OPEN WALL

Page 1




OPEN WALL

April 2021 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia Penyunting / Editors Hasnul Jamal Saidon, Muhammad Jameel Bin Mohamed Kamil, Mohd Najib Bin Abdullah Sani Kurator / Curator Hasnul Jamal Saidon, Afzanizam Mohd Ali Penyumbang Esei / Essay Contributors Nor Rafizah Hj Md Zain, Hasnul Jamal Saidon, Mohamad Faizwan bin Mat, Safinawati Samsudin, Namira Alia Nazru Fotografi / Photography Afzanizam Mohd Ali, Azizi Yahya, Nurhafizah Ab. Aziz, Ebrahim Abdul Manan, Alec Chin

Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang www.facebook.com/mgtfusm www.mgtf.usm.my 04-653 3261/3267/4786/4787/4788 04-656 3531 mgtfusm@gmail.com www.instagram.com/mgtfusm

Konsep Rekabentuk / Design Concept Afzanizam Mohd Ali, Nor Afzan Binti Yahaya Pembantu Kuratorial / Curatorial Assistants Mohd Firdaus Khairuddin, Aizuan Azmi Nur Hafizah Ab. Aziz, Nor Mohammad Abd. Rahim Mohd Husaini Huzmi Pembantu Teknikal / Technical Assistants Jamil Zakaria, Noordin Ban, Muhammad Husni Abd. Latiff, Mohamad Yazdi Yaacop, Noor Rashid Shabidi Pembantu Penerbitan / Publication Assistants Safinawati Samsudin Pembantu Kewangan / Financial Assistant Noor Jannah Abdul Rahman Promosi & Publisiti / Promotion & Publicity Nur Hafizah Ab. Aziz, Azizi Yahya, Aizuan Azmi Sokongan Umum / General Support Nur Zalikha Shafie, Ravi Vansamy Ahmad Faizal Musa, Johari Hashim Pameran Atas Talian / Online Exhibition https://www.artsteps.com/view/6109f399c9dcbfdbc3bdc2d0/?currentUser Katalog Digital / Digital Catalog https://issuu.com/mgtfusm/docs/openwall Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Open Wall @ mgtfusm = Dinding Terbuka (Exhibition) (2021 : Online) Open Wall @ mgtfusm = Dinding Terbuka, Muzium & Galeri Tuanku Fuziah, Universiti Sains Malaysia, April 2021 / Penyunting / Editors Hasnul Jamal Bin Saidon, Muhammad Jameel Bin Mohamed Kamil, Mohd Najib Bin Abdullah Sani ; Kurator / Curator Hasnul Jamal Saidon, Afzanizam Mohd Ali ; Penyumbang Esei / Essay Contributors Nor Rafizah Hj Md Zain, Hasnul Jamal Saidon, Mohamad Faizwan bin Mat, Safinawati Samsudin, Namira Alia Nazru. ISBN 978-967-0226-12-5 1. Art, Modern--21st century--Exhibitions. 2. Art--Exhibitions. 3. Art, Malaysian--Exhibitions. 4. Government publications--Malaysia I. Hasnul Jamal Saidon. II. Muhammad Jameel Mohamed Kamil, 1987-. III. Mohd. Najib Abdullah Sani, 1980-. IV. Afzanizam Mohd. Ali. V. Nor Rafizah Hj. Md. Zain. VI. Mohamad Faizwan Mat. VII. Safinawati Samsudin. VIII. Namira Alia Nazru. IX. Title. 759.9595


Dinding Terbuka

ts, For USM studen

bers.

staff & family mem

rare t in you! This is a Unleash the ar tis exhibited in a g tin ve your pain ha to ity un rt po op tablishment, st time since its es fir e th r Fo . ry lle ga all to be open its gallery w MGTF USM will will adorn the ’ ce ie rp ur ‘maste Yo u! yo by d te in pa ofessional if you are not a pr en ev l, al w ry lle ga ar tist. with your one, or together al t in pa ay m u Yo or other se, your children ou sp ur yo , ds en fri reason to It is also a good . rs be em m ily m fa e together. spend a quality tim lay for two ce’ will be on disp ie rp te as ‘m ur Yo … allow others fore it is erased to be ks ee w e re th to e is limited. r talent. Wall spac ei th se ca ow sh to #openwall April 2021


KANDUNGAN / CONTENTS Esei / Essays

MUKA SURAT / PAGE 8

Karya / Artworks

20

Alami / Experiencing

78

Projek Intervensi / Intervention Projects

128

Soal Selidik / Questionnaire

144

Ulasan Literatur / Literature Review

160

Penghargaan / Acknowledgement

164



Esei

s 8


s a y s 9


10

ALUMNI Buletin May-Aug 2021 VOL4 page 32-34 read online


11


12


13


Pengenalan Ringkas Kaedah Ko-Kreasi dalam Seni Visual Kontemporari Oleh Mohamad Faizuan Bin Mat & Hasnul Jamal Saidon Lebih dua dekad yang lalu, kancah seni visual kontemporari di Malaysia telah memperlihatkan kecenderungan ke arah pendekatan baharu. Lokal mahupun antarabangsa, minat terhadap seni penyertaan telah meningkat dan ianya dikenali di seluruh dunia sebagai genre keterlibatan penonton, Lee, (2020). Antara projek-projek yang melibatkan komuniti ini adalah seperti Projek Dialog Merata Suara (2018) yang dikurasikan oleh Suzy Sulaiman, ‘Pillars of Sabah 2019, 2020 & 2021’ oleh artis-artis Sabahan, Inus (2020), ‘Route to Rural Arts Experience’ oleh Hujung Tanah Art Residency, (2020) yang bermarkas di Johor. Di Lembah Klang juga ianya rancak dijalankan seperti kumpulan Lostgen di Kuala Lumpur yang memberi penekanan kepada penghasilan seni yang senang diakses dan releven kepada komuniti seperti Projek Seni Komuniti Bukit Cina, Projek Seni Komuniti Kampung Cempaka, Projek Seni Komuniti Pudu dan lain-lain. Begitu juga dengan Projek H3RO, Projek Kolaborasi Instalasi Tanah Air (KITA), Projek Belas oleh Hasnul Jamal Saidon di Pulau Pinang, Sarawak dan beberapa lagi lokasi lain memperlihatkan kecenderungan terhadap keterlibatan komuniti. Di Sabah dan Sarawak juga terdapat projek keterlibatan komuniti seperti Projek People, Place and Arts 1.0, 2.0 dan 3.0, Projek Ko-Kreasi Usungan oleh Faizwan Mat dan juga projek seni komuniti Pulau Lagaton oleh Zaimie Sahibil di Sabah. Projekprojek keterlibatan komuniti melalui seni ini juga dilaksanakan dengan kolaborasi di antara institusi seni kerajaan seperti muzium, galeri, seniman individu dan berkumpulan serta ramai lagi pasti akan memberikan kelebihan kepada 14

