PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 1/2 PENGENALAN Pelan Cadangan Pembangunan Enklaf Muslim, George Town adalah salah satu usaha yang telah dirintis oleh Think City Sdn. Bhd. Projek ini adalah hasil daripada jalinan kerjasama erat antara Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bersama Think City Sdn. Bhd., serta sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Projek ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr Jamalunlaili Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Secara ringkasnya projek kajian ini adalah untuk melihat secara terperinci data dan maklumat mengenai kependudukan Muslim di Tapak Warisan Dunia, George Town. Kajian ini juga telah mengambil kira pandangan serta penglibatan penduduk setempat mengenai kawasan yang mereka diami. Hasil dari dapatan kajian ini akhirnya menghasilkan Pelan Cadangan Pembangunan Enklaf Muslim, George Town. Pelan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama “stakeholder” yang berkaitan.
Pelan ini akan dilaksanakan dengan 4 Fasa utama iaitu:
1
Penubuhan Galeri Khat Pulau Pinang & Akademi Khat Pulau Pinang
2
Penubuhan Pusat Penterjemahan Sejarah Lebuh Acheh (Lebuh Acheh Interpretation Centre) & Galeri Haji Pulau Pinang
3
Penubuhan Galeri Al-Attas & ‘Islamic Auction House’
4
Pembangunan Masjid Melayu Lebuh Acheh & Pusat Tahfiz
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 2/2 Ini merupakan antara pelan cadangan yang akan mewarnakan Tapak Warisan Dunia, George Town yang sememangnya semakin dikenali ramai. Terdapat beberapa lagi cadangan hasil daripada kajian yang dijalankan oleh UiTM dibantu oleh USM yang akan diperhalusi oleh pihak berwajib. Ini adalah sesuai dengan pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia pada kriteria ii :
Criterion (ii): Melaka and George Town represent exceptional examples of multi-cultural trading towns in East and Southeast Asia, forged from the mercantile and exchanges of Malay, Chinese, and Indian cultures and three successive European colonial powers for almost 500 years, each with its imprints on the architecture and urban form, technology and monumental art. Both towns show different stages of development and the successive changes over a long span of time and are thus complementary.
Justeru, projek ini akan menyokong pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia. Projek ini juga dapat memperlihatkan kepada pengkaji-pengkaji kepelbagaian budaya dan masyarakat yang tinggal dalam satu komuniti berbilang bangsa dan agama.
FASA PERTAMA: GALERI KHAT PULAU PINANG & AKADEMI KHAT PULAU PINANG
PENUBUHAN GALERI KHAT PULAU PINANG Galeri Khat Pulau Pinang adalah sebuah pusat perkembangan seni, budaya, sastera dan warisan yang berasaskan Islam. Pusat ini akan menjadi pusat tumpuan utama bagi kraf khat di Pulau Pinang.
PENUBUHAN AKADEMI KHAT PULAU PINANG Akademi Khat Pulau Pinang akan menjadi sebuah pusat tumpuan bagi melatih dan melahirkan bakat-bakat baru dalam seni kaligrafi Islam. Akademi Khat Pulau Pinang akan menumpukan usaha dalam mengembangkan seni kaligrafi sebagai salah sebuah unsur penting dalam menyebarluaskan Islam menerusi seni.
FASA KEDUA: PUSAT PENTERJEMAHAN LEBUH ACHEH & GALERI HAJI PULAU PINANG
PUSAT PENTERJEMAHAN LEBUH ACHEH (LEBUH ACHEH INTERPRETATION CENTRE)
Pusat ini akan menumpukan kepada skop mikro Lebuh Acheh. Ini memandangkan jalan ini telah melalui sejarah yang panjang dan bermakna. Perjalanan Lebuh Acheh dari sebuah jalan perdagangan, pusat haji di Tanah Melayu, dan pusat pencetakan adalah sebuah lukisan sejarah yang cukup bermakna dan seharusnya ditonjolkan sebagai salah satu unsur penting yang telah mencorakkan Pulau Pinang hari ini. Pusat ini juga nantinya akan membuka ruang kepada karyawan dan penggiat seni muda untuk menonjolkan bakat dan kebolehan mereka melalui pameran,grafiti, penerbitan bahan sastera dan pelbagai aktiviti.
