Dasar e-Pembelajaran UKM

Page 1

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

1.0

Pengenalan & Justifikasi 1.1

Dokumen ini bertujuan memperihal dan memperincikan dasar ePembelajaran UKM yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kursus yang ditawarkan oleh UKM di peringkat prasiswazah dan siswazah. Dokumen ini disediakan berdasarkan Pelan Strategik UKM serta resolusi berkaitan dengan e-Pembelajaran UKM dibuat semasa Bengkel Pelaksanaan Dasar ICT UKM pada tahun 2005.

1.2

Persaingan dalam era ICT dan masyarakat berdasarkan pengetahuan telah menjadi lebih mencabar bagi sesebuah organisasi kearah mencapai kecemerlangan. Untuk bersaing, UKM sebagai sebuah institusi terkemuka dunia perlu berubah dan mengasimilasi budaya permodalan pengetahuan. Satu strategi bersaing adalah dengan pembangunan dan pengukuhan epembelajaran dalam produk dan perkhidmatan akademik.

1.3

Dalam konteks jaminan kualiti pengedalian program pengajian berdasarkan Kerangka Kelayak Malaysia (KKM), e-pembelajaran memainkan peranan menyediakan pembelajaran terarah kendiri secara terancang dan tersusun bagi memantau dan menilai jam kontak pembelajaran pelajar secara efektif.

1.4

Menerusi 3 tahap pelaksanaan yang telah dikenalpasti dan terancang (5.1, 5.2 & 5.3), e-pembelajaran di UKM bertujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran & pembelajaran program pengajian di peringkat prasiswazah & siswazah dan bukan sekadar mengikut peredaran zaman.

1.5

Justeru, impak utama yang diharapkan adalah menyediakan persekitaran elektronik berpusatkan pembelajaran (learning centered) yang mendorong pembelajaran pelajar arah kendiri secara terpimpin (guided self-directed learning) sebagai sokongan kepada pembelajaran secara bersemuka (face-to-face learning).

1


2.0

Skop 2.1

3.0

Skop dokumen ini meliputi aspek takrif e-Pembelajaran, dasar umum e-pembelajaran, tahap e-Pembelajaran, peranan & tanggungjawab pengurusan, fakulti, pensyarah & pelajar, kualiti kandungan e-pembelajaran serta Hakcipta & Harta Intelek.

Takrif Secara umumnya, e-Pembelajaran adalah persekitaran elektronik yang berpusatkan pelajar dan pembelajaran bertujuan meningkatkan keberkesanan proses dan prestasi pengajaran dan pembelajaran. 3.1

Skop e-Pembelajaran Skop e-Pembelajaran adalah bentuk instruksi (pengajaran & pembelajaran) yang dikendalikan melalui media elektronik dan/atau sistem rangkaian komputer bertujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran & pembelajaran.

3.2

Sistem Pengurusan e-Pembelajaran (SPe-P) Sistem Pengurusan e-Pembelajaran (SPe-P) adalah perisian sistem pengurusan berarahan yang mempunyai komponen seperti berikut:

4.0

Komponen Kandungan/Bahan Kursus Komponen Rekabentuk Instruksi Komponen Pensyarah Komponen Pelajar Komponen Penilaian Komponen Komunikasi Komponen Pentadbir Komponen Pentadbir Sistem

Dasar Umum 4.1

e-Pembelajaran di UKM adalah kaedah instruksi pelengkap serta sistem sokongan yang digunakan oleh pensyarah bertujuan meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran & pembelajaran.

4.2

e-Pembelajaran di UKM digunakan dalam mod ‘blended learning’ iaitu gabungan antara kaedah pembelajaran konvensional &

2


kaedah pembelajaran maya. Justeru, pensyarah dan pelajar masih bertemu di bilik kuliah secara bersemuka mengikut jadual yang ditetapkan oleh univeristi.

5.0

4.3

Maklumat asas (silibus) setiap kursus yang ditawarkan oleh UKM pada setiap semester diperingkat prasiswazah & siswazah disediakan secara atas talian mengikut format Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).

4.4

Kandungan kursus secara atas talian perlu diperkayakan secara berperingkat.

4.5

Semua pensyarah perlu meningkatkan pengetahuan, kemahiran untuk menguruskan pengajaran & pembelajaran secara atas talian.

4.6

Semua pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan e-Pembelajaran .

