihan peralatan adaptif, strategi pengurusan tekanan dan pengubahsuaian gaya hidup. Pakar diet Kegagalan jantung sering dikaitkan dengan sakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti, dan juga kekurangan zat makanan. Ini boleh dikawal dengan diet yang sihat. Pakar diet anda boleh menyesuaikan pelan pemakanan yang sihat untuk memenuhi keperluan anda dan memperbaiki kesihatan jantung anda. Pekerja Sosial Perubatan (MSW) Pekerja sosial perubatan menilai fungsi psikososial pesakit yang menghidapi kegagalan jantung dan bekerjasama dengan keluarga pesakit untuk campur tangan apabila perlu. Campur tangan termasuk menghubungkan pesakit dan keluarga kepada sumber-sumber yang penting dan sokongan dalam masyarakat, memberikan bantuan kewangan, kaunseling dan memudahkan Perancangan Penjagaan Awal (ACP).

8


Apakah Perancangan Penjagaan Awal? Perancangan Penjagaan Awal adalah satu proses sukarela untuk membincangkan mengenai perancangan penjagaan kesihatan masa depan antara seorang individu, anggota keluarganya dan penyedia penjagaan kesihatan. Ia bertujuan untuk meneroka matlamat dan nilai individu tersebut dan memberi mereka peluang untuk berfikir, merenung dan merancang lebih awal untuk membuat keputusan penjagaan kesihatan masa depan.

Soalan-soalan Yang Kerap Ditanya Apakah ubat yang harus saya ambil? Anda akan diberi ubat-ubatan yang telah terbukti boleh mengurangkan kemasukan anda ke hospital kerana kegagalan jantung dan risiko kematian. Dos ubat akan ditingkatkan secara beransur-ansur kepada dos sasaran yang memaksimumkan hasil, tertakluk kepada toleransi badan anda. Apakah kesan sampingan ubat? Sesetengah pesakit mungkin mengalami tekanan darah rendah dalam bentuk pening dan pitam, sementara yang lain mungkin berasa letih dan lesu. Gejala ini biasanya tidak berterusan. Ubat-ubatan juga boleh menjejaskan buah pinggang dan paras kalium dalam darah. Untuk memantau kesan sampingan ini, kami memeriksa tekanan darah anda, kadar jantung, dan menjalankan ujian darah untuk fungsi buah pinggang dan paras kalium anda secara tetap bagi memastikan toleransi badan anda kepada ubatubatan tersebut adalah baik. Berapakah jumlah garam yang boleh saya makan? Kami mengesyorkan tidak lebih daripada 1 sudu teh garam (2g natrium) sehari dan elak daripada menambah garam ke dalam makanan anda. Garam sudah biasa didapati dalam makanan lain dalam diet kita. Pakar diet anda akan menasihati anda tentang cara-cara untuk mengurangkan pengambilan garam anda. 9


Berapakah jumlah cecair yang boleh saya minum? Jumlah cecair yang anda boleh minum bergantung pada fungsi pam jantung anda. Jumlah yang disyorkan adalah 4 hingga 6 cawan (1.0 hingga 1.2 liter) sehari. Doktor anda akan dapat menasihati anda. Adakah terdapat sekatan pemakanan yang lain? Mengawal paras kolesterol anda juga penting dalam pengurusan kegagalan jantung. Diet yang rendah lemak tepu disyorkan jika anda mempunyai kolesterol tinggi. Mereka yang mempunyai diabetes atau penyakit buah pinggang juga mungkin perlu mematuhi sekatan pemakanan tertentu. Pakar diet anda akan menasihati anda tentang diet yang sesuai. Apakah senaman yang terbaik yang boleh saya lakukan di rumah? Berjalan adalah senaman mudah yang tidak memerlukan peralatan dan ia boleh dilakukan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Untuk mendapat manfaat daripada latihan berjalan, lakukannya pada kadar yang sederhana. Kegiatan fizikal juga boleh dicapai dengan berjalan santai di taman, pasar atau pusat membeli-belah. Berjalanlah seberapa banyak yang anda boleh. Anda disyorkan melakukan 150 minit kegiatan fizikal yang sederhana setiap minggu. Mengapakah saya perlu bersenam? Senaman dan kegiatan fizikal adalah baik untuk jantung anda. Ia meningkatkan penggunaan oksigen dengan cekap dalam otot jantung anda supaya jantung anda dapat mengepam dengan lebih baik dan peredaran darah akan bertambah baik. Apabila senaman dilakukan secara konsisten, pesakit yang mengalami kegagalan jantung menunjukkan toleransi usaha yang lebih baik, kekuatan, kurang episod sesak nafas dan kepenatan, semasa kegiatan harian. Ini mengurangkan kemasukan semula ke hospital dan meningkatkan kadar penakatan. Senaman juga dapat menambahkan keceriaan dan memperbaiki tahap tenaga anda.