komuniti terpilih. Contohnya, Projek Komuniti Kita di sekitar Kuala Lumpur yang memberi penekanan kepada Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menurut Hasimi (2019) bahawa inisiatif sebegini boleh membantu mengurangkan aktiviti tidak bermoral oleh penduduk setempat. Justeru itu, dengan kelebihan projek seni komuniti ini kepada penduduk atau komuniti yang terlibat menjadi faktor kepada pertumbuhan seni penyertaan dan juga penawaran kaedah baharu dalam keterlibatan komuniti. Contohnya, kaedah ko-kreasi yang memberi peluang dan ruang kepada komuniti untuk terlibat sama dalam proses penghasilan karya seni. Kaedah ko-kreasi ini adalah sebahagian daripada proses kolaborasi yang telah meningkat naik penggunaannya dalam banyak bidang. Apa itu Kaedah Ko-Kreasi? Kaedah ko-kreasi diformulasikan dari bidang pemasaran dan kajian pelanggan. Kaedah ini memberi fokus kepada kepuasan pelanggan dan penjenamaan. Nonaka dan Hirotaka (1995) menyatakan bahawa manusia tidak terlepas dari berinteraksi secara sosial dan sesebuah organisasi percaya komuniti atau pelanggan juga adalah sebahagian daripada penghasilan makna penjenamaan (brand’s meaning). Proses interaksi diantara organisasi dan pemegang taruh akan mencipta makna. Kata kunci bagi kaedah ko-kreasi adalah interaksi. Galvagno dan Dalli (2014) menjelaskan bahawa ko-kreasi dicetuskan sebagai satu paradigma baharu dalam pengurusan literatur yang membenarkan syarikat dan pelanggan menghasilkan nilai melalui interaksi. Terma ko-kreasi digunakan


secara meluas untuk menggambarkan satu anjakan paradigma pemikiran daripada asalnya sesebuah organisasi yang menentukan nilai kepada proses ko-kreasi apabila orang ramai dan organisasi bersama-sama menjana dan membangunkan makna, (Ind dan Coates, 2013). Kesepakatan yang diraih oleh para penyelidik juga menemui bahawa ko-kreasi adalah proses di mana tahap penyertaan dan kolaborasi berada di paras yang sangat tinggi diantara pelbagai pihak untuk melakukan inovasi dan perkhidmatan baharu (Osborne, S.P, Radnor, Z & Strokosch, K. (2016) & Ma, Y, Rong, K, Luo, Y, Wang, Y, Mangalagiu, D & Thornton, T.F. (2019). Penerapan dan adaptasi kaedah kokreasi ini bukan sesuatu yang sangat baharu dalam bidang seni terutamanya seni penyertaan.

Seni penyertaan dan ko-kreasi mempunyai persamaan namun seni penyertaan diamalkan secara turun menurun tidak melibatkan komuniti bukan seni secara menyeluruh dalam proses penghasilan karya. Contohnya, seniman melibatkan komuniti seusai karya akhir disiapkan. Walau bagaimanapun, ko-kreasi telah memasuki ruang seni dan digunakan tanpa seniman menyedarinya. Begitu juga dengan bidang rekabentuk dan pemasaran sepertimana yang dinyatakan oleh De Koning, Crul & Weber (2016) bahawa ianya telah memasuki kosa kata harian bidang tersebut. Manakala, bidangbidang lain menggunakannya dengan cara yang berbeza-beza.

Contoh-contoh Karya Ko-Kreasi dalam Seni Kontemporari • SCAPE 7 – t -own Planning

Figura 1. t-own Planning oleh Roslisham Ismail aka Ise 2013, Christchurch (Sumber: https://www.scapepublicart.org.nz/scape-7-t-own-planning)

15


• Projek Baur – Kampung Kolase

Figura 2. Karya-karya Kampung Kolase, (Sumber: https://seleb.tempo.co/read/676571/kampung-kolase-di-hilir-cikapundung) t -own Planning adalah sebuah karya kolaborasi diantara seniman Malaysia iaitu Allahyarham Roslisham Ismail aka Ise dan juga komuniti di Christchurch, New Zealand. Dalam karya ini, Ise menggunakan konsep seni penyertaan yang memberi peluang kepada komuniti untuk bekerjasama, French (2013). Berdasarkan inspirasi peribadi terhadap kota Christchurch dan juga hasil perbincangan bersama penduduk setempat membuahkan ide untuk memikirkan semula rupa dan bentuk kota itu pada masa hadapan. Hasil daripada perbincangan tersebut melahirkan skrin video dan papan tanda yang mempamerkan gambaran menyeronokan dan mengembirakan untuk masa hadapan kota Christchurch. Secara tidak langsung, Ise telah mengetengahkan konsep ko-kreasi dalam karya atau projek ini dengan membawa komuniti untuk turut serta dalam proses penghasilan karya seni. Ise juga meraikan dan mengambil kira pendapat serta buah fikiran penduduk setempat. Boleh dikatakan bahawa t -own Planning adalah karya komuniti Christchurch dan Ise hanya 16

memainkan peranannya sebagai pemudahcara. Walaupun Ise tidak menggunakan terma kokreasi secara langsung dalam projek ini, ianya telah menonjolkan ciri-ciri dan sifat kaedah kokreasi. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh kurator SCAPE 7 sendiri iaitu French (2013) bahawa projek ini adalah soal menyatukan komuniti dan menjalinkan hubungan sosial serta kolektif. Dalam membawa komuniti bersama untuk menghasilkan karya seni, Ise menggunakan medium kolaj sebagai aktiviti utama untuk membayangkan bagaimana rupa dan bentuk kota mereka pada masa hadapan. Projek ini dipacu oleh beberapa kumpulan berbeza yang menghasilkan imejan masa lalu, sekarang dan masa hadapan. Ise berpendapat bahawa adalah normal bagi manusia untuk tidak berpuashati dengan perkara dalam hidup. Kunci untuk berhadapan dengan perkara sebegini adalah negosiasi, Ismail (2013). t -own Planning adalah projek berkenaan tentang keputusan kolektif yang memerlukan proses negosiasi.


Di Indonesia pula, Herra Pahlasari dan Aminudin T.H Siregar aka Ucok telah menjalankan satu projek komuniti yang dipanggil sebagai Projek Baur. Matlamat projek ini adalah untuk menyokong dan memperkayakan komuniti terpilih di dalam menghadapi masalah bandar yang kritikal melalui kolaborasi di antara seniman rentas negara, organisasi khidmat masyarakat dan komuniti terpilih. Anwar (2015) menjelaskan bahawa ide disebalik projek tersebut adalah untuk meningkatkan ruang bandar melalui penyertaan aktif bersama masyarakat lokal. Herra dan Ucok menjemput seniman lain dan juga aktivis sosial daripada Australia, Deborah Kelly dan kumpulan Wayang Cyber dari Universitas Pendidikan Bandung (UPI), Indonesia untuk merealisasikan projek ini. Kampung dan komuniti di Hegarmanah, Cidadap, Bandung Indonesia telah dipilih sebagai lokasi projek. Projek ini menggunakan seni kolaj sepenuhnya sebagai medium utama

untuk komuniti dan seniman berinteraksi. Mereka menghasilkan kolaj bersama-sama, secara kolaborasi menggunakan gambar-gambar dari majalah dan dipamerkan pada dinding rumah di kampung tersebut. Dalam aspek kolaborasi projek ini, seniman bertindak hanya sebagai fasilitator. Karya-karya yang dihasilkan sememangnya ide dan interpretasi komuniti sendiri. Sebanyak 64 karya telah dihasilkan oleh ibu dan anak-anak mereka. Pameran terbuka di dinding luar rumah memberi peluang kepada orang yang lalu-lalang menyaksikan karya-karya tersebut. Hampir 30 buah rumah telah dijadikan tempat pameran dan didekorasikan dengan karya kolaj. Hasil karya mereka dipamerkan dari 15 – 21 June 2015 di kampung tersebut. Kebanyakkan karya adalah nukilan rasa tentang harapan, impian dan cerita dari komuniti sendiri, Anwar (2015). Lanjutan daripada itu juga, penduduk kampung telah sepakat menamakan kampung tersebut sebagai Kampung Kolase.