4.7

UKM bertanggungjawab menyediakan sumber, sokongan berkaitan dengan e-pembelajaran.

latihan

dan

Tahap Pelaksanaan e-Pembelajaran 5.1

Tahap 1 5.1.1 Maklumat kursus yang merangkumi sinopsis, objektif, hasilan pembelajaran, kandungan, kaedah pengajaran & pembelajaran bentuk penilaian, rujukan asas, perincian beban pembelajaran pelajar serta maklumat kontak pensyarah wajib disediakan. 5.1.2 Setiap pensyarah dan pelajar berkomunikasi melalui e-mel mengenai kursus yang ditawarkan berdasar garis panduan yang disediakan (Lihat Dokumen PPA/Pe-P/2007/3).

5.2

Tahap 2 5.2.1 Pensyarah merancang & melaksanakan melalui SPe-P UKM: ƒ

aktiviti berikut

Menyediakan Nota Kuliah (dlm bentuk pdf dan/atau dalam bentuk yang sesuai mengikut bidang) secara atas talian.

3


5.3

Menguruskan Forum/Perbincangan secara atas talian berdasar garis panduan yang disediakan (Lihat Dokumen PPA/SPe-P/2007/4). Menyediakan soalan-soalan latihan/kuiz secara atas talian. Menyediakan alternatif kepada pelajar untuk menghantar tugasan secara atas talian berdasarkan garis panduan yang disediakan (Lihat Dokumen PPA/SPe-P/2007/5). Menyediakan sumber rujukan tambahan secara atas talian.

Tahap 3 5.3.1 Pensyarah membangunkan kandungan pembelajaran interaktif akses kendiri dalam bentuk ‘Learning Objects’ Bahan pembelajaran tersebut perlu disediakan berdasarkan pedagogi yang menepati piawai SCORM.

6.0

Peranan & Tanggungjawab 6.1

Pengurusan Universiti 6.1.1 Majlis Teknologi Maklumat Universiti bertanggungjawab menetapkan hala tuju dan dasar serta strategi perlaksanaan e-Pembelajaran UKM. 6.1.2 menyediakan dana untuk menjayakan pelaksanaan ePembelajaran di UKM.

6.2

Pusat Pembangunan Akademik 6.2.1 merancang, menyelaras & memantau pelaksanaan ePembelajaran di UKM. 6.2.2 mempengerusi Jawatankuasa e-Pembelajaran UKM yang bertanggungjawab melaporkan perancangan, pemantauan & pelaksanaan e-Pembelajaran kepada Majlis Teknologi Maklumat Universiti. 6.2.3 meningkatkan literasi dan latihan berkaitan dengan e-Pembelajaran.

kepada

pensyarah

4


6.2.4

menyediakan latihan sokongan kepada pensyarah untuk membangunkan kandungan pengajaran interaktif akses kendiri dalam bentuk ‘Learning Objects’ yang menepati piawai SCORM.

6.2.5 mengawal, memantau serta menambahbaik pengajaran dalam mod e-pembelajaran.

6.3

kualiti

Fakulti / Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) 6.3.1 membentuk Jawatankuasa Pelaksanaan e-Pembelajaran di peringkat fakulti bagi memantau pelaksanaan ePembelajaran di fakulti. 6.3.2 memastikan maklumat asas semua kursus yang ditawarkan oleh Fakulti disediakan secara atas talian melalui SPe-P UKM. 6.3.3 merancang supaya setiap pensyarah menguasai kemahiran yang secukupnya berkaitan e-Pembelajaran. 6.3.4 Pensyarah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan pengajaran yang dimasukkan dalam SPe-P UKM dan mengemaskini dari masa ke semasa sekurangkurangnya sekali setiap semester. 6.3.5 Pensyarah secara berperingkat memperkayakan kandungan aktiviti kursus termasuk nota kuliah, forum, soalan latihan/kuiz, tugasan & sumber rujukan secara atas talian melalui SPe-P UKM. 6.3.6 Pensyarah secara berperingkat memperkayakan kandungan kursus dalam bentuk ‘Learning Objects’ atau bahan pembelajaran interaktif secara akses kendiri melalui SPe-P UKM. 6.3.7 Pensyarah melaksanakan garis panduan umum ePembelajaran yang bersesuaian untuk kursus masingmasing:

Garis Panduan Umum e-Pembelajaran Kursus (PPA/Pe-P/2007/1) Garis Panduan e-Mel Kursus (PPA/P-eP/2007/3) Garis Panduan Forum/Diskusi Atas Talian Kursus (PPA/P-eP/2007/4)

5


Garis Panduan Penghantaran Tugasan Kursus Secara Atas Talian (PPA/P-eP/2007/5) Garis Panduan Bantuan Teknikal Sistem Pengurusan e-Pembelajaran UKM (PPA/P-eP/2007/6)