GALERI HAJI PULAU PINANG Projek Galeri Haji Pulau Pinang ini merupakan antara projek perintis bagi mengembalikan kegemilangan kawasan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang terkenal satu masa dahulu sebagai pusat perdagangan dan juga pusat berkumpul jemaah haji yang akhirnya menyebabkan kawasan di Lebuh Acheh ini dikenali sebagai “Little Jeddah�. Selain itu juga, projek ini ingin menonjolkan kegemilangan George Town sebagai pusat kebudayaan dan warisan serta pusat pekembangan intelektual di masa lampau. Projek Galeri Haji Pulau Pinang ini adalah merupakan yang pertama di Malaysia. Buat masa ini tiada lagi galeri yang mengangkat pengalaman spiritual dan kerohanian perjalanan haji di Malaysia. Galeri Haji ini dijangka akan mendapat menjadi satu lagi tarikan pelancongan dan tumpuan bagi pengkaji-pengkaji mengenai naratif haji di Pulau Pinang serta memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai perjalanan haji bagi seorang muslim.
FASA KETIGA: GALERI AL-ATTAS & ISLAMIC AUCTION HOUSE
GALERI AL-ATTAS Rumah Agam al-Attas merupakan salah satu mercu tanda penting di Tapak Warisan Dunia, George Town. Rumah ini juga menunjukan hubungan yang signifikan antara Pulau Pinang dan Acheh suatu masa dahulu. Untuk itu, kempen “Selamatkan Rumah Agama Al-Attas' telah digerakkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) untuk mengumpul dana bagi membaik pulih rumah ini. Setelah Rumah Agam al-Attas siap dibaik pulih, rumah ini akan dijadikan Galeri al-Attas. Galeri al-Attas ini akan menonjolkan kekuatan tradisi Acheh dan Pulau Pinang. Dalam masa yang sama Galeri Al-Attas juga akan mempamerkan artifak-artifak penting terutama sekali hubung kait Pulau Pinang dan sejarah kedatangan Islam.
ISLAMIC AUCTION HOUSE Islamic Auction House adalah sebuah inovasi kepada perniagaan seni dan antik yang kini telah menjadi trend di peringkat global. Islamic Auction House ini akan menawarkan perkhidmatan jualan karya-karya bercorakkan Islam yang bernilai tinggi. Dalam masa yang sama, Islamic Auction House ini akan menjadi satu lagi produk tarikan utama pelancongan di Pulau Pinang. Islamic Auction House di Pulau Pinang ini juga nanti akan mempunyai jaringan dengan pusat jualan di peringkat antarabangsa antaranya Sotheby, London.
FASA KEEMPAT: PEMBANGUNAN MASJID MELAYU LEBUH ACHEH & PUSAT TAHFIZ
PEMBANGUNAN MASJID MELAYU LEBUH ACHEH
PUSAT TAHFIZ
Membaik pulih Semula Rumah Agam Al-Attas Rumah Agama al-Attas merupakan salah satu mercu tanda penting di Tapak Warisan Dunia, George Town. Rumah ini juga menunjukan hubungan yang signifikan antara Pulau Pinang
Islamic Auction House adalah sebuah inovasi kepada perniagaan seni dan antik yang kini telah menjadi trend di peringkat global. Islamic Auction House ini akan menawarkan perkhidmatan jualan karya-karya bercorakkan Islam yang
dan Acheh suatu masa dahulu. Untuk itu, kempen “Selamatkan Rumah Agama Al-Attas' telah digerakan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) untuk mengumpul dana bagi membaik pulih rumah ini. Buat masa sekarang, Rumah Agama al-Attas sedang dalam kerja baik pulih.
bernilai tinggi. Dalam masa yang sama, Islamic Auction House ini akan menjadi satu lagi produk tarikan utama pelancongan di Pulau Pinang. Islamic Auction House di Pulau Pinang ini juga nanti akan mempunyai jaringan dengan pusat jualan di peringkat antarabangsa antaranya Sotheby, London.
Setelah Rumah Agam al-Attas siap dibaik pulih, rumah ini akan dijadikan Galeri al-Attas. Galeri al-Attas ini akan menonjolkan kekuatan tradisi Acheh dan Pulau Pinang. Dalam masa yang sama Galeri Al-Attas juga akan mempamerkan artifak-artifak penting terutama sekali hubung kait Pulau Pinang dan sejarah kedatangan Islam.