Figura 3. Aktiviti Seni Kolaj Projek Baur, (Sumber: https://seleb.tempo.co/read/676571/kampung-kolase-di-hilir-cikapundung) 17


Projek Baur secara tidak langsung telah pun mengaplikasikan kaedah ko-kreasi secara total. Ianya telah melibatkan komuniti bukan seni dalam proses penghasilan karya dari awal hingga kepada pameran akhir. Secara konsepnya, komuniti terpilih telah menjadi seniman dan kampung telah bertukar kepada galeri. Seniman dan aktivitis pula, hanya sekadar pemudahcara dalam memupuk semangat cintakan seni, setiakawan dan kesejahteraan masyarakat.

Figura 4. Alasan Penggunaan Kaedah Ko-kreasi (Sumber: Penyelidik, 2021) Rumusan Dalam situasi hari ini dengan penularan wabak COVID-19, masyarakat kebanyakan menghadapi kehidupan yang amat sukar. Ahli keluarga kehilangan orang yang tersayang, ada yang terputus mata pencarian dan ada yang mengalami masalah mental dan emosi. Justeru itu, kemungkinan banyak pihak atau bidang sedang memikirkan kaedah bantuan dan penyelesaian untuk perkara ini. Begitu juga dengan bidang seni, seharusnya juga kita sedang merangka rancangan untuk memulihkan komuniti atau masyarakat dari segi emosi dan psikologi menuju fasa pasca-COVID-19. Sehubungan dengan itu, sudah tentu kita tidak akan dapat melakukannya bersendirian. Keperluan untuk berkolaborasi itu sangat 18

penting pada masa kini dan akan datang. Kerjasama dengan pelbagai bidang sangat dituntut bagi memastikan bidang seni visual juga mampu menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti. Kaedah ko-kreasi berpotensi untuk dijadikan panduan dalam merealisasikan projekprojek bersama komuniti. Merujuk kepada figura 4, beberapa alasan kenapa kita harus mengadaptasi kaedah kokreasi dalam projek seni penyertaan. Projek ko-kreasi yang dijalankan bersama dengan komuniti bukan seni dapat memberikan pembelajaran sepanjang masa kepada mereka. Disamping itu, ianya juga akan menyelesaikan permasalahan keterlibatan penonton dalam banyak program seni yang kita lakukan.


Tambahan juga, kehadiran mereka ini (penonton) dalam sesuatu program/pameran/aktiviti telah mengalami penyusutan akibat dari pelbagai faktor dan juga mungkin kehadiran orang yang sama berulang-ulang (aging audiences). Dengan penerapan kaedah ko-kreasi juga, aspek komunikasi sehala akan bertukar menjadi dialog dan diskusi (dua hala). Apabila kaedah ini digunakan secara rancak, sudah tentu sistem operasi atau hala tuju kancah seni visual di Malaysia akan mengalami satu anjakan. Anjakan yang akan membawa kepada perubahan sistem operasi dan peserta sasaran bidang seni visual. Akhir sekali, beberapa kumpulan atau individu yang telah menjalankan projek seni komuniti untuk sekian lama akan dapat menyelesaikan masalah penilaian projek kerana ko-kreasi menawarkan kaedah penilaian keberkesanan ke atas projek yang dilakukan (refleksi). Kita sangat mengharapkan agar ekosistem seni visual juga dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti. Sudah tentu ianya dapat memberi banyak manfaat kepada komuniti, apatah lagi dalam keadaan pandemik ini. Pasca COVID-19 akan menjadi satu keadaan yang sangat signifikan untuk bidang seni visual.

Rujukan Anwar, S. (2015). Kampung Kolase di Hilir Cikapundung, Diambil dari: https://seleb.tempo.co/read/676571/ kampung-kolase-di-hilir-cikapundung De Koning, C, Crul, M & Weber, R. (2016). Model of Cocreation: Service Design Geographies. Proceedings of the ServDes.2016 Conference At: Copenhagen Volume: 125 French, B. (2013). SCAPE 7 - t-OWN Planning, Diambil dari: https://www.scapepublicart.org.nz/scape-7-town-planning Galvagno, M & Dalli, D. (2014). Theory of value co-creation: a systematic literature review: Managing Service Quality, vol. 24 no. 6, DOI: https://doi.org/10.1108/ MSQ-09-2013-0187 Hasimi, M. (2019). Projek Komuniti Kita: Galakkan aktiviti seni di kawasan PPR- Khalid Samad: Astro Awani Hujung Tanah Art Residency, (2020). Diambil dari, https:// web.facebook.com/hujungtanah.artresidency, January 26th, 2021 Ind, N & Coates, N. (2013). The meanings of co-creation :European Business Review; Bradford, Vol. 25, Iss. 1, (2013): 86 95. DOI:10.1108/09555341311287754 Inus, K. (2020). Community art project Pillars of Sabah returns with 30 new artists, Diambil dari: https:// www.thestar.com.my/news/nation/2020/12/14/ community-art-project-pillars-of-sabah-returnswith-30-new-artists, January 26th, 2021 Lee, E. (2020). Participatory Utopias, retrieved from https:// www.cendana.com.my/library/our-library/lensaseni/participatory-utopias Nonaka, I. and Hirotaka, T. (1995), “Organizational knowledge creation”, in Henry, J. (Ed.), Creative Management and Development, 3rd ed., Sage, London, pp. 64-81. Ma, Y, Rong, K, Luo, Y, Wang, Y, Mangalagiu, D & Thornton, T.F. (2019). Value Co-creation for sustainable consumption and production in the sharing economy in China. J. Clean. Prod. 208, 1148–1158. Osborne, S.P, Radnor, Z & Strokosch, K. (2016). CoProduction and the Co-Creation of Value in Public Services: A suitable case for treatment? Public Manag. Rev. 18, 639–653.