10


Adakah normal untuk berasa lebih penat daripada biasa? Orang yang pernah mengalami kegagalan jantung mungkin mendapati diri mereka berasa lebih penat daripada biasa sedang mereka melakukan kegiatan harian. Jurupulih pekerjaan akan meneroka cara-cara untuk mengubahsuai kegiatan harian ini, memberi nasihat mengenai peralatan yang sesuai untuk mendapatkan bantuan dan mencadangkan teknik untuk menjimatkan tenaga. Ini akan membantu anda kembali menjalankan tugas harian dengan lebih mudah. Saya berasa bimbang apabila saya melakukan kegiatan harian. Apakah yang boleh saya lakukan? Jurupulih pekerjaan boleh membantu anda mengenal pasti sebab-sebab di sebalik kebimbangan anda dan melakarkan strategi untuk menguruskan kebimbangan ini. Anda mungkin diajar teknik bersantai dan cara mengubahsuai gaya hidup anda supaya anda menyertakan kegiatan yang melegakan tekanan untuk membantu anda menangani kegiatan yang paling penting bagi diri anda. Adakah saya memerlukan sebarang vaksinasi dan mengapa? Orang yang pernah mengalami kegagalan jantung berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan seperti selesema dan radang paru-paru, dan komplikasi yang berkaitan dengannya. Anda disyorkan untuk mendapat vaksinasi influenza setiap tahun. Vaksinasi pneumokokus diambil hanya sekali, walaupun dos perangsang mungkin diperlukan setiap 5 tahun. Apakah yang harus saya lakukan jika saya mula mempunyai gejala? • Sila hubungi pengurus kes anda. • Pengurus kes anda mungkin merujuk kepada doktor untuk menyesuaikan ubat anda, atau menjadualkan temujanji awal untuk anda berjumpa dengan doktor. • Sila rujuk kepada Jabatan Kecemasan jika gejala anda menjadi lebih teruk, atau jika ia berlaku selepas waktu pejabat. Jika saya ada lebih banyak soalan, siapakah yang boleh saya tanya? • Anda boleh merujuk kepada doktor anda pada lawatan anda yang berikutnya. • Anda boleh menghubungi pengurus kes anda, yang sedia membantu anda.

11


Nota:

12


Nota:

13


For more information

1 Jurong East St 21, Singapore 609606 General enquiries: 6716 2000 Fax: 6716 5500 www.ntfgh.com.sg

Jurong Medical Centre 60 Jurong West Central 3, Singapore 648346 General enquiries: 6716 2000 Fax: 6551 7999 www.jmc.com.sg

Clinical and appointment line hours (closed on Sundays and public holidays)

Clinical and appointment line hours (closed on Sundays and public holidays)

For appointments, please call 6716 2222 Monday - Friday 8.00am - 5.30pm, Saturday 8.00am - 12.30pm

For appointments, please call 6716 2222 Monday - Friday 8.00am - 5.30pm, Saturday 8.00am - 12.30pm

For dental appointments, please call 6716 2233 Monday - Thursday 8.00am - 5.30pm, Friday 8.00am - 5.00pm

For dental appointments, please call 6716 2233 Monday - Thursday 8.00am - 5.30pm, Friday 8.00am - 5.00pm

Getting there

Getting there

By train

By train

Jurong East MRT Station

Boon Lay MRT Station

By bus

By bus

From Jurong East Bus Interchange SBS 49, 51, 52, 66, 78, 79, 97, 97e, 98, 98M, 105, 143, 143M, 160, 183, 197, 333, 334, 335, 506

SBS 30, 79, 154, 157, 174, 179, 181, 182, 192, 193, 194, 198, 199, 240, 241, 242, 243 W/G, 246, 249, 251, 252, 254, 255, 257, 405 SMRT 172, 178, 180, 187

Along Boon Lay Way SBS 99, Private bus service 625

Disclaimer: The information in this brochure is meant for educational purposes and should not be used as substitute for medical diagnosis or treatment. Please seek your doctor’s advice before starting any treatment or if you have any questions related to your health, physical fitness or medical condition.

Copyright Š JurongHealth B M 024-14 May 2014 Updated June 2015

Ng Teng Fong General Hospital and Jurong Community Hospital


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.