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 1/7
Cadangan Pembangunan Cafe@art
Pusat Kegiatan Komuniti
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 2/7
Bangunan al-Attas (sebelum)
Bangunan al-Attas (selepas)
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 3/7
Bangunan al-Attas selepas dibaik pulih
Bangunan al-Attas selepas dibaik pulih
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 4/7
Pusat Kegiatan Komuniti (sebelum)
Pusat Kegiatan Komuniti (selepas)
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 5/7
Taman Armenian (sebelum)
Taman Armenian (selepas)
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 6/7
Cadangan laluan pejalan kaki
Cadangan laluan pejalan kaki
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 7/7
Cadangan Pusat Tahfiz
Cadangan Pusat Tahfiz
PROJEK ‘SELAMATKAN RUMAH AGAM AL-ATTAS’
Rumah agam al-Attas merupakan satu-satunya rumah yang mempunyai keunikan seni bina yang tersendiri yang terletak di Tapak Warisan Dunia Georgetown. Sebagai sebuah pusat pelancongan, keadaan daif bangunan ini telah mencacatkan produk pelancongan Pulau Pinang. Sekiranya tiada ada usaha pemulihan dilakukan, bangunan ini akan bertambah daif dan akan runtuh. Taraf Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO bakal terjejas sekiranya bangunan ini runtuh. Pihak syarikat korporat, badan-badan warisan serta individu yang berminat boleh membuat sumbangan kepada akaun Yayasan Islam Pulau Pinang.
Penyumbang untuk ‘Contribution Wall’ akan diberikan faedah mengikut jumlah sumbangan seperti berikut: Faedah: Logo syarikat/badan NGO akan dipamerkan di setiap bahan pameran dan diletakkan di “contribution wall” paling atas.
Jumlah Sumbangan:
PLATINUM
EMAS
Faedah: Logo syarikat/badan NGO akan dipamerkan di “contribution wall” ke-2 teratas.
Jumlah Sumbangan:
PERAK
Faedah: Logo syarikat/badan NGO akan dipamerkan di “contribution wall” ke-3 teratas.
Jumlah Sumbangan:
GANGSA
Faedah: Logo syarikat/badan NGO akan dipamerkan di “contribution wall”.
RM100,000.00
RM50,000.00
RM25,000.00
Jumlah Sumbangan:
RM10,000.00
PROJEK LAWATAN MASJID
LEBUH ACHEH INTERPRETATION CENTRE
Lebuh Acheh Interpretation Center dicadangkan sebagai sebuah pusat pengembangan seni dan warisan Melayu Islam di Pulau Pinang yang akan menjadi pemangkin kepada perkembangan pelancongan Islamik di Pulau Pinang. Apa? (What)
Kenapa (Why?)
Lebuh Acheh yang kaya dengan sejarah dan
Buat masa ini tidak terdapat pusat bagi kegiatan
warisan
seni dan warisan Islam dan Melayu di Tapak
untuk
Islam
seharusnya
dijadikan
produk
dimanfaatkan
pelancongan
yang
Warisan Dunia Gerogetown. Ini menyebabkan
mampu memberikan impak kepada komuniti
warisan Melayu Islam kelihatan malap dan tidak
Pulau Pinang.
tertonjol. Justeru, Lebuh Acheh Interpretation Center
Dengan kekayaan sejarah dan
warisan di Lebuh Acheh seharusnya peluang ini
mengambil
tanggungjawab
untuk
memenuhi
dimanfaatkan bagi membentuk satu jaringan
kekosongan ini.
usahawan seni di kawasan ini. Justeru, Lebuh
menjadi hab kepada pembangunan warisan dan
LAIC akan berperanan untuk
Acheh Interpretation Center (LAIC) dicadangkan
kesenian Melayu Islam di Tapak Warisan Dunia
sebagai sebuah pusat pengembangan seni dan
UNESCO Georgetown.
warisan Melayu Islam di Pulau Pinang yang akan menjadi
pemangkin
kepada
perkembangan
pelancongan Islamik di Pulau Pinang.
Di mana? (Where) No 83 Lebuh Acheh, 10200, Georgetown, Pulau Pinang. Premis adalah milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan disewakan kepada Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) selama 2 tahun bermula 1 Julai 2013 hingga 1 Julai 2015.
Bagaimana (How?) Lebuh Acheh Interpretation Center (LAIC) akan mengandungi 4 elemen utama iaitu:
Bila? (When) Proses pengubahsuaian dan pemasangan bahan pameran memerlukan tempoh 3 (tiga) bulan.
Pameran & Galeri Lebuh Acheh Youth Community Art Programme Akademi Khat Bazaar Seni
Untuk maklumat lanjut, sila ke www.lebuhacheh.my