19


Karya-karya

20


o r k s 21


Artist Tittle Date From

: Tan Jin Yang (23) : Untitled : 10 April 2021 : School of The Arts, USM

22

Artist Tittle Date From

: Tan Jin Yang (23) : Morning Glory : 10 April 2021 : School of The Arts, USM


Artist Tittle Date From

: Nawal Al Jafree (8) : A Tree and Building : 10 April 2021 : Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir

Artist Tittle Date From

: Kala Devi Gunasackeran (38) : Alone : 10 April 2021 : School of The Arts, USM

23


Artist : Amzar Firdaus b. Mohd Firdaus (7) Aimi Imani bt. Mohd Firdaus (6) Muhammad Faeeq Rayyan b. Mohd Fajhrees (7) Tittle : Untitled Date : 10 April 2021 From : SK Bukit Gambir, SK Bukit Gelugor

24


Artist : Maryam Adani bt. Yasser Arafat (11) Alya Amani bt. Mohd Firdaus (11) Tittle : Bukit Date : 10 April 2021 From : SK Bukit Gambir

25


Artist Tittle Date From

: Aina Najwa bt. Khairul Amir (23) : Colour : 10 April 2021 : School of The Arts, USM

Artist Title Date From 26

: Adeela bt. Hasnul Jamal (27) : Ying Yang : 10 April 2021 : 7 Tingkat Permai, Gelugor, Pulau Pinang


Write a dialog for Hachiko

Artist Title Date From

: Amira bt. Hasnul Jamal (25) : Hachiko Merajuk : 10 April 2021 : 7 Tingkat Permai, Gelugor, Pulau Pinang 27


Artist : Ainina bt. Hasnul Jamal (23) Tittle : Compassion and Anger Date : 10 April 2021 From : 7 Tingkat Permai, Gelugor, Pulau Pinang


: Nur Iman Fathiya bt. Mohd Farid (5) : Dua Iman : 10 April 2021 : Koperasi Tadika Minden, USM

Artist Title Date

: YDP Siel (27) : Cici : 10 April 2021

Artist Tittle Date From


30


Artist Tittle Date From

Artist Tittle Date From

: Muhammad Arif b. Nohi (23) : Ke Bulan : 10 April 2021 : School of The Arts, USM

: Nor Afzan bt. Yahaya (39) : Fall Down Seven Stand Up Eight : 10 April 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM 31


Artist Title Date From

32

: Hasnul Jamal b. Saidon (56) : Untitled : 10 April 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM


Try to draw abstract pictures..

33


Artist Title Date

: Unknown : Lukisan ini Didedikasikan Kepada Cik Mun : 10 April 2021

34


Artist Title Date From

: Nur Naura Aamily bt. Azizi (8), Nur Nayli Alani bt. Azizi (12) : Mimpi : 10 April 2021 : Batu Lancang, Penang

35


Artist Title Date From

36

: Alysa Safiya bt. Afzanizam (13) : My Mind : 10 April 2021 : High School, Bukit Mertajam


Name: Andra Reza b. Hanafi Qasim (3) Tittle: TRICERATOPS Date: 10 April 2021

Write your own interpretation about this painting ...

37


: Unknown : Unknown : 10 April 2021

: Doa b. Hasanul Isyraf (12) : Pelukis Di Muzium : 10 April 2021 : Sekolah Kebangsaan Minden Heights

Artist Title Date

Artist Title Date From

38


Name : Dian Camelia binti Hanafi Qasim (5) Mawar Mekar Lestari binti Hanafi Qasim (7) : Orang di Taman : 10 April 2021 : SJK©️ Pai Teik Tittle Date From

39


?

painting s i h t t u o think ab u o y o What d

40


Artist Title Date From

: Abdullah Ahmad Sulaiman (34) : Butterfly : 10 April 2021 : School of Management, USM

41


Artist

Title Date From

: Sayf Harraz bt. Mohd Husni (4) Sara Humaira bt. Mohd Husni (7) Hazim Sahmi b. Mohd Husni (12) Hadea Syamimi bt. Mohd Husni (15) : Sunset : 10 April 2021 : Taman Bertam Indah, Kepala Batas

42


Artist Title Date From

: Khal Mikael b. Zul Ikhwan (6) Nadine Alena bt. Zul Ikhwan (4) Jon Bilal b. Zul Ikhwan (1.6) : Tanpa Tajuk : 10 April 2021 : Desa Restu, USM


44

Artist Title Date From

: Affan Sufi b. Afzanizam (10) : The Castle Buruk : 10 April 2021 : Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Penang


Draw your version of a car & a robot

Name Tittle Date From

: Syed Arfa b. Syed Mohd Fairuz (5) : Car & Robot : 12 April 2021 45 : Top Kids Kindergarden


Name Tittle Date From

46

: Mohamad Faris b. Mohamad Syukri (19) : The King : 10 April 2021 : Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan


Name : Dr. Nadine Ruppert Mohamad Jaris (13) Adam Yamin (11) Noah Malik (8) Tittle : Monster & Plane Date : 15 April 2021 From : School of Biological Sciences, USM, SMK Bukit Gambir, SK Minden Height

47


48

Name : Amir Farhan bin Norazman (7) Farhanah binti Norazman (10) Tittle : Puasa Date : 16 April 2021 From : SK Minden Height


connect

the dots

49


Name Tittle Date From

: Koo Pooi Ling (24 years), Foo Kae Lyn (23 years) & Chai Jia En (23 years) : KFC : 15 April 2021 : School of Chemical Sciences, USM

50


51

Name : Hannah Safiyyah bt. Abd Salam (5) Nur Kaisah bt. Mohd Nadir (6) Tittle : Daisy & Family Date : 16 April 2021 From : Sekolah Koperasi Tadika Minden & SK Minden Height


ing w a r d e th e u n ti n Co 52


Name Tittle Date From

: Hana Yasmin (7) : Park : 16 April 2021 : SK Minden Height 53


54


Name : Muhammad Hadif Altamis bin Hilridzuan(10) Hanis Luthfiyyah binti Hilridzuan (8) Ridha Isabella binti Salim (9) Tittle : Naruto, Hand Stamps, Unicorn Date : 16 April 2021 From : SK Sungai Gelugor, SK Bukit Gambir

55


Name Tittle Date From

: Hana Saffiya (10) : Ocean : 16 April 2021 : SK Minden Height

56


Name Tittle Date From

: Harith Darwisy (14 years) : Like : 21 April 2021 : SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad

57


Trace the doodles & improvise!

58


59


Artist Title Date 60

: Zidane (7) : Untitled : 21 April 2021


Artist Title Date From 61

: Kabil Ali bin Roslan (26) : Hexagonal Soil : 21 April 2021 : UiTM, Shah Alam


Name Tittle Date From : Priscillia Miard (32 years) : COLUGO : 22 April 2021 : School of Biological Sciences, USM

62

Name Tittle Date From

: Pang Sern Yong (35) : Shape Of My Heart : 22 April 2021 : School of Biological Sciences, USM


Name Tittle Date From

: Dr. Muhammad Firzan Abdul Aziz (34) : Help and Hope : 27 April 2021 : School of Housing, Building and Planning, USM

63


Continue the drawing ...