6.3.8 Pensyarah bertanggungjawab menjaga privasi pelajar berkaitan dengan tugasan dan interaksi dalam e-mel/forum kursus. sekiranya pensyarah ingin menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan penyelidikan dan/atau penerbitan perlulah mendapat kebenaran pelajar terlebih dahulu (Lihat Dokumen PPA/Pe-P/2007/2). 6.3.9 Kontrak Kod Amalan Pelajar Atas Talian ditandatangani oleh pelajar yang melaksanakan aktiviti/tugasan kursus yang sebahagian atau sepenuhnya dikendalikan secara atas talian (Lihat Dokumen PPA/Pe-P/2007/7). 6.3.10 Pelajar memahami dan mematuhi garis panduan yang disediakan oleh pensyarah seperti berikut:

6.4

Garis Panduan Umum e-Pembelajaran Kursus (PPA/Pe-P/2007/1) Garis Panduan e-Mel Kursus (PPA/P-eP/2007/3) Garis Panduan Forum/Diskusi Atas Talian Kursus (PPA/P-eP/2007/4) Garis Panduan Penghantaran Tugasan Kursus Secara Atas Talian(PPA/P-eP/2007/5) Garis Panduan Bantuan Teknikal Sistem Pengurusan e-Pembelajaran UKM (PPA/P-eP/2007/6)

Pusat Teknologi Maklumat 6.4.1 menyedia & menyelenggara infrastruktur perkakasan, rangkaian, perisian & sokongan yang berkaitan dengan ePembelajaran. 6.4.2 menjamin keselamatan serta integriti data dalam Sistem Pengurusan e-Pembelajaran UKM. 6.4.3 membuat salinan data setiap semester dan disimpan selama 2 tahun. 6.4.4 menyediakan pegawai yang mengurus serta menyelenggara Sistem Pengurusan e-Pembelajaran UKM.

6


6.4.5 menyediakan sokongan teknikal kepada perkara 6.3.1 – 6.3.4 di atas.

6.5

Perpustakaan Tun Seri Lanang 6.5.1 meningkatkan literasi maklumat yang menyokong ePembelajaran kepada pelajar-pelajar terutama penggunaan sumber maklumat / rujukan berbentuk digital seperti e-book, e-jurnal dan sebagainya.

6.6

Jawatankuasa Kualiti Kandungan e-Pembelajaran 6.6.1 Kualiti kandungan bahan asas pengajaran setiap kursus yang disediakan oleh pensyarah secara atas talian seperti nota kuliah dan soalan latihan/kuiz perlulah selaras dengan objektif dan hasilan pembelajaran kursus serta memenuhi piawai yang ditetapkan oleh Fakulti masing-masing. 6.6.2 Kualiti kandungan bahan pembelajaran yang dibangunkan oleh pensyarah dalam bentuk ‘Learning Objects’ atau bahan interaktif akses kendiri dalam SPe-P UKM perlulah memenuhi piawai SCORM dan dikawal mutunya oleh sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh PPA. 6.6.3 Jawatankuasa Kualiti Kandungan e-Pembelajaran mengawal kualiti kandungan bahan e-pembelajaran interaktif akses kendiri dalam bentuk ‘Learning Objects’.

6.7

Pusat Perhubungan Pelajar 6.7.1 Melatih pelajar menggunakan sistem e-Pembelajaran

7


7.0

Hakcipta & Harta Intelek 7.1

Bahan-bahan e-pembelajaran yang dibangunkan oleh pensyarah dalam Sistem Pengurusan e-Pembelajaran UKM adalah tertakluk kepada Dasar ICT UKM berkaitan Hakcipta & Harta Intelek iaitu: 7.1.1 Semua bahan pengajaran yang dibangunkan menggunakan kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh UKM adalah hak bersama pensyarah dan universiti. Universiti berhak menggunakan bahan tersebut untuk diajar oleh pensyarah lain selain pensyarah yang menyediakan bahan pengajaran tersebut. Pensyarah bagaimanapun boleh menggunakan kandungan tersebut untuk kegunaan lain seperti pengajaran di dalam kelas, penyelidikan, penerbitan serta pembentangan dalam seminar. 7.1.2 Sekiranya pensyarah menerima ganjaran dan/atau insentif dalam bentuk pengurangan beban tugas, geran atau saguhati kerana membangunkan bahan e-Pembelajaran serta mendapat bantuan Pereka Instruksi dan/atau Content Developer yang disediakan oleh Universiti, hakcipta yang dihasilkan adalah milik Universiti. Ianya tidak boleh digunakan diluar UKM tanpa mendapat kebenaran dari Universiti terlebih dahulu.

8.0

Lain-lain 8.1

UKM berhak mengubah dasar ini dari masa ke semasa.

8.2

Dasar e-Pembelajaran UKM disemak sekurang-kurangnya setiap 3 tahun bagi memenuhi keperluan serta kehendak semasa dengan mengambil kira semua pihak berkepentingan.

8


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.