Pembuatan keris tradisional

Page 1

PEMBUATAN KERIS TRADISIONAL


Isi Kandungan

• Pengenalan 1-2

• Tempat 3-4


Proses Pembuatan Keris 5-7

Keris • Koleksi 8


Pengenalan Keris adalah senjata, sekaligus karya seni yang bernilai tinggi. Nilainya terletak pada keindahan bentuk dan bahan yang dipakai serta proses pembuatannya yang memerlukan waktu yang lama, ketekunan dan ketrampilan yang khusus. Orang yang memiliki cita rasa (taste) seni tinggi nescaya mengagumi keris sebagai artifak budaya yang berharga. Sebagai artifak budaya, keris adalah warisan khas kebudayaan Nusantara dan juga Melayu. Oleh kerana itu, keris lazim dipakai orang di Riau, Bugis, Jawa dan Bali sebagai pelengkap busana mereka (Al-Mudra 2004). Seiring berjalannya waktu, budaya keris kemudian menyebar ke kawasan lain di Asia Tenggara, terutamanya yang mempunyai asas kebudayaan Melayu, seperti Malaysia, Brunei, Filipina Selatan, Singapura dan Thailand Selatan (Wooley 1998). Keris termasuk jenis senjata tikam; namun bukan semua senjata tikam dapat disebut sebagai keris. Untuk itu, sebelum melanjutkan perbincangan, ingin dijelaskan kriteria yang harus dipenuhi sehingga layak disebut sebagai keris. Artifak yang dapat digolongkan sebagai keris perlu memenuhi kriteria yang berikut:

1

1. Keris harus terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bahagian bilah atau mata keris (termasuk pesi1) dan bahagian ganja.2 Kalau bahagian bilah dan pesi melambangkan wujudnya lingga, maka bahagian ganja pula melambangkan wujudnya yoni. Dalam falsafah Hindu, persatuan antara lingga dan yoni adalah simbol kesuburan, keabadian dan kekuatan.


2. Bilah keris harus membuat sudut tertentu terhadap ganja, tidak tegak lurus. Kedudukan bilah keris yang miring atau condong itu lambang sifat yang terpuji: tidak kira apa juga kedudukan dan pangkatnya, orang itu harus sentiasa tunduk dan hormat bukan sahaja kepada Sang Pencipta, tetapi juga sesamanya. Berdasarkan falsafah ini, pendapat yang mengatakan keris adalah dibuat semata-mata untuk membunuh dengan sendirinya tertolak (Soekiman 1983). 3. Ukuran panjang bilah keris lazimnya adalah antara 33 cm sampai 38 cm. Namun, bilah keris di luar Jawa boleh sampai 58 cm, bahkan panjangnya keris buatan Filipina Selatan ada yang mencapai 64 cm. Mengenai senjata tikam menyerupai keris yang panjangnya di bawah ukuran yang lazim, menurut banyak ahli belum dapat dikategorikan sebagai keris, tetapi keriskerisan. 4. Keris yang baik harus dibuat dan ditempa dari tiga macam logam, minimal dua, iaitu besi, baja dan bahan pamor.3 Keris-keris tua atau lebih tepatnya keris prototaip, misalnya keris Buda, tidak menggunakan pamor (Harsrinuksmo 2004).

2


Lokasi Pembuatan Keris Kg.Kijing Marang

Menurut kajian, lokasi pembuatan keris di Terengganu berada di Kg.Kijing, Marang. Seorang tukang keris berumur lingkungan 50 tahun bersama dengan anaknya berumur 30 tahun mempunyai kepakaran dalam membuat keris. �Pada asalnya, saya menceburi bidang ini kerana tidak mempunyai sebarang kerja. Dengan menceburi bidang berkenaan bukan sahaja saya memperolehi pengalaman berguna, tetapi secara tidak langsung saya memperolehi pulangan yang memuaskan dari hasil jualan kepada orang ramai dan peminat seni ini�, ujarnya. Katanya, pada awalnya beliau tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk membuat keris tersebut. Tetapi disebabkan sering memerhatikan orang-orang lama yang berpengalaman dan pakar-pakar dalam pertukangan keris, dalam hatinya terdetik, tentunya beliau juga mampu melakukan hal yang sama.