Name Tittle Date From

: Zaheera Ali Azhar Ali (35) : Reminiscing the Yesteryears : 27 April 2021 : Compatible Venture


65


66


Name : Puteri Khayla Arianna bt. Muhammed Khairizan (5) Zara Adelia bt. Mohd Zulkefle (5) Zara Irdina bt. Mohd Zulkefle (8), Nur Salsabila Auda Tittle : Princesses Date : 3 May 2021 From : SK Minden Height,Tadika Qdees Island Glades 67


68


Name : Lim Kai Wen (23 years), Shermaine Low Wei Yee (23 years), Ching Jia Yee(23 years), Chong Xin Fei ( 23 years) Teoh Ming Ming ( 23 years), Desmond ( 23 years) & Chong Lee Pin (23 years) Tittle : Grandma, Nekomata Okayu, Meow, Jing, MaoBuYi, Three Hamster, Cars Date : 4 May 2021 From : School of The Arts, USM

69


Name : Dr. Nadhrah bt. Kadir, Mohd Asyraf, Atif Pahmi Tittle : Every Turn of The Wheel is a REVOLUTION Date : 4 May 2021 From : BikeCommute@USM

70

Name Tittle Date From

: Dr. Nadhrah bt. Kadir, Mohd Asyraf, Atif Pahmi : SOLUTION POLLUTION : 4 May 2021 : BikeCommute@USM


71


Name : Dayana Qaisara bt. Hazril Helmi (2) Daniyal Qusyairi b. Hazril Helmi (6) Tittle : Among Us Date : 4 May 2021 From : Brainy Bunch 72


Name Tittle Date From

: Chanaporn Trakunjae (34) : “MCO 1.0 conceal, don’t feel” : 5 May 2021 : School of Biological Sciences, USM 73


Continue the drawing

Name Tittle Date From

74

: Roa’a Ahed Hussein (11) : Nature : 5 May 2021 : Yamen


75

Name Tittle Date From

: Nadia Ahed Aboodi : Among Us : 5 May 2021 : Yamen


Name Tittle Date From

76

: Siti Nur Balqis bt. Abdul Halim (32) : Nak Balik Raya : 6 May 2021 : School of The Arts, USM


Artist Tittle Date From

: Tan Jin Yang (23) : Untitled : 10 May 2021 : School of The Arts, USM

77


ALAMI

78


p er i e n c i n g 79


80


81


82


83


84


85


86


87


88


89


90


91


92


93


94


95


96


97


98


99


100


101


102


103


104


105


106


107


108


109




112


113


114


115


116


117


118


119


120


121


122


123


124


125


126


127


Project

INTERVENSI

Pr 128


roject 129


Artist Tittle Medium Size Date From

130

: Nur Afzan Yahya (39) : Bear : Cotton, Pillow Fibre, Fabric Marker : 17cm x 8cm x 30cm : June 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM


Artist Tittle Medium Size Date From

: Afzanizam Mohd Ali (41) : Dinasor : Lego : 9cm x 20cm x 10cm : 21 June 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM

131


Artist Tittle Medium Size Date From

132

: Noordin Ban (57) : Dinasour : Block Paper Egg Holder, Paper : 130cm x 58cm x 75cm : June 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM


Artist Tittle Medium Size Date From

: Noor Rashid Shabidi (44) : Ais Cream : Sponge : 24cm x 10cm x 3cm : August 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM

133


Artist Tittle Medium Size Date From 134

: Muhammad Arif b. Nohi (23) : Home Sweet Home : Bamboo, Cardboard : 24cm x 16cm x 26cm : 10 April 2021 : School of The Arts, USM


135

Artist Title Medium Size Date From

: Tan Jing Ying : Mountain : Yarn : 50cm x 33cm x 12cm : 1 June2021 : School of The Arts, USM


Artist Tittle Medium Size Date From

136

: Kala Devi Gunasackeran (38) : Joy in Scars : Recycle materials : 20cm x 30cm x 18cm : 1 June 2021 : School of The Arts, USM


Artist Tittle Medium Size Date From

: Aina Najwa : Among us : Mounting board : 24cm x 34cm x 60cm : 1 June 2021 : School of The Arts, USM 137


138

Artist Tittle Medium Size Date From

: Azizi Yahya (45) : Bear : Paper Origami : 12cm x 7cm x 17cm : August 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM


Artist Tittle Medium Size Date From

: Nur Hafizah Ab. Aziz (38) : Rebab : Paper, Thread : 60cm x 17cm x 6cm : August 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM

139


Artist Tittle Medium Size Date From

140

: Nur Zalikha Shafie (32) : Abstract : Paper and Paint : 20cm x 13cm x 20cm : August 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM


Artist Tittle Medium Size Date From

: Noor Jannah Abdul Rahman (50) : Car : Box, Bottle caps : 21cm x 11cm x 11cm : August 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM 141


Artist Tittle Medium Size Date From 142

: Mohd Husaini Huzmi (37) : Aeroplane : Bottle, Plywood : 33cm x 33cm x 20cm : August 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM


Artist Tittle Medium Size Date From

: Jamil Zakaria (56) : Kampung : Paper : 14cm x 24cm x 27cm : August 2021 : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM 143


LAPORAN SOAL SELIDIK OPEN WALL

MUZIUM & GALERI TUANKU FAUZIAH (MGTF), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) Oleh Hasnul J Saidon & Safinawati Samsudin Pengenalan Semenjak penularan pandemik Covid-19 melanda negara sehingga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat beberapa siri pameran yang dijadualkan di MGTF, USM sebelum ini telah ditangguhkan. MGTF, USM tidak dapat melaksanakan pameran berbentuk fizikal yang membolehkan pelawat hadir dalam kapasiti yang ramai dan menghadkan bilangan pelawat berdasarkan kapasiti premis. Rentetan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di mana aktiviti-aktiviti pelancongan domestik dibenarkan beroperasi, pada 10 April 2021 MGTF, USM buat pertama kalinya mengadakan Open Wall di mana ianya terhad kepada pelajar, kakitangan dan ahli keluarga USM sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Open Wall ini dilaksanakan untuk menyembuhkan dinding galeri MGTF, USM dengan catan terbaik yang dilukis dengan kejujuran tulus dan terus kepada subjek di mana temanya adalah terbuka. Kami meraikan peserta dengan memberi ruang dinding terbuka kepada mereka untuk mengisi makna mereka sendiri terhadap tema yang dekat dengan mereka. Pengalaman kesenian yang paling berharga adalah cinta atau kasih sayang. Pemberian yang tidak dapat diganti adalah masa yang berkualiti. Perbincangan akan merujuk kepada dua (2) soal selidik yang telah dilaksanakan semasa Program Open Wall yang diadakan di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains 144

Malaysia (USM) iaitu soal selidik untuk pelajar sekolah (berumur di antara 4 tahun - 19 tahun) dan soal selidik untuk dewasa (berumur di antara 20 tahun - 69 tahun). Objektif Soal selidik ini bertujuan untuk membolehkan pengesahan dan penemuan isu-isu, masalah, persoalan, kemungkinan dan potensi berkaitan dengan hubungan antara penghasilan seni dengan kesihatan mental dan kesejahteraan sosial. Skop Soal selidik terbahagi kepada dua (2) set soalan: i. Pelajar Sekolah (berumur di antara 4 tahun 19 tahun) ii. Dewasa (berumur di antara 20 tahun - 69 tahun) Soal selidik ini dilaksanakan dari 2 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021. Soal selidik ini diberikan kepada peserta yang menyertai Open Wall. Kedua-dua set soal selidik ini memfokuskan kepada profil peserta dan perhubungan di antara seni dengan kesihatan mental dan kesejahteraan sosial. Pada masa akan datang, hasil keduadua soal selidik ini akan dibandingkan dengan kajian yang pernah dijalankan oleh penyelidik lain terutamanya berkaitan dengan perkaitan di antara seni dan kesihatan mental.


Metodologi Jangkamasa Kajian 2 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021. Rekabentuk kajian Kajian dilaksanakan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Instrumentasi Soal selidik telah digubal khusus untuk keduadua kajian dan ianya merangkumi dua (2) bahagian untuk menjawab soalan kajian. Bahagian 1 – berkenaan dengan profail peribadi peserta. Bahagian 2 – berkenaan dengan perhubungan di antara seni dengan kesihatan mental dan kesejahteraan sosial. Menggunakan kaedah skala likert 5 mata yang bermula dengan ‘1’ – sangat tidak setuju, ‘2’- tidak setuju, ‘3’ - tidak pasti, ‘4’ - setuju dan ‘5’ - sangat setuju. Prosedur pengumpulan data Soal selidik diberikan dalam dua (2) kaedah: i. Borang Soal Selidik (diberikan selepas peserta selesai melukis dan mewarna) ii. Borang Soal Selidik Atas Talian (Google Form) Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 dikuatkuasakan, soal selidik diberikan secara atas talian (Google Form) kepada peserta Open Wall yang tidak berkesempatan untuk menjawab soal selidik di MGTF, USM. Sepanjang tempoh PKP Fasa 3 dikuatkuasakan, pengunjung tidak dibenarkan untuk mengadakan lawatan ke premis muzium. Prosedur analisis data Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Statistik diskriptif digunakan untuk menganalisa data. Data

profail peribadi peserta dan data perhubungan di antara seni dengan kesihatan mental dan kesejahteraan sosial dihuraikan secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Dapatan Open Wall yang diadakan di MGTF, USM disertai seramai 36 orang pelajar sekolah dan 32 orang peserta dewasa. Soal selidik ini telah dijawab oleh 20 orang peserta dari kategori pelajar sekolah dan 30 orang peserta dari kategori dewasa. Hasil analisis data dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta bar dan carta pai, beserta dengan penerangan dapatan. i. Profil Pelanggan Soal selidik yang telah dilaksanakan mendapati bahawa majoriti peserta yang menyertai Open Wall di kalangan pelajar sekolah berumur di antara 7 hingga 9 tahun iaitu sebanyak 40% diikuti mereka yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun iaitu sebanyak 25%. (Rujuk Rajah 1) Majoriti peserta Open Wall untuk kategori dewasa terdiri daripada mereka yang berumur 20 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 43% dan 30 hingga 39 tahun sebanyak 30%. (Rujuk Rajah 2) Jumlah peserta Open Wall untuk dua (2) soal selidik yang telah dilaksanakan juga menampilkan pola jantina yang tidak seimbang, yakni peserta wanita lebih ramai dari lelaki. (Rujuk Rajah 3 dan 4).

145


Rajah 1

Rajah 2

146


Rajah 3

Rajah 4

147


ii. Perhubungan di antara Seni dengan Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Sosial SOAL SELIDIK KATEGORI PELAJAR SEKOLAH Berdasarkan Rajah 5, seramai 15 orang peserta (75%) di kalangan pelajar sekolah sangat setuju dengan pernyataan bahawa ‘melukis dapat membuat saya merasa bangga setelah berjaya menghasilkan sesuatu lukisan, seperti melepasi suatu cabaran’. Manakala 4 orang peserta (20%) setuju dan 1 orang peserta (5%) tidak pasti dengan pernyataan tersebut.

Rajah 5

Rajah 6 menunjukkan seramai 15 orang peserta (75%) berpendapat mereka akan merasa sihat dan bertenaga semasa dan sesudah melakukan kerja melukis dan 5 orang peserta (25%) setuju dengan pernyataan tersebut.

148


Rajah 6

Rajah 7 Pernyataan bahawa ‘melukis membuat saya merasai satu kepuasan dan ketenangan kerana telah melakukan sesuatu yang baik bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk kebaikan masyarakat secara umum’ menunjukkan seramai 13 orang peserta (65%) sangat setuju, 6 orang peserta (30%) setuju dan 1 orang peserta (5%) tidak pasti berdasarkan kepada Rajah 7.

149


Rajah 8 Rajah 8 menunjukkan seramai 11 orang peserta (55%) sangat setuju dengan pernyataan bahawa ‘melukis dapat membuat mereka merasa kasih dan sayang kepada subjek yang dilukis, juga kepada ibu/bapa/anak-anak/orang-orang dan semua yang mereka sayangi dan hargai’. Seramai 11 orang peserta (55%) sangat setuju bahawa melukis bersama-sama dapat menjalinkan hubungan yang positif bersama ibu/bapa/abang/kakak/keluarga berdasarkan kepada Rajah 9 di bawah manakala 9 orang peserta (45%) setuju.

Rajah 9 150


‘Melukis menjadikan saya lebih cerdas dan responsif’, (Rajah 10) menunjukkan seramai 11 orang peserta (55%) sangat setuju dan 8 orang peserta (40%) setuju.

Rajah 10

Rajah 11 80% iaitu seramai 16 orang peserta sangat setuju bahawa mereka ‘dapat mengekspresi diri dan mampu menunjukkan respon positif ketika melukis’ berdasarkan kepada Rajah 11.

151


Pernyataan bahawa ‘melukis cenderung menjadikan mereka lebih percayakan diri sendiri dan emosi juga akan menjadi lebih tenang dan stabil’ menunjukkan seramai 13 orang peserta (65%) sangat setuju manakala 6 orang peserta (30%) setuju berdasarkan Rajah 12.

Rajah 12

Rajah 13 Pernyataan bahawa ‘saya dapat meluahkan perasaan mereka ketika melakukan aktiviti melukis bersama-sama ibu/bapa/abang/kakak/keluarga’ dengan 14 orang peserta (70%) sangat setuju dan 6 orang peserta (30%) setuju berdasarkan Rajah 13.

152


Rajah 14 Seramai 15 orang (75%) berpendapat bahawa mereka sangat setuju bahawa melukis dapat meningkatkan rasa sejahtera dalam diri mereka dan 4 orang (20%) setuju. (Rujuk Rajah 14).

153


SOAL SELIDIK KATEGORI DEWASA Seramai 14 orang peserta dewasa (47%) setuju bahawa ‘mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah sama penting dengan mata pelajaran lain yang diajar di sekolah’ manakala 13 orang (43%) sangat setuju dan 7% iaitu 2 orang peserta dewasa tidak pasti dengan pernyataan tersebut. (Rujuk Rajah 15).

Rajah 15

Rajah 16 Rajah 16 pula menunjukkan seramai 14 orang peserta dewasa (47%) sangat tidak setuju bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran yang tidak penting di ajar di sekolah diikuti 10 orang (33%) tidak setuju dan 3 orang peserta (10%) tidak pasti.

154


Pernyataan bahawa ‘mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dapat membantu pelajar sekolah menjadi insan yang lebih seimbang dan sihat dari segi mental, emosi dan jasmani’ menujukkan majoriti peserta dewasa bersetuju sebanyak 18 orang (60%) dan 12 orang sangat setuju (40%) berdasarkan Rajah 17.