3

Setelah banyak mengumpul pengalaman daripada pemerhatiannya itu, beliau mula mencuba sendiri dan menciptakan keris-keris tersebut di rumahnya menurut ilhamnya sendiri. Berkat tekun dan usaha tanpa mengenal jemu, akhirnya segala cita-citanya itu terlaksana di


di mana sekarang ini beliau mampu menghasilkan keris yang pelbagai bentuk mengikut tempahan daripada peminat dan penggemar-penggemar senjata itu. “Setelah memperolehi pengalaman dari apa yang disaksikan sebelum ini, hal pertama yang saya perlu lakukan ialah dengan mewujudkan bengkel sebagaimana hari ini. Bengkel ini ditubuhkan pada tahun 1984 secara sederhana. Dari situ, ramai orang mempercayai saya mampu menghasilkan beberapa bilah keris yang agak bermutu, malah mereka memuji hasil kerja saya�, katanya. Sememangnya, beliau membuat keris berdasarkan kepada tempahan orang ramai terutamanya di kalangan peminat dan penggemar-penggemar keris. Beliau terpaksa menyiapkan sebagaimana kehendak orang ramai kerana merekalah pelanggan yang sentiasa diharapkan olehnya.

“Lazimnya, dalam sehari saya mampu menyiapkan tempahan sebilah keris sahaja. Ini kerana, membuat keris bukan sesuatu yang dianggap senang walaupun kita sudah biasa dengannya, tetapi kesukaran itu tetap ada. “Biasanya dalam sehari itu, saya menyiapkan keris termasuk sarungnya sekali dan kadang-kadang memakan masa selama dua hari�, jelas beliau.

4


Proses Pembuatan Keris

Secara umumnya, proses membuat senjata seperti keris merupakan proses menempa hingga terbentuknya mata keris. Proses menghasilkan mata keris adalah seperti berikut; i. Proses Mencampurkan Besi. Bahan campuran yang terdiri daripada pelbagai jenis besi seperti besi waja, besi tawar dan besi melela diikat kemas sebelum dibakar untuk dimampatkan menjadi satu kempingan logam aloi. ii. Proses Menempa. Besi dibakar dan diketuk secara bertalu-talu sebelum dipotong. Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan semula dan diketuk berulang kali. Proses ini berterusan sehingga bentuk mata keris mula terbentuk.

5


iii. Proses Membuat Lok Keris. Apabila mata keris telah terbentuk nyata, mata keris akan dibakar lagi dan seterusnya ditempa dengan cara mereng, hingga terbentuk seperti membengkok ke bawah. Mata keris yang telah bengkok tadi seterusnya dipalingkan ke arah bertentangan dan ditempa lagi hingga ia membengkok ke bawah seperti tadi, kaedahnya sama. iv. Proses Membentuk Belalai Gajah. Membentuk ‘belalai gajah’ yang menyerupai belalai seekor gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. Belalai gajah ini diketuk selepas dibakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir. v. Proses Mengikir Proses ini dibuat dengan tujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata keris.

6


Untuk pembuatan hulu keris, kayu terpilih seperti kemuning, arang bunga dan sena digunakan kerana dipercayai mempunyai ketahanan lebih lama selain mampu menyimpan ‘keserian’ keris tersebut walaupun sudah lama disimpan.

i.Proses Memotong Kayu. Dengan menggunakan gergaji, kayu yang dipilih mestilah dipotong terlebih dahulu mengikut saiz atau bentuk yang diperlukan. ii. Proses Memahat Kayu. Kayu dipahat mengikut bentuk yang dimahukan dengan menggunakan pemahat yang direka khas untuk pembuatan hulu keris.

iii. Proses Mengikir. Dengan menggunakan pengikir, hulu keris mestilah dikikir untuk menghasilkan permukaan yang licin dan begitu sempurna. Proses terakhir pula ialah membuat sarung keris sama seperti membuat hulu keris menggunakan jenis kayu sama.

7


KOLEKSI KERIS 8


kerisituseni.blogspot.com


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.