Rajah 17 57% bersamaan dengan 17 orang peserta dewasa sangat setuju bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual mampu melahirkan pelajar yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif. (Rajah 18).

Rajah 18

155


Rajah 19 Peserta dewasa memilih pilihan sangat setuju dan setuju dengan pernyataan ‘aktiviti melukis dapat mengurangkan simptom-simptom penyakit mental seperti depresi, kerungsingan, tidak dapat tidur, bipolar, OCD, ADHD, tidak dapat mengawal kemarahan, dan lain-lain’ dengan peratusan yang sama iaitu 47% berdasarkan Rajah 19.

Rajah 20

156


Rajah 20 pula menunjukkan 17 orang peserta dewasa (57%) sangat setuju anak-anak belajar bagaimana untuk meluahkan idea-idea mereka dan menukarkan konsep yang mereka pelajari ke dalam bentuk seni mengikut tahap perkembangan mereka.

Rajah 21

Rajah 22

157


Dengan aktiviti melukis, anak-anak belajar untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah mereka mulakan, mereka dapat merasai kerjasama dalam kumpulan, dan menghormati idea-idea dan kerja orang lain mendorong peserta dewasa memilih untuk setuju terhadap pernyataan tersebut dengan peratusan sebanyak 53% berbanding sangat setuju sebanyak 40%. (Rujuk Rajah 21). 15 orang peserta dewasa (50%) sangat setuju dan 13 yang lain (43%) setuju aktiviti melukis seperti Open Wall yang diadakan di MGTF, USM memberi peluang kepada anak-anak terutamanya anak-anak kecil berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial mereka dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri berdasarkan Rajah 22.

Rajah 23 Rajah 23 menunjukkan kebanyakkan peserta dewasa iaitu 60% (18 orang) setuju bahawa aktiviti melukis merupakan medium santai yang menyihatkan yang membuatkan anak-anak berasa rileks dan selesa semasa menghasilkan lukisan.

158


Rajah 24 Manakala 18 orang (60%) sangat setuju aktiviti melukis mendidik anak-anak mengenal erti perkongsian semasa menggunakan peralatan melukis seperti warna, berus dan sebagainya secara berkumpulan. (Rujuk Rajah 24).

159


Sorotan Kajian Lepas (Literature Review) Isu Kesihatan Mental

Oleh Hasnul J Saidon, Safinawati Samsudin & Namira Alia Nazru Menurut World Health Organization (WHO), kesihatan mental adalah keadaan dimana individu menyedari kebolehan mereka untuk mengatasi ketidakstabilan emosi hingga membenarkan mereka bekerja secara produktif dan berupaya menyumbang kepada masyarakat (2021). Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyatakan kesihatan mental berkait dengan emosi, psikologi dan sosial seorang individu. Kesihatan mental yang baik boleh dilihat dalam situasi yang melibatkan individu dan kebolehan mereka mengawal emosi seperti stress, sedih, marah dan sebagainya. Selain itu, kesihatan mental yang baik juga boleh dinilai jika masalah yang dihadapi oleh individu berpotensi tidak akan mengganggu kehidupan seharian mereka dalam jangka masa yang panjang (2012). Namun begitu, tidak semua individu mempunyai kesihatan mental yang stabil. Terdapat dalam kalangan masyarakat kita juga yang mengalami masalah kesihatan mental. Galson (2009), menyatakan dalam artikelnya, isu kesihatan mental merupakan isu yang besar kerana melibatkan aspek keseluruhan dalam kehidupan individu seperti kesihatan fizikal, keibubapaan, pekerjaan, kewangan dan sebagainya. Aspekaspek yang disebutkan juga boleh menyebabkan penyakit mental berkembang secara serius. Menurut Nasir Abd Kadir, isu kesihatan mental terjadi disebabkan faktor genetik, gangguan bahan kimia dalam otak, jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosio-ekonomi yang rendah. Beliau juga menyatakan terdapat pelbagai jenis penyakit mental dan antaranya melibatkan 3 cabang iaitu Neurosis, Psikosis 160

dan Kecelaruan Personaliti (2012). Cabang yang pertama iaitu Neurosis secara umumnya mengalami gangguan pemikiran, perasaan dan kelakuan, namun masih lagi mempunyai kewarasan. Selalunya, pesakit neurosis ini mempunyai kesedaran terhadap penyakit mereka. Contoh-contoh penyakit neurosis adalah kemurungan, keresahan dan kebimbangan. Cabang yang kedua adalah Psikosis dan ianya sering melibatkan pemikiran, tingkah laku dan perasaan. Kebanyakannya individu ini tidak menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit ini. Penderita akan sering menjadi keliru dan takut kerana wujudnya suara-suara yang hanya mereka dengari. Ini dikenali sebagai halusinasi dan delusi. Contoh penyakit psikosis adalah ‘skizofrenia’ dan Manik-depresif. Cabang yang terakhir merupakan Kecelaruan personaliti yang melibatkan kecacatan perwatakan atau karakter individu. Contoh bagi penyakit kecelaruan personaliti adalah ‘Borderline Personality Disorder’ dan ‘Dissociative Identity Disorder’ (Nasir Abd Kadir, 2012). Menurut Falihin Iskandar et al. (2011), kesihatan mental merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia melibatkan segala aspek kehidupan. Jikalau terdapat individu mempunyai masalah kesihatan mental, berkemungkinan kehidupan harian mereka juga akan terganggu dalam jangka masa yang pendek atau panjang. Kesihatan mental juga boleh dilihat sama pentingnya dengan kesihatan fizikal dan saling berkaitan kerana, kesihatan mental boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan kesihatan fizikal juga boleh memberi kesan kepada


kesihatan mental individu (Falihin Iskandar et. al, 2011). Hazli Zakaria & Chong Guan juga berpendapat bahawa kesihatan mental adalah penting untuk dijaga dan masyarakat disarankan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan mental mereka dan berhubung dengan pakar jika mereka memerlukan bimbingan (2020).

Munch pada tahun 1894, sejak beratus tahun dahulu menggambarkan keadaan mental individu yang terseksa dan mengandungi mesej seperti kehilangan, kesunyian dan ketakutan. Edvard Munch juga menghasilkan beberapa lukisan yang lain seperti ‘The Sick Child’ (1907) dan ‘Anxiety’ (1894) (Waugh, 2020).

Kesihatan Mental dan Seni Masalah kesihatan mental memerlukan banyak masa dan cara untuk dipulihkan dari segi emosi, spiritual, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh individu dan masyarakat untuk membantu mereka mengatasi masalah kesihatan mental. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah aktiviti yang melibatkan seni. Seperti yang kita sedia maklum, seni mempunyai beberapa cabang yang berlainan iaitu Seni rupa, Seni Tari, Seni Muzik, Seni Drama/Teater dan Seni Sastera. Ianya terpulang kepada individu dan masyarakat untuk melibatkan diri kepada seni yang mereka minati.

Selain itu, aktiviti seni juga dilihat boleh meningkatkan impak yang positif terhadap individu yang mempunyai keresahan dan kemurungan yang melampau seperti yang dinyatakan oleh Bungay (2018). Hal ini kerana, sewaktu aktiviti seni dilakukan, pemikiran manusia akan lebih memfokuskan terhadap keadaan yang berlaku di hadapan mereka sehingga membuatkan mereka menjadi lebih kreatif dan gembira sekaligus menaikkan semangat individu. Perkara ini juga turut dibahaskan oleh Kent et. al dimana kajian yang dilakukan, membuktikan bahawa individu yang melakukan aktiviti seni dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka, keyakinan diri dan juga kebolehan artistik (2006).

Menurut Parr (2006) seni dapat menyumbang kepada kesihatan mental kerana ianya boleh dijadikan terapi kepada individu yang mempunyai isu kesihatan mental. Hal ini kerana, mengikut kajian Parr, individu yang mempunyai masalah kesihatan mental yang melibatkan diri mereka dengan aktiviti seni sering merasakan diri mereka mendapat ketenangan dan ‘sense of belonging’. Selain itu, individu-individu tersebut juga berpotensi untuk membina ikatan sesama masyarakat (Parr, 2006). Waugh (2020) juga menyatakan bahawa kesihatan mental juga membolehkan individu mengekspresikan perasaan mereka melalui lukisan dan pelukis telah memulakan perkara ini. Sebagai contoh, Lukisan ‘The Scream’ yang dilukis oleh Edvard

Antara kebaikan seni terhadap peningkatan kesihatan mental juga dinyatakan oleh Benson & Jensen (2018) dimana menurut kajian yang dilakukan, data yang dikumpul menunjukkan responden mereka mengalami peningkatan dari segi emosi dan pemikiran yang positif, pengurangan stress dan keresahan yang melampau, peningkatan keyakinan diri dan kesedaran ‘self-worth’ dan sebagainya. Benson dan Jensen juga menyarankan aktiviti seni ini perlu dilakukan di tempat kerja dan dijadikan sebagai diantara terapi untuk mengatasi sindrom ‘burnout’ (2018). Atanasova et. al, menyatakan bahawa penglibatan individu dalam seni lukisan mahupun muzik merupakan salah satu terapi yang sesuai untuk membantu mereka yang 161


mempunyai masalah kesihatan mental kerana ianya boleh mengalihkan perhatian mereka walaupun cuma seketika. Aktiviti seni juga dilihat berkesan untuk membantu individu yang mempunyai isu kesihatan mental dari segi ‘coping strategies’. Hal ini kerana, menurut Hacking et. al, peserta yang menyertai kajian mereka menyatakan bahawa aktiviti seni telah membolehkan mereka untuk berasa tenang dan berhasil untuk ‘ground’ diri mereka dengan memfokuskan terhadap satu perkara pada suatu masa. Selain itu, mereka juga berhasil untuk mengawal tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh, salah seorang peserta tersebut merupakan pesakit skizofrenia dan beliau memberitahu sewaktu beliau sedang melukis dan mewarna, beliau tidak lagi mendengar sebarang suara yang sering menghantui beliau. Beliau berfikiran bahawa, aktiviti melukis tersebut telah menyebabkan beliau lebih fokus dan seronok sehingga berjaya menenangkan beliau dari mendengar suara-suara yang menakutkan (2007). Selain itu, Clemmer et. al, menyatakan, aktiviti seni sememangnya memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan mental. Mereka telah memberikan contoh seperti terapi muzik yang sangat efektif terhadap simptom seperti skizofrenia dan psikosis. Penulisan lagu pula memberi kebaikan terhadap interaksi sosial. Terapi seni, kesimpulannya amat berkesan untuk mengurangkan kemurungan, keresahan , kesedihan, tekanan emosi dan sebagainya (2012).

RUJUKAN : Atasanova, D., et. al. (2017). Representations of mental health and arts participation in the national and local British press, 2007-2015. Health : An Interdisciplinary Journal for the Social Study of Health, Illness and Medicine. https://sci-hub.se/10.1177/1363459317708823 Bonde, L., & Jensen, A. (2018). The use of arts interventions for mental health and wellbeing in health settings. Perspectives in Public Health, 138 (4), (pp 209-212). https://doi.org/10.1177%2F1757913918772602 Bungay, H. (2018). How prescription creativity can improve mental and physical health. https://medicalxpress.com/news/2018-04-prescriptioncreativity-mental-physical-health.html Clemmer, J., et. al. (2012). The effects of an arts intervention program in a community mental health setting : A collaborative approach. The Arts in Psychotherapy, 39(1), (pp 25-30). https://sci-hub.se/10.1016/j.aip.2011.11.002 Falihin Iskandar et. al (2011). Tahap Pengetahuan Mengenai Kesihatan Mental dalam kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) : Kajian Kes di UKM , Bangi. Jurnal Personalia Pelajar (14), (m/s 38). http://journalarticle.ukm. my/4511/ Hazli, Z., & Chong Guan, N. (2020). Buku Panduan Kesihatan Mental. https://www.myhealthmylife.com.my/sites/default/ files/2020-09/Mental_Health_Booklet %28MLY%29.pdf Hacking, S., et. al. (2007). Catching life : the contribution of arts initiatives to recovery approaches in mental health. Journal of Psychiatric and Mental Health Nursing, 14(8), (pp 791-799). https:// sci-hub.se/10.1111/j.1365-2850.2007.01174.x Galson, S. (2009). MENTAL HEALTH MATTERS. Public Health Reports (1974-),(2), 189-191. http://www.jstor.org/stable/25682191 Kementerian Kesihatan Malaysia (2012). Kesihatan Mental & Kesihatan Fizikal. Buku Kesihatan Mental dan Fizikal. (m/s 1-8). https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/ Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/Kesihatan_Mental_ Kesihatan_Fizikal.pdf Kent, L., et. al. (2006). Mental Health and arts participation : the state of the art in England. The Journal of the Royal Society for the Promotion of Health, 126(3), (pp 121-127). https://doi.org/10.1177%2F1466424006064301

162


Nasir Abd Kadir. (2012). Penyakit Mental. Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia . http://www.myhealth. gov.my/penyakit-mental/ Parr, H. (2006). Mental Health, the Arts and Belongings. Transactions of the Institute of British Geographers, 31(2), (pp, 157). http://www.jstor.org/ stable/3804378 Waugh, R. (2020). The enduring connection between art and mental health. https://artuk.org/discover/stories/the-enduringconnection-between-art-and-mental-health World Health Organization. (2021). Mental health : strengthening our response. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/ mental-health-strengthening-our-response

163


Penghargaan

Acknow 164


Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang tersenarai di bawah atas sokongan terhadap program ini. Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia wishes to thank the following individuals for their support • • • • • • • • •

Professor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan Transdisciplinary & Sustainability in ArtScience Research Unit (TrAS) MGTF USM Dr. Ahmad Zulman Bin Mohd Zain Marziana Mohamed Alias Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal Nor Rafizah Md Zain Ebrahim Abdul Manan Staf MGTF/USM & keluarga | MGTF/USM’s staff & families Pelajar USM | USM’s students

dan kepada semua yang tidak dapat disenaraikan satu persatu, terima kasih. and to others who have contributed as well.

le d g e m e nt 165





Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.